need a vacation?
Tu la nak sgt pergi bercuti kan. Petang semalam dapat satu panggilan yang tak disangka2. Aku yang jawab tepon tu tp aku pas kat Mirko bab tak paham apa yang dia ckp. Suara dia pun slow sgt. Da le aku sakit telinga sehari dua ni.
Alkisahnya panggilan tersebut memberitahu yang kami berdua telah terpilih untuk pakej percutian selama seminggu secara percuma. Tempat percutian pilih sendiri tp hanya dalam Italy sahaja. Boleh bawa 2 org lagi bersama kami secara percuma juga.
Tp boleh percaya ker? Ada ke org nak bg percuma kat dalam dunia ni? Camana lak nama kitorang boleh terpilih? Apa kriteria yang bolehkan kitorang terpilih? Ntah la. Kitorang pun tak tau nak ckp apa. Tak decide apa2 pun lagi. Tunggu dan lihat. Hari Jumaat nanti org tu akan call balik. Sekiranya kitorang setuju dia akan bagi pakej percutian tu, sah selama setahun.
Wah seronoknya.... Aku dah excited sebenarnya. Tp Mirko la mcm was was skit. Biar betul ni org nak bg free. Kang bila setuju kang, tiba2 suh bayar itu, bayar ini. Baik tak payah. Huhuuhuhuh
p/s: terus aku berangan nak pi bercuti ke Pulau Sicily. Pantai dia sgt best. Org la kata, aku tak pernah pi lagi. Tp kat situ ada gunung berapi Etna yang masih hidup.