Showing posts with label flora and fauna. Show all posts
Showing posts with label flora and fauna. Show all posts

gergasi

Gergasi tak de la sangat pun. Hahahahaha... Besar kan pokok aloe vera ni. Pokok ni aku cabut sebab aku bagi kat bapak mertua aku suh dia bela. Aku nak bela kang takut mati. Sayang la plak kan bab dia da besar dan sgt gemuk.

Bapak mertua aku mmg rajin berkebun, so maybe selamat la kot pokok aloe vera ni. Tapi kalau nak kira selama ni aku yang bela ok la kan sampai gemuk cenggini dia membesar. Sebenarnya ada banyak lagi kat belakang rumah tu. Yang lain2 tak sebesar cenggini. Cumanya sekarang ni da nak masuk musim sejuk pokok2 ni susah skit nak jaga. Silap2 mampus semuanya.... Huhuhuhuh


Sesiapa yang ada tips untuk jagaan aloe vera atau pun tips2 kebaikan aloe vera ni maybe boleh berkongsi bersama saya... Pendapat anda semua amatlah dihargai....

kemana aku menghilang

Aku tak hilang ke mana pun. Ada jer kat Rome ni. Saja jer menyepikan diri buat seketika. =) Pertama-tama sekali aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam dan juga kengkawan blogger. Maaflah yer da lebih 10 Ramadhan baru nak ucapkan selamat berpuasa.


Bukan apa da lama aku tak bukak blog aku ni. Ada komen yang baru jer aku approve. Kekadang tu blh plak terlupa kewujudan blog aku yang da sekian lama aku tak jenguk. Tambah2 lak bulan puasa ni mmg tak larat nak menghadap komputer. =)


Untuk pengetahuan semua, sekarang ni kat Italy merupakan musim panas. Panas terik.... Bulan Ramadhan tahun ni sungguh mencabar sekali. Imsak lebih kurang kul 4 pagi. Manakala waktu berbuka pula lebih kurang 8.30 malam. Time sahur mmg kene minum banyak2. Sampai tak larat nak minum la... Makan sikit jer pun.


Sempat jenguk blog2 yang lain. Semua pakat tayang makanan berbuka. Tak leh tgk lelama. Kang terliur. Yela kan, kat sini mana ada Pasar Ramadhan. Huhuhuhuh... Oklah nak masuk tdo. Kang ada jugak tak bangun sahur ni kang. Sekali lagi aku nak ucapkan selamat berpuasa semua. Selamat bersahur.

p/s: gambar tak de kene mengena dengan entry. semua org tayang gambar makanan, aku tayang gambar bunga, boleh? hahahahah

strawberry beracun

Ni gambar rumput kat depan rumah aku. Korang ada nampak apa2 ke kat dalam gambar kat bawah ni? Cuba tgk betul2 ok. Kalau tak nampak tu maknanya..... korang kene tambah power kat cermin mata korang. hahahahaha..

Close up skit. Da mula nampak something tak?Tak nampak jugak?

Ok. Close up lebih skit lagi. Nampak tak kelompok merah kat situ? Apa kebendanya tu weh?

Itu lah namanya strawberry liar. Strawberry ni tak boleh makan, beracun. Kalau tak nak hidup lama leh la try makan buah strawberry ni.

Strawberry yang tak leh makan ni tak payah tanam pun dia tumbuh sendiri. Naik bukan main banyak lak tu. Sebenarnya penuh kat area rumput rumah aku tu. Kalau strawberry yang jenis boleh makan punya tumbuh sendiri kan bagus.

Nampak tak? Penat aku close up. Kan rupa bentuk strawberry tu. Cuma saiznya agak kecil.

Tu la kan. Benda liar yang kita tak mau ni senang jer dia nak tumbuh. Menjadi2 lak tu. Bapak mertua aku tanam pokok strawberry betul punya ntah tahun bila la nak berbuah.

tak de modal - bunga teratai

Aku bukan tak de modal untuk bukak perniagaan. Cuma aku tak de modal nak bercerita kat blog sejak dua menjak ni.

Setelah sekian lama aku menyepi saja nak tayang kecantikan bunga teratai di depan rumah aku. Kat depan rumah aku ni ada kolam kecik. Ikan emas ntah ler ada kot 3 atau 4 ekor. Bukan apa ikan ni mmg tahan lasak betul. Musim sejuk air kolam beku tp ikan2 ni masih hidup. Hebat....

Pastu plak bila musim panas, anjing2 mak mertuaku bila kepanasan diorang siap masuk dalam kolam ni untuk berendam. Sabo jer la... Ikan ni masih berjaya untuk hidup. Yang aku pelik tak plak anjing tu makan ikan2 tu. Bagus....

Satu penemuan aku yang aku baru tahu ialah, bunga teratai atau waterlily ni kembang hanya bila ada cahaya matahari. Bila terlindung dari matahari, dia akan kuncup semula. Tak tau la plak aku sebelum ni.


Bukan apa, sejam selepas aku tangkap gambar bunga ni, aku keluar untuk ke rumah mak mertua aku, tetiba aku nampak bunga ni kuncup. Pelik la kan. Tadi bukan main gah dia kembang. Rupa2nya dia kuncup sebab tak kene cahaya matahari. Terlindung dengan daun2 yang besar tu.

Sebenarnya masih ada lagi 3 atau 4 kuntum yang masih belum kembang. Kalau berkesempatan boleh tayang lagi kat blog. Menurut mak mertua aku, bunga teratai jenis ni jangka hayatnya sgt pendek. Setakat beberapa hari sahaja.

posted under | 6 Comments

indahnya alam semulajadi

Sekarang ni musim bunga mana2 pun penuh dengan warna2 alam semulajadi yang boleh menenangkan fikiran yang runsing, perasaan yang sedih dan hati yang resah gelisah. =(

Gambar atas : bunga buah ceri

Gambar bawah
: aku tak tau pokok bunga apa. Tp aku tak suka. Ntah aku pun tak tau napa aku tak suka pokok bunga ni. Tiap2 tahun aku cabut pokok ni tp dia akan tumbuh dengan senang lenangnya. Tensen la....


Pokok yang aku taknak senang lak dia tumbuh. Pokok bunga tulip aku tahun ni payah lak dia nak hidup. Ni mesti dia tau ramai sgt orang yang akan mintak bunga tulip aku. Heheheheh...

Actually tahun ni aku selalu lupa nak letak baja kat bunga tulip aku tu. Dan aku tak jaga sgt seperti tahun2 sebelum ni. Bila balik keje sampai rumah jer hari da gelap, dengan suhu yang sejuk tak kuasa lak aku nak membelek bunga aku kat luar tu. Kesian tulip aku, aku telah mengabaikan mereka =(


Setakat ni hanya dua warna ni jer yang mula berkembang. Tahun ni mmg tak semeriah bunga2 tulipku pada tahun lepas. Kepada yang mengikuti blog aku mesti korang ingtkan kat tulip2 ku yang meriah giller tahun lepas. =)

da nak start

21 hb March aritu da masuk musim bunga kat Italy ni. Tgk bunga pokok ceri da start berbunga. Pokok depan rumah aku ni baru je beberapa hari nampak bunganya... Tak lama lagi boleh la tgk bunga2 pokok ceri yang cantik kembang mekar seperti tahun2 yang lepas.

Harap2 tahun ni dapat la makan buah ceri. Tahun lepas pokok buah ceri kami mmg lebat cumanya cuaca hujan panas yang tak menentu menyebabkan buah2 ceri penuh dengan ulat. Terpaksa bagi jer kat burung yang makan buah ceri tu.

Balik keje semalam terkejut tgk pokok bunga tulip aku da berbunga. Hurrrayyy..... Baru 2 ketul jer la tapi. =) Tahun ni rasanya bunga tulip aku tak banyak cam tahun lepas. Tahun ni aku kurang tumpukan perhatian kat tulip2 aku. Letak baja pun sekali jer. Kesian tulip aku. Huhuhuhuhu....

bunga rumput

Skang ni da mula nampak nak masuk musim bunga. Sinaran matahari da mula terasa. Kalau tak sebelum ni cahaya matahari susah nak tengok. kalau ada pun masih terasa sejuk jugak.

Kat sini kalau musim bunga, merata2 penuh dengan bunga. Sampaikan rumput pun berbunga. Tengokla gambar kat bawah ni.

Ni gambar rumput kat depan rumah aku. Da mula berbunga. Baru sikit je la tapi. Nanti bila da masuk musim bunga lagi penuh rumput tu ngan bunga.

Apa nama bunga ni? Ini lah dia bunga Margherita. Cantik bukan. Tapi kekadang terpaksa cabut bunga ni sebabnya rumput akan nampak tidak sekata sebab bunga ni tumbuh secara berkelompok.

Bunga ni senang hidup. Hari ni cabut, esok lusa dia tumbuh balik.

Yang warna pink camni jarang jumpa. Bunga margherita selalunya berwarna kuning putih seperti gambar di atas atau kuning semuanya seperti dalam gambar yang pertama.

Kalau korang nak cabut bunga ni confirm org tak marah. Cabutla banyak mana yang korang nak. =)

mula bercambah

Bulan depan, 21 March akan bertukarnya musim dari musim sejuk ke musim bunga.... Tak sabar rasanya sebab da tak tahan lagi dengan sejuk. Bbbrrr....

Jenguk2 kat tempat tanaman bunga tulip aku tahun lepas. Biji benih da mula bercambah. Benih2 tu semua yang tahun lepas punya. Lepas habis je musim bunga tahun lepas aku biarkan jer biji benih tu kat bawah tanah, nnt dia akan tumbuh dengan sendirinya. =)

Tahun ni biarkan tumbuh bijih benih yang sediaada. Insyaallah tahun depan aku nak tambah bunga tulip kat tempat2 lain plak.

posted under | 9 Comments

sibuk beraya

Bukan aku yang sibuk beraya.... Korang kat Msia mesti tgh sibuk beraya kan. Ada ke orang yang blogwalking arini??? Kitorang kat sini keje cam biasa. Tak de maknanya nak amek cuti lama2. =)

Oklah kepada yang sibuk beraya, selamat hari raya... Aku saja nak promote gambar kawan aku yang sekarang ni berada di Afrika Selatan atas urusan kerja. Gambar ni diambil masa dia pi safari. Sebenarnya aku jeles tgk dia bergambar ngan anak singa tu. Huhuhuhuh... Aku pun nak jugak.... Kenapa la comey sangat anak singa ni. =) Baik lak tu. Ni yang tetiba aku nak ajak Mirko pi Afrika, nak tangkap gambar nga anak singa. Hahahahaha....

perangai macam binatang

Manusia mudah lupa diri.... Kalau semua manusia dalam dunia ni bersifat berterima kasih macam singa dalam video ni, mesti dunia aman damai dan tak bermusuh.

Kita selalu menggunakan perumpamaan 'perangai macam binatang' untuk seseorang yang jahat. Tp aku rasa binatang tak sejahat sepertimana kita manusia fikirkan.



p/s: terharu aku tgk video ni weh...

posted under | 7 Comments

rambut dan buah berangan

Apakah kaitannya buah berangan dengan rambut??? Alkisahnya dua tiga minggu ni rambut aku banyak gugur. Aku pun konpius awatla banyak sgt rambut gugur ni. Tak pernah pun jadi cenggini. Salah pakai shampoo ker???

Tanya kat Mirko perasan tak rambut aku banyak gugur akhir2 ni. Dia kata mmg dia perasan. Kat lantai kat toilet banyak rambut berguguran. Tp Mirko kata sekarang ni musim buah berangan jatuh. Oleh yang demikian adalah normal sekiranya rambut gugur.


Terkejut aku dengar penjelasan Mirko. Yeke??? Dia kata kalau tak percaya tanya kat mak dia. Esoknya aku pun tanya la kat mak mertuaku. =) Mmg betul pun. Bila tibanya musim buah berangan luruh, rambut akan gugur. Tambah lak skang ni musim luruh. Daun2 berguguran. Rambut pun berguguran jugak. Huhuhuhuh.

Dengan penuh rasa tanda tanya, aku pun pi la kat depan rumah my sister in law. Kat depan rumah dia ada pokok buah berangan. Mmg betul pun. Banyak giller buah berangan jatuh. Bertaburan di atas tanah. Tapi bagus gak. Pasni dapat makan buah berangan bakar. Sedapnya.... =)

Setelah mencari maklumat di internet, ramai yang mengatakan musim buah berangan luruh, rambut pun banyak luruh. Tp kebanyakan aku baca kat website italy. Hahahaha. Tak tau la pulak pendapat2 negara lain camana kan. =)

overweight beaver

Comel kan memerang ni. Gebu lak tu. Bersemangat betul dia makan biskut tu. Hahahahah. Makan biskut kering pun leh gemuk ke???

ungu si lavender

Tahun ni pokok lavender kitorang banyak bunganya... Tak seperti tahun2 sebelum ni. Kalau sentuh jer bunga dia bau sungguh kuat sekali. Pasni boleh kutip buat jadi potpuri. Pokok lavender ni actually mak mertua aku yang tanam beberapa tahun dulu. Tp memandangkan lokasinya adalah depan rumah kitorang, so secara automatiknya adalah hak milik kitorang. Boleh???

Pokok lavender ni hampir2 jadi mangsa aku tahun lepas. Aku hampir2 nak buang pokok tu sebabnya sebelum ni tak pernah nampak pun bunganya. Daun jer yang lebih2. Aku rasa cam meyemak laman jer pokok tu. Tp mak mertua aku tak bagi buang. Dia kata pokok tu da lama dia tanam. Bukan senang pokok lavender tu nak hidup. So aku pun tak jadi la nak kerjakan pokok tu. Sesuka hati aku jer kan? =)

Memandangkan tahun ni banyak jer bunga lavender ni terus la aku suka kat pokok ni. Balik keje jer mesti pi belek2 jap kat situ =)

ortensie

Nama bunga ni bunga Ortensie. Tu dalam bahasa italy. Cantik kan.. Macam2 kaler ada actually. Cuba cari kat google untuk maklumat lanjut =) Tp kaler ni sungguh lembut. Bunga ni actually kat depan pagar rumah my parents in law. Selamat menjamu mata....








buah ceri dan burung

Buah ceri sudah mula merah. Tapi yang sedihnya tahun ni akibat cuaca yang buruk, hujan dan ribut, banyak putik2 buah ceri ni jatuh. My father in law kata tahun ni buah ceri tak selebat tahun lepas. Tahun lepas lebat selebat lebatnya. Sampai da tak larat nak makan.

Tak sabar nak makan buah ceri ni. Sedapnya.. Masam2 manis gitu. Kalau merah ranum manis sgt2. Jom tgk gambar...





Lebat jugak buahnya. Bayangkan sekiranya tak banyak putik2 yang jatuh, mesti lg lebat. Alhamdulillah.. ada gak rezeki dr tak de langsung kan?


Weh, burung da start makan buah ceri da ni. Selalunya mmg cam ni. Kita punya la tunggu buah ni masak ranum. Last2 burung da belasah dulu da... Pastu berak atas kereta. Atas bumbung kereta penuh jer ngan taik burung. Hampeh....

Older Posts Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥




Blogger of The Month