Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Wednesday, February 27, 2013

Ayam Bakar Dan Sos Lada Hitam



Kat rumah ni boleh dikatakan hari-hari berlaukkan ayam. Bukanlah hari-hari tetapi hampir hari-hari. Menunya salin bertukar dan berpusing di situ jugak. Ayam kari, ayam bakar, ayam goreng, ayam goreng kunyit, ayam goreng kunyit daun kari, ayam goreng berempah, ayam bakar lada hitam. Issshhh...banyak jugak menu ayam ni ya!

Kali ini kena giliran ayam bakar dengan sos lada hitam pulak. Menu ni main hentam keromo je. Tak ada sukatan yang spesifik. Main campak-campak aje. Kalau korang nak buat, pandai-pandailah mengagak kuantitinya ya.

AYAM BAKAR

Bahan-bahan :
  • 6 ketul paha ayam - ini sebab Adik suka paha ayam, so beli paha ayam ajelah
  • 2 sudu besar bawang merah @ bawang besar yang telah dikisar
  • 1 sudu besar bawang putih yang telah dikisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar lada hitam yang telah ditumbuk kasar-kasar sedikit
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar gula pasir
  • Perisa secukupnya
Cara-cara : 
  1. Gaulkan semua bahan bersama ayam sehingga rata. Perap selama paling kurang 1 jam (lebih lama lebih sedap).
  2. Susun ayam di dalam pemanggang ajaib yang telah dipanaskan dan dioles dengan sedikit minyak dan bakar sehingga masak.
  3. Air perapan ayam jangan dibuang (untuk dibuat sosnya nanti).
  4. Angkat dan susun dalam pinggan menghidang.
Nota : 
Jika tiada pemanggang ajaib, boleh juga di bakar di dalam oven biasa ataupun di bakar menggunakan bara arang ataupun ikutlah cara masing-masing macam mana nak membakar ayam tu...hehehe.


SOS LADA HITAM

Bahan-bahan : 
  • Gunakan lebihan air perapan ayam tadi
  • Tepung jagung secukupnya dan dibancuh dengan sedikit air - kuantiti tepung jagung bergantung kepada kuantiti sos
Cara-cara :
  1. Masukkan air perapan ke dalam kuali dan panaskan dengan api yang sedarhana.
  2. Jika lebihan air perapan tersebut sedikit, tambahkan bahan-bahan yang sama untuk memerap ayam seperti di atas dan masak di atas api yang sederhana. Tambah air jika perlu.
  3. Masukkan bancuhan tepung jagung setelah mendidih. Kacau rata hingga pekat.
  4. Curahkan ke atas ayam bakar yang telah disusun di dalam pinggan menghidang tadi dan hias mengikut citarasa sendiri.


Thursday, July 26, 2012

Tepung Pelita Ayam Panggang



Assalamualalaikum dan salam sejahtera untuk semua.
Dalam bulan Ramadhan ni, pastinya setiap surirumah akan menyediakan juadah berbuka untuk keluarga masing2. Kadang2 tu pening juga memikirkan menu untuk hari tersebut. Yalah...dah kena masak setiap hari. Selera pulak setiap hari berbeza. Kalau kena anak2 yang memilih untuk makan, lagilah pening kepala.

Petang Ramadhan keempat, saya memilih Tepung Pelita sebagai seleksi kuih untuk berbuka. Tengok dalam blog si Izah Daut la ni. Tergoda sungguh cara persembahannya. Terus masuk dalam senarai. Saya lebih suka berbuka dengan kuih-muih. Tak berapa nak minat kalau berbuka terus makan nasi ataupun yang berat2. Tapi hubyy dan anak2 pulak sebaliknya. So, by hook or by crook (fullamak...!), mesti masak yang berat2 juga. Setakat ini, nasi menjadi pilihan mereka. Tapi alhamdulillah kerana mereka tidak cerewet. Kalau makan nasi tu, cukup setakat ada satu lauk dan satu sayur sahaja. Sayur tu pun untuk hubby. Anak2 tak berapa suka makan sayur.


Tepung Pelita ni saya buat separuh adunan aje. Ikut resepi Izah Daut tu la. Kuih ni sepatutnya menggunakan daun pisang sebagai mangkuknya tapi saya cuma gunakan bekas2 plastik yang kecil2 dan juga gelas berkai yang kecil2. Bukannya tak ada daun pisang...kat belakang dan kat depan rumah ni memang ada pokok pisang. Tapi M pulak nak buat bekasnya dari daun pisang...hehehe! Saya kurangkan kandungan gula masa membancuh adunan kuih ni. Masa makan tu tersa kurang sangat pulak manisnya. So saya curahkan sedikit air gula di atasnya untuk menambahkan kemanisannya. Hmmm...dah macam nak makan bubur som-som pulak!


Menu seterusnya ialah Ayam Panggang Berempah Lada Hitam. Saya panggang 5 ketul aje. 2 ketul paha untuk Adik dan 3 ketul lagi untuk hubby, Abang Ngah dan saya.


Sayur??? Ni haaa...Goreng Kangkung aje. 


Thursday, April 12, 2012

Sup Ayam Dan Kentang




Hidangan yang ringkas untuk keluarga. Kalau masak sup, tak kisahlah sup apa2 pun, gerenti dapat sambutan. Kat rumah ni dah tak berapa meriah nak masak sebab yang kaki makan dah tak ada. Sekarang ni, kalau masak nasi 2 cawan kecik tu pun tak habis makan. Tapi bila ada sup, laju je masing2 makan. Alhamdulillah. Adik pulak paling suka makan ayam tapi bahagian peha (drumstick) aje. Kalau ada drumstick goreng, 6 ketul dia makan sorang pun boleh habis sekali hadap. Jom tengok resepi ringkas saya di SINI.



Lagi satu, saya suka masak sup sebab hubby suka. Tapi cuma sup ayam atau ikanlah sebab kalau sup daging, hubby tak makan. Hubby tu ada gout...so banyak makanan yang hubby tak boleh makan. Daging ayam pun kadang2 je hubby makan. Selalunya untuk hubby cuma terhidang ikan dan sayur2 je. Sayur pun ada yang tak boleh dimakan. Susah sikit sekarang nak masak sebab kena fikirkan apa yang hubby boleh dan tak boleh makan. Tapi hubby suruh masak macam biasa je, untuk anak2. Tapi kesian pulak tengok hubby tak makan kalau saya masak daging ke, makanan laut ke... Akhirnya, kami sama2 'berpuasa' dari mengambil makanan yang hubby tak boleh makan. Cuma untuk anak2 tu adalah saya sediakan juga. Apa2pun, syukur di atas limpah rezeki dan nikmat yang telah DIA berikan kepada kami. Alhamdulillah.



Thursday, February 9, 2012

Ayam Goreng Kunyit


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Dah tengah malam ni tentu masing2 tengah nyenyak tidur ya...



Saja nak tayang tengah2 malam ni. Tentu tak ada yang kecur sebab dah tengah malam. Mana ada orang tengok dah. Masing2 dah bermimpi yang indah2 rasanya. Entah2 ada yang mimpi makan Ayam Goreng Kunyit ni tak? Hihihi...perasan betul tuan rumah yang kejap timbul kejap temggelam ni ya!



Ini bukannya juadah makan malam kami malam tadi. Juga bukannya juadah makan tengahari tadi. Kalau makan malam pun bukan, makan tengahari pun bukan, jadinya...makan bila pulak??? Ohhh....minggu lepas punya!!! Layannnn.......!

Saturday, July 16, 2011

Rendang Pedas Ayam Dan Asparagus Lagi



Lebih kurang sama je dengan Asparagus Udang ari tu cumanya kali ini saya gantikan udang dengan hirisan daging ayam. Ada sedikit kelainan dari segi rasa dan keceriannya. Macam pucat jer rupanya...kan? Nak kan lebih berseri, bolehlah ditambah dengan hirisan cili merah....




Ini pulak ialah lauk kegemaran saya...Rendang Pedas Ayam Perak.
Anak2 pun cukup suka dengan rendang ini. Makan dengan nasi putih panas2 memang cukup uuummpphhh....! Tapi kali ini saya tidak memasaknya sehingga betul2 kering sebaliknya saya biarkan ianya sedikit berkuah. Sikittttt jer....!

Tuesday, May 24, 2011

Penkek Jagung, Sirap Laici Dan Ayam Goreng Rempah Kari



Pagi tadi sarapan dengan Pankek Jagung ni... Dengan adunan yang sama, saya juga telah menjemput2kannya...so jadilah Jemput2 Jagung. Senang, kan...? Adunan yang sama boleh dapat dua jenis menu yang berbeza. Nak kan ianya lebih berbeza lagi, dalam Jemput2 Jagung tu. letaklah bawang besar cincang dan juga hirisan daun sup & daun bawang. Hmmm...yummy! Cicah pulak dengan cili sos....tak boleh nak kata apalah...! Mertua lalu kat belakang pun dah tak nampak dah....



Ini pula ialah Siap Laici. Minuman untuk tengahari tadi. Senang jer nak membuatnya. Anaka2 saya pun dah boleh buat sendiri. Mereka pun dah pandai mereka-cipta resepi sendiri. Tambah2 lagi si Abang Yang (yang Darjah 6) tu... Tapi Sirap Laici ni Adik pun pandai buat...!!!


Ini apa pulak ni???? Haaa...inilah Ayam Goreng Rempah Kari Bersayur...!!! Asalnya nak buat Ayam Goreng Kunyit tapi bila godek2 kabinet kat dapur tadi, kehabisan stok serbuk kunyitlah pulak. Itu yang tukar serbuk kunyit dengan serbuk kari tu. Alah...kita yang masak dia...macam2 cara kita boleh buat...! Tak perlu resepi yang betul2...main campak2 saja pun dah jadi...


Monday, March 28, 2011

Juadah Hari Ini...Pankek, Ayam Dan Udang


Alhamdulillah...hari ini mood untuk memasak seakan membara pulak. Walaupun dengan menu yang ringkas tapi berjaya menarik perhatian keluarga, terutamanya anak2, untuk makan.


 Pankek Gebu untuk sarapan pagi...dimakan bersama dengan madu. Ada juga yang disapu dengan mentega kacang. Kalau saya...cicah dengan Teh-0. Ikut selera masing...

 Ayam Goreng Berempah pulak salah satu daripada menu hidangan tengahari hari ini. Ayam diperap bersama dengan bahan2 kisar (bawang merah, bawang putih, halia), garam, serbuk kunyit dan serbuk kari ayam/daging selama 1 jam sebelum digoreng...

Satu lagi menu ialah Udang Pepper Kacang Panjang...


Monday, March 7, 2011

Rendang Pedas Ayam







Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pengunjung.

Dalam 2,3 hari ini, badan saya ni tidak berapa nak segar dan cergas. Ada 2,3 penyakit datang bertandang. Kata orang...penyakit ini adalah ujian daripada Allah. Itu juga tandanya Allah sayang pada kita. Sebab kadang2 bila kita sakit, ingatan kita kepadaNYA lagi kuat. Sebab apa??? Tepuk dada...tanyalah iman...!

Rendang Pedas Ayam di atas tu tidak ada hubung-kaitnya dengan penyakit yang datang bertandang. Err....tapi ada le sikit2...penyakit kemaruk nak makan!

Dah lama saya tak masak rendang. Anak2 memang suka makan rendang, terutamanya kalau digaul dengan nasi putih panas2. Tapi janganlah panas sangat...susah pulak nak makan nanti. Rendang ini adalah juadah makan tengahari kami pada hari Jumaat lepas. Baru malam ini berkesempatan sikit nak mengemaskini blog saya ni. Dah badan tak berapa nak sihat ni...semuanya jadi M... Suara ni pun dah mengalahkan suara Ramli Sarip dah...!


Monday, January 17, 2011

Ayam Masak Kicap Madu Bercili


Setiap hari, selepas Adik ke seklah, kepala pening memikirkan apa nak dimasak untuk hari tu. Sekarang ni anak2 tengah membesar...asyik lapar je. Hari2 mesti kena masak. Kalau rasa kurang rajin melanda, main beli kat kedai jer. Kadang2 tu bila dah tak tau nak masak apa, pilihan yang paling senang ialah samada telur dadar ataupun tumis sadin je. 

Hari ini awal2 pagi lagi saya dah mula nak memasak. Selepas aje Adik ke sekolah agama, saya dah keluarkan ayam. Selepas tu saya buat Lempeng Kelapa...untuk diri saya sendiri. Awal2 pagi tadi dah hujan. Memang sedap pekena lempeng ni dengan kopi-o panas. Yang tak bestnya...minum sorang2 je! Hubby pun dah pergi kerja waktu tu.

Lepas Adik balik dari sekolah agama, terus hantar dia mengaji pulak. Pergi awal sikit sebab nak mengelakkan dari beratur panjang. Cepat pergi, cepat baca, cepat balik, cepatlah memasak!!!

Hari ini saya masak Ayam Masak Kicap Madu Bercili. Resepinya...nanti saya tuliskan di Dapur Azita, InsyaAllah.

 Ayam Masak Kicap Madu Bercili...

Masakan kali ini ada rasa2 pedas dan manis2 madu. Mula2 tu bercadang nak masak Ayam Masak Madu jer. Tapi bila tengok dalam petiais masih ada lebihan sambal perapan ikan ari tu, saya masukkan sekali. Lepas tu saya tambah pulak kicap manis lagi. 


Sunday, January 9, 2011

Kelas Tambahan Dan Makan-Makan...


Seminggu dah pun berlalu. Dah nak habis hari Ahad pun. Esok anak2 akan mula bersekolah lagi. Dan satu hari ini cuaca pun tidak menentu. Sebelah pagi tadi ada la panas sekejap. Sempat jugaklah kain-baju semalam dan semalamnya kering. Kain-baju yang dibasuh hari ini tak sempat kering pun.

Dan mulai esok juga, Abang Yang (Tahun 6) dan Abang Ngah (Tingkatan 3) akan ada kelas tambahan sebelum dan selepas waktu persekolahan. Abang Yang ada Program Motivasi Pagi dari 7:00am hingga 7:20am. Dan selepas waktu persekolahan, ada juga kelas tambahan sehingga jam 2:00pm. Dan setiap hari Sabtu minggu kedua dan keempat, akan ada kelas tuisyen dari jam 8:00am hingga jam 12:00 tengahari.

Abang Ngah pulak, kelas tambahan akan bermula selepas waktu persekolahan hingga ke pukul 2:00pm juga. Nampaknya saya kena tukar alarm kat handphone tu. Selalu tu set ke 12:45 tengahari untuk jemput mereka berdua.

Alhamdulillah dan tahniah kepada pihak pengurusan sekolah kerana mengadakan kelas2 tambahan tersebut. Sekurang2nya boleh memupuk semangat mereka dan akan menambahkan ilmu pengetahuan mereka. Zaman sekarang ni amat mementingkan pencapaian akademik. Jadinya anak2 terpaksa mengikut rentak arus zaman sekarang. Kesian juga mereka sebab asyik mengadap buku jer... Alangkah baiknya sekiranya ilmu2 tersebut boleh dimanfaatkan sebaik2nya.


Ok...kita tinggalkan cerita kelas anak2 tu sekejap. Ni nak tayang menu kami hari ini...

 Benda alah ni lagi...tapi dengan versi yang sedikit berbeza. Kali ini saya gunakan roti putih. Boleh juga kalau nak guna roti burger ke, roti hotdog ke, roti sandwich biasa tu ke... Lepas tu saya dadar telur sebiji yan telah dicampurkan dengan seasoning pepper. Lepas tu lapis2kan saja dengan salad, hirisan tomato, hirisan timun dan juga sos cili. Untuk anak2 dan hubby, saya gunakan roti hotdog. Roti tu saya belah 2 (tak putus...), sapu sikit dengan mentega dan panaskan atas kuali hingga kekuningan permukaannya. Lepas tu dadar pulak telur. Semasa telur tu masih cair2 lagi, letakkan roti tersebut ke atas telur tu (permukaan yang kekuningan ke atas telur). Biarkan hingga telur masak. Angkat dan hiaslah mengikut kesukaan...


 Ayam Bakar Berempah...

Tengahari tadi saya masak Nasi Mentega dan Ayam Bakar Berempah sebagai hidangan makan tengahari. Menu ringkas jer. Ayam tu diperpkan dalam 30 minit sebelum dibakar. Lebihan air perapan tu jangan dibuang. Sayang jer...! Masukkan air tu ke dalam kuali, tambahkan lagi airnya dan perisa2 yang kurang dan didihkan. Dah mendidih, masukkan air bancuhan tepung jagung...untuk memekatkannya sedikit. Ini boleh digunakan sebagai gravy ayam bakar tu nanti...


Sosej Roll...

Selepas buat Crab Stik Roll hari tu, pastry tu ada lebih 2 keping je lagi. Sayang pulak. Semasa membakar ayam tadi, saya pun keluarkan sosej 2 batang dan pastry. Saya gulung2kan, gunting sikit kat atas pastry tu, sapu dengan telur dan tabur dengan bijan. Tunggu sehingga ayam siap dibakar baru saya masukkan Sosej Roll ni pulak. 


Saturday, January 8, 2011

Nasi Ayam Kismis


Salam sejahtera untuk semua...

Semalam hari Jumaat. Pagi2 dah hujan. Hujan rahmat di pagi Jumaat... Selepas Adik ke sekolah agama, saya memulakan projek untuk makan tengahari. Cadangnya nak masak nasi ayam bersama kawan2nya. Dalam kepala terbayangkan Nasi Ayam Kismis dan Ayam Sup Masak Madu. Sup memang dah wajib kalau makan nasi ayam...kan! Keluarkan ayam dari freezer, kena defrost dulu. Akan ambil masa lama gak ni. Sambil2 tu, sempat juga berFB dulu...hehehe.

Potong ayam kecik2 untuk dibuat sup. Yang agak besar2 sikit tu nak masak madu. Saya masak sup dulu. Saya masukkan potongan ayam yang agak besar2 tadi bersama ke dalam sup tu. Saya bubuh air lebih2 sebab nak gunakan air sup tu untuk masak nasi. Nanti rasa nasi tu lebih ummppp lagi...

10:45am Adik balik dari sekolah. Masa tu saya masih di dapur. Sup sedang mendidih. Nasi pun dah kering airnya cuma perlu dimasak dengan api yang kecil sehingga betul2 masak. Saya gunakan beras herba ponni. Sebelum ni saya masak guna rice cooker tapi bila masa nasi tu mendidih, habis terkeluar segala air didihannya tu. Setiap kali masak nasi mesti kena membersihkan periuknya. Akhirnya, saya gunakan cara tradisional jer...jerang nasi atas dapur gas (tradisional ker..???).

Since Adik dah balik, saya kena berhentikan semua tugas sebab nak hantar Adik pergi mengaji pulak. Adik mengaji ambil masa dalam 30 minit. Lama...kan??? Itu sebenarnya termasuklah masa untuk dia sembang2 dengan gurunya, sembang dengan kawannya, main2 lagi....! Satu jer peel Adik ni...kalau dia mengaji, saya tidak boleh berada di sisinya. Lagi banyaklah songehnya. Itu sebab saya tunggu dalam kereta je...

Dah balik dari mengaji, saya sambung semula projek memasak tu. Sempatlah sup dan nasi tu masak sempurna. Sedang saya memasak ayam sup masak madu tu, jam dah menunjukkan pukul 12:00 tengahari. Tibalah masa untuk saya menjemput Abang Ngah dan Abang Yang pulak. Tengahari semalam pun hujan juga. Kalau tak hujan, boleh juga anak2 saya tu balik berjalan kaki je. Bukannya jauh sangat rumah dengan sekolah tu...lebih kurang 0.5km jer.


 Nasi Ayam Kismis...

 Ayam Sup Masak Madu

Sup Ayam

Sedia untuk dimakan...!

Setelah mengharungi beberapa rintangan, akhirnya jadi juga Nasi Ayam Kismis, Ayam Sup Masak Madu dan juga Sup Ayam. Alhamdulillah....!


Wednesday, November 10, 2010

Bubur Jagung Sagu Dan Ayam Masak Merah Bermadu


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.

Dalam petiais cuma ada stok ayam je. Jadinya, tiada pilihan selain daripada masak ayam sebagai lauk untuk makan tengahari tadi. Dalam pada badan ni yang tidak berapa sihat, kerja2 rumah kena buat jugak. Siapa lagi yang nak buat kalau bukan saya, kan?

Seawal jam 10 pagi saya dah tenggek nasi. Senang jer nak masak nasi sebab gunakan periuk elektrik. Lepas petik je suis itu dan ini, tinggalkan aje! Pandai2lah periuk tu nanti nak melangsaikan kerja2 yang telah diamanahkan kepadanya...! Ceewwwaaahhhh...!!!! Dalam masa yang sama, saya keluarkan ayam dari petiais untuk dinyahbekukan. Akhirnya...terciptalah Ayam Masak Merah Bermadu ini. Alhamdulillah...!


 Ayam Masak Merah Bermadu...


Lepas tu pulak, saya ni pun teringin gak nak makan Bubur Jagung Sagu ni. Alhamdulillah...tertunai sudahlah hajat dihati nak menikmatinya. Sebenarnya, saya dah masak bubur ni petang semalam. Petang semalam dah makan 2 pusingan. Ada bakinya saya simpan dalam petiais. Pagi tadi saya panaskan semula dan barulah sempat berposing. Lepas jer saya makan nasi tengahari tadi, saya terus makan bubur ni lagi. Alhamdulillah!!!


Bubur Jagung Sagu...

Eeerrkkk...alhamdulillah! Macam2 benda yang terasa ditekak ni. Tapi bila nak dapat yang lain2 ya...?


Tuesday, June 1, 2010

Ayam Kayu Manis


Jom layan Ayam Kayu Manis ni pulak! Ini lauk kami untuk hari ini..lunch dan dinner. Masak sekali harung, senang. Tak payah nak masak banyak2 kali. Jimat gas...jimat tenaga. Malam tadi panaskan aje...


Menu yang ringkas dan sedap. Wangi dengan haruman kulit kayu manis...



Ada sayur...ada kuah. Kiranya macam all-in-one la...! Ataupun sebab malas nak masak sayur? Hehehe...