Pages

Showing posts with label mASakAn aYAm. Show all posts
Showing posts with label mASakAn aYAm. Show all posts

Wednesday, 10 April 2013

Asam Pedas Ikan Pari Dengan Timun

Assalamualaikum...


Selamat pagi dan salam 1 Malaysia...bertemu lagi kita didapur maya walaupun sejak kebelakangan nie sri asyik on...off ajer...cam biskut chipsmore...sekejap ada...sekejap tak ada...kadang-kadang hilang sekejap jer...adakala tue laaaaaaammmaaaaanya hilang bersembunyi...hihihi.(^^,)*


Bukan apa...kekangan masa yang tak mengizinkan untuk sri berdating dengan dapur rosri nie...ada saja yang jealous..hurrrmmmm....tapi biarkanlah ye...hari nie jom kita dating...masak apa tue...berasap sakan sri tengok dapur kawan-kawan...sedapnya bauuuu...nanti kita tukar-tukar mangkuk boleh.






Taaraaaa....hari nie sri nak kongsikan salah satu menu kegemaran sri, asam pedas ikan pari...memang mengancamlah...tambahan pula ada ikan masin atau ikan pekasam yang jadi pelengkap...makan pula dengan nasi panas-panas...tak nampak dah sapa yang lalu...kali ni sri buat letak timun...tapi kalau dapat timun bendang lagi sedap tau...selalunya sri letak bendi.






Kalau nak beli ikan pari nie kena hati-hati ye puan-puan...sebab takut terbeli yang berbau hancing (kalau tak salah, ikan pari yang berbau hancing nie sebab baru lepas melahirkan anak)...masa nak beli tu, cium dulu bau dia...kalau bau segar, ok boleh ambil...kalau tidak nanti tak sedap asam pedas kita.






Bagi yang nak cuba asam pedas cara sri, bolehlah jenguk-jenguk kat bawah ye...jom kita layannnn(^^,)*



Bahan-bahan:-
-*600 gm ikan pari - potong ketul-ketul
-*1 biji timun - buang biji
-*4 keping asam keping
-*daun kesum / cenehom
-*garam
-*serbuk perasa

Bahan Kisar:-
-*15 biji cili kering - buang biji dan rebus
-*5 ulas bawang merah
-*2 ulas bawang putih
-*belacan
-*2 inci kunyit hidup






Cara-cara:-
-Letak ikan dan timun yang telah dibersihkan dalam periuk.
-Tuang bahan kisar, asam keping, garam, serbuk perasa dan daun kesom.
-Renehkan sehingga ikan masak dan timun lembut.






Yang nie ayam goreng sempoi-sempoi jer...main campak-campak rempah ratus...saja nak bagi kelainan rasa pada ayam goreng...bila kunyah tu rasa cam wangi je sebab campuran rempah ratus...jom tengok apa yang sri campak tue..(^^,)*


Bahan-bahan:-
-*1 ekor ayam - potong kecil-kecil
-*1 sdt serbuk lada sulah
-*1 sdt serbuk ketumbar
-*1 sdt serbuk jintan putih
-*1 sdt serbuk jintan manis
-*1 sdt serbuk cukup rasa
-*garam
-*serbuk kunyit
-* minyak untuk menggoreng


Cara-cara:-
-Gaulkan semua bahan-bahan dengan ayam...perap 5 minit.
-Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan atau sehingga ayam masak.







SELAMAT MENCUBA (^_^)*



Friday, 15 February 2013

Oh My Gulai Ayam Tanpa Santan

Assalamualaikum...



Salam Jumaat yang penuh dengan keberkatan...moga semua berada dalam lindungan Nya tak kira dimana teman-teman sri berada dan tak lupa buat encik suami yang jauh pergi mencari nafkah buat sesuap nasi untuk  keluarga...juga buat mak dan abah serta keluarga sri...eeceeehhhh....macam ucap selamat hari raya pula kan...hehehe...gian nak menaip la nie..:D






Mulakan hari dengan Bismillah.. Hiasi hari dengan Selawat... Semoga Allah memberkati kalian, In Shaa Allah *^________^*
~✿ wahai Tuhan... ku x layak ke SyurgaMu, namun x pula aku sanggup ke NerakaMu.. Oleh itu kurniakanlah keampunan kepadaku, ampunkanlah dosaku.. sesungguhnya Kau Maha Pengampun dosa2 besar..~✿
petikan kata-kata dari FB teman baik sri Intan Kembara






Sebenarnya dah lewat juga sri bersiaran nie...tapi tak apalah...kalau nak cuba masak untu lauk makan malam nanti pun okey juga...menu biasa-biasa jer nie...yang penting soooodap...lauk yang simple camni lah yg buat diet ku musnah..hehehe...tak sedor dah tambah nasi...hehehe

Gulai ataupun kari tanpa santan nie memang sesuai sangat kalau makan dengan lempeng kelapa @ peknga nyior @ cucur tempek nyioq...dengan roti pun boleh...kalau roti jala...lagi lah mantooop gitew.

Jomlah tengok apa bahan-bahan yang berperang dengan sri tadi untuk siapkan juadah makan tengahari...layan je lah ye :)






Gulai Ayam / Kari Ayam
Bahan-bahan:-
-*1/2 ekor ayam - potong kecil
-*6 biji baby potato - belah dua
-*4 sdb rempah daging
-*1/2 sdb serbuk cili
-*1 keping asam keping
-*garam
-*serbuk perasa
-*air
-*minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar
-*1 labu bawang besar
-*5 ulas bawang putih
-*2 inci halia

Bahan Tumis
-*1/4 labu bawang besar
-*1 ulas bawang putih
-*1 inci halia
****hiris nipis
-*daun kari
-*kulit kayu manis
-*buah pelaga
-*bunga lawang
-*bunga cengkih

Cara-cara:-
-Panaskan minyak...tumis bahan tumis hingga wangi dan masukkan bahan kisar.
-Masak hingga naik minyak...satukan rempah daging dan serbuk cili...bancuh dengan air dan masukkan kedalam periuk...kacau dan biar hingga rempah masak.
-Kemudian masukkan ayam, kentang, asam keping, garam, serbuk perasa dan air (air jangan letak banyak sangat..nanti kuah cair..untuk gulai tanpa santan,lebih sedap kalau kuah pekat).
-Biar hingga mendidih dan masak..tutup api.
****bagi yang suka pedas...boleh tambahkan 1 sdt serbuk lada hitam kedalam rempah.






Hidangan sampingan...bayam goreng...ikan kering goreng masak asam bawang...sambal belacan...ulam...mmmmmm rezeki..:)



Bayam Goreng
Bahan-bahan:-
-*1 ikat bayam (selalu sri beli dekat kedai dah siap-siap ikat jadi tak tahu berat dia...hehehe...kira agak-agak je lah nak banyak mana ye)
-*sedikit ikan bilis
-*2 ulas bawang merah - hiris nipis
-*1 ulas bawang putih - hiris nipis
-*1 biji cili merah - hiris nipis
-*garam
-*serbuk perasa
-*minyak untuk menumis
-*air


Cara-cara:-
-Panaskan minyak...tumis bawang merah, bawang putih, cili merah, ikan bilis.
-Bila dah wangi...masukkan bayam, garam, serbuk perasa dan sedikit air.
-Biar hingga sayur masak.






Ikan Kering Goreng Masak Asam Bawang 
(menu nie selalu sri suka masak untuk sahur...kegemaran encik suami selain dari telur masin)
Bahan-bahan:-
-*100 gm ikan kering talang - basuh dan goreng garing
-*2 labu bawang besar - hiris nipis
-*2 ulas bawang putih - hiris nipis
-*1 biji cili merah - hiris nipis
-*1 sdb asam jawa adabi
-*2 sdb air
-*minyak untuk menumis


Cara-cara:-
-Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan cili merah...masak hingga semua layu.
-Masukkan ikan kering yang telah digoreng, asam jawa dan air...masak hingga pekat.






Untuk resepi sambal belacan klik SINI

Ulam-ulaman, sri cuma sediakan tomato segar dan bendi rebus (semasa merebus bendi...masukkan 2 @ 3 titik minyak masak kedalam air...ini untuk kurangkan lendir dan untuk cantikkan warnanya)



SELAMAT MENCUBA (^_^)*


Monday, 21 January 2013

Nasi Beriani Sempoi-Sempoi Jerrr

Assalamualaikum...


Salam sejahtera dan salam manis buat semua...bersua lagi kita di minggu baru...apa khabar semua...macam mana dengan hujung minggu kawan-kawan...mesti dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang menarik bersama-sama dengan keluarga tersayang...sri doakan semua berjalan dengan lancar.






Hari nie sempat juga BW sekejap ke dapur teman-teman blogger dan semua menu yang dihidangkan benar-benar menggamit selera...membuat perut ini bernyanyi-nyanyi mengikut rentak sajian...hehehe...agak-agak lagu apa la yang terhasil ye... (^^,)* dan tak lupa pada zila dari dapur zila4ever yang bakal menyambut kehadiran orang baru tahun 2013...tahniah sri ucapkan.






Untuk N3 kali nie, sri nak kongsikan resepi yang mudah nak dimasak...Nasi Beriani, Ayam Masak Rose, Air Asam dan Teh 'O' Ais Limau serai...tak nak celoteh lagi, jom kita skodeng resepi.



Nasi Beriani
Bahan-bahan:-
-*5 cawan beras basmathi - sri guna beras jati super tempatan je...basuh dan toskan.
-*6 cawan air
-*1 cawan susu cair
-*2 sdb kismis -  rendam
-*4 1/2 sd garam halus - sri guna sudu kfc
-*1 bungkus rempah beriani Brahim's
-*2 sdb minyak sapi
-*1 sdb marjerin
-*1 sdb minyak masak
-*pewarna

Bahan Kisar
-*1 labu bawang besar
-*1 ulas bawang putih
-*2 inci halia

Bahan Tumis
-*1 labu bawang besar
-*1 ulas bawang putih
-*2 inci halia
***hiris nipis semua bahan diatas
-*daun kari
-*kulit kayu manis
-*buah pelaga
-*bunga lawang
-*bunga cengkih
-*daun pandan


Cara-cara:-
-masak guna rice cooker...panaskan minyak sapi,marjerin dan minyak masak...tumis bahan tumis hingga naik bau dan masukkan bahan-bahan kisar.
-kemudian, masukkan rempah beriani yang telah dibancuh dengan sedikit air...biar hingga naik bau.
-masukkan air, susu cair, sedikit pewarna dan garam...kacau dan tutup periuk nasi...biar hingga air benar-benar mendidih.
-setelah itu, masukkan beras dan kacau...tutup periuk dan biar hingga masak.
-bila nasi dah masak...buat lubang pada nasi dengan menggunakan lidi sate (buat lubang hingga sampai cecah periuk)...kemudian tuangkan pewarna kuning dalam setiap lubang...tutup kembali periuk selama 5 minit dan barulah ditabur dengan kismis dan gaul nasi hingga rata.






Ayam Masak Rose
Bahan-bahan:-
-*1 ekor ayam - potong 12 bahagian
***garam kunyit dan goreng tapi jangan terlalu garing...ketepikan.

-*1/3 cawan tomato sup
-*1/2 cawan pati santan
-*1/2 cawan air
-*4 sdb minyak masak
-*garam
-*serbuk perasa
-*daun bawang & daun sup


Bahan Kisar
-*6 biji cili kering
-*2 1/2 labu bawang besar
-*13 ulas bawang putih
-*3 inci halia


Bahan Tumis
-*1/2 labu bawang besar
-*3 ulas bawang putih
-*2 inci halia
***hiris nipis semua bahan diatas
-*3 helai daun pandan
-*2 batang serai - dititik
-*kulit kayu manis
-*buah pelaga
-*bunga cengkih
-*bunga lawang






Cara-cara:-
-panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga naik bau...kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga berbau harum.
-masukkan tomato sup dan kacau rata.
-bila dah naik minyak...masukkan ayam yang telah digoreng, santan, air, garam dan serbuk perasa...masak hingga kuah agak pekat.
-kemudian taburkan dengan daun bawang dan daun sup yang dipotong...kacau rata dan sedia dihidang bersama nasi beriani.






Air Asam
Bahan-bahan:-
-*3 biji tomato
-*1 labu bawang besar
-*2 biji cili besar
***hiris nipis semua bahan diatas
-*1/4 cawan air asam jawa
-*4 sdb Sambal Belacan (klik untuk resepi)
-*garam
-*gula


Cara-cara:-
-satukan tomato, bawang besar dan cili besar...ramas-ramas bahan tersebut.
-masukkan semua bahan-bahan lain dan perasakan.

***bagi yang suka air asam yang agak pekat...boleh tambahkan 3 sdb sos cili.






Bila cuaca panas-panas, sedap juga kalau minum teh 'o' ais limau tapi kali nie kita tambah sikit perasa dia...sri letak serai dan rasa teh nie memang menyegarkan.

Caranya mudah aje...mula-mula sediakan air teh 'o' ikut selera masing-masing samada nak yang pekat atau yang nipis...semua tahu kan macam mana nak buat sebab sri tak ada sukatan...potong limau nipis kepada beberapa bahagian...letak dibahagian bawah jug...serai kita belah dua...letak dalam 3 batang untuk satu jug...kemudian tekankan dengan ketul ais agar jus limau bercampur dengan rasa serai...kemudian baru kita tuangkan teh 'o' yang kita sediakan tadi....perggghhhh....nyaman sekali.



SELAMAT MENCUBA (^_^)*

Monday, 3 December 2012

Ayam Masak Merah Kurma

Assalamualaikum..






Selamat petang dan salam manis buat semua...buat apa petang-petang nie...tengah fikirkan menu minum petang pula ke...sri pun tak pasti lagi nak buat apa tapi macam dah sampai seru nak buat durian crepe...hihihi...macam main bomoh-bomoh pula rasa seru-seru nie kan...harap-harap menjadilah sebab dah lama peram resepi crepe...:)






Sekejap jer dah tiba hari isnin pertama dalam bulan disember...dah nak sampai peghujung tahun pun kita nie...cepatnya lah masa berlalu kan...:)






Hari nie sri nak kongsikan resepi ayam yang sri buat tengahari semalam...yang nie resepi godek-godek..campak-campak apa yang ada dalam peti ais jer...hehehe...yang penting tetap licinnnnnn :)
Jom lah kita tengok apa yang nak kena ada.







Bahan-bahan:-
-*1 ekor ayam - potong 16 (gaul dengan garam dan kunyit...kemudian goreng separuh masak)
-*2 sdb rempah kurma - bancuh dengan sedikit air
-*3/4 cawan susu cair
-*1/2 cawan air
-*10 biji buah kurma - buang biji dan belah 4
-*3 sdb minyak masak - untuk menumis
-*2 sdb tomato sup
-*3 sdb sos tomato
-*garam
-*serbuk perasa
-*daun sup
-*daun bawang


Bahan Kisar
-*2 labu bawang besar
-*8 ulas bawang putih
-*2 inci halia
-*5 tangkai cili kering


Bahan Tumis
-*2 helai daun pandan
-*2 batang serai - dititik
-*1 biji tomato - hiris nipis
-*kulit kayu manis
-*buah pelaga
-*bunga lawang
-*bunga cengkih









Cara-caranya:-
-Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumis hingga wangi dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar..masak sekejap.
-Kemudian..masukkan rempah kurma, tomato sup dan sos cili...masak hingga naik minyak.
-Setelah itu, masukkan ayam yang telah digoreng, susu cair, air, garam dan serbuk perasa...masak hingga pekat.
-Taburkan dengan buah kurma, daun bawang dan daun sup...tutup api dan siap dihidang.






SELAMAT MENCUBA (^_^)*


Wednesday, 28 November 2012

Nasi Lemak Pandan

Assalamualaikum...


Selamat petang dan salam sejahtera buat semua...apa khabar sahabat-sahabat sri...semoga apa yang dirancang untuk hari ni berjalan dengan lancar...kalau ada yang tak dapat apa yang dihajati, mungkin ada hikmah disebaliknya...kita hanya merancang, Allah s.w.t jua yang menentukan.






Rasa-rasanya semua dah menikmati hidangan tengahari...ada lagi yang belum makan...jangan macam tue...tak elok untuk tubuh badan dan kesihatan...kalau pun dalam program diet...makanan tengahari harus juga diambil...ingat tau...






Okeylah...berbalik pada menu hari nie...sri nak kongsikan resepi nasi lemak pandan yang dah tertunda N3 nya sebab dah 2 minggu sri buat menu nie cuma terlupa nak kongsikan disini...asyik tayang resepi kek je kerja sri nie kan...resepi nie biasa-biasa je (cuma yang pasti memang sedap..perasan sikit jer)...mungkin dah ramai yang pernah buat...tapiiiiiiiii kita layan je lah resepinya..hehehe :))






Bahan-bahan Nasi:-
-*4 cawan beras - basuh dan toskan (nak lagi best, guna beras basmathi)
-*4 1/2 cawan air
-*1 cawan santan - 3/4 cawan pati santan + 1/4 cawan air
-*2 inci halia - hiris nipis
-*1/2 labu bawang besar - hiris nipis
-*2 ulas bawang putih - ketuk
-*2 helai daun pandan - simpul
-*garam halus - sri guna sudu KFC...kalau 4 cawan beras, sri letak 5 - 5 1/2 sudu 
-*Pewarna hijau pandan
-*Sedikit pes pandan


Bahan-bahan kisar:-
-*1 inci halia
-*1/4 labu bawang besar
-*1 ulas bawang putih - pilih ulas paling kecil


Cara-cara:-
-*Satukan semua bahan-bahan diatas berserta dengan bahan kisar kedalam rice cooker dan masak...bila air  dah tinggal paras nasi...gemburkan dan tutup...biar sampai masak.






Bahan-bahan Sambal:-
-*20 tangkai cili kering - rebus dan toskan
-*1 labu bawang besar
-*3 ulas bawang merah
-*2 ulas bawang putih
-*1/8 belacan - dari belacan yang RM0.30 tue :))
-*garam
-*serbuk perasa
-*gula
-*air asam jawa
-*minyak untuk menumis


Cara-cara:-
-Kisar halus cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih dan belacan...panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi...masukkan garam, serbuk perasa, gula dan air asam jawa...masak hingga pecah minyak.






Bahan-bahan:-
-*1 ekor ayam - potong kecil
-*garam
***gaul dengan ayam

-*1 labu bawang besar
-*5 ulas bawang putih
-*3 inci halia
***kisar semua bahan-bahan di atas

-*1 1/2 sdb rempah kari daging
-*1 sdt serbuk cili
-*1/2 sdt serbuk lada sulah
-*1/2 sdt serbuk lada hitam
-*2 1/2 sdb tepung gandum
-*2 sdb serbuk kunyit
-*1 biji telur
-*daun kari - diguna semasa menggoreng
-*bawang besar - hiris nipis, diguna semasa menggoreng
-*minyak untuk menggoreng







Cara-cara:-
-Campurkan bahan-bahan kisar dengan rempah kari, serbuk cili, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, serbuk kunyit, tepung gandum dan telur...gaul sebati.
-Gaul adunan rempah dengan ayam hingga rata dan sebati...perap 30 minit.
-Panaskan minyak dan boleh mula menggoreng...masa menggoreng ayam...tabur daun kari dan bawang besar didalam minyak...goreng ayam dengan api yang sederhana.


Bahan Hiasan Lain:-
-*Telur rebus
-*Ikan bilis goreng





Bismillah...jemput makan semua....(^__^)*



SELAMAT MENCUBA




Friday, 22 June 2012

Rendang Ayam

Assalamualaikum...

Salam manis semua...jumpa lagi...dah siap masak ke cik puan cik puan semua...jap lagi en suami dan anak-anak bujang balik mesti terus ke meja makan...hehehe...sri aja yang tak risau...makan apa yang ada sebab en suami esok baru balik bercuti.






Bulan Rejab dah pun tinggalkan kita...sekarang dah bulan Syaaban...tak lama lagi menjelma bulan Ramadhan  yang penuh dengan keberkatan...nak tanya...jangan marah tau...puasa dah habis ganti belum...jangan lengah-lengah lagi ye...masa cepat sangat berlalu...nanti tak sempat nak qada pula...(^_^)

Hari nie sri nak kongsi resepi rendang ayam...nie rendang ikut selera sri...mesti rendang yang kawan-kawan masak lagi best kan...kalau bulan puasa sri memang suka masak rendang banyak-banyak dan simpan buat stok sahur...ini dah cukup untuk bagi selera makan pagi-pagi buta...jom kita tengok apa yang ada dalam resepi nie.






Bahan-bahan:-
-*1 ekor ayam - dipotong 12 - 16 ketul (basuh dan toskan)
-*3 batang serai - dititik
-*2 keping asam keping
-*4 beradik (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang)
-*4 helai daun limau purut
-*1 cawan santan pekat
-*1/2 cawan air
-*5 sdb kerisik
-*1/2 biji gula melaka
-*garam
-*serbuk perasa
-*minyak

Bahan Kisar:-

-*15 biji cili kering
-*1 1/2 labu bawang besar
-*5 ulas bawang merah
-*3 ulas bawang putih
-*2 inci kunyit hidup
-*2 inci halia
-*4 inci lengkuas






Cara-cara:-
-Panaskan minyak dan tumis 4 beradik dan serai yang dititik...selepas itu masukkan bahan kisar dan masak hingga naik minyak.
-Bila dah naik minyak...masukkan ayam dan gaul rata...kemudian masukkan santan, air, asam keping, garam, serbuk perasa, kerisik, gula melaka dan daun limau purut...masak hingga kuah agak pekat.



Sedap juga kalau roti manis makan dengan rendang..


SELAMAT MENCUBA (^^,)*

Sunday, 13 May 2012

Ayam Tiram Thai

Assalamualaikum...


 Anak-anak adalah amanah Allah S.W.T yang telah diserahkan kepada ibubapa untuk dijaga dan dipelihara dengan membimbing mereka ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat...Membeza-bezakan anak adalah faktor yang boleh merosakkan peribadi dan jiwa mereka kerana akan timbul perasaan hasad dengki hingga membuatkan mereka sering bergaduh dan hilang rasa kasih sayang sesama sendiri...Sewajarnya ibubapa menyamakan layanan antara anak-anak tanpa mengira lelaki atau perempuan, sempurna atau cacat, cantik atau tidak kerana semua perkara dari segi pakaian, makanan, pemberian, kasih-sayang dan sebagacvinya adalah hak mereka yang mesti dipenuhi dan diberi sama rata apatah lagi hubungan antara ibubapa dan anak adalah hubungan yang bersifat kewajipan dan tanggungjawab...Sesungguhnya ibubapa yang berlaku adil akan diberkan ganjaran syurga di akhirat kelak sebagaimana yang tersebut dalam hadith Rasulullah s.a.w, maksudnya:” Sesiapa yang mempunyai anak perempuan, kemudian tidak dihinakan dan tidak mengutamakan anak lelaki dari anak perempuan, nescaya dia dimasukkan Allah s.w.t ke dalam syurga.” (Abu Daud & Hakim) 






Hari nie sri nak kongsikan salah satu resepi yang sri paling suka makan masa di kolej dulu...sri memang tak akan lepaskan lauk nie kalau ada dijual...lauk nie hanya makcik belakang kolej jer yang jualkan dan bukan setiap hari dia masak lauk nie...jadi, bila ada tue memang sri akan beli la...resepi nie simple jer...jom skodeng bahan-bahannya. :))



Bahan-bahan:-
-*1 ekor ayam - potong kecil
-*2 ulas bawang putih - cincang
-*2 labu bawang besar - belah 4
-*2 batang serai - di titik
-*6 biji cili padi - di titik 
-*4 helai daun limau purut - koyak-koyakkan
-*1 biji tomato - belah 8
-*1/4 cawan sos tiram
-*1 sdb tepung jagung
-*2/3 cawan air
-*garam
-*3 sdb minyak










Cara-cara:-
-Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi...masukkan ayam, cili padi, serai dan daun limau purut...kacau rata dan tutup...biar hingga ayam separuh masak.
-Buka penutup dan masukkan sos tiram dan garam...kacau...satukan tepung jagung dan air, kacau sebati dan masukkan kedalam kuali...kacau lagi dan masukkan bawang besar serta tomato...masak hingga kuah agak pekat dan siap untuk dihidang.







SELAMAT MENCUBA (^^,)*

Friday, 2 March 2012

Nasi Lemak Special

Assalamualaikum...

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya : Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda : Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah s.w.t kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar ( di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah s.w.t). Kedua, orang yang di beri allah s.w.t al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.
(Al-Bukhari)






Salam penghulu segala hari...semoga kita semua berada dalam lindungan Nya...hari nie sri nak kongsikan resepi nasi lemak...bila sri masak nasi lemak nie mesti teringat zaman sekolah...boleh dikatakan setiap hari mesti beli nasi lemak nie...kena keluar awal kalau tidak...alamatnya tengok meja makcik tue je lah...hehehe...kadang-kadang pesan dekat kawan kalau terlambat...nasi lemak makcik sorang tue je lain...nasi warna kuning...pastu ayam dia buat masak ros...tapi tetap ada sambal tumis.






Kalau ada jamuan dekat kelas pun...adakalanya mesti 'order' nasi lemak nie...zaman adik-adik sri pun sama...nasi lemak nie sri masak untuk makan tengahari...tapi tak ingat bila...kira N3 tertunda lah nie...:)) lupa  simpan gambar kat mana...ok lah...jom kita layan resepi nie...



Nasi Lemak



Bahan-bahan Nasi:-
-*4 cawan beras - basuh dan toskan
-*2 1/2 cawan air
-*2 1/2 cawan santan
-*2 inci halia - hiris nipis
-*1/2 labu bawang besar - hiris nipis
-*2 ulas bawang putih - ketuk
-*2 helai daun pandan - simpul
-*garam halus - sri guna sudu KFC...kalau 4 cawan beras, sri letak 5 sudu paras
-*Pewarna kuning


Bahan-bahan kisar:-
-*1 inci halia
-*1/4 labu bawang besar
-*1 ulas bawang putih - pilih ulas paling kecil


Cara-cara:-
-*Satukan semua bahan-bahan diatas berserta dengan bahan kisar kedalam rice cooker dan masak...bila air  dah tinggal paras nasi...gemburkan dan tutup...biar sampai masak.



Ayam Masak Rose
Resepi nie berbeza sikit dari ayam masak rose yang pernah sri post kan dulu...caranya pun mudah jer.



Bahan-bahan Ayam Masak Ros:-
-*1 ekor ayam - potong kecil...basuh dan toskan
-*1 cawan santan
-*1/2 cawan air
-*4 beradik (bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis & buah pelaga)
-*garam
-*serbuk perasa
-*daun ketumbar - hiasan
-*minyak untuk menumis


Bahan-bahan kisar:-
-*4 tangkai cili kering
-*5 biji cili hidup
-*1 1/2 labu bawang besar
-*3 inci halia
-*5 ulas bawang merah
-*5 ulas bawang putih


Cara-cara:-
-Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar bersama dengan 4 beradik...bila dah wangi masukkan ayam dan kacau rata...kemudian masukkan santan, air, garam dan serbuk perasa...gaul rata dan biar hingga ayam masak...tabur daun ketumbar dan angkat.



Sosej Masak Sos
Resepi nie sri tambah dalam menu nie sebab anak-anak mesti suka.



Bahan-bahan Sosej Masak Sos:-
-*10 batang sosej - potong 3 setiap satu (goreng sekejap)
-*5 sdb sos cili
-*1 sdb sos tomato
-*1/4 labu bawang besar - hiris nipis
-*1 ulas bawang putih - hiris nipis
-*2 inci halia - hiris nipis
-*air
-*minyak untuk menumis


Cara-cara:-
-Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia...bila naik bau masukkan sosej dan kacau...masukkan sos cili, sos tomato dan sedikit air...biarkan sekejap...bila kuah dah pekat tutup api.



Sambal Tumis




Bahan-bahan Sambal:-
-*20 tangkai cili kering - rebus dan toskan
-*1 labu bawang besar
-*3 ulas bawang merah
-*2 ulas bawang putih
-*1/8 belacan - dari belacan yang RM0.30 tue :))
-*garam
-*serbuk perasa
-*gula
-*air asam jawa
-*minyak untuk menumis


Cara-cara:-
-Kisar halus cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih dan belacan...panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi...masukkan garam, serbuk perasa, gula dan air asam jawa...masak hingga pecah minyak.



SELAMAT MENCUBA :)





    

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...