Showing posts with label Adik. Show all posts
Showing posts with label Adik. Show all posts

Sunday, 19 April 2026

Adik | Tugasan Sejarah

Akhir² ni Adik banyak dapat tugasan subjek Sejarah. 

Ini tugasan Family Tree. 
Nampak simple tapi susah juga nak ikat tali tu 😅
Syukur dapat idea, lekatkan dulu dekat lidi then tutup dengan hiasan bentuk ❤️ tu. 

Ini pula buku scrap Sekolah Saya. 


Tak susah mana tapi nak kena buat comb binding. Kenalah juga campur tangan Ummi. Tapi sebab Abang ada, dialah jadi runner bawa ke kedai untuk binding

Bila Cg share gambar ni beserta caption tu, terus rasa kembang (baca: bangga). Terasa Cg sangat hargai hasil usaha dan penat lelah anak² semua. Semua yang hantar ikut tarikh ditetapkan Cg bagi markah 100. Yeay! 

Ni tugasan Seni pulak. Nampak senang tapi serabut juga tengok Adik nak siapkan. Tapi bagus latihan ni semua, dapat bina kemahiran berfikir, cari idea, jadi kreatif dsbnya. Cuma kalau last minute tu baru nak buat dan perlu pulak bantuan Ummi (nak beli barang, kena print etc) boleh jadi gaduh jugalah haha 😆 




Thursday, 16 April 2026

Adik | KESUSRAI 2026

Manja Ummi terpilih untuk acara 4x100m bagi Kejohanan Sukan Sekolah SRAI (KESUSRAI). Tahun ni acara balapan dan olahraga. Tahun lepas acara sukan berpasukan (Kakak wakil BoJa). Lagi dua tahun 2028 Gombak akan jadi tuan rumah untuk acara balapan  dan olahraga ni. Ada rezeki Adik boleh join lagi In Sha Allah. 

Para atlet 💪🏻

Kali pertama melepaskan Adik tanpa pengawasan Kakak, berat juga perasaan Ummi. Bertolak lepas Jumaat, balik Ahad petang. Rasa berat dada macam melepaskan Abang pertama kali dulu, ke KESUSRAI di Salak Tinggi. Bila kena bermalam tu yang bercampur baur perasaan tu. Rindu pun bertandang juga ☺️
Sabtu tu wajiblah Ummi pergi jenguk.

Kejohanan diadakan di Kolej Matrikulasi Selangor, di Banting. Jauh yakmat huhu... 

Hampir 2 jam juga dari SG ke sini. 
Waktu balik lagi lama, sebab gerak dari sana dalam 12.30 t/hari. Sana sini sesak, salah simpang lagi, berhenti solat dan lunch, pukul 4 baru sampai rumah. 

Kami datang bagi sokongan dekat Adik walaupun acaranya hari Ahad. Nak datang Ahad tak boleh ada agenda lain.

Masa saringan quartet depa dapat no 3, dapat pergi final. Masa ni masing² lari laju. Masa final, nampak slow sikit Adik pun lari. Cikgu dan parents yang pergi Ahad tu share video. Adik pelari pertama. Mungkin penat dah kot, dari Jumaat lagi dah berkampung di SRA Seri Jugra (tempat penginapan) dan KMS ni. Trek pun basah, tengah bertanding hujan turun. 

Alhamdulillah ada beberapa kejayaan yang diraih oleh atlet sekolah Adik. Selain beberapa pingat emas, perak dan gangsa, ada yang berjaya pecah rekod kejohanan dan ada yang terpilih sebagai Olahragawan KESUSRAI edisi 2026. Alhamdulillah tahniah! Adik pula berjaya bawa balik pengalaman dan kenangan ☺️





Monday, 30 March 2026

Back to School @ 10 Syawal

Cantik poster sekolah buat untuk raikan pembukaan semula sekolah. Disenaraikan tips dan pesanan untuk murid² menghadapi cuaca panas sekarang ni... 

Ummi pun pesan dekat Adik kena minum air kosong banyak². Sementelah dia terlibat dengan latihan KESUSRAI (sukan SRAI) lagilah kena banyak minum. 

Rezeki hari pertama sekolah, dapat hadiah dari Cg Afiqah. Sebelum cuti raya ada ujian subjek akhlak, Adik antara yang dapat markah tinggi. Alhamdulillah. 

Sampul raya cantik dari RHB, pemberian duit raya dari Rafiq. Alhamdulillah terima kasih. 

Time balik sekolah, hujan lebat mencurah²... Ni dekat Greenwood. Dekat sekolah mana yang lambat sikit jemput anak, terpaksa hadap banjir kilat. Ummi balik tadi hujan baru nak mula. Sampai Greenwood dengar kata sekolah dah banjir 😟

Semoga dipermudahkan urusan semua 🤲🏻 

Wednesday, 11 February 2026

BAP 2026


Alhamdulillah ketiga² anak yang sedang bersekolah dah dapat Bantuan Awal Persekolahan (BAP). 

Angah dan Kakak dapat awal, depa sekolah KPM. Duit diletakkan dalam sampul Madani. Tak pastilah semua sekolah KPM dapat duit dalam sampul Madani ni. 

Untuk Kakak ada taklimat oleh Tn Pengetua dulu, sebelum sesi penyerahan BAP. Angah pula boleh terus ambil di kelas. Sebelum² ni, guru kelas serahkan kepada pelajar saja tapi sebab minggu dia dapat BAP ni minggu PB, ibu bapa/penjaga dijemput ke kelas untuk serahan BAP. 

Adik pula gilirannya 6/2. 
Ambil di dewan sekolah. Yang bestnya, lepas ambik BAP boleh bawa anak balik ke rumah. Balik awallah Jumaat lepas. Dek kerana itu, Ummi dah dapat BAP terus menonong keluar dewan, nak ambik Adik di kelas. Rupanya tertinggal MyKid Adik dekat cikgu 😅 
Syukur juga tak tercicir. Kalau tak lagi haru... 

Top up kelengkapan Tunas Puteri Adik guna duit BAP dia. 

Hari ni Gerko Unit Beruniform, semangatlah nak ke perjumpaan Tunas Puteri, dah ada uniform lengkap :) 
Sebenarnya Adik selang 3 minggu sekali baru pakai baju Unit Beruniform. Gerkonya berselang seli antara Unit Beruniform, sukan/permainan dan Kelab/persatuan. Itu yang tak beli baru untuk dia. Buat masa sekarang, pakai dulu baju Kak Medina. Kalau ada keperluan untuk beli baru nanti, barulah kita beli. Hidup sekarang keras, kena bijak mengurus kewangan dan prioritize. Gitewww... 



Tuesday, 10 February 2026

Barter

Uniform BBSM ni kepunyaan Khai (anak Cik Ita Fun Run). Ummi pinjam untuk Kakak pergi Mukhayyam Perdana Unit Beruniform hujung tahun lepas. Sebab nak pakai uniform ni untuk 1 hari je jadi pinjam je la. Tapi tak muat dengan Kakak, terpaksa juga beli. Nak pulangkan, Cik Ita suruh sedekah je sesiapa yang hendak. Dah hujung tahun masa tu, Gerko pun dah habis jadi Ummi simpan dulu. 

Dalam pada tu, Adik try uniform ni. Padan elok dengan dia. Jadi, dia kata nak join BBSM juga, senang uniform dah ada. Tapi, takde rezeki Adik. Kuota terhad. Dia tak dapat BBSM, dapat Tunas Puteri. 

Jadi merisiklah dengan Medina. Alhamdulillah uniform Tunas Puteri Medina masih ada.  Jadinya Ummi bagitau Cik Tah, kita barter je la... Kakak dulu ahli BBSM, adiknya (Adik) Tunas Puteri. Medina pula ahli Tunas Puteri, adiknya Marwa BBSM. Elok sangatlah :) 

Medina bagi t-shirt juga, serta seluar panjang untuk dipadankan dengan kemeja hijau 👆🏻 Tinggal belikan Adik tudung hitam 2 lapis dan scarf leher. 

Cik Tah as usual la, mesti ada extra² dia bagi... 

Tqsm dear ❤️

Monday, 9 February 2026

Adik | Kem Kepimpinan Pemimpin Kecil


Kembali sibuk dengan aktiviti sekolah anak³. 
Sabtu Adik ada Kem Kepimpinan Pemimpin Kecil SRAI. Sehari jugalah Adik di sekolah. 

Penceramah terkenal juga, Akhi Fairuz Al-Jengkawi. Beliau seorang pempengaruh media sosial dan penulis yang aktif berkongsi ilmu berkaitan pendidikan seksualiti, isu kekeluargaan, serta kisah remaja dan kanak-kanak. 

Adik kata seronok program ni. Baguslah sekolah buat awal program ni... boleh bina dan eratkan kerjasama antara para pengawas sekolah ni. Senang nak laksanakan tanggungjawab yang diberi kalau semua saling bekerjasama dan bantu membantu. 

Penutupnya dapat sijil penyertaan untuk setiap orang. Alhamdulillah. 
 

Monday, 2 February 2026

Jaga Checkpoint Merentas Desa SRAI


Kali ketiga Ummi volunteer jadi penjaga checkpoint (CP) program Merentas Desa SRAI. Manakala kali pertama untuk Adik. Sebab hanya murid Tahap 2 saja yang terlibat. 

Laluan tahun ni, berbeza dari tahun lepas. Ummi jaga CP 31. 

Pasrah 🤭

Bangunan putih tu toilet muslimat. Ummi kena pastikan murid² berlari tepi tandas tu. Kalau ikut jalan yang ada pasu tu, akan ke masjid. Sebab tu la kena jaga sini. 

Ada kawan 😍

Atas bumbung pun ada... Banyak betul kucing dekat sini...

Buah ciku pun banyak... 

Awal² ni boleh la snapped gambar sana sini. Tapi bila peserta dah mula sampai, marilah kita fokus agar takde yang tersalah arah. 

Peserta pertama lintasi CP Ummi 💪🏻

Makin lama makin ramai... 

First girl 👏🏻👏🏻👏🏻

My girl 😍
No 19 💪🏻

Alhamdulillah dalam sejam dah selesai berlari. 
Tahniah Rumah Biru menang tempat pertama untuk acara Merentas Desa ni 💙
Tahniah Adik juga dapat sumbang 1 mata untuk Rumah Biru. Tempat 1-20 dapat mata untuk disumbangkan ke rumah sukan masing². 



Monday, 19 January 2026

Vest Baru

Masa cuti sekolah hari tu cikgu buka tempahan untuk vest Pengawas Sekolah. Semua wajib beli la sebab vest baru, tak sama macam yang sebelum² ni, vest warna maroon yang boleh dibeli di kedai² pakaian sekolah. Vest baru ni custom design; ada sulam logo sekolah, logo JAIS dan dual color. Harga RM 45. Adik ambil saiz M. Besar sikit takpe, boleh pakai lama. 

Masuk kereta je Ummi suruh cuba try test :p 
Nampak matured dah anak bongsu Ummi ni 😌
Dah jadi kakak² di sekolah... 
Vest tu warna pink dan maroon di bahagian depan. Belakang maroon sahaja. 

Ada tulisan Pengawas Sekolah dan nama sekolah juga. Kalau ada nama murid belah depan tu pun cantik juga. 

Selamat bertugas Adik 💪🏻

Monday, 12 January 2026

Back to School 2026

Alhamdulillah Angah dah selamat kembali ke asrama. Cantik poster atas tu kan... Ceria dan mesra :) 

Dapat loker besar. Tapi barang sikit 😁

Adik pun dah mula sekolah hari ni. 
Poster PIBG ni pun lawa 👍🏻 

Beg sekolah dan kasut sekolah je yang baru. Baju tudung semua elok lagi, plus boleh pakai baju Kakak juga. Jimat banyak alhamdulillah. 

Untuk hari pertama ni alhamdulillah semuanya lancar, takde drama takde kelam-kabut. Jalan pun tak sesak luarbiasa masa Ummi jemput balik sekolah tadi. Semoga hari² mendatang juga penuh kebaikan dan kejayaan untuk anak² kita semua 🤲🏻 

Friday, 19 December 2025

Terima Kasih Cikgu 🌹

Memang berhajat nak belikan cikgu² hadiah sempena Kakak habis sekolah ni. Ada dah cadangan hadiahnya. 

Tiba² dapat tahu 11 orang cikgu termasuk beberapa orang cikgu senior yang mengajar Abang dulu pun dapat surat pertukaran. Ada yang nak bersara awal dan ada juga yang bertukar daerah. Yang nak berhenti jadi guru pun ada. Jadinya dengan bajet yang ada tu, Ummi terpaksalah lebihkan kuantiti. Mampu beli hadiah mur-mur je untuk cikgu². Seboleh mungkin nak bagi semua dapat, termasuk cikgu² yang ajar Kakak. 

Mula² terjah Ninso... 

Kemudian singgah Mr Diy pulak. 


TQ card tu minta depa tulis sendiri ucapan kpd cikgu.

Cg Murni nak bersara awal. Tak silap Ummi dah 22 tahun di SRAI. CM ni pernah jadi guru kelas dan guru Al Quran Abang juga dulu. 

Belikan juga hadiah untuk Naurah. 
Hari tu kan Naurah bagi jam untuk classmates dia... 

Ini pula Ummi tolong balut hadiah untuk besties Adik; Ika & Insyirah. Lagi satu tu hadiah birthday untuk Hannan.

Semoga cikgu² terima dengan besar hati hadiah tak seberapa dari kami ni. Jasa cikgu² didik anak⁴ kami tak mampu dibalas pun. Hadiah ni sekadar tanda ingatan dan kenangan untuk cikgu² 🌹