Showing posts with label our story. Show all posts
Showing posts with label our story. Show all posts

kisah kami di Carrara

Meh sini org sakit nak bercerita. Sakit weh, tgh sakit pale plus sakit2 tengkuk. Rasa cam baru pas kene tumbuk. Huhuhuhuhu

Ok, dalam perjalanan kami ke Alessandria, aku ternampak signbord ke Carrara. Aku teruk ajak Mirko ke sana sebabnya dia tak pernah lagi ke situ. Aku da 2 kali pi situ ngan family aku masa diorang kat sini dulu.


Apa yang menariknya kat Carrara ni. Kat sini dari jauh korang boleh nampak gunung ganang serba putih. Putih bukan sebab salji jer. Sebab gunung ni adalah gunung batu marmar. Dasyat kan?



Ajak Mirko naik ke atas untuk tgk kawasan batu marmar ni dengan lebih dekat lagi. Kitorang naik la ke atas sambil mencari tempat untuk berhenti untuk tgk kawasan ni dengan lebih dekat. tetiba nampak lak signboard 'Marble Tour with Guide', apa lagi jom pi tgk.

Oklah tu tiket tak mahal sgt. Pastu time tu mmg tak de orang langsung. Just kitorang berdua jer.So cam menarik la plak kan. Guide tu 100% layan kitorang je la.....

Ni la guide kitorang pada hari tu. Sgt bagus explanation dia. Sungguh panjang lebar. Dan terperinci. Dari bagaimana terjadinya batu marmar hinggalah cara pemotongan batu marmar dia explain kat kitorang. Dia kata datuk dia pun keje kat situ jugak dulu. Ha.... dasyat kan. Turun temurun...

Gambar kat atas ni adalah kawasan batu marmar yang di potong pada zaman dulu. Sebelum zaman teknologi tinggi. Semuanya dibuat secara manual. Potong batu marmar dengan besi penukul ok.

Gambar di bawah plak adalah kawasan batu marmar yang dipotong dengan menggunakan teknologi masa kini. Tgk. cara pemotongan lebih kemas dan lebih sistematik.




Jangan salah sangka yer. Batu marmar ni bukan berwarna hitam. Hitam tu adalah akibat daripada tahap kelembapan udara di situ. Bila dibersihkan marmar ini akan menjadi putih bersih.

Marmar dari Carrara Italy mmg terkenal di seluruh dunia dengan batu Marmarnya yang bewarna putih. Kalau marmar yang berwarna hijau, merah dan sebagainya adalah bukan dari negara Italy.


Setiap kawasan pemotongan marmar ni wajib ada kolam air. Tujuannya adalah untuk menyejukkan tali @ wayar besi yang digunakan untuk memotong batu marmar ini. Kalau tali @ wayar besi terlalu panas, ianya akan putus dan boleh mengakibatkan kemalangan semasa bekerja dan membahayakan pekerja.

Menurut guide kitorang, masih banyak kemalangan yang berlaku semasa bekerja sekiranya mereka tidak berhati2 atau mempraktikkan etika kerja. Dan ramai juga yang terbunuh dalam kemalangan yang tidak diingini ini.

Masa ni guide kitorang tgh explain camana cara pemotongan batu marmar dilakukan. Aku lak sibuk ambil gambar. So macam paham ngan tak paham sgt la kan. Huhuhuhuh


Ni salah satu cara yang mereka lalukan untuk memotong blok batu marmar ni.

Untuk mendapatkan hasil potongan sebegini, memakan masa lebih kurang 8 jam. Bukan senang nak potong marmar weh. Sebab tu la batu marmar mahal. So sila hargai titik peluh mereka ini. =)


Selain daripada itu, alat ni juga digunakan untuk memotong marmar. Ini gergaji giant. Ketinggian setinggi 3 meter. Camana berfungi idak la plak dia tunjuk kat kitorang.

Harga marmar ni? Lagi putih marmar tersebut lagi mahal harganya. Mmg la marmar dari Carrara ni putih semuanya tapi kalau korang perhatikan betul2 dalam gambar di bawah terdapat urat2 batu marmar yang berwarna kelabu yang dapat dilihat. Lagi banyak urat2 ni lagi murah harga marmar.

Lepas habis kami menjelajah kat kawsan tersebut, tiba masanya untuk berangkat dan meneruskan perjalanan ke Alessandria. Kat kawasan tu banyak kedai2 souvenir untuk para pelancong. Harga boleh tahan. Kalau beli banyak leh jer dapat murah.

Untuk pengetahuan korang, kitorang tak beli pape pun. Tak masuk dalam budget nak singgah Carrara. So kalau da shopping kat situ kang budget lari. Huhuhuhu....

Untuk turun dari atas gunung di mana kami berada terpaksa merentasi beberapa buah terowong marmar yang gelap gelita, sempit dan menakutkan. Aku time tu rasa nak nangis pun ada. Gerun giller... Tambah2 lak lori2 yang mengangkut batu marmar pun lalu kat situ gak dengan kelajuan yang melampau2.

Ni salah satu terowong yang kitorang lalu. Ni la satu2 nya terowong yang ada lampu. Yang lain2 tak de lampu. Sungguh gelap gelita. Aku nak tangkap gambo pun tak berani. Takut kang benda lain yang nampak. Eee... seram....

Sebaik keluar dari terowong yang meyeramkan. Ambil nafas kejap... Fuh.... lega da keluar dari terowong tu.

Tgk la antara lori2 yang merempit kat kawasan tersebut.


Oklah yer... setakat ni dulu. Da tak larat nak bercerita. =) Sakit kepala makin kronik....

kisah perjalanan kami

Kitorang da balik dari Alessandria..... Banyak benda nak bercerita. Harap2 korang sabar menanti sebabnya aku ni sebelum bertolak ke Alessandria lagi da rasa2 cam nak demam. Last2 malam sebelum nak bertolak ke Alessandria tu tetiba tanpa sebarang notis aku selsema teruk giller. Hidung tersumbat, sakit tekak dan yang paling best sekali batuk2.

Planning sebenarnya nak bertolak pepagi buta kul 5 pagi. Memandangkan hidung aku yang tersumbat tu, malam tu tido mmg tak lena langsung. Last2 kul 5 pagi baru nak bangun. Nak bersiap itu ini kul 6 lebih baru bertolak dari rumah. Pastu nak dijadikan cerita da setengah jam perjalanan kitorang terpaksa patah balik ke rumah sebab tertinggal barang. Hampeh....... Sib baik la tak jauh lagi. Kalau tak naya la weh.....

Perjalanan dari rumah kitorang ke Alessandria ialah 600 kilometer. Kelajuan Mirko bawak kereta tambah dengan masa yang diambil untuk berhenti berehat, makan minum dan sebagainya, masa yang diambil untuk sampai ke destinasi ialah 12 jam. Hebat tak? Mirko kata kalau naik kapal terbang da boleh sampai Malaysia da weh. Huhuhuhuhu

Alhamdulillah cuaca hari tu agak bagus. Dah pertengahan perjalanan kitorang berhenti kejap menghirup udara laut. Sambil merejangkan otot2 dan sambil bergambar. Hahahahha... Sungguh cantik pemandangan kat situ. Laut kat situ pun sungguh biru. Tak seperti laut di Rome.

Kitorang tak ambil highway yang berbayar. Jalan highway yang kitorang ambil ni merentas sepanjang2 persisiran pantai. Tak payah bayar tol. Memandangkan kitorang bertolak pepagi, jalan tu masih tidak banyak kereta. Maybe orang lain prefer untuk gunakan highway bertol. Kitorang save 80 Euro untuk tol pergi balik dengan menggunakan jalan ni. Tapi yang leceh nyer jalan ni akan merentas kawasan2 perkampungan dan memperlahankan perjalanan kitorang. Tapi tak per yang penting jimat. Hahahahahha


Ok, kisah kitorang di Alessandria akan bersambung lagi. Bukan setakat Alessandria jer. Kitorang sempat gak la menyinggah di Carrara dan Genova. Best ke tempat tu? Nak tau sila tunggu yer. Harap2 aku cepat sembut untuk update blog. Sungguh tidak selesa nak update blog dengan hidung yang susah sgt nak bernafas ni. Naik semput pun ada... =(

kejap jer dah 3 tahun

Happy 3th Anniversary to us. =)



Semoga bahagia selamanya.. Amin.... =)

outstation to Verona

Minggu depan Mirko akan mengadakan pameran fotografi di Verona. Pameran akan berlangsung di dua tempat yang berbeza selama sebulan. Oleh yang demikian, kitorang akan berada di Verona minggu depan selama 4 hari sahaja untuk opening ceremony pameran tersebut.

Pameran akan berlangsung pada 14/10/2010. Kitorang akan bertolak dari Rome pada 12/10/2010 kerana setiap photographer hendaklah mendaftar pada hari tersebut.

Itu sebablah kitorang sibuk sejak bulan Julai lagi. Banyak persediaan yang hendak dibuat. Tambah2 lak kat negara Italy ni bila musim panas, boleh dikatakan semua kedai tutup. Summer Holiday. So kerja2 Mirko banyak yang tergendala. Apa pun tak boleh buat. Lab untuk print gambar semua tutup. Hampir sebulan jugak la diorang cuti. Terpaksa tunggu semua kedai bukak dulu.

Masuk bulan September baru la kedai2 mula beroperasi. Dengan itu baru la jugak Mirko pun mula beroperasi membuat persediaan untuk pameran fotografinya. Banyak kerja terpaksa dibuat dengan cepat. Takut tak cukup masa. Hari2 dia tdo lambat. Dia la tdo lambat. Aku yang tukang tgk ni tak larat nak bersekang mata. =)

Keadaan rumah kitorang tak payah cakap la. Da macam kapal karam. Antara gambar2 yang ada. Tak sanggup nak tunjuk gambar banyak2 keadaan rumah kitorang yang bersepah2 ni. hahahahaha




Oleh yang demikian, aku akan jarang update blog lagi sebab nak ke Verona. =) Pas balik dari Verona baru aku update blog ok.

posted under , | 8 Comments

kayuh jangan tak kayuh

Berdekatan rumah kitorang terdapat sebuah tasik. Masihkah korang ingt? Petang2 hujung minggu selalu gak lepak sini sambil ambil angin.




Pada pagi hujung minggu lepas (maklumla kat sini bukan ada banyak open house pun nak attend) kitorang relax2 kan minda sambil bersiar2 kat area tasik ni. Then Mirko ajak naik pedalò. Ala yang kayuh2 tu. Apa namanya yek? So kitorang pun sewa la bendalah ni. Sejam 10 Euro.




Aku sebenarnya agak takut pada mulanya. Yela, tasik ni bekas gunung berapi, tasik ni amat dalam sekali. Banyak orang mati lemas kat sini. Aku plak udah ler tak reti berenang. =) Da ler life jacket pun tak disediakan. Harapkan pelampung jer yang ada.

Mirko plak asyik menghala ketengah2 tasik. Aku da naik seram. Tak senang duduk pun ada. Kejap2 suruh dia pergi ke arah darat. =) Mirko kata bila da sampai jauh dari darat, dia nak duduk kat belakang sambil berjemur. Orang barat ni pantang ada matahari. Mesti nak berjemur. Yang aku plak da kepanasan. Tak kuasa nak berjemur. Kulit da gelap da. Hahahahah

Oklah... sila tgk gambar2 pemandangan di sekeliling tasik ni. Cantik kan.... Malas nak cerita panjang =)












Older Posts Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥




Blogger of The Month