Pages

Showing posts with label aNEkA nASi. Show all posts
Showing posts with label aNEkA nASi. Show all posts

Monday, 21 January 2013

Nasi Beriani Sempoi-Sempoi Jerrr

Assalamualaikum...


Salam sejahtera dan salam manis buat semua...bersua lagi kita di minggu baru...apa khabar semua...macam mana dengan hujung minggu kawan-kawan...mesti dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang menarik bersama-sama dengan keluarga tersayang...sri doakan semua berjalan dengan lancar.






Hari nie sempat juga BW sekejap ke dapur teman-teman blogger dan semua menu yang dihidangkan benar-benar menggamit selera...membuat perut ini bernyanyi-nyanyi mengikut rentak sajian...hehehe...agak-agak lagu apa la yang terhasil ye... (^^,)* dan tak lupa pada zila dari dapur zila4ever yang bakal menyambut kehadiran orang baru tahun 2013...tahniah sri ucapkan.






Untuk N3 kali nie, sri nak kongsikan resepi yang mudah nak dimasak...Nasi Beriani, Ayam Masak Rose, Air Asam dan Teh 'O' Ais Limau serai...tak nak celoteh lagi, jom kita skodeng resepi.



Nasi Beriani
Bahan-bahan:-
-*5 cawan beras basmathi - sri guna beras jati super tempatan je...basuh dan toskan.
-*6 cawan air
-*1 cawan susu cair
-*2 sdb kismis -  rendam
-*4 1/2 sd garam halus - sri guna sudu kfc
-*1 bungkus rempah beriani Brahim's
-*2 sdb minyak sapi
-*1 sdb marjerin
-*1 sdb minyak masak
-*pewarna

Bahan Kisar
-*1 labu bawang besar
-*1 ulas bawang putih
-*2 inci halia

Bahan Tumis
-*1 labu bawang besar
-*1 ulas bawang putih
-*2 inci halia
***hiris nipis semua bahan diatas
-*daun kari
-*kulit kayu manis
-*buah pelaga
-*bunga lawang
-*bunga cengkih
-*daun pandan


Cara-cara:-
-masak guna rice cooker...panaskan minyak sapi,marjerin dan minyak masak...tumis bahan tumis hingga naik bau dan masukkan bahan-bahan kisar.
-kemudian, masukkan rempah beriani yang telah dibancuh dengan sedikit air...biar hingga naik bau.
-masukkan air, susu cair, sedikit pewarna dan garam...kacau dan tutup periuk nasi...biar hingga air benar-benar mendidih.
-setelah itu, masukkan beras dan kacau...tutup periuk dan biar hingga masak.
-bila nasi dah masak...buat lubang pada nasi dengan menggunakan lidi sate (buat lubang hingga sampai cecah periuk)...kemudian tuangkan pewarna kuning dalam setiap lubang...tutup kembali periuk selama 5 minit dan barulah ditabur dengan kismis dan gaul nasi hingga rata.






Ayam Masak Rose
Bahan-bahan:-
-*1 ekor ayam - potong 12 bahagian
***garam kunyit dan goreng tapi jangan terlalu garing...ketepikan.

-*1/3 cawan tomato sup
-*1/2 cawan pati santan
-*1/2 cawan air
-*4 sdb minyak masak
-*garam
-*serbuk perasa
-*daun bawang & daun sup


Bahan Kisar
-*6 biji cili kering
-*2 1/2 labu bawang besar
-*13 ulas bawang putih
-*3 inci halia


Bahan Tumis
-*1/2 labu bawang besar
-*3 ulas bawang putih
-*2 inci halia
***hiris nipis semua bahan diatas
-*3 helai daun pandan
-*2 batang serai - dititik
-*kulit kayu manis
-*buah pelaga
-*bunga cengkih
-*bunga lawang






Cara-cara:-
-panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga naik bau...kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga berbau harum.
-masukkan tomato sup dan kacau rata.
-bila dah naik minyak...masukkan ayam yang telah digoreng, santan, air, garam dan serbuk perasa...masak hingga kuah agak pekat.
-kemudian taburkan dengan daun bawang dan daun sup yang dipotong...kacau rata dan sedia dihidang bersama nasi beriani.






Air Asam
Bahan-bahan:-
-*3 biji tomato
-*1 labu bawang besar
-*2 biji cili besar
***hiris nipis semua bahan diatas
-*1/4 cawan air asam jawa
-*4 sdb Sambal Belacan (klik untuk resepi)
-*garam
-*gula


Cara-cara:-
-satukan tomato, bawang besar dan cili besar...ramas-ramas bahan tersebut.
-masukkan semua bahan-bahan lain dan perasakan.

***bagi yang suka air asam yang agak pekat...boleh tambahkan 3 sdb sos cili.






Bila cuaca panas-panas, sedap juga kalau minum teh 'o' ais limau tapi kali nie kita tambah sikit perasa dia...sri letak serai dan rasa teh nie memang menyegarkan.

Caranya mudah aje...mula-mula sediakan air teh 'o' ikut selera masing-masing samada nak yang pekat atau yang nipis...semua tahu kan macam mana nak buat sebab sri tak ada sukatan...potong limau nipis kepada beberapa bahagian...letak dibahagian bawah jug...serai kita belah dua...letak dalam 3 batang untuk satu jug...kemudian tekankan dengan ketul ais agar jus limau bercampur dengan rasa serai...kemudian baru kita tuangkan teh 'o' yang kita sediakan tadi....perggghhhh....nyaman sekali.



SELAMAT MENCUBA (^_^)*

Wednesday, 28 November 2012

Nasi Lemak Pandan

Assalamualaikum...


Selamat petang dan salam sejahtera buat semua...apa khabar sahabat-sahabat sri...semoga apa yang dirancang untuk hari ni berjalan dengan lancar...kalau ada yang tak dapat apa yang dihajati, mungkin ada hikmah disebaliknya...kita hanya merancang, Allah s.w.t jua yang menentukan.






Rasa-rasanya semua dah menikmati hidangan tengahari...ada lagi yang belum makan...jangan macam tue...tak elok untuk tubuh badan dan kesihatan...kalau pun dalam program diet...makanan tengahari harus juga diambil...ingat tau...






Okeylah...berbalik pada menu hari nie...sri nak kongsikan resepi nasi lemak pandan yang dah tertunda N3 nya sebab dah 2 minggu sri buat menu nie cuma terlupa nak kongsikan disini...asyik tayang resepi kek je kerja sri nie kan...resepi nie biasa-biasa je (cuma yang pasti memang sedap..perasan sikit jer)...mungkin dah ramai yang pernah buat...tapiiiiiiiii kita layan je lah resepinya..hehehe :))






Bahan-bahan Nasi:-
-*4 cawan beras - basuh dan toskan (nak lagi best, guna beras basmathi)
-*4 1/2 cawan air
-*1 cawan santan - 3/4 cawan pati santan + 1/4 cawan air
-*2 inci halia - hiris nipis
-*1/2 labu bawang besar - hiris nipis
-*2 ulas bawang putih - ketuk
-*2 helai daun pandan - simpul
-*garam halus - sri guna sudu KFC...kalau 4 cawan beras, sri letak 5 - 5 1/2 sudu 
-*Pewarna hijau pandan
-*Sedikit pes pandan


Bahan-bahan kisar:-
-*1 inci halia
-*1/4 labu bawang besar
-*1 ulas bawang putih - pilih ulas paling kecil


Cara-cara:-
-*Satukan semua bahan-bahan diatas berserta dengan bahan kisar kedalam rice cooker dan masak...bila air  dah tinggal paras nasi...gemburkan dan tutup...biar sampai masak.






Bahan-bahan Sambal:-
-*20 tangkai cili kering - rebus dan toskan
-*1 labu bawang besar
-*3 ulas bawang merah
-*2 ulas bawang putih
-*1/8 belacan - dari belacan yang RM0.30 tue :))
-*garam
-*serbuk perasa
-*gula
-*air asam jawa
-*minyak untuk menumis


Cara-cara:-
-Kisar halus cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih dan belacan...panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi...masukkan garam, serbuk perasa, gula dan air asam jawa...masak hingga pecah minyak.






Bahan-bahan:-
-*1 ekor ayam - potong kecil
-*garam
***gaul dengan ayam

-*1 labu bawang besar
-*5 ulas bawang putih
-*3 inci halia
***kisar semua bahan-bahan di atas

-*1 1/2 sdb rempah kari daging
-*1 sdt serbuk cili
-*1/2 sdt serbuk lada sulah
-*1/2 sdt serbuk lada hitam
-*2 1/2 sdb tepung gandum
-*2 sdb serbuk kunyit
-*1 biji telur
-*daun kari - diguna semasa menggoreng
-*bawang besar - hiris nipis, diguna semasa menggoreng
-*minyak untuk menggoreng







Cara-cara:-
-Campurkan bahan-bahan kisar dengan rempah kari, serbuk cili, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, serbuk kunyit, tepung gandum dan telur...gaul sebati.
-Gaul adunan rempah dengan ayam hingga rata dan sebati...perap 30 minit.
-Panaskan minyak dan boleh mula menggoreng...masa menggoreng ayam...tabur daun kari dan bawang besar didalam minyak...goreng ayam dengan api yang sederhana.


Bahan Hiasan Lain:-
-*Telur rebus
-*Ikan bilis goreng





Bismillah...jemput makan semua....(^__^)*



SELAMAT MENCUBA




Friday, 2 March 2012

Nasi Lemak Special

Assalamualaikum...

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya : Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda : Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah s.w.t kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar ( di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah s.w.t). Kedua, orang yang di beri allah s.w.t al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.
(Al-Bukhari)






Salam penghulu segala hari...semoga kita semua berada dalam lindungan Nya...hari nie sri nak kongsikan resepi nasi lemak...bila sri masak nasi lemak nie mesti teringat zaman sekolah...boleh dikatakan setiap hari mesti beli nasi lemak nie...kena keluar awal kalau tidak...alamatnya tengok meja makcik tue je lah...hehehe...kadang-kadang pesan dekat kawan kalau terlambat...nasi lemak makcik sorang tue je lain...nasi warna kuning...pastu ayam dia buat masak ros...tapi tetap ada sambal tumis.






Kalau ada jamuan dekat kelas pun...adakalanya mesti 'order' nasi lemak nie...zaman adik-adik sri pun sama...nasi lemak nie sri masak untuk makan tengahari...tapi tak ingat bila...kira N3 tertunda lah nie...:)) lupa  simpan gambar kat mana...ok lah...jom kita layan resepi nie...



Nasi Lemak



Bahan-bahan Nasi:-
-*4 cawan beras - basuh dan toskan
-*2 1/2 cawan air
-*2 1/2 cawan santan
-*2 inci halia - hiris nipis
-*1/2 labu bawang besar - hiris nipis
-*2 ulas bawang putih - ketuk
-*2 helai daun pandan - simpul
-*garam halus - sri guna sudu KFC...kalau 4 cawan beras, sri letak 5 sudu paras
-*Pewarna kuning


Bahan-bahan kisar:-
-*1 inci halia
-*1/4 labu bawang besar
-*1 ulas bawang putih - pilih ulas paling kecil


Cara-cara:-
-*Satukan semua bahan-bahan diatas berserta dengan bahan kisar kedalam rice cooker dan masak...bila air  dah tinggal paras nasi...gemburkan dan tutup...biar sampai masak.



Ayam Masak Rose
Resepi nie berbeza sikit dari ayam masak rose yang pernah sri post kan dulu...caranya pun mudah jer.



Bahan-bahan Ayam Masak Ros:-
-*1 ekor ayam - potong kecil...basuh dan toskan
-*1 cawan santan
-*1/2 cawan air
-*4 beradik (bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis & buah pelaga)
-*garam
-*serbuk perasa
-*daun ketumbar - hiasan
-*minyak untuk menumis


Bahan-bahan kisar:-
-*4 tangkai cili kering
-*5 biji cili hidup
-*1 1/2 labu bawang besar
-*3 inci halia
-*5 ulas bawang merah
-*5 ulas bawang putih


Cara-cara:-
-Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar bersama dengan 4 beradik...bila dah wangi masukkan ayam dan kacau rata...kemudian masukkan santan, air, garam dan serbuk perasa...gaul rata dan biar hingga ayam masak...tabur daun ketumbar dan angkat.



Sosej Masak Sos
Resepi nie sri tambah dalam menu nie sebab anak-anak mesti suka.



Bahan-bahan Sosej Masak Sos:-
-*10 batang sosej - potong 3 setiap satu (goreng sekejap)
-*5 sdb sos cili
-*1 sdb sos tomato
-*1/4 labu bawang besar - hiris nipis
-*1 ulas bawang putih - hiris nipis
-*2 inci halia - hiris nipis
-*air
-*minyak untuk menumis


Cara-cara:-
-Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia...bila naik bau masukkan sosej dan kacau...masukkan sos cili, sos tomato dan sedikit air...biarkan sekejap...bila kuah dah pekat tutup api.



Sambal Tumis




Bahan-bahan Sambal:-
-*20 tangkai cili kering - rebus dan toskan
-*1 labu bawang besar
-*3 ulas bawang merah
-*2 ulas bawang putih
-*1/8 belacan - dari belacan yang RM0.30 tue :))
-*garam
-*serbuk perasa
-*gula
-*air asam jawa
-*minyak untuk menumis


Cara-cara:-
-Kisar halus cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih dan belacan...panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi...masukkan garam, serbuk perasa, gula dan air asam jawa...masak hingga pecah minyak.



SELAMAT MENCUBA :)





    

Sunday, 5 February 2012

Nasi Jagung

Assalamualaikum...

Salam Maulidur Rasul, 12 Rabiul Awal...yang merupakan tarikh bersejarah yang mana saban tahun umat Islam seluruh dunia sama-sama menyambut hari kelahiran putera bertuah yang telah merubah peradaban dunia...Muhammad begitulah nama indah kepada putera Abdullah dan Aminah ini yang telah menunjukkan sifat keperibadian dan akhlak yang terpuji semenjak kecil lagi...semoga kita semua mengingati segala pengorbanan baginda dan yang lebih utama lagi untuk mencontohi akhlak serta segala sunnah yang ditinggalkan kepada kita...sama-samalah kita memperbanyakkan selawat ke atas baginda Rasulullah s.a.w.






 Sri nak minta maaf banyak-banyak sebab tak dapat nak update N3 nasi jagung hari jumaat lepas seperti yang sri janjikan...keadaan benar-benar tak mengizinkan...nasi jagung nie sri padankan dengan lauk Rendang Kampung serta digabungkan dengan Air Asam dan Acar Timun...memang gabungan yang pada sri lengkap...untuk resepi boleh klik pada link yang sri berikan...hari nie jom kita tengok resepi nasi jagung.



Bahan-bahan:-
-*4 cawan beras - basuh dan toskan
-*4 1/2 cawan air
-*1 cawan susu cair
-*3 sdb marjerin
-*1/2 cawan jagung
-*1 kiub pati ayam
-*5 sdk garam halus - sri guna sudu kfc 

-*Bahan Kisar :
***1 labu bawang besar
***2 ulas bawang putih
***2 inci halia
-*3 sdb rempah nasi - bancuh dengan sedikit air (sri beli dkt kedai mamak...kalau tak ada, blh buat campuran sendiri...1/2 sdt serbuk kulit kayu manis, 1/2 sdt serbuk jintan manis, 1/2 sdt serbuk jintan putih & 1/2 sdt serbuk lada sulah
 





Cara-cara:-
-Cairkan marjerin dan masukkan bahan2 yang telah di kisar dan sedikit air...masak hingga naik bau dan tuangkan rempah nasi yang telah di bancuh.
-Bila rempah dah masak masukkan air...tutup periuk nasi dan biar hingga air mendidih...bila air dah mendidih baru masukkan beras, susu cair, kiub ayam, jagung dan garam...kacau sebati dan tutup periuk.



SELAMAT MENCUBA :)
 


Thursday, 8 December 2011

nASi LeMAk bERemPAh

Assalamualaikum...
Selamat pagi kekawan semua...moga ceria-ceria selalu dan diharap segala perancangan untuk hari nie akan berjalan dengan lancar...hari nie sri nak kongsikan resepi nasi yang dimakan dengan lauk yang sri post semalam ( Sotong Masak Kalio )...nasi lemak berempah nie memang sedap kalau dimakan dengan N3 semalam...untuk nasi nie rempah nya sri dapatkan dari kedai mamak...tapi kalau tak ada, boleh aje adun sendiri...nanti sri bagi bahan-bahannya...bila kita makan...rempahnya tak terasa pun sebab dah sebati dengan rasa lemak santan...tapi nasi nie memang harum semerbak lah disebabkan
gabungan rempah nasi dan juga santan...:)))







Bahan-bahan:-
-*4 cawan beras - basuh dan toskan
-*2 1/2 cawan air
-*2 1/2 cawan santan
-*2 sdb marjerin
-*2 sdb rempah nasi
(yang nie adunan sendiri...1/2 sdt serbuk kulit kayu manis, 1/2 sdt serbuk jintan manis, 1/2 sdt serbuk jintan putih & 1/2 sdt serbuk lada sulah)

-*1/2 labu bawang besar
-*1 ulas bawang putih (yang kecil)
-*1 inci halia
***kisar halus bahan-bahan tadi

-*kulit kayu manis
-*bunga cengkih
-*1/2 sdt halba
-*2 helai daun pandan - simpul
-*garam






Cara-cara:-
-Cairkan marjerin dalam rice cooker dan tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, halba dan daun pandan...kemudian masukkan bahan kisar...kacau.
-Setelah naik bau...masukkan rempah yang dibancuh dengan sedikit air...biarkan sekejap.
-Masukkan air, santan dan garam...untuk 4 cawan beras selalu sri letak 4 sdt garam halus...sri guna sudu KFC...kacau sebati dan tutup...biar hingga mendidih.
-Setelah mendidih...masukkan beras yang telah ditos tadi dan biar hingga masak.







SELAMAT MENCUBA :)


Monday, 5 December 2011

nASi miNYak rEsePi bONda

Assalamualaikum...
Salam ceria buat semua teman-teman dan juga selamat menjamu selera...masak apa hari nie ye...sri pasti semua menu yang sedap-sedap untuk tengahari nie dah tersedia hidang diatas meja...hari nie sri nak kongsi resepi nasi minyak tapi N3 nie sri masak hari jumaat lepas sebelum sri bertolak ke KL...kira N3 tertangguh la nie...:)))...resepi nie sri dapatkan dari mak sri...cara masak dan penyediaannya pun mudah ajer...untuk menu lauk yang di padankan dengan nasi nie, sri suka masak Ayam Masak Samah...nanti sri update sekali ye...jom tengok bahan-bahan untuk nasi dulu.







Bahan-bahan:-
-*4 cawan beras - basuh dan toskan
-*3 cawan air
-*2 cawan stok ayam
***stok ayam boleh digantikan dengan 1 kiub pati ayam dan tambahkan sukatan stok ayam tadi kepada air.

-*2 sdb marjerin
-*2 sdb minyak masak
-*2 ulas bawang putih - diketuk
-*1 labu bawang besar - hiris halus
-*1/2 inci halia - hiris halus
-*2 helai daun pandan - simpul
-*kulit kayu manis
-*bunga cengkih
-*1/2 sdt halba
-*garam halus
***untuk 4 cawan beras selalu sri letak 4 sdt garam halus...sri guna sudu KFC.






Cara-cara:-
-Sri guna rice cooker...Panaskan marjerin dan minyak masak.
-Tumis bawang putih, bawang besar, halia, daun pandan, kulit kayu manis, bunga cengkih dan halba...kacau dan biar hingga naik bau wangi.
-Masukkan air, stok ayam dan garam...kacau dan tutup periuk...biar hingga mendidih.
-Bila dah mendidih...masukkan beras yang dah ditoskan tadi...kacau dan biar hingga masak.


SELAMAT MENCUBA :)

Sunday, 13 November 2011

nASi aYAm kEtuMbAr

Assalamualaikum...
Selamat berhujung minggu...rasanya semua dah selesai menjamah hidangan tengahari bersama keluarga tersayang...cuti-cuti macam nie lah peluang yang ada untuk semua berkumpul beramai-ramai melakukan riadah atau merancang aktiviti yang boleh di lakukan bersama bagi mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga...hari-hari biasa masing-masing sibuk dengan tugas dan tanggungjawab yang harus dilaksanakan...sri sekeluarga pun baru sudah menikmati hidangan tengahari...menu hari nie nasi ayam ketumbar...






Bahan-bahan:-

nASi
-*4 tin beras (saya guna tin susu yg kecil)-basuh dan toskan
-*stok rebusan ayam
-*1 kiub pati ayam
-*1 ulas bwg putih (ketuk)
-*2 inci halia
-*daun pandan (simpul)
-*garam
***satukan semua bahan2 diatas & masak...sukatan air mesti lebih sedikit dari nasi biasa...





Bahan-bahan:-

aYAm
-*1 ekor ayam - di potong 6 bahagian
***Rebus dan toskan...masukkan garam semasa merebus.

(A)
-*1/2 sdt jantan manis
-*1/2 sdt jintan putih
-*2 sdb ketumbar @ reempah biji
***goreng ketiga-tiga bahan tadi tanpa minyak.

-*1 sdb serbuk kari ayam/daging
-*1 sdb serbuk kunyit
-*1 sdt serbuk lada sulah
-*3 ulas bawang putih
-*1 inci halia
-*sedikit air

(B)
-*tepung beras - secukupnya

Cara-cara:-
-Kisar semua bahan-bahan (A) hingga hancur dan sebati.
-Perapkan ayam yang telah ditoskan tadi dengan bahan-bahan kisar dan biar selama 15 - 30 minit.
-Panaskan minyak untuk menggoreng ayam...sebelum goreng ayam, golekkan dulu pada tepung beras dan siap untuk digoreng.






Nasi ayam nie disajikan dengan sambal goreng dan sup...nak buat sambal nie mudah je...sup pula kita gunakan saja stok rebusan ayam tadi dan kita cuma perlu tambah beberapa bahan lagi untuk menyedapkan sup...untuk sambal kita perlu lakukan 2 kali proses menggoreng.

Bahan-bahan:-

SaMBaL
-*3 biji cili hidup
-*10 biji cili padi
-*5 ulas bawang merah
-*1 ulas bawang putih
-*2 biji tomato
-*sedikit belacan
-*2 sdb ikan bilis goreng
-*2 sdb gula melaka (dah di cairkan)

Cara-cara:-
-Goreng semua bahan-bahan diatas kecuali ikan bilis dan gulla melaka hingga layu...angkat dan kisar bahan tadi bersama-sama dengan ikan bilis dengan sedikit air.
-Bahan-bahan tadi yang  telah dikisar dimasukkan kedalam kuali berserta dengan gula melaka yang telah di cairkan dan masak hingga sambal menjadi pekat.


Bahan-bahan:-

sUp
-*stok rebusan ayam
-*1 kiub pati lembu @ kiub sup tulang (utk elakkan sup berbau hanyir)
-*bhn hiasan:bawang goreng, daun sup & daun bawang





SELAMAT MENCUBA :)

Friday, 11 November 2011

nASi aIr aka mOOi sUp

Assalamualaikum...
Salam pagi Jumaat...semoga semua kerja yang di lakukan hari nie mendapat keberkatan dari Nya...yang pasti ramai yang mengambil kesempatan mengikat tali pertunangan ataupun melafazkan akad sebagai suami isteri sempena tarikh 11.11.11...sri ucapkan tahniah dan semoga segalanya berjalan dengan lancar...

Hari nie sri nak kongsi resepi sarapan yang mudah dan ringkas...senang jer nak sediakan nya...ada yang panggil nasi air...kalau sebelah utara nie orang panggil mooi sup...sri kalau nak makan mooi sup nie sri suka lengkap semua bahan-bahan yang memang wajib ada...baru best masa nak menikmatinya...:)))






Bahan-bahan:-
-*1/2 kg daging / 1/2 ekor ayam
-*1 kiub pati lembu
-*1 1/2 cawan beras
-*1500 ml air
-*garam

-*Bahan Hiasan:-
***4 biji telur masin - di rebus dan di potong 2
***ikan bilis - di goreng garing
***lobak masin - didadu
***2 biji limau nipis
***daun sup
***daun bawang

-*Bahan sambal:-
***10 biji cili padi
***1 1/2 biji jus limau nipis
***1 sdt cuka makan
***2sdt kicap manis
***1sdt kicap masin






Cara-cara:-
-Rebus daging hingga empuk dan potong nipis-nipis (kalau ayam - carik-carik kan isi nya)...semasa merebus daging masukkan kiub pati lembu dan garam...air rebusan daging akan di jadikan sup untuk makan dengan mooi.
-Rebus beras dengan air hingga lembut...jangan masak beras hingga hancur tapi biarkan masih ada nampak lagi bentuk lagi cuma lembik dari biasa...kalau hancur nanti jadi macam bubur lambuk lak.masukkan juga 1 sdt garam semasa merebus beras tadi.
-Untuk sambal kicap...kisar semua bahan tadi.




Cara-cara Menghidang:-
***Sendukkan nasi kedalam mangkuk dan sedikit sup menutupi nasi dan masukkan bahan hiasan yang telah siap di sediakan tadi.
Hidangan nie sesuai juga untuk makan tengahari ataupun malam...kalau demam memang  sri suka makan mooi sup nie sebab boleh rangsang deria rasa...bila demam nie mulut pun payau semacam jer...dalam mooi sup nie kan macam-macam bahan ada...memang ada selera sikit kalau nak makan pun.






SELAMAT MENCUBA :)

Wednesday, 9 November 2011

nASi huJAn pAnAs bERyoGUrt

Assalamualaikum....
Selamat pagi dan salam sejahtera...dah berkira-kira nak masak apa ke untuk menu tengahari nie atau masih lagi mencari dan membelek-belek resepi...kadang2 pening juga bila memikirkan nak masak apa...sri pun selalu juga dalam situasi macam nie...menu hari nie sri nak kongsikan hidangan nasi...senang jer nak memasak nasi nie... :))






Bahan-bahan:-
-*1 - 1 1/2  kg beras basmathi
-*3 sdb marjerin

-*Bahan Tumis :
***1/2 labu bawang besar & 2 inci halia (di hiris nipis)
***bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga & kulit kayu manis
***daun pandan (simpul)

-*Bahan Kisar :
***1 labu bawang besar
***2 ulas bawang putih
***2 inci halia

-*2 sdb rempah nasi (sri beli dkt kedai mamak...kalau tak ada, blh buat campuran sendiri...1/2 sdt serbuk kulit kayu manis, 1/2 sdt serbuk jintan manis, 1/2 sdt serbuk jintan putih & 1/2 sdt serbuk lada sulah...ataupun blh jer kalau nak guna apa2 rempah nasi yang readymade nya)
-*2 sdb sos cili
-*1/2 cawan plain yogurt
-*1 kiub pati lembu
-*1 cawan santan
-*garam
-*daun ketumbar
-*pewarna






Cara-cara:-
-Cairkan marjerin dan masukkan bahan tumis...kacau hingga layu.
-Masukkan bahan2 yang telah di kisar dan sedikit air...masak hingga naik bau dan tuangkan rempah nasi yang telah di bancuh...kacau lagi.
-Masukkan sos cili, kiub pati lembu dan air...untuk sukatan air kena lebih satu sukatan dari sukatan beras...sri guna 5 tin susu kecil beras dan sri masukkan 6 tin susu kecil air...kalaau sukatan guna cawan kena lebihkan 1 cawan...macam tue juga kalau guna bekas lain untuk sukat beras.
-Tutup periuk nasi...bila air dah mendidih baru masukkan beras, garam, santan dan yogurt...kacau sebati dan tutup periuk.
-Bila dah masak...kacau nasi tadi dan buatkan beberapa lubang hingga ke dasar periuk dan titiskan beberapa pewarna ke dalam lubang tadi...biarkan dan tabur dengan daun ketumbar...tutup periuk dan biar dalam 5 minit.
-Selepas itu kacau nasi tadi.







Nasi hujan panas beryogurt nie sesuai di makan dengan ayam atau daging masak rose, acar timun dan lobak serta air asam bagi yang suka pedas...memang terangkat habis lah...


SELAMAT MENCUBA :)





Monday, 31 October 2011

nASi mARjeRin & aYAm cENdaWan bERkRim

Assalamualaikum...
Petang semalam hujan lebat betul...siap dengan angin...terperangkap dekat kedai masa keluar nak pergi beli bahan2 utk menu makan malam...lama juga la menunggu sbb takut nak pergi dekat kereta bila nampak kilat...:))
Nasi marjerin dengan ayam cendawan berkrim nie saya masak untuk makan malam semalam...cepat dan mudah jer nak sediakan menu nie...




Bahan-bahan Nasi Marjerin:-
-*4 tin beras (saya guna tin susu kecil)
-*1/3 tin susu cair
-*4 sdb marjerin
-*1 labu bawang besar - di hiris
-*2 ulas bawang putih - di hiris
-*2 inci halia - di hiris
-*2 helai daun pandan - simpul
-*2 1/2 sdt garam halus

Cara-cara:-
-Basuh dan masak macam biasa tapi lebihkan sedikit air...masukkan garam sekali.
-*Sementara itu panaskan marjerin.
-*Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan daun pandan.
-*Apabila air beras tinggal hampir sama paras dengan nasi masukkan susu cair dan bahan tumis dan gaul sebati...biar hingga masak.






Bahan-bahan Ayam Cendawan Berkrim:-
-*1 ekor ayam - di potong kecil
-*bahan kisar (1 labu bwg besar, 5 ulas bwg putih, 3 inci halia, 6 biji cili kering)
-*-bahan tumis (sedikit bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga)
-*4 biji cendawan kering  - rendam dalam air baru potong
-*2 sdb tomato puri
-*1 sdb tomato cili
-*1/2 tin susu cair
-*garam
-*gula
-*serbuk perasa
-*daun bawang

Cara-cara:-
-Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis...kacau.
-Masukkan bahan2 kisar dan tomato puri...masak hingga naik minyak.
-Masukkan ayam dan gaul sebati...masak hingga kering.
-Masukkan cendawan, susu, garam, gula dan serbuk perasa...masak hingga kuah pekat.
-*Taburkan daun bawang.





SELAMAT MENCUBA :)

Tuesday, 25 October 2011

nASi aYaM mADu

Dapat sediakan hidangan buat keluarga pasti rasa gembira...tambahan pula kalau hidangan yang disediakan sememangnya menjadi kegemaran seisi keluarga...kalau beli dekat luar saya pasti akan mengomel...bukan nya tak sedap tapi sedikit sangat lauknya...tak puas rasanya...jadi kenalah masak sendiri...tak susah pun nak menyediakan nasi ayam madu nie...dekat bawah ada bahan2 dan cara2 nya... 





Bahan-bahan

nASi
-*4 tin beras (saya guna tin susu yg kecil)-basuh dan toskan
-*stok rebusan ayam
-*1 kiub pati ayam
-*1 ulas bwg putih (ketuk)
-*2 inci halia
-*daun pandan (simpul)
-*garam
-*pewarna kuning
***satukan semua bahan2 diatas & masak...sukatan air mesti lebih sedikit dari nasi biasa...



 aYAm mADu
-*1 ekor ayam (rebus dan toskan)
-*kicap pekat
-*kicap manis & masin
-*sos cili & tomato
-*sos tiram
-*sos ikan
-*madu
-*oregano
-*gula & garam
***satukan semua bahan kecuali gula...perapkan dgn ayam lebih kurang 30 minit...masa nak bakar baru taburkan gula atas ayam (utk dptkan kulit ayam yg rangup & cantik)

Dalam keluarga yang besar macam keluarga saya nie...citarasa semua tak sama...ada yang nak makan ayam madu dan ada juga yang nak makan ayam stim (ala-ala nasi ayam hainan)...kena lah buat takut ada yg kecil hati lak kan...hehehe...boleh lah intai2 resepi ayam hainan cara saya nie...:)))

aYAm hAiNAn
-*1 ekor ayam (rebus & toskan)
-*marjerin
-*sos ikan
-*sos tiram
-*garam & gula

***satukan semua bahan kecuali gula...perapkan dgn ayam lebih kurang 10 minit...masa nak kukus taburkan sedikit gula atas kulit ayam (utk dpt kan kulit ayam yg berkilat)




sUp
-*stok rebusan ayam
-*1 kiub pati lembu @ kiub sup tulang (utk elakkan sup berbau hanyir)
-*garam
-*bhn hiasan:bawang goreng, daun sup & daun bawang

kUAh kiCAp
-*stok rebusan ayam
-*kicap pekat
-*sos tiram
-*bancuhan tepung jagung
***satukan semua & masak hingga agak likat...

cILi
-*cili merah besar
-*jus limau nipis
-*cuka makan
-*1 ulas bwg putih
-*gula & garam
***kisar semua bahan diatas...

baHAn hIAsAn
-*timun
-*tomato
-*salad
-*lobak merah

Kalau tengok pada resepi yang panjang berjela nie pasti rasa macam susah jer kan nak sediakan...tapi sebenarnya kebanyakan ramuan memang dah ada kat dapur cuma bahan2 basah jer yang nak kena beli...:)))

SELAMAT MENCUBA:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...