Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

TEMAN ALAM MAYA KU......

Showing posts with label Azeem. Show all posts
Showing posts with label Azeem. Show all posts

Monday, September 5, 2016

GOOD LUCK AZEEM


Assalammualaikum....


05/09/16 - 08/09/16 UPSR bermula....

Inilah harinya yang ditunggu2...penantian selama 9 bulan...
setelah bertungkus lumus, kelas tambahan tak sudah2 hingga hari sabtu pun ada kelas...

Tengok anak mama ni Qhaifa Nur Azeem relaks aja, mama yg berdebar2 pula...walaupun selalu kena bebel dgn mama, ayat power dia ok mama, angah study ni tak lekang dari bibirnya...kini bebelan itu akan hilang jua hihi

Semoga tenang dalam dewan periksa n tenang menjawap soalan ya angah...semoga berjaya, mama sentiasa berdoa semoga dipermudahkan buat angah n perolehi kejayaan yg cemerlang



good luck Qhaifa Nur Azeem

Wednesday, May 18, 2016

AMBOI ADA SECRET ADMIRER


Assalammualaikum....


biar betul anak mama sorang ni ada secret admirer juga....ingatkan along sorang saja ada...dia pun ada juga hahaha

kata azeem pagi tu masa nak masuk kelas atas meja ada hadiah so semua kengkawan dah tahu (azeem ada secret admirer haha)

kata azeem lagi...angah tak dapat nak agak siapa yang beri hadiah tu...angah ambil sajalah 





sekarang sibuk nak jadi penyiasat tak bergaji huhuhu kata papa tak payah siasatlah angah belajar saja...siapa pun beri kita ucapkan terima kasih sudah cakap dalam hati hahaha


itulah anak2 zaman sekarang
kecil2 dah ada peminat
ini baru angah, yang lain tak tahu laaa

Monday, May 16, 2016

SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN


Assalammualaikum....



05 Mei 2016

sempena Isra' Mikraj  baru2 ini sekolah azeem telah mengadakan solat hajat dan bacaan yassin untuk tahun 6 bagi memudahkan semua pelajar yg ambil UPSR nanti

alhamdulillah hubby telah hadir dalam majlis tersebut bersama hero2nya...saya duduk rumah la (cuti laaa) sedih rasanya tak dapat pergi sebab time along dulu (2 tahun lepas) saya pergi huhuhu





kata hubby lepas solat dan bacaan yassin ada tazkirah pasai gajet....banyak yang buruk dari baik...anak2 kita akan lalai dalam segala hal...benda yg tak sepatutnya diaorang belajar dapat dibuat...dan macam2 lagi la...kalau dengar apa yang ustaz razis cerita takutnya kata hubby

katanya lagi kita ibu bapa perlu pantau gajet anak2...dunia makin maju...pemikiran anak2 pula lebih cepat dari biasa sebab apa...adanya bantuan dari gajet2 ni laaa




balik rumah hubby pula beri tazkirah pada kami semua huhuhu...benda yang baik patut di buat...lebih2 lagi saya punyai anak2 yang sedang meningkat dewasa...sekarang ni pun adalah sikit2 saya lalui...

apa2 pun semoga anak mama Qhaifa Nur Azeem dipermudahkan dalam segala hal lebih2 lagi dalam UPSR pada yang tiba tak lama lagiii..

In Shaa Allah, semoga berjaya...

Tuesday, April 12, 2016

NAIK BUKIT JUGRA WOIII


Assalammualaikum......



beruntungnya budak Qhaifa Nur Azeem ni...orang belum sampai sabah...dia dah pergi...orang belum masuk brunei dia dah masuk dah...kita belum sampai thailand dia sudahhhh

sabtu lepas sekolahnya ada aktiviti naik bukit jugra kat banting tuhh...awal pagi mama dah bangun...perlu ada kat sekolah pukul 6.30 pg...bersemangat woiii 

padahal saya dan hubby dari tahun lepas nak datang bukit jugra ni...ada je halangan...bawa anak2 buat aktiviti lasak memang impian hubby almaklumlah ramai hero2... mesti punyai hati yang kental dan semangat waja tak gitu hahaha




sebelum keluar harus selfie dulu
cepat mama lambat dah nii
awal lagi lahhh


serba sikit gmbr yg diambil oleh azeem n rakan2
cantik mama tp penatnya nak sampai atas tu
kata azeem kebetulan ada abg2 askar tengah buat 
latihan menembak mama
oranggg, memang ramai mungkin hari cuti


janji baliknya pukul 1 ptg
wasap dgn cikgu lambat sikit katanya
3 ptg azeem pun sampai rumah
  x larat mama nak jalan  
terus baring penatnyaa
adik2nya tumpang posing free gakk


tengoklah afnan n aeish tu
diselongkarnya beg angah azeem
ingat angah tu gi mall ke
nak cari gula or coklat or jajan pulak




best mama pergi bukit jugra..tak pa nanti mama ajak papa reramai kita pergi tau...baru tahu penat or tidakkk...macam tak sabar je nak pergiii hihihi....moga dipermudahkan



Monday, December 9, 2013

REZEKI HUJUNG MINGGU


Salam Semua......

kiranya rezeki dihujung minggu....jam 10 malam sabtu lepas dapat kiriman buah-buahan dari Perak.....adik ipar hubby beri

yang bestnya ada buah durian sekali....menjerit azeem bila dapat tahu ada durian...macam tak pernah makan...dah tu tak sabar-sabar nak kopek...ingat kopek durian makan kupas kulit epal agaknya....


durian kampung


bestnya ada rambutan, langsat, manggis dan kuining


tengoklah tu azeem tak sabar nak makan durian


adik-adik yang lain dok perhati
bila dapat makan ni


akhirnya berjaya
dapat makan seulas 2..cukuplah
lepas tu pegi main



Monday, June 17, 2013

HEPI BESDAY AZEEM


Salam Semua...


hari ini 17/06/2013 besday anak ke 2 saya
Qhaifa Nur Azeem Bin Khairul Anuar 
yang ke 9 tahun

sebelum pergi sekolah pagi tadi dah ucap hepi besday
senyum saja saya sempat bergurau kat azeem
dah besarkan jangan cepat merajuk tau
azeem ni kalau bergurau tak kena gaya
air mata cepat meleleh, sensitif betul

semoga Azeem diberkati, dilindungi serta menjadi anak yang berguna






p/s - sepatutnya esok 18/06 mak berangkat
ke mekah menunaikan umrah
tapi tiada rezeki buat mak
 semua ketentuan ilahi
ada masalah dipihak pengurusan
In Shaa Allah mungkin rezeki dilain kali...

Tuesday, May 14, 2013

KEY CHAIN QHAIFA


Salam Semua...


masa kemas bilik anak jumpa key chain ni
takkan mereka tempah kot
selidik punya selidik 
rupanya key chain ni pemberian rakan azeem
yang terkejut 1 kelas dapat mama kata azeem
key chain atas nama masing-masing
baiknya hati rakan mereka ni





 gitar untuk azeem, semua gambar tak sama mama...

Tuesday, April 16, 2013

TENGOKLAH APA AZEEM BELI



Salam Semua.....



pandai juga azeem beli buah tangan untuk kami
kata wannya nampak FM ingat nenek kat rumah terus beli
tengok brooch ingat pada mak usu dan mak lang
untuk papa, mama dan adik - adik azeem belikan coklat
tengok coklat rambang biji mata kalau bole semua nak beli, murah




(cantik juga FM sabah ni...)



(beli keychain juga....)



(yang ni mama suka...)
(kata wannya sewaktu beli coklat yang pahit untuk papa, adik -adik daim dan untuk mama tak kisah mama semua makan, suka ayat tuh azeem he..he..) 

Monday, April 15, 2013

ANGAH AZEEM DAH BALIK


Salam semua..


petang sabtu jemput azeem di KLIA nasib baik kapal terbangnya tak delay kalau tidak jenuh menunggu 5.30 petang selamat mendarat

adik - adiknya tak sabar asyik tanya mana angah ni, bila dah jumpa muka angah gelaplah kata amzar

nampak letih sungguh azeem ni pantang dapat baring sure lelap, mana taknya 7 hari di sabah asyik berjalan sakan dahlah sana sejuk katanya lebih - lebih lagi di kundasang 

malam tadi demam dan selsema kejap nasib baik pagi ni ok boleh pergi sekolah






(sementara angah azeem sampai anak - anak sibuk nak makan ais kerim MD...)



yeh, angah dah sampai, alhamdulillah lega nampak anak depan mata






Monday, April 8, 2013

BYE, BYE SEMUA


Salam Semua...


Semalam hantar Azeem ke LCCT, KLIA
Ramainya orang kat airport, seronoknya melancong kan, kan
2.55 petang berlepas
5.00 petang call dah tiba di Labuan, alhamdulillah


Sebelum berlepas semalam isi perut dulu di McD....







(mendengar amanat dari papa..)





(mereka yang berangkat semalam adik hubby, suami serta 2 anak mereka dan FIL/MIL saya...)



(bye papa, bye mama, bye along dan adik-adik...)
(masa ni along aiman dan amzar beria menangis sedih...)



(anak - anak nak tengok kapal terbang angah azeem berlepas tunggulah sekejap...)



p/s - malam tadi azeem dah start bersms buat report he..he, pagi ni ke Brunei katanya...

Wednesday, April 3, 2013

DESTINASI AZEEM


Salam Semua.....



 Inilah destinasi buat Azeem
07/04/2013 - 13/04/2013
Sabah - Brunei










semuanya kerana cemerlang dalam peperiksaan bagi tahun 2012
hadiah dari adik hubby Khairiani Taha serta suaminya
MIL dan FIL ikut bersama

Ini semua rezeki buat Qhaifa Nur Azeem Khairul Anuar
dan sekarang Azeem dah tahu semuanya
lagi tak sabar nak holiday
moga terus cemerlang lagi 



p/s - lega juga kerna surat cuti sekolah kebangsaan dan agama dah selamat saya hantar 01/04/2013 .........

Tuesday, April 2, 2013

BUAT PASPORT AZEEM


Salam Semua.........


Ahad pagi pergi Jabatan Imigresen Malaysia di UTC Bandar Baru Sentul untuk buat pasport Azeem. Bersyukur dan gembira dengan penubuhan UTC ni semua ada JPN, Balai Polis, Pos Malaysia, Perpustakaan, pasar pun ada memang lengkap dahlah tu dekat pula dengan kawasan rumah.

Azeem memang tak tahu kenapa perlu datang sini untuk buat pasport biarlah ia menjadi satu rahsia buat dirinya dulu dan tiba masanya mama/papa akan beritahu

Tak perlu tunggu lama untuk buat pasport ini, Bayaran RM 80 buat kanak - kanak selama 2 tahun. Sementara pasport siap dalam masa 1 jam pergi sarapan dulu




(Azeem order roti telur dan nescafe air....)



(papa order apam makanan orang india, sedap juga sebab pernah makan....)




Akhirnya pasport Azeem pun siap........






(kemana destinasi Azeem ni?????????)


Wednesday, January 16, 2013

GAYA ORANG BERHENPON....


Salam Semua.......


Tengoklah gaya anak bujang saya yang sorang ni (bole ke panggil bujang ni he..he..)
Beginikah gaya orang dah pakai h/p
H/P pemberian Mak Lang (adik perempuan saya) kerna pencapaian akademik tahun lepas
Mula- mula janji yang ini dulu, lepas tu kalau cemerlang dapat lagi canggih yup
Moga - moga ia pembakar  semangat buat semua anak - anak untuk berjaya 




^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^


Inilah dia anak bujang saya Azeem (9 tahun) .......



(tengah kusyuk dengar radio...)



(balik sekolah kacau mama kat opis.......)



T.E.R.I.M.A  K.A.S.I.H  kerna sudi singgah sini........


Wednesday, November 7, 2012

TURN AZEEM PULAK.......


Salam semua........


Alhamdulillah dan rasa amat bersyukur padamu Allah di atas kurniaan ini........

Kejayaan berganda buat diri saya dari anak-anak tersayang kerna cemerlang dalam matapelajaran disekolah...

Tak sabar azeem nak beritahu saya, baru sampai rumah terus call mama...katanya

  • mama, angah dapat anugerah pelajar cemerlang dan bijak kat sekolah......
  • mama, angah periksa no. 2, tahun depan naik kelas sekarang kelas no. 3 nanti naik kelas no. 2 pula iaitu 3 Bestari.....
Semalam dapat surat dari pihak sekolah minta azeem hadir bagi anugerah tersebut. Tahniah Qhaifa Nur Azeem dari mama papa......





(azeem dan aeish........)