Showing posts with label cuaca. Show all posts
Showing posts with label cuaca. Show all posts

suka duka kehidupan

Salam semua.....

Lama sungguh aku tak menulis kat blog ni. Ramai kawan2 dan juga blogger2 lain bertanya kenapa dah lama tak update blog. Ntahlah, agak tak de perasaan sejak akhir2 ni... =) Mintak maaflah kepada semua yang hantar komen, baru tadi baca komen yang da berzaman korang hantar. Serious da lama tak jenguk kat blog sendiri. Apatah lagi blog orang lain. Sampaikan password pun da lupa. Hehehehe...

Anyway, tak banyak kisah yang nak diceritakan. Banyak cerita peribadi. Just nak share gambar2 masa musim sejuk aritu. Cerita basi la ni yang nak dikongsi bersama. Kepada friend aku kat FB confirm korang da tgk gambar2 ni kan. So layan je la lagi skali gambar2 ni yer...

Gambar2 di bawah diambil masa bulan Februari aritu. Salji turun lebat selebat2nya di Rome. Sudah lebih kurang 30 thn snow tak turun selebat ni di bumi Rome. Kalau dibahagian utara Italy, salji adalah perkara yang biasa. =) Orang Rome je la yang pelik skit tgk salji. Masa ni kitorang terperangkap selama 3 hari tak leh keluar rumah disebabkan snow yang lebat. So kitorang ambil kesempatan untuk berjalan kaki berdekatan ngan rumah kitorang untuk melihat keadaan sekeliling. Jom tgk.......

















posted under , | 6 Comments

sehening malam, tebal berkabus

Hari minggu (Ahad) mendung sepanjang hari dan hujan tak berhenti2. Mmg tak de mood nak ke mana2. Mungkin juga suhu yang sejuk menusuk hingga ke tulang. Aku menghabiskan petang aku dengan membaca novel Cinta Si Kunang2 yang baru aku terima dr Kak Nora minggu lepas.

Buat masa ni masih belum habis membaca lagi. Petang semalam tak berhenti2 menangis smbil membaca. Akhirnya terpaksa berhenti membaca sebab tak mahu masuk kerja hari Isnin dengan mata yang bengkak. =)

Malamnya plak Mirko ajak makan luar sebab sepanjang hari kitorang berada di rumah. Hujan da mula berhenti, cuma renyai2 sahaja... Sebaik keluar rumah, kabus sungguh tebal sekali. Tetiba terasa mcm dalam cerita seram la plak kan. Huuhuhuhuh... Da la kereta pun tak banyak. Rasa2nya mungkin orang2 lain pun lebih memilih untuk tidak keluar dari rumah atas alasan cuaca yang tak berapa nak best =)

Dalam gambar cam tak banyak jer kabus. Tp malam tu kabus mmg tebal sungguh .

posted under | 8 Comments

tahniah kepada yang berkenaan


Dalam entry yang lepas, jawapan yang tepat adalah Genting Highlands. Tahniah kepada sesiapa yang meneka dengan tepat. Pandai korang yek. Mirko sangat suka pergi Genting. Dia kata seolah2 bukan berada di Malaysia. Maklumla agak sejuk dan berkabus. =)

Cakap pasal sejuk, suhu pada minggu lepas turun lagi. Ingat kot da nak masuk musim bunga suhu makin meningkat. Tapi sangkaan aku meleset sama sekali. Malam kelmarin suhu mencecah 0 darjah. Da tak tahan dengan sejuk.

Dekat sini bukan setakat panas je boleh sakit kepala. Orang mcm aku yang ada migrain ni bila suhu terlalu sejuk pun akan mengalami sakit kepala jugak. Pelik tapi benar....

posted under , | 3 Comments

sejuk.. sejuk....

Cuaca makin sejuk... Ramai yang demam dan sengal2 badan akibat sejuk yang menusuk ke tulang. Tu belum masuk musim winter lagi tu. Tak lama lagi winter lagi sejuk weh...

posted under | 15 Comments

cuaca buruk


Minggu ni cuaca amat buruk sekali. Hujan memanjang dan suhu berubah menjadi sejuk balik. Sepatutnya skang ni musim bunga, dah tak sejuk lagi. Tp perubahan cuaca yang tak menentu minggu ni menyebabkan suhu turun dan semakin sejuk. Ramai jugak yang demam dan selsema akibat perubahan cuaca ni. Termasuk la aku yang da beberapa hari selsema ni tak baik2 lagi.

posted under , | 21 Comments

warna alam semulajadi - II

Suasana di waktu senja di Msia. Cantik kan pemandangan kat sini
Lokasi: Lumut, Perak (May, 2009)

Gambar : Credit to Mirko =)

posted under | 12 Comments

sejuk tak abis lagi

Kat italy skang ni masih lg musim sejuk. Minggu lepas cuaca begitu baik sekali. Cahaya matahari, suhu da tak sejuk sangat, tp minggu ni suhu sejuk balik. Hujan setiap hari. Salji pun turun lagi (tp kat Rome tak salji pun). Tak sabar nak tunggu musim bunga. Bila la nak abis musim sejuk ni.

posted under , | 16 Comments

warna alam semulajadi

Sewaktu matahari terbenam petang semalam, panorama sangat cantik. Tengok secara live lagi cantik. Dalam gambar warna tak berapa nak jelas.

Dari warna kuning ke wana oren, dari oren ke warna merah jambu, dari merah jambu ke warna ungu, dari warna ungu ke warna biru. Subhanallah...

posted under | 3 Comments

semalam dan hari ini

Semalam sehari suntuk tak boleh keluar rumah. Salji turun lebat dari pagi hingga pukul 4 petang. Walaupun salji da berhenti pada petangnya tp tak boleh keluar rumah jugak sebab kereta kami tak de rantai.

Me, my mum in law and my sister in law

Hari ini pulak cuaca agak baik. Matahari bersinar bercahaya. Keadaan jalan da semakin elok kerana matahari tadi telah mencairkan ais salji. Pagi tadi keluar rumah suasa sungguh cantik sekali. Semua rumah penuh ngan salji di atas bumbung mereka. Yang nak tergelak tu kereta merata2 di tepi jalan. Ni mesti semalam mereka tak leh nak jalan ngan salji penuh. So mereka tinggal jer kereta mereka di tepi jalan.


Salji penuh kat ladang anggur sebelah rumah kitorang




Keadaan rumah kitorang semalam dan hari ini

Semalam... Masa ni salji masih lagi lebat

Tengahari tadi. Ais da mula cair.

posted under , | 10 Comments

it's snowing

Hari ini dalam sejarah. Setelah hampir 20 tahun salji tak turun di Rome, hari ini 12 Februari pepagi buta salji turun dengan lebat sekali. Aku baru nak keluar dari rumah terpaksa ponteng kerja atas alasan salji tebal. Salji tebal ni telah menyekat seluruh jalan raya di Rome. Kereta yang tidak mempunyai rantai tidak dibenarkan keluar untuk mengelakkan bahaya. Jom tgk gambar sekitar rumah kitorang. Sangat cantik dan putih gebu. It's still snowing out there.... =)

Snow baru turun time ni.



Pokok bunga tulip aku abis tenggelam ngan snow. Harap2 dia naik bunga elok2 tahun ni. Bunga tulip tahan dengan salji.

Salji semakin lebat

Da tak nampak rumput lagi da..



Pokok lemon da ditutupi ais. Pasni kene buang semua ais tu kalau tak mati pokok ni. Pokok ni tak tahan kene ais

Pokok serai aku yang dah tak tahan ngan sejuk. Kene plak salji, harap2 pokok serai aku kuatkan semangat untuk hidup =)

Sayur2 salad aku mmg konfirm lecur la weh...








Pandangan dari rumah my parents in law.

Anjing my parents in law aku ni pun jakun gak tgk salji. Heheheheh

Kebun my father in law yang ditutupi salji





Tebalkan salji. Sejuk giller kat luar tu...





Banyak lagi gambar tp da tak larat nak upload. =)

posted under , | 12 Comments
Older Posts Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥




Blogger of The Month