Showing posts with label produk Inani Craft. Show all posts
Showing posts with label produk Inani Craft. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

PB: Fridge Magnet design terbaru dari Inani

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat pagi Darlings...
Ada berita baik! Pengantinbudget2 akan menjadi rakan persiapan kahwin anda yang boleh dipercayai lagi sebab kami akan mempersembahakan cenderahati murah tapi cantik untuk diberikan kepada tetamu anda. Lagi pilihan menarik untuk dipilih. Masih tak terlambat untuk sesiapa yang mahu mencari barang sebagai balasan kepada tetamu yang anda jemput ke majlis perkahwinan anda...

Ini dia, Fridge Magnet dengan tulisan TERIMA KASIH berbentuk:

1. Gubahan Bunga (biru, ungu pekat, pink dan kuning)

2. Bunga dengan ladybird (Ini cute sangat!!) dan boleh letak nama ya (tambahan RM 1 untuk setiap satu FM) (warna kuning). maksudnya tak ada tulisan terima kasih tapi diganti dengan nama anda dan pasangan - menarik kan?.

3. Medal bulat (warna soft pink)


Maaf gambar dari handphone, blur sikit.
Amy sengaja letak pembaris pendek Sarah di situ supaya Darlings semua boleh agak berapa besar FM-FM ni. Sebenarnya banyak lagi warna yang ada, infact, Darlings semua boleh tukar ikut kehendak masing-masing tetapi kena bagi contoh warna yang dikehendaki.
Pihak Inani pesan, kalau boleh bawa dalam bentuk kertas dan bukan sampel kain sebab susah nak cari warna kain.

Ha, sangat istimewa kan? Apa lagi nak ditunggu, jom order Fridge Magnet terbaru dari Inani ni ya.

Ok semua, salam sayang dan jaga diri baik-baik ya... ;)

Amy PB2.


Monday, January 24, 2011

PB: Tempahan Fly Turquoise dari Ainon

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Salam semua,
Terima kasih Ainon untuk tempahan Fly warna Turquoise, warna yang beri rating tinggi untuk blog Amy ni. Ramai yang cari apa2 saja info berkenaan warna ni.
Ini gambarnya...
Dah berbalut dengan tag Terima kasih, cuma perlu bagi je kepada pengunjung bertuah pada majlis anda nanti ;). Ini salah satu barangan daripada Inani Craft, kalau nak tahu lagi, boleh hubungi Amy ya.
Itu saja untuk kali ini, jaga diri, bye...
Salam Sayang,
Amy, PB2

Monday, May 10, 2010

~Pengantin Budget2 _ Rakan yang dipercayai~ Sebagai agen Inani Craft, di sini saya ingin mengatakan Inani Craft menawarkan pelbagai jenis cenderahati kahwin unik dan moden untuk bakal-bakal pengantin di Malaysia. Produk-produk Inani Craft adalah seperti berikut: - cenderahati murah RM 2.00 - bekas telur biasa (RM 2.50 - RM 3.50) - bekas telur biasa (RM 4.00) - bekas telur biasa (RM 4.50 - RM 5.00) - bekas telur 'bunga' (flower) - bekas telur 'buah-buahan' (fruit) - bekas telur 'classic'(RM 4.00 - RM 5.00) - bekas telur VIP - bekas pelbagai guna (OC) - RM1.50 - bekas pelbagai guna (OC) - RM 3.00 - bekas pelbagai guna (R&T) - RM 3.00 - RM 5.00 - bekas pelbagai guna (R&T) - RM 5.50 - RM 7.00 - bekas pelbagai guna (R&T) - RM 8.00 - RM 9.00 - bekas pelbagai guna (R&T) - VIP - cenderahati tepak - cenderahati basket - pen holder (PH) - wall decor (WD) - photo-frame (PF) - produk gelas (glass painting) Produk-produk ini juga amat bersesuaian dijadikan sebagai cenderahati untuk majlis korporat/sosial seperti sambutan hari guru, hari ibu, hari jadi, jamuan perpisahan, aqiqah, majlis cukur jambul, majlis pertunangan / merisik, majlis resepsi dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya , Amy melalui email pengantinbudget2@gmail.com, atau hubungi telefon 016-2514746. Sila majukan sebarang pertanyaan kepada saya, jangan malu dan segan ya! ~Amy, pengantinbudget2@gmail.com~
EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter