Showing posts with label lauk pauk. Show all posts
Showing posts with label lauk pauk. Show all posts

menu berbuka 16 Ramadan

Nak makan punya pasal kene la rajin masak. Time bulan puasa camni teringin pulak nak makan macam2.


Menu berbuka semalam: Nasi Ayam. Mula2 tak plan pun nak masak nasi ayam. Plan nak masak nasi, sambal sotong ngan ikan bakar jer. Petang tu lagi beberapa jam nak berbuka tetiba teringin pulak nak makan nasi ayam. Apa lagi terus bukak internet cari resepi. Hahahaha.. nak masak nasi ayam pun nk kene cari resepi... =)


Inilah hasilnya... Ikan bakar ngan sambal sotong tetap aku masak. Kitorang 2 org jer, so tak masak banyak sangat. Ayam pun goreng 3 ketul jer. Ikan sekor tu khas untuk Mirko. Dia belasah sorang2. Sambal sotong tu untuk aku.


Actually ni kali ke-2 aku masak nasi ayam selama aku berada kat Italy ni. Resepi yang aku cuba kali ni mmg sedap. Kalau sapa nak try boleh la cuba yer. Klik kat sini untuk resepi.

lauk pauk

Lama sungguh tak bercerita hal lauk pauk di dapur kan. Maklumla setiap kali abis masak tak sempat la nak snap gambo. Perut da lapo so terus je lahap. Ish... gelojoh lak bunyi nyer. Bukan apa pas penat memasak aku malas nk tangkap gambo... Terus je duduk dan melantak...

Gambo lauk pauk ni pun bukannya gambo terbaru. Lauk dinner kitorang pada minggu lepas. Jom kita tengok apa yang ada. Lauk tak banyak ler bab suami aku ni bukan reti makan kalau lauk banyak. Dia tak tau mana satu nak pilih. So masak 2 atau 3 jenis lauk da ler kan.


Sayur Campur. Cam menarik jer... Colorful.

Kerabu perut. Belasah je la. Mirko teringin plak nk makan perut. Aku wat ciput je bab first time buat. Kang tak sedap kang susah plak. Last2 Mirko kata sedap, esok tu buat kerabu perut camni lagi skali.

Wah... tang ikan masak sweet and sour ni yang tak tahan ni. Aku pun taktau ni ikan apa. Masa kat pasar tu nampak ikan ni cam best jer kalau goreng. So kitorang beli la kan. Licin ikan ni kene belasah ngan Mirko. Siap ratah lagi tu. Kalau korang nak tau Mirko sebelum ni tak suka makan ikan bab dia kata ikan busuk la.. hanyir la. Mirko start makan ikan selepas kenal ngan aku bab aku suka makan ikan. =)

Cukup la kan 3 jenis lauk. Mirko kata aku boleh bukak restoran. Boleh ke? Ish... Masak untuk diri sendiri boleh la... Masak untuk org lain tak pas lagi la...

kene paksa

Semalam masa Mirko pi sembahyang Jumaat, aku stay kat umah mak aku. Sajer nengok org tengah buat kuih raya ( lupa lak nk tangkap gambo kuih raya yang mak aku wat ). Then bila nak balik mak aku bekalkan la roti jala ngan kari ayam turki ni kat kitorang untuk berbuka puasa.

Huh, korang ingat Mirko makan ke? Jenuh aku paksa dia makan roti jala ni. Last2 dia takmau makan. Dia tak pernah makan sebelum ni so kekadang dia takut nak makan. Geram je aku la dia ni. Tu yang kekadang malas nak masak pelik2 kat umah ni. Kalau masak ayam masak kicap ke 3 pinggan nasi dia tambah. Bagus gak tak payah aku nak bersusah payah nk buat roti jala. Da ler tak reti nak buat. Hahahahahahha



Selain dr roti jala tu aku wat kebab. Ha.. kebab main hentam jer. Buh kobis bawang segala then buh daging yang telah direbus ngan sedikit perencah kari. Pastu buh cili sos ngan mayonis. Kebeb negara mana tu??? Kebab cara aku da... Hentam je la kan.. Janji perut kenyang...

nak masak apa ni?

Dinner malam td aku tak tau nk masak apa sebenarnya. Bukan apa ikan ayam lauk sume da abis. Tak gi pasar lg ni. Yang tinggal dalam peti ais cuma sekor ayam je. So penin nak masak apa. Try la usha2 kat internet. Hehehehe. Mula2 ingt nk masak ayam panggang je makan ngan french fries dan coleslaw. Masa dok tgh usha2 resepi kat internet terjumpa plak resepi rendang ayam. Macam menarik je kan. So last2 tukar menu. Masak rendang ayam la malam ni. Tp takut plak suami aku tak reti makan rendang ayam aku pun cr la satu resepi lain untuk dia. Resepi ayam panggang madu.

Da dekat kul 8 mlm bermula la operasi di dapur.... Operasi berketung ketang tumbuk bawang ngan lesung batu ( dasyat tak umah aku ada lesung batu. hahahahhahaha)

Cadang nak masak ayam panggang madu kan. So kene la perap ayam2 tu dulu... mengikut resepi kene perap setengah jam. Tp da masak lambat so tak smpi setengah jam pun perap. Klu tak ada jugak makan mlm kul 10 mlm kang.

Sementara tu buat plak bahan2 nak masak rendang ayam ni. Ni pun mengikut resepi kene perap jugak. SEJAM!!! Arini salah pilih resepi la... Sume kene perap lama2. Ish.. Tak payah la smpi sejam.
Lepas 15 min lebih kurang memerapkan ayam2 ini.... Marilah kita mulakan operasi memasak

Hahahah... Kuali aku comel je. Maklumla masak untuk 2 org je kan. Import dr Msia tau. Jauh tu. Nak beli kat sini tak de jual. Huhuhuhu.

Nak wat apa ngan kuali? Tu la alkisahnya. Mula2 nk panggang ayam ni tp oven ni sejak suami aku pindah umah dia tak penah guna. Kang klu oven ni wat hal tgh2 aku masak ada gak aku hangin kan. So kita tukar method ok. Kita goreng je la ayam tu. Huuhuhuhuhu

Inilah hasilnya lauk kita pada malam ini. Suami aku tak reti makan nasi klu lauk banyak sgt. So 2 jenis ni da cukup da pada dia. Bagus gak. Tak payah penat nk masak banyak2. Hehehehe


Setelah berkali2 panggil AMORE.... !! Baru la nk dtg cik abg ku itu. Payah betul nk panggil makan klu tgh mengadap komputer tu.

Sejam kemudian.....



Wah... Licin... Terharu aku... Suami aku makan rendang ayam tu. Sapa kata dia tak makan. Even pedas pun dia makan jugak. Sedap katanya.. First time jugak la arini nasik abis. Klu tak selalu je ada balance nasik tak abis. Ayam madu tu pulak even goreng pun menjadi jugak.

Sekian la kisah makanan pada ari ini. Selalu tgk kat blog Cik Farah byk bebenor makanan. Ni yg tak tahan ni. So nk kene bubuh gak la makanan kat blog aku ni. Muahahahahaha.

Farah... Any komen. Bila nk pandai masak cam farah yek???

Older Posts Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥




Blogger of The Month