Showing posts with label tunang. Show all posts
Showing posts with label tunang. Show all posts

Tuesday, May 17, 2011

PB: Hantaran simple kuning & putih

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam semua...

Ingat lagi tak posting ini? Pasal hantaran simple adik ipar Amy tu, jadinya entri kali ini memang khas untuk memperlihatkan hantaran yang Amy maksudkan (hehehe ayat skema lah pulak ;). 

Jom kita tengok, hasil kerja tangan Amy yang dinasihatkan oleh MIL yang tersayang... ;)

ikut arah jam:
tempat cincin & simbol wang hantaran (ini kawan MIL yg buat),
tepak sirih tradisional (Amy suka kelopak bunga ros kuning tu...),
kek royal icing (kawan MIL buat),
sebakul kuih muih yang tersangatlah sedap dari Simpang Renggam



gubahan buah-buahan tempatan - idea yang menarik. kalau tidak asyik guna anggur jer kan? dan sepasang kasut untuk ibu tunang Pi sempena Hari Ibu.

Nak tengok pasangan yang bertunang tu? Ok, ini gambar candid mereka, insyaAllah bila dah kahwin nanti kita kasi close up khas untuk mereka ek..


Tahniah dan semoga bahagia dan dipelihara Allah selalu, amin...

Ok, itu saja untuk kali ni, nanti Amy buat posting lain pula ya,

Until then, take care... 

Amy, PB2.

Sunday, May 15, 2011

PB: Hiasan dulang hantaran gunakan riben sahaja - edisi simple tapi elegan

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat malam semua,
Alhamdulillah tadi selesai sudah majlis pertunangan adik ipar Amy dengan kekasih hatinya di Ampang. Syukur majlis berjalan dengan lancar memandangkan kedua-dua famili telah kenal satu sama lain dengan baik dan anak-anak telah lama berkawan. Sudah tiba masanya mereka disatukan dan insyaAllah tengah tahun depan majlis untuk menyatukan pasangan kekasih ini sebagai pasangan dengan ikatan yang sah.

Cuma apa yang menarik, ibu mertua Amy ingin menggunakan konsep simple dan elegan dengan menggunakan hiasan dulang hantaran menggunakan riben sahaja dan penggunaan hiasan minimalis dan dulang besi. Cukup ringkas tetapi membawa maksud yang terus terang, straight forward tak ada bengkok. Pada Amy sangatlah praktikal sebab selesai majlis selalunya hiasan-hiasan pada dulang hantaran biasanya sudah tidak digunakan. Mungkin untuk mereka yang kreatif boleh menggunakan semula barang tersebut untuk dijadikan barang hiasan di rumah tetapi berapa banyak sangat yang boleh direcycle semula untuk tujuan tersebut?

InsyaAllah kalau diizinkan Amy akan kongsikan gambar yang sempat diambil pada entry yang akan datang ya. Sebelum itu, nak juga ucapkan tahniah untuk Pi dan Huda atas pertuangan mereka. Tahun depan naik pelamin dan makan nasi minyaklah kita ya, insyaAllah... 

Semoga kalian sentiasa menjaga hubungan dengan baik dan hubungan ini akan direstui dan diberkati Allah sehingga akhir hayat. Semoga segala persiapan dapat dilakukan dengan baik dan dipelihara oleh Allah sepanjang tempoh pertunangan ini sehingga ke saat diijabkabulkan, amin...
EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter