~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Salam semua,
Aduhai, kesiannya bila Amy baca jumlah standard wang hantaran kahwin tahun semasa sangat tinggi, sehingga paling koman rm 10,000, malah ada yang lebih lagi dari rm10k tu....
Masa Amy kahwin 9 tahun lepas belum sampai rm 10 k. Masa tu dah nak cicah dah jumlah tu, tapi sekarang, dah lebih dari tu.
Pada Amy, kalau betul-betul mampu nak beri jumlah hantaran sebanyak tu kepada bakal isteri adalah dialu-alukan, bertuah badan wanita tu. Tetapi..... Kalau tak cukup duit, tapi sangat sayang n cinta kat tunang kita tu, berilah ikut kemampuan.
Sebenarnya, minta maaf nak bagitahu ni, pihak wanita akan menggunakan duit tu untuk taja majlis di pihak mereka. Kalau keluarga wanita tu dah mampu, tak perlu nk minta jumlah tinggi macam tu, sebab kebanyakan teruna yang nak kahwin tu mesti baru mula bekerja dan paling tepat mesti tak sampai 5 tahun bekerja. Tak payah nak putar cerita lah kan, kalau ikutkan mana mampu nak simpan duit banyak. Nak nak kalau teruna tu awal bekerja dah beli kereta baru, tinggal rumah bujang, kerja di bandar besar, segak bergaya sangat dan sangat mengikuti perubahan gajet terkini yang ada di pasaran.
Tak salah kalau kita cuba berbelanja ikut kemampuan diri. Lantaklah kalau orang nak kata majlis macam tak ada duit atau jumlah wang hantaran kita sikit, sebab orang-orang yang bercakap tu bukannya menghulurkan wang bantuan kepada kita, betul tak?
Pada Amy, kehidupan lepas majlis kahwin tu yang lebih penting, ibaratnya, kemeriahan majlis kahwin hanya untuk 4 hari (2 hari sebelah wanita, 2 hari sebelah teruna). Lepas tu bermulalah kehidupan sebenar sebagai suami isteri yan sah.
Mana nak bayar sewa rumah, macam di Kuala Lumpur ni, sewa rumah paling paling murah rm600, itupun kalau tuan rumah baik hati tak naikkan harga. Tak kanlah dah kahwin nak sewa bilik pulak kat rumah yang bercampur penghuninya kan? Mana nak dibeli barang dapur, bayar bil-bil utiliti, nak beri ibu ayah, belanja makan di pejabat, nak bayar hutang ambil loan nak kahwin lagi. Aduhai, memanglah berkahwin tu insyaAllah akan menambah rezeki, tetapi jika tidak dikawal perbelanjaan keluarga, bagaimana setiap kos yang perlu dibayar SETIAP BULAN ni boleh dibayar?
Masa persiapan kahwin tu, bakal pengantin perlu beli set katil baru, nak beli barang hantaran mahal-mahal yang ada kala tak mampu sebenarnya untuk dibeli, nak sewa baju pengantin baru, buah tangan yang best2 kepada tetamu, kos makan yang sedap2 untuk tetamu yang hadir dsbnya. Semua kos itu sangat besar dan belum lagi masuk kos bertunang, kos nak tampung sedikit sebanyak belanja saudara mara yang datang memeriahkan majlis kita ni, sewa hotel/rumah untuk keluarga yang datang dari jauh dll. Walau apapun keputusan anda, pastikan semua tu dibuat dengan ikhlas ya.
Itu belum lagi kos untuk melengkapkan peralatan di rumah sendiri yang baru dimasuki sebagai suami isteri. Tv, sofa, meja makan, dapur, almari, mesin basuh, dll yang terpulanglah jumlah nya mengikut selera dan pandangan masing2.
Dearest semua, memang sangat banyak kos yang perlu dikelurkan, itu belum masuk lagi kos tambahan. Jika Allah berikan cahayamata dalam masa terdekat, semua persiapan itu juga adalah kos.
Nanti Amy akan kongsikan beberapa tip yang mungkin boleh dipraktikkan untuk merancang majlis kahwin anda yang meriah dalam kos yang sederhana. InsyaAllah.
Until then, salam sayang, good night all!!!
Amy pb2
Rakan yang dipercayai membantu persiapan perkahwinan pengantin budget. ~Elegan, Murah, Kreatif dan Dipercayai~
Showing posts with label persiapan kahwin. Show all posts
Showing posts with label persiapan kahwin. Show all posts
Sunday, June 8, 2014
Friday, September 27, 2013
PB: Isu hantaran kahwin tinggi sekarang ni. Betul ke?
~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
As salam semua,
Hantaran mahal, mencecah rm 10,000. Aduhai, bila Amy dengar pun macam, tertelanlah juga air liur sebab mana nak dapat duit sebanyak tu untuk disediakan untuk majlis kahwin. Minta maaf ya, Bukan Amy tak setuju dengan jumlah tu, tetapi bila difikirkan secara warasnya, seorang anak bujang yang baru habis belajar dan baru bekerja tak sampai 5 tahun, agak payah sebenarnya nak kumpul duit banyak tu. Melainkan kalau gaji mula kerja dia dah capai rm 5,000.00 sebulan. Tapi bukan semua orang bernasib baik dapat kerja dengan gaji setinggi tu. Amy dulu pun masa baru mula kerja (11 tahun dulu la...) baru rm 1500.00 sebulan. Itu pun bernasib baik dapat kerja awal, ada yang lambat juga dapat kerja. Kalau sekarang dengarnya kalau graduan baru keluar universiti gaji dapat dalam rm 2,200 , bergantung kepada kerja yang dia dapat. Jadinya, bila masa nak kumpul duit untuk cukupkan rm 10,000 tu dalam masa kurang dua tahun? Dibebankan lagi dengan segala belanja untuk menyara diri sendiri yang nak bayar itu ini kan.
Itulah sebabnya agak mustahil untuk seorang anak muda untuk mudah simpan duit banyak, melainkan dia seorang yang sangat pandai merancang kewangan dia dari awal dan tidak boros, tidak beli barang berjenama, dan pandai beringat. Kalau ada, syukurlah anak gadis yang dapat bakal suami yang macam tu.
Apapun, terpulanaglah kepada pilihan masing-masing. Ada ibu bapa pengantin perempuan yang faham, yang mereka bukan nak jual anak, cukup untuk pastikan anak perempuan mereka mendapat suami yang boleh menjaga dengan baik anak mereka dan boleh membimbing ke arah jalan Allah.
Tepuk dada, tanya selera dan iman. Ikut kemampuan masing-masing. Yang penting supaya tidak membebankan dan pengantin tu boleh bincang baik-baik sama sendiri kan. Kalau boleh tak mahulah berhutang kan, kalau boleh elak, cubalah elakkan ya.
Oklah, semoga semuanya berjalan lancar. Perkahwinan yang tidak membebankan akan membawa kepada kebahagiaan dan Allah suka kepada orang yang tidak membazir. Ingatan kepada diri sendiri juga yang ada anak kecil haha. InsyaAllah.
Take care...
Amy pb2
As salam semua,
Hantaran mahal, mencecah rm 10,000. Aduhai, bila Amy dengar pun macam, tertelanlah juga air liur sebab mana nak dapat duit sebanyak tu untuk disediakan untuk majlis kahwin. Minta maaf ya, Bukan Amy tak setuju dengan jumlah tu, tetapi bila difikirkan secara warasnya, seorang anak bujang yang baru habis belajar dan baru bekerja tak sampai 5 tahun, agak payah sebenarnya nak kumpul duit banyak tu. Melainkan kalau gaji mula kerja dia dah capai rm 5,000.00 sebulan. Tapi bukan semua orang bernasib baik dapat kerja dengan gaji setinggi tu. Amy dulu pun masa baru mula kerja (11 tahun dulu la...) baru rm 1500.00 sebulan. Itu pun bernasib baik dapat kerja awal, ada yang lambat juga dapat kerja. Kalau sekarang dengarnya kalau graduan baru keluar universiti gaji dapat dalam rm 2,200 , bergantung kepada kerja yang dia dapat. Jadinya, bila masa nak kumpul duit untuk cukupkan rm 10,000 tu dalam masa kurang dua tahun? Dibebankan lagi dengan segala belanja untuk menyara diri sendiri yang nak bayar itu ini kan.
Itulah sebabnya agak mustahil untuk seorang anak muda untuk mudah simpan duit banyak, melainkan dia seorang yang sangat pandai merancang kewangan dia dari awal dan tidak boros, tidak beli barang berjenama, dan pandai beringat. Kalau ada, syukurlah anak gadis yang dapat bakal suami yang macam tu.
Apapun, terpulanaglah kepada pilihan masing-masing. Ada ibu bapa pengantin perempuan yang faham, yang mereka bukan nak jual anak, cukup untuk pastikan anak perempuan mereka mendapat suami yang boleh menjaga dengan baik anak mereka dan boleh membimbing ke arah jalan Allah.
Tepuk dada, tanya selera dan iman. Ikut kemampuan masing-masing. Yang penting supaya tidak membebankan dan pengantin tu boleh bincang baik-baik sama sendiri kan. Kalau boleh tak mahulah berhutang kan, kalau boleh elak, cubalah elakkan ya.
Oklah, semoga semuanya berjalan lancar. Perkahwinan yang tidak membebankan akan membawa kepada kebahagiaan dan Allah suka kepada orang yang tidak membazir. Ingatan kepada diri sendiri juga yang ada anak kecil haha. InsyaAllah.
Take care...
Amy pb2
Sunday, June 23, 2013
PB: Veil ready made dan harga berpatutan untuk perhiasan ratu sehari
~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Salam semua,
Amy nak kongsikan dengan anda semua untuk sesiapa yang mungkin tercari-cari veil untuk digunakan pada hari pertunangan atau pernikahan yang bakal tiba.
Boleh tengok gambar ini ya.
Lokasi: Gerai di hadapan Wisma Yakin / berhadapan Masjid India
Harga : Harga pembukaan RM 60 (mungkin boleh tawar lagi kalau nak murah dan kalau abang/kakak tu bagi... hehe)
Warna : Putih/Hitam/Coklat/Ungu/Merah jambu (Mungkin boleh Tanya kalau ada warna lain).
Saiz : Bulat dan abang tu kata lebih besar sikit dari veil biasa
Abang yang layan Amy tu kira baik jugalah sebab benarkan Amy ambil gambar walaupun tak beli. Siap kata boleh tolong promotekan. Ha, so sekarang Amy kongsi kat sini. Kalau nak silalah ya. Bak kata abang tu, dalam 2 bulan dah berada dalam pasaran.
Bukan apa, kebelakangan ni Amy nampak ramai yang DIY veil dengan manik-manik yang cantik-cantik. Untuk sesiapa yang tidak sempat nak buat sendiri, tapi berangan-angan nak mengenakan veil yang agak mewah dengan manik dan laca (sederhana lebih dari biasa), boleh cuba tengok dan beli veil ni jika berminat.
Salam Sayang,
Amy PB2
Salam semua,
Amy nak kongsikan dengan anda semua untuk sesiapa yang mungkin tercari-cari veil untuk digunakan pada hari pertunangan atau pernikahan yang bakal tiba.
Boleh tengok gambar ini ya.
Lokasi: Gerai di hadapan Wisma Yakin / berhadapan Masjid India
Harga : Harga pembukaan RM 60 (mungkin boleh tawar lagi kalau nak murah dan kalau abang/kakak tu bagi... hehe)
Warna : Putih/Hitam/Coklat/Ungu/Merah jambu (Mungkin boleh Tanya kalau ada warna lain).
Saiz : Bulat dan abang tu kata lebih besar sikit dari veil biasa
Abang yang layan Amy tu kira baik jugalah sebab benarkan Amy ambil gambar walaupun tak beli. Siap kata boleh tolong promotekan. Ha, so sekarang Amy kongsi kat sini. Kalau nak silalah ya. Bak kata abang tu, dalam 2 bulan dah berada dalam pasaran.
Bukan apa, kebelakangan ni Amy nampak ramai yang DIY veil dengan manik-manik yang cantik-cantik. Untuk sesiapa yang tidak sempat nak buat sendiri, tapi berangan-angan nak mengenakan veil yang agak mewah dengan manik dan laca (sederhana lebih dari biasa), boleh cuba tengok dan beli veil ni jika berminat.
Salam Sayang,
Amy PB2
Labels:
persiapan kahwin,
veil diy manik lace
Thursday, February 14, 2013
PB: 2013, bantal nikah, mini pelamin dan FM Couple (Gambar pengantin + tulis nama)
Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Selamat Tahun Baru 2013... Haha, baru Amy perasan belum ada update lagi untuk tahun 2013 ni. Minta maaf ya kepada pembaca yang mungkin nak tau apa perkembangan Amy Pengantinbudget2 sekarang ni.
Sebelum tu, awak semua sihat? Amy doakan semuanya sihat sentiasa ya. Semoga bahagia bersama orang yang tersayang. Solat jangan lupa bagi Muslimin Muslimat ya. Peringatan untuk Amy juga. Ingat mengingati tanda sayang bukan? I heart u all!!
Apapun, terimalah update untuk bulan Disember 2012 - Januari 2013 yang mana ada. Mungkin boleh memberi sedikit sebanyak inspirasi kepada anda, terutama untuk pengantin bajet:: biar bajet sekarang, janji tak hangin dan hangit nak bayar hutang kemudian hari lepas kahwin nanti::
Kali ini Amy ada:
:: Mini pelamin bajet di Cheras:: bantal nikah untuk Marlina di Bangsar dan : fridge magnet dengan nama pengantin untuk Ida::
Terima kasih semua, jaga diri.
:: Alhamdullilah::
Ikhlas, Amy pengantinbudget2

Sewaan dari Amy: Bantal nikah, tiang pasu dan karpet

Sewaan dari Amy: Bantal nikah kerawang 2 biji

Fridge Magnet dari Amy (Inani) dengan tulis nama pengantin
Selamat Tahun Baru 2013... Haha, baru Amy perasan belum ada update lagi untuk tahun 2013 ni. Minta maaf ya kepada pembaca yang mungkin nak tau apa perkembangan Amy Pengantinbudget2 sekarang ni.
Sebelum tu, awak semua sihat? Amy doakan semuanya sihat sentiasa ya. Semoga bahagia bersama orang yang tersayang. Solat jangan lupa bagi Muslimin Muslimat ya. Peringatan untuk Amy juga. Ingat mengingati tanda sayang bukan? I heart u all!!
Apapun, terimalah update untuk bulan Disember 2012 - Januari 2013 yang mana ada. Mungkin boleh memberi sedikit sebanyak inspirasi kepada anda, terutama untuk pengantin bajet:: biar bajet sekarang, janji tak hangin dan hangit nak bayar hutang kemudian hari lepas kahwin nanti::
Kali ini Amy ada:
:: Mini pelamin bajet di Cheras:: bantal nikah untuk Marlina di Bangsar dan : fridge magnet dengan nama pengantin untuk Ida::
Terima kasih semua, jaga diri.
:: Alhamdullilah::
Ikhlas, Amy pengantinbudget2
Sewaan dari Amy: Bantal nikah, tiang pasu dan karpet
Sewaan dari Amy: Bantal nikah kerawang 2 biji
Fridge Magnet dari Amy (Inani) dengan tulis nama pengantin
Saturday, December 15, 2012
PB: Mini pelamin maroon & putih + biru & putih, November, Disember 2012
~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Salam Sejahtera semua,
Harap semuanya sihat2 selalu.
Amy mahu kongsikan hasil kerja Amy untuk bulan Nov dan Dis 2012.
Enjoice ya, dan kalau ada yang berminat boleh hubungi Amy di pengantinbudget2@gmail.com untuk maklumat lanjut.
Moga hari anda hari ini merupakan hari yang terbaik dalam hidup anda k!! :)
Mini pelamin maroon putih Taman Melati Gombak
Mini pelamin Wani di Gombak
Salam Sejahtera semua,
Harap semuanya sihat2 selalu.
Amy mahu kongsikan hasil kerja Amy untuk bulan Nov dan Dis 2012.
Enjoice ya, dan kalau ada yang berminat boleh hubungi Amy di pengantinbudget2@gmail.com untuk maklumat lanjut.
Moga hari anda hari ini merupakan hari yang terbaik dalam hidup anda k!! :)
Mini pelamin maroon putih Taman Melati Gombak
Mini pelamin Wani di Gombak
Monday, August 20, 2012
PB: Syawal datang!!
~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Selamat Hari Raya Aidilfitri semua!! Alhamdullilah selesai sudah ibadah puasa di bulan Ramadhan yg lalu, kini Syawal tiba untuk meraikan kemenangan mengawal hawa nafsu dan nafsu pancaindera kita selama sebulan yang lalu.
Alhamdullilah, dalam bulan puasa lalu ada beberapa pelanggan yang telah bertanyakan perkhidmatan Amy untuk majlis tunang/nikah yang bakal diadakan selepas Hari Raya ni. Ada juga wakil dari syarikat penyiaran yang bertanyakan adakah Amy buat gubahan bunga raya yang apkan daya, tak dapat Amy penuhi oleh sebab peribadi yang tidak dapat dielakkan. Terima kasih atas sokongan yang anda berikan kepada Amy melalui Persiapan Pengantin Budget2 selama ini. Harap sokongan anda akan berterusan ya!!...
Ok, sekarang ni ramai pereka fesyen terkemuka keluarkan baju kurung dan lain-lain yang seangkatan dengannya dengan harga yang boleh dimiliki (yang pasti bukan ribu riban dan puluh ribu ya...), terutama untuk koleksi Raya. Rizalman dengan 20 by Rizalman, Jovian Mandagie, Hatta Dolmat dll. Jadi apa kata, mana-mana fesyen yang boleh diikut, dibuat sebagai fesyen untuk baju tunang/nikah anda?
Ini antaranya:
Rizalman
Jovian Mandagie:
Hatta Dolmat:
Ada yang menggunakan kain lycra untuk menampakkan kesan jatuh baju tu elok-elok pada badan kita. Tapi mungkin sesuai untuk mereka yang bertubuh macam model, kalau ada spare tyre sana sini, em... kena fikir byk kalilah sblm nak beli kan...
Apa pun, rekaan baju tu mungkin boleh ditiru (senang citer) seperti potongan kain berbentuk A line, lengan baju yang berkedut, rona warna yang menyejukkan, penggunaan lace tampal pada kain kosong elegan gitu dll.
Rasanya cukup sampai sini dulu, nanti kita sambung dengan tajuk lain pula ya... Sambil tu, Selamat Hari Raya Aidilfitri, selamat bergembira di samping keluarga tersayang dan jaga diri baik-baik k...
Salam Sayang,
Amy PB2
Tuesday, July 24, 2012
PB: Persiapan perkahwinan dengan "Doa seorang isteri"
~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Salam semua,
Amy terjumpa artikel ni kat SINI, yang Amy rasa bagus untuk dikongsi bersama untuk persiapan b2b yang selain dari sibuk buat persiapan kahwin, perlu juga untuk buat persiapan untuk meminta selalu dengan Allah untuk dikurniakan kekuatan dalam mengharungi alam rumahtangga nanti. Doanya seperti berikut:
Doa Seorang Isteri
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harugi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetolkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkou redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu
Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu
Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin Ya Rabbi Allamin..
Semoga Allah berikan kita semua kekuatan dan hidayahNya dalam menuju fasa baru dalam hidup kita, ataupun memperbaharui niat dalam menjalani hidup berumahtangga yang telah lama dilalui ataupun Pengantin Lamalah senang cerita... Semoga kebahagiaan itu milik kita semua, amin, insyaAllah....
Salam Sayang,
Amy pengantinbudget2.
Sunday, July 22, 2012
PB: Ramadhan Kareem, Ahlan Wasahlan Ramadhan...
~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Alhamdullilah Allah beri kesempatan kepada kita untuk bertemu lagi dengan bulan yang penuh dengan peluang-peluang untuk mendapatkan pahala yang lebih dari 11 bulan yang lain, Ramadhan yang mulia.
Sudah pasti b2b di luar sana yang mungkin sibuk membuat persiapan untuk majlis tunang/nikah yang bakal diadakan pada hari raya nanti, tak menang tangan ya. Persiapan buat juga, peluang untuk merebut sales dari Allah ni pun kalau boleh jangan lupa untuk direbut ya. Kiranya ini merupakan Ramadhan terakhir bergelar anak dara ibu dan ayah anda, sebelum bertukar status kepada isteri bakal suami anda nanti.
Pasti lain keadaannya nanti sebab ketaatan kepada suami adalah melebihi daripada ketaatan kepada ibu bapa seperti sebelum ini. Suami lebih perlu diutamakan dulu dan selepas itu barulah kepada ibu bapa kita. Selagi ada waktu ni, tuntutlah sebanyak mana ilmu rumahtangga untuk menghadapi saat baru itu. Semoga anda beroleh petunjuk dan redha ibu bapa anda dalam melayari bahtera perkahwinan nanti.
Rajin-rajinlah tolong ibu di dapur menyediakan sahur, juadah berbuka puasa, mengemas rumah dan apa sahaja yang patut dilakukan oleh seorang isteri dan ibu dalam bulan Ramadhan ini, sebagai latihan terakhirlah boleh dikatakan sebelum tiba detik bersejarah anda nanti.
Doa banyak-banyak dan mohon supaya semuanya akan berjalan lancar dan agar pilihan kita nanti akan dapat membimbing kita ke jalan yang Allah redhai.
Semoga persiapan kahwin/tunang anda dapat dijalankan dalam keadaan sederhana dan mengikut bajet anda dan yang penting tidak membebankan/membazir. Amy doakan agar semua pasangan yang ingin berumahtangga nanti akan sentiasa dirahmati Allah dan bahagia selalu serta bahagia hingga ke syurga akhirat, Amin.
Jaga diri dan salam sayang,
Amy pengantinbudget2.
2 Ramadhan 1433 Hijrah/22 Julai 2012
Thursday, March 29, 2012
PB: Persiapan kahwin kita dulu dan kat mana nak beli barang...
~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Hello semua,
Ada yang masih belum tidur lagi ya, rajin betul cari maklumat untuk persiapan tunang/kahwin kan? Bagus-bagus, masa Amy nak kahwin dulu memang macam nilah, bersengkang mata buat persiapan.
Paling Amy ingat, lepas selamat saja bertunang, terus Amy siapkan gift untuk close friends/keluarga terdekat dan kawan-kawan rapat mama papa. Amy bertunang bulan 9, nikah bulan Jun tahun depannya. Dapatlah Amy buat dalam 400 lebih gifts potpuri. Ingat lagi, beli barang dari Chow Kit, Kedai Vivian dan kawasan sekitarnya... Sesiapa yang pernah beli barang kat Vivian mesti tau kedai dia ni. Sekarang ni siap boleh hutang-hutang bayar ansuran lagi untuk hantaran ataupun wedding gift kalau tak silap. Macam-macam pakej ada sekarang ni...
Lepas tu dah sibuk tempah mak andam, katering dan lain-lain. Hantaran, buat sendiri tapi last-last minit juga kakak sepupu tolong touch upkan sebab masa tu dah penat sangat sampai tak boleh fikir dah... penat yang teramat. Sirih junjung pula, belum siap lagi padahal nak nikah lepas Asar, sebelum Zuhur alas sirih junjung pun tak kelihatan. Punyalah penat sampai dah tak boleh fikir...
Mak andam dan fotografi Amy ambil dengan Difi Beauty kat Sentul. Pada Amy oklah bayaran dan servis dia, sebab kita ni pengantin budgetkan? Sedangkan kalau ikutkan hati nak pakai baju Butik Syahirah yang sangat terkenal dengan baju pengantin dan tudung masa tu tapi sebab mahal, tak mampu den dan terus lupakan saja hastrat tu... (Cedey...). Tapi Amy rasa sekarang dia dah tukar nama kot dan banyak dah butik-butik yang yang tawarkan pakej kahwin yang cantik untuk pengantin bertudung. Kalau tengok kat majalah Pengantin, dia ada letak iklan kat situ tak silap. Rasanya pakej dia masih murah lagi kalau nak dibandingkan dengan yang lain. Cubalah buat survey kalau nak tengok kan?
Katering dan khemah, tempah pada jiran yang kebetulan makcik tu mak kawan adik Amy. Senang cerita nak minta tambah masakan pun senang kan...
Untuk majlis bertandang pula Amy sewa baju dan aksesori lengkap dari Teratak Mempelai yang masa tu tengah buat sale untuk baju songket. Tak silap RM 450 untuk baju songkat (P shj) dengan tudung dan kasut. Memang ingin sangat pakai songket sebab Amy ni berjiwa tradisional. Sampaikan ada tetamu mak mertua tanya, tak panas ke pakai songket, Amy jawab jer tak, sebab seronok sangat dapat pakai baju yang kita suka.
Lepas tu, bulan madulah pula kita kat Johor Bahru, Hotel 4 bintang, 2 hari semalam jer... hehehehe.. asalkan ada... Suami bawa ke tempat-tempat dia membesar dulu...
So, itu serba sedikit persiapan kahwin Amy pada tahun 2005 dulu. Alhamdulillah banyak pahit manis. asam garam yang telah kami tempuhi sepanjang masa itu dan hingga kini masih belajar untuk mengenali pasangan kita seadanya. Memang akan sentiasa ada lidah tergigit, pergaduhan manja yang perlu kita tangani dengan cara terbaik untuk keharmonian bersama. Jangan ikutkan kata hati sangat, kadang-kadang perlu mengalah untuk menjaga hati pasangan. Bertolak ansur, saling percaya dan cuba belajar memahami serta selalu berdoa pada Allah agar diberikan kesabaran dan kebahagiaan dalam menempuh alam rumahtangga ni... Komunikasi perlu dijalankan sebaiknya supaya masing-masing faham apa yang tersirat di hati masing-masing.
Oklah, cukup takat ini dulu, nanti kalau rajin Amy taip lagi k, good nite ladies... ;)
Loves,
Amy PB2
Labels:
persiapan kahwin,
Pesanan ilmu rumahtangga
Saturday, March 17, 2012
PB: Vanilla Coklat dan realiti kehidupan berumahtangga
~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Mari kemas kini blog sebanyak mungkin hari ni... ;)
Selamat malam semua, Amy suka nak buat entri pasal cerita Vanilla Coklat yang dah habis tu (ala sedey... Amy asyik tengok kat Youtube jerk ulangan citer tu... huhu)
Selamat malam semua, Amy suka nak buat entri pasal cerita Vanilla Coklat yang dah habis tu (ala sedey... Amy asyik tengok kat Youtube jerk ulangan citer tu... huhu)
sebab kemanisan cerita tu yang tak terdapat dalam cerita drama Melayu yang lain. Jom kita tengok dari sudut positif berumahtangga ya...
1. Kahwin ikut pilihan keluarga
2. Bercinta selepas kahwin (walaupun Amir dan Zara macam anjin dan kucin mula-mula tuh.. oh kejam sungguh!!)
3. Mudah beralah (terutama Amir bila Zara marah atau merajuk)
4. Saling pujuk-memujuk jika berlaku pertelingkahan
5. Bertimbang rasa dan bertolak ansur - contoh masa Amir mengalah makan kat luar bila Zara risau result exam dia. & Zara pun belajar cara nak jadi isteri yang baik walaupun dia keras macam kayu masa baru kahwin dulu, pengotor dan tak sekemas Amir)
6. Sentiasa percaya pada pasangan dan tidak mudah curiga. Siasat terlebih dahulu kalau ada sesuatu yang tak best berlaku.
7. Sanggup berkorban untuk suami/isteri dan keluarga dalam usaha untuk memperbaiki keadaan.
8. Perlu ada sokongan kuat daripada keluarga mertua supaya dapat membantu jika ada masalah (terutama bila Daddy dan Papa masing-masing tak nak mengalah)
9. Jangan curang dengan pasangan, sebab semestinya pasangan kita akan cemburu dan kita pun tak mahu kita dicurangi, betul tak?
10. Ada peluang, pergilah honeymoon ke tempat yang mampu untuk kembalikan keindahan hidup berumahtangga
11. Jangan seksa diri dengan tak makan kalau ada sesuatu yang buruk berlaku, supaya keadaan boleh dibaiki dan hidup kita tak terabai.
12. Minta bantuan keluarga terdekat dan bukan mudah mempercayai orang luar yang kita tidak tahu usul periksa niatnya kalau ada masalah.
13. Suami bantu isteri buat kerja rumah, isteri jaga kebajikan suami dengan makan dan keperluan yang diperlukan.
14. Mudah memaafkan pasangan supaya aman rumahtangga
15. Sama-sama memberi sokongan kalau pasangan belajar/bekerja dan lain-lain untuk memberi semangat supaya terus berjaya.
16. Sentiasa bersangka baik pada keluarga kita sebab mereka selalunya akan memahukan sesuatu yang terbaik untuk anak-anaknya.
Kalau ada sesiapa nak tambah, silalah bagi komen ya...
Apa pun, memang cerita Vanila Coklat ni punya mesej yang tersendiri, boleh buat orang yang dah lama kahwin mahupun baru kahwin, ataupun yang baru bercinta atau belum bertemu pasangan inginkan perjalanan indah macam tu kan dalam meniti kehidupan berumahtangga, betul tak? Semoga Allah memberikan yang terbaik buat kita semua dan bahagia dunia akhirat, amin...
Salam Sayang,
Amy PB2.
Saturday, December 31, 2011
PB: Amylia dan pelamin mini putih pink, Gombak, 25 Disember 2011
~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Satu lagi entri kali ini adalah berkaitan entry Amy tentang sewaan pelamin mini oleh Pn. Linda untuk ahli keluarganya, Amy yang lepas. Nanti anda boleh baca kat sini pula. Ini pula kiriman gambar dari FB Amylia yang bertunang dengan buah hatinya dan dia sedang berposing dengan anak-anak comel, duduk atas bantal tunang/nikah berkaki kerawang tu. Berseri-seri bakal pengantin ni ya...
Untuk Amy dan pasangannya, semoga jodoh anda berdua berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan bahagia hingga ke akhirat. InsyaAllah, amin...
Amylia tak lupa letak komen dalam FB dia, dia kata ramai yang kata mini pelamin ni cantik dan lain dari yang lain... Alhamdulillah... Terima kasih Amy dan Linda, atas sokongan yang diberikan...
Kalau ada sesiapa yang berminat, silalah hubungi Amy PB2 ya, untuk bincang dengan lebih lanjut tentang warna tema anda. Untuk mandapatkan mini pelamin yang bajet sesuai dengan bajet anda, Amy kira, pengantin budget2 adalah jawapannya... ;)
Salam sayang,
Amy PB2.
Saturday, December 10, 2011
PB: Kahwin pandai, jaga anak pandai tak? ;)
~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Selamat pagi,
Amy rasa semua orang akan teruja untuk kahwin, tapi adakah kita semua ni betul-betul bersedia untuk menjadi isteri, suami dan menjadi ibu atau bapa kepada anak-anak kita yang bakal lahir nanti?OK, entri kali ni akan panjang sikit sebab ada fakta menarik yang Amy nak kongsikan dengan anda semua...
Bukan apa, persoalan ini memang sengaja Amy utarakan sebab ada sesuatu yang mengusik hati Amy semalam, sangat meruntun jiwa Amy sebagai seorang ibu kepada anak-anak 4 dan 5 tahun.
Kenapa? Semalam ada tazkirah di tempat kerja Amy, memang sebulan sekali akan diadakan sebagai pengisian agama untuk kakitangan pejabatlah kan. Isunya adalah berkaitan MURTAD = KELUAR ISLAM = Murtad termasuk dosa kufur yang merupakan dosa paling besar di sisi
Allah taala dan tidak ada lagi dosa yang lebih besar dari dosa kufur. Nauzubillah himinzalik... Mungkin nak semak lebih boleh baca kat internet atau link ini .
Mungkin tak nampak apa pasal dosa murtad ni berkaitan dengan perkahwinan kan? Sebab Amy pun tak percaya pada awalnya bila Hamba Allah yang telah murtad ini dan telah kembali ke Jalan Allah dan mereka menjadi lebih baik dari kita, (alhamdulilah) mengatakan sebab yang agak utama menyebabkan mereka MURTAD = KELUAR ISLAM = Murtad termasuk dosa kufur yang merupakan dosa paling besar di sisi
Allah taala dan tidak ada lagi dosa yang lebih besar dari dosa kufur ini adalah sebab kurang mendapat perhatian dan kasih sayang secukupnya daripada ibu bapa.... Haaa, logik ke tak mula-mulanya? Rasa macam tak ada kaitan pun, tapi itulah hakikatnya. Ini disampaikan sendiri oleh adik-adik tu, mereka 3 orang orang sebenar yang telah murtad tetapi telah berjaya dipulihkan oleh Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID Malaysia) dan maklumat lanjut pasal PERKID ada kat bawah ni nanti ya.
Lot 22-2 Medan Bukit Indah
Taman Bukit Indah,
68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-4280 0730 / 03-9021 3730
Alamat Pejabat Operasi Pemulihan :
Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID Malaysia)
No. 15 Jalan Sentosa 20,
Taman Desa Sentosa, Dusun Tua,
43100 Hulu Langat, Selangor
Tel : 03-9021 3730, 019-257 2717, 019-356 8914
Presiden :
Ust. Masridzi bin Sat
Timbalan Presiden :
Ust Hj Hassan Syazili
Naib Presiden :
Hj Nordin Ibrahim
Setiausaha Agong :
Mohd Shuhaidi bin Mohamad
Emel : sperkidmalaysia@yahoo.com
Bendahari Agong:
Webmaster :
Emel : perkidmalaysia@gmail.com
Ketiga-tiga adik-adik tu berkali-kali mengatakan jagalah anak-anak tuan puan semua sebaik-baiknya, beri perhatian secukupnya untuk
mengelakkan masalah-masalah ni timbul. Menurut rekod PERKID lagi, banyak kes
MURTAD disebabkan oleh bila adanya hubungan cinta dengan selain dari orang
beragama Muslim, padahal latar belakang agama keluarga mereka adalah
dari orang yang hebat-hebat dalam agama. Raihan pun pernah nyanyikan
lagu kan... Iman Mutiara - Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah
yang bertaqwa... Semua tu hanya ketentuan Allah, tak tentu bila
keluarga beriman, semuanya akan beriman sama, ini semua kena mohon pada
Allah dan buat apa yang dia suruh, tinggalkan apa yang dia larang.
Tapi Amy bukanlah nak menghalang bercinta dengan orang yang bukan beragama Muslim, sebab jodoh tu Tuhan yang tentukan, tetapi perlu persiapan yang kukuh sebagai seorang Muslim untuk membimbing pasangan tu, terutama kalau kita ni perempuan dan pasangan tu suami yang perlu kita bimbing, macam agak mencabar di situ kan... Tapi hidayah Allah, siapalah yang tahu, kan?
Selain tu, banyak kes yang terdiri daripada anak-anak
di kalangan ibu bapa bercerai-berai bila ibu terpaksa bekerja keras
sara anak, tak dapat kasih sayang bapa, mereka terabai dan mencari kasih
sayang dari orang yang salah.
Ya Allah, bukan senang nak jadi ibu bapa ni sebenarnya, Kita yang perlu corakkan kain putih tu untuk corak apa yang kita nak, Yahudi, Nasrani atau Islam?
Ya Allah, bukan senang nak jadi ibu bapa ni sebenarnya, Kita yang perlu corakkan kain putih tu untuk corak apa yang kita nak, Yahudi, Nasrani atau Islam?
Amy
tanya lagi perhatian macam mana yang dia nak sebenarnya, dia kata perlu
check siapa kawan anak-anak, check handphone, kalau bagi duit, tanya
untuk apa, jangan main bagi jer, buatlah apa yang kau nak!... Patutnya kena luangkan
masa mendengar masalah anak-anak, bersiar-siar dan beri perhatian sepenuhnya pada
mereka. Sebab kadangkala kita fikir mereka dah besar, boleh fikir dan
buat kerja sendiri, tetapi tidak, anak tetap anak, berkawanlah dengan
mereka supaya mereka tak berkawan dengan kawan yang tak tentu hala
nanti....
Oklah, ini sedikit sebanyak apa yang Amy nak kongsi bersama. Mungkin kita tak nampak apalah sangat MURTAD ni, tapi bila
MURTAD = KELUAR ISLAM = Murtad termasuk dosa kufur yang merupakan dosa
paling besar di sisi
Allah taala dan tidak ada lagi dosa yang lebih besar dari dosa kufur,
(selain Murtad, membunuh dan berzina juga merupakan dosa kufur), Ya
Allah ini sudah terlalu berat. Walaupun sukar untuk dibayangkan hukuman
Allah yang tak terperi dahsyatnya....
Oklah,
kita sama-sama baiki diri untuk membina keluarga Sakinah, diberkati
Allah, mendapat keredhaan dan rahmat Allah dan tetap keimanan pada
Allah, insyaAllah.
Jadinya, jom tuntut
ilmu Muslim parenting sebaik-baiknya supaya anak-anak kita nanti menjadi
anak-anak soleh, solehah insyaAllah dan boleh mendoakan ibu bapanya bila
kita dah tiada lagi nanti, insyaAllah.
OKlah, jaga diri dan salam sayang!
Amy PB2.
Amy PB2.
Friday, December 2, 2011
PB: Pastikan ada orang tua yang handle majlis kahwin anda ya!
~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Selamat malam semua,
Ni ha, Amy pengantinbudget2 baru teringat nak titipkan pesanan ni kepada para b2b yang sedang berdebar-debar menghitung hari naik pelamin terutama pada musim cuti sekolah ni untuk pastikan ada makcik/orang tua yang boleh dijadikan rujukan atau memberi pandangan dan nasihat tentang perjalanan majlis.
Bukan apa, baru-baru ni Amy hadiri satu jemputan kahwin. Semuanya nampak ok tibalah saat kami sampai, pengantin yang masih belum berarak lagi nampaknya tak dapat control kegembiraan dia telah "mengexpose" diri dia di hadapan para tetamu. Yang pada Amy, sebelum bersanding u kena berkurung sekejap dalam bilik menunggu/persalinan sebelum masuk dewan untuk bersanding. Adik pengantin girl ni pun tak setuju pengantin tu buat macam tu..
Selain tu pulak, rombongan yang mengiringi mempelai ke pentas tidak didahului oleh orang tua.... dan mungkin signal kurang jelas makanya perarakan pengantin masuk dewan nampak kucar kacir sikit.
Amy memang mengaku dalam majlis persandingan susah sikit nak kawal sebab semua orang sibuk tetapi oleh sebab Amy dah nampak keadaan tu, itu yang Amy nak nasihatkan kat b2b sekalian supaya rancang perjalanan majlis dengan teliti dan silalah bertanya kepada makcik-makcik atau orang yang lebih tua macamana cara yang lebih manis untuk dilakukan pergerakan majlis.
Bila diingat semula, Amy sudah diberi warning oleh makcik Amy supaya jangan senyum sampai telinga, jaga perlakuan diri masa atas pelamin, jangan cakap-cakap dengan suami kita atas pentas supaya tak nampak ghairah sangat! hehehehe... Mungkin sekarang dah lain sikit trend tapi pada Amy sebenarnya nampak kurang sopan jika mempelai mengabaikan tip-tip penjagaan diri semasa/sebelum berarak ke pelaminan.
Mungkin ada yang nak kongsi pendapat dengan Amy kat sini. Silakan yaa! Marilah kita sama-sama baiki mana-mana yang boleh untuk kesejahteraan bersama. Apapun, tq readers for spending your time read this post, which i intended to do it long time ago!...
Sweet dreamzs darlings.....
Love,
Amy pengantinbudget2
Thursday, October 6, 2011
PB: Alas dulang dan mini pelamin ungu putih untuk Ana (N9) dan Ain (Shah Alam)
~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Salam semua,
Alhamdullilah Amy sudah set up mini pelamin di rumah Ain di Shah Alam untuk majlis pertunangannnya hujung minggu ni. Untuk alas dulang Ana, kalau tak ada aral melintang esok malam akan ambil dari Amy untuk pulang ke kampung halamannya di N9.
Rupanya ramai juga ya yang minat warna ungu. Amy mula minat dengan warna ungu bila tengok bekas Manager Amy dulu selalu pakai shirt warna ungu walaupun dia berkulit hitam manis. Lepas tu bila kaji-kaji kekuatan warna ungu ni, huish, terus jatuh cinta pada warna ungu. ;). Yang pasti ungu ni buat Amy rasa cool jerk...
Sources: GOOOOOOGLEEE
Begitu juga ramai yang suka warna ungu untuk gubahan hantaran dan mini pelamin. Anda semua minat tak ungu? Kalau ada, tulis I heart Purple!!! ;)
Ok guys, sampai sini sahaja, nanti kita jumpa lagi k. Amy nak pergi outstation, nanti dah ada update Amy buat entry baru ya.
Until then, do take care, love yourself and happy weekend in advance...
Salam Sayang,
Amy PB2.
Saturday, October 1, 2011
PB: Koleksi pengantinbudget2 di dalam Youtube!
~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Selamat pagi semua,
Amy pengantinbudget2 dengan sukacitanya mempersembahkan video koleksi hasil kerja pengantinbudget2 untuk tatapan anda semua. Mungkin boleh ambil idea dari sini untuk sesiapa yang gemarkan hasil kerja yang ringkas dan budget untuk persiapan kahwin anda kan?
Kita enjoy ya!!.
(p/s: ops, my first ever video ever since, pls bear the no soundtrack for this video, will try to catch up myself in producing more videos next time ya... thank you guys *wink**wink*)
Kepada b2b yang berminat untuk mendapatkan khidmat pengantinbudget pada harga yang berpatutuan, hubungi Amy di:
email: pengantinbudget2@gmail.com
blogspot: pengantinbudget2.blogspot.com
telefon: 6.016.251.47.46
Terima kasih semua... ;) Jaga diri ok!
Amy PB2.
Monday, September 12, 2011
PB: Persiapan pengantin pada Hari Raya Aidilfitri
~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Salam Sayang semua,
Masih tidak terlambat Amy nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan mohon maaf zahir dan batin ya, sepanjang Amy berbusiness online ni. Kalau ada pelanggan-pelanggan Amy dulu yang terasa hati atau pembaca2 yang tidak setuju dengan catatan Amy, maaf yer. Kita ni manusia biasa yang tidak silap dari membuat kesalahan. Walaupun kadangkala kita sudah buat yang terbaik, tetapi kadang-kadang memang ada hikmah di sebalik semua yang terjadi.
Ok, bagaimana dengan persiapan kahwin anda semua? Terutama untuk bakal pengantin minggu depan, sempena Cuti Hari Malaysia dan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-54 tahun? Amy doakan semuanya berjalan lancar ya.
Memang selagi majlis belum bermula/berakhir, memang akan ada saja benda yang perlu betulkan/nak ditokok tambah dan entah apa-apa lagilah. Yang penting pada masa sekarang ni, jangan berat-beratkan kepala ok, buat yang termampu. Kalau tidak boleh buat seorang diri, boleh minta bantuan adik-beradik, sedara mara atau pun rakan-rakan rapat anda untuk sama-sama membuat persiapan. Lebih elok kalau semua benda yang belum buat lagi tu ditulis atas kertas/diari anda supaya dapat keep track mana yang dah buat atau mana yang belum.
Tapi Amy rasa bakal pengantin sekarang memang sudah advance, apatah lagi dengan senarai-senarai persiapan yang sudah biasa dikongsi dengan pembaca lain di dalam blog dan sebagainya. Bagus-bagus, buatlah dengan apa cara sekalipun, asalkan dengan cara yang baik dan anda tidak S t r e s s!! ;)
Oklah, jaga diri baik-baik. Apa juga persediaan dan perancangan yang dibuat, jangan sesekali lupa dengan Allah dan sentiasa bermohon dan berdoa supaya segalanya berjalan lancar. Kadang-kadang kita terlupa yang Dialah yang menentukan segalanya, selepas segala usaha dan tawakal kita selama ini.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, kalau masih memenuhi undangan open house tu, jangan lupa minum air suam ya. Salam Syawal dan stay tune to pengantinbudget2 ok, terima kasih ;)
Salam Sayang,
Amy PB2.
Saturday, August 20, 2011
PB: Alas dulang with blue satin and white/yellow netting
~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Morning Darlings,
This entry is dedicated for Darlings out there who in searching of alas dulang. Alas dulang available here with pengantinbudget2 are:
1. white and silver beaded netting
and
2. yellow sequins netting.
^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^^*^^*^*^*^*^*^*^**^*^*^*^*^^*^^*^*^^*^^*^*^*^*^*^*^*^
1. white and silver beaded netting
and
2. yellow sequins netting.
^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^^*^^*^*^*^*^*^*^**^*^*^*^*^^*^^*^*^^*^^*^*^*^*^*^*^*^
You can see the major differences shown here when I applies it together with blue alas satin
Here it goes:
1. White and silver beaded netting with satin blue
2. Yellow sequins netting with satin blue.
the alas portrait more towards green colour as the combination of blue and yellow
(just to remind b2b out there, yellow netting is a bit bigger and suitable for big size of dulang hantaran.)
So, wait no more, if interested, kindly contact me the soonest possible and you will get best price ever in town. Pengantinbudget2 will satisfy you, insyaAllah... :)
Lots of loves,
Amy PB2
pengantinbudget2@gmail.com
Labels:
alas dulang,
murah,
persiapan kahwin
Saturday, July 16, 2011
PB: Harga sepasang baju nikah...
~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Salam beautiful ladies ;)
Tadi Amy saja jalan-jalan baca blog, lepas tu ternampak ada posting berkenaan kain apa yang perlu dibeli untuk buat baju nikah nanti. Sedangkan budget yang ada mungkin ikut kemampuan penulis tu kan. Ada banyak cadangan atau pilihan yang dia nampak tapi masih belum berjumpa kain yang berkenan.
Biasalah kita suka benda yang cantik-cantik tetapi bila tengok kosnya.... mak ai... ini kalau swipe kad kredit dah tentu sampai had limitnya nanti. Maksudnya tak mampulah kan.
To be honest, Amy pun pernah melalui situasi tu bila 6 tahun lalu Amy sibuk buat persiapan nak menikah dan tengah cari kain untuk buat baju nikah. Lepas tu jalan-jalanlah pada satu hari Jumaat dengan kawan-kawan... Tetiba... jeng jeng jeng
*
*
*
*
Amy terjumpa dengan satu kedai jual kain yang amat cantik giloss tak hingat.. tengok dekat luar kedai jer. Lepas tu Tokei tu kata (Orang India dari Mumbai) kata, masuklah, dia tengah buat jualan murah... Tengok-tengok kain dia mak ai kain french lace, sekuin-sekuin penuh, sampaikan dia cakap isteri Datuk Zahid Hamidi selalu ambil kat situ. Bukan takat tu jer, Man Kajang pun ambil dari dia. Dia kata kejap lagi Man Kajang nak datang ambil kain untuk butik dia...
Jadinya terujalah kan tapi bila tengok kain dia harga ribu riban... tapi sebab dia memang nak buat jualan murah, dia bagi dalam 50 - 60% diskaun khas untuk habiskan kain-kain dia tu... Sebenarnya, hajat hati nak beli kain Thai silk dan hantar jahit manik. Masa tu ada kedai OTOP kedai Thailand dekat Yow Chuan Plaza sebelum ditukar jadi hotel Double Tree opposite Ampang Park tu, ada jual Thai Silk asli. Tapi semeter kain Sutera Thai 2 ply pun harganya RM 48 sehelai (tahun 2004). Kalau darab 4 meter nak dekat RM 200. belum jahit manik, upah jahit lagi kan...
Tetapi, sebab dah suka dengan kain yang saudagar Mumbai tu offer, siap dengan veil lagi, harga kain French Silk sudah siap bermanik RM 650 + veil RM 180, mak ai, kain sahaja dah nak dekat RM 900. Huhu, akhirnya upah jahit dan kos semua sekali jadi RM 1+++.00 jugalah. Huhu, nak berjimat konon, tapi akhirnya terboros jugalah bab itu. Bila hubby tau, dia memang tak setuju, terpaksa buatkan juga dia setuju. Tapi kalau nak tahu, sampai hari kahwin dia tak berapa suka tau sebab dia kata membazir. Haha huhuhuhu....:(
Ramai jugalah yang puji baju tu, sebab memang nampak macam artis pakai, yang pada realitinya orang yang berpendapatan biasa-biasa ni nak beli, bukan isteri menteri mana-mana ataupun anak tokei butik-butik pengantin yang ada di KL ni... huhu :(. Akhirnya, ambil masa jugalah nak bayar kredit kad sebab kedai tu siap boleh terima kredit kad, swipe saja masa tuh... Sakitnya nak membayar semula Tuhan saja yang tahu... huhuhuh
Al-kisah, cerita dulu kala, untuk renungan dan pengajaran untuk semua... yang penting, yang baik jadikan teladan, yang buruk, jadikan sempadan.
p/s: Kedia tu memang sudah ditutup tak lama lepas Amy beli kain tu. Bila jalan-jalan balik kat situ dah kosong dah kedai tu. Sekarang pun Hotel Double Tree dah ambil alih shopping mall tu dengan Hotel Crown Princess sekali... sejarah tinggal sejarah...
Itulah, sila simpan wang secukupnya jika anda memang mahu pakai baju cantik-cantik ataupun buat majlis seperti yang diidamkan dari awal ok...
Salam sayang,
Amy PB2.
Monday, July 11, 2011
PB: Simpanan wang sebelum dan sesudah kahwin
~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Selamat malam semua,
Sementara mata ni masih belum mengantuk, Amy ingat nak buatlah satu dua entry kalau larat. Ialah, sekarang ni rasa macam nak buat entry di belog Amy ni secara tetap macam perlu usaha lebih sikit. Tak apa, demi para pengikut Amy di luar sana, Amy cuba juga ya. Terima kasih banyak-banyak.
Amy sebenarnya suka nak cerita pasal simpan duit. Hajat nak jadi financial planner, tapi belum ada masa lagi nak betul-betul fokus nak belajar jadi Perancang Kewangan bertauliah. heheheh... Tapi kalau nak tahu, bila Amy mula kerja dulu, selalu rasa ke manalah duit Amy pergi ni, rasanya tak adalah beli barang kemas ker, joli sana sini ker, tapi duit tu macam selalu jer tak tahu pergi ke mana. dan detik yang paling genting ialah bila Amy pernah kena ragut yang telah menyebabkan dompet pemberian BF (hubby Amy sekarang ni) dan beg tangan paling mahal Amy beli dalam hidup (itulah pertama kali Amy beli beg tangan mahal) dicopet oleh peragut naik motorsikal. Sejak itu, Amy mula masukkan duit dalam insuran hayat cum investment, bagi lebih sikit untuk mak ayah, melabur sana sini dll, asalkan Amy tahu mana perginya duit Amy.
Nak kata duit banyak sekarang ni atau jadi jutawan belumlah lagi, tapi niat di hati memang membuak-buak walaupun rasanya berpuluh tahun lagi kot nak tercapai, tapi Amy cuba menyimpan secara tetap walaupun sikit. Amy rasa b2b kat luar sana pun sama kan, mesti terasa sangat nak kahwin ni memang pakai duit banyak. Makanya menyimpan duit adalah cara yang terbaik.
Nanti bila dah kahwin dan ada anak, silalah buka akaun simpanan untuk anak cepat-cepat ya. Macam Amy, anak Amy lepas habis pantang Amy dah buka akaun simpanan dan terus melabur dalam tabung pendidikan diaorang. Simpan pun bukannya banyak sangat, jadilah daripada tak ada langsung. Sebab simpanan pendidikan tu boleh pilih mana-mana syarikat insurans untuk simpan maksimum 17 atau 19 tahun kalau tak silap, maknanya simpanan tu nanti akan menjana pendapatan daripada simpanan kumulatif. Walau bagaimanapun, kena tengok juga kadar inflasi kat negara kita ni macam mana, sebab kalau inflasi makin menaik, nilai simpanan kita tu mungkin lebih rendah dari nilainya sekarang pada masa depan. Lepas tu ramai juga yang sedar yang emas merupakan menebat kenaikan inflasi dan maka sebab tulah makin ramai yang menyimpan emas untuk meningkatkan lagi nilai harta masing-masing yang tidak mudah digugat oleh inflasi.
Satu lagi, yang paling penting bayarlah zakat. Amy ni tak malu nak mengaku baru bayar zakat pendapatan. Daripada tak buat langsung (tak baik) sebab zakat itukan rukun Islam ke-4 untuk tujuan membantu mereka yang memerlukan. Rasa lebih senang hati dan taklah rasa susah sebab pendapatan kita tu ada hak orang lain di dalamnya dan kita dah bagi kepada mereka yang sepatutnya menerima bahagian mereka itu.
Macam yang pernah Amy ceritakan sebelum ini, memang belanja kahwin tu tinggi, kalau dapat disimpan duit lebih awal, belanja ikut kemampuan, jangan membazir, buat yang termampu dan yang paling penting, majlis perkahwinan tu adalah permulaan kepada kehidupan yang lebih memerlukan wang dan bermulalah fasa baru dalam kehidupan berumahtangga pasangan suami isteri. Makanya perancangan kewangan adalah penting untuk kegunaan pada masa akan datang.
Manalah tahu ada pembaca yang nak kongsi cara dengan kita di belog Amy ni berkenaan cara simpanan wang yang sesuai, silalah kongsi kat sini ya. Kita kongsi ilmu dan belajar untuk kemudahan pada masa depan.
Oklah, itu saja, mata pun dah mengantuk, jumpa lagi, selamat malam dan mimpi yang indah-indah, ok...
Selamat malam, semua :)
Amy PB2.
Wednesday, July 6, 2011
PB: Mencari ilham untuk mini pelamin betul betul budget dan sirih junjung untuk Adira, FRIM
~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Salam semua,
Nak update belog ni dengan pencarian ilham untuk mini pelamin BBB untuk Adira di FRIM untuk dihantar Jumaat ni. Adira juga sudi menempah sirih junjung dengan Amy, insyaAllah dah ada gambar nanti Amy post ya...
Until then, jumpa lagi...
Salam sayang n rindu untuk semua... jaga diri okey... ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
- 20 by rizalman (1)
- aals dulang hijau putih (1)
- adab bersanding (1)
- aidilfitri (3)
- alas dulang (11)
- alas dulang serba putih (3)
- azam tahun baru (2)
- baby blue (4)
- bantal cukur jambul (1)
- bantal nikah lelaki (10)
- bantal nikah/tunang (27)
- bekas bunga (7)
- bekas telur (4)
- berita (5)
- bulan madu (1)
- bunga dulang (2)
- bunga rampai (11)
- bunga tangan (1)
- butterfly (7)
- cenderahati bentuk tepak (1)
- cenderahati kahwin (10)
- cenderahati unik (14)
- classic handicraft (4)
- corporate gifts (7)
- cuti (1)
- doorgift (15)
- duit tak cukup nak kahwin (20)
- durian (1)
- EKOT (2)
- Facebook (1)
- fesyen baju tunang nikah sanding (2)
- follower (5)
- fridge magnet (10)
- goodie murah (2)
- gubahan bakul buah (2)
- gubahan bunga (2)
- gubahan coklat manisan (2)
- gubahan hantaran (4)
- gubahan hantaran murah (12)
- gubahan kain baju melayu (2)
- gubahan kain pelikat (1)
- gubahan kemeja (2)
- gubahan potpuri (1)
- gubahan sampin (1)
- gubahan sejadah (2)
- gubahan sirih junjung (3)
- hadiah korporat (4)
- hantaran (21)
- hantaran biru kuning (1)
- hantaran hijau (1)
- hantaran hijau putih (2)
- hantaran kuning putih (1)
- hantaran merah putih pink (3)
- hantaran murah (3)
- hantaran pink ungu putih (2)
- hantaran purple white (5)
- hantaran ready made merah nyala oren lembut (4)
- hantaran royal blue kuning yellow (1)
- hantaran ungu putih (5)
- hatta dolmat (1)
- honeymoon (1)
- Inani Craft (18)
- jambu (1)
- jeans (1)
- jovian mandagie (1)
- kahwin merdeka (1)
- kain sampin murah (1)
- kelapa (1)
- kotak hantaran plastik (1)
- Kuntuman bunga kayu manis (1)
- labu (1)
- magnet peti sejuk (2)
- majlis nikah lisa surihani (2)
- make up (2)
- manggis (1)
- maulud nabi (1)
- memasak (2)
- merah hitam (1)
- merah putih (1)
- mini pelamin (6)
- mini pelamin biru putih (1)
- mini pelamin blue pink (1)
- mini pelamin klasik (4)
- mini pelamin murah (2)
- mini pelamin peach white (1)
- mini pelamin putih maroon (1)
- mini pelamin putih pink (3)
- mini pelamin putih pink maroon (1)
- mini pelamin ungu (3)
- mini pelamin ungu putih (2)
- modern handicraft (6)
- murah (26)
- pakej kahwin (2)
- pakej mini pelamin dan mekap (2)
- parenting (2)
- peach (3)
- pelamin mini (17)
- pelamin mini BD01 (2)
- pelamin mini biru merah jambu (1)
- pelamin mini merah cinta (3)
- pelamin mini putih pink (3)
- pelamin tunang/nikah 2012 (1)
- Pengantin budget (14)
- pengumuman (4)
- persiapan kahwin (67)
- Pesanan ilmu rumahtangga (22)
- photoshot kahwin (2)
- pink (2)
- popular (13)
- post gamble (1)
- produk Inani Craft (3)
- Promo (2)
- rama-rama (7)
- ramadhan (3)
- RMH biru klasik02 (3)
- RMH purple white01 (1)
- RMH turqouise classic02 (5)
- RP fly (4)
- rp izmail (1)
- RP Jessy (1)
- SALE (8)
- sirih junjung (10)
- solekan (2)
- songket tenun asli terengganu (1)
- tema hijau kuning (1)
- tema hijau merah (1)
- tema hijau muda (1)
- tema kelabu kuning (1)
- tema oren putih (1)
- tema perkahwinan (16)
- tema ungu biru (1)
- Tip kahwin jimat kos (5)
- triffle (2)
- tunang (2)
- turqouise (1)
- turquoise (1)
- tutorial (1)
- vanilla coklat (1)
- veil diy manik lace (1)
- warna tema (1)
- wedding theme (12)
- white (1)
- Yanie (3)
- Yusrina (1)