Pages

Showing posts with label cAKe. Show all posts
Showing posts with label cAKe. Show all posts

Wednesday, 5 June 2013

N3 Tertunda..Birthday Cake Hajah Wawa

Assalamualaikum...


Haiiiiiiii semua ahli mesyuarat dapur...hihihi...boleh gitew....rindunya dekat semua...dah lama sangat tak ber'blogging'...tak tahu nak kata apa sebab keadaan yang sibuk ditambah dengan kemalasan untuk menjenguk dapur maya ku ini...jadi....inilah yang berlaku...N3 tertunda yang melambak dalam lappy dan pendrive...nanti sri update semuanya ye...:)






Untuk N3 kali nie adalah tempahan dari teman sri...jadi tak dapatlah nak tunjukkan hasil bedah siasat apa yang terjadi dekat bahagian dalam...tapi kalau nak tengok juga boleh klik SINI sebab sri pernah buat sebelum nie...untuk siapkan tempahan nie...sri gandakan adunannya dari adunan asal...sri guna loyang 10' x 10' ...jom kita tengok ulang tayang resepinya...(^^,)



 



Choc Moist Cake Layer Cheese
Bahan-bahan untuk Choc Moist Cake:-
(resepi choc moist cake dibawah adalah untuk 1 adunan...sri gunakan 1 adunan choc moist cake untuk bahagian bawah...kemudian sri lapiskan dengan adunan keju...dan untuk bahagian atas, sri gunakan lagi 1 adunan choc moist cake...kalau nak mudah, gandakan terus dan bahagi adunan kepada dua)

Bahan A
-*3/4 cawan gula pasir
-*1 cawan serbuk koko
-*1 cawan susu cair
-*3/4 cawan susu pekat manis
-*1 cawan minyak masak

*****satukan bahan-bahan diatas dan masak diatas api yang sederhana hingga bekilat dan sebati...alihkan dan kacau adunan selama 5 - 10 minit dan biar sejuk seketika.


Bahan B
-*3/4 cawan tepung gandum
-*1 sdt baking powder
-*1 sdt soda bikarbonat
***ayak bahan-bahan diatas


Bahan C
-*4 biji telur - 'blend' hingga kembang


Cara-cara:-
-Tuang adunan coklat kedalam mangkuk adunan...masukkan tepung dan telur berselang seli...kacau dengan spatula sahaja...bila dah habis dan adunan dah sebati...tuang separuh adunan kedalam loyang dan kukus hingga masak...kemudian tuang adunan krim keju (resepi dibawah) dan kukus lagi...bila adunan keju dah masak...tuang baki adunan coklat tadi dan kukus lagi...bila dah masak...sejukkan sebelum menghias.
****note:kalau adunan tadi nampak macam ada tepung yang tak sebati...masukkan kesemua adunan kedalam blender dan blender sekejap.
****note:untuk resepi nie...boleh juga guna kaedah bakar...suhu 160 c selama 45 minit.






Bahan-bahan untuk Adunan Cheese:-
(untuk adunan keju...sri dah gandakan)
-*500 gm cream chesse
-*90 gm gula icing - ayak
-*2 biji telur - gred A

Cara-cara:-
-Pukul cream chesse hingga gebu...masukkan gula icing dan pukul rata...kemudian masukkan pula telur dan pukul sebati...tuang atas lapisan pertama dan kukus hingga masak.






Chocolate Ganache
Bahan-bahan:-
-*500 gm coklat gelap / susu
-*200 ml non-dairy whipping cream
-*2 sdb golden syrup

Cara-cara:-
-Satukan non-dairy whipping cream dan golden syrup dalam periuk dan panaskan hingga terbentuk buih dibahagian tepi.
-Masukkan coklat yang telah didadukan dan kacau hingga semua coklat cair sepenuhnya...biarkan sejuk baru curah atas kek.
-Lepas curah, simpan sekejap kek dalam peti ais selama 10 minit.
-Kemudian keluarkan dan curah lagi chocolate ganache dan biar ia rata keselruhannya...dengan cara nie, lapisan coklat akan jadi cantik.
****masa curah ganache, sri letak kek atas redai dan letakkan atas pinggan...dengan itu, lebihan ganache boleh digunakan dan papan kek tak akan comot.



SELAMAT MENCUBA (^_^)*







Wednesday, 27 March 2013

Tempahan CMC 21hb Mac

Assalamualaikum...


Salam manis dan selamat pagi buat semua...terima kasih pada yang sudi berjiran dengan sri...salam perkenalan dan salam ukhwah sri ucapkan...geledah-geledah lah apa yang ada kat dapur maya nie...mana tahu kalau ada yang berkenan nanti, bolehlah cubakan...(^_^)*






Kita mulakan pagi nie dengan berzikir pada Nya yang masih memberi kita ruang untuk menghirup udara dan menikmati segala keindahan yang tercipta...mudah-mudahan segala urusan kita mendapat keredhaan dari Yang Maha Esa.



Pic from Tengku Fariduddin


Apa yang nak sri kongsikan hari nie, sebenarnya dah banyak kali sri buat dan sri masih menggunakan resepi yang sama sebab sri memang suka dengan tekstur nya yang mmmmm moist gitew...hehehe...untuk hari nie sri buat ulang tayang resepi kat N3 nie ye sebab ada masa terluang sikit...jom terjah apa yang nak kena sedia...opppppssss...sebelum terlupa, kek nie sebenarnya ditempah oleh member FB sri untuk ulangtahun kelahiran mama nya pada 21hb mac yang lepas...terima kasih sri ucapkan pada Ayunie Azira...jadi tak dapatlah nak tunjuk gambar yang telah dibedah siasat ye...jom kita..:D






Choclate Moist Cake
Bahan-bahan:-
Bahan A
-*3/4 cawan gula pasir
-*3/4 cawan serbuk koko
-*1 cawan susu cair
-*3/4 cawan susu pekat manis
-*1 cawan minyak masak

*****satukan bahan-bahan diatas dan masak diatas api yang sederhana hingga bekilat dan sebati...alihkan dan kacau adunan selama 5 - 10 minit dan biar sejuk seketika...kalau tak sejukkan, takut masak pula adunan telur yang nak kita masukkan nanti...:)


Bahan B
-*3/4 cawan tepung gandum
-*1 sdt baking powder
-*1 sdt soda bikarbonat
***ayak bahan-bahan diatas


Bahan C
-*4 biji telur - 'blend' hingga kembang


Cara-cara:-
-Tuang adunan coklat kedalam mangkuk adunan...masukkan tepung dan telur berselang seli (tepung , telur , tepung , telur & tepung )...kacau dengan spatula sahaja...bila dah habis dan adunan dah sebati...tuang adunan kedalam loyang dan kukus hingga masak.
Nota : kalau adunan nampak berketul...blend sekejap adunan dan baru tuang dalam loyang dan kukus.


Chocolate Ganache
Bahan-bahan:-
-*250 gm coklat gelap / susu
-*100 ml non-dairy whipping cream
-*1 sdb golden syrup

Cara-cara:-
-Satukan non-dairy whipping cream dan golden syrup dalam periuk dan panaskan hingga terbentuk buih dibahagian tepi.
-Masukkan coklat yang telah didadukan dan kacau hingga semua coklat cair sepenuhnya...biarkan sejuk baru curah atas kek.
-Lepas curah, simpan sekejap kek dalam peti ais selama 10 minit.
-Kemudian keluarkan dan curah lagi chocolate ganache dan biar ia rata keselruhannya...dengan cara nie, lapisan coklat akan jadi cantik.
****masa curah ganache, sri letak kek atas redai dan letakkan atas pinggan...dengan itu, lebihan ganache boleh digunakan dan papan kek tak akan comot.







Untuk tulisan dan corak dibahagian tepi kek...sri cuma double boil coklat puti dan letak pewarna merah (pastikan yang berasaskan minyak ye kalau nak letak dalam coklat)...kemudian masukkan dalam piping bag dan dah boleh mula menulis dan membuat corak.

Bagi daun dan bunga dibahagian bawah kek...sri buatkan white chocolate frosting dan warnakan saja...sri double boilkan 50 gm white chocolate hingga cair dan biarkan sejuk...jangan sejukkan dalam peti ais ye, kang beku pula coklat tue...biar kat luar je...agak-agak dah suam-suam kuku, sri campurkan coklat kedalam 1 cawan fresh cream dan pukul hingga sebati...simpan dalam peti ais selama 5 minit kemudian baru sri letakkan pewarna dan mula mendeko...siap...:)



SELAMAT MENCUBA (^_^)*

Saturday, 12 January 2013

Mousse Peach Cake

Assalamualaikum...






Selamat petang dan selamat berhujung minggu buat semua...moga hari ini dapat kita penuhi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah bersama dengan keluarga tersayang...dapat juga sri mencuri sedikit masa pada petang yang indah ini untuk mengemaskini dan berkongsi serba sedikit resepi buat teman-teman yang berkunjung ke sini...kalau tidak makin banyak la resepi yang berada dalam senarai menunggu untuk menonjolkan diri kerana yang empunya dapur terlalu sibuk dengan rutin harian.






Petang nie,sri ingin kongsikan resepi mousse cake...sri buat untuk makan-makan dengan keluarga je sebab tekak nie tetiba jer teringin nak makan...bila buka peti ais,tengok ada lagi setin buah peach dalam tin...jadi kita gunakan saja apa yang ada ye...tak baik membazir...hehehe...(yang sebenornya malas nak keluar pergi kedai)...jom lah kita layan dulu sebab banyak lagi kerja yang sedang menanti nie. :)






Vanilla Sponge Cake
Bahan-bahan:-
Bahan A
-*4 biji kuning telur
-*20 gm gula halus
-*1 sdt esen vanilla
-*1 1/2 sdt perisa vanilla

Bahan B
-*4 biji putih telur
-*100 gm gula halus

Bahan C
-*100 gm tepung naik sendiri
-*80 gm butter - cairkan dan biar sejuk


Cara-cara:-
-Panaskan oven pada suhu 170 c selama 10 minit dan alas loyang dengan kertas minyak...ketepikan.
-Pukul bahan A hingga ringan dan gebu.
-Dalam bekas lain, pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga berbuih dan tambahkan gula halus sedikit demi sedikit hingga habis...putar lagi hingga adunan menjadi kaku dan bertanduk (meringue).
-Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan ke dalam adunan A dan dengan mengguna spatula,kaup balik perlahan adunan hingga sebati...kemudian masukkan baki putih telur dan kaup balik juga hingga adunan barcampur sempurna.
-Masukkan tepung dan kaup balik hingga adunan rata dan setelah itu masukkan butter cair yang telah sejuk dan kaup balik lagi hingga adunan sebati.
-Tuang ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 c selama 45 minit atau sehingga masak.
-Setelah masak, keluarkan dari loyang dan sejukkan atas redai...kita bahagikan kek pada tiga lapisan.







Sekarang kita sediakan mousse peach pula...jom redah...

Mousse Peach
Bahan-bahan:-
Bahan A
-*120 gm puri peach - sri guna yang dalam tin...ambil 120 gm buah peach dan kisar halus
-*150 ml non-dairy whipping cream
-*buah peach secukupnya yang di potong dadu
***airnya akan diguna untuk sapuan pada permukaan kek.

Bahan B
-*50 gm air
-*1 sdb gelatin


Cara-cara:-
-Tuang air dalam bekas dan taburkan gelatin...biarkan ia kembang.
-Kemudian panaskan puri peach dengan kaedah double boil dan kemudian tambahkan gelatin yang telah kembang tadi dan gaul sebati...biarkan ia suam.
-Dalam bekas lain, putar non-dairy whipping cream dengan kelajuan maksima hingga kaku.
-Tambahkan adunan puri tadi dan kaup balik adunan hingga rata.






Cara Melapis Kek
-Ambil loose pan (sri guna saiz 7")...letakkan kepingan kek yang pertama.
-Sapukan permukaan kek dengan air peach...letakkan mousse tadi hingga rata keseluruhan...kemudian taburkan dengan potongan dadu buah peach.
-Letakkan lapisan kek yang kedua dan ulang langkah tadi hingga selesai semuanya...sri buat 3 lapis kek.
-Sejukkan dalam peti semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam.
-Boleh deko ikut kreativiti masing-masing.



SELAMAT MENCUBA (^^,)*

Friday, 4 January 2013

Chilled Blueberry Yogurt Cheese Cake

Assalamualaikum...
Salam Jumaat yang penuh barokah...hari Jumaat pertama buat tahun 2013.






Salam manis dan selamat petang buat semua...selamat datang kepada yang sudi menjadi follower dapur maya nie...dan pada teman-teman yang telah lama bersama dengan ROSRIkitchen...terima kasih sri ucapkan kerana sokongan kalian terlalu bermakna buat sri.






Selamat tahun baru sri ucapkan pada semua...ketinggalan keretapi sikit sri nie...dah 4hb baru sri ucapkan serta mengambil kesempatan untuk melawat dapur dan menyibukkan diri di alam maya...bila tiba tahun baru memang banyak benda yang nak dikemaskini...kerja pula bertimbun-timbun la jawabnya...tapi itulah rezeki...Alhamdulillah...kurniaan Allah s.w.t.






Dipetang Jumaat yang damai nie...sri nak kongsikan resepi Chilled Blueberry Cheese Cake...cheese cake nie adalah tempahan dari seorang teman FB sempena ulangtahun kelahiran isterinya serta sambutan ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama...resepi nie sri perolehi dari blog kak Azlita...terima kasih ye dan sri kongsikan disini buat peminat unbake cheese cake...jom skodeng resepinya.






Chilled Blueberry Cheese Cake
Oleh : Zack Zachoes
Olahan : ROSRIkitchen

Bahan-bahan:-
Base
-*100gm biskut oreo - buang filling tengah dan kisar halus (bagi yang suka base tebal..boleh guna 230gm biskut oreo)
-*45gm butter - dicairkan (kalau guna 230gm biskut oreo...sukatan butter adalah 100gm)

****untuk resepi nie...sri guna base chocolate moist cake ...untuk resepi boleh klik link yang diberi..kek tue sri bahagi kepada tiga bahagian dan hanya gunakan 1 bahagian sahaja untuk sebiji kek keju.

Cara-cara:-
-Satukan biskut oreo yang telah dikisar hancur dengan butter cair...gaul sebati...alaskan loyang 7" (loose pan) dengan kertas kek...tuang adunan oreo kedalam loyang dan tekan pada dasar loyang hingga padat...simpan dalam peti sejuk sebentar.



Bahan-bahan:-
Adunan Yogurt Cheese
-*125gm cream cheese
-*135gm atau 1 bekas yogurt perisa blueberry
-*30gm gula halus
-*80gm blueberry filling
-*125gm non-dairy whipping cream - sri guna 100ml non-dairy whipping cream
-*1/2 sdb + 1/2 sdt gelatin halalgel - sri guna 1 sdb gelatin
-*2 sdb air panas - sri guna 30gm air panas


Cara-cara:-
-Tuang air panas dalam bekas dan tabur gelatin..biar kembang...kemudian double boil kan hingga gelatin larut sepenuhnya dan biar ia suam.

-Pukul non-dairy whipping cream hingga kental (soft peak)...ketepikan

-Dalam bekas lain, pukul cream cheese, gula halus dan blueberry filling hingga sebati.
-Tambahkan yogurt dan gaul hingga sebati.
-Setelah itu masukkan gelatin yang suam tadi dan gaul rata.
-Kemudian,masukkan whipping cream perlahan-perlahan dan dengan menggunakan spatula, kaup balik adunan hingga semua mesra..(nota:pastikan whipping cream tidak terlalu sejuk untuk mengelakkan adunan bergentel-gentel bila bergaul dengan gelatin)
-Tuang adunan kedalam loyang yang berisi oreo @ kek (pastikan kek sejuk dahulu baru tuang adunan cheese).
-Sejukkan selama 4 jam atau semalaman.
-Tolakkan dasar loose perlahan-lahan keatas sehingga kek dapat di keluarkan.
-Hias mengikut kreativiti masing-masing.



nie cara sri hias...sri buat dot-dot dengan menggunakan filling blueberry..kemudian sri
tarik dengan lidi rojak...celorengkan ajer...hehehe


SELAMAT MENCUBA (^_^)*

Wednesday, 26 December 2012

Happy Birthday Salsabilla

Assalamualaikum...






Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan Salsabilla...
Allah selamatkan kamu...






Semalam 25 Dec 2012 adalah befday adik sri yang bongsu...sambut ulangtahun kelahiran yang ke 9...apalagi, kena lah akaknya buatkan kek yang dimintanya...nasib baik tak dituntut kek bertingkat-tingkat...ngalahkan kek orang kahwin...kalau tak, tepuk dahi la akak dia...

Jadi semalam sri buatkan kek barbie doll untuk dia...gaun tue sri buat Sponge Chocolate Cake dan resepinya sri guna resepiyang sama untuk base Oreo Cheesecake dan  tapak dia Chocolate Moist Cake...boleh skodeng jer kat N3 tue kalau nak mencuba...untuk hari nie sri nak kongsikan resepi Choclate Sponge Cake...jom kita tinjau-tinjau..(^^,)*






Chocolate Sponge Cake
Oleh : Chef Alex Goh (Buku Masakan Fruity Cakes)
Olahan : ROSRIkitchen


Bahan-bahan:-
Bahan A:-
-*4 biji kuning telur
-*20 gm gula halus

Bahan B:-
-*4 biji putih telur
-*100 gm gula halus

Bahan C:-
-*100 gm tepung naik sendiri
-*15 gm serbuk koko
~tepung dan serbuk koko diayak~

Bahan D:-
-*80 gm butter (cairkan)
-*1 sdt esen vanilla



Cara-cara:-
***sediakan loyang bulat 7 inc ... alas loyang dengan kertas kek ... ketepikan
***panaskan oven pada suhu 170 c


-pukul bahan A hingga ringan dan gebu.
-dalam bekas lain...pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan gula halus sedikit demi sedikit hingga ahbis dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan bertanduk ( meringue)
-masukkan 1/3 adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur dan kaup balik dengan spatula hingga rata.
-masukkan baki adunan putih telur dan kaup balik hingga adunan bergaul sempurna.
-masukkan bahan C dan kaup balik hingga rata dan tambahkan esen vanilla.
-akhir sekali masukkan butter cair dan kaup balik adunan hingga semua adunan bergaul sebati.
-tuang dalam loyang gaun barbie dan bakar pada suhu 160 c selama 30 - 45 minit...bergantung pada oven masing-masing.
-bila kek dah masak, keluarkan dari loyang dan sejukkan atas redai.









Untuk mendeko..
-lapisan pertama, sri lapiskan dengan chocolate ganache..
Bahan-bahan:-
-*200 gm coklat susu / coklat gelap
-*100 gm non-dairy whipping cream
-*100 gm susu cair 

Cara-cara:-
-Panaskan non-dairy whipping cream dan susu cair hingga terbentuk buih-buih kecil disekeliling periuk...tutup api dan tuang kedalam mangkuk yang mengandungi coklat yang telah dicincang...kacau hingga coklat cair sepenuhnya dan simpan dalam peti ais selama 1 jam...kemudian baru kita tuang diatas kek yang telah disejukkan...sri buat tiga lapisan...tuang yang mula dan ratakan sekeliling gaun...kemudian sejukkan selama 30 minit...ulang langkah yang sama sebanyak dua kali lagi...lepas tue barulah sri corakkan gaun dengan fresh cream dan coklat putih.

-lapisan kedua..kemaskan gaun barbie doll.
Bahan-bahan:-
-*150 ml non-dairy whipping cream
-*50 gm coklat putih - cairkan dengan kaedah double boil
-*pewarna

Cara-cara:-
-putar dengan kelajuan maksima non-dairy whipping cream hingga kaku dan kental...masukkan coklat putih dan putar sebati...kemudian bolehlah letakkan warna yang kita suka untuk hiaskan gaun barbie.



Dhamin pun nak juga maksu dia suapkan kek...tunggu turn je..:)



SELAMAT MENCUBA (^__^)*

Friday, 21 December 2012

Oreo Cheesecake For Birthday Abah

Assalamualaikum...






Salam Jumaat penghulu segala hari...salam manis dan selamat sejahtera pada semua...semoga hari ini lebih baik dari semalam dan apa yang terjadi semalam tak kira manis, pahit, masam atau masin adalah memori yang tak mungkin berulang...yang buruk jadikan sempadan dan yang baik jadikan tauladan.






Hai semua...bertemu kita lagi...hihihi (^^,)*sekejap ada...sekejap hilang sri nie kan...adussss...hujung-hujung tahun nie memang banyak kerja yang nak dibereskan...dan untuk N3 yang nak sri kongsikan hari nie pun sepatutnya sri buat minggu lepas tapi baru hari nie terlaksana hajat tue...kek nie sri buat khas sempena birthday abah pada 15 december lepas...kek nie pun baru pertama kali sri cuba hasil menggeledah dapur masam manis kepunyaan kak Azlita...dah lama sebenarnya teringin nak buat cuma tak berani jer...jadi bila baca setiap penerangan yang kak Azlita bagi, rasa macam boleh...jadi inilah hasilnya.






Kalau nak diikutkan, bulan nie banyak betul ulangtahun yang disambut dalam keluarga sri...maka banyak juga permintaan untuk kek...untuk ulangtahun perkahwinan sri pun belum buat lagi...nak kena tunggu en suami balik dari JB dulu baru nak buat...dan 25 december nie pula befday adik sri yang bongsu...mak aiii....bukan main di request nya kek befday dia...nak bertingkat-tingkat...suka-suka jer order...adusssss.

Untuk kek nie, bahagian dasarnya sri buatkan kek oreo dan resepinya pun dari blog kak Azlita juga juga...bagi yang nak resepi boleh tengok dibawah.






Mula-mula kita sediakan kek span oreo dulu

Oreo Sponge Cake
By : Chef Alex Goh (Buku Masakan Fruity Cakes) - resepi asal Chocolate Sponge Cake
Olahan : ROSRIkitchen

Bahan-bahan
Bahan A:-
-*4 biji kuning telur
-*20 gm gula halus

Bahan B:-
-*4 biji putih telur
-*100 gm gula halus - sri guna 80 gm gula halus

Bahan C:-
-*95 gm tepung - sri guna 100 gm tepung naik sendiri
-*15 gm serbuk koko - sri guna 65 gm biskut oreo yang dihancurkan bersama-sama dengan krim
~tepung dan serbuk koko diayak~

Bahan D:-
-*70 gm butter (cairkan) - sri guna 80 gm butter yang dicairkan
-*1 sdt esen vanilla

Cara-cara:-
***sediakan loyang bulat 7 inc ... alas loyang dengan kertas kek ... ketepikan
***panaskan oven pada suhu 170 c


-pukul bahan A hingga ringan dan gebu.
-dalam bekas lain...pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan gula halus sedikit demi sedikit hingga ahbis dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan bertanduk ( meringue)
-masukkan 1/3 adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur dan kaup balik dengan spatula hingga rata.
-masukkan baki adunan putih telur dan kaup balik hingga adunan bergaul sempurna.




-masukkan tepung dan serbuk oreo dan kaup balik hingga rata dan tambahkan esen vanilla.
-akhir sekali masukkan butter cair dan kaup balik adunan hingga semua adunan bergaul sebati.
-tuang dalam loyang dan bakar pada suhu 160 c selama 30 - 45 minit...bergantung pada oven masing-masing.
-bila kek dah masak, keluarkan dari loyang dan sejukkan atas redai.






Krim Keju

Bahan-bahan:-
-*1 paket biskut oreo
-*250 gm krim keju - pada suhu bilik
-*80 gm gula halus
-*100 gm coklat putih
-*250 gm krim putar / non-dairy whipping cream
-*50 gm air
-*15 gm gelatin halal
-*1 sdt esen vanilla


Cara-cara:-
-larutkan gelatin dalam air dan biarkan kembang
***isikan air dalam bekas dan baru taburkan serbuk gelatin.
-kemudian panaskan gelatin secara doble boilhingga gelatin melarut dan ketepikan.
-dalam bekas lain, cairkan coklat putih secara double boil juga dan ketepikan.

-pukul krim keju dan gula halus hingga lembut dan berkrim...pastikan krim keju pada suhu bilik.
-tuang coklat putih ke dalam adunan krim keju.
-tuangkan pula gelatin dan kacau sebati.
-tambahkan sedikit esen vanilla dan kacau adunan hingga sempurna.







-dalam bekas lain, pukul non-dairy whipping cream hingga gebu dan kental.
***selalunya bekas yang sri nak gunakan untuk pukul krim putar, sri akan
sejukkan bekas tersebut.


-masukkan 1/3 adunan krim putar kedalam adunan krim keju tadi dan kaup balik adunan hingga rata.
-tuangkan baki krim putar yang selebihnya dan kaup balik hingga adunan bergaul sempurna...masukkan dalam piping bag.









-potong kek span kepada 3 bahagian..ambil 1 lapisan dan letakkan atas lapik kek..sediakan loose pan atau spring form pan berukuran 7 inc..masukkan kepingan kek span oreo didasarnya.
-kemudian kita paipkan satu lapisan krim keju diatas lapisan kek...susun kepingan oreo diatasnya.
-paipkan lagi selapis krim keju dan susun biskut oreo diatasnya.
-tuangkan baki krim keju diatasnya dan ratakan permukaannya.
-simpan dalam peti sejuk semalaman atau paling kurang selama 4 - 5 jam.
-keluarkan kek dari loyang dan kemaskan tepinya.
-celupkan spatula dalam air panas dan lap kering...kemudian ratakan bahagian tepi kek supaya licin.
-kemudian make-upkan kek...(^^,)*






Sri harap semua dapat memahami apa yang sri terangkan...kalau ada yang kurang jelas dengan cara sri...boleh rujuk pada link yang sri sertakan...dan tak lupa pada kak Azlita yang sudi berkongsi resepi nie...memang sedap.






SELAMAT MENCUBA (^_^)*

Wednesday, 5 December 2012

Durian Cheese Cake

Assalamualaikum...



Selamat pagi dan salam sayang buat semua...semoga perancangan hari ini berjalan dengan lancar sebagaimana yang direncanakan...:)






Inilah dia hasilnya yang sri katakan semalam dalam facebook...balik kerja semalam terus make-up kan kek durian yang dah lama kesejukan...hehehe...deko comot-comot jer...saja teringin nak makan...bahan pula memang dah ada...so jalan terus dengan projek..:)






Resepi kek tetap sri gunakan resepi yang selalu sri buat cuma tambah puree durian jer...bahagian lapisan kek pula, sri gabungkan isi durian, fresh cream dan keju...mantoooppp gitew...makan memang tak hingat...untuk bahagian luar, sri lapiskan dengan cream cheese dan kemudian kita bedakkan dengan fresh cream...boleh gitew...cam make-up orang pula menu dia...hehe...apa-apa pun layan je lah resepi nie...(^_^)*






Bahan-bahan:-
-*3 biji telur kuning
-*1 biji telur
-*1 sdb ovellete
-*100gm butter - cairkan dan biar sejuk
-*60 ml susu sejuk
-*3 sdb puree durian segar
-*1 sdt esen durian - optional
-*80 gm tepung superfine - ayak
-*40 gm tepung jagung - ayak
-*3 biji telur putih
-*80 gm gula halus



Cara-cara:-
-Panaskan oven pada suhu 160 c selama 10 minit dan alas loyang (sri guna loyang 7") dengan baking paper.
-Satukan telur kuning, 1 biji telur (kuning & putih) dan ovellete...pukul hingga gebu.
-Masukkan butter cair dan susu dan pukul sebati...kemudian masukkan puree durian dan esen durian...pukul sebati.
-Kemudian masukkan tepung superfine dan tepung jagung yang telah diayak kedalam mangkuk adunan sedikit demi sedikit hingga habis dan pukul sebati...ketepikan.
-Pukul putih telur dengan kelajuan tinggi hingga berbuih dan masukkan gula halus sedikit demi sedikit...pukul hingga kaku.
-Masukkan adunan putih telur ke dalam adunan tepung dan dengan menggunakan spatula, kaup balik adunan dengan perlahan hingga semua sebati.
-Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 45 minit.
-Bila kek dah masak, terbalikkan sekejap dan kemudian sisipkan dengan pisau dibahagian tepi loyang dan sejukkan atas redai sebelum mendeko.






Untuk lapisan tengah
Durian Cream Cheese Filling
Bahan-bahan:-
-*200 gm isi durian - blend
-*100 gm cream cheese
-*1 cawan fresh cream
-*1/4 cawan susu pekat manis


Cara-cara:-
-Pukul cream cheese hingga gebu dan masukkan susu pekat dan pukul sebati...masukkan isi durian dan fresh cream...pukul sebati...boleh lah mula melapis kek.


Untuk bahagian luar
Bahan-bahan:-
-*150 gm cream cheese
-*1/4 cawan susu pekat manis


Cara-cara:-
-Pukul gebu cream cheese dan masukkan susu pekat...pukul sebati...kemudian boleh mula lepakan bahagian luar kek.
(untuk licinkan permukaan kek yang disalut dengan cream cheese, rendam spatula dalam air panas...lap kering dan ratakan permukaan cheese)



durian cream cheese filling tue yang mengancam...sedap makan sejuk-sejuk..:)



SELAMAT MENCUBA (^_^)*

Tuesday, 27 November 2012

Chocolate Sponge Cake

Assalamualaikum...






Salam sejahtera dan salam sayang buat semua...sri harap semua berada dalam keadaan sihat walafiat...terima kasih pada yang sudi berkunjung kedapur sri..dan pada yang tinggalkan jejak, sri akan BW dan follow semula..:)






Hari nie sri nak kongsikan resepi Chocolate Sponge Cake yang di tempah oleh adik BFF sri khas buat cinta hati nya...terima kasih ye yunk...kek nie sri buat petang semalam lepas balik kerja dan pagi tadi baru sri pakaikan bajunya...deco sri buat simple je sebab untuk birthday boy kan...kalau letak bunga-bunga macam tak kena pula...untuk hiasan, sri letak buah strawberry sebab nie atas permintaan adik BFF sri.






Pada yang nak mencuba, sri sertakan resepinya disini...jom semak :)



Bahan-bahan:-
Bahan A
-*3 biji telur kuning
-*1 biji telur (kuning dan putih)
-*1 sdb ovellete

Bahan B
-*60 ml susu segar sejuk
-*100 gm butter - cairkan dan biar sejuk

Bahan C
-*200 gm tepung spongemix
-*2 sdb serbuk koko - ayak

Bahan D
-*3 biji putih telur
-*40 gm gula halus




Cara-cara:-
-Panaskan oven pada suhu 160 c selama 10 minit dan alaskan loyang dengan baking paper.
-Putar bahan A hingga kembang dan masukkan bahan B...putar sebati.
-Masukkan tepung spongemix sedikit demi sedikit hingga habis dan putar sebati...kemudian masukkan serbuk koko dan putar lagi hingga semua mesra...ketepikan.
-Putar dengan kelajuan tinggi putih telur hingga menjadi putih dan masukkan gula halus sedikit demi sedikit dan putar hingga adunan kaku dan bertanduk...bila diterbalikkan mangkuk adunan, putih telur tak akan jatuh.
-Masukkan adunan putih telur ke dalam adunan tepung dan kaup balik dengan spatula...kaup balik perlahan hingga semua sebati.
-Tuang adunan dalam loyang dan bakar selama 45 minit pada suhu 150 c.
-Bila dah masak..terbalikkan kek selama 5 minit atas redai...kemudian sisipkan bahagian tepi loyang dengan pisau dan sejukkan kek sebelum deko.
(kek nie sri bahagikan kepada 3 lapis)






Buttercream
Bahan-bahan:-
-*2 cawan gula icing - ayak
-*1 cawan krimwell
-*1 cawan shortening
-*1 1/2 sdb serbuk koko - ayak
-*1/4 cawan susu pekat manis


Cara-cara:-
-Campurkan semua bahan-bahan diatas dan putar hingga semua sebati dan mesra...setelah siap, bolehlah deko ikut kreativiti masing-masing.

Hiasan:-
-*Buah Strawberry
-*Decoration Sugar (Love Shape)






SELAMAT MENCUBA (^_^)*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...