Tuesday, 19 May 2026

Kakak | Dapat Jadi Pengawas

Alhamdulillah Penolong Ketua Pengawas SRAI 2025 berjaya menyambung perkhidmatan sebagai Pengawas Sekolah di sekolah menengah pula 😁
Watikah Pelantikan disampaikan oleh pegawai polis. Ummi tak ingat apa jawatan tuan ni. 

Nak jadi Pengawas Sekolah kena lalui banyak lapisan/tapisan;
1. Isi borang permohonan > dapatkan tandatangan guru kelas/guru halaqah 
2. Kena buat video tentang amalan baik dan kaitan dengan pengawas, lebih kurang gitulah. Video shooted bulan puasa hari tu. Abang jadi videographer. The rest Kakak edit sendiri. 
3. Shortlisted sebagai Pengawas Percubaan 
4. Selepas ±2 bulan jadi Pengawas Percubaan, ditemuduga pula untuk lantikan. 

Alhamdulillah Kakak berjaya dalam interview dan dapat surat lantikan. 

Fitting baju pengawas.
Baju putih kain biru baru pakai dalam 3-4 bulan. Rasa sayang juga tapi dapat jadi pengawas ni memang hasrat Kakak, dan Ummi juga ... Dia ada bakat memimpin, jadi biarlah dia kembangkan potensi diri dengan bimbingan dan tunjuk ajar guru² sekolah menengah pula. 

Bersama rakan sehalaqah yang turut dilantik sebagai Pengawas Sekolah.

Tahniah dan selamat bertugas Kakak ❤️


23 comments:

  1. Haa betul tu.. bila anak-anak ada minat dan berpotensi jadi pemimpin atau apa jua minatnya kita sebagai parents bagi support.
    All the best kakak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Aunty 😘

      Kita tukang support je Kak :)

      Delete
  2. Tahniah buat kakak! 👏🏻👏🏻 kemain lagi ketat syarat nak jadi pengawas skrg ni ye. Zaman kita dulu cikgu main pilih je siapa yang dia nampak ada ciri2 berwibawa dan berdisiplin, orang tu la dilantik jadi pengawas 😄

    Semoga kakak menjalankan tanggungjawab sebagai pengawas dengan baik dan cemerlang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Aunty 😘

      Betul, cikgu pilih je siapa yg dikira layak. Sekarang macam² tapisan :)

      Delete
  3. Tahniah kakak!!! selamat bertugas

    ReplyDelete
  4. Tahniah...nanti ada markah juga ni untuk kokurikulum. Moga dapat menjalankan tugas dengan berdedikasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih Ezna.. ye, masuk PAJSK

      Delete
  5. Wah…Tahniah Kakak 👏🏽
    Bukan mudah nak lepas tapisannya tu. Hanya yang betul layak je dilantik.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah tahniah kakak. Selamat melaksanakan amanah sebagai seorang pengawas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tq & aamin utk doanya 🤲🏻

      Delete
  7. Tahniah, kakakkkkk! Semoga kakak dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik berpandukan pengalaman sebelum ini ya, insyaAllah, Allah bantu kakak nanti.

    ReplyDelete
  8. MasyaAllah Tabarakallah. Alhamdulillah.. Tahniah kakak. Nampak bakat kepimpinan terserlah tu. Siiru ala barakatillah.

    ReplyDelete
  9. Tahniah. Ucapan daripada bekas pengawas tahun 96-97.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha ... Terima kasih senior 😁

      Delete
    2. Dan bekas ketua kelas tahun 95. ha ha ha

      Delete
  10. Hebatnya syarat nak jadi pengawas sekarang, siap ada interview dan buat video! Zaman kita dulu cikgu tunjuk je terus lantik, hehe. Apapun tahniah buat Kakak, moga terus sukses dan cemerlang

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah tahniah kakak
    kami tumpang gembira
    dan selamat menjalankan tugasan dan amanah dgn baik dan berdedikasi

    ReplyDelete