Showing posts with label murah. Show all posts
Showing posts with label murah. Show all posts

Saturday, December 31, 2011

PB: Amylia dan pelamin mini putih pink, Gombak, 25 Disember 2011

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Satu lagi entri kali ini adalah berkaitan entry Amy tentang sewaan pelamin mini oleh Pn. Linda untuk ahli keluarganya, Amy yang lepas. Nanti anda boleh baca kat sini pula. Ini pula kiriman gambar dari FB Amylia yang bertunang dengan buah hatinya dan dia sedang berposing dengan anak-anak comel, duduk atas bantal tunang/nikah berkaki kerawang tu. Berseri-seri bakal pengantin ni ya...


Untuk Amy dan pasangannya, semoga jodoh anda berdua berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan bahagia hingga ke akhirat. InsyaAllah, amin...

Amylia tak lupa letak komen dalam FB dia, dia kata ramai yang kata mini pelamin ni cantik dan lain dari yang lain... Alhamdulillah... Terima kasih Amy dan Linda, atas sokongan yang diberikan...

Kalau ada sesiapa yang berminat, silalah hubungi Amy PB2 ya, untuk bincang dengan lebih lanjut tentang warna tema anda. Untuk mandapatkan mini pelamin yang bajet sesuai dengan bajet anda, Amy kira, pengantin budget2 adalah jawapannya... ;)

Salam sayang,

Amy PB2.

Wednesday, December 7, 2011

PB: Lebih 100,000 penyokong Amy pengantinbudget2. Terima kasih semua...

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Alhamdulillah, pembaca belog Amy telah melebihi 100,000 jumlah traffik. Terima kasih atas sokongan tidak terhingga anda semua kepada Amy dan pengantinbudget2, semoga Allah sahajalah dapat membalas budi baik anda semua!...

Nite nite everybody... ;)

Lots of loves,
Amy pb2

Saturday, August 20, 2011

PB: Alas dulang with blue satin and white/yellow netting

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Morning Darlings,
This entry is dedicated for Darlings out there who in searching of alas dulang. Alas dulang available here with pengantinbudget2 are:

1. white and silver beaded netting
and
2. yellow sequins netting.

^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^^*^^*^*^*^*^*^*^**^*^*^*^*^^*^^*^*^^*^^*^*^*^*^*^*^*^
You can see the major differences shown here when I applies it together with blue alas satin
Here it goes:

1. White and silver beaded netting with satin blue
the alas portrait the blue colour even sotfter


2. Yellow sequins netting with satin blue. 

 the alas portrait more towards green colour as the combination of blue and yellow 
(just to remind b2b out there, yellow netting is a bit bigger and suitable for big size of dulang  hantaran.) 


So, wait no more, if interested, kindly contact me the soonest possible and you will get best price ever in town. Pengantinbudget2 will satisfy you, insyaAllah... :)

Lots of loves,
Amy PB2
pengantinbudget2@gmail.com 

Wednesday, August 17, 2011

PB: Fridge Magnet design terbaru dari Inani

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat pagi Darlings...
Ada berita baik! Pengantinbudget2 akan menjadi rakan persiapan kahwin anda yang boleh dipercayai lagi sebab kami akan mempersembahakan cenderahati murah tapi cantik untuk diberikan kepada tetamu anda. Lagi pilihan menarik untuk dipilih. Masih tak terlambat untuk sesiapa yang mahu mencari barang sebagai balasan kepada tetamu yang anda jemput ke majlis perkahwinan anda...

Ini dia, Fridge Magnet dengan tulisan TERIMA KASIH berbentuk:

1. Gubahan Bunga (biru, ungu pekat, pink dan kuning)

2. Bunga dengan ladybird (Ini cute sangat!!) dan boleh letak nama ya (tambahan RM 1 untuk setiap satu FM) (warna kuning). maksudnya tak ada tulisan terima kasih tapi diganti dengan nama anda dan pasangan - menarik kan?.

3. Medal bulat (warna soft pink)


Maaf gambar dari handphone, blur sikit.
Amy sengaja letak pembaris pendek Sarah di situ supaya Darlings semua boleh agak berapa besar FM-FM ni. Sebenarnya banyak lagi warna yang ada, infact, Darlings semua boleh tukar ikut kehendak masing-masing tetapi kena bagi contoh warna yang dikehendaki.
Pihak Inani pesan, kalau boleh bawa dalam bentuk kertas dan bukan sampel kain sebab susah nak cari warna kain.

Ha, sangat istimewa kan? Apa lagi nak ditunggu, jom order Fridge Magnet terbaru dari Inani ni ya.

Ok semua, salam sayang dan jaga diri baik-baik ya... ;)

Amy PB2.


Friday, April 8, 2011

PB: Pelamin Mini Biru + Merah Jambu

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Hai semua,
Masih ingat tak entry yang ni? Amy janji nak upload Pelamin Mini warna biru kan? OK OK , minta maaf sebab lambat upload ya... Macam-macam aktiviti Amy sehinggalah pagi ni idea datang mencurah-curah... ngeee...

Dengan ini dipersembahkan design terbaru Pelamin Mini pengantinbudget2.blogspot.


Apa yang ada:

-Bantal nikah/tunang yag berkerawang (bila pengantin duduk, bagai menatap puteri di awangan ;)  )
-2 flower stand kiri kanan
-2 pasu bunga besar di belakang
-2 pasu bunga kecil
-2 helai permaidani bulu khas dari Turki.

Jom tempah sekarang kepada beautiful b2b blogger yang berhajat untuk mempunyai Pelamin Mini ni pada hari bersejarah anda ya. Hubungi Amy segera untuk rundingan. 

Tawaran istimewa: 
Kepada Follower pengantinbudget2.blogspot.com ni, diskaun sebanyak 15% akan diberikan untuk sewaan pelamin mini ini... Tawaran sah dari 8/4/2011 sehingga 30 April 2011 ini. 
Cepat-cepat, jangan lepaskan peluang ini....

Salam Sayang, 
Amy PB2.

Wednesday, February 23, 2011

PB: Percuma @ diskaun - Donut n Sushi at SOGO

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Hai semua, Amy baru perasan kat SOGO, sushi akan diberi diskaun rm 2 sepeket selepas pukul 6 petang. Applicable for those price ranging rm 5.99 and above. Baru tau masa semalam singgah nak beli barang sikit, eh, ternampak ada notis kat depan area sushi tu ada diskaun ni. Apalagi, memang tengah nak makan sushi, terus ambik sepeket yang harganya jadi rm 3.99 dari rm 5.99. Jimatkan? .. hehehe tak banyak pun, hanya nak menghilangkan rasa mengidam nak makan sushi. NGEE...

Itu bab sushi, ini pula bab Dunkin Donut kat SOGO jugak. 

Tapi dah lama jadi, berbulan-bulan yang lepas. Hubby minta belikan makanan ringan sikit. Jadinya teringat kat donut warna-warni dan gebu-gebu ni.. Belilah 3 biji donut lepas tu masa tengah nak bayar yang jaga kaunter bayaran kata ambil satu lagi free
Ok, dah jadi 4 ketul. 
Lepas bayar dia kata, ambillah mana-mana kotak munchkin yang dalam dia ada donut kecil-kecil 12 biji kot. 
Hah? Free lagi? 
Dia kata kalau tak diaorang akan buang aja. Hehe the best part was, Amy terus jer cakap, kenapa tak bagi orang? (memandai bagi cadangan) Dia jawab bilalah ada masa nak cari orang nak bagi. Amy kata lagi; "Kan ada orang kat area Dataran Merdeka yang digelar Gelandangan tu sampai kutip saki-baki KFC dlm plastik sampah area Jalan TAR tu yg masuk Aduan Rakyat kalau tak silap. Hm dia kata mana ada masa nak cari orang... Betul juga sebab masa Amy beli tu dah lewat juga, pukul 8 lebih. SOGO tutup kul 9.30 malam, tak ada ramai mana orang nak datang time cenggitu kan?
So, if u want to get extra food, shop at those outlet mentioned at that time. InsyaAllah you wont regret... Haha, tips penjimatan untuk kali ini...

Rasanya banyak juga outlet makanan yang akan buang lebihan yang tak habis dijual kan? Kalau ada sesiapa nak kongsi kat sini janganlah malu ek, pengkongsiankan tanda sayang eh?? sama tak dengan sharing is caring? Kira boleh lah erk...

OKlah, jumpa lagi. Tata!

Salam Sayang,  
Amy PB2. 

Friday, February 18, 2011

PB: Kalau bijak membeli...

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Untung sebenarnya beli barang kahwin ni banyak-banyak iaitu ikut keperluan kita berapa banyak nak pakai. Sebab barang yang kita beli tu secara tak langsung melibatkan:

Duit minyak / tiket tren komuter/lrt/monoreil
Tol yang perlu kita bayar
Kos makan minum
Masa yang digunakan
Tenaga yang digunakan (dah balik umah mesti penat dowh)

selain daripada duit yg kita gunakan untuk beli brg2 tu tadi.

Satu lagi, kalau beli banyak/pukal/borong dari penjual, insyaAllah boleh dpt diskaun sebab beli byk. Kalau beli sikit susahlah sikit kan? 

Satu lagi kalau kita beli barang di kedai yang sama selalu (untuk mana-mana barang yang boleh lah yer) boleh juga dpt kurang sebab dia tengok kita ni mcm regular customer dia... tp kalau dia bagi harga fixed price tak untung juga.

Kalau pandai cari barang murah tapi cantik lagi bijak... Sebenarnya topik ni tak berapa juga sesuai untuk mereka yang tiada masalah dalam hal kewangan sebab mereka mampu nak beli apa shj yg mrk nak, tp kalau dapat berjimat apa salahnya kan?

Sangat untung untuk b2b kat luar sana yg masih punya masa yang panjang untuk buat persiapan kahwin. 

Kalau boleh janganlah BERTANGGUH BUAT KERJA. Sebab nanti tak siap-siap kerja sampailah hari majlis tu nanti. Time management is very important...

Thursday, February 10, 2011

PB: PAKEJ MEKAP + MINI PELAMIN

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

~Updated: 6 Januari 2012~

Dibawakan khas oleh Persiapan Pengantin Budget dan Neeza Makeover , kami menawarkan Pakej Mekap +  Mini pelamin (seperti dalam gambar - boleh dibuat mengikut tema yang diperlukan) dengan harga sangat istimewa:
RM580.00 SAHAJA!!
BERMULA JULAI 2011
(boleh tempah sekarang ya)
Contoh mini pelamin yang PB2 buat (yg penting bantal berkerawang yang sangat sesuai untuk b2b yg comel atau yang comel lote. (saiz kerusi: 1 mtr x 1 mtr x sejengkal)

Link Neeza Makeover kat sini ya. Contoh makeup yg dia buat:

Selain pakej yang ini, Neeza juga ada buat pakej2 lain, boleh tengok kat sini tau...
Pakej2 ni sangat sesuai untuk mereka yang berbudget2 dlm persiapan kahwin. Boleh hubungi Amy/ Neeza untuk maklumat lanjut ya, tksh, take care ok girls... ;)
Salam sayang, Amy, PB2

Saturday, February 5, 2011

PB: Sale:: Best Discount:: for Shisheido, Bobbi Brown,Chanel & Clinique

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Amy baru perasan diskaun ni kat link ni. So Amy cadangkan sesiapa b2b yang suka makeup dan mungkin nak cari barang hantaran or personel makeup yg belum ada atau dah habis tu beli dgn kupon diskaun ni. Bayar RM 10 untuk dapatkan Cash Voucher bernilai RM 30.

Untuk::
  Tapi kena buat langkah-langkah ni dulu:
  • Sign up with Acmamall.com necessary and vouchers will be deposited into your Acmamall.com account
  • Limited purchase of 2 vouchers per user
  • Cash voucher can be used from 20 February 2011 - 19 May 2011
  • Only one voucher allowed per transaction
  • No refund given on residual voucher
  • Vouchers cannot be combined with other promotional vouchers and discount code offerings
  • Vouchers are non-exchangeable for cash and non-transferable
  • Acmamall.com reserves the right to reject any voucher that was misused under the terms and conditions
  • Cash vouchers cannot be used for deal of the week and deal of the month items
 Selamat bershopping... ;)

Thursday, February 3, 2011

PB: Bulan madu aka honeymooning ;)

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Ha, ini satu topik menarik untuk Amy kongsi dgn pembaca kat luar sana. Amy tau ramai yang memang pengantin budget, maklumlah brg sekarang semuanya mahal. Dengan RM50 tak dapat beli apa pun, nak dating dgn pakwe / tunang / hubby pun habis untuk minyak dgn nak masuk tandas jer, kalau nak makan minum, hm, kalau makan kat mamak cukuplah kot, tapi itulah sekali mkn jerk, kalau makan tandori tak cukup RM 50 tadi tu. Betul tak? 
Jadinya, takkan budget sikit bila kahwin tak pergi bulan madu kot? Mesti ada caranya kan? Dan, kalau kahwin mesti pergi bulan madu tapi kalau duit tak cukup, macam mana yer?

Ok, ini tips Amy, Pergi juga bulan madu tapi pergi saje ke hotel-hotel yang dekat dengan kawasan anda. Hotel 3 bintang pun tak apa, 2D/1N pun tak per...

    Source: Mr. GOOGLE
 
Contoh, kalau di KL, cubelah pergi Swiss Garden ker, Federal Hotel ker? Seri Cempaka ker.... (ops, saya bukan ejen hotel ya... cuma menyebut beberapa hotel yang dirasakan lepas budget yang sememangnya budget tu...;) )
Kalau kat Melaka pergilah Seri Costa Hotel Resort, Naza Tallya Hotel ker? 

Bukan apa, untuk pasangan yang baru berkahwin, memang patut pergi honeymoon ikut kemampuan masing-masing. Masa nilah nak kenal hati budi pasangan kita dan menikmati detik-detik awal perkahwinan yang tak akan sama selepas dah lama kahwin. Excitement dia lain tau... Tak percaya? Ha, cepat-cepat kahwin (cara yang baik yer ... :) dan pergilah berbulan madu seawal boleh selepas majlis anda selesai. 

Untuk yang lebih mampu, tak salah untuk pergi ke tempat yang memang menyediakan pakej bulan madu untuk pasangan baru kahwin, tempat yang cantik-cantik dalam negeri atau kuar negeri. Yang penting, tepuk dada, tanya poket dan mampu kita buat. Jangan sampai seksa diri pulak ya.

Selamat merancang untuk berbulan madu... Teringat Amy Search.. Fantasia Bulan Madu.. (tapi nak gi bulan tak tercapai akal ku pulak ;)
P/s: Amy pun dulu honeymoon di salah satu hotel di JB lepas majlis di Kluang, belah hubby .:). Janji honeymoon. ;P

Sunday, January 30, 2011

PB: Merah itu saga, Merah tanda berani, Merah tanda C.I.N.T.A

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Betul tak? :
Merah itu saga.................., 
Merah tanda berani.................., 
dan yang paling penting, 
*
*
*

 
 *


*

Merah tanda C.I.N.T.A


Stuju? 




Pelamin mini MERAH CINTA sedang beraksi. Sesiapa yang berminat untuk sewa pelamin merah cinta ni hubungi Amy ok, thanks for viewing... ;)


Salam Sayang,
Amy, PB2.

Monday, January 24, 2011

PB: Tempahan Fly Turquoise dari Ainon

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Salam semua,
Terima kasih Ainon untuk tempahan Fly warna Turquoise, warna yang beri rating tinggi untuk blog Amy ni. Ramai yang cari apa2 saja info berkenaan warna ni.
Ini gambarnya...
Dah berbalut dengan tag Terima kasih, cuma perlu bagi je kepada pengunjung bertuah pada majlis anda nanti ;). Ini salah satu barangan daripada Inani Craft, kalau nak tahu lagi, boleh hubungi Amy ya.
Itu saja untuk kali ini, jaga diri, bye...
Salam Sayang,
Amy, PB2

Saturday, January 22, 2011

PB: Bantal nikah yang Liyana SCR sewa - cantiknya dia... ;)

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam semua, 
Amy nak kongsi gambar sicantik manis Pn. Liyana SCR yang telah menyewa bantal nikah Amy pada hari pernikahan dia bulan 12 tahun lepas (chewah mcm lama sgt tahun lepas tu erk? hehe).
Ni dia.. dia memang cantik sampai Amy terkedu tengok dia masa nak ambil semula bantal tu. Untung suami dia... Jadi isteri yg baik untuk suami erk Yana. Advise from a wify of 6 years marriage... ;). And i need to thanks Cik Syafa very much for googling to my blogspot in order to help Yana finding her dream bantal nikah... Terima kasih Syafa... Inilah post dia yang tunjuk gambar blog Amy tu...

pics credit to:http://squarecutring.blogspot.com/2010/12/review-bantal-nikah.html#comments


So, sesiapa yang berminat nak sewa bantal ni hubungi Amy segera ya. Tapi nak bagitau, untuk 1 Mei 2011 ni dah ada orang tempah. U all boleh tengok di atas kiri blog amy ruangan Diari PB2.

Oklah, itu saja, take care n selamat berhujung minggu... ;)

Saturday, January 8, 2011

PB: Hantaran bekas plastik - Tema Ungu putih

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

One day, a nice sweet lady came to me and asked whether i can make two boxes of plastic box decorated for her solemnization day, which will be on this coming late Jan. She alerted me that she just want a simple one and syukran when i finished decorated it, she said, "Kenapa buat cantik sangat". Alhamdulillah, she heart that boxes and this is a snap shoot of the pics.

 
If you want to have those kind of wedding gift being decorated. kindly email/text me for further info.
Thank you and take care ladies... ;)

Lots of love, 
Amy, PB2

Saturday, January 1, 2011

PB: Sale: Tahun Baru 2011

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua pembaca belog Amy ni. Terima kasih juga kepada follower-follower yang semakin bertambah, alhamdulillah, terima kasih atas sokongan semua ye.
Semoga tahun baru 2011 ini memberikan kejayaan yang lebih banyak kepada kita dengan usaha-usaha yang dilakukan. Semoga menjadi lebih baik dari tahun lepas ek... dan semakin bahagia dengan keluarga dan bakal rumah tangga yang akan didirikan.
Untuk melengkapkan lagi permulaan tahun baru ini, Amy nak let go
RMH warna biru firus/turqouise klasik01 dengan
RMH warna merah nyala + orange lembut dengan harga RM1XX/satu set.
Kalau mahu Amy gubahkan, bayaran hanya RM2XX sahaja.
Satu set kedua-dua hantaran ready made tu ada:
5 bakul yang siap digubah &
2 atau 3 tangkai bunga dulang
(untuk barang-barang yang tak perlu diletak dalam bakul tu mcm kek etc...)
Siapa cepat dia dapat sebab Amy nak jual set ini dengan harga yang boleh dikatakan agak murah kepada sesiapa dulu yang mahukan set hantaran ini dengan segera ya...
Wait no more, request for this, and u will get it...
OK, semua, babai, jaga diri n sayang sokmo,
Amy, PB2.
1 Januari 2011 (010111)

Sunday, December 19, 2010

PB: SALE: Nak clearkan stock hantaran - sapa mau, lai lai ke depan....

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam semua,
Dah petang-petang macam ni baru dapat nak tulis new post. Kena buat juga sebab Amy ada hajat yang sangat besar iaitu untuk melegakan ruang bilik simpanan barang-barang untuk buat hantaran dengan membuat SALE: JUALAN CLEARENCE HANTARAN...
Serius ya pembaca semua... Saya harap sesiapa yang nak buat hantaran untuk tunang / nikah yang masih tak tau nak cari kat mana untuk buat hantaran anda, silalah hubungi Amy unyuk maklumat lanjut. Stok yang tinggal hanyalah:
Ready made hantaran merah nyala oren lembut
, dan 
Ready made Hantaran turqouise classic / biru firus...

Hantaran Purple White/ Ungu putih (SOLD OUT) telah dan sedang disiapkan untuk Azwa dari Gombak yang mahu digunakan pada Januari 2011. 

So, sesiapa yang nak dapatkan best deal ini, sila hubungi Amy segera. Pat Pat Nyer Nyer, siapa cepat dia punya, OK!..
Salam sayang, 
Amy PB.
 

Saturday, December 11, 2010

PB: Pelamin mini betul-betul budget

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Ingin pelamin mini yang murah?
Walaupun murah nampak elegan dan cantik?
Apa kata tengok pelamin mini yang ini...
**

**

 
** Tuan Puteri bersemayam atas peterana kecil wink* wink * **
 
Jika ingin memiliki pelamin mini yang simple ini, sila hubungi Amy untuk maklumat lanjut ya. Sila sertakan tarikh dan lokasi anda untuk mendapat kos yang terlibat ya.
Salam Sayang,

Amy, pengantinbudget2@gmail.com

Saturday, November 13, 2010

PB: Gubahan Hantaran murah/budget sangat-sangat

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Selamat pagi wahai pembaca semua...
Selama berkecimpung dalam business online ni, ada banyak pertanyaan Amy terima tentang macam-macam perkara berkaitan cara nak beli barang/servis, minta quotation dan lain-lain.
Paling mengesankan ialah ada pertanyaan yang inginkan Amy buatkan hantaran dia pada harga yang murah sebab budget dia kecil. Tapi perlu diingat, bila budget kecil, tak banyaklah yang boleh dibuat pada hantaran tersebut sebab kos beli barang-barang hantaran sekarang mahal dik... So that's y ramai pembuat hantaran letak haraga tinggi/berpadanan untuk cover kos-kos yang terlibat. Ini perlu difahami oleh pengorder tersebut. Sebab, tak maulah u are just willing to pay less but need/expect the outcome will be soooo grand and high grade kan!... Be realsitc ya ;)
Ini antara koleksi hantaran ini yang sedia/ready made untuk dijual segera.. hubungi pengantinbudget2@gmail.com / tel Amy ya :)
So, sekarang Amy nak umumkan mulai sekarang, Amy akan cuba ambil tempahan yang murah/ekonomi dengan syarat, sila hubungi Amy terlebih awal untuk tujuan tersebut untuk capai persetujuan. I know, to get married, a lot of money involved, and if u can, u need to jimat here and there ur expenses right? ;). Mana yang boleh tolong, kita tolong ok.
Oklah, minta maaf kalau ada sesiapa yang tersinggung, (harap tidak ya) coz, wedding preparation industry involved a lot range of people, they also need to feed themselve, and in the same time is willing to serve someone out there who need their services. I will try to serve you the best and in return, hope u will appreciate the work done.
Many thanks to beautiful peole outhere...
Loves, Amy PB

Thursday, September 16, 2010

PB: Kuntuman Bunga Kayu Manis - RM 1.20 sebiji

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Salam semua...
*
*
*
RM 1.20 sebiji? Ya, jangan tak percaya. RM 1.20 sebiji untuk harga sebiji kuntuman kayu manis seperti di bawah. Boleh digubah mengikut warna tema majlis perkahwinan anda. Panjang tali boleh diubah sedikit.
Hubungi Amy di 016.251.4746 untuk maklumat lanjut atau email kepada pengantinbudget2@gmail.com. Beli banyak boleh beri diskaun lagi (melebihi 500 unit ke atas).
Sesuai untuk digantung dipintu/dinding pejabat untuk hiasan/ boleh digantung di kereta. Kalau lebih kreatif, boleh letak potpuri kalau sesiapa yang mahukan lebih nampak grand.
Pendapat saya, tampak elegan dengan ikatan reben dan klasik dengan penggunaan kayu mains yang baunya manis sekali ;)
Kalau mahu beli dalam kuantiti yang kecil untuk lihat hasilnya, boleh hubungi saya ya ;) Salam Hari Malaysia, 2010 Amy, pengantinbudget2
EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter