Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Thursday, April 5, 2012

Nasi Goreng Tomyam Dan Sambal Telur Mata



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kalau hari2 makan nasi putih bersama lauk-pauk yang pelbagai, bosan jugak...kan? Untuk dapatkan sedikit kelainan, saya masak Nasi Goreng Tomyam ini yang dihidangkan bersama dengan Sambal Telur Mata. Ringkas, padat, berkhasiat dan sedap! Selalu tu asyik buat nasi goreng ikan bilis je. Kali ini tukar selera sikit. Nasi goreng ini saya tak letak sebarang sayur sebab anak2 akan ketepikan apa sayur yang ada...terutamanya Adik. Saya buat nasi goreng tomyam ni sebab anak2 memang suka makan tomyam. Kadang2 tu mereka buat meehon tomyam sendiri. Bukannya susah, masakkan air, masukkan perencah tomyam yang memnag sentiasa ada stok di rumah. Kemudian masukkan meehon. Siap!!! Kalau ada ayam ke, sotong ke, udang ke, sosej ke...mereka masukkan juga. Tapi sayur....sori!



Jom tengok resepi Nasi Goreng Tomyam saya...

Bahan-bahan :
  • 2 mangkuk nasi sejuk
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar bawang kisar
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 1 sudu besar pes tomyam
  • Sejemput ikan bilis
  • Garam dan perisa secukupnya
  • Minyak secukupnya untuk menumis
  • Kacang panjang, lobak merah, jagung - jika suka (saya tak letak pun)
  • Sepotong daging ayam - dipotong dadu - jika suka (saya tak letak pun)

Cara-cara :
  1. Gaulkan nasi bersama garam dan perisa.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, cili kisar dan pes tomyam hingga naik bau. 
  3. Masukkan ayam dan ikan bilis dan kacau rata. Masak hingga daging ayam tu elok masak.
  4. Masukkan nasi yang telah digaul tadi. Kacau rata.
  5. Masukkan sayur2 pilihan. Kacau rata2 hingga sayur layu sedikit.
  6. Matikan api dan siap untuk dihidangkan.


Nasi Goreng Tomyam ini boleh dihidangkan bersama dengan lauk sampingan seperti telur goreng mata, ayam masak merah, gading black pepper atau apa2 lauk pilihan. Kali ini saya hidangkan bersama dengan Sambal Telur Mata sahaja.





Bahan-bahan :

  • 4 biji telur
  • 1 sudu besar sili kisar
  • 1 sudu besar bawang merah kisar
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Air secukupnya
  • 1 biji bawang besar - dipotong bulat2
  • Daun sup dan daun bawang secukupnya

Cara-cara :

  1. Goreng telur sebiji2 dengan minyak yang sedikit hingga masak kedua2 belah permukaannya.
  2. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili kisar hingga naik bau.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau rata.
  4. Masukkan sedikit air supaya campuran sos tidak terlalu pekat. Kacau rata hingga mendidih.
  5. Masukkan telur yang telah digoreng tadi. Kacau rata hingga kuah menyelaputi keseluruhan telur.
  6. Masukkan daun sup dan daun bawang. Matikan api. Kacau sekejap sahaja dan angkat dari dapur.
  7. Sedia untuk dihidangkan.



Selamat mencuba!!!

Saturday, February 5, 2011

Nasi Lemak Serai


Allahhuakbar....! Dah lama dah juadah sarapan pagi ni. Dah jadi bahan buangan pun. Dan dah lama jugak saya buat entri untuk ini. Tapi tak sempat2 nak publish. Ini adalah juadah sarapan pagi kami pada hari Selasa lepas. Cuti2 sekolah ni, anak2 ada di rumah. Kena pulak asyik hujan je. Perut sentiasa keroncong. Lagipun, kalau masak nasi lemak, boleh cover sekali untuk makan tengahari...hehehe.


Nasi Lemak Serai dan rakan2nya...

Nasi Lemak Serai...

Sambal Tumis Ikan Bilis...

And the gang...

Saturday, January 8, 2011

Nasi Ayam Kismis


Salam sejahtera untuk semua...

Semalam hari Jumaat. Pagi2 dah hujan. Hujan rahmat di pagi Jumaat... Selepas Adik ke sekolah agama, saya memulakan projek untuk makan tengahari. Cadangnya nak masak nasi ayam bersama kawan2nya. Dalam kepala terbayangkan Nasi Ayam Kismis dan Ayam Sup Masak Madu. Sup memang dah wajib kalau makan nasi ayam...kan! Keluarkan ayam dari freezer, kena defrost dulu. Akan ambil masa lama gak ni. Sambil2 tu, sempat juga berFB dulu...hehehe.

Potong ayam kecik2 untuk dibuat sup. Yang agak besar2 sikit tu nak masak madu. Saya masak sup dulu. Saya masukkan potongan ayam yang agak besar2 tadi bersama ke dalam sup tu. Saya bubuh air lebih2 sebab nak gunakan air sup tu untuk masak nasi. Nanti rasa nasi tu lebih ummppp lagi...

10:45am Adik balik dari sekolah. Masa tu saya masih di dapur. Sup sedang mendidih. Nasi pun dah kering airnya cuma perlu dimasak dengan api yang kecil sehingga betul2 masak. Saya gunakan beras herba ponni. Sebelum ni saya masak guna rice cooker tapi bila masa nasi tu mendidih, habis terkeluar segala air didihannya tu. Setiap kali masak nasi mesti kena membersihkan periuknya. Akhirnya, saya gunakan cara tradisional jer...jerang nasi atas dapur gas (tradisional ker..???).

Since Adik dah balik, saya kena berhentikan semua tugas sebab nak hantar Adik pergi mengaji pulak. Adik mengaji ambil masa dalam 30 minit. Lama...kan??? Itu sebenarnya termasuklah masa untuk dia sembang2 dengan gurunya, sembang dengan kawannya, main2 lagi....! Satu jer peel Adik ni...kalau dia mengaji, saya tidak boleh berada di sisinya. Lagi banyaklah songehnya. Itu sebab saya tunggu dalam kereta je...

Dah balik dari mengaji, saya sambung semula projek memasak tu. Sempatlah sup dan nasi tu masak sempurna. Sedang saya memasak ayam sup masak madu tu, jam dah menunjukkan pukul 12:00 tengahari. Tibalah masa untuk saya menjemput Abang Ngah dan Abang Yang pulak. Tengahari semalam pun hujan juga. Kalau tak hujan, boleh juga anak2 saya tu balik berjalan kaki je. Bukannya jauh sangat rumah dengan sekolah tu...lebih kurang 0.5km jer.


 Nasi Ayam Kismis...

 Ayam Sup Masak Madu

Sup Ayam

Sedia untuk dimakan...!

Setelah mengharungi beberapa rintangan, akhirnya jadi juga Nasi Ayam Kismis, Ayam Sup Masak Madu dan juga Sup Ayam. Alhamdulillah....!


Thursday, July 22, 2010

Nasi Goreng Silom

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Subuh tadi hujan lebat sangattttt...! Alhamdulillah...rahmat dari Allah! Saya merebahkan diri untuk tidur bila jarum jam menunjukkan hampir 4:30 pagi. Tak tau jam berapa baru lelap. Tidur lewat macam mana pun, paling lewat jam 6:00 pagi mesti dah bangun. Tunaikan kewajipan disamping melayan kerenah anak2 yang nak ke sekolah.



Nasi Goreng Silom. Juadah sarapan saya bersama hubby pagi tadi. Khas untuk kami berdua. Anak2 makan yang tak bercampur dengan ulam silom ni.


Nasi goreng ikan bilis digaul bersama hirisan daun silom. Memang amat menyelerakan. Kena pulak hujan lebat, makan dengan kopi-o panas. Perghhh.....

Tuesday, July 13, 2010

Kehijauan Juadah Berbuka


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Dah penat2 ni, nak layan minda dengan tumbuh2an hijau pulak. Sejukkkk sikit mata memandangnya...


Bunga rumput apa ntah kat depan rumah...

Ini bukan tumbuh2an hijau tapi juadah berbuka puasa semalam. Nasi goreng pattaya...

Bunga rumput yang dah kering...

Ni pulak bunga apa ya? Bulat2, gumuks2, gebus2.....!
Hehehe...juga juadah berbuka semalam...

Bunga rumput jugak...

Saturday, June 19, 2010

Nasi Lemak Daun Pisang


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pengunjung.

Hehehe...tak ada cerita. Gambar2 jer dulu. Ada kelapangan nanti baru cerita ya! Nak gi rewang kat rumah jiran jap lagi. InsyaAllah...ada majlis Yaasin dan Tahlil bulanan malam ni. Jumpa lagi....!!!!