Pages

Showing posts with label tEa tIMe N bREaKfaSt. Show all posts
Showing posts with label tEa tIMe N bREaKfaSt. Show all posts

Tuesday, 24 April 2012

Giant Sandwich

Assalamualaikum...

'Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda :"Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan." Lalu baginda ditanya oleh seseorang:"apa maksudnya meminta dicepatkan?" Jawab baginda:"Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:"aku telah berdoa, tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan, lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.".....Riwayat Muslim






Salam ceria, salam manis dan salam 1 Malaysia...semoga sihat-sihat hendaknya...semua dah siap memasak untuk makan tengahari ke...hehehe...mesti dah siapkan...siap makan sekali...:))tengoklah dah jam berapa nie...ok lah...hari nie sri tak adalah nak kongsikan resepi...sebabnya bahan-bahan yang digunakan semuanya beli yang siap...main susun-susun jer...besor tak sandwich yang sri buat...nie kalau makan sorang mau terlentang nak habiskan.






Sandwich nie sri buat hujung minggu lepas untuk minum petang...berkhasiat dan nak sediakan pun mudah jer...susun jer apa yang rasa sedap kat tekak dan lagi satu memang jimat masa...mana taknya...satu sandwich nie jer dah boleh jamu 4 @ 5 orang...:)) jom tengok apa yang sri sumbatkan dalam roti tue.







Bahan-bahan:-
-*1 bantal roti gandum
-*1 keping 'chicken sandwich' (kepingan warna putih)
-*1 keping 'cheese sandwich' (kepingan warna merah)
-*2 keping 'cheese slice'
-*3 keping 'smoked chicken' - tapi sri buat sendiri...guna bahagian dada ayam...(perapkan dada ayam dengan sos tiram, garam, oregano, parsli dan serbuk lada hitam...bakar hingga masak)
-*timun
-*tomato
-*salad
-*bawang holand
-*marjerin
-*serbuk lada hitam kasar
-*sos cili
-*mayonis







Cara-cara:-
-Belah dua roti dan sapu marjerin...bakar sekejap supaya roti garing.
-Letakkan daun salad...hirisan tomato, hirisan timun, hirisan bawang holand, kepingan 'chicken sandwich dan 'cheese sandwich' yang direndam dengan air panas sekejap...hirisan daging ayam bakar, kemudian piping sos cili dan mayonis...letakkan kepingan keju dan akhir sekali taburkan serbuk lada hitam kasar...siap...mudahkan...:))





SELAMAT MENCUBA :)










Wednesday, 18 April 2012

Roti John

Assalamualaikum...

Salam sejahtera dan selamat petang buat semua...Alhamdulillah...masih lagi dapat bersua dialam maya nie...dah kekeyangan ke semua...nie mesti dh tersandar nie...hehehe...tapi bagi ibu-ibu mesti tengah fikir nak masak apa pula untuk minum petang nie kan...kalau dah setiap hari kita sediakan...bila tak buat rasa macam tak lengkap jer...betul tak.






Hari nie sri nak kongsikan resepi roti john...sri buat semalam untuk minum petang...mudah...cepat...dan yang pasti marvelousssss gitu...kalau bulan puasa nie antara menu wajib...kalau nak lagi mudah...boleh guna chicken floss ajer...tapi untuk resepi nie sri masak sendiri intinya...jom kita redah.






Bahan-bahan:-
-*3 bantal roti john (guna roti sosej pun boleh)
-*4 biji telur
-*inti - homemade inti / chicken floss / daging@ayam hancur
-*marjerin
-*sos cili
-*mayonis
-*lada sulah


Cara-cara:-
-Belah roti dan sapu marjerin...bakar sekejap atas pan...bila sentuh bahagian atas roti, dah rasa lembut...angkat dan ketepikan.
-Satukan telur dan inti...pukul sebati.
-Tuang adunan atas pan sebesar bukaan roti...ambil roti dan tekap atas adunan telur dan biar sekejap...bila dah garing angkat.
-Letak sos, mayonis dan lada sulah.






Resepi inti nie sri buat lebih untuk stok...senang sikit bila terasa nak makan roti john...kalau nak cuba boleh tengok resepi yang simple ni :))



Bahan-bahan Inti:-
-*200 gm isi ayam - dadu kecil
-*1/3 biji kentang - dadu halus
-*1 labu bawang besar - hiris nipis
-*1 sdb rempah kari daging
-*2 cawan air
-*garam
-*serbuk perasa
-*minyak untuk menumis


Cara-cara:-
-Panaskan minyak...tumis ayam, kentang, bawang besar...masukkan rempah, air, garam dan serbuk perasa...masak hingga kering.







SELAMAT MENCUBA :)


Monday, 26 March 2012

Roti Lapis Ala Lasagna

Assalamualaikum....

Salam sejahtera dan salam ceria....buat semua teman-teman moga sihat hendaknya...lama nya tak melawat blog nie...bukan apa...mood memasak kurang sikit sebab darling jauh...hehehe...mesti dah boringkan tengok resepi yang sama jer ada dalam list blog sri nie...untuk hari nie sri nak kongsikan resepi minum petang yang bagi sri memang best la...kalau yang minat keju pasti suka...bila dah suka tue...apalagi melambak la sri letakkan keju tue dalam resepi.






Resepi asal menggunakan lasagna...sri tukarkan kepada roti sebab malas nak keluar beli...badan dah penat tapi rasa nak makan...jadi sri gunakan lah apa yang ada dekat dapur tue...N3 nie sri buat petang semalam...jom kita layan resepi roti lapis ala lasagna ( suka-suka jer boh nama..:)) )...bagi yang nak buat lasagna...tukarkan aja roti dengan lasagna.









Bahan-bahan & Cara-cara:-

Bahan-bahan:-
-*6 keping roti 
-*4 keping keju cheddar
-*100gm keju mozarella - di parut

Bahan-bahan Inti:-
-*200gm isi ayam - potong kiub
-*1 biji tomato - didadu
-*4 biji cendawan butang - didadu
-*1/2 labu bawang holland
-*1 ulas bawang putih - cincang
-*sedikit lada benggala - didadu
-*1/3 sdt herba oregano
-*1/2 sdt serbuk lada hitam kasar
-*1/2 sdt serbuk lada sulah
-*1/2 sdb minyak masak
-*1 sdb marjerin
-*2 sdb sos cili
-*1 sdb sos tomato
-*secubit garam
-*1/3 cawan air

Cara-cara:-
-Panaskan minyak dan cairkan marjerin...tumis bawang putih hingga wangi.
-Masukkan semua bahan-bahan yang lain dan masak hingga pekat...ketepikan.

Bahan-bahan Sos:-
-*4 sdb tepung jagung
-*1 cawan susu segar
-*1/3 cawan air
-*1/2 sdb marjerin
-*secubit garam

Cara-cara:-
-Satukan semua dalam periuk kecuali marjerin...dan kacau hingga semua bahan sebati dan masukkan marjerin...masak atas api sederhana hingga semua pekat.
****note:bila sos mula memekat terus tutup api dan alihkan tapi sentiasa kacau hingga sos licin...ini untuk elakkan sos jadi berketul.






Proses Akhir:-
-Susun roti dalam loyang...ratakan inti...letak sos atas inti dan ratakan...tabur dengan keju cheddar dan keju mozarella...ulang langkah yang sama hingga habis roti...bakar pada suhu 170 c selama 30 minit.



SELAMAT MENCUBA :)







Monday, 20 February 2012

Donut Mayo

Assalamualaikum...

Selamat petang dan salam ceria buat semua teman-teman...sri nak minta maaf kepada pengunjung-pengunjung blog sri kerana tak ada N3 baru yang sri post kan...ada masalah teknikal sikit yang tak dapat nak di elakkan...

 Hari nie sri nak kongsikan resepi donut yang memang sesuai untuk sarapan ataupun untuk minum petang...ni N3 tertunda ye sebab sri buat donut nie untuk sarapan Mr Suami sebelum dia bertolak ke Johor Baharu minggu lepas untuk bertugas di sana...donut nie kesukaan suami sri...jom kita godek-godek resepi untuk minum petang nanti.






Resepi nie sri dapat dari blog kak ita...tapi yang nie sri dah derhaka sikit ikut selera tekak sri...maaf ye kak ita...apa-apa pun memang lembut dan gebu gebaz donut nie...hehehe...sri ikut petua yang kak ita bagi.









Bahan-bahan:-
-*360gm @ 3 cawan tepung gandum
-*3 sdb mayonis
-*2 sdb marjerin
-*1 sdb susu tepung
-*3 sdb gula pasir
-*1 1/2 sdt yis kering/mauripan
-*1 biji telur - dipukul sedikit
-*100ml air suam






Cara-cara:-
-Campurkan semua bahan-bahan diatas kecuali telur dan air suam...kemudian gaul adunan dengan hujung jari hingga jadi macam serbuk roti.
-Selepas itu, buat lubang di tengah dan masukkan telur dan gaul sebati...bila adunan dah sebati masukkan air suam dan uli hingga adunan menjadi elastik dan lembut...masukkan adunan yang telah menjadi doh ke dalam plastik (sri guna plastik yang kita isi lauk tue) dan ramas doh selama 5 - 10 minit.
-Keluarkan doh tadi dan uli lagi...kemudian, wrap kan doh dan simpan lebih kurang 20 -30 minit.
-Setelah itu,kita tumbuk-tumbuk kan sedikit doh tadi untuk keluarkan angin...bulat-bulatkan doh tadi ikut size yang kita suka dan buat lubang ditengah...kalau nak guna acuan pun boleh..sri bulat-bulatkan aje sebab takut lambat pula Mr Suami nanti nak sarap.
-Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan...hias dengan gula icing atau choc pun boleh.






Bagi yang nak buat makanan sejuk beku pun boleh...bila nak makan boleh terus goreng jer...cara-caranya, masukkan donut kedalam minyak...bila donut dah timbul...alih-alihkan dia dan angkat...biar sejuk baru pek.


SELAMAT MENCUBA :)

Monday, 30 January 2012

Cucur Jagung Vege

Assalamualaikum...

Selamat pagi dan salam ceria...sarapan dimana dan sarapan apa...:)) hari nie sri buat sarapan yang simple jer...jom redah bahan-bahannya.






Bahan-bahan:-
-*400gm tepung gandum
-*1 1/2 - 2 cawan jagung
-*1 1/2 cawan tauge
-*1 biji lobak merah - sagat halus
-*1 sdt soda bikarbonat
-*1/2 kiub ikan bilis
-*garam
-*gula
-*air


  



Cara-cara:-
-Satukan semua bahan-bahan dan masukkan air sedikit demi sedikit...biar adunan sedang-sedang saja...tak lembik dan tak terlalu pekat...kalau terlebih air nanti bila goreng adunan akan leper dan kalau terlalu pekat...cucur akan jadi keras dan liat bila sejuk.
-Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.






Sedap dimakan dengan sos dan mayo atau leh buat Sambal Cecah sendiri...boleh dapat banyak dan boleh disimpan lama.


SELAMAT MENCUBA :)

Friday, 27 January 2012

Popia Pisang Bercoklat

Assalamualaikum...

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : "Permudahkanlah semua urusan dan jangan menyusahkannya, berilah khabar gembira dan janganlah membuat sesuatu yang menyebabkan orang lain lari."
Riwayat al-Bukhari dan Muslim






Salam Jumaat dan salam ceria buat semua teman-teman...sarapan apa pagi nie...hari nie jom geledah resepi yang mudah nak sri kongsikan di sini.






Bahan-bahan:-
-*5 biji pisang berangan - potong 2 dan belah lagi 2...jadi 1 biji akan dapat 4 bahagian
-*20 keping kulit popia
-*pelekat - bancuh tepung ubi dengan sedikit air
-*minyak untuk menggoreng


Cara-cara:-
-Ambil sekeping kulit popia dan letakkan pisang...balut kemas dan lekatkan dengan bancuhan tepung ubi tadi...sri tak berapa gemar guna telur putih sebab bila sejuk akan ada bau hanyir...ulang langkah tadi hingga habis semua pisang.
-Panaskan minyak dan goreng popia pisang tadi...bila popia dah kekuningan...boleh angkat dan ketepikan.


Bahan-bahan Simply Choc Ganache:--*1/2 cawan serbuk koko / 150gm coklat compound
-*1/2 cawan susu pekat manis
-*2 sdb gula perang
-*2 sdb marjerin / butter



Cara-cara:-
-Satukan semua bahan-bahan diatas dan masak cara double boil...masak hingga semua bahan tadi sebati dan berkilat.






SELAMAT MENCUBA :)






Friday, 2 December 2011

pUdiNg rOTi bErLAuk

Assalamualaikum...
Salam Jumaat yang penuh keberkatan...tak terasa masa berjalan...tinggal lagi beberapa hari adik sri akan di satukan...maka makin banyaklah kerja-kerja yang harus dilakukan...sekarang nie pun satu family tengah sibuk mengecat rumah...sri pulak baru habis membeli barang-barang untuk membuat cenderahati...nak buat sesuatu yang istimewa sikit...( special keee??? )...:))) kalau jadi nanti sri update ye.






Hari nie sri nak kongsi resepi puding roti...puding nie sri buat petang semalam...kira N3 tertangguh la nie...hehehe :))...jom lah tengok bahan-bahan yang diperlukan.


Bahan-bahan Kulit:-
-*6-8 keping roti - carik-carikkan
-*1/2 tin susu cair
-*1 sdb tepung jagung
-*1 sdb tepung kastard
-*1/2 sdt garam






Cara-cara:-
-Satukan susu cair, tepung kastard, tepung jagung dan garam...kacau sebati.
-Rendamkan roti didalam adunan tadi...kalau boleh jangan bagi ada lebihan adunan tadi...biar sama cukup adunan dengan roti...biarkan seketika kemudian letak dalam acuan yang telah digris dan buat seperti dalam gambar diatas.
-Setelah siap bolehlah letak inti.






Bahan-bahan Inti:-
-*1/4 ekor ayam - ambil isi dan potong dadu
-*1 labu bawang besar - dihiris nipis
-*1 ulas bawang putih - dicincang
-*1 biji tomato - didadu
-*1 biji cili merah - didadu
-*1 biji cili hijau - didadu
-*1/2 sdt serbuk lada sulah
-*1/2 sdt serbuk lada hitam
-*1/2 sdt serbuk lada hitam kasar
-*2 sdb sos cili maggi
-*garam 

Hiasan:-
-*3 keping keju keping






Cara-cara:-
-Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi...masukkan ayam dan kacau sekejap.
-Apabila ayam dah separuh masak...masukkan serbuk lada sulah, serbuk lada hitam halus dan kasar, sos cili dan garam...kacau sebati dan biar hingga ayam masak...jangan letak air sebab kita tak nak bagi ia ada kuah.
-Bila dah masak...masukkan cili merah, cili hijau dan tomato...kacau sekejap jer sebab kalau kacau lama-lama, buah tomato akan keluarkan air.
-Letakkan inti didalam roti yang telah dibentuk dengan sudu bulat.
-Setelah siap bolehlah hias dengan keju.
-Bakar pada suhu 170 c selama 20 minit.
-Lepas keluarkan dari oven...biarkan sekejap baru keluarkan dari acuan.






SELAMAT MENCUBA :)

Thursday, 1 December 2011

pAu rOLl dGn kARi aYAm

 Assalamualaikum...
Dan salam sejahtera semua teman-teman...lewat lagi update N3...:))) hari nie sri buat pau roll cicah dengan kuah kari ayam untuk sarapan tadi...tapi kari ayam adik sri yang masak...memang kena dengan seleralah...asalnya sri nak buat spiral mantou tapi salah potong yang gulungan pertama...nampak macam swiss roll...sebab tue la jadi pau roll...hehehe :))






Resepi untuk doh pau roll nie sama dengan resepi Pau Montel tapi ada sikit perubahan jer...cuma untuk pau nie tak ada inti tapi makan dengan kuah kari...kalau nak ganti dengan kaya pun boleh aje...jom kita tengok resepi pau...






Bahan-bahan:-
-*500gm tepung pau @ tepung high protein
-*1 biji telur
-*1/2 sdt garam halus
-*200ml air suam
-*1 sdb yis mauripan
-*2 sdb marjerin
-*1 sdb shortening
-*2 sdb gula
-*2 sdb susu pekat
-*1 sdb serbuk koko
-*pewarna pink



Di sini sri ada tunjuk serba sikit langkah-langkah untuk membuat pau roll...


Didalam bekas adunan atau bekas lain yang agak besar, tuangkan air suam...masukkan yis, marjerin, shortening, gula dan susu pekat...kacau sedikit dan biar adunan tadi 8 - 10 minit.



Bila yis dah berbuih...masukkan separuh tepung, telur yang dipukul sedikit dan garam.
Gaul adunan tadi dengan sudu sehingga sebati dan melekat pada sudu...bila dah sebati, gaul dalam satu arah.



Bahagi adunan tadi kepada dua...yang satu lebihkan sedikit dari yang satu lagi...satu adunan letakkan serbuk koko dan yang satu lagi letakkan pewarna pink atau pewarna kegemaran...gaul sebati.
Kemudian masukkan lebihan tepung tadi dan gaul dengan sudu sekejap...kemudian uli guna tangan...kalau adunan lembik boleh tambah tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan tadi tak melekat pada bekas adunan.



Bulat-bulatkan adunan hingga habis...doh coklat bulatkan kecil sedikit dari doh pink...canai doh pink dan doh coklat...setelah siap letak doh coklat atas doh pink macam gambar diatas dan potong sikit hujung doh pink untuk kemaskan nya.



Gulung dengan kemas doh tadi kemudian potong kecil-kecil...masa potong jangan menekan kerana adunan akan jadi tak kemas...setelah siap letak diatas kertas minyak...macam biasa sri guna acuan cup cake jer.



Inilah rupa pau yang telah siap direhatkan selama 15 minit...kukus pau menggunakan api yang sederhana...kalau api yang kuat...tepung akan jadi keras dan kekuningan kalau pau putih...kukus 15 minit atau sehingga masak.







Bahan-bahan Kari Ayam:-
-*1/2 ekor ayam - potong kecil
-*2 biji ubi kentang
-*1 cawan santan

-*2 sdb rempah kari daging/ayam
-*1/2 sdt serbuk cili
-*1/2 sdt serbuk lada hitam
-*1/2 sdt serbuk lada sulah
***campur dan bancuh dengan air hingga sebati.

-*1 labu bawang besar
-*2 inci halia
-*3 ulas bawang putih
***kisar halus

-*1 tangkai daun kari
-*4 beradik (kulit kayu manis,buah pelaga,bunga lawang & bunga cengkih)
-*garam
-*1 kiub pati ayam
-*serbuk perasa
-*1 keping asam keping


Cara-cara:-
-Tumis bahan-bahan kisar bersama dengan daun kari dan 4 beradik...selepas naik bau masukkan rempah yang telah diadun...masak hingga wangi.
-Masukkan ayam serta kentang dan tambah 1/3 cawan air.
-Kacau sebati dan masukkan kiub pati ayam, asam keping, garam, serbuk perasa dan santan...masak hingga pekat.


SELAMAT MENCUBA :)





Wednesday, 30 November 2011

tRiaNgLe mINi tUNa

Assalamualaikum...





N3 nie dah terlewat sikit sri update...mesti semua dah siap dengan hidangan tengahari kan...sri baru nak update...tapi tak apa...kalau ada yang nak cuba boleh buat untuk hidangan minum petang nanti...triangle mini tuna nie sri buat untuk hidangan sarapan pagi tadi...tapi disebabkan ada benda yang nak dibuat...inilah yang terlewat sri kongsikan resepi hari nie.





Resepi nie sama dengan resepi karipap cuma intinya sri letak ikan tuna dan tak pedas...memang sesuai untuk kanak-kanak...jom tengok bahan-bahan yang di perlukan.



Bahan-bahan Kulit:-
-*2 cawan tepung gandum
-*marjerin secukupnya - bekukan dan potong kiub
-*air sejuk
-*secubit garam

Cara-cara:-
-Satukan tepung,garam dan marjerin dan main dengan hujung jari hingga menjadi seperti serbuk roti.
-Lepas tue masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh.
-Boleh terus di canai dan tekap dengan acuan segitiga seperti gambar di bawah...kemudian letakkan inti dan goreng hingga masak.
 
 
 
 
 
 
Sri guna garpu untuk buat kelim ditepi...untuk mengelakkan kelim terbuka, tekan bahagian tepi kulit di kedua-dua belah.
 
Bahan-bahan Inti:-
-*1 biji kentang - di potong dadu
-*1 tin ikan tuna dalam air - buang air dan hancurkan
-*2 labu bawang besar - di hiris halus
-*1/2 sdt serbuk lada hitam
-*1/2 sdt serbuk lada hitam kasar
-*1/2 sdt serbuk lada sulah
-*2 biji cili hidup (merah dan hijau) - di cincang halus
-*3 sdb mayonis
-*garam
-*serbuk perasa

 
 

 
Cara-cara:-
-Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar serta ubi kentang.
-Masukkan air, garam dan serbuk perasa dan tambahkan sedikit air dan masak hingga ubi kentang empuk.
-Apabila hampir kering masukkan cili hidup merah dan hijau...kacau sebati dan tutup api.
-Masukkan bahan-bahan tumis tadi ke dalam ikan tuna yang telah dihancurkan.
-Masukkan mayonis, serbuk lada hitam kasar dan halus, serbuk lada sulah dan kalau kurang garam boleh tabur sedikit garam halus.
 
 
 



SELAMAT MENCUBA :)
 

Saturday, 26 November 2011

pAu mONteL


Assalamualaikum...
Selamat petang dan selamat berhujung minggu buat semua teman-teman...cuti sekolah nie mesti ramai yang mengambil peluang untuk pergi melancong atau pulang ke kampung...esok dah 1 Muharram...tahun baru bagi semua umat Islam...petang nie ada yang mengadakan kenduri untuk bacaan doa akhir tahun dan juga awal tahun sempena menyambut Awal Muharram.







Apa yang sri nak kongsikan hari nie mungkin sesuai kalau nak di buat sebagai juadah untuk di hidang kepada para tetamu...cara membuat yang mudah dan tak perlu menunggu lama...
Asam pedas ikan tenggiri...
Dimasak cara ala cik nyonya...
Pau montel nama di beri...
Macam tuan yang membuatnya...
:))



Bahan-bahan:-
-*500gm tepung pau @ tepung high protein
-*1 biji telur
-*1/2 sdt garam halus
-*200ml air suam
-*1 sdb yis mauripan
-*2 sdb marjerin
-*1 sdb shortening
-*2 sdb gula
-*2 sdb susu pekat






Cara-cara:-
-Didalam bekas adunan atau bekas lain yang agak besar, tuangkan air suam...masukkan yis, marjerin, shortening, gula dan susu pekat...kacau sedikit dan biar adunan tadi 8 - 10 minit.
-Bila yis dah berbuih...masukkan separuh tepung, telur yang dipukul sedikit dan garam.
-Gaul adunan tadi dengan sudu sehingga sebati dan melekat pada sudu...bila dah sebati, gaul dalam satu arah.
-Kemudian masukkan lebihan tepung tadi dan gaul dengan sudu sekejap...kemudian uli guna tangan...kalau adunan lembik boleh tambah tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan tadi tak melekat pada bekas adunan.
-Bulat-bulatkan adunan hingga habis...ambil yang mula-mula dibulatkan tadi dan masukkan inti didalamnya dan bulatkan kemas-kemas...letak diatas kertas minyak atau daun pisang yang telah dipotong kecil-kecil...(sri guna acuan cup cake jer...cepat sikit kerja...hehehe)...rehatkan doh selama 15 minit.
-Kukus pau menggunakan api yang sederhana...kalau api yang kuat...tepung akan jadi kekuningan...kukus 15 minit atau sehingga masak.



 



Kali nie sri buatkan inti kentang dengan daging...selalunya sri letak inti kacang merah atau inti kaya...cara masak sama macam inti Karipap Daging yang pernah sri kongsikan...cuma untuk pau sri tak letak daun sup dan cili merah...


Bahan-bahan Inti:-
-*5 biji kentang - di potong dadu
-*200gm daging - di potong halus
-*1 labu bawang besar - di hiris halus
-*sedikit daun kari - di cincang
-*1 bungkus serbuk kari (kalau suka pedas lebihkan serbuk kari + 1 sdt lada hitam)
-*garam
-*serbuk perasa


Cara-cara:-
-Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, daun kari dan daging...biar sekejap.
-Masukkan serbuk kari yang dibancuh dan kacau...biar sekejap dan terus masukkan ubi kentang.
-Masukkan garam, serbuk perasa dan tambahkan sedikit air dan masak hingga kering.


SELAMAT MENCUBA :)

Monday, 21 November 2011

bURgEr mALaySia


Assalamualaikum...
Hari nie sri nak kongsikan hidangan sarapan dan sesuai juga untuk sajian minum petang...burger malaysia ataupun orang sebut pau sambal...masa sekolah dulu sri selalu panggil burger malaysia dan sampai sekarang pun sri panggil macam tue...lagipun bentuk asal dia sebenarnya bulat dan dipotong tengah untuk letak inti dan ada hirisan nipis timun...memang nampak macam burger kan...cuma kali nie sri buat bentuk 'patric star'...:)))






N3 kali nie sebenarnya sri buat hari sabtu lepas cuma tak sempat nak update...line bb pulak asyik problem jer...untuk inti sri buat sambal bilis...bagi yang tak makan bilis boleh ajer tukar dengan inti lain...macam tuna, sardin atau ayam yang di cincang...



Bahan-bahan:-
-*500gm tepung gandum
-*1 biji telur
-*1/2 sdt garam halus
-*1 sdb yis segera (mauripan)
-*2 sdb marjerin
-*1 sdb shortening
-*2 sdb gula pasir
-*2 sdb susu pekat
-*180ml - 200ml air suam


Cara-cara:-
-Didalam bekas adunan atau bekas lain yang agak besar, tuangkan air suam...masukkan yis, marjerin, shortening, gula dan susu pekat...kacau sedikit dan biar adunan tadi 8 - 10 minit.
-Bila yis dah berbuih...masukkan separuh tepung, telur yang dipukul sedikit dan garam.
-Gaul adunan tadi dengan sudu sehingga sebati dan melekat pada sudu...bila dah sebati, gaul dalam satu arah.
-Kemudian masukkan lebihan tepung tadi dan gaul dengan sudu sekejap....kemudian uli guna tangan...kalau adunan lembik boleh tambah tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan tadi tak melekat pada bekas adunan.
-Kemudian bolehlah di canai dan tekap ikut acuan dan goreng...biarkan sejuk sedikit baru potong ditengah untuk letak inti dan hirisan timun...kalau boleh guna pisau yang mata bergergaji...baru molek burger malaysia @ pau sambal tue...:)))






Bahan-bahan Sambal:-
-*4 sdb cili kisar
-*1 cwn ikan bilis
-*1/2 labu bawang besar
-*2 ulas bawang merah
-*1 ulas bawang putih
-*2 sdb gula
-*garam
-*serbuk perasa
-*2 sdb air asam jawa


Cara-cara:-
-Kisar bawang besar, bawang merah dan bawang putih dengan cili kisar...Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi.
-Masak hingga wangi dan masukkan ikan bilis, air asam jawa, gula, garam dan serbuk perasa...masak hingga kering.







SELAMAT MENCUBA :)

Tuesday, 1 November 2011

kARipAp dAgiNg

Assalamualaikum dan selamat pagi...
Sarapan apa ye pagi nie...saya dari semalam dah prepare bahan2 untuk buat sarapan pagi nie...semalam saya sediakan inti utk buat karipap daging...bukan apa, nak cepat siap...kalau masak pagi nie takut lambat pula siap karipap daging tue...jadi pagi nie cuma sediakan kulit dan proses mengelim karipap jer...sekejap jer dah boleh makan...kalau karipap nie saya suka guna ubi kentang berbanding keledek...semalam saya buat inti kari...kalau buat inti lada hitam pun sedap juga...




Bahan-bahan Kulit:-
-*500gm tepung gandum
-*marjerin secukupnya - bekukan dan potong kiub
-*air sejuk
-*secubit garam

Cara-cara:-
-Satukan tepung,garam dan marjerin dan main dengan hujung jari hingga menjadi seperti serbuk roti.
-Lepas tue masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh.
-Boleh terus di canai.





Bahan-bahan Inti:-
-*5 biji kentang - di potong dadu
-*200gm daging - di potong halus
-*1 labu bawang besar - di hiris halus
-*sedikit daun kari - di cincang
-*1 bungkus serbuk kari (kalau suka pedas lebihkan serbuk kari + 1 sdt lada hitam)
-*2 biji cili hidup - di cincang halus
-*daun sup - di potong 1 inci
-*garam
-*serbuk perasa


Cara-cara:-
-Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, daun kari dan daging...biar sekejap.
-Masukkan serbuk kari yang dibancuh dan kacau...biar sekejap dan terus masukkan ubi kentang.
-Masukkan garam, serbuk perasa dan tambahkan sedikit air dan masak hingga kering.
-Apabila hampir kering masukkan cili hidup merah dan daun sup...kacau sebati dan tutup api.
-Bolehlah mula mengelim karipap.


SELAMAT MENCUBA :) 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...