Showing posts with label magnet peti sejuk. Show all posts
Showing posts with label magnet peti sejuk. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

PB: Fridge Magnet design terbaru dari Inani

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat pagi Darlings...
Ada berita baik! Pengantinbudget2 akan menjadi rakan persiapan kahwin anda yang boleh dipercayai lagi sebab kami akan mempersembahakan cenderahati murah tapi cantik untuk diberikan kepada tetamu anda. Lagi pilihan menarik untuk dipilih. Masih tak terlambat untuk sesiapa yang mahu mencari barang sebagai balasan kepada tetamu yang anda jemput ke majlis perkahwinan anda...

Ini dia, Fridge Magnet dengan tulisan TERIMA KASIH berbentuk:

1. Gubahan Bunga (biru, ungu pekat, pink dan kuning)

2. Bunga dengan ladybird (Ini cute sangat!!) dan boleh letak nama ya (tambahan RM 1 untuk setiap satu FM) (warna kuning). maksudnya tak ada tulisan terima kasih tapi diganti dengan nama anda dan pasangan - menarik kan?.

3. Medal bulat (warna soft pink)


Maaf gambar dari handphone, blur sikit.
Amy sengaja letak pembaris pendek Sarah di situ supaya Darlings semua boleh agak berapa besar FM-FM ni. Sebenarnya banyak lagi warna yang ada, infact, Darlings semua boleh tukar ikut kehendak masing-masing tetapi kena bagi contoh warna yang dikehendaki.
Pihak Inani pesan, kalau boleh bawa dalam bentuk kertas dan bukan sampel kain sebab susah nak cari warna kain.

Ha, sangat istimewa kan? Apa lagi nak ditunggu, jom order Fridge Magnet terbaru dari Inani ni ya.

Ok semua, salam sayang dan jaga diri baik-baik ya... ;)

Amy PB2.


Friday, June 4, 2010

PPB - Cenderahati Fridge Magnet dengan tulisan "Terima Kasih"

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Pagi semua,
Hari ini saya ingin memperkenalkan satu lagi produk menarik iaitu Fridge Magnet/Pelekat Memo pada peti sejuk. Ini memang unik sangat sebab selalunya orang kahwin bagi cenderahati yg biasanya menggunakan bakul/beg dan lain-lain tapi bukan yang ini.
Fridge magnet ini memanglah sangat praktikal sebab orang akan tampal pada peti sejuk untuk hiasan, tampal memo, buat / tambah koleksi firdge magnet dan sebagainya.
Selain dari unik, harganya juga berpatutan dari RM2-RM 3 bergantung saiz dan jenis Fridge Magnet.
HARGA:
Untuk Fridge Magnet kupu-kupu, harga RM 2 seunit
Untuk Fridge magnet bunga RM 3 seunit (gambar akan dimuat turun kemudian ya...)
Cantikkan? berwarna-warni, murah dan telah siap dibungkus cantik dengan riben bunga kecil seperti dalam gambar. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.
Ada diskaun menanti untuk pembelian banyak.
Jumpa lagi... Amy, Persiapan pengantin budget, pengantinbudget2@gmail.com atau hubungi 016-2514746
EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter