MAKLUMAN KEPADA PENGUSAHA BURUNG WALET
Wajah sawah milik saya berkeluasan lebih 2 ekar.Terletak di mukim Gunung Semanggol,Perak. Ketika ini baru sahaja selesai kerja-kerja penuaian padi.Sesekali terlintas juga di sudut hati untuk mendirikan sarang burung walet yang menjadi salah satu industri popular ketika ini, namun kosnya yang agak tinggi dan kemahiran yang sifar disertai risiko-risiko yang mungkin dihadapi membuatkan keinginan terpendam begitu sahaja.
Gambar atas, bahagian "bawah" petak sawah yang berkeluasan 1 ekar lebih dipisahkan penempatan penduduk manakala gambar bawah sebahagian lagi petak sawah "Petak Atas" yang berkeluasaan 1 ekar lebih.
Kepada usahawan burung walet yang berpengalaman dan yang sedang mencari lokasi bolehlah meninjau lokasi ini untuk sewaan atau pajakan (tapak sahaja) dalam tempoh tertentu bergantung kepada rundingan dan perjanjian yang dipersetujui.Jika berminat bolehlah berhubung dengan Saudara Kudin Puakajoran di talian
0195778541.
Paparan kali ini bukanlah untuk menunjukkan haruan yang dipancing Kudin ini sebaliknya cuba untuk mengintai padi yang kelihatan menguning di belakangnya.Sudah boleh berkira-kira akan hasilnya.Punbegitu, sejak sekian lama, petani seakan kempunan untuk merasa fenomena beras baru seperti yang dilakukan oleh orang-orang terdahulu. Petani tidak lagi menanam padi untuk mendapatkan beras, sebaliknya menanam padi untuk mendapatkan duit. Padi akan terus dibeli oleh pihak kilang.

Boleh tahan juga haruan ini.


Gambar kiriman: Kudin puakajoran.
Walaupun dituba dan diracun untuk memusnahkan benih dan siput gondang namun haruan masih gagah bertahan di habitat asalnya. Beberapa minggu setelah sejumlah besar puyu dan ikan-ikan lain mati dan dihanyutkan arus, rakan-rakan puakajoran membuat tinjauan ke lokasi. Hasil daripada aktiviti tersebut, mereka masih lagi memperolehi ikan haruan dan puyu bersaiz mega. Walau bagaimanapun kuantitinya agak berkurangan.


Merokok membahayakan kesihatan. Jangan tiru aksi di atas.Gambar diambil sebelum bulan puasa.

Sumber: Halil dan Kudin Puakajoran.
SEKADAR RENUNGAN
“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah jika berhujah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu”- Imam as Syafie.
Peringatan Kepada Yang Lupa
Ibadah Solah Jangan diabaikan
Rakan-rakan joran sekalian, di manapun kita menjoran dan dalam situasi bagaimana sekalipun, amalan solat jangan diabaikan. Usahakan seboleh-bolehnya untuk menunaikannya. walau dalam keadaan dan keupayaan yang terbatas. Solat itu fardhu. Justeru itu menjadi kewajipan bagi setiap penjoran bersedia dengan bekalan untuk Solat sebagaimana usaha kita menyediakan bekalan makan dan minum ketika melakukan aktiviti ini. Ingat kaedah usul fikh “ tidak sempurna wajib melainkan dengannya wajib”.
Sebagai contoh wajib bagi kita menyediakan baldi jika dengan baldi itu dapat mengangkat air untuk berwuduk. Tidak perlu beria-ia dengan kain pelikat atau songkok yang pelbagai, memadailah dengan pakaian yang menutup aurat dan pakaian yang kita yakini bersih. Islam menggalakkan umatnya sentiasa berada dalam keadaan bersih sepanjang masa. Alas untuk solat tidak semestinya dari sejadah baldu tetapi memadailah lapikan daun pisang, kertas surat khabar atau pelepah sawit dan daun pakis. Jika kesukaran mendapatkan air kerana tebing yang tinggi atau dibimbangi menjadi mangsa buaya, gunakan kemahiran untuk mendapatkan air dengan menggunakan tali pancing dan bekas plastik.
Jika pakaian terkena najis wajib dibasuh sekiranya jelas terlihat najis atau kesannya pada pakaian kita. Jika tidak, pakaian kita tetap bersih sebagaimana kita mula memakainya dan bolehlah menunaikan solat dengan pakaian itu. Tidak menjadi kesalahan memakai pakaian basah sewaktu bersolat jesteru jika terdesak turun sahaja ke dalam sungai dan dan segeralah naik untuk menunaikan solat. Ingat! Air yang keruh dan lumpur (selut) juga boleh dibuat bersuci dan berwuduk.
Carilah tempat tinggi dan pastikan bebas dari najis untuk menunaikan solat. Jangan solat di tempat berlurah kerana dibimbangi najis tertakung di situ. Gunakan kepakaran untuk mencari arah matahari terbenam bagi menunjukkan arah kiblat. Boleh juga menggunakan kaedah melihat bintang untuk mencari arah kiblat jika menjoran pada waktu malam. Arus air sungai juga boleh dijadikan pedoman, kebiasaannya arus sungai semulajadi mengalir ke arah matahari terbenam. Gunakanlah kaedah apapun asalkan kita yakin.
Jika berada di atas sampan,usahakan untuk naik ke tebing. Jika menghadapi kesukaran seperti banjir atau bahaya binatang buas, boleh bersolat di atas sampan dengan cara berdiri atau duduk sekiranya sampan tidak dapat diimbang dengan baik. Gunakan objek seperti beg atau pendayung untuk alas sujud. Ingatlah Islam tidak terletak pada nama, tetapi dapat dilihat pada amalannya.Selamat menjoran dan teruskan menjoran tanpa meninggalkan solat-Tokanpuakajoran.