Pages

Showing posts with label -pEtUa dAPur Ku-. Show all posts
Showing posts with label -pEtUa dAPur Ku-. Show all posts

Wednesday, 30 November 2011

aTAsi hAnyIr iKAn sUNgAi

Ikan sungai memang enak di makan...dan yang paling sedap kalau dibuat masak lemak cili api atau masak lemak tempoyak...tetapi disebabkan baunya yang hanyir menyebabkan ramai yang enggan menikmati hidangan ikan sungai...cara untuk menghilangkan bau tersebut dengan mengambil beberapa tangkai daun kari...ramas daun kari tersebut dengan air...kemudian rendam atau perap ikan sungai tadi dalam air yang telah diramas dengan daun kari selama 30 minit - 1 jam...selepas itu bilas dan bolehlah dimasak mengikut selera masing-masing...InsyaAllah menjadi...
SELAMAT MENCUBA :)

Wednesday, 2 November 2011

saYUr kEkaL sEgAr

Kalau pergi ke pasar atau pasaraya memang seronok tengok sayur-sayuran yang segar-segar...memang banyak la yang akan di borong...tapi sayur-sayuran yang jenis berdaun nie mudah rosak dan layu bila di simpan di dalam peti ais beberapa hari...bagi  mengelakkannya, rendam sayur tadi di dalam air yang di campurkan dengan sedikit cuka makan selama beberapa minit...selain mengembalikan kesegaran cuka juga boleh menghilangkan kotoran  pada sayur... SELAMAT MENCUBA :)

Tuesday, 1 November 2011

mENhiLaNGkAn bAu hAnYir pADa kuALi

Setelah menggunakan kuali untuk menggoreng ikan pasti kuali akan berbau...tambahan lagi kalau menggoreng telur...memang berbau hanyir bila kita nak menggunakkan kembali kuali tersebut untuk memasak hidangan lain walaupun telah di basuh...bagi mengatasinya, ambil limau nipis atau limau kasturi...gosoklah pada kuali dengan rata setiap kali habis menggoreng dan bilas dengan air...kuali pasti tidak berbau hanyir lagi...SELAMAT MENCUBA :) 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...