"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer
Showing posts with label Finesse Fishing. Show all posts
Showing posts with label Finesse Fishing. Show all posts

11 April 2016

Riveria Strike 01/2016: Selunsong / Siakap (Barramundi)


Tarikh: 03/04/2016 (Ahad)
Lokasi: Riveria (RR), Kuching - Samarahan Expressway
Masa  : 6.15am - 3.15pm




Kali ini sambungan dari report yang lepas - Sesi pagi pulak. Cam biasa, seawal 6 pagi aku bergerak ke port RR - Riveria. Minggu lepas ada gak aku terjah, rabut & hanya sempat merasa 5 saat jer fight. So kali ini aku bersemangat sikit untuk mencuba lagi. Lama gak dah aku tak strike kat RR nie. Kali ini aku masih menggunakan set UL & Fineese.

Kat area pertama baling tiada apa2 yang berlaku. Selepas 15 menet tiada apa2 perubahan & miskol, aku berpindah kat area lain lak. Kat sini sekali baling aku biarkan lure sampai ke dasar dulu. Pastu aku mula retrive sedang2 laju, tetiba sesuatu menyambar & melarikan lure aku dengan pecutan manja2...



... dan ternyata fish on & strike & aktiviti melayan bermula. Pada mulanya masih belum kelihatan spesis apa yang menyambar. Kemudian aku capai kamera phone & snap pic nie (payah wei nak snap dengan tangan kiri!). Baru aku nampak kelibat empunya badan... Selunsong! Aku dah mula tersenyum. Lama gak aku dah tak strike Selunsong. Aku terus kawal pergerakan Selunsong nie. Drag memang aku tak kunci ketat. Aku biar spool BC tu dapat bergerak sedikit jika ditarik ikan.





Memang main tarik tali beb! Beliau tarik, aku biarkan tali keluar sambil2 mengontrol tali tersebut dengan ibu jari. Bila beliau berhenti, aku retrive pulak. Berulang2 proses nie. Kena tenang & sabar bila menggunakan set halus camgini. Setelah 2 3 kali beliau membuat aksi akrobatik & keletihan, pelan2 aku tarik ke tepi tebing dengan hati2 sebab anytime beliau boleh membuat aksi durjana dengan sisa2 terakhir napas & kekuatan beliau. Part nie korang kena alert! Yes, akhirnya berjaya didaratkan. Alhamdulillah.





Species: Selunsong / Siakap (Barramundi)
Rod: Kuying _Teton, 2-4 lb 
Reel: Daiwa_Alphas 103L
Line: Special Line x4_4 lb 
Leader: Yamatoyo_Fluoro Shock Leader, 8 lb 
Lure: Cultiva_Ring Kick Tail
Status: Tapau for family





Cantik hook-up kat depan mulut. Kalau kat sisi mulut bahaya sebab dekat dengan pipi beliau yang tajam!





Selunsong nie antara kegemaran anak aku. Baru merasa lauk Grade A lagi. Syukur alhamdulillah.





Hoh, hampir sekilo beb!. Cakap pun tak guna kalau layan dengan set UL & Finesse! Lentok abis rod. Nikmat fight casting & nikmat lauk.





Dalam tengah hari gitu aku rehat jap kat Petronas. Lepas selesai beberapa urusan. Aku kembali lagi. Cuaca cerah hanya sebentar. Kemudian mula bertukar jadi hujan. Aku terus cast jugak dalam hujan renyai2, namun masih kumpau. Hingga bila kedengaran bunyi kilat, baru aku stop sepenuhnya & berpindah ke port DI...







 LURE(S) OF THE DAY

Kecik tapi superb! Hanya bersaiz 2 inci.





TIP(s)

Nie antara cara untuk menangkap Tarpoon, Selunsong & lain2 jika menggunakan jig head camgini. Peratikan kat hujung hook tu, bengkok kan? Ya, memang sengaja dibengkok keluar sedikit bagi memudahkan hook-up.










05 April 2016

Snakehead Report (1st week of April 2016) / Desa Ilmu Strike 04/2016


Tarikh: 03/04/2016 (Ahad)
Lokasi: Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan
Masa  : 4.00pm - 6.30pm



Ada 2 sesi aku cast hari nie iaitu sesi pagi & petang. Kedua2nya strike. Aku mulakan report untuk sesi petang dahulu. Kali ini untuk memenuhi permintaan member FB, Bang IcanBrich - saintifik nick beliau & EE XXL - bagi membezakan sorang lagi member aku EE gak nick dia. Hahaha..., yang teringin komplot di DI. Aku ok jer. Sambil2 tu bolehlah aku target Tarpoon lagi. Buat masa nie aku masih menggunakan set UL & Fineese. Syok gak pakai bila dah serasi.




Kali nie cuaca nak mendung & angin agak kuat. Setelah 3 kali miskol (Tarpoon aku rasa) kat port strike Tarpoon tempohari, kitaorang beralih kat depan nie jer. Melihat kelibat Tarpoon mengambil napas, terus aku cast kat situ...





Tengah asyik retrive, nampak satu kelibat 'remaja' (yang pada mulanya aku sangka Tarpoon) meluru keluar terus menyambar lure aku & memecut selaju cahaya lari kat bawah rumput tu. Setelah agak lama cuba menarik keluar aku rasa memang Toman punya perangai nie.





Jangan tertipu melihat rumput nie. Bawah tu mau takat pinggan gak tenggelam jika salah pijak. Kat tempat camgine lah habitat Toman / Tarpoon dan lain2 bersembunyi untuk mengawan / ambush & macam2 lagi aktiviti sosial berjemaah.





Sempat jugak EE XXL menyenap pic aku tengah memujuk baby Toman tu keluar tapi degil betul beliau. Kuat betul beliau memeluk akar2 rumput kat bawah tu.





Bang IcanBrich melihat aku yang terkial2 cuba menarik keluar baby Toman tersebut, membawa buluh & terus memulakan aktiviti menjolok dalam rumput tu. Perghhhh... masih degil!




Bila dah dapat ditarik sikit, rupanya baby Toman tu "berselimut" baik punya dengan akar2 rumput. Rasa fight Heavy Cover pulak jadinya. *Note: Abaikan perut aku tu. Baju tu ditiup angin. Bukan Boroi hokey! Ilusi semata2... Teruskan melihat rod Kuying Teton 2-4lb yang melentok tu lagi berfaedah!*
 



Akhirnya, kerjasama yang membuahkan hasil. Bejaya jugak baby Toman tu didaratkan setelah penat lelah memujuk-rayu. *Hah, tengok, mana ada perut aku boroi ;p*





Species: Toman @ Giant Snakehead 
Rod: Kuying _Teton, 2-4 lb 
Reel: Daiwa_Alphas 103L
Line: Special Line x4_4 lb 
Leader: Yamatoyo_Fluoro Shock Leader, 8 lb 
Lure: Cultiva_Ring Kick Tail
Status: Take away... Bagi kat Bang IcanBrich. Diorang plan nak menternak.






Bersemangat & bermotibasi... Bang IcanBrich berusaha cast hingga ke titisan peluh yang terakhir.





.... dan rehat selepas habis titisan peluh terakhir keluar. Hahaha... Yang berdiri tu Legen of the Deep Blue Sea - Ronney. Geng Jigging tu!





EE XXL... Posing manja2 ayu buat korang.





Most of us; "Kita berkenalan dalam muka buku...". Satu kepuasan & keseronokan bila akhirnya dapat berjumpa & komplot sama2.









 LURE(S) OF THE DAY

Kegemaran Toman jugak rupanya...











Desa Ilmu Strike 03/2016: Tarpoon @ Ikan Bulan


Tarikh: 01/04/2016 (Jumaat)
Lokasi: Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak
Masa  : 5.15pm - 6.45pm



Memandangkan Mem aku out station dari hari Selasa lepas sehingga hari ini, maka kesempatan yang ada balik dari kerja & berbekalkan set awal2 lagi (Hehehe...), aku terjah sekali lagi port DI - Desa Ilmu. Termasok hari ini dah 3 hari berturut-turut aku turun. Sian anak aku terpaksa menunggu akhir sikit aku ambil diorang. Sabar nak... bukan selalu pun. Time Mama ko out station jer. Love all of U!




Sebenarnya 2 hari berturut2 sebelum nie aku asyik rabut & miskol Tarpon. Saiz kasar2 pulak tu & sedap layan jika pakai set UL & Finesse. Part yang takleh tahan & menyebabkan tido malam aku tak nyenyak apabila (kat sini) aku fight Tarpoon berjaya dirakam member aku & rabut setelah membuat aksi akrobatik kelucahan melampau!





So hari nie kira misi membalas dendam! Berbekalkan weapon baru, aku repeat balik port nie... 2 kali gak ada miskol. Hoh, degil. Aku cast jauh sikit selari dengan "pulau" kecik tu & aku retrive Continuously (pelan2 tanpa henti), tiba2 satu sambaran lembut tapi terlepas. Aku teruskan lagi retrive cara tu, lagi sekali ia memfollow, sambar & lepas. Kali ke-3 aku teruskan retrive tanpa henti & standby untuk menyentap. Seperti yang aku jangka, ia masih memfollow, menyambar & kali ini terus membawa lari lure aku. Inilah saat yang aku tunggu. Aku sentap sedang2 kuat agar hook tembus kat mana bahagian mulut beliau & ternyata strike akhirnya.





Renangan yang kencang, rod Kuying Teton 1-4lb aku bengkok dengan seksi. Drag bc aku tak kunci kuat. Biar dapat ditarik keluar sikit. Terus beliau membuat aksi akrobatik. Sambil2 tu aku cari tempat yang clear sikit untuk aku daratkan. Aku bagi can 3 kali jer beliau hip-hop atas air tu. Kemudian aku tarik ke tempat clear tadi, maka tewas juga beliau akhirnya.





Species: Ikan Bulan @ Local Tarpon
Rod: Kuying _Teton, 2-4 lb 
Reel: Daiwa_Alphas 103L
Line: Special Line x4_4 lb 
Leader: Yamatoyo_Fluoro Shock Leader, 8 lb 
Lure: Cultiva_Ring Kick Tail
Status: Tapau kerana geram rabut semalam





Good size layan dengan set halus-milus!






Mata tekejut tak caya beliau tewas... Hahaha. Ambik ko!






  

 LURE(S) OF THE DAY

SP baru aku untuk misi balas dendam kali ini. Aku gunakan kaler putih tu.








 TIP(s)

Nie antara cara untuk menangkap Tarpoon, Selunsong & lain2 jika menggunakan jig head camgini. Peratikan kat hujung hook tu, bengkok kan? Ya, memang sengaja dibengkok keluar sedikit bagi memudahkan hook-up.



07 March 2016

Snakehead Report (1st week of March 2016) - Desa Ilmu Strike 01/2016: *Lesen Baby Toman & TEST DRIVE: Rod Kuying Teton 2-4 lb


Tarikh: 05/03/2016 (Sabtu)
Lokasi: Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak
Masa  : 7.00am - 5.30pm




*TEST DRIVE*


Yo, pekaba korang? Lama rasanya aku tak update blog nie. Bukan apa, memang aku tak cast sebab beberapa minggu lepas aku bercuti bersama keluarga kat KL & Klang untuk menghadiri majlis perkahwinan kazen mem aku. Masa kita orang kahwin dulu, dia datang. So, masa dia kahwin kita 'balas pantun' lak. Memang masa agak singkat. Tak sempat nak mem'PB' kat Tasik Prima. Bukan setakat nak casting, nak gi kedai pancing pun tak sempat!

Lepas balik dari bercuti tu sempat lah cast weekday sekejap konon2 nak test rod baru, tapi kumpau le pulak. Pasal tu takde report blog aku nie. So, bila hujung minggu menjelma & ada masa yang panjang sikit untuk casting, dapatlah aku sambung balik Test Drive rod Kuying Teton 2-4lb. Rod UL nie. Aku gandingkan rod nie dengan Line 4lb, Leader 8lb, bc Daiwa Alphas 103L (drag 8.8lb). Hrmmm.. taklah UL sepenuhnya sebab aku gunakan BC. Macam lebih kepada Finesse Fishing jer. [ ? ]. Klik kat "?" untuk tambah ilmu korang. Jangan gadoh2 aaa pasal UL ke Finesse ke...

Kali ini aku memilih port kat Taman Desa Ilmu sebagai lokasi sasaran utama. Banyak gambar kali ini untuk korang melepas rindu & sebagai motibasi (yelah tu...). Semoga keindahan tempat ini tidak dicemari oleh sifat rakus & tamak manusia yang "gitu2" tu... Biarlah tempat ini dijadikan tempat beriadah & tempat sukan memancing. C&R amat digalakan. Tapau pun tak pa. Janji berpada2...




Keseluruhan view dari atas bukit.





Keseluruhan view dari atas bukit.














































































Boleh tahankan tempat nie? Besar dari Riveria. Berjaya jugak aku khatam pusing tempat nie. Yang tak sedap mata memandang tang sampah sarap tu. Memang takde kesedaran sivik lah "manusia durjana" tu. Rasa macam nak pindah ke Jepun jer rasa. Tapi apakan daya... Next time aku nak ternak baby MJ & Barra kat dalam nie bagi menambah populasi demi sukan memancing. Yoshhhhhh...! Ok, now back to the point. Let the story begain...



Ada pun tujuan utama aku mensasarkan ikan Tarpoon (local ikan Bulan), khabarnya member aku jumpa saiz yang tersangat sangat sangat osem berenang dengan gumbira kat sini... Lontaran lure kat teluk tu tetiba disambar manja2. 





Ku sangkat Tarpoon, rupanya baby Toman! Hoh, kira lesen jugak nie. Aku lom pernah dapat lesen Toman lagi. Kuat gak beliau fight walaupun bawah umo!





Species: Toman @ Giant Snakehead (1st catch) 
Rod: Kuying _Teton, 2-4 lb 
Reel: Daiwa_Alphas 103L
Line: Special Line x4_4 lb 
Leader: Spider King_Nylon, 8 lb 
Lure: Ofmer_Splash 50F
Status: C&R




Dua2 hook sangkut. Kat mulut & pipi.





Banyak sebenarnya kelihatan ikan Tarpoon mengambil napas (& aku rasa baby Toman pun sama). Lontaran lure ke tengah & retrive sedang2 laju sekali lagi disambar betul2 kat bawah sampah tu. Anjat Boboboi wo...





Kecik sikit dari yang pertama tadi, tapi semangat juang tetap sama! Ishhhh... tersalah fokus lak kamera aku nie.





Species: Toman @ Giant Snakehead (2nd catch) 
Rod: Kuying _Teton, 2-4 lb 
Reel: Daiwa_Alphas 103L
Line: Special Line x4_4 lb 
Leader: Spider King_Nylon, 8 lb 
Lure: Ofmer_Splash 50F
Status: C&R





Memang mencangkup kalau dah pakai trible hook. Jarang2 dapat lepas.





Sampah sungguh orang yang buang sampah kat sini! Nun lepas sikit dari kawasan nie sekali lagi aku cast kat tengah2 kawasan ikan yang mengambil napas, baru 2 3 kali aku meng'k-pop, tetiba lure aku hilang dari pandangan! Wow, magik!





"Poof"... Tetiba beliau muncul balik bersama teman tapi mesra. Strike rupanya. Kali ini besar sikit dari 2 ekor tadi & tangkapan terakhir aku kail ini walaupun beberapa kali "mis" sambaran dari spesis apa entah.

 


Species: Toman @ Giant Snakehead (3rd catch) 
Rod: Kuying _Teton, 2-4 lb 
Reel: Daiwa_Alphas 103L
Line: Special Line x4_4 lb 
Leader: Spider King_Nylon, 8 lb 
Lure: Ofmer_Splash 50F
Status: C&R





Tertunduk malu pulak popper Ofmer tu kena jeling cik Toman. Hikhikhik... So sweet!







 LURE(S) OF THE DAY

Baru strike setelah beberapa bulan dibeli. Best diganding dengan set UL.
  






ULASAN TEST DRIVE:
























"Menyeramkan" pada mulanya ketika melihat rod nie sampai. Bukan apa, tengok hujung tip yang halus milus tu. Nasib baik aku dah ada pendedahan tentang UL. Prestasi lontaran mulanya agak "tak cun" (bukan silap rod, masalah aku sendiri sebenarnya). Bila dah ejas sikit2 beberapa kali buat lontaran, barulah mula serasi. Walaupun belum digasak saiz yang kasar, namun sedap amat bila setting bc & lure dah cun dengan rod. 


Perasan tak rod aku nie dah nampak 'tulang rusuk' nya kat bahagian pemegang? Aku customkan bagi nampak seksi (Bang Amin dari Miri yang buatkan. Jauhnya nak hantar buat custom. Minat mengatasi segala2nya) . Muahhhhhhhh! Ada yang kata hilang balance bila buat gine. Jawapan aku, "Tidak sama sekali!"... Bukan banyak sangat pun "lemak" yang aku buang nak bagi dia nampak seksi tu. Yang penting korang kena setting bc & lure. Hanya grip tu licin sikit lah sebab aku epoxy sekali untuk menjaga cork tu.




So, sexyyyy....!