majlis kecil - kecilan
My father in law sambut hari lahirnya yang ke......
Hobi bapak mertua aku setiap hujung minggu adalah pergi mengutip cendawan di dalam hutan. Bapak mertua aku ni mmg expert bab cendawan ni.
Dekat negara Italy ni kalau nak kutip cendawan mesti ada lesen. Bukan sebarang org boleh pergi kutip cendawan ni di mana2. Untuk mendapatkan lesen, seseorang tu hendaklah mengikuti kursus. Kalau lulus baru la dapat lesen. Yela kan cendawan ni ada banyak jenis. Kalau seseorang tu tak expert pasal cendawan, kang tak pepasal makan cendawan beracun plak kan.
Selain daripada tu tak semua tempat atau hutan boleh masuk untuk kutip cendawan. Kalau hutan pelihara atau hutan simpanan adalah dilarang sama sekali untuk kutip cendawan kat situ. Kalau kene tangkap semasa kutip cendawan atau sebagainya dalam hutan simpanan ni, denda akan dikenakan.
Tgk la hasil kutipan cendawan bapak mertua aku minggu lepas. Da banyak kali dia ajak kitorang ikut dia pi kutip cendawan. Actually aku yang malas sebabnya nak kene bertolak pepagi buta kul 5. Cendawan ni selalunya dikutip pada waktu pagi. Kalau pi tengahari mungin tak nampak batang hidung cendawan bab da habis kene kutip ngan org2 lain. p/s: kepada sesiapa yang nak tgk pengalaman aku kutip cendawan 2 tahun lepas bersama my parents in law, boleh klik di sini =)
Nonna means nenek dalam bahasa Italy. Hari ahad lepas ada besday party untuk nenek Mirko. Actually tarikh sebenar besday bukan pada ahad lepas. Tarikh besday sebenar ialah 3 May.
Mula2 majlis harijadi ni hendak diadakan pada Sabtu 8 May, memandangkan ramai yang tak dpt menghadirkan diri terpaksa tunda untuk wat majlis harijadi ni. Kitorang pun tak dpt nak attend pada 8 May aritu bab kitorang attend wedding ceremony kawan Mirko. Ingat kan entry aku yang lepas... =)Tgk kek tu korang tau la kan berapa umur nenek Mirko skang. Gambar kat bawah ni semua cucu cicit yang ada. Tak ramai pun. Orang Italy tidak mempunyai ahli keluarga yang ramai. Kos hidup tinggi kat sini. Lagi pun mmg budaya diorang, satu keluarga selalunya punyai 2 org anak sahaja.
Sepanjang majlis aku sibuk layan Martina jer. Masa aku mula2 sampai kat depan pintu dia terus terkam aku suh dukung. Budak kecik ni tak pandai duduk diam. Banyak kali jatuh, terhantuk kepala kat lantai tp tak nangis pun. Siap gelak lagi. Sabo jer la aku. Umur dia baru 1 tahun 4 bulan tp akai banyak ooo....
Ok.. dia dah tak larat nak bergambar.... Bertahan duduk hanya 2 minit. Pastu da gatal kaki nak berlari.
Oklah.. Jom makan kek... Tetiba terasa lapar la plak tgk kek ni...
p/s: entry ni nak citer pasal nenek mirko ke nak citer pasal martina ni. Actually tak banyak tangkap gambar bab Martina sibuk nak pegang kamera bila aku ambil gambar.
Kesihatan adik lelaki aku da semakin baik. Tapi sekarang ni dia masih lagi berada di hospital. Dia sekarang berada di hospital angkatan tentera Kuala Lumpur. Ada sesiapa nak pergi melawat ke bagi pihak aku. Aku jauh tak leh nak balik melawat adik aku kat hospital tu =(Gambar di atas dikirimkan oleh adik perempuan aku selepas 2 hari adik lelaki aku dibedah. Masa ni masih lagi di ICU. Seminggu dia tak leh makan dan minum. Selepas 10 ari dia dibenarkan pulang ke rumah.
Namun kesihatan dia masih belum pulih sepenuhnya. Selepas beberapa hari kat rumah dia dikejarkan ke hospital semula sebab sesak nafas. Doktor dapati paru2 dia ada darah beku. Aduh... aku lak yang ngeri nak tulis kat sini.
Kalau korang alert entry aku yang sebelum ni, aku ada bgtau yang aku tak berapa nak happy beberapa minggu lepas. Sebenarnya adik lelaki aku masuk ICU. Kene operate emergency bab usus tersumbat. Minggu tu mmg aku sedih gak la weh. Selepas lebih seminggu di hospital adik aku dibenarkan pulang tp kene datang cuci luka pembedahan setiap hari di hospital.
Tp semalam dpt plak berita mengatakan adik aku kene masuk wad balik bab keadaan dia masih tak berapa nak baik. Kesian lak kat adik aku, besday dia harini 2 April. Maknanya celebrate birthday dalam wad la.
Actually aku agak risau dengan keadaan dia. Sebab tu minggu ni aku agak jarang untuk blogwalking ke blog2 kengkawan semua. Harap anda paham keadaan aku yang tengah gundah gulana ini =(
Tahun lepas aku pernah cerita pasal kelahiran baby Martina ni. Hari ini 23 Januari genaplah setahun umur Martina. Petang tadi kitorang pi birthday party budak kecik ni. Bila mak dia telefon kitorang minggu lepas untuk jemput ke birthday party ni, aku terasa cam baru jer kitorang pi hospital masa dia dilahirkan. Sedar tak sedar da setahun rupanya. Cepatnya masa berlalu. Jom layan gambar... =)
Hujung minggu lepas merupakan hujung minggu paling penat sekali. Penat shopping. Tp bukan shopping untuk diri sendiri. Huhuhuhuhuhu. Shopping beli hadiah untuk sedara mara dan kawan2 sempena krismas ni.
Sabtu, Ahad dan Isnin. 3 hari pusing2 shopping complex cari hadiah. Bukan senang nak beli hadiah ni. Nanti kalau salah pilih tak berkenan pulak di hati. Senang sikit hati hadiah untuk parents in law sume da beli. Kalau nak beli last minit, jangan harap la. Orang mesti ramai berpusu2 shopping di saat2 akhir. Hadiah untuk diri sendiri kene tunggu pagi krismas tu la. Ada sessi tukar2 hadiah. Tu yang best tu bila dapat hadiah selain acara makan2 sampai kenyang. =)
Cari punya cari gambar lama tetiba terjumpa lak gambar 2thn lepas semasa aku 'dipaksa' untuk mengambil bahagian dalam memperagakan pakaian beragam pada satu majlis yang dianjurkan oleh pihak embassy.
Masa ni aku lom kawen lagi so badan mmg sekeping. hahahahaha. Tang perut tu maintain jer. Skang ni plak perut penuh dengan lemak2.
Diam tak diam da setahun rupanya parents aku balik Msia. Da setahun la aku berdikari di negara org ni. Tp bulan 5 aritu kitorang ada balik Msia, wat kenduri kawen. Tu la kan, baru aku teringat yang aku tak letak pun lagi gambar kawen kat blog ni. Huhuhuhuh. Ampun...p/s: tak leh tgk gambar ni lama2 satlagi ada gak aku teriak (nangis). huhuhuhuhuh
Alkisah majlis perkahwinan sepupu Mirko awal bulan aritu. Masa jamuan makan kat restoran, atas meja setiap org diletakkan penanda tempat duduk. Meja untuk family kitorang meja nombor 5. Penanda tempat duduk untuk setiap pasangan adalah 2 pasu kecil di atas. Satu pasu bunga rose putih (bunga hidup yer, bukan bunga plastik), satu pasu lagi daun berbentuk hati. Daun tu pun daun betul. Kata mak Mirko daun hati tu akan tumbuh pokoknya kalau disiram hari2. Hari2 aku siram daun tu, so kita tunggu dan lihat jer la hasilnya.
1 August - Wedding Ceremony (pengantin perempuan adalah sepupu Mirko)
Oh... anak sendiri tak de lagi kita promote anak org boleh tak? =)
This is Martina. Anak kepada sepupu Mirko. Ingt lagi tak aku pernah cerita dulu. Semalam singgah umah nenek Mirko. Saja gi melawat sambil bawak hadiah dr hongkong aritu untuk dia. Gambar nenek dia aku tak tangkap la plak bab dok sibuk tangkap gambar org lain. =) Dok sibuk tangkap gambar Martina. Da besar dia skang ni. Da hampir 5 bulan lebih. Da mula membebel sorang2. Apa yang dia cakap sume org tak paham pun.
Susah betul nak tangkap gambar dia. Asyik gerak sana sini. Maklumla org ramai sgt. Konpius agaknya. Ataupun dia heran minah mana lak la yang dok pegang aku ni. Cam tak kenal je kan. Hahahahaha... Dia berkenan giler kat Mirko. Dok usha Mirko jer. Bila aku panggil jgn harap nak toleh. Marahnya saya....
Ni lak Francesco. Abang Martina ni. Francesco 4 thn lebih. Sungguh petah bercakap. Tak menang nak melayan. Dia sungguh jeles bila org dok asyik layan adik dia je. Bila aku dukung adik dia, mula la dia pun nak ngendeng kat aku.
Muka kene paksa tangkap gambar. Sungguh hyperactive ini budak. Setiap kali jumpa aku macam2 dia berceloteh. Semalam masa ni ada game bola Italy lawan Brazil. Semalam macam2 soalan dia tanya aku. Dia tanya aku skuad mana? Milan atau Roma? Dia sokong Milan bab ikut bapak dia. Skang ni dia da pandai main bola. Bapak dia tgk bola dia pun tgk jugak. Sabo jer la....