Showing posts with label hantaran murah. Show all posts
Showing posts with label hantaran murah. Show all posts

Saturday, June 7, 2014

PB: Sewaan hantaran siap a.k.a ready made serendah RM 10 sedulang (T&C)

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

As salam dan salam sejahtera semua,

Untuk bride to be yang masih dalam masalah nak cari gubahan hantaran atau nak pergi beli barang untuk gubah hantaran yang kosnya semakin meningkat sekarang ni, Amy ada penyelesaiannya.

Sewaan gubahan hanataran serendah RM10 untuk disewa sekarang! Sehingga boleh dipakai atau stok kehabisan.

Warna tema ungu putih,
Hijau putih dan
ungu, pink, purple untuk Disewa.
warna maroon Putih
juga untuk sesiapa yang berminat.

Sila hubungi Amy di oi6-25i-4746 sekarang!

Atau emailkan ke pengantinbudget2@gmail.com untuk sebarang pertanyaan.

P/s: untuk makluman, gubahan ini oernah keluar dlm majalah pengantin tahun lepas.

Salam sayang, Amy pb2



Monday, May 21, 2012

PB: Gubahan hantaran hijau epal Farhan

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat petang semua,
Syukur Amy dapat siapkan 7 dulang hantaran untuk Farhan berupa:

1. Bekas cincin & mas kahwin
2. Jam tangan
3.Sejadah & kain telekung
4. Sepasang kasut
5. Beg tangan
6. Mandian dan wangian
7. Tuala

Gubahan hantaran hijau epal

Amy menggunakan raga dan kombinasikan warna hijau lumut, putih dan coklat untuk menaikkan gabungan warna-warna tu. Selain itu Amy selitkan juga sedikit warna merah menggunakan bunga-bunga kecil supaya nampak kontrasnya.

OKlah, semoga dapat memberi inspirasi kepada b2b di luar sana yer. Kalau ada yang berminat dengan hasil kerja tangan Amy ni, sila hubungi Amy segera untuk maklumat lanjut ok.

Salam sayang,

Amy PB2.   

Thursday, April 21, 2011

PB: Hantaran budget

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam semua,
Hantaran budget? Mungkin ada orang yang kata hantaran budget ni untuk orang yang tak ada duit nak kahwin. Ada juga yang kata hantaran budget memang untuk jimatkan kat sini dan nak belanja lebih kat bahagian lain. Ada juga yang boleh terima konsep budget ni dan ada juga yang tak boleh, mungkin merasakan budget ni maksudnya murahan/cikai/tak ada kelas dan sebagainya.

Sebenarnya pada Amy terpulang kepada diri sendiri dan jangan pedulikan orang lain. Kalau duit ada banyak RM 1500 untuk beli barang hantaran, gubahan dan lain-lain yang berkaitan, belanjakan ikut budget RM 1500 tu. Jangan pula beli barang berharga RM 2500 untuk tunjuk pada orang yang kita mampu beli brg tu tetapi hakikatnya tak mampu langsung.

Bila mahu kahwin memang perlu pakai banyak duit, makanya kalau ada budget yang secupak, berbelanjalah dengan nilai secupak dan tak perlulah dicari barang yang segantang nilainya.

Hm, panjang lebar pulak syarahan kali ni, tetapi bukan apa, ramai juga yang bertanyakan Amy tentang perkhidmatan hantaran yang budget ni. Mana-mana yang kreatif buatlah gubahan hantaran anda sendiri, tetapi bagi yang kurang yakin dan mahukan bantuan untuk menyiapkan gubahan hantaran budget, Amy sedia menawarkan perkhidmatan tersebut. 

Kalau mahu gunakan polisterin ke, kotak plastik ker, bakul rotan ker, bekas besi yang berpatutan ker, bolehlah hubungi Amy untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.
Hubungi: pengantinbudget2@gmail.com atau telefon oi6-z5i4746 sekarang yer. tksh.

Amy pb2.
EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter