Pages

Showing posts with label -Cerita-. Show all posts
Showing posts with label -Cerita-. Show all posts

Friday, 14 September 2012

Pulang Dari Bercuti Panjang

Assalamualaikum...





Salam manis dan salam ceria buat teman-teman yang masih sudi menjengah dapur yang tak seberapa nie....kali nie memang dah bersawang habis...berdebu ko memang tak hingat...hehehe
Kalau tengok tajuk memang cam best jer kan tapi sebenarnya tak bercuti kemana pun...memeramkan diri di ofis dan rumah je...(^____^)*...bulan puasa memang sibuk sangat...tue yang rasa malas sangat nak masukkan resepi...bila dah ada kerajinan...dugaan dan ujian pula yang datang...mungkin ada hikmah dengan apa yang berlaku...semoga Allah s.w.t permudahkan segalanya buat sri dan keluarga...amin..

Bila dah lama tak update resepi...banyaklah menu-menu yang terperam...dah jadi pekasam rasanya...tapi resepi-resepi yang ada dalam simpanan pun bukan lah resepi yang mantop...resepi biasa-biasa jer...sri minta maaf banyak-banyak pada yang geledah dapur sri tapi tak ada apa yang di sajikan...bila buka tudung saji je...kosong...tak ada hidangan baru...ammmmmpppunnnnn ye...(^^,)

Hari nie sri ingat nak buat tayangan sikit mana yang sempat...tunggu ye...zzZZZZuuuUussSSssss




Wednesday, 1 August 2012

Akhirnya Selesai Sudah

'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita, Ya, Giteew :D'





Salam manis dan salam sayang buat semua...akhirnya selesai juga bermarathon mencari jawapan bagi soalan-soalan kuiz yang kak Sha anjurkan...kalau di ikutkan dah 'last minute' hantar jawapan nie...sibuk sangat sampai nak 'online' pun tak sempat...sekarang kena marathon otak sri untuk mengarang sikit...sebab sri memang lemah sikit bab karang mengarang nie...kalau bab meraban memang boleh tapi bila dah di beri tugas serta tajuk...memang berkarat sikit la nak karang...ok lah...tak nak panjang-panjang bebel...nak 'study' blog kak Sha jap...dan lagi satu sri minta maaf pada jiran-jiran yang datang ke dapur nie tapi tak ada sajian yang di hidangkan...sekarang masa memang tak mengizinkan...kalau sempat nanti sri akan cuba update N3 yang ada dalam simpanan nie...:D




Tuesday, 24 July 2012

Kuiz 1 Hingga 5 Selesai

Assalamualaikum...


'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita, Ya, Giteew :D'




Bermarathon jari jemari ini mencari jawapan...baru dapat siapkan lima jawapan...seronok pula rasa main cari-cari camnie...hehehe...petang sikit baru nak sambung balik cari jawapan untuk soalan-soalan lain...sekarang kena buat kerja yang dah menanti...bagi yang nak join kuiz nie macam sri boleh klik SINI untuk syarat-syarat dan peraturannya.




Setiap penyertaan akan tetap membawa pulang cenderahati yang comel-comel nie...semua akan dapat tau...tak ada yang terkecuali...

'betul kan kak Shahriah...'

'tengok...kak Shahriah dah angguk tue tanda setuju...:D'

Bagi yang nak tengok soalan-soalan kuiz terkumpul dan hadiah-hadiah lain yang menarik dan bisa membakar-bakar semangat korang untuk menyertainya...boleh klik SINI ...



Monday, 23 July 2012

Jari Jemari Ku Bermarathon

Assalamualaikum...


'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Giteew :D'




Wah .. wah ...tak masak ye hari ni puan sri...:D

Hari nie tak ada resepi ya kengkawan semua...bukan sebab tak masak tapi sebab hari nie sri nak bermarathon cari soalan-soalan terkumpul dari kuiz kak Shahriah...penat seehhhh...(itulah...lambat lagi turut serta)...hari nie sri kumpulkan dulu soalan-soalan nya...esok baru kita cari jawapannya...bagi yang berminat untuk turut serta...boleh lah ke link yang sri sertakan di bawah nie ye untuk keterangan dan syarat-syarat...:D



Rugi wooooo kalau tak join...semua peserta akan tetap bawa pulang hadiah yang comey lotey giteew...:D...tak ada yang terkecuali ye...nak tahu ke hadiah apa...nak ke...ok lah...sri letakkan gambar kat sini ye...hadiah cenderahati jer taw...hadiah lain yang boleh bikin terbakor...sila klik HADIAH BEST ...:D





Comey kan..:D
Tunggu apa lagi...jom join dan kita bermarathon bersama-sama.






Friday, 20 July 2012

Marhaban Ya Ramadhan 1433H/2012

Assalamualaikum...






Selamat petang kawan-kawan..pengunjung setia blog rosrikitchen dan juga pada tetamu-tetamu yang baru intai blog sri nie...sebagai pembuka bicara, terlebih dahulu sri menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai selama sri ber'blog' nie...ada tersalah kata dan terkasar bahasa...pada teman-teman yang menjadi sumber inspirasi sri dalam dunia masakan nie...sri minta halal dunia akhirat diatas segala tunjuk ajar dan ilmu yang diberikan...sri hargai semuanya...hanya Allah s.w.t yang mampu membalasnya.






Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan yakni bulan yang diberkati, dimana Allah s.w.t telah mengfardhukan keatasmu puasa...dibuka padanya pintu-pintu syurga dan ditutup padanya pintu-pintu neraka...ditambat padanya syaitan-syaitan...padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan...siapa yang dihalang kebaikannya, sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak....hadith ini dikeluarkan oleh Ahmad, al-Nasa'ie daripada Abi Hurairah.

Surah al-Baqarah, ayat 185 yang bermaksud:
Masa yang di wajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran menjadi petunjuk bagi sekelian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk  dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah...oleh itu sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan atau mengetahuinya hendaklah ia berpuasa bulan itu.

Semoga kita mencapai tahap ketaqwaan melalui ibadat puasa Ramadhan yang menjelang tiba...Amin.







Inilah yang sri katakan pagi tadi masa sri post N3 Biskut Semperit Ku Berwarna Jingga ...seperti yang dijanjikan, sri kongsikan resepinya untuk petang nie...kek nie untuk makan-makan petang bersama keluarga sempena sambutan Ramadhan al-Mubarak dan juga merangkumi kek befdayku yang dah sebulan berlalu...hakhakhak...kek nie adalah Choc Moist Cake...dan sri pernah beberapa kali masukkan N3 resepi kek nie...cuma kali nie sri tambah adunan chesse di tengah-tengah kek...sedap sangat...lembab dan lembut giteew...ahaha...dah terambil tag line kak shariah pula...ampun ya kak...apa-apa pun memang rugi kalau tak mencuba...jom kita layan resepi...zZZzuUUussSss






Choc Moist Cake Cheese
Bahan-bahan:-
Bahan A
-*3/4 cawan gula pasir
-*1 cawan serbuk koko
-*1 cawan susu cair
-*3/4 cawan susu pekat manis
-*1 cawan minyak masak

*****satukan bahan-bahan diatas dan masak diatas api yang sederhana hingga bekilat dan sebati...alihkan dan kacau adunan selama 5 - 10 minit dan biar sejuk seketika.


Bahan B
-*3/4 cawan tepung gandum
-*1 sdt baking powder
-*1 sdt soda bikarbonat
***ayak bahan-bahan diatas


Bahan C
-*4 biji telur - 'blend' hingga kembang




Cara-cara:-
-Tuang adunan coklat kedalam mangkuk adunan...masukkan tepung dan telur berselang seli...kacau dengan spatula sahaja...bila dah habis dan adunan dah sebati...tuang separuh adunan kedalam loyang dan kukus hingga masak...kemudian tuang adunan krim keju (resepi dibawah) dan kukus lagi...bila adunan keju dah masak...tuang baki adunan coklat tadi dan kukus lagi...bila dah masak...sejukkan sebelum menghias.
****note:kalau adunan tadi nampak macam ada tepung yang tak sebati...masukkan kesemua adunan kedalam blender dan blender sekejap.






Bahan-bahan Lapisan Keju:-
-*250 gm cream chesse
-*50 gm gula icing - ayak
-*1 biji telur - gred A


Cara-cara:-
-Pukul cream chesse hingga gebu...masukkan gula icing dan pukul rata...kemudian masukkan pula telur dan pukul sebati...tuang atas lapisan pertama dan kukus hingga masak.






Bahan-bahan Krim untuk Mendeco:-
-*100 ml susu cair / non-dairy whipping cream / susu segar (sri guna susu cair)
-*250 gm milk choclate compound jenama beryl's
-*2 1/2 cawan fresh cream
-*pewarna pink


Cara-cara:-
-Panaskan susu cair / non-dairy whipping cream / susu segar hingga ada buih-buih dibahagian tepi...masukkan coklat yang dah didadu dan kacau hingga coklat cair...tutup api dan biar coklat sejuk (boleh sejukkan dalam peti ais).
-Bila coklat dah sejuk...campurkan dengan fresh cream dan pukul sebati...boleh mula mendeko...untuk corak rossete...sri tambahkan pewarna pink pada adunan yang lebih tadi dan kacau rata.


SELAMAT MENCUBA (^^,)*







Friday, 22 June 2012

Couple Contest .. Pinjam 2 Minit

Assalamualaikum...

Salam Jumaat penghulu segala hari...semoga segala yang dirancang berjalan dengan lancar...kali nie sri tak berkongsi resepi apa-apa pun cuma sri nak pinjam masa teman-teman sekejap jer...pinjam 2 minit boleh...boleh ye...sebenarnya sri ada masuk Couple Contest...jadi sri harap sangat teman-teman dapat 'Like' Page Wan Mahazir dan juga dapat 'Like' gambar yang sri sertakan...kat bawah ada link berkenaan...terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa...sayang korang (^_^)*



Nie la gambarnya..(^_^)


Step 1:-
Like this page    : http://www.facebook.com/WMZMN

Step 2:-


TERIMA KASIH (^^,)


Tuesday, 22 May 2012

Kenangan Sambutan Hari Ibu 2012

Assalamualaikum...


Selamat petang dan selamat menjamu selera buat yang baru nak makan tengahari...menu apa hari nie...mesti sedap-sedap...sri tak 'lunch' lagi...rasa kenyang lagi sarapan roti canai pagi tadi...kali nie sri nak kongsikan gambar hamper yang ditempah dan juga gambar-gambar sekitar Sambutan Hari Ibu 2012 yang berlangsung di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini..



Kasihnya Ibu...Membawa ke Syurga...



Tempahan Hamper Cenderahati




Disampaikan oleh Ketua Puteri UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Cik Nor Hafizah binti Othman
 kepada YB Hj Shabudin bin Yahaya..

Sekitar Majlis Sambutan Hari Ibu


Pendaftaran para tetamu..




Sebahagian Puteri-puteri bergambar kenangan
sebelum majlis bermula bersama dengan En. Omar..

Cenderahati bagi setiap tetamu yang hadir..

Ucapan aluan oleh Ketua Puteri UMNO Bahagian Tasek Gelugor,
Cik Nor Hafizah binti Othman..

Ucapan dan Perasmian oleh Ketua UMNO Bahgian Tasek Gelugor,
 YB Hj Shabudin bin Yahaya..

Hidangan makan malam..

Selesai menikmati hidangan makan malam, para tetamu dihidangkan dengan
cendol pulut sebagai 'dessert'..

Setiap Puteri memberi sekuntum bunga rose dan keronsang sebagai hadiah
Hari Ibu..

My Lovely Mom..

Acara cabutan bertuah untuk semua ibu puteri yang hadir..

Ibu ku memegang no 022..dapat apa tue..

Hamper untu segmen 'Ayu Ibu & Anak'..(^^,)*





Acara bergambar bersam Ketua Puteri (^^,)*









Acara Pantang Jumpa Kamera...hehehe...Jangan Marah (^^,)*










(^^,)*...jumpa lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...