Showing posts with label Recap. Show all posts
Showing posts with label Recap. Show all posts

Wednesday, 31 December 2025

Recap Week 52, 2025

Week 52: 24/12-31/12/2025

Final week of 2025! 

RABU Spring cleaning la apa lagi kan? Cuti sekolah dah mula. SPM pun dah habis. 

KHAMIS Cuti Xmas. Kakak claim hadiah Mumtaz PSRA dari Walid. Kasut ni unisex, dia berkenan ikut je la. 

JUMAAT Kakak unboxing hadiah dari Guru Pengawas & Guru PRS. Kakak sebagai Penolong Ketua Pengawas banyak tolong cikgu² katanya itu yg cikgu berdua ni belikan Kakak hadiah. Tqsm Cikgu² 😘

SABTU Belian pertama Abang di TT. 

AHAD Kembang lagi, alhamdulillah. Ada few buds lagi menunggu masa untuk mekar 🫰🏻

ISNIN Moon
Nampak bulan indah di langit, terus rakam gambar. Kamera canggih, ginilah hasilnya :p

SELASA Semua benda nampak macam bulan hikhik... 

RABU Blackout pulak di hari terakhir 2025 😅

Semoga tahun 2026 membawa lebih keberkatan dan kemanisan buat kita semua. 


Thursday, 25 December 2025

Recap Week 51, 2025

Week 50 ✅
Week 51: 16/12-23/12/2025

RABU Alhamdulillah Adik dilantik semula sebagai Pengawas Sekolah. Sekolah depa setiap tahun kena reapply dan re-interview untuk jadi pengawas semula. 

KHAMIS 18/12 Sesi terakhir bacaan Yasin Gexxin anjuran KSIB F5. Kali ni Ustaz Abu Z, Pengerusi KSIB F5 sendiri yang lead bacaan. 

JUMAAT Bersendirian menikmati sarapan pagi di kantin sekolah. Hari ni jemput Angah balik dan ada sesi serahan result UASA. Kena kerja keras lagi Angah ni.

SABTU Tengok penutup Sukan SEA Thailand 2025. Next two years, Malaysia pula jadi tuan rumah. Seingat Ummi, last Malaysia jadi host Sukan SEA masa tu KJ jadi Menteri KBS. 10 tahun dah ye... 

AHAD Sedih pulak 🥹

ISNIN Mengemas kotak² simpanan, terjumpa lukisan Abang masa Darjah 6. Macam tak percaya anak sulong Ummi dah habis sekolah.

SELASA Menguruskan Kakak dan Abang yang keduanya dah habis sekolah


Friday, 19 December 2025

Recap Week 50, 2025

Week 50: 10/12 - 16/12/2025

RABU Hari Anugerah Adik & Kakak 🌹

KHAMIS Bacaan Yasin berganda. Satu anjuran KSIB F5, diketuai oleh AF Ustaz Rahim, guru halaqah Abang. Satu lagi Walid pimpin bersama geng ofis lama, untuk kesejahteraan Aunty A kawan se-ofis depa yang sedang menerima rawatan di IKN. 

JUMAAT Someone bought me a cup of coffee and croissant. 

Ummi jangan lupa bawa phone Angah. Angah nak belanja Ummi, guna T&G e-wallet. 
☺️

SABTU Meraikan jemputan perkahwinan anak guru SRAI. 

AHAD Kakak & the gang berkumpul di rumah baru salah sorang geng dia. Belum pindah masuk lagi, masih dalam fasa reno tapi gegirls ni tak menyabar 🤭

ISNIN Adik dapat hadiah dari Cg Syafiqah. Bagus cikgu, rajin raikan murid². 

SELASA Aircond bawah tiba² panas. Rupanya ada komponen dekat compressor rosak :( 

Friday, 12 December 2025

Recap Week 49, 2025

Week 49: 3-9/12/2025

RABU Penampakan bulan di petang hari. Awal betul bulan munculkan diri, wpun siang belum berlabuh. 

KHAMIS Rezeki kali ni bacaan Yasin online untuk Gexxin dikepalai oleh Penyelaras F5 sendiri, Ustaz Saffone. Minggu sebelumnnya, dengan warden kesayangan depa, Ustaz PT. Mudah-mudahan dengan redha para guru, terang hati anak² menjawab peperiksaan hendaknya 🤲🏻 

JUMAAT Walid balik outstation di Penang. Souvenir dari pihak Penang Port. 

SABTU Menemani Walid ke acara rasmi sekolah. Ummi melangut di kantin sambil scroll phone :) 

AHAD Rebus telur masin kiriman dari Tok Umi. Telur masin ni Tok Umi selalu beli dari saudara baru yang juga murid mengaji Al Quran Tok Umi. Sedap, tak masin sangat. 

ISNIN Happy Birthday Anas 🎈
Classmate Adik bagi goodies sempena birthday-nya.Tak silap ada 9 items dalam ni, sama dengan umurnya 9 tahun :) 

SELASA Dapat memo untuk sesi penyerahan slip PBD/UASA Angah. Last year takde pula sesi penyerahan ni. Tapi baguslah ada sesi begini. 

Saturday, 6 December 2025

Recap Week 48, 2025

Week 48: 26/11-2/12/2025

RABU Program untuk Adik dan murid² selain Darjah 6. Adik nak masuk khat, tapi dah penuh peserta. Untuk sukan nak masuk acara 4x200m tapi sakit perut pulak, so tak joined la mana² acara. 

KHAMIS Pertama kali kot sepanjang Ummi drive,  jumpa trafic light nyala tiga² warna serentak. Cik Ayu wayar dia ada yang short tu, sebab terendam dalam air bertakung. Itu yang tiga² menyala serentak. Hari ni juga result PSRA keluar. 

JUMAAT Hujan.  Tapi alhamdulillah masa ambil Angah di asrama tak hujan. 

SABTU Berderetlah kain baju nak dikeringkan memandangkan hujan Khamis Jumaat. Anak asrama pulak balik bermalam, memang kenalah bawa pergi dryer

AHAD Daftarkan Angah untuk kelas hafazan cuti sekolah nanti. Dia tak nak join Mukhayyam di sekolah, nak join secara online je. Ikutlah janji cuti sekolah nanti ada pengisian. 

ISNIN Sepanjang SPM ni ramai group buat bacaan Yasin online sewaktu anak² exam. Ummi pun joined juga mana yang sempat. Yang ni anjuran JPNWPKL rasanya. 

SELASA Ada urusan di luar. Cantik cuaca hari ni. Nampak jelas di kejauhan bangunan² pencakar langit di tengah bandaraya. 



Wednesday, 26 November 2025

Week 47, 2025

Week 47: 19/11-25/11/2025

RABU Ummi joined podcast cikgu² BM anjuran PPD Gombak. Kita ni jenis dengar talk, mesti ambik nota. Old school :D 

KHAMIS Ujian Mendengar BM BI tu ½ jam je, utk setiap subjek tu. Lepas exam, sempatlah Ustaz Rahim ajak anak² halaqahnya buat majlis khatam hafazan ringkas untuk Yusoff, kembar Abang tu... Alhamdulillah syukur dan tahniah utk Yusoff, berjaya juga bergelar Al Hafiz sebelum mulanya SPM (bertulis). 

JUMAAT T-shirt from Cayman Islands untuk Walid dari best friend-nya, Uncle AL. Nak sampai ke Cayman Islands ni jauh, kena transit di US dulu (lebih cepat tapi perlu visa utk ke US, even nak transit je). Second option ikut UK tapi perjalanan lebih panjang all in 2 hari kot utk sampai. Kena tukar² flight tak silap.

SABTU Walid joined event office di Putrajaya. Tahun ni Walid pergi seorang je, Ummi ada banyak hal nak diuruskan, termasuklah layan Adik naik bukit :) 

AHAD Terserempak dengan parents Adli di kantin. Dapatlah rasa airtangan Chef Man, ayah Adli. Penuh kantin hari ni, parents F5 datang bagi semangat untuk anak² yang nak ambil SPM Selasa tu. 

ISNIN Kejadian pokok tumpang di taman kami. Ada kereta kena hempap dek pokok ni. Tapi syukur tak kena rumah jiran. 

SELASA Adik dapat jam baru. Tali jam dia putus tiba². Lama juga dia pakai jam sebelum ni. Dah sampai masa la tu ... 











Wednesday, 19 November 2025

Week 46, 2025

Week 45 ✅
Week 46: 12/11-18/11/2025

RABU Belek² pokok di luar rumah, nampak pokok belimbing buloh sedang lebat berbunga. Alhamdulillah sekarang kerap hujan, lekatlah buah harapnya. 

KHAMIS Hujan lebat masa ambil Kakak. Adik tak sekolah, kurang sihat. 

JUMAAT Pemberian dari Cik Tah alhamdulillah. Tersentuh dengan kata² dia, "Ikutkan ada 10 orang lagi (ipar duainya tinggal berdekatan) Sy boleh bagi, tapi Sy teringat dekat Akk" 🥹

Begitulah konsep rezeki, kalau sudah tertulis untuk kita, akan sampai kepada kita. 

SABTU Seawal pagi dah keluar rumah, ada majlis istimewa. Belum sempat nak up entry

AHAD Sorang basuh ayam, sorang siang ikan. Alhamdulillah rasa ringan kerja Ummi, tinggal nak masak je. Tq Angah & Kakak 🫰🏻

ISNIN Hujan lebat betul hari ni, air naik lagi di sekitar sekolah. Kami tak terlibat sebab sepanjang UPKK anak² selain darjah 5 balik awal. 

SELASA Dari pagi hujan tak berhenti. Risau hati Ummi takut air naik lagi di sekolah jadi keluarlah sejam awal. Alhamdulillah sampai di sekolah hujan dah berhenti dan matahari mula kelihatan.