Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Friday, April 3, 2020

Roti Puri


Alhamdulillah. Ini kali kedua buat roti puri. Kali pertama ialah lima hari lepas. Hari ke-13 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19 yang sedang melanda. Kali pertama buat tuari, buat comel-comel je. Hari ini buat tak dicetak. Leperkan ikut saiz adunan yang dibulatkan. Jadinya saiz kepingan tak sama besar. Hehehee...
Hari ini ada empat jenis cicah. Kuah kari, kuah asam pedas, kuah kacang dan kuah kurma. Ini semua ada baki hari-hari yang terdahulu. Dipanaskan semula je. Musim berjimat-cermat sekarang ni.

ROTI PURI

Resepi asal : Kak Ummi Zaihadi

Bahan-bahan :
  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar (rata) mauripan
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu kecil (rata) garam
  • 1 cawan air panas
Cara-cara :
  1. Campurkan semua bahan - kecuali air panas - ke dalam mangkuk besar.
  2. Gaul dengan hujung jari supaya jadi macam serbuk roti.
  3. Masukkan air panas sedikit demi sedikit sambil diuli hingga adunan tidak melekat pada mangkuk.
  4. Bulat-bulatkan sebesar bola pingpong.
  5. Leperkan seperti nak buat karipap.
  6. Goreng dalam minyak panas sambil disimbah-simbahkan minyak ke atas kepingan semasa menggoreng. Goreng hingga kekuningan.
Dibulat-bulatkan sebesar bola pingpong
Dileperkan seperti nak buat karipap
Dah siap digoreng
Simbah-simbahkan minyak panas ke atas kepingan semasa menggoreng

Thursday, August 30, 2018

Bingka Roti Kukus Pandan



BINGKA ROTI KUKUS PANDAN

Bahan-bahan :
  • 8 keping roti slice - apa2 jenis roti slice
  • 200ml / 1 kotak kecil santan 
  • 200ml air
  • 1/2 cawan gula pasir 
  • 4 biji telur
  • Secubit garam
  • 1/2 sudu teh pes pandan
  • Sedikit pewarna hijau
  • 2 helai daun pandan - disimpulkan


Cara-cara : 
  1. Dalam bekas besar, satukan gula, santan, air, pes pandan, telur dan garam. Kacau dengan menggunakan whisk hingga sebati.
  2. Kemudian rendamkan roti slice ke dalam adunan dan biarkan selama lebih kurang 10 minit.
  3. Oles loyang dengan marjerin atau alaskan dengan PE cling wrap.
  4. Panaskan kukusan dan balut penutupnya dengan kain supaya air tidak menitis ke atas adunan semasa mengukus.
  5. Pindahkan roti yang direndam tadi ke dalam loyang dan tuang lebihan adunan ke dalam loyang.
  6. Letakkan simpulan daun pandan di atas permukaan adunan dan kukus selama 15 - 20 minit.

 Rendam roti ke dalam adunan
 Pindahkan roti ke dalam loyang dan tuang lebihan adunan
 Letakkan simpulan daun pandan dan kukus
Selepas dibuka penutup kukus



Nota :
  1. Kepingan roti tidak perlu dibuang bahagian tepinya.
  2. Kepingan roti boleh juga dipotong dua setiap keping.

SELAMAT MENCUBA!

Friday, January 9, 2015

Egg Sandwich Toast

Ini satu lagi variasi roti bakar yang juga digabungkan dengan telur dan mayonis. Juga amat sesuai untuk sarapan dan juga minum petang.
Bahan-bahan :
  • 12 keping roti slice
  • 5 biji telur - direbus hingga masak sepenuhnya
  • Mayonis secukupnya
  • Sedikit lada sulah
  • Mentega secukupnya - untuk disapu pada permukaan roti

Cara-cara :
  1. Kupas telur dan hancurkan di dalam mangkuk.
  2. Campurkan mayonis dan lada sulah. Kacau rata.
  3. Ambil sekeping roti. Sapukan permukaannya dengan marjerin.
  4. Ambil sesudu campuran telur dan ratakan di atas kepingan roti tadi.
  5. Ambil sekeping lagi roti dan sapukan permukaannya dengan marjerin. Telangkupkan ke atas campuran telur  yang telah diratakan tadi.
  6. Kemudian sapukan kedua2 permukaan luar roti dengan mentega. Ketepikan.
  7. Ulang lagi sehingga habis campuran telur - akan dapat 6 set sandwich yang belum dibakar.
  8. Panaskan sandwich maker - bergantung kepada sandwich maker masing2.
  9. Bakar sehingga permukaannya garing - ataupun ikut citarasa masing2.
  10. Siap untuk dihidangkan.

Saya menggunakan sandwich maker jenama Philips ni sejak tahun 2004 lagi. Dah berusia 10 tahun. Alhamdulillah, masih elok. Cumanya permukaan dalamnya dah sedikit terkopek.
Sandwich maker ni adalah token sebagai AJK yang menguruskan Treasure Hunt pertama Kiswire Sdn Bhd pada 29hb Februari 2004 ~ 1hb Mac 2004 di Desaru Beach Resort.

Wednesday, January 7, 2015

Scrambled Toast

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam minggu ni sahaja, dah dua kali saya buat Scrambled Toast ni. Sesuai untuk sarapan dan minum petang. Nak membuatnya pun senang dan ringkas.
 Bahan-bahan :
  • 12 keping roti slice
  • 5 biji telur
  • Lada sulah secukupnya
  • Perisa secukupnya
  • Daun sup/bawang - dihiris halus * jika suka
  • Mayonis untuk hiasan - masukkan ke dalam piping bag
  • Sos cili untuk hiasan - masukkan ke dalam piping bag
  • Hirisan slice cheese - jika suka
  • Sedikit mentega / marjerin untuk sapuan

Cara-cara :
  1. Gelek roti dengan roll pin supaya roti mudah dibentuk.
  2. Sapukan mentega di kedua2 belah permukaannya. Ketepikan.
  3. Pukul telur dengan garfu. Masukkan perisa secukupnya dan juga lada sulah. Pukul hingga sebati.
  4. Panaskan kuali. Tuang sedikit minyak. Masukkan adunan telur dan kacau laju2 dengan menggunakan garfu. Kacau hingga adunan menjadi bergentel2 dan sedikit kekeringan dan garing. Angkat dan sejukkan seketika.
  5. Kepingan roti tadi dimasukkan ke dalam loyang muffin. Caranya : temukan kedua penjuru roti yang bertentangan dan masukkan ke dalam lubang loyang muffin.
  6. Masukkan telur yang telah dimasak hancur tadi.
  7. Letakkan hirisan slice cheese.
  8. Picitkan mayonis dan sos cili ke atasnya.
  9. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180 degree selama 10 minit.
  10. Siap untuk dihidangkan.

Monday, January 31, 2011

Juadah Sarapan Pagi


Salam pagi Isnin untuk semua. Seperti dua hari yang lepas, hari ini hujan masih berterusan. Malam tadi sedap tidur...sejuk jer!

Pagi ini saya buat extra sarapan sebab anak2 ada kat rumah. Kena pulak hujan2 ni, mesti asyik lapar jer. Saya buat Puff Roll...ada sosej dan crab stick. Lepas tu buat jugak Roti Bakar Slice Cheese. Lepas ni nak meng"tat" pulak. Jom jamu mata ya...






Friday, January 14, 2011

Main Bakar2 Je...


Main bakar2 jer kali ni...tapi bakar bukan sebarang bakar. Bakar yang ini ialah bakar yang berkhasiat. Bakar apa ye...??? Hehehe...gempak jer lebih....! Sebenarnya ini ialah menu hari Rabu lepas. Baru hari ni sempat nak upload. Menu hari ini pulak...tungguuuuuu.....!!!





Ikan Bakar Daun Kunyit...

4 ekor ikan kembong dah terbakar di dalam oven. Kali ini Ikan Bakar Daun Kunyit. Lebih kurang macam ikan bakar yang lepas2 cumanya bahan2 perap dan sambalnya tu saya tokok-tambah bahan2nya. Rasanya pun lebih uummpphhh....! Ada rasa pedas2...ada rasa masam2...ada rasa manis2 sikit. Balik dari sekolah, anak2 makan dengan nasi putih...seekor sorang! Yang seekor lagi tu simpan untuk hubby...


Roti Bakar Mentega Kaya...

Dah petang2 tu, rasa macam lapar pulak perut ni. Nasib baik roti sandwich ada stok. Sapu dengan mentega di kedua2 belah permukaan dan letak atas non-stick pan jer. Masak garing2 kat kedua2 belah mukanya. Angkat dan sapu dengan kaya. Lepas tu....makan la!!!!!


Sunday, January 9, 2011

Kelas Tambahan Dan Makan-Makan...


Seminggu dah pun berlalu. Dah nak habis hari Ahad pun. Esok anak2 akan mula bersekolah lagi. Dan satu hari ini cuaca pun tidak menentu. Sebelah pagi tadi ada la panas sekejap. Sempat jugaklah kain-baju semalam dan semalamnya kering. Kain-baju yang dibasuh hari ini tak sempat kering pun.

Dan mulai esok juga, Abang Yang (Tahun 6) dan Abang Ngah (Tingkatan 3) akan ada kelas tambahan sebelum dan selepas waktu persekolahan. Abang Yang ada Program Motivasi Pagi dari 7:00am hingga 7:20am. Dan selepas waktu persekolahan, ada juga kelas tambahan sehingga jam 2:00pm. Dan setiap hari Sabtu minggu kedua dan keempat, akan ada kelas tuisyen dari jam 8:00am hingga jam 12:00 tengahari.

Abang Ngah pulak, kelas tambahan akan bermula selepas waktu persekolahan hingga ke pukul 2:00pm juga. Nampaknya saya kena tukar alarm kat handphone tu. Selalu tu set ke 12:45 tengahari untuk jemput mereka berdua.

Alhamdulillah dan tahniah kepada pihak pengurusan sekolah kerana mengadakan kelas2 tambahan tersebut. Sekurang2nya boleh memupuk semangat mereka dan akan menambahkan ilmu pengetahuan mereka. Zaman sekarang ni amat mementingkan pencapaian akademik. Jadinya anak2 terpaksa mengikut rentak arus zaman sekarang. Kesian juga mereka sebab asyik mengadap buku jer... Alangkah baiknya sekiranya ilmu2 tersebut boleh dimanfaatkan sebaik2nya.


Ok...kita tinggalkan cerita kelas anak2 tu sekejap. Ni nak tayang menu kami hari ini...

 Benda alah ni lagi...tapi dengan versi yang sedikit berbeza. Kali ini saya gunakan roti putih. Boleh juga kalau nak guna roti burger ke, roti hotdog ke, roti sandwich biasa tu ke... Lepas tu saya dadar telur sebiji yan telah dicampurkan dengan seasoning pepper. Lepas tu lapis2kan saja dengan salad, hirisan tomato, hirisan timun dan juga sos cili. Untuk anak2 dan hubby, saya gunakan roti hotdog. Roti tu saya belah 2 (tak putus...), sapu sikit dengan mentega dan panaskan atas kuali hingga kekuningan permukaannya. Lepas tu dadar pulak telur. Semasa telur tu masih cair2 lagi, letakkan roti tersebut ke atas telur tu (permukaan yang kekuningan ke atas telur). Biarkan hingga telur masak. Angkat dan hiaslah mengikut kesukaan...


 Ayam Bakar Berempah...

Tengahari tadi saya masak Nasi Mentega dan Ayam Bakar Berempah sebagai hidangan makan tengahari. Menu ringkas jer. Ayam tu diperpkan dalam 30 minit sebelum dibakar. Lebihan air perapan tu jangan dibuang. Sayang jer...! Masukkan air tu ke dalam kuali, tambahkan lagi airnya dan perisa2 yang kurang dan didihkan. Dah mendidih, masukkan air bancuhan tepung jagung...untuk memekatkannya sedikit. Ini boleh digunakan sebagai gravy ayam bakar tu nanti...


Sosej Roll...

Selepas buat Crab Stik Roll hari tu, pastry tu ada lebih 2 keping je lagi. Sayang pulak. Semasa membakar ayam tadi, saya pun keluarkan sosej 2 batang dan pastry. Saya gulung2kan, gunting sikit kat atas pastry tu, sapu dengan telur dan tabur dengan bijan. Tunggu sehingga ayam siap dibakar baru saya masukkan Sosej Roll ni pulak. 


Friday, January 7, 2011

Cerita Pagi Jumaat


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.

Semalam hujan. Hari ini pun awal2 lagi dah hujan. Cuaca mendung jer. Kain semalam belum kering. Anak2 nak ke sekolah pagi tadi terpaksa gosok baju yang masih lembab tu. Masing2 ada baju 2 pasang seorang jer. Bermakna hari2 mesti kena basuh baju2 sekolah mereka. Tak boleh termiss...kecualilah kalau terkena hari mereka ada Pendidikan Jasmani (PJ) ataupun hari Koko (biasanya hari Rabu). Hari2 ini mereka tak pakai seragam sekolah....

Sarapan apa pagi ini??? Saya buat yang kat bawah ni jer. Ringkas jer. Ada roti bakar, ada kacan panggang, ada telur hancur. Kalau suka boleh letak sayur2 mentah. Saya letak hirisan timun jer.



Wednesday, January 5, 2011

Burger Pulak


Malam semalam, saya cuma buatkan burger bertingkat ni sebagai hidangan makan malam. Sebenarnya saya siapkan segala bahan2nya - roti siap digoreng sikit, daging burger ayam siap digoreng, timun dan tomato siap dihiris dan salad siap dibasuh. Lepas tu saya letakkan semua bahan2 ni di atas meja makan. Semua ni saya sediakan semasa hubby pergi menghantar Abang Ngah ke pusat tuisyen. Dalam masa yang sama pulak, menjemput Ayong dari pusat tuisyen yang sama. Adik dan Abang Yang ikut sama. Tinggallah saya seorang diri di rumah.


My portion...

Bila mereka dah balik, barulah kami sama makan. Masing2 susun atur sendiri punya. Adik punya tak letak sos cili tapi dia letak aiskrim. Tak tau mana dia dapat resepi tu. Yang lain2 tu lebih kurang sama macam yang kat atas tu...


Crab Stick Roll


Hujung tahun lepas saya ke blog Cik Mat Glamor (nama baru untuk CMG...hehehe). Saya nampaklah benda alah ni. Teruja nak membuatnya. Puff pastry pun memang ada. Crab stick pun ada. Ingatkan nak buat sarapan pgi tahun baru tu. Tapi rancangan tergendala sebab pagi tu kami bersarapan di luar selepas selesai mendaftarkan dan membayar yuran Abang Ngah di SMK Pasir Putih. Jadinya saya buat pada keesokan harinya....

Sebelum dibakar....
Saya buat dua versi. Satu versi saya taburkan bijan diatasnya dan satu lagi dengan seasoning pepper...

Siap untuk dimakan...!

Friday, December 31, 2010

Roti Dan Agar-Agar


Hari ini merupakan hari terakhir dalam tahun 2010. Dah tercapai ke segala azam tahun 2010?? Tercapai ke...tidak ke...hidup dan perjuangan harus diteruskan. Jangan pulak disebabkan azam tidak tercapai sampai mogok makan pulak! Jom kita makan dulu....


 Roti Pattaya...

Dapat idea nak buat Roti Pattaya ni selepas makan sarapan di kafe kat Pusat Bandar tu. Tapi kafe tu punya Roti Pattaya tidaklah semeriah yang saya buat ni. Roti ni saya buat untuk sarapan pagi tadi. Nak resepinya...masuklah ke dapur saya ya...



Agar-Agar Karamel 2 versi...

Hmmm...lagi2 agar2 ni! Anak2 suka makan Agar-Agar Karamel yang ni. Nak buatnya pun senang jer. Tak payah tengok resepi pun dah boleh buat. Kali ini saya buat dua versi. Satu...versi yang tak ada karamel dan satu lagu yang ada karamel. Mula2 saya buat yang ada karamel dulu...yang bentuk love tu... Bakinya barulah saya masukkan dalam acuan biasa. Dapatlah 4 biji bentuk cam gitu. Masa hubby balik dari solat Jumaat, saya sajikan dengan agar2 ni. Tengahari tadi hubby tak makan di rumah. Walaupun hari ni dah diisytiharkan cuti umum, tapi hubby pergi gak kerja sebab ada stock-take. Makan tengahari disediakan. Tu yang tak balik makan tu. Cuma balik untuk solat Jumaat jer...


Wednesday, June 30, 2010

Layang-Layang Melayang


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Lama dah tak mengemaskini rumah ni. Agak sibuk sikit kebelakangan ini.

Sekadar nak kongsi peristiwa hari Sabtu dan Ahad lepas. Abang Yang ada menyertai Sukan Rakyat yang diadakan di Bukit Layang-Layang tu.  Sukan tu berlangsung selama 2 hari - Sabtu dan Ahad. Hari Sabtu adalah acara saringan dan hari Ahad adalah acara akhir.

Abang Yang menyertai pasukan sekolah seramai 10 orang dalam 2 kumpulan (setiap kumpulan 5 orang). Sekolah dia menghanar 2 kumpulan. Kumpulan lelaki dan kumpulan perempuan. Abang Yang masuk 2 acara akhir - bawak bola dalam sudu dan bawak bola dalam gelung. Alhamdulillah dapat tempat pertama dan ketiga. Mereka membawa pulang 4 hamper untuk dikongsi bersama2.

Saya tidak pergi melihat dia bermain pun. Sekadar singgah sekejap untuk menjemput dia pada petang Ahad tu selepas upacara penyampaian hadiah. Sementara menunggu upacara penyampaian hadiah selesai, saya pun tenang2 ler layang2 yang sedang terbang di udara. Ada juga layang2 yang tidak dapat diterbangkan sebab kekurangan tiupan angin. Jom tengok sebahagian daripada layang2 tersebut...


Layang2 harimau...

Layang2 rama2...

Layang2 apa ni ya...ikan pari ke?

Layang2 ikan pari kot...

Ni tak tau layang2 apa...




Ni Abang Yang dan kawannya yang baru selesai upacara penyampaian hadiah. Dapat le hamper...


Scrambled toast bread untuk juadah minum petang. Kebetulan pulak Atikah ikut Ayong balik petang tu selepas selesai latihan pancaragam di stadium. Sebelah malam mereka ada rehersal di depan Meanra Aqabah tu. Itu yang Atikah ikut Ayong balik tu. Sempatlah mandi manda dan minum petang dulu sebelum hubby menghantar mereka semula ke stadium sebelum Maghrib.




Saturday, June 26, 2010

Roti Lagi...


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama jugak dah mengemaskini rumah ni. Nasib baik belum sempat labah2 nak buat sarang. Kalau tidak, tentu dan bersawang. Tak perlulah bercerita panjang2 ye. Jom layan je gambar2 roti di bawah ni. Ni hasik kerja Cik BM saya tu. Roti yang sebelum ni tak sempat nak posing bagus2 sebab dah menjadi habuan hubby. Kali ini, masa roti ni siap, hubby dah tidur. Jadinya...selamatttt...!!! Ini pun Super White And Soft Bread hasil ciptaan Ros @ JintanManis. Saya suka roti ni sebab memang sedap, gebu, lembut dan putih. Cuma kali ini saya tambahkan almond nibs. Sedap!!!


Baru keluar dari oven, sapu sikit dengan mentega kat atasnya...

Memang putih, lembut dan gebu...

Makan macam ni saja pun sedappppp....!!!!