Thank u for visiting me today..Anak ayam sakit gigi..Datang le lagii..
Showing posts with label Pinggan Lama. Show all posts
Showing posts with label Pinggan Lama. Show all posts

Wednesday, October 13, 2010

Pareek by Johnson Bros

Assalamualaikum.
Jap ye..
jangan masuk lagi..
nak vacuum umah ni japp..buang sawang2 semua..
baca2 sikit apa yg patut..
maklum la ..umah dah tinggal lama..
kot2 ada hantu cyber dok bertenggek bagai..

ok..setel..
--------------------- masuk le..------------------

apa habaq uols?
ada rindu ka..hehe..poyo je tuan umah ni kan.
mood baru nak mai ni, so cepat2 ku posing kan koleksi Pareek ku..
ciput je koleksi ni,
cuma ada 6 set cawan dan 1 biji platter.
teko tak de, piring pinggan sumer tatau ke mana.
tapi sbb suker tengok motif roses ni, plus shape platter tu agak unik,
so aku rembat gak la.
ni beli dr k.fuziah...bila ekk..lama jugak dah beli ni, bulan 5 ari tu rasanya.

'Pareek' by Johnson Brothers....layannn...



6 set cawan yatim piatu, tak de mak teko..
takpa..leh amek mak angkat, teko Meakin Jade...



Platter with an interesting shape..
sori le , gambar sgt tak memuaskan..
maklum le ..camera cap kambing..bek..bek..
platter ni warnanya hijau, tapi nampak cam kuning je kan..

and, cop mohor diraja..hehe..


Okay...
sampai sini dulu..jumpa lagi..
wassalam.

Wednesday, September 1, 2010

JG Meakin Sunshine - Garden of Flowers

Assalamualaikum.
Apa khabar uols?
Lama sungguh tak wat entry kan..lebih seminggu.
Sok-sok kalau raya, mau sampai berminggu haku tak hapdet blog..
Nak kata sebok bebenor, kukis raya seketoi pon aku tak buat lagi.
cuma semalam aku buat cheese cake..kes teringin sgt..
philly cream cheese pon nak sampai tahap ujung nyawa,
so seblum dia expired, buat le ciskek..

+ + +
Dalam bulan June lalu, aku ada wat entry on  my Sunshine collection.
Boleh tengok sini utk n3 tu..
Antara koleksi waktu tu, aku ada tureen ni, motif bunga dia kalau tak silap,
nama dia Garden of Flowers..(correct me if i'm wrong).

Tureen ni dibeli dari k.fuziah (mamaheritage blogspot).
Beli awal bulan May this year, antara my earliest collection.
(i ni baru je mula hobi mengumpul pinggan mangkuk dan pelita lama ni
bulan May tahun ni yg sebenornya..)

Masa tu, untuk motif bunga ni, memang ada tureen ni je la.

Lepas tu, Taj pulak ada jual dia punya sugar pot. 
Beli plak dgn Taj..


Then 2 minggu lepas, masa sesi merayau kat Amcorp Mall,
terjumpa kaum kerabat dia..
dijual oleh Ms Shanti..
tak sangka pulak..
so apa lagi, merembat le aku dgn jaya nya..
Ini la dia ..
Sebiji platter dan 6 ketoi piring mungkum.


(Masih menyimpan keinginan tuk dapatkan teaset bermotifkan bunga yg sama..huhu..)

tak paa..pelan-pelan kayuh..
ada rezeki , leh jumpa sanak sedara yg lain plak..hehe..

Jom layan kaum kerabat Garden of Flowers yg aku ada ni.


The rest of my Sunshine collection.
(gambar dalam n3 yg dulu, ditepek semula )


Sekian dulu. Harap uol enjoy cuci-cuci mater di sini.
Jumpa lagi, InsyaAllah.
Wassalam.

Monday, August 23, 2010

5 Roses - sweet n captivating

Assalamualaikum.

Salam ceria di hari ke 13 Ramadhan.
that reminds me..adehh..bila la nak start wat biskut raya ni..
hmm..esok? lusa? huhu..payah sgt nak masuk gear ni..

Hari ni nak share my 5-roses collection yg sikit ni.
Pada aku, certain collection tu tak perlu nak dptkan sampai complete dinnerset ke hape.
cukup dpt the teaset, dan a few little pieces 
nak bagi rasa seronok je.

Gambar pembuka cerita..sepasang cawan bentuk maharani
yg dibeli dari Wan Penang.

teaset yg simple. Ada 1 teko bulat, 1 creamer,
5 set cawan mulut lebar dan 1 set cawan maharani.
Teko tu beli dari Eija, cawan2 ml dan creamer beli dari k.fuziah.
Cwn maharani tu dapat dari Wan.


2 jenis cawan yg berbeza. Maharani dan mulut lebar.

4 ketoi soup bowl. Juga dpt dari k.fuziah.

Beberapa pieces piring mungkum, piring sos dan cereal bowl.
Piring2 tu dari Wan Penang dan cereal bowls dari k.fuziah.

close-up bunga 5-roses ni. Cantek...mengguda...

Ini la dia koleksi 5-roses ku yg tak seberapa.
Kalau dpt platter dia, best gak kan..

Sampai sini dulu.
Jumpa lagi.
Wassalam.

Wednesday, July 7, 2010

Still got the blues...

Assalamualaikum...dan salam ceria...

Penangan si biru..
Uols pon musti dah ramai yg ada koleksi si biru ni kan..
Iols ni pon tamao ketinggalan LRT gak..

Koleksi si biru I ni datang dari 3 negara taw.
England (dah kalah..), Jepun (kalah gak..) dan Malaysia (tak masuk list pon..haper aku merepek nih)
Yg dari Hengland tu semestinya adek badek si John n George Meakin punya la..
Yg dari Jepun, ada 3 companies berlainan (satgi i tunjuk chop mohor nya)
dan yg dari negara Malaysia terchenta ni, udah semestinya Goh Ban Huat le..

Ni gambor deme sumer berposing..tak kira la omputih ke, org jepun ke hatta malaysian sekali pon.
eh mak cik..nak buat kenduri ke..banyak nya pinggan..
iya lah , nak makan ramai-ramai kot bukak poser nanti, boleh la..InsyaAllah..

Skang i nak tunjuk kat uols gambar2 ikut brand masing-masing.  Layanzzz...

Yg bawah ni koleksi JG Meakin Celeste..
chop mohor yg dah bese tengok kan..

Yg kat bawah ni koleksi dari Sun Crown, Japan.
I simply love the oval vege dish..The tureen is not that pretty, though..

Plates on the right are from Flag n Crown. On the left are from S.S. Crown.

Lastly, koleksi si biru dari Malaysia..
Ada 4 piring (piring janda, cawan takde) dan 4 sugarbowl...
hek elehh..pe hal lak sampai 4 sugarbowl nya..ish..ish..

******************************************

Uols dah bese ngan Meakin Celeste kan. Saja nak share ngan heols dan sheols yg belom penah tau pasal pinggan dari Jepun dan Malaya plak. 
Ini lah yg iols tunjuk kan ari ni.  Nak share info le kunun-kunun nya.
Dulu pon iols tak tau ujudnya pinggan mangkuk lama buatan Goh Ban Huat ni.
Skang dah tau lah.
Kalau perati betul2 mmg tak sama si biru dari 3 negara ni.
Kaler ada yg cerah sket, ada yg gelap sket..
Lekuk2 di tepi pinggan pun tak serupa...

Apa-apa pon..syukur rezeki dari Allah..
Alhamdulillah..


Wassalam.
tata ..titi..tutu..

Monday, June 28, 2010

Sunshine Meakins

Assalamualaikum.

U are my sunshine ..My only sunshine..
U make me happy..When skies are grey..
U never know love..How much i miss you..
Please don't take my sunshine away...

Ha, tu dia..dia nyanyi daahh..satgi hujan lebat..suara cam kodok terlebih makan lalat...

Salam ceria sumer..Pekabar?  Payah betul la i nak masuk gear N3 ni..malas manjang...Asyik dok free gear je..tak bergerak pon..Sorry lah ekk..Buat N3 ikut mood..Selalu nya mmg tadak mood..

Tapi pagi ni, mood sudah datang. So, kita tengok ya, sapa yg kena...

Sapa lagi, kalau bukan si kuning dari England  (sensitive sikit ni, kat peminat bolasepak England sbb dah kalah besar semalam..huhu).

Set ni ala rojak pasembor..ada yg plain dan ada yg berbunga. Motif bunga pon ada 3 different types.



The 2 platters plus most of the plates tu, are the centenary collections. Keluaran tahun 1951, sempena 100 tahun J&G Meakins . The flower motif is called 'Pastel Rose'.


Close up of the Pastel Rose flower..

Cantek kan...First time tengok , trus i jatuh hati...dan terus beli..haha..

Another flower motif ni, is on a set of 6 bread plates. Tak tau apakenama bunga ni..Cam gandum pon ada gak..

And lastly, but definitely not the least, is the beautiful tureen. Again, i do not know what's the name of the flower design.  Kita layan je lah ye..

Ini lah koleksi Sunshine saya. Alhamdulillah, ada rezki nak collect. Actually, saya teringin gak nak dptkan teaset yg ada motif bunga.  Kalau dpt yg sedondon ngan si tureen tu, sure heppi giler tahap cipan..hehe..

Layan this one big happy family ya...jangan boring plak ekk..

Mekaseh jenguk sini. Jumpa lagi...Assalamualaikum..

Thursday, June 10, 2010

Pink n Yellow roses

Assalamualaikum.

Dah banyak ari tak sempat nak buat N3.  Bizi sgt. Ibu mertuaku meninggal dunia hari Selasa ari tu. And my own mom pon baru balik dari Perlis. Balik kampung sat nak jumpa dia.  So, tak menyempat i nak online sgt.

Ari ni nak share with my online friends, my pink n yellow roses collection. Dah ramai yg collect, kan. I guess, ni antara yg menjadi kegilaan antique collectors.

You all must agree with me, kan, that the flowers are just too sweet and captivating.

Very, very sweet pink n yellow roses..


My pink n yellow roses collection. Not-so-complete dinnerset for 6, coz tak de tureen.  Sesaper ada extra tureen to let go?
Alamakk..senget...sorry la geng..tak reti camner nak tonggeng balikkan gambar ni.

That's all for now.
Jumpa lagi, InsyaAllah.
Yg mana nak gi hunting tu, selamat memburu...
Yg nak gi bercuti, have a safe and happy holiday.

Wassalam.

Sunday, May 30, 2010

VCR collection

Assalamualaikum...

Salam ceria pagi Ahad. Pada semua yg sudi masuk ke blog I ni, mekaseh banyak2 ya. Sebelum mula bicara, nak mintak maaf la kalau ada terkasar bahasa ke, tercuit perasaan ke..Bukan niat utk meninggikan diri, atau merendahkan sesiapa.

I know bloggers ni sumer nya baik hati, kalau letak N3 pasal pinggan atau apa2 pon barang lama koleksi mereka, bukannya tujuan utk menunjuk2...Only to share their joy of having such collection, with others yg mungkin punya hobi yg sama.

Personally, i learn a lot from other people's blog. Mcm penah i mention dulu, i'm a late bloomer on pinggan mangkuk warisan berzaman ni. When i started off a couple of months back, i didn't know what is Meakins, or even bunga kangkung, for that matter. And what in the world is VCR?? video cassette recorder?..Haha..I tanya another blogger, she didn't know what VCR stands for also.  Rupanya, victoria china rose. And i telah jatuh centa sama itu bunga semenjak dua menjak menatap wajahnya di banyak blog kawan-kawan sumer.

So, now, Alhamdulillah, i've managed to collect some myself. Okay, enuf intro.  Just wanna share my collection, yg nak kata ciput, tidak lah jugak.  Banyak pon tidak.  Yang ada-ada sajalah...Okayla tu, for someone yg baru je berkecimpung selama ~ sebulan dua ni...heheh..

Cawan ada 5 set, plus 2 mulut lebar tanpa piring. Satu ml tu tengah menjalani plastic surgery, coz ada sikit chip kat bibir dia...Blom balik dari hospital lagi ..

Creamer n sugar pot ni sgt I suka..Very de cantek. Kalau tengok lama2, leh luruh jantung..hahaha..

Yg kat atas tu, pinggan lauk, dan kat bawah a 12-in oval platter. Yg ni pon i suke gilerr.. Just look at the flowers..Kalau tengok in real, mmg cantek, very lively..The gold rim pun sgt tebal..

Pinggan makan mungkum size besar, ada 14 ketoi.  Haha..leh buat mini kenduri kooo...Pinggan cenni, i panggil pinggan makan nasi kampung.  Sebab, masa-masa kecik dulu selalu makan nasi guna pinggan bentuk n size camni, esp yg bunga kangkung punya..

The whole VCR family ni posing bersama.

Tak de teko kan? Itulah, i tengah tunggu kehadiran org baru, nun jauh dari Sarawak..tak tau lah dah naik belon ke tidak...Lama jugak i dah tunggu nih..Belum lengkap tanpa teko nya...

okay lah ye. Sampai sini dulu.. Nnti senang, i share with you guys my other VCR collection, tapi yg tu bukan pinggan, tapi ..pelita vcr....tunggguuuu...