Showing posts with label tema perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label tema perkahwinan. Show all posts

Thursday, February 2, 2012

PB2: Wedding theme 2012 - telahan Amy PB2

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat mlm semua,
Amy dah lama nak cuba-cuba matchkan warna-warna yang pelik, yang lari dari kebiasaan untuk wedding. Nak cari yang berani sikit untuk tahun 2012 ni..

Amy mulakan dgn warna purple blue--- result -- soothing + cool




Warna green red -- result -- vibrant + energetic colour

 
 


yellow grey wedding -- result -- cool + brave + different



Hm, rasanya cukup takat ni, rupanya payah juga nak matchingkan dengan perkara-perkara yang perlu ada dalam majlis kahwin ni. Tapi pada Amy boleh memberi idea kepada bakal-bakal pengantin di luar sana...

Sumber gambar-gambar ini, sudah pasti daripada Pakcik femes GOOGLE...

Salam Sayang,
Amy PB2.

Friday, August 5, 2011

PB: Tema perkahwinan warna hijau kuning



Salam semua, 
Tiba-tiba Amy terfikir kalau b2b yang masih tercari-cari tema buat majlis perkahwinan mereka, apa kata cuba kombinasi warna hijau kuning. 

Bila cari dalam Mr. Google, banyaklah rupanya wedding di Barat yang telah menggunakan kombinasi warna ni. Nampak berani tapi masih nampak neutral bila ada warna hijau tu kan? Kebetulan Amy memang suka kuning dan masa Amy kahwin dulu pun guna warna tema kuning. Cuma masa tu tak terfikir nak gabungkan dengan hijau. Sebab selalunya kombinasi warna yang biasa digunakan mesti kuning putih, merah putih dll pada jaman tu... ;)
Jom cuci mata erk.


Kalau  tengok gambar baju pengantin tu dia guna warna champaign, berada dalam zon warna kuning...

Soothing sangat bila guna kuning muda dengan hijau pucuk pisang

 Owh, Amy suka sangat kombinasi warna bunga tangan ni...

Isteri tomok dalam baju pengantin kuning

Cantik kan?

Salam sayang,

Amy PB2

Thursday, February 17, 2011

PB: Warna Tema kahwin pilihan 2011

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Pagi semua, 

Ramai juga yang mencari maklumat ini di internet. 

Pada Amy, memang banyak kombinasi warna yang dicadangkan di internet tapi yang PALING PENTING, lebih baik ikut warna yang kita dan pasangan kita suka. Sebabnya, warna yang kita selesa pakai, akan tercermin pada muka kita yang kita selesa pakai baju tu. 

Dan apa yang kita suka pakai, mesti akan nampak cantik walaupun pada orang lain tak cantik.
Contohnya, adik Amy kahwin tahun lepas, mereka pasangan yang manis sikit dan adik Amy suka warna kelabu. Jadinya untuk tidak menghampakan dia, kami masukkan warna kelabu tu sebagai warna pilihan tapi cari warna yang kelabu lembut. 

Pada masa yang sama, Amy dan adik perempuan (wedding planner lah konon-kononnya ;)) nak gunakan warna ungu. Fikir-fikir kami gabungkan kedua-dua warna tu dengan ton warna yang sesuai. Gunakan kelabu dan ungu lembut. Hasilnya, alhamdulillah, mereka nampak suweeeet sangat dengan warna tu.

Jadi apa lagi, pilih lah warna kegemaran anda dan anda mesti suka dengan warna baju yang dipilih, nanti auranya terserlah pada muka anda berdua. Siapa setuju, angkat tangan!!!!

Sunday, November 21, 2010

PB: Produk Inani yang paling mendapat sambutan sepanjang tahun

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Pakkal lah adik yang ketiga belum nak kahwin lagi, kalu tak, dah lama Amy memborong barang-barang Inani ni untuk dijadikan wedidng gift adik. Looking forwards to contribute some of this lovely items for my niece which might be getting married end of 2011...
So, the HOT items which on the center stage were .... (drum roll please.... ;)
**
FLY TURQOUISE
**
TEX, YANIE
**
FLY IN PURPLE AND SILVER FINISHING...
Menarik kan barang-barang ni. Kalau anda berminat, do call me to ask for more details before make any purchase ya. I assured you that you will have no regrets having this products as your wedding gifts/souvenirs for your honoured guests. Its truely Malaysian products.
Lots of love from Amy, and do take care beautiful people or B2B ya... ;)
Amy, PB

Monday, November 8, 2010

PB: RMH Turqouise/Baby blue sedia untuk dijual...

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Hai semua. Amy harap semuanya baik-baik shj ya.
OK, Amy ada tawaran baru untuk dibuat. Hantaran Ready Made RMH Turqouise, mengandungi:
5 bakul yang telah siap digubah dan
2 bunga dulang
Sesiapa yang berminat, sila hubungi segera sebelum kehabisan ;)
Juga boleh menyiapkan terus hantaran jika berminat. Email Amy di pengantinbudget2@gmail.com atau telefon:016.251.4746
***
***
Jaga diri ok!...
Babai...
Amy, PB

Monday, October 18, 2010

PB: Sirih junjung - Daun sirih dan bunga segar

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Turut menyediakan tempahan sirih junjung terutama dalam gubahan moden tetapi masih mengekalkan keklasikan sirih junjung itu sendiri.
Akan disertakan bersama sirih ialah:
Bunga Kapur,
Bunga Cengkih,
Bunga gambir,
Bunga hidup - selalunya bunga ros
serta bunga melur
Contoh gubahan sirih junjung seperti di bawah:
*
(ops, abaikan gambar yg tak berkenaan selain dari sirih junjung ok!)
*
*

Sirih junjung sentuhan moden tetapi masih mengekalkan keasliannya... ;)
Jika berminat untuk buat tempahan, hubungi saya dengan segera ya...
Terima kasih,
Amy PB.

Wednesday, September 1, 2010

PB: Kahwin hari Merdeka?

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~ Kahwin hari Merdeka? Hai semua. Tak terlambat Amy nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53 tahun. Semoga kemakmuran, kedamaian dan kemajuan negara kita akan berterusan sampai bila-bila.
Nasib baik pada tarikh 31 Ogos 2010 ni bulan puasa, kalau tidak mesti ramai juga yang buat majlis kahwin pada hari ni kan? Contohnya penyanyi M.Nasir kahwin dengan Marlia Musa pada tarikh keramat ini beberapa tahun sudah. Senang nak ingat tarikh kahwin dimana sama dengan Hari Kebangsaan kita.
Selain itu, proses membuat persiapan raya juga sedang rancak dijalankan. Semalam Amy pergi SOGO, mahu beli apa yang perlu, nampak juga beberapa pasang tunang/ kekasih barangkali sedang melihat-lihat set kosmetik dan minyak, mungkin untuk dijadikan sebahagian daripada hantaran kahwin/tunang mereka. Eloklah berbelanja bila ada jualan murah a.k.a SALE ni boleh berjimat, tak gitu :)
Akhir kata, Selamat Berpuasa dan Selamat membuat persiapan perkahwinan untuk pasangan yang sedang menghitung hari untuk menaiki pelamin tak lama lagi, mungkin pada bulan Syawal yang bakal tiba nanti? Semoga semuanya selamat ya!. ~Amy, Pengantinbudget~

Sunday, July 11, 2010

PB: Hantaran Ready made: Merah nyala + oren lembut

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Hai semua, sihat? Ini ada lagi entri tentang Pakej Hantaran Ready Made warna merah nyala + oren lembut...
*
*
Pakej mengandungi:
5 dulang hantaran + 5 bunga dulang
+
2 bunga dulang
Harga: Termurah di KL dengan kualiti yang dijamin.
Jika berminat/untuk mengetahui harganya, sila email ke pengantinbudget2@gmail.com atau telefon/sms ke 016-251.4746 (Amy)
Membantu anda menyiapkan keperluan hari bahagia anda pada harga yang berpatutan.
Enjoice!

Wednesday, June 30, 2010

PB: Cenderahati bentuk Tepak yang pelbagai, RM 4.50 - RM 8.00 seunit, diskaun diberi dengan pembelian banyak!

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
*
Cenderahati kahwin 'tepak' ini sesuai digunakan untuk hantaran perkahwinan /pertunangan, atau pun sebagai door gift majlis kahwin dan majlis sosial / korporat.
Contoh barang yang sesuai diletakkan dalam tepak ini adalah seperti kek buah, coklat, gula-gula, bunga rampai dan sebagainya.
Sangat cantik dibuat hiasan selepas majlis dan tampak eksklusif serta pasti penerimanya sangat suka dengan pemberian anda ini. ;)
Tepak berharga antara RM 4.50 - RM 8.00
*
Fakta menarik:
**Tepak Juma merupakan inspirasi daripada kotak hantaran perkahwinan Datin Norjuma Habib dan
Datuk Mohamed Nazim Tun Razak*
Inani Craft telah menghasilkan salah satu daripada kotak hantaran Datin Norjuma*
*diskaun*
order 500 - 999 unit = (5% diskaun)
*
order>1000 unit = (10% diskaun)
*
Tepak Ain pada 2010 berharga RM 4.50
*
*
*
*
*
*
Jika berminat, sila hubungi Amy, di 016.251.4746 atau sms. Boleh juga email ke pengantinbudget2@gmail.com atau cbox di sebelah kanan ini untuk maklumat lanjut. Jika mahukan warna yang lain, ianya boleh dibuat dengan pembelian 1,000 unit ke atas.
Enjoice!

Tuesday, June 29, 2010

PB: Pilihan warna tema perkahwinan / Wedding theme

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Pejam celik, pejam celik sudah setengah tahun 2010 berlalu. Julai pula tak lama lagi akan menyusul. Zaman sekarang ni, orang buat majlis bukan tertumpu hanya pada cuti sekolah sahaja tapi yang pasti bulan September dan November akan datang (cuti sekolah) memang kenduri kahwin akan lebih banyak dari biasa. Sekarang Sabtu Ahad pun dah banyak ek orang buat kenduri kahwin...

So, talking about "wedding seasons", what is the wedding colour trend for this year, 2010? I guess many of the bride and groom still in favour of white,, pastel and sweet colour, although some of them are bold enough to wear/use extreme/bright colour like bright pink, orange, black and red chilli colours.

Warna yang selalu menjadi pilihan adalah:
(sumber/sources: Martha Stewart di sini/here )

ungu + putih

*
merah jambu + putih

*
turqouise

*
biru muda

*
hijau muda/hijau epal

*
putih +  putih

*


Ada juga yang campurkan dua warna contohnya:

putih + hitam

*
kelabu + ungu
(adik saya guna ini hujung tahun lepas)

*
hitam + pink

*
oren + hijau

*
turqouise + pink

*

Yang mana satu menjadi pilihan anda? Jangan lupa masukkan putih/cream/off white atau ton senada (contohnya biru gelap + biru muda) untuk mendapatkan seri lembut kerana jika garang sangat warna akan menyakitkan mata, huhu ;)

Selamat berkreatif ya!

 Oh, ya, jika anda masih belum mendapat orang untuk gubahkan hantaran anda, jika berminat, hubungi saya untuk mendapatkan khidmat yang boleh menepati budget anda, cantik dan elegan. Boleh beri warna pilihan anda dan saya akan cuba sesuaikannya untuk menjadikan impian anda satu kenyataan.

Loves,
Amy, pengantinbudget2.


Sunday, June 27, 2010

Pakej "Ready Made" Gubahan Hantaran - RMH Turquoise classic01/ Klasik Biru Muda01

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Ops, ada lagi ya!. Kali ini Amy tawarkan Pakej hantaran yang telah siap digubah berwarna Turquoise classic/ Klasik Biru Muda. Dalam pakej ini mengandungi:
5 bakul siap digubah + 5 bunga dulang
+
2 bunga dulang sahaja
Contoh hantaran ready made yang dimaksudkan:
Kod: RMH Turqouise Classic
Gambar dari tepi
Gambar dari atas
HARGA: Adalah antara termurah di KL. Untuk keterangan lanjut, hubungi saya, Amy, di
sms/telefon : 016.2514746
cbox di sebelah kanan belog ini.
Loves,
Amy
EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter