Showing posts with label Resipi Nasi. Show all posts
Showing posts with label Resipi Nasi. Show all posts

Monday, December 6, 2010

Nasi Ambeng ...


Papa ku pulang dari kenduri.. papaku balik bawa "berkat". Ya inilah masa yang ditunggu-tunggu tiap kali balik dari kenduri. Nasi ambeng..Yok mbodo mangan....

Tuesday, July 21, 2009

Nasi Ambeng


Bila Suami beritahu member dia ada order Nasi Ambeng ni , aku jadi teruja. Yelah ni first time aku terima order buat nasi Ambeng .
Pada kawan-kawan yang nak order silalah.. minimum 10 bungkus yer.. since nak buat ni tak leh buat sikit-sikit jer. Sebungkus RM 5.
Yang ni Nasi Ambeng Tanjung Karang ye. Tempat lain mungkin beza sikit. Apa yang anda dapat:
Nasi Putih
Seketul Ayam Masak kicap /Goreng
Serunding Kelapa Jawa Style
Mee Goreng
Sayur goreng Jawa style

Semua ni akan saya bungkus dengan daun pisang yer.


Posted by Picasa

Tuesday, December 23, 2008

Nasi Lemak Sambal Sotong



Kita just nak share gambar nasi lemak yang dah lama dibuat. Tgh buat clean up folder kat server so jumpalah gambar-gambar masakan yang belum di post kat blog nih. Actually nih gambar dah lama. Kita tgk jerlah gambar jerlah tak payah nak letak resipi.

Friday, December 12, 2008

Salam Aidil Adha & Nasi Ambeng

Hari raya Aidiladha baru ni bertempat di rumah Embah (nenek) ada sikit buat majlis kenduri doa selamat. Kenduri ni hajat makcik yang baru kehilangan suami akibat dipatuk ular baru-baru nih ( baca entry sebelum ni) dan juga hajat embah sempena nak buat majlis walimatul urus hujung bulan nih. So raya haji tahun ni rasa meriah sungguh hampir semua anak cucu datang berkumpul. Embah ada 14 orang anak dan hampir 50 orang cucu termasuk 2 orang cicit. Cangkir merupakan cucu yang sulung dalam keluarga nih..rasanyalah sebab cangkir ada sorang lagi sepupu sebaya. Hari Raya Aidilfitri baru nih pun tak dapat kumpul sekali ramai macam nih. Very the meriah ...

Dan biasanya orang jawa kalau buat kenduri mesti ada nasi ambeng.Kita pernah post pasal nasi ambeng nih kat entry lepas kat sini

Sebanyak 15 dulang disediakan utk 60 orang jemputan makan. Sebenarnya alas dulang tu sepatutnya daun pisang tapi disebabkan daun pisang tak cukup, alas dengan plastik. Ni kes sebab hujan sepanjang hari tak boleh nak petik daun lebih.

Ni ada 2 dulang extra yang dikorbankan oleh kami anak, cucu & cicit. Ini sebelum dimakan .

Sedang dimakan


Selepas dimakan . Yummy

Nasi Goreng Belacan


Nasi goreng lagi...Minggu lepas memang banyak kali buat nasi goreng..ada balance nasi malam.Dari dibuang baik buat nasi goreng. Lagipun hubby jer yang nak makan .. kita diet you. Tak yah lah tepek resipi. Resipinya biasa-biasa je. Boleh rujuk entry lepas. Dah namanya nasi goreng belacan tambahlah belacan. Cangkir kalau masak apa-apa pun tak suka letak belacan. Belacan hanya suka buat sambal belacan jer. Bab belacan nih memeng favourite hubby. Dah macam cerita seniman bujang lapuk. Kalau boleh masak asam pun nak kena letak belacan.

Saturday, December 6, 2008

Nasi goreng lagi.



Kali nih kita buat style nasi goreng cina plak. Nak matchkan makan dengan tempura. Resipinya biasa-biasa jer. Tak payahlah nak tepek resipi yer.

Monday, December 1, 2008

Nasi Goreng Kampung


Ni resipi biasa-bisa jer

1 mangkuk nasi sejuk
1 genggam ikan bilis-digoreng separuh
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
15 biji cili api
5 batang kacang botol-diracik
2 biji tomato dibelah 4
1 papan isi petai
garam secukup rasa
1 biji telur

1. Tumbuk bawang, cili api & ikan bilis hingga lumat
2. Tumiskan bahan tumbuk hingga garing baru masukkan nasi.
3. Goreng hingga nsi sebati dengan bahan tumbuk.
4. Pecahkan telur dan gaul lagi hingga telur menyaluti semua nasi.
5. Masukkan kacang botol, tomato, petai & ikan bilis goreng. Gaul sebentar dan hidangkan

Wednesday, September 10, 2008

SOTO



Soto ni cangkir buat minggu lepas. So hari minggu bolehlah masak yang best-best sikit utk berbuka puasa. Yang bestnya nasi impit tu cangkir buat sendiri,bukan beli yang segera punya.

Bahan-bahanya

Untuk nasi himpit2 gelas beras biasa
6 gelas air
Tanak nasi dengan air macam biasa. Nak senang guna rice cooker.
*Petuanya: 1 bahagian beras : 3 bahagian air
Bila nasi dah masak, tumbukkan nasi dalam periuk tu juga. Gunakanlah gelas panjang atau botol semasa masih panas lagi.Bila dah cukup halus, ratakan dalam loyang dan sejukkan.

Kuah supTulang ayam
2 inci halia
1 bunjut adabi
bunga lawang
kayu manis
garam secukupnya

Untuk supnya rebuskan semua bahan bersama2
Recah-rencah lain boleh ditambah ikut citarasa masing-masing.

Bahan-bahan lain
Tauge dicelur
Kacang Tanah digoreng
Suun digoreng
Bawang goreng-lebih sedap kalau goreng sendiri
Daun sup
Isi ayam yang digoreng dan disiat-siat

Bergedil (optional)

3 biji keledek-ni sebab ada stok keledek kat rumah. Biasanya guna kentang.
2 sudu lada sulah
5 ulas bawang merah dimayang dan digoreng
sedikit ikan bilis digoreng -ditumbuk
sedikit daun sup
2 biji telur + 1 sudu tepung beras atau jagung
Garam secukup rasa

1.Rebus atau goreng keledek hingga empuk. Lecek semasa ia panas
2. Masukkan daun sup, lada sulah , ikan bilis dan bawang merah
3. Kepalkan celup dalam telur
4. Goreng dalam minyak dengan api kecil

Sambal Kicap

Cili padi
1 ulas bawang putih
Kicap manis secukupnya

Tumbukkan cili padi ngan bawang putih hingga lumat baru curahkan dengan kicap cair.

Saturday, March 1, 2008

NASI AMBENG

Belek-belek gambar terjumpa gambar masa buat kenduri doa selamat kat kampung mertua. Majlis dibuat kat rumah abang ipar, bersebelahan rumah mak mertua. Tradisinya orang jawa ni kalau kenduri mesti ada NASI AMBENG.... Nasi + Lauk yang diletak di dalam dulang besar dan dimakan bersama 4-5 orang setalam. Meh kita nak citer pasal NAsi Ambeng ni.


Biasanya habis kenduri tetamu dijamu dengan nasik ambeng nih. Tapi diorang tak makan habis kat situ. Jamah satu dua suap buat alas perut pastu bahagikan nasik tu untuk bawak balik utk makan bersama2 denga anak isteri masing2 kat rumah. Ni yang dinamakan 'BERKAT' atau "BONTROT" Tu yang best sebab satu family dapat rasa sama-sama. Masa duk kampung kalau abah ada jemputan kenduri, malam tak makan. Tunggu abah bawak "berkat" baru makan. Sedap sangat.


Jom kita tengok cara penyediaan Nasi Ambeng nih...

1. Alaskan talam ngan daun pisang.. pastu masukkan nasik dan ratakan

2. Alaskan atas nasik ngan daun pisang yang dibentuk bulat



3. Susunlah semua lauk pauk diatas daun yang bulat tadi.


Yang best nih.. serunding kelapa

Last sekali Ayam Golek kat atas

Pastu tutup ngan daun pisang sekali lagi




Antara menu yang biasa disediakan utk Nasi Ambeng ni

1. Sayur goreng /Sambal goreng

2. Mee & meehoon goreng ( tak pasti kenapa diaorang masak mee sebagai sayur tapi menurut mak sebab tak mudah basi )

3. Kerabu celur - untuk kenduri kesyukurun biasanya

4. Serunding- ni yang special yang membuatkan nasik ni jadi kick

5. Rempeyek, Ikan masin, tempe goreng antara condiment yang biasa orang letak

6. Ayam Golek -biasanya diaorang goreng jer sebab tak nak cepat basi.