mari menguli tepung
Harap korang terhibur melayan video ni. =)
Minggu lepas ladies perwakilan di Rome menjemput my mum in law untuk buat kelas masakan. Aku harus la ada sebagai translator. Pada harini kita akan belajar memasak pasta al ragu. Homemade original dr Italy. Masukkan telur dan gaul bersama tepung bersama sedikit garam hingga sebati.
Biarkan tepung rehat selama setengah jam. Sementara tu kita buat sos ragu.
Senang jer. Kejap jer da siap. Hehehehehe....
Biarkan sos masak dengan api yang perlahan. Sambung balik untuk wat fettuccine tadi.
Ni part ni la yang paling susah sekali.
Semua org amek turn untuk cuba bakat masing2. =)
Selepas canai tepung tadi, biarkan dia kering sekejap dlm 10-15 minit. Then lipat tepung ni pastu potong.
Inilah dia rupa fettuccine yang da siap dipotong. Skang ni kita masukkan dalam air yang telah mendidih.
Sagat jangan tak sangat. Aku tengah sagat parmigiano untuk tabur atas pasta.
Ni lah dia pasta kita untuk hari ini. Fettuccine al ragu. Jom makan...
Macam2 kuih muih pun ada masa aritu. Makan sampai semput la weh...
Bergambar dengan all the ladies sebelum pulang selepas kekeyangan...
p/s: pasni aku upload video lak yek. Nak tgk ke camana nak uli tepung wat pasta ni?
Cuaca sejuk2 ni jom kita pekena cappuccino dulu. With or without cocoa???Inilah dia cappuccino asli dari Italy. Sungguh lemak berkrim. Kadang2 tu macam2 decoration derang buat kat atas tu. Pernah sekali minum kat satu kedai tu derang siap wat smile kat cappuccino tu.
Dinner semalam masa kat rumah my parents in law. Spaghetti alle vongole. Vongole means kerang. Ni kerang org Italy. Sungguh sedap hingga menjilat pinggan. Hahahahhaha.Kerang dalam spaghetti ni da dibuang kulitnya. Kalau ikut resepi asal atau gi makan kat restoran2 kat sini, kerang tu derang akan letak ngan kulit2 sekali.
Kepada semua yang meneka nama makanan kat entry di bawah. Jawapannya mmg TIRAMISU. Pandai tol korang yek. Bagus2. Next time kita main teka2 nama makanan lg ok. =)
Promote skit tiramisu yang aku pernah buat. Da lama tak wat tiramisu ni. Kepada sesapa yang nak resipi, boleh klik sini
Ini adalah salah satu dessert yang paling terkenal di negara Italy. Dalam entry aku ada jugak aku ceritakan camana nak wat kuih ni. Sangat sedap sekali. Sekali makan mesti nak lagi.Gambar ni aku amek masa last weekend gi dinner kat luar then amek dessert ni. Punya la manis. Aku rasa aku wat sendiri lagi sedap. (puji diri sendiri la plak) Mirko pun kata aku wat lagi sedap dr yang kitorang makan aritu. Wah nampaknya aku semakin pakar wat kuih org Italy (puji diri lagi skali)
So, apakah nama kuih ini. Sila teka. Sapa pandai teka nnt aku belanja makan kuih ni bila korang dtg sini =)
Masa kitorang pi beraya masa first day raya kat umah kawan mak aku dia bg kacang hazelnut ni sebagai buah tangan. Kat rumah dia banyak pokok hazelnut ni. Gambar pokok lupa lak nak amek. Satu plastik dia bagi kat kitorang kacang tu. Mirko kata kalau nak beli kancang ni satu beg plastik camni mau berpuluh puluh Euro.Bila kat rumah apa lagi kitorang pun kupas la nak makan. Tp makan begitu saja cam kureng power skit arr... Kalau nak sedap mula2 kene bakar dulu. Baru la rangup skit. Disebabkan aku ni mmg 'rajin' aku pun malas nak makan da kacang tu. Then Mirko mula menawarkan diri untuk kupas semua kacang tu untuk dibakar. Aku tak paksa dia yek, dia yang sememangnya rajin.. =) (suami mithali. hahahah)
Nasib baik la ada alat khas untuk pecahkan kulit kacang tu. Mak aku dulu pakai lesung batu jer nak buang kulit. Abis pecah2 kacang tu kalau kita ketuk kuat sangat.
Rajin Mirko kan? Tak sia2 mak aku wat menantu. Hahahahahaha
Wah.. banyak tu kacang ni. Bila da siap buang kulit turn aku membakar kacang ni. Lebih kurang 15 min dalam oven tu. Masa membakar ni ya ampun... bau nya sungguh harum. Macam bau kuih raya pun ada. Bila da siap aku apa lagi laju jer makan. Siap kene perli ngan Mirko lagi. Jenuh dia kupas kulit aku kejap jer abiskan kacang2 tu.
Tp banyak lagi kacang tu. Silap2 leh simpan nak wat kuih raya haji nnt. =)
Lama tak jenguk blog korang sume. Hari2 kuar. Balik da malam penat, sakit kaki, sakit pale, panas weh.... balik umah terus tidur. Rindu lak kat blog korang dan blog diri sendiri. =)
Memandangkan aku ni bukan expert sgt ngan area KL ni asyik2 pi tempat yang sama je la. KLCC, Times Square, Pavilion. Naik muak pun ada. Mirko plak ari2 pi KLCC pun tak per.
Aku rasa aku da bertukar selera la. Semalam pi makan kat Tony's Roma, aku tak suka, cam tak sedap jer. Dolu2 aku suka sangat2 moist coklat cake kat Secret Resepi. Pagi td pi makan tak abis. Tengahari plak pi rasa donut kat JCO donut and coffee. Mmmm.... tak berapa nak gemar la plak. Tetiba rindu kat cornetto ngan cappuccino kat Italy. Hahahahahah
p/s: hari sgt panas. Mirko sungguh tak tahan panas dan terpaksa naik teksi jer nak kemana2. Teksi kat Msia plak cekik darah. Mentang2 dia tgk Mirko org luar selalu la aku kene hentam bayar mahal2. Skali aku bukak mulut kata aku ni org Msia baru tau. Tapi teksi tetap mahal. Jangan harap derang nak guna meter. Sakitnya hati aku. Naik teksi tak smpi 5 min kene byr sampai RM 25.
Korang ingat lagi tak aku selalu bgtau makan org italy penuh ngan whipped cream. Bukan setakat kuih muih jer yang derang letak whipped cream. Buah pun derang makan ngan whipped cream ni. Kali ni aku nak bgtau korang camana kitorang selalu makan buah strawberry kat sini.Mula2 potong strawberry kecil2. Pastu perahkan air lemon dan campurkan sedikit gula. Gaul rata2 then letak whipped cream kat atasnya. Mak aih...... Sedapnya hingga menjilat pinggan mangkuk.. =) Sila la cuba yer kengkawan...
Macam biasa la ujung minggu, out for dinner. Jom order pizza lama tak makan pizza. =)