Showing posts with label wedding theme. Show all posts
Showing posts with label wedding theme. Show all posts

Thursday, February 17, 2011

PB: Warna Tema kahwin pilihan 2011

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Pagi semua, 

Ramai juga yang mencari maklumat ini di internet. 

Pada Amy, memang banyak kombinasi warna yang dicadangkan di internet tapi yang PALING PENTING, lebih baik ikut warna yang kita dan pasangan kita suka. Sebabnya, warna yang kita selesa pakai, akan tercermin pada muka kita yang kita selesa pakai baju tu. 

Dan apa yang kita suka pakai, mesti akan nampak cantik walaupun pada orang lain tak cantik.
Contohnya, adik Amy kahwin tahun lepas, mereka pasangan yang manis sikit dan adik Amy suka warna kelabu. Jadinya untuk tidak menghampakan dia, kami masukkan warna kelabu tu sebagai warna pilihan tapi cari warna yang kelabu lembut. 

Pada masa yang sama, Amy dan adik perempuan (wedding planner lah konon-kononnya ;)) nak gunakan warna ungu. Fikir-fikir kami gabungkan kedua-dua warna tu dengan ton warna yang sesuai. Gunakan kelabu dan ungu lembut. Hasilnya, alhamdulillah, mereka nampak suweeeet sangat dengan warna tu.

Jadi apa lagi, pilih lah warna kegemaran anda dan anda mesti suka dengan warna baju yang dipilih, nanti auranya terserlah pada muka anda berdua. Siapa setuju, angkat tangan!!!!

Sunday, November 21, 2010

PB: Produk Inani yang paling mendapat sambutan sepanjang tahun

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Pakkal lah adik yang ketiga belum nak kahwin lagi, kalu tak, dah lama Amy memborong barang-barang Inani ni untuk dijadikan wedidng gift adik. Looking forwards to contribute some of this lovely items for my niece which might be getting married end of 2011...
So, the HOT items which on the center stage were .... (drum roll please.... ;)
**
FLY TURQOUISE
**
TEX, YANIE
**
FLY IN PURPLE AND SILVER FINISHING...
Menarik kan barang-barang ni. Kalau anda berminat, do call me to ask for more details before make any purchase ya. I assured you that you will have no regrets having this products as your wedding gifts/souvenirs for your honoured guests. Its truely Malaysian products.
Lots of love from Amy, and do take care beautiful people or B2B ya... ;)
Amy, PB

Monday, November 8, 2010

PB: RMH Turqouise/Baby blue sedia untuk dijual...

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Hai semua. Amy harap semuanya baik-baik shj ya.
OK, Amy ada tawaran baru untuk dibuat. Hantaran Ready Made RMH Turqouise, mengandungi:
5 bakul yang telah siap digubah dan
2 bunga dulang
Sesiapa yang berminat, sila hubungi segera sebelum kehabisan ;)
Juga boleh menyiapkan terus hantaran jika berminat. Email Amy di pengantinbudget2@gmail.com atau telefon:016.251.4746
***
***
Jaga diri ok!...
Babai...
Amy, PB

Monday, October 18, 2010

PB: Sirih junjung - Daun sirih dan bunga segar

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Turut menyediakan tempahan sirih junjung terutama dalam gubahan moden tetapi masih mengekalkan keklasikan sirih junjung itu sendiri.
Akan disertakan bersama sirih ialah:
Bunga Kapur,
Bunga Cengkih,
Bunga gambir,
Bunga hidup - selalunya bunga ros
serta bunga melur
Contoh gubahan sirih junjung seperti di bawah:
*
(ops, abaikan gambar yg tak berkenaan selain dari sirih junjung ok!)
*
*

Sirih junjung sentuhan moden tetapi masih mengekalkan keasliannya... ;)
Jika berminat untuk buat tempahan, hubungi saya dengan segera ya...
Terima kasih,
Amy PB.

Wednesday, September 1, 2010

PB: Kahwin hari Merdeka?

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~ Kahwin hari Merdeka? Hai semua. Tak terlambat Amy nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53 tahun. Semoga kemakmuran, kedamaian dan kemajuan negara kita akan berterusan sampai bila-bila.
Nasib baik pada tarikh 31 Ogos 2010 ni bulan puasa, kalau tidak mesti ramai juga yang buat majlis kahwin pada hari ni kan? Contohnya penyanyi M.Nasir kahwin dengan Marlia Musa pada tarikh keramat ini beberapa tahun sudah. Senang nak ingat tarikh kahwin dimana sama dengan Hari Kebangsaan kita.
Selain itu, proses membuat persiapan raya juga sedang rancak dijalankan. Semalam Amy pergi SOGO, mahu beli apa yang perlu, nampak juga beberapa pasang tunang/ kekasih barangkali sedang melihat-lihat set kosmetik dan minyak, mungkin untuk dijadikan sebahagian daripada hantaran kahwin/tunang mereka. Eloklah berbelanja bila ada jualan murah a.k.a SALE ni boleh berjimat, tak gitu :)
Akhir kata, Selamat Berpuasa dan Selamat membuat persiapan perkahwinan untuk pasangan yang sedang menghitung hari untuk menaiki pelamin tak lama lagi, mungkin pada bulan Syawal yang bakal tiba nanti? Semoga semuanya selamat ya!. ~Amy, Pengantinbudget~

Sunday, July 11, 2010

PB: Hantaran Ready made: Merah nyala + oren lembut

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Hai semua, sihat? Ini ada lagi entri tentang Pakej Hantaran Ready Made warna merah nyala + oren lembut...
*
*
Pakej mengandungi:
5 dulang hantaran + 5 bunga dulang
+
2 bunga dulang
Harga: Termurah di KL dengan kualiti yang dijamin.
Jika berminat/untuk mengetahui harganya, sila email ke pengantinbudget2@gmail.com atau telefon/sms ke 016-251.4746 (Amy)
Membantu anda menyiapkan keperluan hari bahagia anda pada harga yang berpatutan.
Enjoice!

Tuesday, June 29, 2010

PB: Pilihan warna tema perkahwinan / Wedding theme

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Pejam celik, pejam celik sudah setengah tahun 2010 berlalu. Julai pula tak lama lagi akan menyusul. Zaman sekarang ni, orang buat majlis bukan tertumpu hanya pada cuti sekolah sahaja tapi yang pasti bulan September dan November akan datang (cuti sekolah) memang kenduri kahwin akan lebih banyak dari biasa. Sekarang Sabtu Ahad pun dah banyak ek orang buat kenduri kahwin...

So, talking about "wedding seasons", what is the wedding colour trend for this year, 2010? I guess many of the bride and groom still in favour of white,, pastel and sweet colour, although some of them are bold enough to wear/use extreme/bright colour like bright pink, orange, black and red chilli colours.

Warna yang selalu menjadi pilihan adalah:
(sumber/sources: Martha Stewart di sini/here )

ungu + putih

*
merah jambu + putih

*
turqouise

*
biru muda

*
hijau muda/hijau epal

*
putih +  putih

*


Ada juga yang campurkan dua warna contohnya:

putih + hitam

*
kelabu + ungu
(adik saya guna ini hujung tahun lepas)

*
hitam + pink

*
oren + hijau

*
turqouise + pink

*

Yang mana satu menjadi pilihan anda? Jangan lupa masukkan putih/cream/off white atau ton senada (contohnya biru gelap + biru muda) untuk mendapatkan seri lembut kerana jika garang sangat warna akan menyakitkan mata, huhu ;)

Selamat berkreatif ya!

 Oh, ya, jika anda masih belum mendapat orang untuk gubahkan hantaran anda, jika berminat, hubungi saya untuk mendapatkan khidmat yang boleh menepati budget anda, cantik dan elegan. Boleh beri warna pilihan anda dan saya akan cuba sesuaikannya untuk menjadikan impian anda satu kenyataan.

Loves,
Amy, pengantinbudget2.


Sunday, June 27, 2010

Pakej "Ready Made" Gubahan Hantaran - RMH Turquoise classic01/ Klasik Biru Muda01

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Ops, ada lagi ya!. Kali ini Amy tawarkan Pakej hantaran yang telah siap digubah berwarna Turquoise classic/ Klasik Biru Muda. Dalam pakej ini mengandungi:
5 bakul siap digubah + 5 bunga dulang
+
2 bunga dulang sahaja
Contoh hantaran ready made yang dimaksudkan:
Kod: RMH Turqouise Classic
Gambar dari tepi
Gambar dari atas
HARGA: Adalah antara termurah di KL. Untuk keterangan lanjut, hubungi saya, Amy, di
sms/telefon : 016.2514746
cbox di sebelah kanan belog ini.
Loves,
Amy

Saturday, June 26, 2010

Pakej Ready Made Gubahan Hantaran Murah RMH purple white01

Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

UPDATE PADA 17 DISEMBER 2010:
DITEMPAH OLEH AZWA GOMBAK


Apa khabar semua? Hm, lama juga Amy tak bagi update terbaru dan pastinya kali ini Amy mahu tawarkan produk terbaru Pengantin Budget2 iaitu:

PAKEJ "READY MADE" GUBAHAN HANTARAN MURAH!

Pakej mengandungi:
5 bakul gubahan + 5 bunga dulang
+
2 bunga dulang sahaja
dengan harga antara TERMURAH DI PASARAN

Sesuai sangatlah untuk Pengantin Budget yang mahukan hantaran yang cantik dengan harga berpatutan, betul tak?
Untuk HARGA, sila sms/email/telefon/C-Box dan sertakan sekali email untuk dihubungi semula.
Warna yang sedia ada adalah:

UNGU DAN PUTIH

Ini adalah contohnya:

Kod: RMH Purple White01



bakul rotan, bunga dulang dengan sepasang persalinan(persalinan sebagai contoh) / rattan basket, artificial dulang flowers with clothes (clothes for demonstration only).

Hubungi Amy untuk maklumat lanjut.
fon: 016-2514746
chat box

Makluman: Belum habis lagi ni, insyaAllah akan menyusul RMH berwarna lain pula.
Enjoy ya! Thanks!

Loves, Amy

Sunday, June 13, 2010

PB: Koleksi Hantaran Ungku Mizah, Segamat - 12 Jun 2010

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Tahniah kepada Ungku Mizah dan pasangannya, Fendi atas majlis perkahwinan mereka pada 12 Jun yang lepas. Saya telah diberi kepercayaan untuk menyiapkan beberapa hantaran mereka seperti Al-Quran, cup cakes, coklat, sepasang persalinan baju Melayu serta kepala adat iaitu Sirih Junjung. Enjoice... ;)

Wednesday, June 9, 2010

PB: TERBARU! Bekas telur murah RM 2.00: YUSRINA

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~ Hot from the oven! This new products just release! -YUSRINA open container- RM 2.00 each (no engraved work) RM 3.00 each (with engraved work) Available in pink, dark purple and light purple. Couple's name can also be engraved with additional RM 1 each but must be ordered 3 months earlier. Normal order can be made immediately depending on the stock but engraved ordered must be made 3 months before the event.
Terhangat di pasaran, Bekas Telur/Potpuri/Coklat YUSRINA.
Terdapat dalam warna Merah jambu, Ungu Gelap dan Ungu Cair.
Berharga RM 2.00 seunit (tanpa nama)
RM 3.00 seunit (dengan ukiran nama pengantin)
Untuk tempahan biasa (tanpa nama) tiada masa minimum diperlukan dan bergantung kepada stok tetapi untuk tempahan beserta ukiran nama, 3 bulan tempahan awal diperlukan.
Hubungi sekarang untuk tempahan: Amy Telefon: 016-2514746 Email: pengantinbudget2@gmail.com ChatBox -->

Monday, June 7, 2010

PB: Kalau duit tak sampai RM 30 ribu, boleh buat majlis kahwin tak sekarang ni?

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~ *
(Gambar hiasan: Persandingan Mawi dan Ikin, credit murai.com.my)
Sengaja nak tulis pasal tak cukup duit tapi nak kahwin ni, sebabnya ramai antara kita yang belum berapa ado lagi untuk buat majlis grand sangat. Harapkan duit mak ayah. Ada lah juga yang boleh simpan duit banyak tapi tak berapa boleh keluar sangat, dating, tengok wayang dan sebagainya sebab nak jimat belanja dan kumpul duit sebelum kahwin.
Masa saya kahwin dulu belanja diri sendiri yang dengan rela hatinya keluarkan duit untuk kahwin lebih dari RM 10 ribu... huhuhu.. Duit simpanan masa tu bukannya ada sangat tapi beli sikit-sikit. Gaji bulan Oktober beli kasut, bulan November beli minyak wangi dan seterusnya senarai barang nak dibeli bertambah , tak campur lagi barang-barang untuk dibuat hiasan hantaran, pelamin, baju nikah, sanding, mak andam. wedding gift... ayo yo.... memang pening kepala, tapi syukur, akhirnya berkat bantuan keluarga, tunang tersayang (dah jadi suami pun sekarang hehehe), kawan-kawan dan saudara-mara, telah selamat kami menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri selama nak masuk 5 tahun 11 Jun ini.
Dikurniakan 2 orang putri dan putra yang sangatlah keletah dan sangat pandai beraksi membuatkan kami terhibur walaupun kadang-kala rasa nak pecah kepala dibuatnya, tapi bila anak-anak tiada di sisi, terasa kosong hidup ini... chewah.. feeling tu...
Semoga Allah merestui kasih sayang kami suami isteri bersama-sama keluarga tercinta hingga ke akhir hayat dan akhirat, Amin...
(walaupun budget kahwin kami dulu tidak memungkinkan kami buat sambutan kahwin besar-besaran, hanya sekadar yang termampu... pengantinbudgetlah katakan!... ;)
EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter