Showing posts with label Books Review. Show all posts
Showing posts with label Books Review. Show all posts

Tuesday, June 29, 2010

Review : 28 hari Jurnal Rock N Roll (Mohd Jayzuan)

Buku ini dah lama aku khatam tapi tak sempat-sempat nak review. Ini adalah kerana aku lebih teruja nak pi Batam...perghhh pegi bai! Jadi setelah pulang...mari membuat review pasal buku-buku. Buku ini bukan sebarang buku. Kalau kau minta dekat MPH buku ini, mungkin kau akan makan stepler sebarang dua ketul. Jadi nampak sangat buku ini special...special yang up lagi dari ABC special. Lepas baca rasa nak jilat satu-satu muka surat buku ini..

Buku yang special itu adalah buku 28 Hari Jurnal Rock N Roll terus-terusan dari Mohd Jayzuan. Dengar Mohd Jayzuan pun dah bergoyang badan nak pi carik buku ini bukan? aha memang sangat sejuk cerita yang nak disampaikan oleh brader Jayz ini. Sebenar kandungan buku ini lebih kepada journal terhadap seorang yang tulus dengan dunia dan diri dia.

Buku atau Journal ini adalah berkisar tentang perjalan seorang pendukung indie rock tegar merentasi semenanjung Malaysia. Dari Simpang Pulai terus ke Johor Bahru dan laju ke Alor Setar. Betul-betul 'attitude' rock n roll tegar dalam jiwa mamat ni. Gila apa keluar rumah nak pusing malaysia tak bawak banyak duit. Yang ada cuma buku diari, pen, gitar tong dan juga otak. Kau ada berani nak buat macam itu, tak bukan? Bila aku baca aku macam dapat rasa apa yang Jayz raza....ampu sangat lah! Ini sebab jenis ayat yang dia guna sangat jujur dan jelas. Kira kalau masa itu kau baca tentang dia murung..kau tak pasal-pasal murung jugak sambil hisap rokok banyak-banyak..Haram J!

Kan dah macam murung Petisuara tu...ahh kau, comel macam burung pun ada

Hidup brader Jayz ini mengikut journal dia, memang penuh dengan duka dan sakit. Jatuh dan bangun dah jadi perkara rutin. Sunyi dan sendiri adalah perkara biasa. Tapi walau macam mana luka pun hati dia...ubat yang paling mujarab adalah makan. Setiap perhentian mesti ada kedai yang dia singgah. Dah macam rancangan makan-makan pun ada. Dan aku paling tabik, brader Jayz banyak rakan yang loyal. Ada saja kawan-kawan walau di ceruk mana sekalipun dia berada...sentiasa ada bila Jayz perlukan. Tabik! Tabik!

Jadi cuba korang roger-roger sikit brader Jayz ini untuk rembat buku dia ni (http://mohdjayzuan.blogspot.com) Sangat tak bagus kalau belum ada buku ini..bukan senang nak jadi sejuk bukan?. Ataupun boleh cuba email pada mamat ini untuk tanya lanjut.....dvinecomedy@hotmail.com (sufian abas)


Psss...kalau korang beli nanti dapat tanda tangan artis...uish!

Thursday, June 24, 2010

Review : Sembang Kencang (Fdaus Ahmad)


Aku bukan kenal pun Fdaus Ahmad (Sembang Kencang). Jumpa pun belum pernah...apatah lagi nak cium tangan dia. Bila aku cuba-cuba baca belog mamat ini dekat Si Luca aku macam boleh ngam dengan belog dia...belog Luca ngam jugak. Karang dia maki aku pulak. Jadi bila aku dengar sipi-sipi yang dia nak buat buku sulong..rasa tak tenteram pun ada. Kalau boleh aku nak jadi pembeli pertama sambil dapat satu autograph dekat dahi.

Sekarang Fdaus Ahmad (Sembang Kencang) memang betul-betul dah ada buku sendiri. Mesti dia rasa bagus pada diri sendiri sebab ada buku sendiri. Setakat ada belog hari-hari tulis "lama saya tak update belog ini!!maaf ya semua!!" langsung tak standard. Ada buku sendiri lah baru inn. Kan aku dah 2 kali bagi large nama dia...nampak sangat ampu lebih, dasar melayu betul.

Buku Sembang Kencang ini lebih pada genre yang sungguh berfaedah. Selain melatih daya pembacaan, kau juga dapat bonus latihan perut akibat senak tahan gelak. Tak perlu ada tips-tips tekan tubi. Bila dah katam, secara auto aku rasa macam dah kawan lama dengan Fdaus Ahmad....tak pasal-pasal ampu lagi..chibey. Tapi sungguh! Ini kerana dia punya kandungan boleh kira cerita dari zaman dia kecil, sekolah, bujang dan sampai dah tua lanjut. Aku rasa kalau Fdaus Ahmad ini dapat tulis belog sejak 1996 lagi, Hanis Zalikha pun angkat tabik sama dia.

Brader ni aku rasa serba boleh. Dalam buku ini saja dia boleh jadi macam-macam. Dia boleh jadi imam lupa ambik wuduk, boleh jadi pelajar yang maintain hero dan juga pekerja yang gila kental, boleh jadi lepas ini mungkin dia nak jadi lembaga JPJ. Tapi paling aku tabik adalah bila dia menjadi seorang bapa contoh. Bapa contoh ini bukan senang nak rebut tittle dia. Bukan calang-calang orang...tapi Fdaus Ahmad boleh.
Satu dialog Fdaus Ahmad dengan Fateem (anak dia)

"Ayah taubat itu apa ayah?"
"Taubat itu makan aiskrim"
"Ateem nak taubat ayah"
"Jangan harap!"


Kalau kau nak beli buku ini selamba kelik dekat gamba nih..kat situ kau ikut la syarat-syarat dia...tak pun kau boleh email dekat sini

Emel : fird_ahmad@yahoo.com atau Lucadeketiak@gmail.com

Jadi kalau korang rasa nak hidup best sambil baca buku ini, selamba pi order dekat Luca...tak pun pi dekat belog Sembang Kencang terus, senang.