Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.
Showing posts with label Sejarah/Sastera. Show all posts
Showing posts with label Sejarah/Sastera. Show all posts

Thursday, December 31, 2015

Pesan Tun Razak kepada Najib..


"Kekuatan UMNO bergantung kepada tiap-tiap orang ahlinya bergantung kepada kesanggupan mereka menjalankan tanggungjawab mereka itu dengan JUJUR dan sempurna. Begitu juga saudara-saudara ahli UMNO..BERTANGGUNGJAWAB MENJAGA dan MENGAWASI pemimpin-pemimpin tertinggi menjalankan tugas mereka dengan JUJUR dan IKHLAS." - 24 Jun 1972 (Dewan Bahasa dan Pustaka).

"Saya telah katakan tadi..kalau kita ingin UMNO terus mempunyai pengaruh dan tenaga, maka kita semua pemimpin parti mestilah sanggup menunaikan tanggungjawab dengan penuh. Kita mestilah sanggup BERKORBAN dan MENJAGA NAMA BAIK PARTI serta meluaskan pengaruh parti setiap masa." - 24 Jun 1972 (Dewan Bahasa dan Pustaka).

"Saya terpaksa menekankan betapa pentingnya kita MENINGGIKAN LAGI SEMANGAT PATRIOTISME dan PERIBADI kita kerana saya bimbang telah ada tanda-tanda di setengah-setengah tempat..beberapa pemimpin UMNO sendiri menjadi 'unsur-unsur kemerosotan' itu." - 30 Jun 1973 (Hotel Hilton, Kuala Lumpur).

"Kepada setengah-setengah pemimpin UMNO, kejayaan menyebabkan mereka 'berpuas hati' dan ada di antara mereka yang TERANG-TERANG BEKERJA HANYA UNTUK KEPENTINGAN DIRI dan MENYELEWENG kepada parti, rakyat dan negara." - 30 Jun 1973 (Hotel Hilton, Kuala Lumpur).

"Memang benar parti kita sekarang masih kuat, tetapi kalau kita tidak menjaga dan mengawalnya, tak dapat tiada ia akan menjadi lemah. Kita mesti ingat bahawa APA YANG NAIK AKHIRNYA AKAN TURUN JUGA dan APA YANG DI ATAS AKHIRNYA KE BAWAH JUGA. Perbezaannya adalah masa dan kewaspadaan masing-masing. Ini adalah adat dunia dan hakikat sejarah." - 30 Jun 1973 (Hotel Hilton, Kuala Lumpur).

"Pucuk pimpinan parti kita perlu sentiasa memperhatikan KEHENDAK-KEHENDAK MAJORITI AHLI PARTI dan juga sedia menyesuaikan kedudukan parti dengan peredaran dan kehendak zaman." - 30 Jun 1973 (Hotel Hilton, Kuala Lumpur).

"Bagaimanapun, patut diingatkan bahawa kekuatan dan pengaruh parti kita bergantung kepada beberapa faktor dan pada hemat saya faktor yang paling penting ialah KEJUJURAN AHLI-AHLI TERHADAP PARTI dan seterusnya KERAJAAN YANG DIDUKUNG OLEH PARTI TERHADAP RAKYAT." - 21 Jun 1975 (Hotel Hilton, Kuala Lumpur).

"Inilah saya fikir khidmat bakti yang masih ada pada kita, iaitu KEJUJURAN AHLI-AHLI SEKALIAN mendukung cita-cita murni UMNO; KEJUJURAN PIMPINAN UMNO MENJALANKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB. Inilah sebabnya saya menggariskan khidmat KEJUJURAN kerana selagi kita jujur dan ikhlas terhadap parti dan rakyat, sudah tentu Allah akan memberkati segala usaha kita itu." - 21 Jun 1975 (Hotel Hilton, Kuala Lumpur).

"Pimpinan UMNO hari ini menyedari benar-benar bahawa PARTI MEMERLUKAN PEMIMPIN YANG JUJUR, YANG BERSIH, YANG BERDEDIKASI kepada parti dan rakyat." - 21 Jun 1975 (Hotel Hilton, Kuala Lumpur).

"Oleh itu amatlah mustahak kita mendapat PEMIMPIN YANG JUJUR, DEDIKASI dan BERSIH PERIBADINYA yang mendapat keyakinan ahli-ahli UMNO dan lebih penting sekali KEPERCAYAAN dan KEYAKINAN seluruh rakyat." - 21 Jun 1975 (Hotel Hilton, Kuala Lumpur).


"Saya pernah katakan dulu dan saya suka mengulangi iaitu kekuatan sesebuah parti politik seperti UMNO ini bergantung kepada KEKUATAN dan INTEGRITI SETIAP AHLINYA. Selagi ahli-ahli UMNO patuh kepada perjuangan parti dan sentiasa menjaga serta mengawasi perjuangan parti dan TIDAK MENYELEWENG, sudah tentulah UMNO akan terus kuat dan teguh." - 21 Jun 1975 (Hotel Hilton, Kuala Lumpur).

"Oleh yang demikian, saya dengan penuh ikhlas meminta saudara-saudara menimbang dan memikirkan sebarang keputusan yang akan kita ambil dengan penuh berhati-hati sambil memohon ilham dan petunjuk dari Tuhan Yang Maha Kuasa. Apa yang kita lakukan, ASAL DIBUAT DENGAN PENUH KEJUJURAN dan TAKWA, tidak akan menyimpang daripada hasrat dan matlamat sebenar yang hendak ditujui." -  21 Jun 1975 (Hotel Hilton, Kuala Lumpur).

"Inilah panduan dan pedoman kita dan saya meminta saudara-saudara menjalankan AMANAH yang diletakkan pada kita dengan JUJUR, ADIL dan SAKSAMA." - 21 Jun 1975 (Hotel Hilton, Kuala Lumpur).

Wednesday, September 17, 2014

Akta Pengecualian Cina


Pada musim bunga tahun 1882, Akta Pengecualian Cina telah diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat dan ditandatangani oleh Presiden Chester A. Arthur. Tujuan akta ini digubal adalah untuk menghalang kemasukan pendatang buruh Cina ke Amerika bagi tempoh 10 tahun.

Buat pertama kalinya, undang-undang Persekutuan Amerika mengharamkan kemasukan kumpulan buruh etnik Cina atas dasar ianya mengancam ketenteraman di beberapa kawasan. Rentetan itu sangat sedikit jumlah imigran Cina yang dibenarkan berhijrah ke Amerika di bawah Akta Pengecualian Cina 1882.

Akta Pengecualian Cina meletakkan beberapa syarat kepada pendatang Cina yang telah sedia bermastautin di Amerika. Antara syarat tersebut ialah jika mereka meninggalkan Amerika Syarikat, mereka perlu memohon semula sijil kemasukan. Malah Kongres Amerika turut memansuhkan hak mana-mana Negeri dan Mahkamah Persekutuan untuk memberikan taraf penduduk kepada pendatang Cina yang bermastautin di negara tersebut.

Apabila tempoh Akta Pengecualian Cina tamat pada tahun 1892, Kongres telah melanjutkannya selama 10 tahun melalui Akta Geary. Akta ini kekal hingga tahun 1902 dengan pindaan iaitu setiap imigran Cina perlu melakukan pendaftaran semula bagi memperolehi sijil kediaman. Tanpa sijil ini, imigran Cina akan dihantar pulang ke negara asal.

Akta Geary dikawal selia hingga tahun 1920-an. Dengan meningkatnya jumlah kemasukan imigran Cina selepas perang dunia, Kongres Amerika telah menetapkan peraturan baru berkenaan kuota kemasukan imigran yang berkaitan dengan negara asal mereka. Ketika itu pergerakan anti Cina di Amerika telah mula reda.

Pada tahun 1943 Kongres Amerika turut memansuhkan semua akta pengecualian dan membuka ruang kepada imigran Cina untuk memohon sebagai penduduk (bukan warganegara) melalui kaedah naturalisasi hanya kepada imigran Cina yang dilahirkan di Amerika; sehinggalah Kongres meluluskan Akta Imigresen pada 1965.

Berkuatkuasa 1 Julai 1968, Amerika telah menetapkan hanya 170,000 pendatang asing sahaja yang dibenarkan masuk ke Amerika Syarikat pada satu-satu masa, iaitu dengan jumlahnya terhad kepada 20,000 pendatang dari satu-satu negara.

Walaubagaimanapun Akta Imigresen Amerika yang digubal pada tahun 1990 telah mengalami beberapa perubahan dalam undang-undang berkaitan imigresen sejak 1965. Untuk maklumat lanjut mengenai Imigresen Cina dan Cina di Amerika boleh klik sini.

Apa beza Cina Amerika dengan Cina Malaysia?

Thursday, August 21, 2014

Hanya menunggu masa..

1. Bangsa Melayu harus sedar bahawa Tanah Melayu adalah satu-satunya tanahair mereka. 

2. Mereka tidak seperti orang India yang mempunyai negara India untuk bergantung. Jika sesuatu berlaku, contohnya kes Hindraf, pemimpin mereka ke India sebagai tempat untuk melarikan diri. Kerajaan India turut menyediakan biasiswa kepada rakyat Malaysia keturunan India (Indian diaspora). Kerajaan India juga membenarkan rakyat Malaysia keturunan India (Indian diaspora) untuk mengundi dalam pilihanraya di negara India.

3. Kaum Cina pula...faham-faham sajalah. Kita tengok di bulan kemerdekaan ini, berapa banyak premis dan kenderaan milik kaum Cina yang akan menggantung bendera Malaysia. Tema hari kemerdekaan ke-57 ialah "Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta", namun bagi kaum Cina..lahir?..ya!..cinta?..soli meh!!

4. Orang Melayu diminta melupakan sejarah 13 Mei 1969 tetapi sebaliknya orang bukan Melayu kini terang-terangan sedang mencipta sejarah 13 Mei versi mereka sendiri.

5. "Are we measured by exam scores?" - (The Sun - 14 Mac 2008, MS 20). Inilah komen orang bukan Melayu apabila ada pelajar Melayu yang memperoleh 20A1 dalam SPM. Pencapaian pelajar Melayu diperkecilkan.

6. Orang Melayu harus sedar bahawa kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam untuk menarik orang bukan Melayu berkhidmat dengan kerajaan, bukannya kerana prestasi kakitangan kerajaan itu sendiri. Agaknya apa tanggapan orang bukan Melayu di luar sana pada orang Melayu yang bekerja kerajaan?

7. Orang Melayu memang jenis malas nak komplen-komplen. Orang Cina dan India pula sikit-sikit nak komplen. Selagi orang Melayu malas nak komplen, mereka akan ketinggalan. Tanpa komplen, masalah tak akan dikenalpasti dan ditangani. Bertambah pelik apabila orang Cina atau India komplen, pemimpin dan penguatkuasa Melayu cepat pula bertindak, tapi kalau orang Melayu yang komplen, mereka buat tak endah saja.

8. Ramai generasi muda Melayu hari ini tidak berminat mempertahankan hak mereka sebagai bangsa Melayu di Tanah Melayu. Mereka sedia berkongsi samarata dengan orang bukan Melayu kerana mendapati orang Cina dan India sudah ramai disekeliling mereka hingga terbiasa menggunakan semuanya yang terdapat di Tanah Melayu secara bersama. Analoginya macam Mamat ada basikal, tapi kerana Lee dan Bala biasa gunakan basikal tu bersama disebabkan kebaikan hati Mamat, lama-kelamaan Mamat pun lupa yang basikal tu dia yang punya.

9. Ramai orang bukan Melayu tersalah anggap bahawa peruntukan dalam Perlembagaan yang memberi keistimewaan kepada bangsa Melayu itu bermakna orang Melayu 'Super'; tetapi sebenarnya peruntukan itu digubal hanya untuk mempertahankan HAK Bangsa Melayu sebagai pribumi dan bukannya kerana menganggap orang bukan Melayu sebagai warga kelas dua.

10. Bangsa Melayu harus sedar bahawa orang bukan Melayu sering menggunakan faktor masa untuk mempertahankan identiti mereka sepertimana kewujudan kuil, tokong, bahasa ibunda dan sekolah vernakular, tetapi mereka cuba melupakan faktor masa apabila menidakkan asal-usul bangsa Melayu di Malaysia.

11. Sifat orang Cina atau India, apabila berada lebih lama berbanding orang lain di sesuatu tempat, contohnya sebagai senior di tempat kerja, mereka akan bermati-matian berbangga dengan kesenioran mereka dan sedaya upaya mempertahankan kedudukan sebagai senior atau 'orang yang lebih awal'. Tetapi bangsa Melayu tidak pula bersungguh mahu mempertahankan kesenioran mereka di Tanah Melayu.

12. Di awal kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, rata-rata orang Melayu miskin, namun mereka bersatu dan saling membantu. Wujud perasaan penyatuan yang amat mendalam dikalangan bangsa Melayu. Kemudian atas usaha para pemimpin Melayu, maka lahirlah golongan Melayu bijak pandai. Tapi akhirnya golongan Melayu bijak pandai dan kaya ini mula berasa bangga dan lupa diri terhadap nasib bangsa sendiri yang masih miskin serta tidak sepandai mereka. Golongan ini kemudiannya bersekongkol pula dengan orang Cina dan India yang pandai dan kaya hingga tergamak menyisihkan orang Melayu yang miskin dan kurang pandai. Bagi golongan pengkhianat bangsa Melayu ini, hanya mereka saja yang berhak menjadi kaya dan pandai kerana usaha mereka sendiri, dan orang Melayu yang masih miskin dan kurang pandai pula layak jadi miskin dan tak pandai kerana kononnya tak mahu berusaha seperti mereka.

13. Orang Melayu yang pernah bekerja dengan kaum Cina akan mengetahui bahawa kaum Cina tidaklah secekap dan sepandai mana pun. Cuma orang Cina ni lebih suka menonjol, mempromosi diri, lebih vokal dalam menyuarakan pandangan, tak mahu mengalah walaupun jelas yang mereka dah tewas. Sangat kontra jika dibandingkan dengan sikap Melayu yang cepat mengalah, bersikap tidak apa, tak mahu promosi diri, tidak vokal dan agak malas, sekaligus membolehkan kaum Cina kelihatan pandai. Penyudahnya kaum Cina semakin maju kehadapan, dan bangsa Melayu pula ketinggalan.

14. Sebelum kedatangan kaum Cina dan India ke Tanah Melayu, bangsa Melayu bebas nak buat apa yang mereka mahu, sama ada nak melaungkan azan dengan kuat atau perlahan. Tapi selepas kedatangan puak kafirun ini, mereka pula yang buat aturan itu tak boleh..ini tak boleh; dan paling sadis apabila aturan kafirun ini disokong oleh segelintir Melayu. Sepatutnya kalau mereka tak suka dengan apa yang orang Melayu buat, mereka boleh berambus saja ke negara asal mereka.

15. Kementerian Sumber Manusia sekian lama diterajui oleh pemimpin bukan Melayu. Sebab itulah sebarang aduan mengenai ketidak-adilan yang berlaku ke atas pekerja Melayu yang bekerja di syarikat asing atau tempatan yang pengurusannya terdiri dikalangan orang bukan Melayu, TIADA sebarang tindakan sewajarnya daripada pihak berkuasa. Pekerja Melayu di syarikat bukan Melayu sudah terlalu lama menerima tahap gaji yang sangat ketara perbezaannya berbanding pekerja kaum Cina atau India walaupun mereka dalam bidang tugas dan jawatan yang sama. Perbezaan bukan saja dari segi gaji, malah turut melibatkan kemudahan serta faedah lain seperti ex-gratia, perubatan, cuti etc.

16. Orang Cina dan India sering menggunakan isu teknikal terutama yang melibatkan undang-undang dan politik untuk mencapai matlamat mereka; maka bangsa Melayu sewajarnyalah menggunakan kaedah teknikal juga untuk mematahkan hujah mereka.

17. Sebahagian besar orang Melayu suka membantu dan memberi peluang pada orang bukan Melayu. Bila orang bukan Melayu itu berjaya, maka orang Melayu pun memuji orang bukan Melayu itu. Kemudian apabila orang bukan Melayu itu mengutuk bangsa Melayu, orang Melayu hanya mampu tersengih.

18. Namun hakikatnya bagi orang Melayu yang pernah berurusan dengan kaum Cina akan mendapati bahawa kebanyakan kaum Cina adalah bingai. Seringkali kebingaian mereka ditambah dengan kesombongan. Bak kata kamus Melayu - Bodoh Sombong!!

19. Bangsa Melayu harus sedar bahawa kebanyakan bangsa atau kaum di dunia ini memperkuatkan diri dengan memperkasakan sifat kebangsaan dan perkauman mereka. Contohnya orang India di India memperkasakan kaum mereka dengan bersikap lebih India, begitu juga dengan orang Cina, Jepun, Inggeris etc. Bangsa Melayu tidak akan jadi kuat jika mereka cuba untuk mengurangkan sifat keMelayuan mereka sendiri. Terimalah hakikat bahawa Allah SWT menjadikan manusia itu berbangsa-bangsa, maka kuatkanlah rasa bangsa itu. Namun ia juga bukan bermaksud untuk kita bergaduh dengan bangsa lain.

20. Akhirnya yang akan mempertahankan Melayu bukanlah parti politik Melayu atau Raja Melayu, tetapi rakyat jelata yang berbangsa Melayu-lah yang akan mempertahankan kelangsungan Bangsa Melayu. Rakyat jelata keturunan Melayu-lah yang diletakkan segala harapan oleh orang terdahulu serta generasi masa hadapan untuk menyelamatkan bangsa Melayu, parti politik Melayu dan Raja Melayu.

21. Bangsa Melayu kini sedang dikepung melalui laut (pelabuhan), darat (hartanah) serta udara (telekomunikasi dan penerbangan) oleh orang bukan Melayu. Terlalu ramai keturunan si kitol dan raja mendaliar yang sedang mengelilingi bangsa Melayu kini. Jika keadaan ini terus dibiarkan tanpa kawalan, maka tak mustahil Malaysia akan mengulangi sejarah kehancuran Kesultanan Melaka.

22. Andai negara ini dilanda perang, mampukah bangsa Melayu mempertahankannya?

Friday, July 4, 2014

é¦¬ä¾†č„æäŗžčÆäŗŗ

1. The Malays must know the history of the non-Malays in Tanah Melayu and dare to tell people about the history of the non-Malays.

2. The Malays must remember that the Chinese, when they mention about the history of Malaysia, they only dare mention the date of their arrival in Malaya, and they claimed they had contribute to the development of Malaysia and Malaya's independence. In this way, they try to make people forget the history of the Malays themselves who have lived in Malaya for thousands of years. Many Malays who forget the history of their own were swayed by the Chinese.

3. Why last time the Malaysian Chinese migrate from China to Tanah Melayu? Because of discrimination and not equal opportunities in China.

4. Why Malays never migrate in droves to other parts of the world like what the Chinese and Indians did until they become a significant percentage in the population of the other country, so that the Malays never create a trouble like Chinese and Indian did?

5. Because Malays generally love their country, unlike Chinese and Indian. The Chinese and Indian move to Tanah Melayu, not getting equal opportunities and then blame the Malays? Why not blame the China government? They have become a party that create this problem.

6. The Chinese ask the Malays to work hard just like them because they jealous how relax and comfortable the Malays is in their own homeland (Tanah Melayu), so they want the Malays to compete with them, while it is no necessary to compete in the first place.

7. The Malays has got their home, so let them leisure in their own home. Not necessary actually to bark on Malays, to compete with the Chinese.

8. The Chinese have own reason to work hard. The Chinese create their own situation where they have to work hard by moving from China continent to Malay Archipelago.

9. Imagine you go to Europe and tell the English people to work like you do. You come to people's place foreign to you, you better keep quiet and do your hard work for your survival but don't interfere in the manner how native run them-self.

10. Chinese Singaporeans are like American White People. They promote total equality because they are not the native. They came to another place, shake the foundation of the existing people, in order to make themselves more comfortable. They are fighting for themselves. Then when they gain, they slap the face of the native and say "We have this (development) for you and me. Look, how good we are." Bullshit!!

11. This is self appraisal. They don't realize that the native never want the so called development because the native already comfortable with their life. It is the Chinese who was uncomfortable initially, then they fight for comfortability, by shaking the comfortability of the existing native.

12.  It is a pity for Malay Singaporean because they have to work extra harder while they are supposed to enjoy what they have; but since they have lost what they have, they have to do something not necessary in the first place.

13. As a Malay in Malaysia, I don't give a damn if Malay Singapore or Malaysian Chinese work very hard because the situation and environment they create for themselves.

14. I don't see Chinese in China achieve something remarkable with their hard work, so do Chinese in Taiwan or Hong Kong or Macau. Sometime, I pity them, these people working very hard from night to night, but achieve little.

15. Historically, Tanah Melayu become a multi-races because it was forced upon by the Western power. When the Western came, the Malays was weak, but the weakness does not give the right to the Western power to invade the Malays and dictate terms. Since the Western was no longer in control of Tanah Melayu, the Malays may regain control over their land.

16. Malaysia is a multi-racial country - "multi-racial" means Malaysia has many races. But it doesn't mean that the Malays have to forego their rights - something that the Malaysian Chinese pretend not to understand.

Loyal citizens of Malaysia? Heh!!

Sunday, September 1, 2013

Chu Chi


Chu Chi Tunnel ini me­ngalami proses sejarah yang panjang. Sistem pertahanan yang unik di dunia ini dibina selama 30 tahun.

Ada dakwaan terowong itu sepanjang 250 kilometer (km), tetapi musnah akibat dibom dan runtuh secara semula jadi.

Chu Chi Tunnel dibina sekitar 1940 ketika Perancis menjajah Vietnam. Selepas itu pembinaannya dipergiat­kan ketika era pendudukan Amerika Syarikat pada 1959 hingga 1975.

Strategi unik ini me­nyumbang kepada kekalahan tentera bersekutu. Terowong ini menjadi tempat tinggal di antara 7,000 hingga 8,000 tentera Viet Cong dan keluarga mereka.

Kubu bawah tanah ini dilengkapi bilik rawatan, mesyuarat, tempat memasak serta berek tentera.

Lebih mengerikan, kawasan sekitar dipenuhi jerangkap samar.

Chu Chi Tunnel bertambah misteri kerana sehingga kini, sejarah belum menemukan siapa perancang utama pembinaannya.

Thursday, May 30, 2013

Adakah pemimpin di Malaysia setara tentera Al-Fateh?

PENGENALAN

Sultan Muhammad II yang lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad al-Fateh (Pembuka Konstantinople) ialah salah seorang tokoh pejuang Islam dalam kalangan pemerintah selain beberapa orang lagi dalam kelompok yang sama seperti Sultan Salahuddin al-Ayyubi (Penyelamat Jerusalem) dan Sultan Saifuddin Muzaffar al-Qutuz (Penghancur Monggol). Dia menerajui umat Islam melalui Empayar Uthmaniyyah yang berpusat di Turkistan (Turki). Gelaran 'Al-Fath' itu bersempena kejayaannya ‘membuka’ Konstantinople.

Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw pernah berkata: "Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera."

Hadis ini telah membakar semangat sekian banyak tokoh dan tentera Islam untuk menakluki dan ‘membuka’ Konstantinople yang terkenal dengan keutuhan tembok berlapisnya. Dari semasa ke semasa ada saja perwira yang mahu diri mereka memenuhi maksud hadis Nabi itu. Sejak zaman para sahabat sehingga 800 tahun kemudiannya, pelbagai kempen ketenteraan dilakukan namun kesemuanya gagal menembusi tembok Konstantinople. Konstantinople yang berada dalam Empayar Byzantine ini sangat penting kerana ia merupakan laluan utama untuk ‘membuka’ Eropah keseluruhannya. Runtuh sahaja pintu Eropah, bermaksud mudahlah untuk sesiapa sahaja menerobos ke luar sana.

Tuhan menzahirkan kebenaran kata-kata Nabi Muhammad saw itu melalui Sultan Muhammad al-Fateh. Namun kita kena memahami satu perkara, iaitu Konstantinople dibuka sekurang-kurangnya dua kali. Sultan Muhammad al-Fateh ialah pembuka yang pertama manakala pembuka utamanya akan datang tidak lama lagi. Bahagian ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut di bawah nanti.

Seorang sahabat Nabi bernama Abu Ayyub al-Ansari menemui kesyahidannya berhampiran tembok kota Konstantinople. Dia melancarkan serangan pada zaman Kekhalifahan Bani Umayyah. Dikatakan antara hujah Abu Ayyub ke sana ialah kerana dia pernah mendengar Rasulullah saw memberitahu bahawa akan ada seorang lelaki yang akan dikuburkan di sana. Dia berharap agar dialah orangnya. Selain itu, jika dia gagal membuka Konstantinople, dia berharap dapat mendengar derap kuda “sebaik-baik raja dan tentera” itu.

ZAMAN KECIL

Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 30 Mac 1432 di sempadan Turki-Bulgaria. Bapanya Sultan Murad II (1401-1451) seorang yang soleh, handal dalam perang jihad dan mempunyai wawasan yang hebat. Dia memberikan didikan yang sempurna kepada anaknya sehingga Muhammad jadi seorang yang berketrampilan sejak kecil lagi.

Muhammad belajar dan menguasai pelbagai cabang ilmu seperti agama, politik, seni tempur dan beladiri, ilmu peperangan, tasauf, psikologi dan lain-lain. Dia berkebolehan dalam 7 bahasa iaitu bahasa Arab, Turki, Greek, Hebrew, Parsi, Latin dan Serbia. Hal ini menggambarkan kecerdasannya yang luar biasa.

Kekhalifahan Uthmaniyyah yang bermazhab Ahli Sunnah wal Jamaah aliran Asha’irah dan bermazhab Hanbali itu sangat mementingkan ilmu tasauf kesufian. Pihak istana mengamalkan Tariqat Naqshabadiyyah. Para khalifah mempunyai bilik suluk khas mereka. Peribadi yang banyak membentuk rohani Sultan Murad dan anaknya ini ialah seorang mursyid besar Tariqat Naqshabandiyyah iaitu Syeikh Shamsuddin al-Wali, seorang berketurunan Sayyidina Abu Bakar. Dia bertindak sebagai penasihat kepada Kerajaan Turki Uthmaniyyah ketika itu.

Ketika Muhammad masih dalam buaian, Syeikh Shamsuddin pernah berkata kepada Sultan Murad, bahawa bukan baginda yang akan menguasai Konstantinople tetapi anaknya yang ketika itu sedang berada dalam buaian itu.

ZAMAN REMAJA

Muhammad al-Fateh mula memangku jawatan sebagai pemerintah daulah Islam pada tahun 1444 ketika baru berusia 12 tahun. Ketika itu bapanya iaitu Sultan Murad ada urusan di luar kerajaan. Tugas ini dijalankannya dengan baik selama hampir 3 tahun. Pada tahun 1451, ketika usianya 19 tahun, barulah dia secara rasminya menjawat jawatan khalifah. Sultan Muhammad ialah khalifah Uthmaniyyah yang ke-7.

ZAMAN DEWASA

Sultan Muhammad al-Fateh memimpin sendiri 25 kali kempen ketenteraan sepanjang hidupnya. Walaupun dia ketua seluruh umat Islam pada zaman itu, namun dia seorang yang berjiwa rakyat. Dikatakan ketika tentera Islam membina Benteng Rumeli Hisari, Sultan Muhammad membuka serban dan bajunya lalu turut sama menjadi buruh binaan.

Sultan Muhammad sangat gemar mengenakan serban, begitu juga dengan tentera dan rakyat Turkistan ketika itu. Selain daripada mempraktikkan sunnah, serban besar mereka itu tidak lain ialah kain kafan mereka sendiri. Hal ini menunjukkan kecintaan mereka kepada syahid pada bila-bila masa dan tentunya kecintaan kepada sunnah. Sebab itu kesemua tentera Islam pada zaman itu mengenakan serban.

Walaupun Sultan Muhammad sudah dilantik sebagai khalifah, tetapi dia masih memerlukan tunjuk ajar bapanya, yang juga mahagurunya. Oleh itu, sungguhpun Sultan Murad sudah bersara dan mahu memberi tumpuan pada amal ibadah, Sultan Muhammad tetap mahu bapanya ke medan juang. Setelah Sultan Murad uzur, barulah dia dibiarkan berehat. Kata-kata Sultan Muhammad al-Fateh kepada bapanya setelah dia menjawat jawatan khalifah:

"Kalau ayahanda fikir ayahanda masih seorang khalifah, menjadi kewajipan ayahanda untuk turun ke medan perang. Tapi jika ayahanda memandang saya yang khalifah, maka saya perintahkan ayahanda untuk turun berjuang."

Begitulah lebih kurang. Dengan kata-kata ini, Sultan Murad tidak dapat berhelah lagi. Memang benar, perjuangan tidak ada hari berhentinya.

MEMBUKA KONSTANTINOPLE

Sebelum melakukan kempen ketenteraan ke atas Konstantinople, Sultan Muhammad membuat persediaan rapi. Dia belajar daripada sejarah yang menyaksikan sekian banyak kegagalan tentera Islam terdahulu dalam menyerang kota tersebut. Dengan tembok kota berlapis empat, setinggi 25 kaki dan berparit air di hadapannya, kota ini sungguh kebal. Untuk itu perancangan dan persediaan yang luar biasa mesti dilakukan.

Antara langkah awal yang diambil oleh Sultan Muhammad al-Fateh ialah mengerahkan pembinaan meriam paling besar dan berkuasa pada zaman itu. Meriam ini mampu menembak sejauh satu batu dengan peluru antara 300-1600 kilogram setiap biji. Tentera musuh memang gentar akan teknologi ketenteraan umat Islam ini. Meriam ini hanya boleh melepaskan 15 tembakan setiap hari. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya untuk umat Islam menguasai teknologi.

Tentera Islam tiba di Konstantinople dengan jumlah lebih kurang 150,000 orang. Apabila mereka solat berjemaah beramai-ramai, gementar hati tentera musuh melihat betapa ramai, berdisiplin, harmoni, bersungguh-sungguh dan bersatu hatinya tentera Islam. Dari segi psikologi, moral tentera musuh sudah menjunam jatuh.

Selain tembok kebal, penghalang besar antara tentera Islam dengan Kota Konstantinople ialah Selat Bosphorus. Kapal-kapal tentera Islam tidak dapat membuat serangan kerana tentera Kristian sudah memasang rantai besi yang merentangi selat. Strategi ini berjaya menghalang kemaraan tentera Islam untuk tempoh yang agak lama juga.

Sultan Muhammad yang berusia 21 tahun dan tenteranya tiba di Konstantinople pada 19 April 1453. Mereka menghujani kota itu dengan tembakan meriam selama 48 hari, namun Konstantinople masih utuh berdiri. Pihak musuh diperteguhkan pula dengan bantuan daripada Pope berupa 5 buah armada perang. Oleh itu, mereka yakin tentera Islam akan kehabisan ikhtiar, kelesuan dan akhirnya akan pulang dengan tangan kosong.

Satu keajaiban berlaku. Pada suatu malam, Sultan Muhammad mengerahkan tenteranya menggerakkan kapal melalui jalan darat. Mereka menarik kapal-kapal itu lalu melabuhkannya di dalam selat. Hal ini memang satu idea yang sungguh luar biasa.

Esoknya, tentera Kristian terkejut besar melihat sebanyak 72 kapal perang tentera Islam sudah berada di dalam selat dan bersedia melancarkan serangan. Mereka berasa hairan kerana rantai perentang masih tidak terjejas, jadi bagaimana kapal-kapal tentera Islam boleh melompat masuk? Ketika inilah peperangan hebat berlaku.

Sudah berlalu 53 hari namun Konstantinople tetap gagah. Sultan Muhammad tidak boleh membiarkan keadaan ini berterusan. Dengan tekad muktamad dia memberikan ucapan : “Saya hendak mati! Sesiapa yang mahu mati, mari ikut saya!”

Ucapan ini benar-benar membakar semangat tentera Islam. Seorang pahlawan bernama Hasan Ulubate dan 30 orang perajurit menyerbu masuk ke kubu musuh. Mereka berjaya memacakkan bendera daulah Islam di dalam kubu. Bendera yang berkibar itu membuatkan tentera Islam 'naik syeikh'. Mereka bertarung sambil mengharapkan syahid. Dengan izin Allah, akhirnya Konstantinople tunduk melutut ke bawah tentera Islam. Hasan Ulubate dan 30 orang perajuritnya berjaya mendapatkan syahid. Allahu Akbar!

Konstantinople ialah kubu utama Kerajaan Byzantine. Kerajaan Byzantine lemah lalu akhirnya hancur selepas kota ini jatuh ke tangan Sultan Muhammad al-Fateh. Sultan Muhammad menukar nama Konstantinople kepada Islambol, yang membawa maksud 'Islam Keseluruhannya'. Nama Islambol diubah pula kepada “Istanbul” oleh seorang musuh Allah bernama Mustafa Kamal Attarturk, Bapa Pemodenan Turki. Gereja St Sophies ditukar oleh Sultan Muhammad menjadi masjid, iaitu Masjid Aya Sophia. Sekarang dijatuhkan maruahnya sebagai sekadar sebuah muzium.

Selepas itu Sultan Muhammad menyebarluaskan lagi agama tauhid ke Hungary, Bosnia, Serbia, Albani dan sekitarnya.

JUMAAT BERSEJARAH

Selepas berjaya menakluki Konstantinople, sampailah ketikanya untuk tentera Islam mengerjakan solat Jumaat yang pertama kalinya di sana. Timbul satu masalah, siapakah yang akan bertugas sebagai imam? Sultan Muhammad al-Fateh bertitah kepada tenteranya:

"Siapakah antara kamu yang pernah meninggal solat fardhu setelah baligh, sila duduk."

Tidak ada seorang pun dalam ribuan perajurit itu yang duduk. Maksudnya mereka tidak pernah meninggalkan kewajipan solat fadhu. Beginilah salah satu ciri sebaik-baik tentera.

"Siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan solat rawatib setelah baligh, sila duduk."

Sebahagian daripada tenteranya duduk.

"Siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan solat tajahud setelah baligh, sila duduk."

Semua tenteranya duduk, kecuali Sultan Muhammad sendiri. Hal ini menunjukkan pemerintah besar ini tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat rawatib dan solat tahajjud sejak dia cukup umur. Alangkah hebatnya peribadi seorang pemimpin sebegini! Ada lagikah pemimpin umat Islam yang sebegini?

AKHIR HAYAT

Sultan Muhammad al-Fateh meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hurkascayiri, Gebe. Ada pendapat mengatakan dia meninggal kerana menderita penyakit ghout. Ada pula yang mengatakan dia diracun.

Siapa yang meracunnya? Seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa. Ada orang mengaitkan putera Sultan Muhammad sendiri dalam hal ini. Allahu a’lam.

KISAH POTRET SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH

Potret ini memang masyhur. Siapakah pelukisnya?


Pelukisnya ialah seorang Itali bernama Genti le Bellini. Dia dihantar oleh Senat Venice ke Istanbul pada tahun 1479 untuk bertemu dengan Sultan Muhammad al-Fateh atas urusan hubungan diplomatik. Dialah yang melukis potret baginda.

PEMBUKA KONSTANTINOPLE SETERUSNYA

Hadis Nabi bercerita tentang kedatangan Yakjuj Makjuj. Kedatangan tentera Khazar, Monggol dan Rusia juga ternyata gerombolan Yakjuj Makjuj. Namun Yakjuj Makjuj yang utama akan muncul selepas kedatangan Imam Mahdi dan Nabi Isa al-Masih nanti.

Begitu juga dalam kes Pembuka Konstantinople. Sultan Muhammad al-Fateh dan tenteranya memang benar sebaik-baik raja dan tentera pada zaman mereka yang berjaya membuka Konstantinople, namun Pembuka Konstantinople yang utama akan tiba tidak lama lagi. Mereka juga sebaik-baik raja dan tentera, untuk penghujung akhir zaman ini.

Kita lihat apa yang dinukilkan oleh Syeikh Ibnu Hajar al-Haitamy dalam kitabnya Al-Qaul al-Mukhtasor fi 'Allamah al-Mahdiy al-Muntazor:

"Al-Mahdi akan memerangi Rom selama 3 hari. Pada hari ketiga itulah Rom runtuh. Kemudian menyerang Konstantinople. Ketika mereka membahagi-bahagikan emas di Konstantinople dengan memakai takaran perisi, tiba-tiba ada orang yang berteriak: "Sesungguhnya Dajjal telah menundukkan keluarga-keluarga kamu semua."

"Al-Mahdi akan menundukkan Konstantinople dan Jabal ad-Dailam." (Abu Nuaim).

Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya mereka menundukkan Konstantinople dan Rom dengan membunuh 40,000 jiwa……. Ketika mereka membahagi-bahagikan harta rampasan perang, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan berita kedatangan Dajjal..."

Sabda Nabi SAW:

"Peperangan yang terbesar ialah tertakluknya Konstantinople. Dan keluarnya Dajjal ialah selama 7 bulan." 

Hadis riwayat al-Hakim:

"Sesungguhnya pasukan yang menundukkan Konstantinople ialah pasukan Hijaz...Kemudian mereka dikejutkan dengan orang meneriakkan tentang kedatangan Dajjal."

"Tertakluknya Konstantinople ialah keluarnya Dajjal."

"Ketika menundukkan Konstantinople, Al-Mahdi menancapkan benderanya untuk mengambil wudhuk dan mengerjakan solat Subuh."

Cuba perhatikan, penaklukan Konstantinople dikaitkan dengan al-Mahdi dan pra-kezahiran Dajjal. Maksudnya pembukaan utama Konstantinople belum berlaku. Ia akan dibuka oleh sebaik-baik raja dan tentera iaitu Imam Mahdi dan pasukannya.

Anda mahu jadi salah seorang ahli pasukannya yang sebaik-baik tentera itu? Bandingkan amalan anda dengan amalan para perajurit Pembuka Konstantinople yang pertama iaitu tentera Sultan Muhammad al-Fateh. Tentunya kualiti tentera yang membuka akan membuka Konstantinople kali ini adalah lebih hebat daripada yang pertama. Layakkah anda?

Satu hal yang menarik, orang yang mengatakan Konstantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam ialah Nabi Muhammad SAW, Pembuka Konstantinople yang pertama ialah Sultan Muhammad manakala Pembuka Konstantinople yang utama ialah Muhammad bin Abdullah iaitu al-Mahdi. Ketiga-tiganya Muhammad.

Thursday, April 25, 2013

Malai Si

Kertas Putih Laporan MAGERAN merekodkan kronologi peristiwa 13 Mei yang membawa kepada perisytiharan darurat disebabkan kebebasan bersuara tanpa batasan.
 
Tindakan racist melampau Cina DAP adalah antara tindakan yang didalangi oleh Lim Kit Siang sendiri. Generasi muda yang lahir selepas 13 Mei 1969 seharusnya sedar akan perkara yang pernah diucapkan DAP pada tahun 1969 yang membawa kepada krisis terburuk dalam sejarah negara iaitu peristiwa 13 Mei.
 
Antara slogan yang dilaungkan DAP ketika itu ialah "Malai Si" yang bermaksud "Mati Melayu", disusuli dengan demonstrasi dan perarakan yang dianjurkan DAP.
 
Antara kenyataan DAP pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, "Apa polis boleh buat? Kita Raja! Buang sama polis Melayu!" dan "Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan."
 
Pada 11 Mei di Jalan Changkat Dollah, "KL sekarang Cina punya!"
 
Pada 12 Mei di Jalan Ipoh dan Jalan Tunku Abdul Rahman, "Melayu balik kampung! Melayu sekarang tiada kuasa! Sekarang kita Cina sudah control."
 
Di Jalan Khir Kampung Baru dan betul-betul di hadapan orang Melayu, Lim Kit Siang berkata, "Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu..sekarang kita sudah ada kuasa!"
 
Pada 12 Mei depan Balai Polis Jalan Pudu, "Semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis."
 
Pada 12 Mei juga, keluar ayat DAP, "Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau!"
 
Pada 12 Mei di Jalan Canvel, "Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu!"
 
Pada 12 Mei di Jalan Bukit Bintang, "Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu."
 
Masih tergamakkah kita untuk jadi barua DAP yang bercita-cita menjadikan Malaysia seperti Singapura yang dikuasai Cina hingga meminggirkan Melayu?
 
Sanggupkah kita lupakan saja segala cemuhan dan hinaan DAP kepada bangsa Melayu pada 1969? Adakah kita tergamak menelan segala cacian DAP terhadap ibu bapa dan datuk nenek kita suatu masa dulu?
 
Kini Pas dan Pkr sanggup pula bersekongkol dengan DAP. Untuk apa?..demi nafsu kuasa atau memang berpakat nak bunuh Melayu?!

Thursday, September 6, 2012

Walaupun awal merdeka, namun masih ada yang lebih mundur berbanding kita

In conjunction with the 55th anniversary of Malaysia's independence, here are the independence days for every country, from the oldest to the youngest...

Japan is usually regarded as the world's oldest independent country. Source: CIA World Factbook, 2007.
660 BCE - Japan
221 BCE - China
301 CE - San Marino
843 CE - France
976 CE - Austria
10th Century CE - Denmark

1001 - Hungary
1143 - Portugal
1206 - Mongolia
1238 - Thailand
1278 - Andorra
August 1, 1291 - Switzerland
1419 - Monaco
15th Century - Spain
1502 - Iran
June 6, 1523 - Sweden
January 23, 1579 - Netherlands

1650 - Oman
May 1, 1707 - United Kingdom
January 23, 1719 - Liechtenstein
1768 - Nepal
July 4, 1776 - United States of America

January 1, 1804 - Haiti
July 20, 1810 - Colombia
Sept. 16, 1810 - Mexico
Sept. 18, 1810 - Chile
May 14, 1811 - Paraguay
July 5, 1811 - Venezuela
July 9, 1816 - Argentina
July 28, 1821 - Peru
Sept. 15, 1821 - Costa Rica
Sept. 15, 1821 - El Salvador
Sept. 15, 1821 - Guatemala
Sept. 15, 1821 - Honduras
Sept. 15, 1821 - Nicaragua
May 24, 1822 - Ecuador
Sept. 7, 1822 - Brazil
August 6, 1825 - Bolivia
August 25, 1825 - Uruguay
1829 - Greece
October 4, 1830 - Belgium
1839 - Luxembourg
February 27, 1844 - Dominican Republic
July 26, 1847 - Liberia
March 17, 1861 - Italy
July 1, 1867 - Canada
January 18, 1871 - Germany
May 9, 1877 - Romania
March 3, 1878 - Bulgaria
1896 - Ethiopia
June 12, 1898 - Philippines

January 1, 1901 - Australia
May 20, 1902 - Cuba
November 3, 1903 - Panama
June 7, 1905 - Norway
Sept. 26, 1907 - New Zealand
May 31, 1910 - South Africa
November 28, 1912 - Albania
December 6, 1917 - Finland
November 11, 1918 - Poland
December 1, 1918 - Iceland
August 19, 1919 - Afghanistan
December 6, 1921 - Ireland
February 28, 1922 - Egypt
October 29, 1923 - Turkey
February 11, 1929 - Vatican City
Sept. 23, 1932 - Saudi Arabia
October 3, 1932 - Iraq
November 22, 1943 - Lebanon
August 15, 1945 - Korea, North
August 15, 1945 - Korea, South
August 17, 1945 - Indonesia
Sept. 2, 1945 - Vietnam
April 17, 1946 - Syria
May 25, 1946 - Jordan
August 14, 1947 - Pakistan
August 15, 1947 - India 
January 4, 1948 - Burma
February 4, 1948 - Sri Lanka
May 14, 1948 - Israel
July 19, 1949 - Laos
August 8, 1949 - Bhutan
December 24, 1951 - Libya
November 9, 1953 - Cambodia
January 1, 1956 - Sudan 
March 2, 1956 - Morocco
March 20, 1956 - Tunisia
March 6, 1957 - Ghana
August 31, 1957 - Malaysia

October 2, 1958 - Guinea
January 1, 1960 - Cameroon
April 4, 1960 - Senegal
May 27, 1960 - Togo
June 30, 1960 - Republic of the Congo
July 1, 1960 - Somalia
July 26, 1960 - Madagascar
August 1, 1960 - Benin
August 3, 1960 - Niger
August 5, 1960 - Burkina Faso
August 7, 1960 - Cote d'Ivorie
August 11, 1960 - Chad
August 13, 1960 - Central African Republic
August 15, 1960 - Congo, Dem. Rep. of the
August 16, 1960 - Cyprus
August 17, 1960 - Gabon
Sept. 22, 1960 - Mali
October 1, 1960 - Nigeria
November 28, 1960 - Mauritania
April 27, 1961 - Sierra Leone
June 19, 1961 - Kuwait
January 1, 1962 - Samoa
July 1, 1962 - Burundi
July 1, 1962 - Rwanda
July 5, 1962 - Algeria
August 6, 1962 - Jamaica
August 31, 1962 - Trinidad and Tobago
October 9, 1962 - Uganda
December 12, 1963 - Kenya
April 26, 1964 - Tanzania
July 6, 1964 - Malawi
Sept. 21, 1964 - Malta
October 24, 1964 - Zambia
February 18, 1965 - The Gambia
July 26, 1965 - Maldives
August 9, 1965 - Singapore
May 26, 1966 - Guyana
September 30, 1966 - Botswana
October 4, 1966 - Lesotho
November 30, 1966 - Barbados
January 31, 1968 - Nauru
March 12, 1968 - Mauritius
Sept. 6, 1968 - Swaziland
October 12, 1968 - Equatorial
June 4, 1970 - Tonga
October 10, 1970 - Fiji
March 26, 1971 - Bangladesh
August 15, 1971 - Bahrain
Sept. 3, 1971 - Qatar
November 2, 1971 - United Arab Emirates
July 10, 1973 - Bahamas
Sept. 24, 1973 - Guinea-Bissau
February 7, 1974 - Grenada
June 25, 1975 - Mozambique
July 5, 1975 - Cape Verde
July 6, 1975 - Comoros
July 12, 1975 - Sao Tome and Principe
Sept. 16, 1975 - Papua New Guinea
November 11, 1975 - Angola
November 25, 1975 - Suriname
June 29, 1976 - Seychelles
June 27, 1977 - Djibouti
July 7, 1978 - Solomon Islands
October 1, 1978 - Tuvalu
November 3, 1978 - Dominica
February 22, 1979 - Saint Lucia
July 12, 1979 - Kiribati
October 27, 1979 - Saint Vincent and the Grenadines
April 18, 1980 - Zimbabwe
July 30, 1980 - Vanuatu
January 11, 1981 - Antigua and Barbuda
Sept. 21, 1981 - Belize
Sept. 19, 1983 - Saint Kitts and Nevis
January 1, 1984 - Brunei
October 21, 1986 - Marshall Islands
November 3, 1986 - Federated States of Micronesia
March 11, 1990 - Lithuania
March 21, 1990 - Namibia
May 22, 1990 - Yemen
April 9, 1991 - Georgia
June 25, 1991 - Croatia
June 25, 1991 - Slovenia
August 20, 1991 - Estonia
August 21, 1991 - Kyrgyzstan
August 24, 1991 - Russia
August 25, 1991 - Belarus
August 27, 1991 - Moldova
August 30, 1991 - Azerbaijan
Sept. 1, 1991 - Uzbekistan
Sept. 6, 1991 - Latvia
Sept. 8, 1991 - Macedonia
Sept. 9, 1991 - Tajikistan
Sept. 21, 1991 - Armenia
October 27, 1991 - Turkmenistan
November 24, 1991 - Ukraine
December 16, 1991 - Kazakhstan
March 3, 1992 - Bosnia and Herzegovina
January 1, 1993 - Czech Republic
January 1, 1993 - Slovakia
May 24, 1993 - Eritrea
October 1, 1994 - Palau

May 20, 2002 - East Timor
June 3, 2006 - Montenegro
June 5, 2006 - Serbia
February 17, 2008 - Kosovo
July 9, 2011 - South Sudan 

The vast majority of the countries on earth became independent after 1800. Only 20 were independent before the start of the 19th century, a mere 10%. By 1900, only 49 or 25% of the world's countries of today were independent. Many countries became independent following World War II when European powers granted independence to their vast colonial holdings, especially Africa.

Thursday, August 30, 2012

SEMPENA KEMERDEKAAN KE-55: Hero Lok Kaw

Sempena obor dan api kepahlawanan Merdeka ke-55, Pak Sedaro ingin merakam sebuah peristiwa Hero Tak Di Dendang dari Pasukan Lok Kaw "69 Komando PDRM" yang berpangkalan di Hulu Kinta, Perak. Takdir Allah jua, insan ini menjadi Ikon Integriti Sang Saka Biru dan Ikon Harimau kepada Polis Di Raja Malaysia. 

Pengkisahan ringkas ini, diharap dibaca oleh DYMM Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu, YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri untuk dianugerahkan Pingat Kepahlawanan Tertinggi Negara iaitu Seri Pahlawan Gagah Perkasa kepada Almarhum Insp. Mohd Zambri Abdul Hamid selepas terkorban diberi pangkat secara medan ke ASP, juga kepada anggota platun kecilnya (patrol - kekuatan 1 patrol ialah 6 orang) antaranya Apot bin Saad (pakar penjejak terbaik dunia diiktiraf oleh SAS), Ahmad Dahalal, Hamzah, Salehuddin (selayaknya mereka dikurniai Pingat Gagah Berani) dan lain-lain kerana berjaya menumpaskan pengganas Komunis sejak mula berkhidmat pada 1963-1999.

VAT 69 telah mengilap kemahiran menjejak musuh di hutan walaupun musuh menggunakan 1001 muslihat untuk mengelak dari dikesan. Dalam Operasi Setia 5, November 1973 dua patrol unit yang diketuai oleh Inspektor Mohd Zabri telah menjejaki kesan musuh selama 28 hari bermula dari Sungai Klah di Perak hingga ke Kuala Medang, Raub, Pahang. Patrol ini berjaya menjejaki 24 tempat rehat musuh dengan kekuatan dianggar seramai 30-40 orang memasuki Negeri Pahang. Pada hari ke-24, Insp. Zabri dititah mengadap KDYMM Sultan Pahang (1973 ialah Sultan Ahmad Shah Al-Haj kini), dan baginda diperdengar tentang operasi berkenaan, Zabri keluar dari hutan melalui Sungai Koyan dan menyembah KDYMM Tuanku Sultan Pahang sendiri kesahihan berita dan pergerakan musuh. Apabila selesai persembahan maklum kepada Tuanku, Zabri kembali ke hutan hingga hari ke-28, sebelum diganti tugas oleh ATM yang terdiri daripada RGK, RRD dan RAMD. Selang beberapa hari, Pegawai RRD bernama Mahinderan terbunuh akibat serang hendap musuh yang dijejaki kumpulan Tuan Mahinderan.

Ekoran peristiwa itu, VAT 69 dikerah serta-merta kembali ke kawasan operasi bersama ATM. Operasi ini dinamakan Gerakan Indera sempena nama Mahinderan, dalam salah satu pertempuran Gerakan Indera XII pada tahun 1980, 69 Komando berjaya membunuh 8 orang pengganas komunis di Bentong, Pahang. Kini, antara insan RAMD yang dikurnia PGB dalam salah satu pertempuran di Pahang ialah Kol (B) Abdul Jalil Makmor yang menetap di Paroi Jaya, Seremban. Ada seorang pegawai Kor Risik Di Raja yang tidak dihadiahkan PGB sedangkan beliau membunuh 2 orang Komunis selang 2 batang pokok getah di Pahang iaitu Lt. Kol Ridhwan (masih bertugas di Pantai Timur) hanya diberikan pingat peringatan Darurat.

Laksamana VAT 69 yang sentiasa membayangi kejayaan pasukan khasnya VAT 69 ialah Inspektor Mohd Zabri Abdul Hamid, beliau seperti yang disebut oleh mantan Ketua Polis Perak,Yuen Yuet Leng "...Zabri is known to me personally and was one of the best jungle operational commanders, an expert navigator and a leader by example."

Bagi Tan Sri Navaratnam, bekas Pegawai Pemerintah Pertama Komando 69 mencatatkan "...ASP Mohd Zabri was an excellent officer. He was highly respected and much liked by all his men; who were deeply saddened and shaken by his death".

Mohd Zabri bin Abdul Hamid lahir di Tapah, Perak pada 15 Ogos 1937, menyertai PDRM pada 1963. Beliau sertai unit 69 Komando pada 1970, mendapat latihan daripada SAS dan diberi kepercayaan sebagai Ketua Jurulatih bagi melatih platun ke-3, 69 Komando pada 1971. Beliau ditugaskan mengetuai 69 Komando bersama pasukan Komando Angkatan Darat Tentera Nasional Indonesia (KOSTRAD) bagi menggempur kubu gerila komunis di sempadan Sarawak/Kalimantan. Wibawanya terbukti bila berjaya membunuh beberapa gerila komunis dalam operasi bersama tersebut.

Platun Mohd Zabri ialah platun 69 Komando Utama yang berjaya membunuh pengganas di Lasah, Sungai Siput, Perak. Operasi terakhir Zabri ialah di Ulu Perak dalam Gerakan Bamboo 2 fasa 2 pada 4 September 1975. Platun di bawah beliau melancarkan gerakan memburu komunis yang membunuh 4 polis bantuan yang menghantar makanan tempur melalui Sungai. Dalam operasi khas ini, platun Zabri berjaya menyerbu danmenawan kem MNLA, merampas sistem mortar, bahan letupan serta bekalan logistik. Takdir Allah pada tarikh itu, Zabri terpijak jerangkap samar, mengakibatkan kecederaan parah di bahagian kaki dan beliau meninggal dunia. Pesanan keramat beliau yang menjadi azimat selamanya kepada VAT 69 ialah "...Teruskan perjuanganmu...hancurkan petualang negara, buru dan hancurkan mereka...biarpun diriku tiada lagi"

Pembaca PM budiman, Pak Sedaro imbau pengkisahan insan ASP Mohd Zabri Abdul Hamid dan platunnya, kerana kumpulan kecil ini tidak menjanjikan kenangan dan gelaran. Natijah yang dibawa mati bersama mereka hanyalah Sayang Kepada Negara, Sayang Kepada Pasukan, Taat Setia, Berdisiplin Tinggi, Hormat kepada Senior.

Dalam satu temubual sulit antara Unit Cawangan Khas bersama Rashid Maidin, Pengerusi Kedua PKM dan Komander Rejimen Ke-10 PKM pernah melemparkan kata-kata..."Kami (PKM) tak takut dengan Askar Melayu dan Polis, kami takut dengan beberapa orang dalam Askar dan Polis. Antaranya saya mahu cerita ialah Zabri Hamid budak Tapah tu dari Lok Kaw, Om itu budak Askar Komando orang Langkawi, Kanang iban dalam Askar Iban (Renjer), Kapt. Hamid pegawai Askar Melayu paling berani, Chin Silat Gayong ini budak Sheikh Meor Abdul Rahman orang Penang dari Lok Kaw dan ada lagi...saya tak ingat, kami ada 20 orang nama-nama Askar Melayu dan Polis, kami tak usik...Ini orang semua Ilmu Tinggi, Allah sayang dengan depa..."

Cuma yang Pak Sedaro syorkan kepada pembaca yang qadin dengan DYMM Al Sultan Abdul Halim Al-Haj, Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, tolonglah persembahkan khabar berita agar dapat DYMM Seri Paduka menitahkan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa kepada Almarhum Mohd Zabri Abdul Hamid (makamnya di Tapah bersebelahan Masjid Pekan Tapah pinggir sungai), dan anak-anak patrolnya dikurnia Pingat Gagah Berani. InsyaAllah, mereka telah berkorban nyawa, jiwa dan raga kepada Tahanair.

Kita! Korban Apa! Korban Siapa! Korban Banyak Mana!

Sunday, August 12, 2012

Malaysia-China 1974

Almarhum Tun Abdul Razak memulakan perbincangan dua hala (Bilateral) antara kuasa-kuasa veto PBB iaitu China pada 28 Mei hingga 2 Jun 1974. Subky Latiff ketika itu wartawan Utusan Melayu merupakan jurnalis Kerajaan yang mengikuti rombongan Tun Razak ke China. Presiden China iaitu Mao Tse Tung ialah insan nombor wahid Tanah Besar China yang ingin berjumpa secara rasmi dengan Tun Razak pada 29 Mei 1974 di Beijing di Istana Presiden. Ini merupakan petanda paling sentimental dan penuh sejarah, kerana Tun Razak satu-satunya pemimpin Negara Asing yang memecah protokol lazim Kerajaan Koumintang China. Pada protokol lazimnya, seorang pemimpin Asing perlu berbincang dengan Perdana Menteri China, barulah diberi perkenan mengadap Presiden China; tapi ini tidak berlaku kepada Almarhum Tun Razak.

Kenapa? Inilah yang dimaklumkan oleh penulis dan jurnalis China sebagai kuasa baru dunia Melayu merdeka. Inilah kuasa sebuah Negara Islam yang meletakkan Agama Islam Sebagai Agama Persekutuan. Inilah karisma Almarhun Tun Abdul Razak Hussein. Mao Tse Tung terkesima dengan kekuatan minda dan hujah Tun Razak ketika di Persidangan PBB lagi, dan melihat prestasi kerja seorang pemimpin Melayu yang begitu bercita-cita besar dan berazam menghapuskan pengaruh Komunis di Bumi Melayu.

Selepas gagal Rundingan Baling pada 28 dan 29 Disember 1955, Pair Dragon dan Pair Phoenix telah memanggil Chin Peng mengadap di CCC Beijing. Chin Peng selaku Setiausaha Agung telah diberi AMARAN HUKUM MAUT, jika tidak boleh mengurus kemaslahatan Pasti Komunis Malaya secara baik dengan pemerintahan semasa. Nama Tun Razak dan Tun Dr. Ismail ialah dua nama yang sering disebut oleh Mao Tse Tung sebagai pakar pemikir regim pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu ketika itu.

Rupanya, perjumpaan selama 80 minit antara Tun Razak dan Mao Tse Tung ialah gesaan supaya diadakan usaha untuk penghapusan isme Komunis dan pembatalan PKM di Malaysia, sehinggalah takdirnya hanya pada 1989 menjadi realiti kepada tanahair ini. Satu lagi, hajat terpendam Mao Tse Tung ialah Malaysia dilihat sebagai sebuah negara contoh yang boleh memberi manfaat besar kepada kelompok minoriti Muslim China yang bilangannya 40 juta orang.

Inilah permulaan aktifnya PERKIM dan pendakwah Cina-Muslim. Diperkukuhkan lagi dengan lawatan rasmi dan perjanjian Bilateral tersebut. China pada tahun 1974 ialah sebuah Negara yang belum maju secara fizikal, tetapi mempunyai kekayaan metafizika dan manusia yang begitu baik. Sejarah tamadun perajaan dan kerajaan yang lama dan ilmu-ilmu khas tentang Dinasti merupakan perkongsian dan pertukaran maklumat antara kerajaan. Di sinilah diperbaharui Wa'ad antara Ma Cheng Ho dengan Sultan Mansur Shah, dan dimaklumkan kewujudan Pair Burung Hantu kepada Almarhum Tun Razak.

Pertemuan dengan Mao Tse Tung berakir dengan penuh cerita sejarah yang dalam dan diberikan perhatian khusus oleh Tun Razak. Yang tidak menjadi rahsia kerajaan dilaksanakan dan capaiannya hingga hari ini. Yang masih Rahsia Kerajaan kekal rahsia, hingga Subky Latiff pun tidak boleh mempersoalkan darjah kepentingan kerahsiaan berkenaan. Subky Latiff kini Pengarang HaprakDaily.

Kemudian pada 31 Mei 1974, Tun Abdul Razak memberi ucapan meraikan Perdana Menteri China Chou En Lai di Dewan Rakyat Peking, seterusnya mengadakan Mesyuarat Antara Kerajaan pada 1 dan 2 Jun 1974, sebelum mengakhiri lawatan rasmi Negara Malaysia di Tembok Besar China di sebelah petang.

Bermula daripada peristiwa ini, bermulakan Gerakan Perang Besar-Besaran Pasukan ATM dan PDRM di hutan belantara Malaysia untuk menghapuskan kegiatan subversif Komunisme. Tahniah dan Syabas Almarhum Tun Razak kerana dikaulah insan pilihan Allah untuk memulakan langkah pertama yang TERBAIK daripada langkah seribu.

Kepada pemimpin Melayu khasnya UMNO, Pas dan PkR hari ini; ingatlah bahawa Agenda Membatalkan PKM telah lunas. Agenda membenam ideologi dan isme Komunis masih belum terlaksana seperti rancangan Tun Razak, Tun Dr. Ismail dan Tun Salleh (IGP Kedua), serta Tan Sri Rahman (IGP Ketiga).

Namun kini urusan semakin rumit kerana ramai benar rakyat Raja yang dah "lupa akan perjanjian Tua" antara Pair Burung Hantu dengan Raja Melayu.

Sunday, July 1, 2012

Tribute VAT 69

Semboyan hampir dibunyikan. Hadiah khas PM kepada veteran 69 yang ramai di NSDK dan tanahair serta Pasukan VAT 69 di Markas Hulu Kinta, khasnya SAC Dato' Azizan orang NSDK, SAC Dato' Rashid dan Dato' Fuad (anak-anak Negeri Sembilan) yang kini Pengarah-pengarah Kanan di Bukit Aman (semuanya VAT 69). Tidak ketinggalan dijemput khas Kept. Anuar Haji Alias, pgb (PASKAL, TLDM...anak Labu) yang kini di MinDeF. Juga kepada mantan Lt.Jen Zaini, sp, termasuk Kapt (U) Abdul Rahim bin Abdul Rahman, pgb dan kawan-kawan pgb TUDM. Sebuah sanjak ditulis oleh Ayahanda Mohd Noor bin Razak, pgb (Naib YDP, Persatuan Veteran VAT 69 Komando):

Siapakah Mereka?

Dahulu...suatu ketika dahulu
Bintang tiga lambang pembawa derita
Bandit merah membuat angkara
Mengundang darurat hidup derita
Menggugat sentosa
Mengganas mengharu tidak menentu
Mengacau menggangu
Di hilir di hulu
Mencabar Sang Saka Biru
Lambang keramat sedia berkhidmat

Namun...Polis sedia berkhidmat
Lambang biru gagah berpadu
Menadah perjuangan
Dengan darah, keringat dan air mata sayu
Memikul anamah bangku
Tidak gundah tidak terkedu
Tidak buntu tidak jemu

Hingga lahirlah
Titis-titis warisan
Darah Perwira
Lahirlah enam puluh sembilan
Lagenda penentu
Bagaikan bertemu ruas dengan buku
Tumbanglah musuh satu persatu

Sehingga ada yang bertanya
Siapakah mereka?
Manusia atau puaka?
Tiba-tiba menjelma
Menyelinap memburu mangsa
Bagai ular berbisa

Mereka?
Mereka pejuang jitu
Bukan hantu
Merekalah Komando 69
Polis DiRaja Malaysia
Pejuang Unggul Sang Saka Mulia!

Moga Allah tempatkan roh Allahyarham ASP Mohd Zabri bin Abdul Hamid yang terkorban 4 September 1975 di kalangan para syuhada dan insan fisbilillah. Inilah rakaman insan yang Allah muliakan hingga menjadi "ikon dan makna" perjuangan Lok Kow.

Saturday, June 23, 2012

Suku mu...bukan suku ku!

Bulat anak buah menjadikan Buapak
Bulat Buapak menjadikan Lembaga
Bulat Lembaga menjadikan Penghulu
Bulat Penghulu menjadi Raja.

Raja beralam
Penghulu berluak
Lembaga berlingkungan
Buapak beranak buah
Anak buah duduk bersuku-suku
Berapa sukunya?
Dua Belas!

Suku Biduanda (dondo)
Batu Hampar (Tompar)
Paya Kumbuh (Payo Kumboh)
Mungkal
Tiga Nenek
Seri Melenggang (Somolenggang)
Seri Lemak (Solomak)
Batu Belang
Tanah Datar
Anak Acheh
Anak Melaka
Tiga Batu

Biar mati anak jangan mati adat
Tak lekang dek panas
Tak lapok dek hujan
Dianjak layu dicabut mati.

5 prinsip utama Adat Pepatih yang perlu diketahui

1. Keturunan dituruti melalui nasab ibunya. Maka generasi yang lahir akan mengikut suku ibu masing-masing, yakni pembawaan suku ibunya.

2. Kediaman adalah dikawasan ibu isterinya. Apabila seorang lelaki menikahi seorang perempuan, maka ia akan tinggal di kawasan ibu isterinya dan lelaki itu dikenali sebagai 'semenda'. Biasanya, si lelaki ini akan mengusahakan tanah si isteri untuk keperluan hidup keluarganya.

3. Perempuan mewarisi pusaka dan saka disandang lelaki yang membawa maksud, orang perempuan akan mewarisi segala harta pusaka, contohnya tanah adat. Harta pusaka dan beberapa harta yang telah dipersetujui akan diwariskan kepada kaum perempuan, manakala  kaum lelaki akan menyandang saka iaitu menyandang jawatan-jawatan tertentu dalam adat.

4. Sesuatu perkahwinan harus berbeza Perut atau Suku kerana perkahwinan sesama Perut atau Suku adalah dilarang. Jika masih diteruskan perkahwinan sesama Perut atau Suku, maka hak untuk mewarisi pusaka daripada ibu akan hilang bagi perempuan, dan kaum lelaki pula akan hilang hak dalam menyandang jawatan adat.

5. Orang luar daripada Adat Pepatih boleh menjadi ahli dalam sesuatu suku. Kebiasaannya, waris yang mewarisi boleh memberi kebenaran kepada orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan syarat, perlu melalui satu upacara yang dinamakan berkedim. Kaedahnya ialah, seseorang itu perlu bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli-ahli suku yang akan disertainya.

Sunday, June 10, 2012

WA'AD

Dipetik dari Hikayat Melayu/Salala'tus Salatin: PERJANJIAN RAJA MELAYU DAN RAKYATNYA

Jikalau ada salahnya sekalipun atau sebab zalimnya atau jahatnya dan jangan sekali hamba melayu menitik akan darah ke bumi. Jikalau sangat benci hendaklah undur dari negeri itu hingga dalam takluk negerinya jua. Maka sembah Demang Lebar Daun, "Baiklah duli Tuanku, tetapi jikalau anak cucu Tuanku dahalu mengubah janji, Patik pun berubah juga." Maka titah Baginda, "Baiklah pohon kabullah hamba." lalu bersumpah setia Demang Lebar Daun. Maka titah baginda," Barangsiapa hamba Melayu derhaka mengubah janjinya dengan rajanya dibalikkan Allah Ta'ala bumbung rumahnya ke bawah kaki tiang ke atas." Maka sembah Demang Lebar Daun,"Jikalau Raja Melayu mengubah janjinya dengan hamba Melayu dibinasakan Allah Ta'ala negeri dan takhta kerajaan."

Friday, March 9, 2012

The Unsung Heroes

Rabu lalu lebih kurang jam 10 malam, Abd Aziz bin Hj Kassim, 76 tahun yang lebih dikenali sebagai Tok Cik telah di sahkan meninggal dunia. Bagi mereka yang tidak mengenali siapa Abdul Aziz, beliau adalah individu yang menurunkan bendera Union Jack pada malam kemerdekaan 30 Ogos 1957 di Padang Merdeka, Kuala Lumpur. Abd Aziz merupakan anak jati Rembau yang berasal dari Astana Raja dan menetap di Rumah Rakyat Lubok Cina.

Warga Paneh Miang mengucapkan TAKZIAH kepada keluarga wira tak didendang ini iaitu Allahyarham Abd Aziz dan mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan dibawah keredhaan Allah SWT hendaknya.

AL-FATIHAH!

*********

Kita seringkali gagal mendokumenkan setiap peristiwa bersejarah terutamanya yang melibatkan anak-anak Negeri Sembilan. YB Dato' Mohd Razi Kail selaku Exco yang menjaga portfolio warisan dan YB Dato' Setiusaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) harus memantau lebih dekat apa yang berlaku di LMNS. Pengarah LMNS jangan hanya bermesyuarat tetapi tiada tindakan yang diambil.

Buat kaki-kaki bodek Pengarah LMNS, silalah berubah kerana sikap kalian menyebabkan LMNS tidak dapat berfungsi dengan baik dan lancar. Tindakan anda menyebabkan nama baik LMNS terjejas dan sering diperlekehkan orang ramai. Selanjutnya sini.

Friday, November 4, 2011

Paksa Anwar ke Masjid Kampung Hulu

Warga Paneh Miang baru-baru ini telah menyertai ekspedisi berkereta dalam program "Jelajah Kenegaraan" anjuran Kelab Melayu Negeri Sembilan (KMNS) bersama lebih kurang 30 orang belia/beliawanis sekitar Negeri Sembilan.

Jika sebelum ini warga Paneh Miang pernah terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan seperti menganjurkan kelas tuisyen untuk pelajar Melayu yang bakal menduduki peperiksaan, bengkel kemahiran teknikal, bengkel blogger baru, kembara Ramadhan, ekspedisi berakit, siri motivasi etc; program jelajah kali ini adalah yang pertama seumpamanya kami sertai dan sekaligus memperoleh maklumat langsung serta feedback berguna terutama daripada generasi muda akan situasi semasa yang berlaku di Negeri Sembilan.

Program jelajah yang bermula jam 9.30am dan berakhir pada jam 2.00pm keesokan harinya, banyak membantu peserta jelajah menimba ilmu dan maklumat bermanfaat akan sejarah dalam negara yang kurang dihayati oleh generasi muda hari ini.

Terima kasih kepada YDP Kelab Melayu Negeri Sembilan iaitu Saudara Abdul Halim Lokman atas penganjuran ekspedisi ini serta pelbagai lagi program kemasyarakatan yang telah dianjurkan KMNS selama ini demi survival anak-anak Melayu Negeri Sembilan. Berikut antara sebahagian gambar yang sempat dirakam di sepanjang program "Jelajah Kenegaraan" ini berlangsung;

Persinggahan pertama program jelajah adalah di Replika Istana Raja Melewar. Penerangan diberikan oleh wakil Muzium, Encik Norizan.


Raja Melewar atau nama asalnya ialah Raja Mahmud. Baginda merupakan Raja Pertama yang memerintah Negeri Sembilan dan telah ditabalkan di Penajis, Rembau pada tahun 1773 dengan memakai gelaran Raja Melewar sebelum berangkat ke Seri Menanti. Sebelum memerintah, baginda terlebih dulu terpaksa berperang serta mengalahkan Raja Khatib (seorang Putera Raja yang diutuskan untuk membuat persediaan keberangkatan Raja Melewar) yang telah mengisytiharkan dirinya sebagai Raja. Setelah menang dalam peperangan, Raja Melewar kekal memerintah di Negeri Sembilan. Baginda gering dan mangkat pada tahun 1795 di Astana Raja semasa melawat Luak Rembau dan di makamkan di Bukit Serajin bersebelahan dengan makam permaisuri baginda.


Persinggahan kedua program jelajah adalah di Makam Dato Dol Said yang berasal dari suku Semelenggang. Daerah Dol Said asalnya dalam jajahan Nagari Nan Sambilan sebelum persempadanan negeri yang dilakukan oleh British, sekaligus menjadikan Dol Said sebagai rakyat Negeri Sembilan pertama yang menubuhkan pasukan bagi melakukan serangan terhadap British dalam Perang Naning. Penghulu Dol Said telah berjaya mendapat sokongan orang Melayu seramai 1,000 orang untuk menentang British dalam Perang Naning yang bermula pada 6 Ogos 1831 dan berakhir pada 24 Ogos 1831 iaitu kira-kira 18 hari berperang. Dalam peperangan tersebut, Penghulu Dol Said telah mendapat kejayaan dan sebab utama kejayaan tersebut adalah kerana perpaduan yang wujud di kalangan orang Melayu serta sokongan orang Melayu di wilayah yang lain. Dol Said akhirnya terpaksa berundur ke Pasir Besar setelah kalah dalam perang Naning kedua pada Februari 1832 dan dalam masa 4 bulan akhirnya Naning jatuh ke tangan British pada 15 Jun 1832. Naning kemudiannya diletakkan di bawah peraturan Negeri-Negeri Selat pada 27 Oktober 1832.


Persinggahan ketiga program "Jelajah Kenegaraan" adalah di Masjid Kampung Hulu, Melaka Tengah, Melaka. Serangan Portugis ke atas Melaka pada 1511 telah memusnahkan kesemua masjid yang dibina di zaman Kesultanan Melayu Melaka, dan sekaligus menjadikan Masjid Kampung Hulu diwartakan sebagai tapak warisan Masjid Tertua di Malaysia yang hanya dibina pada 1728 pada zaman Belanda oleh seorang muallaf China, Shamsuddin bin Arom.


Pemandangan kawasan perkuburan yang terletak di bahagian belakang Masjid Kampung Hulu. Di sini turut bersemadi Allahyarham Sayyid Abdullah Al–Hadad, seorang guru agama yang terkenal di Melaka dan menurut sesetengah pendapat, beliau dianggap sebagai "Wali" oleh penduduk tempatan.


Tempat berwuduk yang terdapat di dalam kawasan Masjid Kampung Hulu. Ramai pengunjung yang membawa keluarga serta anak-anak mereka untuk mandi di sini, dan terdapat juga pengunjung yang turut membawa bekas minuman untuk mengambil air dari kolah ini yang dipercayai kononnya mempunyai pelbagai khasiat.


Empat tiang seri yang menggunakan kayu berlian serta konsep asal masjid yang dibina pada 1728 tetap dikekalkan. Ciri-ciri senireka masjid dari tanah Jawa telah dimasukkan dalam binaan Masjid Kampung Hulu. Masjid ini mempunyai bumbung berlapis 3, dengan bentuk seakan-akan piramid. Ruang di antara lapisan bumbung membolehkan kemasukan udara dan cahaya ke dalam masjid. Mereka percaya bahawa lapisan paling atas bumbung masjid bererti "iman manusia kepada Tuhan", lapisan kedua, "hubungan manusia dengan manusia" dan yang ketiga membawa maksud "alam semula jadi yang menghubungkan manusia dengan Pencipta". Walaupun binaan masjid ini dipengaruhi senireka Jawa, hiasan dengan pengaruh China turut digunakan untuk menghiasi masjid. Bahan-bahan seperti jubin seramik dan jubin lantai daripada kerajaan China Dinasti Ching turut digunakan. Motif-motif menghiasi tepian kubah masjid, menara batu yang menunjukkan ciri senireka Melaka pada masa itu, turut juga dipengaruhi rekabentuk pagoda China. Ukiran dan seni bina masjid menggunakan faktor alam semulajadi. Pengaruh tumbuh-tumbuhan menjadi kriteria utama seni bina serta ukiran pada bahagian dinding dan bumbung masjid berkenaan. Di hujung bumbung terdapat ukiran berkonsepkan sulur bayur mahkota dan awan larat.


Yang Di Pertua Kelab Melayu Negeri Sembilan telah diberi penghormatan oleh pihak pengurusan Masjid Kampung Hulu untuk menyampaikan ucapan beserta sumbangan ikhlas.


Noja (Tok Siak) Masjid Kampung Hulu, Tuan Haji Abdullah, turut menceritakan satu kisah benar yang berlaku di masjid ini. Pernah seorang pengamal perubatan tradisional (bomoh) bersumpah mubahalah dalam masjid ini kerana dituduh menodai seorang wanita yang diubatinya. Si bomoh bersungguh menafikan tuduhan walaupun wanita yang menjadi mangsa berkeras mengatakan bahawa si bomoh telah menodainya. Malah si bomoh sebaliknya menuduh pula wanita itu sebagai perempuan murahan. Namun, mungkin secara kebetulan atau ikhtibar yang diberi Allah SWT kerana mempermainkan sumpah, bomoh tersebut telah mati dilanggar kereta dihadapan rumahnya sendiri genap 7 hari setelah dia bermubahalah. Dikhabarkan juga, kaum Cina dan India yang tinggal di sekitar Melaka Tengah turut takut untuk bersumpah di Masjid Kampung Hulu disebabkan karamahnya. Agak-agaknya Anwar, Saiful dan Eskay berani tak bermubahalah di masjid ini? Hehehe...


Persinggahan terakhir kami dalam program "Jelajah Kenegaraan" pasti tidak lengkap jika tidak ke Bukit Kepong. Memorial Balai Polis Bukit Kepong kini dikelilingi pagar batu umpama kubu yang jauh berbeza semasa serangan komunis di rumah pasong tersebut pada 23 Februari 1950. Namun replika bangunan balai, rumah kelamin, dapur dan bilik pasong etc. masih dikekalkan bagi memelihara kesan sejarahnya.


Peserta jelajah diberi penerangan mengenai peristiwa sebenar yang terjadi semasa serangan komunis di Bukit Kepong. Kronologi peristiwa, situasi peperangan, kaedah mengundur diri etc. diterangkan secara terperinci di sini. Jika ada yang masih menganggap Mat Indera itu pejuang, bolehlah datang sendiri ke sini untuk mendapatkan fakta sejarah sebenar. Dengarnya warga Bukit Kepong memang tertunggu-tunggu kedatangan Mat Sabu ke situ. Ada bran?


Program "Jelajah Kenegaraan" berakhir di rumah salah seorang penduduk Kampung Tui, Bukit Kepong. Kami disambut sendiri oleh Ketua Kampung Tui, yang mengisahkan bagaimana penduduk Kampung Tui adalah antara yang terawal menghulurkan bantuan semasa serangan komunis di Bukit Kepong pada 1950. Banyak jasa penduduk Kampung Tui ini. Terima kasih kepada tuan rumah yang sudi menjamu kami makan tengahari yang enak walaupun makan di bawah renyai-renyai hujan. Ada rezeki insyaAllah kami akan berkunjung lagi.

*********

Warga Paneh Miang turut mengalukan mana-mana blogger Negori yang ingin melibatkan diri dalam gerak kerja sosial bersama NGO's di Negeri Sembilan. Jika berminat untuk sertai aktiviti akan datang, bolehlah email kami seperti yang tertera di atas. Semoga lebih ramai blogger yang terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan di luar alam maya dan tidak hanya sekadar berbicara di blog. Supaya tidaklah orang mengata yang kita ini hanya pandai bercakap dan menulis saja...

Blog Archive