Showing posts with label butterfly. Show all posts
Showing posts with label butterfly. Show all posts

Thursday, February 14, 2013

PB: 2013, bantal nikah, mini pelamin dan FM Couple (Gambar pengantin + tulis nama)

Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat Tahun Baru 2013... Haha, baru Amy perasan belum ada update lagi untuk tahun 2013 ni. Minta maaf ya kepada pembaca yang mungkin nak tau apa perkembangan Amy Pengantinbudget2 sekarang ni.

Sebelum tu, awak semua sihat? Amy doakan semuanya sihat sentiasa ya. Semoga bahagia bersama orang yang tersayang. Solat jangan lupa bagi Muslimin Muslimat ya. Peringatan untuk Amy juga. Ingat mengingati tanda sayang bukan? I heart u all!!

Apapun, terimalah update untuk bulan Disember 2012 - Januari 2013 yang mana ada. Mungkin boleh memberi sedikit sebanyak inspirasi kepada anda, terutama untuk pengantin bajet:: biar bajet sekarang, janji tak hangin dan hangit nak bayar hutang kemudian hari lepas kahwin nanti::

Kali ini Amy ada:

:: Mini pelamin bajet di Cheras:: bantal nikah untuk Marlina di Bangsar dan : fridge magnet dengan nama pengantin untuk Ida::



Terima kasih semua, jaga diri.
:: Alhamdullilah::


Ikhlas, Amy pengantinbudget2



Sewaan dari Amy: Bantal nikah, tiang pasu dan karpet



Sewaan dari Amy: Bantal nikah kerawang 2 biji



Fridge Magnet dari Amy (Inani) dengan tulis nama pengantin


Wednesday, August 17, 2011

PB: Fridge Magnet design terbaru dari Inani

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat pagi Darlings...
Ada berita baik! Pengantinbudget2 akan menjadi rakan persiapan kahwin anda yang boleh dipercayai lagi sebab kami akan mempersembahakan cenderahati murah tapi cantik untuk diberikan kepada tetamu anda. Lagi pilihan menarik untuk dipilih. Masih tak terlambat untuk sesiapa yang mahu mencari barang sebagai balasan kepada tetamu yang anda jemput ke majlis perkahwinan anda...

Ini dia, Fridge Magnet dengan tulisan TERIMA KASIH berbentuk:

1. Gubahan Bunga (biru, ungu pekat, pink dan kuning)

2. Bunga dengan ladybird (Ini cute sangat!!) dan boleh letak nama ya (tambahan RM 1 untuk setiap satu FM) (warna kuning). maksudnya tak ada tulisan terima kasih tapi diganti dengan nama anda dan pasangan - menarik kan?.

3. Medal bulat (warna soft pink)


Maaf gambar dari handphone, blur sikit.
Amy sengaja letak pembaris pendek Sarah di situ supaya Darlings semua boleh agak berapa besar FM-FM ni. Sebenarnya banyak lagi warna yang ada, infact, Darlings semua boleh tukar ikut kehendak masing-masing tetapi kena bagi contoh warna yang dikehendaki.
Pihak Inani pesan, kalau boleh bawa dalam bentuk kertas dan bukan sampel kain sebab susah nak cari warna kain.

Ha, sangat istimewa kan? Apa lagi nak ditunggu, jom order Fridge Magnet terbaru dari Inani ni ya.

Ok semua, salam sayang dan jaga diri baik-baik ya... ;)

Amy PB2.


Monday, January 24, 2011

PB: Tempahan Fly Turquoise dari Ainon

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Salam semua,
Terima kasih Ainon untuk tempahan Fly warna Turquoise, warna yang beri rating tinggi untuk blog Amy ni. Ramai yang cari apa2 saja info berkenaan warna ni.
Ini gambarnya...
Dah berbalut dengan tag Terima kasih, cuma perlu bagi je kepada pengunjung bertuah pada majlis anda nanti ;). Ini salah satu barangan daripada Inani Craft, kalau nak tahu lagi, boleh hubungi Amy ya.
Itu saja untuk kali ini, jaga diri, bye...
Salam Sayang,
Amy, PB2

Sunday, November 21, 2010

PB: Produk Inani yang paling mendapat sambutan sepanjang tahun

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Pakkal lah adik yang ketiga belum nak kahwin lagi, kalu tak, dah lama Amy memborong barang-barang Inani ni untuk dijadikan wedidng gift adik. Looking forwards to contribute some of this lovely items for my niece which might be getting married end of 2011...
So, the HOT items which on the center stage were .... (drum roll please.... ;)
**
FLY TURQOUISE
**
TEX, YANIE
**
FLY IN PURPLE AND SILVER FINISHING...
Menarik kan barang-barang ni. Kalau anda berminat, do call me to ask for more details before make any purchase ya. I assured you that you will have no regrets having this products as your wedding gifts/souvenirs for your honoured guests. Its truely Malaysian products.
Lots of love from Amy, and do take care beautiful people or B2B ya... ;)
Amy, PB

Tuesday, July 20, 2010

PB: RP Fly dalam warna Turqouise & Pink

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Hai semua, ada berita baru ni, ingat lagi tak pada RP FLY, bekas serbaguna berbentuk rama-rama tu? Terdapat warna baru yang ditawarkan iaitu RP FLY berwarna Turqouise dan Pink. Sebelum ini selain dari warna coklat, hijau dan maroon, warna-warna ini perlu dibuat tempahan sebanyak 1,000 unit ke atas untuk mendapatkan warna idaman anda itu.
Kini, tidak lagi kerana warna Turqouise dan Pink juga boleh didapati mengikut jumlah unit yang diingini tanpa ada jumlah minimum. Ini satu peluang yang sangat baik, boleh dimiliki mengikut jumlah yang anda inginkan. Buat tempahan lebih kurang dalam masa 2 bulan untuk kuantiti yang banyak, insyaAllah impian anda untuk menghadiahkan kepada tetamu majlis perkahwinan anda dengan sesuatu yang unik dapat dipenuhi! ;)
Jadi, sila hubungi Amy, pada 016.251.4746 atau email pengantinbudget2@gmail.com jika berminat untuk mendapatkan RP Fly tersebut pada harga RM 3.00 seunit ya. Banyak beli, ada lebih diskaun. ;) Love, Amy, pengantinbudget2

Tuesday, June 15, 2010

PB: Bekas rama-rama RP FLY RM 3.00 (10,000 unit pertama sahaja)

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Rekaan terbaru untuk tahun 2010 ini, RP FLY, bekas rama-rama sebesar tapak tangan berharga RM 3.00 seunit untuk 10,000 unit pertama.
Terdapat dalam warna HIJAU, COKLAT dan MERAH HATI
Available in GREEN, BROWN and MAROON
RM 3.00 per piece.
Unik, lain dari yang lain dan pelbagai guna.
Boleh dijadikan bekas letak kek buah, gula-gula, potpuri dan juga bekas kerongsang dan sebagainya. Sesuai dijadikan cenderahati terutama untuk VIP/pihak keluarga pengantin.
Berminat? Hubungi Amy, 016-2514746 atau Cbox/email pengantinbudget2@gmail.com untuk maklumat lanjut.
Cepat, jangan terlambat ya!

Friday, June 4, 2010

PPB - Cenderahati Fridge Magnet dengan tulisan "Terima Kasih"

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Pagi semua,
Hari ini saya ingin memperkenalkan satu lagi produk menarik iaitu Fridge Magnet/Pelekat Memo pada peti sejuk. Ini memang unik sangat sebab selalunya orang kahwin bagi cenderahati yg biasanya menggunakan bakul/beg dan lain-lain tapi bukan yang ini.
Fridge magnet ini memanglah sangat praktikal sebab orang akan tampal pada peti sejuk untuk hiasan, tampal memo, buat / tambah koleksi firdge magnet dan sebagainya.
Selain dari unik, harganya juga berpatutan dari RM2-RM 3 bergantung saiz dan jenis Fridge Magnet.
HARGA:
Untuk Fridge Magnet kupu-kupu, harga RM 2 seunit
Untuk Fridge magnet bunga RM 3 seunit (gambar akan dimuat turun kemudian ya...)
Cantikkan? berwarna-warni, murah dan telah siap dibungkus cantik dengan riben bunga kecil seperti dalam gambar. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.
Ada diskaun menanti untuk pembelian banyak.
Jumpa lagi... Amy, Persiapan pengantin budget, pengantinbudget2@gmail.com atau hubungi 016-2514746
EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter