Showing posts with label place of interest. Show all posts
Showing posts with label place of interest. Show all posts

Jom jalan


Bulan lepas kawan diploma masa kat UiTM Melaka dulu dtg bercuti di Italy 3 hari. Hampir 9 tahun tak jumpa last2 kitorang berjumpa kat Rome akhirnya. Terharu aku orang jauh dtg menjeguk aku kat sini. Bukan senang nak jumpa kengkawan lama ni. Balik msia pun belum tentu leh jumpa. Maklumlah masing2 sibuk ngan kehidupan masing2. Ok jom jalan sambil melihat pemandagan yang da biasa korang tgk kat blog ni. Hehehehehe.....


 

 
 













Time ni kat airport tetiba rasa sedih la plak bila kawan aku sorang ni da nak balik. Lama tak jumpa kengkawan sekali jumpa mcm tak percaya pun ada. Bye Fie, panjang umur jumpa lagi kat Msia... =)
 




air terjun lagi

Tahun ni kami pergi lagi ke Marmore Falls. Kali ni kami gi beramai2. So suasana lebih meriah lagi. Kitorang gi time ni Public Holiday kat Italy, giller ramai org yang melawat air terjun ni jugak pada hari tu.



Suasana sangat panas. Kene percikan air terjun ni rasa segar dan nyaman sekali.






Kat area ni kitorang berhenti kejap. Ada jugak tempat nak shopping untuk survenir.

Selepas berhenti beberapa minit kitorang sambung perjalanan. Menuju ke puncak air terjun ini. Giller penat nak naik tangga ni. Mengah sekejap. Da la lama aku tak buat aktiviti2 fizikal ni.

Yang lain2 semua da maju ke depan. Tinggal aku ngan Mirko jer yang ketinggalan di belakang. Tak larat, dua2 pancit...

Finally, selepas hampir setengah jam berjalan dan mendaki tangga yang sempit dan penuh sesak ngan manusia, sampai jugak kitorang kat puncak bukit ni. Kat sini leh nampak air tejun ni depan mata.


Orang ramai nak mampus. Nak tangkap gambar pun payah.



Indahnya pemandangan dari sini. Saujana mata memandang =)





Ha... nampak tak gambar di bawah ni, area yang kitorang berehat tadi. Kat area jual survenir. Tinggi kan kitorang mendaki. Tinggi tak tinggi sangat la... Orang cam aku yang da lama tak bersukan ni mula la cepat penat. Tambah plak lemak da semakin berleluasa.. Hahahahahah

Selepas melepas penat dan bergambar kitorang terus turun balik. Orang terlalu ramai bersesak2. Nak relax2 pun tak leh. Tambahan plak perut da lapar. Tak sabar nak turun sebab nak gi makan plak.


Menikmati pemandangan2 yang indah kat area ni. Banyak lagi tempat yang kitorang tak abis pusing. Disebabkan terlalu lapar kitorang just ignore jer. So next year la plak kan leh gi lagi.

cuci mata


Alkisahnya kitorang gi Varese bahagian utara Italy da dekat ngan sepadan Switzerland. Tujuannya adalah untuk melawat seorang kawan org Malaysia jugak yang berkahwin dengan orang italy (sama kes ngan aku la ni) yang berada kat sana. Da lama dia asyik dok ajak gi rumah dia. Aku je yang tak pergi2 lagi. Masalahnya Rome ngan Varese amatlah jauh. Lebih kurang 660 km atau 7 jam perjalanan (tak termasuk berhenti rehat)

Da banyak kali dia ajak beraya bersama. Memandangkan tahun ni dia dijangkakan bersalin selepas raya, aku pun ambil la peluang menziarah orang jauh ni. Tambah lak time tu da mintak cuti raya. Hehehehehe....


Memandangkan Varese nagn Switzerland da tak berapa jauh, hanya 30 km lebih kurang setengah jam perjalanan, kitorang pun gi la jalan2 kat sana. Gi area berdekatan jer sebabnya kalau nak masuk highway Switzerland kene bayar 40 Euro. Mahal bebenor. Kalau sesiapa yang tinggal area tu kira berbaloi la jugak sebab 40 Euro valid hingga setahun. Kitorang setakat nak jalan sehari pun kene bayar 40 Euro jugak tak payah la kan...

Kitorang pun gi la Lake Lugano. Sangat cantik pemandangan kat sini. Rasa tenang aman damai sekali. Pemandu kat sini bukan cam pemandu kat Rome. Orang Rome bawak kereta ganas nak mampos...


Sila cuci mata pemandangan sekitar Lake Lugano ni...













Older Posts Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥




Blogger of The Month