Memaparkan catatan dengan label sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sekolah. Papar semua catatan

Khamis, Disember 22, 2011

Kejayaan bukan sebuah destinasi, ia adalah sebuah perjalanan.

Hari ini keluar keputusan PMR 2011. Semenjak dari malam dah tak lena tidur dibuatnya..set jam letak tepi telinga takut bangun lewat,iron baju siap-siap..berdebar macam nak ambik result pulak.Hahaha...

Lebih kurang pukul 10.30,result pun sampai.Alhamdulillah! Calon yg dapat 8A sejumlah 84 orang ..lebih ramai berbanding tahun lepas.Syukur..namun sedih sekali ramai pulak yg sangkut 7A IB ..terkilannya rasa.Kebanyakannya dapat B subject yg makcik ajar pulak tu.Rasa nak resign jer.tukar kerjaya jadi master chef . PK pun nampak kecewa.Dah bukan rezeki..redho sajalah.

Yang penting biar apa sekali pun keputusannya, jika sepanjang tahun kita sudah berusaha, mencuba dan berlatih, ini bermaksud kita sudah pun menjadi manusia berjaya. Cabaran besar menanti di hadapan tetapi pengalaman membuat persediaan, kesusahan, keletihan, menguruskan stress dan bosan serta 1001 pengalaman lain, kekal berguna sampai bila-bila.

Antara wajah-wajah ceria straight A's
                           Kejayaan bukan sebuah destinasi, ia adalah sebuah perjalanan.

Khamis, Disember 23, 2010

PMR 2010

 Alhamdulillah,peningkatan yg baik PMR tahun ini dgn 75 calon straight A's..yg paling penting adalah bagaimana untuk memanfaatkan ilmu yg ada untuk menjana keberkahan dan kelangsungan kecemerlangan rasa taqwa dan syukur yang berpanjangan kepada Allah.
p/s:
Jangan pandang rendah pada mereka yang tak dapat cemerlang,
mereka mungkin cemerlang 1 hari nanti...InsyaAllah...

Khamis, November 11, 2010

BUKAN CERITA AYAM GORENG


 

Masa kecil-kecil dulu ayam-ayam peliharaan abah adalah sahabat yang baik dan mesra.Setiap petang emak suruh tabur makanan ayam-ayam tu. Masa tu lah time paling best sebab boleh berlatih jadi cikgu sekolah..;D " Kurrrr...beratur semuaaa....jangan berebut,,ikut gilirannn...."   
Abah pulak selalu suruh tolong pegangkan ayam bila dia nak menyembelih ayam. Saat yang paling seronok ialah masa kejar ayam keliling rumah,kutip telur ayam  dan tolong emak cabut bulu ayam.Kena paksa basuh taik ayam yang qadha hajat kat tangga pun selalu jugak..yang tu kira sakitt.lah..Isyy! banyaklah kenangan manis dengan ayam.Tidur dalam reban ayam jer tak pernah.

Sewaktu murid-murid kami membuat amali sembelihan ayam semalam,suasananya berbeza sangat.Anak-anak bandar sekarang tak ramai yang mesra ayam hidup macam anak-anak dulu. Diorang mesra dengan ayam kfc dan mc D jer..:D



 Ada yang sedih,ngeri,takut tengok ayam kena sembelih..tapi tak kurang juga yang teruja mengikuti pengalaman pertama menyembelih,mencabut bulu ,memotong ayam seterusnya membbq ayam sebelum agenda penting...bersantap  ayam bakar..hehehe..

Elok juga beri pendedahan begini,..sekurang-kurangnya membuka mata anak-anak ini,memberi pengalaman berharga  disamping menyebarkan kaifiat sembelihan yang sah dan hikmah sembelihan kepada mereka.



Alhamdulillah sebanyak 20 ekor ayam yang kami sediakan,seekor jer jadi bangkai sebab tak sah..muehehehe...urat marih tak putus dikk..ngeee..tukang sembelih gigil,tukang pegang lepaskan pulak ayam tu.....seekor ayam lagi yg dicelur utk cabut bulunya  pulak sudah masak kena rebus dalam sauna punyalah lamaaa...hahah! sekali angkat bercerai daging dari tulang..alahaii..lawaklah bebudak ni..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin