Memaparkan catatan dengan label Takziah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Takziah. Papar semua catatan

Isnin, Jun 21, 2010

BILA TIBA SAAT ITU



Pagi ini sewaktu membuka tingkap dapur berhampiran sinki untuk memulakan pagi sebagaimana lazimnya setiap hari, saya berdiri terpana memandang tingkap dapur rumah jiran. Sunyi,gelap,mendung,sepi.
Tiba-tiba saya teringat,tuan punya dapur itu telah pergi!

Kak Idah jiran saya yg baik.Kami berdua tidaklah terlalu rapat tetapi lazim hidup berjiran apatah lagi dapur kami saling bertentangan..kami saling mengenali.Setiap pagi ketika bertembung wajah di tingkap dapur kami saling bertegur sapa,berbual di ampaian kain belakang rumah,saling berziarah ketika hari raya atau kenduri kendara,bertukar juadah di bulan puasa..

Pagi Sabtu lepas kak Idah dipanggil pulang menemui Pencipta Rabbul Jalil dalam tidur yang damai.Tiada penyakit,tiada tanda-tanda sakit.Begitu mudah. Meninggalkan 4 orang anak gadis yang baik dan suami yang menyayanginya.Saat akhirnya dihabiskan dengan memasak makanan istimewa hampir setiap hari sepanjang cuti sekolah bila semua anak-anaknya berkumpul. Malam itu beliau meninggalkan secawan kopi menemani suami menonton perlawanan bola.Itu yang terakhir.Kemudian beliau pergi..diam-diam..jauh..jauh..

Alfatihah.
kak Idah,mudah-mudahan damailah dikau di sana di bawah payung rahmat Ilahi.
Entah bila dan bagaimana pula diri ini bakal menghadapi saat itu.


Selasa, Jun 30, 2009

BELASUNGKAWA

Mereka anak-anak yang tabah dan kuat semangat...sebab itu Allah menguji mereka dengan dugaan yang hebat.


Lynn & Farhan


Bad


Afiq & Afiqah

Jadilah anak soleh yang sentiasa bertakwa kpd Allah dan berbakti kepada ayah.Kenanglah didikan ibu dan segala kebaikan yang ditinggalkannya.Sentiasalah berpegang pada redha Allah saat menempuh musibah kehilangan ini. Menangislah..pecahkan batu yang menghimpit rasa..kemudian bangun dan lihatlah dunia luas di hadapanmu dengan yakin dan semangat juang yang tinggi.Carilah hikmah Allah disebalik ujian hebat ini.

Cukuplah Allah sebagai Penolong dan Dia adalah sebaik-baik Pelindung.


Firman Allah bermaksud:

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Berilah khabar gembira kepada orang yang sabar: (Iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan, mereka berkata: (Innalillahi wa inna ilahirajiun) Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan berbagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya." (Surah al-Baqarah, ayat 157)


Rasulullah SAW pernah ditanya:

"Ya Rasulullah, siapakah paling keras mendapatkan ujian? Baginda menjawab: Nabi dan pengikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agama, jika kadar beragamanya kuat, maka ujiannya semakin keras. Jika kadar beragamanya lemah, maka dia diuji sesuai dengan kadar agamanya. Seorang hamba akan sentiasa diuji sampai dia akan dibiarkan berjalan di muka bumi tanpa membawa dosa kesalahan." (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin