Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.
Showing posts with label Kerajaan. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan. Show all posts

Wednesday, March 22, 2017

Bilo Mak Ayah Membebel..

ULAMA BUKAN PEJUANG ISLAM

1. SBP yang anak aku belajar kenakan yuran PIBG RM450 setahun. Kata pengetua, kadar itu paling rendah berbanding SBP yang lain. Ada SBP kenakan yuran PIBG RM1,200 setahun. Aku ada tiga anak yang sedang belajar di SBP. Itu yuran PIBG, belum bayaran lain lagi.

2. Dimaklumkan, wang yang biasa kerajaan bagi untuk sekolah sebelum2 ini, pada tahun ini semuanya ditarik semula. Kertas A4 pun ibu bapa belikan untuk sekolah. Meja guru pun ibu bapa tolong balutkan atas nama Sarana Ibu Bapa. Banyak aktiviti pelajar batal kerana sekolah tiada wang.

3. Aku bukan tentang usaha baik itu dan aku tidak salahkan guru. Aku tahu guru telah bekerja sampai ke siling untuk penuhkan harapan ibu bapa. Guru keluarkan duit poket mereka untuk pelbagai aktiviti pelajar. Guru telah buat semuanya demi anak muridnya yang dia ambil menjadi anaknya sendiri di sekolah. Pendek kata, guru dah buat semuanya demi amanah yang mereka pikul.

4. Aku cuma nak sedarkan orang politik yang masih tak tahu keutamaan dalam kerja politik mereka. Masalah negara sekarang bukan (disebabkan) hukuman mahkamah syariah yang kurang, tapi masalah pemimpin yang khianat. Bukan macam mana nak sebat penzina, tapi macam mana nak keluarkan rakyat daripada kemiskinan.

5. Jika hukuman mahkamah syariah dinaikkan sampai 100 tahun penjara (sekali)pun, tapi kalau pemimpin yang ada (hari ini) kekal (bodoh) yang sama, nasib rakyat tak (akan) berubah. Keutamaannya ialah tukar pemimpin korup dan lemah, bukan tingkatkan jumlah sebatan.

6. Sempit dan hodohnya Islam jika hanya hukuman berat saja yang ditonjolkan. Pendidikan sempurna, sekolah bagus, universiti cemerlang adalah tuntutan Islam. Inilah keutamaannya. Dalam keadaan rakyat sedang tercekik begini pun, pemimpin masih bercakap soal nak tingkatkan hukuman ke atas rakyat. Ini gila namanya!!!

7. Para nabi berjuang untuk bebaskan rakyat daripada belenggu kesusahan (dan kesengsaraan) hidup. (Tapi) pemimpin gila pada hari ini berjuang untuk heret rakyat supaya disebat. Biarlah rakyat miskin, susah, bodoh, merempat, asalkan mereka boleh disebat dan dipotong tangan..inikah perjuangan Islam, inikah usaha tegakkan hukum Tuhan? Ini bukan perjuangan, tapi gila tahap gaban!!!

8. Islam tak pernah merelakan kesusahan dan mahu semua manusia bahagia dan senang. Islam tidak suka menghukum, menyebat atau memotong tangan. Sebab itu ayat hukum potong tangan dan sebat orang hanya satu saja. Tapi ayat suruh bela orang tertindas sangat banyak. Ayat sebegitu wujud dalam surah yang pendek. Lebai tak baca ke?

9. Tapi bagi kelompok yang kononnya pejuang Islam, ayat hukuman yang satu itulah yang ditonjol dan dilaung. Ini hukum Allah katanya. Bela orang susah, orang teraniayai disebabkan perilaku buruk pemimpin bukan hukum Allah ke? (Dijawab pula) inilah kebaikan, katanya lagi. Habis tu tambahan belanja untuk pendidikan itu bukan kebaikan? Mengapa perbelanjaan pendidikan dan kesihatan rakyat dipotong dalam belanjawan? Mengapa hukuman (pula) yang (lebih) diutamakan sedangkan banyak lagi perkara lain yang patut menjadi keutamaan?

10. Kepada lebai, walaunta, walaunti, tak payahlah nak berlagak pejuang Islam dengan ketayap dan serban yang hampa pakai! Tak payahlah mengaku ulama kalau keutamaan dalam realiti (kehidupan rakyat) yang ada ini pun hampa tersalah pilih. Hampa bukan berjuang untuk redha Tuhan, tapi hampa (sebenarnya) berjuang untuk cari redha (manusia) pemimpin zalim.

Cilok tang sini.

Friday, October 28, 2016

YANG AMAT BERHORMAT PENCURI!!


Tuan Yang di-Pertua,

1.​Saya mengucapkan terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambi bahagian dalam perbahasan Bajet 2017. Saya mengambil peluang ini untuk menyentuh beberapa perkara asas berkaitan dengan bajet dan pengurusan ekonomi negara.

2.​Pertamanya ialah mengenai tadbirurus ekonomi (economic governance). Bercakap mengenai soal ini, saya tidak dapat lari daripada menyentuh satu isu yang amat menggelisahkan kita hari ini iaitu isu 1MDB.

3.​Dahulu saya duduk di sebelah sana dan hari ini saya berdiri di sebelah sini pun kerana saya bercakap mengenai isu 1MDB. Saya meragui kewajaran Perdana Menteri menubuhkan 1MDB dan menjadi Pengerusi Lembaga Penasihatnya. Saya mempersoalkan mengapa 1MDB yang bermodal hanya RM1 juta tetapi menanggung liabiliti sehingga RM42 bilion disebabkan kerugian dan kehilangan wang yang tidak diketahui sebabnya. Akhirnya 1MDB menghadapi masalah kecairan wang tunai yang teruk sehingga tidak dapat membayar hutang piutangnya. Saya juga bertanya ke mana wang 1MDB lesap dan bagaimana sejumlah RM2.6 billion dijumpai dalam akaun peribadi Malaysian Official One?

4.​Banyak perkara yang saya bangkitkan mengenai skandal 1MDB ketika saya masih di dalam kerajaan. Saya tidak bersetuju dengan Perdana Menteri hampir dalam semua perkara yang melibatkan 1MDB. Semasa di dalam kerajaan saya menolak pelan rasionalisasi 1MDB untuk menyelesaikan hutang-hutang yang bertimbun menerusi penjualan aset-asetnya yang diperolehi dengan harga yang murah daripada kerajaan kerana saya percaya ada elemen-elemen terselindung yang tidak dijelaskan dengan nyata. Pelan tersebut tidak dibuat oleh pihak pakar yang bebas, tetapi disediakan secara dalaman sahaja oleh Kementerian Kewangan. Seolahnya Malaysian Official One ingin menyembunyikan fakta-fakta penting mengenai penyelewengan 1MDB daripada diketahui oleh pihak lain.

5.​Malah, selepas mesyuarat kabinet saya menghubungi mantan Peguam Negara dan bertanyakan beliau adakah wajar kabinet memutuskan pelan penstrukturan semula 1MDB. Bukankah itu tanggungjawab Lembaga Pengarah 1MDB? Peguam Negara bersetuju dengan pandangan saya dan kemudiannya keputusan kabinet ditukar daripada meluluskan pelan rasionalisasi 1MDB kepada mengambil maklum sahaja tentang cadangan tersebut. Jelas terbukti sekarang bahawa teguran saya terhadap pelan rasionalisasi 1MDB yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen Tambun sebagai Menteri Kewangan II pada ketika itu adalah berasas bilaman apa yang diluluskan oleh Jemaah Menteri tidak dilaksanakan malahan apa yang berlaku hari ini berlainan sekali dari apa yang sepatutnya dilaksanakan.

6.​Begitu juga apabila kabinet diminta meluluskan pembiayaan sebanyak RM3 bilion kepada 1MDB untuk membayar faedah pinjamannya. Saya berasa amat tidak selesa dengan keputusan itu. Bilamana syarikat 1MDB ditubuh, kabinet langsung tidak dirujuk. Kehilangan wang berbilion ringgit pun tidak tidak dilapor kepada kabinet. Tetapi apabila syarikat ini menghadapi masalah untuk membayar hutang, barulah Perdana Menteri merujuk kepada kabinet untuk meminta sejumlah wang yang besar daripada kerajaan. Ini suatu tindakan yang amat tidak bertanggungjawab dan bertentangan dengan prinsip tadbirurus ekonomi yang baik. Tiada ketelusan dan akuntabiliti. Saya amat tidak bersetuju dengan tindakan itu. Akhirnya, keputusan untuk meluluskan pembiayaan sebanyak RM3 bilion kepada 1MDB ditukar kepada kredit tersedia sebanyak RM950 juta.

7.​Akhirnya, apabila masalah 1MDB menjadi semakin parah, kerajaan terpaksa menanggung semua hutang-piutang 1MDB yang asalnya berjumlah RM42 bilion dan sehingga tahun lalu meningkat kepada RM53 bilion. Jumlah ini akan meningkat dari masa ke semasa apabila ditambah faedah yang mesti dibayar. Ini adalah satu kerugian yang amat besar kepada rakyat kerana wang rakyat terpaksa digunakan untuk membayar hutang 1MDB. Adakah wajar rakyat menanggung beban hutang sedangkan wang 1MDB telah dicuri dan disalahgunakan sewenang-wenangnya oleh Malaysian Official One dan konco-konconya untuk berfoya-foya dan bermewah?

8.​Saya berdoa semoga Malaysian Official One diberikan hidayah oleh Allah s.w.t. untuk mengakui kesilapannya, memohon maaf dan bertaubat nasuha di atas segala kemungkaran yang dilakukan. Rakyat yang bermaruah pastinya tidak akan bertolak ansur dengan kemungkaran. Malah adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk melawan dan mengubah kemungkaran. Sepertimana sabda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadith sahih:

Yang bermaksud:

Barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka ubahlah ia dengan tangannya (yakni kuasa), jika tidak mampu maka (ubahlah) dengan lisannya, jika tidak mampu maka (ubahlah) dengan hatinya, dan itu adalah selemah-lemah iman.

9.​Keduanya ialah tentang institusi-institusi penting negara seperti Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia yang gagal berfungsi atau menjadi, dengan izin, dysfunctional. Institusi-institusi ini telah disalahgunakan oleh Malaysian Official One untuk melindungi kesalahan jenayah besar yang telah dilakukannya. Peguam Negara dipecat, pegawai-pegawai SPRM ditukar dan dibersarakan, Gabenor Bank Negara diugut dan Ketua Polis Negara telah gagal melaksanakan amanah.

10.​Integriti institusi-institusi ini semakin dipersoalkan. Ketika pihak berkuasa di luar negara mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram yang ada kaitan langsung dengan 1MDB, di Malaysia seolahnya tiada apa yang berlaku. Di Amerika Syarikat, Peguam Negara memfailkan saman ke atas individu-individu yang dikaitakan dengan 1MDB, termasuk anak tiri Najib Razak. Peguam Negara Amerika Syarikat menemui bukti-bukti kukuh mengenai perlakuan jenayah kleptokrasi yang terbesar dalam sejarah dunia yang melibatkan kehilangan wang berjumlah sekurang-kurangnya US$3.5 bilion atau RM28 bilion. Di Singapura, beberapa buah bank ditutup kerana terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram yang ada kaitan dengan 1MDB. Di Switzerland, pihak berkuasa kewangan negara itu mendapati beberapa buah bank melanggar undang-undang mengenai pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan transaksi 1MDB. Semuanya bertumpu kepada skandal 1MDB yang mana Pengerusi Lembaga Penasihatnya adalah Perdana Menteri.

11.​Tetapi di Malaysia tiada apa yang berlaku. Kenapa senyap sunyi? Seolah-olah siasatan terhadap salahlaku oleh mereka yang terlibat secara langsung dalam skandal 1MDB tidak dikuatkuasakan! Siasatan terhadap bekas CEO Shahrul Halmi tidak diambil. Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah yang berhenti tidak disiasat dan dilepaskan begitu saja. Tiada seorang pun dipecat atau dihadapkan ke mahkamah atas salahlaku yang dibuat oleh mereka. Yang nyata seolah-olah segala yang berlaku ini disahkan oleh Perdana Menteri. Peguam Negara yang baharu pun tidak menemui sebarang bukti untuk mendakwa sesiapapun yang terlibat dalam skandal 1MDB. Walaupun ada bukti RM42 juta wang SRC International masuk ke dalam akaun Perdana Menteri, tetapi Peguam Negara mendapati Perdana Menteri tidak melakukan apa-apa perbuatan jenayah. Pelik dan ajaib! Kalau seringgit pun duit syarikat milik kerajaan masuk ke dalam akaun penjawat awam tanpa ada sebab munasabah merupakan satu perbuatan rasuah, inikan pula RM42 juta masuk ke dalam akaun Perdana Menteri. Bagaimana Peguam Negara boleh mengatakan ini bukan perbuatan rasuah? Betapa rosaknya institusi Peguam Negara di bawah telunjuk Malaysian Official One!

12.​Seingat saya janji kerajaan bahawa isu dan masalah 1MDB ini akan diselesaikan pada tahun 2016 sebagaimana yang dibuat dalam cadangan rasionalisasi 1MDB hanya merupakan khayalan yang tidak mampu dilaksanakan dengan berlalunya tahun 2016 tidak lama lagi. Benarlah sebagaimana yang disebutkan oleh Ketua Audit Negara mengenai 1MDB bahawa tahap pematuhan (compliance) dengan tadbir urus korporatnya adalah di tahap paling lemah.

13.​Isu ketiga yang saya ingin bangkitkan di Dewan yang mulia ini ialah tentang kedudukan kewangan kerajaan yang semakin meruncing dan ketahanan ekonomi negara yang kian lemah.

14.​Jelas, bajet untuk tahun hadapan dibentangkan dalam keadaan hasil kerajaan merosot hampir 10 peratus yang sebahagian besarnya disebabkan oleh kejatuhan harga minyak dunia. Purata harga minyak dunia telah jatuh daripada US$100 setong pada tahun 2014 kepada kira-kira US$52 pada tahun 2015, dan kini dengan purata kira-kira US$42. Akibat kemerosotan hasil kerajaan, defisit bajet negara kita telah meningkat kepada hampir 4 peratus pada bulan Ogos 2016. Begitu juga dengan hutang kerajaan yang semakin membebankan. Pada bulan Jun 2016, hutang kerajaan dilaporkan berjumlah RM655.7 bilion atau 53.2 peratus kepada KDNK. Jika diambil kira hutang 1MDB yang kini berjumlah lebih RM50 bilion, yang sebahagian besarnya dijamin oleh kerajaan, hutang kerajaan kepada KDNK adalah melebihi had 55 peratus yang ditetapkan.

15.​Ini menunjukkan bahawa kedudukan kewangan kerajaan amat meruncing. Dengan bayaran faedah bagi hutang kerajaan meningkat daripada RM20.3 bilion pada tahun 2013 kepada RM28.9 bilion pada tahun 2017, kutipan cukai GST sebanyak RM30 bilion nampaknya akan habis digunakan untuk menampung bayaran faedah sahaja.

16.​Malah, jika dilihat akan unjuran pendapatan tahun hadapan sekitar RM220 bilion, kerajaan mencadang akan membelanjakan sebanyak 97% daripada pendapatan negara untuk perbelanjaan mengurus. Ini amat merisaukan. Hanya lebih kurang RM5 billion sahaja yang ada untuk perbelanjaan pembangunan, maka dengan itu kerajaan terpaksa berhutang lagi sebanyak RM40 bilion untuk perbelanjaan pembangunan pada tahun hadapan.

17.​Lebih merisaukan kita ialah ketahanan ekonomi Malaysia yang semakin lemah. Hutang isirumah telah meningkat secara mendadak daripada RM90 bilion pada tahun 1997 kepada RM847 bilion pada tahun 2015, iaitu pertumbuhan hutang sebanyak 841 peratus. Hari ini, hutang isirumah Malaysia mencecah 89.9 peratus kepada KDNK, iaitu antara yang tertinggi di Asia.

18.​Saya bimbang dalam keadaan hutang kerajaan dan isirumah meningkat, rizab antarabangsa berkurangan, nilai ringgit jatuh, harga komoditi rendah dan kadar inflasi tinggi, negara kita tidak mampu bertahan jika berlaku serangan sepekulasi matawang, na’uzubillahi min zalik. Ketika ringgit kita diserang pada tahun 1997 sekurang-kurangnya rizab antarabangsa kita masih kukuh, harga komoditi masih tinggi dan kerajaan mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk melaksanakan langkah-langkah rangsangan ekonomi dan mengeluarkan negara daripada krisis.

19.​Malangnya, bajet 2017 yang dibentangkan oleh Malaysian Official One langsung tidak menunjukkan bahawa kerajaan serius serta mempunyai pelan yang jelas untuk memulihkan ekonomi negara dan mempersiapkan Malaysia bagi menghadapi sebarang kemungkinan buruk yang akan berlaku akibat ketahanan ekonomi negara yang lemah.

Tuan Yang di-Pertua,

20.​Di awal ucapan saya tadi, saya menyebut tentang isu 1MDB. Mungkin ada yang mempersoalkan mengapa saya membangkitkan isu ini. Apa kaitannya dengan bajet? Apa kaitannya dengan kepentingan rakyat?

21.​Kaitannya dengan bajet adalah jelas. RM53 bilion hutang 1MDB kini ditanggung oleh kerajaan. Tetapi malangnya, Malaysian Official One tidak menjelaskan secara terperinci bagaimana hutang piutang ini hendak dibayar oleh kerajaan.

22.​Persoalannya, adakah kerajaan mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk melunaskan hutang piutang ini? Tentunya segala tanggungan ini perlu dilunaskan dengan menggunakan sumber dana kerajaan, iaitu sumber sama yang diagihkan kepada kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan dalam bajet yang dibentangkan. Apakah nantinya kementerian-kementerian akan menerima peruntukan yang lebih kecil berbanding apa yang dijanjikan di dalam bajet kerana kerajaan terpaksa menggunakan sumber yang sedia ada untuk membayar hutang piutang yang ditanggung akibat penyelewengan dan kepincangan dalam tadbir urus negara? Persoalan ini mesti dijelaskan oleh Malaysian Official One.

23.​Isu 1MDB juga mempunyai kaitan langsung dengan rakyat. Saya berjumpa dengan orang ramai dan bertanya kepada mereka 1MDB ini milik siapa? Mereka jawab milik Najib. Ada yang jawab milik Rosmah. Saya kata salah! 1MDB milik rakyat! Kemudian saya bertanya, siapa akan membayar hutang 1MDB? Mereka jawab rakyat akan bayar!

24.​Rakyat sebenarnya cerdik. Mereka tahu skandal 1MDB membawa padah secara langsung ke atas nasib mereka. Yang cuba menafikan hakikat ini hanyalah Menteri-Menteri, pegawai-pegawai JASA dan cybertroopers UMNO yang sememangnya diupah untuk berbohong dan menegakkan benang yang basah!

25.​Selain itu, skandal 1MDB mempunyai kesan negatif ke atas nilai ringgit yang menjunam. Ya, banyak faktor yang mempengaruhi kenaikan atau kejatuhan nilai matawang, tetapi skandal 1MDB adalah salah satu fakor utama yang mempengaruhi sentimen pasaran terhadap ringgit. Walaupun dikatakan asas ekonomi kita kukuh, tetapi kehilangan keyakinan terhadap Malaysia akibat skandal 1MDB menyebabkan nilai ringgit jatuh ke paras yang lebih rendah. Pakar-pakar ekonomi mengatakan berdasarkan perkiraan asas ekonomi, nilai ringgit kita tidak sepatutnya melebihi RM3.50 berbanding US$1.00. Yang lebih daripada itu adalah sentimen.

26.​Sebab itu rakyat merungut mengenai kenaikan harga barang. Saya pergi ke pasar bertanya seorang makcik apa yang beliau beli? Katanya tak banyak tapi harganya lebih mahal daripada dahulu. Kalau dahulu dengan wang RM50.00 sudah boleh membeli barang satu bakul, sekarang dengan nilai yang sama hanya separuh bakul sahaja yang mampu dibeli.

27.​Ini sebenarnya adalah kesan daripada kejatuhan nilai ringgit. Banyak barang makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, beras, daging, kelapa dan lain-lain yang diimport. Apabila nilai ringgit jatuh, maka harga barang-barang ini akan menjadi lebih mahal. Jadi mana boleh dikatakan masalah 1MDB tiada kesan kepada rakyat. Kerana sentimen pasaran yang negatif terhadap negara kitalah, yang sebahagian besarnya disebabkan oleh skandal 1MDB, nilai ringgit kita jatuh, harga barangan yang diimport menjadi lebih mahal dan rakyat menanggung beban kos sara hidup yang tinggi.

Tuan Yang di-Pertua,

28.​Saya ingin mengucapkan tahniah juga kepada Perdana Menteri. Beliau pandai menggunakan sumber yang ada untuk membina persepsi bahawa semuanya berada dalam keadaan yang baik. Dengan izin, everything is okay! Cash is King! Banyak gula-gula diberikan kepada rakyat dalam Bajet 2017. Tetapi gula-gula ini manisnya hanya sementara. Ia umpama candu ekonomi untuk membuatkan orang khayal sebentar dibuai mimpi yang indah-indah. Sedangkan penyakit sebenar ekonomi negara kita tidak dirawat. Ubat yang pahit tidak diberikan untuk memulihkan ekonomi negara yang sedang tenat.

29.​Pembentangan bajet pada tahun ini pun agak berlainan berbanding tahun-tahun sebelum ini. Ada grandstanding. Ada props. Biasanya grandstanding dan props digunakan untuk mencantikkan sesuatu yang sebenarnya tidak cantik. Ia sekadar suatu silap mata untuk menutup kelemahan dalam pengurusan ekonomi negara. Kos sara hidup meningkat, hutang negara bertimbun, perniagaan perlahan, syarikat membuang pekerja, pengangguran meningkat, perbelanjaan pengguna menurun, hasil kerajaan merosot, peruntukan untuk kementerian-kementerian dipotong, wang dalam khazanah negara lesap dan sumber kerajaan digunakan untuk membayar hutang.

30.​Namum, dalam keadaan yang meruncing sebegini pun, kita berasa amat kesal kerana kerajaan masih mengambil sikap, dengan izin, “business as usual”. Perbelanjaan untuk kebajikan rakyat seperti biasiswa, perkhidmatan kesihatan dan subsidi barangan asas telah dipotong, namun gaji dan elaun Menteri kekal seperti biasa. Malah projek-projek mega yang hanya menguntungkan beberapa kerat kroni diteruskan tanpa diusik sedikit pun. Tiada pun disebut dengan jelas bagaimana kerajaan bercadang menjana peluang pekerjaaan untuk mengatasi masalah kadar pengangguran semakin meningkat.

31.​Baru-baru ini ketika para mahasiswa kita yang berada di dalam mahupun di luar negara keluh kesah kerana tidak menerima biasiswa seperti yang dijanjikan dan para pesakit terpaksa membayar sendiri kos perubatan di hospital-hospital kerajaan, Perdana Menteri dengan bangganya merasmikan projek pengindahan Taman Tugu Negara yang menelan belanja sebanyak RM650 juta. Nampaknya, kerajaan pimpinan Malaysian Official One ini lebih mementingkan pengindahan taman yang pastinya menguntungkan segelintir pihak daripada nasib para pelajar dan pesakit di negara kita yang amat memerlukan bantuan kerajaan.

32.​Kerajaan juga nampaknya langsung tidak prihatin dengan masalah kos sara hidup rakyat. Ketika rakyat mengharapkan bantuan kerajaan untuk meringankan beban yang ditanggung, kerajaan sebaliknya menghapuskan subsidi minyak masak yang pastinya akan menyebabkan harga makanan meningkat dan menambah beban kos sara hidup rakyat. Sedangkan isu sebenar iaitu masalah ketirisan dalam pengagihan subsidi kerajaan tidak diatasi dengan baik. Misalnya, kerajaan menanggung kerugian sebanyak RM540 juta setahun akibat kegiatan penyeludupan minyak masak yang gagal dibendung oleh pihak berkuasa.

33.​Ini tidak termasuk ketirisan-ketirisan lain. Berdasarkan kajian yang dibuat ke atas Laporan Tahunan Ketua Audit Negara, kerajaan mengalami kerugian antara RM23 bilion hingga RM40 billion setahun disebabkan kelemahan dalam penguatkuasaan dan gejala rasuah dan penyelewengan yang berleluasa.

34.​Kita juga sedang berhadapan dengan pertumbuhan ekonomi yang semakin perlahan yang sebahagian besarnya disebabkan oleh persekitaran luaran yang lemah dan keyakinan terhadap ekonomi domestik yang merosot teruk. Dalam keadaan ini, fokus seharusnya diberikan kepada usaha untuk merangsang permintaan domestik. Ini bermakna, peruntukan perlu diberikan kepada sektor-sektor yang mewujudkan peluang pekerjaan, dan pada masa yang sama menghasilkan aliran masuk pertukaran asing. Elaun pelaburan semula bagi sektor-sektor ini perlu diperkenalkan dan projek-projek yang mempunyai kandungan import yang tinggi boleh ditangguhkan.

35.​Nasib pekerja boleh dilindungi dengan memperkenalkan skim insurans pengangguran. Laporan Bank Negara Malaysia menunjukkan hanya 1 daripada 10 rakyat Malaysia boleh menyara hidup lebih daripada 6 bulan jika mereka kehilangan pendapatan utama. Kos sara hidup juga boleh dikurangkan dengan mengurangkan kos barangan makanan. Antara langkah sementara yang boleh diambil ialah menghapuskan GST untuk barangan runcit tertentu seperti susu tepung, kicap, sos cili dan barangan asas yang lain. Untuk mengurangkan beban kos perubatan, terutamanya bagi penyakit kritikal, kerajaan boleh mempertimbangkan pengeluaran wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membeli insuran perubatan.

36.​Inilah antara langkah-langkah yang sepatutnya diambil oleh kerajaan, bukannya menyuruh graduan yang telah melabur puluhan ribu ringgit untuk mendapatkan segulung ijazah menjual nasik lemak, ataupun rakyat berkerja siang dan malam sebagai pemandu Uber. Ini bukanlah penyelesaian yang rakyat harapkan daripada kerajaan. Tanpa disuruh oleh kerajaan pun mereka mungkin akan melakukan kedua-dua perkara ini untuk memperolehi rezeki yang halal dan menyara kehidupan.

Tuan Yang di-Pertua,

37.​Bajet yang dibentangkan oleh kerajaan bukanlah satu bajet yang realistik. Ia langsung tidak memenuhi kehendak rakyat dari segi keperluan menangani kos sara hidup yang semakin meningkat. Ia juga tidak mengandungi satu perancangan yang jelas untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baharu dan menambahkan pendapatan rakyat. Peruntukan kepada kementerian-kementerian yang bertanggungjawab menyampaikan perkhidmatan-perkhidmatan utama kepada rakyat seperti pendidikan dan kesihatan dipotong. Isu tadbirurus ekonomi (economic governance) tidak ditangani dengan baik sehingga menjejaskan keyakinan pelabur dan rakyat terhadap ekonomi negara.

38.​Sebaliknya, pada pandangan saya, bajet 2017 hanya sarat dengan gula-gula politik sekadar untuk menutup segala kelemahan dan kepincangan Malaysian Official One yang telah mencuri dan merompak khazanah negara.

Terima kasih.

YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
AHLI PARLIMEN PAGOH

Thursday, October 27, 2016

Siapa nak jawab soalan Husni ni? Pahlawan Bugis? Heh..


1. Mengapa kerajaan tubuhkan 1MDB?

2. Mengapa kerajaan letak lebih kurang USD4 bilion (RM16 bilion) dalam Aabar PJS Limited yang bukan dimiliki oleh IPIC..iaitu sebuah syarikat yang dimiliki oleh 2 anak raja yang didaftar di British Virgin Islands?

3. Mengapa tindakan undang2 TIDAK DIAMBIL ke atas pengurusan 1MDB kerana masukkan duit ke syarikat yang tak betul?

4. Mengapa TIADA tindakan kepada 2 anak raja itu kerana penyelewengan wang tersebut?

5. Apa jadi dengan unit pelaburan bernilai lebih kurang USD1 bilion yang sepatutnya matang pada tahun lalu tetapi sehingga kini rakyat tidak dimaklumkan apa yang berlaku?

6. Apa terjadi dengan Binding Term Sheet dengan IPIC? Mengapa 1MDB tidak memenuhi perjanjian tersebut sehinggakan IPIC kemukakan SAMAN melalui arbitration sebanyak USD6.5 bilion yang bersamaan dengan RM26 bilion?

7. Apa jadi kepada penjualan Bandar Malaysia? Kerajaan jual 60% pegangan kepada syarikat daripada negara China dan membiarkan bayaran dibuat hanya pada tahun 2022. Syarikat China ambil untung dulu..kemudian baru bayar? Keputusan ini meletakkan risiko perniagaan dan risiko pembayaran kepada 1MDB dan kerajaan. Mana kita tahu tahun 2022 pembayaran akan dibuat? Dan minoriti shareholding adalah daripada 2 syarikat daripada Malaysia? Siapa pemilik 2 syarikat Malaysia ini?

8. Switzerland kini mengambil tindakan undang2 terhadap bank dan individu yang terlibat dengan skandal pengubahan wang haram 1MDB..begitu juga dengan British. Di Singapura..2 bank telahpun ditutup disebabkan penglibatan mereka dalam jenayah pengubahan wang haram 1MDB. Tapi apa dah jadi dengan undang2 Malaysia yang 1MDB sendiri ditubuhkan di negara ini?

9. Kemudiaan saya bangkitkan soal SRC, mengapa Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) berikan pinjaman sebanyak RM4 bilion dan draw down sekaligus? Biasanya bagi pinjaman, draw down, kita bagi ikut progress payment dan bukannya sekaligus sebagaimana pinjaman kepada SRC. Dan tujuannya SRC ini ditubuhkan adalah untuk terlibat dalam bidang perlombongan, tapi akhirnya perbelanjaan hanya lebih kurang RM400 juta sahaja yang digunakan dalam perlombongan. Jadi kemana hilangnya dana US$1.6 bilion yang berbaki itu yang kononnya dalam bentuk pelaburan?

10. Isunya mengapa KWAP tidak ambil tindakan sedangkan wang itu tidak digunakan spesifik untuk perlombongan dan baki yang tidak digunakan itu sebahagiannya ada dalam akaun BSI di Switzerland yang telahpun dibekukan oleh pihak berkuasa monetary. Jadi apa tindakan KWAP seterusnya untuk berbincang dengan SMA..sekaligus mendapatkan semula wang pinjaman milik rakyat yang telah hilang itu?

p/s: Husni selaku mantan Menteri Kewangan II sudah pasti tahu jawapannya..cuma sengaja nak MO1 sendiri kantoi menjawab di Parlimen. Kalo Husni sendiri sebagai Menteri Kewangan yang bertanggung jawab terus kepada 1MDB dulu pun masih ragu serta blur dengan Najib dan 1MDB..so para menteri..dedakian serta pencacai semua tak payah nak paloi sangat la konon lebih tau daripada Husni!! 

Najib selaku orang yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas 1MDB selaku PM, Menteri Kewangan dan Penasihat 117 yang berkuasa veto dalam 1MDB, seharusnya tampil menjawab. Takkan la Najib seBANGANG (pinjam ayat Najib sendiri) itu mahu pegang segala jawatan..tapi mengaku tak tahu apa2?

Friday, June 3, 2016

Siapa nak Pahlawan Bugis jadi PM selama 22 tahun? Sila angkat JARI HANTU!!


Perdana Menteri dan seluruh anggota kabinet mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas skandal penyelewengan 1MDB yang yang satu demi satu didedahkan oleh pasukan penyiasat antarabangsa. Terbaharu, Swiss Financial Market Supervisory Authority (FINMA) mengesahkan berlakunya kegiatan penggubahan wang haram dalam urusniaga BSI Bank di Singapura yang melibatkan 1MDB. Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada 24 Mei 2016, FINMA yang menjalankan prosiding penguatkuasaan ke atas pegawai-pegawai BSI Bank di Singapura mendapati kegiatan penggubahan wang haram ini melibatkan urusniaga berjumlah ratusan juta dollar Amerika Syarikat dalam 100 akaun di bank berkenaan.

Siasatan FINMA mendapati dalam tempoh antara 2011 hingga April 2015, pihak bank telah gagal mengenalpasti urusniaga-urusniaga dalam skala besar yang berisiko tinggi mahupun menjelaskan sumber aset-aset yang diurusniaga. Kesemua urusniaga ini adalah berkaitan dengan perniagaan yang melibatkan individu-individu yang terdedah secara politik (politically exposed persons) yang mempunyai hubungan dengan 1MDB.

Beberapa fakta penting yang didedahkan oleh FINMA menunjukkan pihak bank bersubahat dalam kegiatan penggubahan wang haram yang berlaku dalam skala yang besar. Antaranya:

· Pihak bank berpuashati dengan penjelasan pelanggan, iaitu individu yang mempunyai hubungan dengan 1MDB, bahawa deposit berjumlah AS$20 juta dollar (RM81.6 juta) adalah ‘hadiah’;

· Sejumlah AS$98 juta dollar (RM400 juta) dikreditkan dalam satu akaun tanpa dijelaskan latrabelakang komersilnya;

· Dalam banyak kes, terdapat bukti urusniaga ‘pass-through’ yang membayangkan berlakunya kegiatan penggubahan wang haram. Dalam satu kes, sejumlah AS$20 juta dollar (RM81.6 juta) dipindahkan ke dalam beberapa akaun di bank berkenaan pada hari yang sama sebelum dipindahkan ke dalam akaun di sebuah bank lain; dan

· Pihak bank menjalankan urusniaga-urusniaga lain yang melibatkan sejumlah wang yang serupa walaupun dalam sesetengah kes penjelasan dan dokumen kontrak yang diperolehi adalah bertentangan dengan tujuan akaun-akaun berkenaan dibuka.

Kesemua fakta ini menunjukkan telah berlaku aktiviti penggubahan wang haram dalam skala besar yang melibatkan wang berjumlah ratusan juta dollar dalam urusniaga yang dikaitkan dengan 1MDB. 

Peguam Negara Switzerland, Micheal Lueber, sebelum ini telah mendedahkan bahawa sejumlah AS$4 billion dollar (RM16.3 billion) wang 1MDB dikhuatiri telah dilesapkan (misappropriated). Selain itu, berdasarkan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, sejumlah AS$7 billion dollar (RM28.6 billion) tidak dapat dikesan, atau dalam erti kata lain telah lesap. Adakah pendedahan FINMA mengenai aktiviti penggubahan wang haram di BSI Bank di Singapura adalah sebahagian daripada wang 1MDB yang dikatakan telah lesap itu?

Selain itu, Wall Street Journal telah mendedahkan sekeping surat daripada Bank Negara Malaysia kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, YB Dato' Hassan Ariffin. Surat ini mengesahkan bahawa syarikat Good Star Limited yang telah menerima bayaran sejumlah AS$1.03 billion dollar (RM4.2 billion) daripada 1MDB adalah milik Jho Low iaitu kenalan rapat anak tiri Perdana Menteri, Riza Aziz, yang kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat kerana membeli hartanah bernilai ratusan juta dollar di negara itu dengan menggunakan sumber dana yang diragui.

Ini adalah bukti penyelewengan terbesar dalam skandal 1MDB. Bagaimana bayaran yang sepatutnya dibuat kepada syarikat usahasama 1MDB dan Petrosaudi telah dimasukkan ke dalam akaun sebuah syarikat milik individu yang tiada kaitan dengan usahasama tersebut. Lebih mencurigakan individu ini mempunyai kaitan rapat dengan keluarga Perdana Menteri dan diketahui menjadi orang perantara dalam urusan-urusan 1MDB yang melibatkan Perdana Menteri sendiri. Saya menggesa supaya pihak berkuasa di Malaysia bersikap lebih telus dan serius dalam menjalankan siasatan ke atas 1MDB. Agak malang apabila pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga ke hari ini tidak diberikan kebenaran untuk mendapatkan Mutual Legal Assistance (MLA) bagi mengumpul bukti-bukti mengenai penyelewengan1MDB dan SRC International di luar negara.


Agak malang juga apabila Peguam Negara mendapati tiada apa-apa bukti salahlaku yang membolehkan pihaknya mendakwa mana-mana individu yang terbabit dalam skandal 1MDB. Sedangkan hasil siasatan FINMA ke atas BSI Bank menunjukkan terdapat bukti-bukti salah-laku yang kukuh untuk mendakwa dan seterusnya mensabitkan pihak-pihak yang berkenaan dengan kesalahan jenayah. Malah, pihak berkuasa Singapura juga telah mendakwa seorang pegawai bank BSI dan mengarahkan bank berkenaan ditutup kerana penglibatan dalam skandal kewangan yang membabitkan 1MDB. Kegagalan Jabatan Peguam Negara menemui apa-apa bukti kesalahan jenayah dalam kes ini hanya akan menjejaskan kewibawaan institusi itu dan juga agensi-agensi lain yang terlibat dalam siasatan ke atas 1MDB.


Malah, lebih malang sebahagian besar anggota kabinet yang saya tahu mempunyai maklumat mengenai penyelewengan yang berlaku di dalam 1MDB, khususnya yang melibatkan Perdana Menteri, diam seribu bahasa. Tiada seorangpun yang berani tampil menyatakan kebenaran, malah ada kalangan mereka yang lebih selesa bersekongkol mempertahankan kemungkaran. Ini adalah episod paling hitam dalam sejarah kepimpinan negara kita. Mereka yang memilih untuk mempertahankan kemungkaran dan melindungi kebatilan sebenarnya tidak layak untuk memimpin.

Dengan pendedahan hasil siasatan oleh FINMA dan pendakwaan kesalahan jenayah ke atas seorang pegawai BSI Bank oleh pihak berkuasa Singapura, adalah amat aneh lagi menghairankan jika pihak berkuasa di Malaysia masih gagal menemui sebarang bukti bagi mendakwa individu-individu yang terbabit dalam skandal rasuah 1MDB.

Saya mengulangi penegasan saya sebelum ini bahawa Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas segala penyelewengan yang berlaku dalam syarikat 1MDB kerana beliau selaku Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB terlibat secara langsung dalam membuat keputusan-keputusan transaksi syarikat. Kerana penyelewengan inilah 1MDB menanggung liabiliti berjumlah RM53 bilion pada masa ini yang sekiranya tidak dapat dibayar oleh syarikat, maka akhirnya kesemua tanggungan ini terpaksa dibayar oleh kerajaan menggunakan wang cukai yang dikutip daripada rakyat. Akhirnya rakyat terpaksa menanggung beban akibat penyelewengan yang dilakukan oleh Perdana Menteri.

Ini sesuatu yang amat tidak adil. Jika tiada sebarang tindakan diambil ke atas Perdana Menteri dan individu-individu lain yang terlibat di dalam skandal ini, maka rakyat tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya, malah akan terus ditindas. Dalam keadaan yang terdesak ini, kita tidak boleh menolak kemungkinan bahawa banyak lagi kantung negara akan dikebas semata-mata untuk menutup lubang besar yang dibuat oleh 1MDB. Sedangkan para petualang yang menyeleweng wang negara terus dibiarkan bebas menikmati hasil yang diperolehi secara haram.

TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Mantan Timbalan Perdana Menteri
Sumber: FB.

Monday, March 23, 2015

Bebel GST..

Den setuju GST dilaksanakan. 

Iyo botul tokeh2 tak kigho Melayu ko Cino ko yang sobolun ni lari cukai, dah tepakso bayar GST. Botul tu!! Sobab tu la gak ey sojak minggu lopeh laie kodai 99Speedmart dah mulo kono an GST kek pelanggan walaupun kerajaan koba GST hanyo mulo 1 April ni.

Yang jadi pertikaian sekarang ialah percentage GST tu tinggi bona untuk mulokan GST. Kebanyakan negaro yang mulokan GST tak mulo dengan 6%, tapi lobih rondah daripada tu. 3% misal ey. Lopeh tu naik sikit2 sesuai dengan gaji perkapita rakyat. Pendapatan rakyat mesti naik dulu, baru bulih GST sebanyak 6%. 

Sesetengah negaro macam Singapore maso den poie tahun lopeh, rakyat ey kato setiap hujung tahun mereko dapek rebet 500 Sing Dollar sobab bayar cukai dan dimasukkan dalam akaun memasing tiap hujung tahun. Tapi kito takdo rebet. Yang ado BR1M tapi tak sumo dapek. 

Isu sekarang ni bukan bulih ko tak GST dibuek. Isu sekarang ialah kadar 6% tu tinggi bona. Sobab bilo GST sumo kono cukai temasuk bayar parking dan sumo perkhidmatan kecuali yang digazetkan tak kono. Jadi memang lah GST akan buek pendapatan negaro jadi banyak. 

Satu lagi yang disobut Ku Li di parlimen sebolun ni ialah isu hutang negaro. Adokah kito kono GST sekarang sobab nak tampung hutang..maksud ey secaro kasar? Kau ngurus duit tak botul sampai hutang tinggi, lopeh tu nak selosaikan masalah tu kau buek GST. Ataupun kau pulun dulu duit sampai hutang tinggi sebelum 1 April ni dengan harapan duit yang ko pulun tu akan setel lopeh GST di buek. Lopeh tu nanti sonang hujung tahun kau isytihar yang hutang negaro berjaya diturunkan sobab dah dapek sakau duit kutipan GST..tak camtu? 

Jadi itulah yang den dongar beberapo pro dan kons yang dibontangkan di beberapa wacana di unibersiti den. Kito ni bahas kono donga jugak daripado pakar ekonomi. Tanyo kek Kastam memang dio sokong beriyo. Sobab dio badan pelaksana. Macam Kementerian Pendidikan maso buek dasar bahso Inggeris dalam math dan sains, memulo sokong beriyo..lopeh yo kerajaan nak mansuhkan, tetibo orang kementerian bulih pulak buek kenyataan yang dasar tu tak bagus. Samo gak la dongan ISA. Memulo KDN besungguh pertahan kato demi keselamatan la, demi keamanan la bla..bla..tapi bilo Najib mansuh, tetibo keluar ayat ISA bertentangan hak asasi. Kan ko hipokrit namo ey..

Tu tak masuk kadar inflasi yang akan berlaku selepas GST dilaksanakan. Barangan belambak di pasaran tapi rakyat tak boli sobab kuasa beli tak ado kerano pendapatan tak setara dengan percentage GST tu. Kastam kato ari tu tak lamo dalam beberapo bulan yo inflasi, tapi pakar ekonomi kato plak ia akan berlarutan lobih daripado setahun. Jadi mano satu kito nak pecayo? Agensi yang laksano kutipan ko atau pakar ekonomi terpelajar yang buek research. Den pun tak yo paham bona, tapi den donga daripado pelbagai pandangan pensyarah ekonomi ni. Kalau tak cayo terpulang lah. Janji April sok kito kono bayar GST. Naik ko tidak hargo barang ni kok ikut teori ey memang ado naik dan ado turun. 

Tapi isu baru pulak hal pemantauan penguatkuasaan dan pelaksana. Kok pegawai bulih dirasuah masyuk, mako tak begunolah GST tu dibuek, dan lopeh tu kerajaan pulak yang akan dipersalahkan. Kok sumo level nak makan komisen, mako tu dah jadi lagi hebat daripado GST. 

Tanyolah diri memasing dan tengok realiti sebenar. Jabatan paling banyak rasuah contoh ey Majlis Daerah. Adokah akan berubah isu rasuah jabatan tu dengan ado atau tidak GST? Kengkadang hargo barang naik sojak dulu bukan sobab cukai bona doh, tapi naik disobabkan rasuah. Rumah dan jalan tak berkualiti bukan sobab nilai tender tak cukup, tapi sobab sumo level nak masyuk poket memasing. Sobab nak untung bosar, mako kualiti pembuatan terpakso dikurangkan. Simen kurang, batu kurang etc. Tapi pasal apo bulih lulus? Sobab pegawai dah masyuk. 

Ini bukan salah sistem dan kerajaan, tapi salah individu. Individu kalau menganggap duit kopi tu halal, mako sampai bebilo pun bangso akan tengkarap. Rahsio negaro pun buleh luncuih kalau ado hargo yang bulih dibayar. 

Sekian tazkirah pagi Isnin yang paneh ini.

Thursday, March 19, 2015

SKANDAL BPP Kementerian Kewangan - Salah Siapa?

Email yang kami terima melibatkan Kementerian Kewangan dan sekumpulan Angkatan Tentera Malaysia seperti berikut:-

KRONOLOGI PROJEK MJ SRI LABOK @ PEMAJU MJLAND PROPERTIES SDN BHD - PERUMAHAN ANGGOTA TENTERA (ATM) DENGAN BAHAGIAN PINJAMAN PERUMAHAN, KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA TAHUN 2008-2014-KINI;

27 September 2006 - Tuan Tanah menandatangani Perjanjian Pawah dengan Pemaju@MJLand Properties Sdn Bhd - Surat wakil kuasa.

5 Januari 2007 - Kerja-kerja pembinaan dimulakan di tapak seluas 11 ekar yang dahulunya ladang getah.

7 Ogos 2008 - Pinjaman Perumahan Perbendaharaan (SPPP) diluluskan oleh BPP, MOF.

Oktober 2008 - Gaji mula dipotong Unit Gaji ATM (UGAT).

2009-2010 - Pembinaan masih perlahan, kedudukan fizikal di tapak sekitar 35-65 peratus (berbeza antara satu-satu unit rumah).

2 Januari 2011 - Memohon sijil kebenaran menduduki (SKD/CF).

31 Mac 2011 - Majlis Daerah Machang@PBT menjawab bahawa lesen pembangunan sebenarnya tidak dikeluar/diluluskan.

12 April 2011 - Laporan polis di buat di Balai Polis Pulai Chondong, Machang, Kelantan.

22 Disember 2011 - YB Timbalan Menteri di JPM menulis ke Menteri Kewangan II.

26 Januari 2012 - Melaporkan kepada Markas ATM, sesalinan kepada YB Menteri Pertahanan.

3 Februari 2012 - SPNB menjawab tidak lagi membaikpulih projek terbengkalai - di Jabatan Perumahan Negara, KPKT.

14 Februari 2012 - SPRM melaporkan, kes di rujuk ke MOF untuk tindakan lanjut.

27 Februari 2012 - Jabatan Perumahan Negara, KPKT melaporkan Pemaju MJLand tiada lesen.

14 Mac 2012 - SUB BPP, MOF memberi jawapan telah membuat laporan polis di IPD Putrajaya pada 1 Mac 2012 dan akan mengambil tindakan lanjut.

28 Ogos 2012 - JSJK Bukit Aman melaporkan kes di rujuk ke BPP, MOF.

8 Januari 2013 - Unit Kawalan BPP memaklumkan melalui email bahawa bayaran kepada pemaju adalah teratur mengikut SOP MOF.

1 Oktober 2013 - Laporan polis dibuat kerana pemalsuan tandatangan Koperal Mohd Shamsuddin b Mohd Nawi (T1120566) dari Kem Wardieburn, KL.

2 September 2014 - Anggota Komando Sg Udang mewakili 104 yang lain merayu terus kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Malaysia.

26 September 2014 - Tuan Tanah membuat laporan polis di IPD Tampin, NSDK.

29 September 2014 - Tetuan Zaidi dan Suhardi mewakili Tuan Tanah membuat tuntutan kepada Perbendaharaan Malaysia.

17 November 2014 - Setiausaha Agong CUEPACS memohon laporan daripada Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

19 Mac 2015 - MASALAH MASIH TAK SELESAI..

Tuesday, December 23, 2014

Yang perlu dipertimbangkan Muhyiddin

Banyak perkara yang wajar dipersoalkan mengenai sistem PBS.

Sistem yang melatih ibu bapa dan pelajar jadi pak turut (yes sir) kerana terpaksa akur dengan apa jua keputusan guru. Kalau tak, takut anak-anak jadi mangsa diskriminasi.

Apa istimewanya penilaian berdasarkan sekolah ni kalau setakat prestasi murid dinilai mengikut pandangan guru yang buat penilaian berdasarkan angka dan huraian yang diberi. Sedangkan ia tidak pun bawa sebarang kredit dan nilai tambah kepada pentafsiran akademik.

Apa maknanya mendapat band 6 dalam semua mata pelajaran kalau keputusan masih berdasarkan merit dalam peperiksaan? Sama jugalah dengan masa lalu bila kecemerlangan diukur dengan peperiksaan, sedangkan alasan yang diberi KPM ialah semua ini atas kehendak penjaga. Ini sesuatu yang mengarut!

Disebabkan PBS dan PT3 ini sesuatu yang baru, maka banyak masa guru dihabiskan untuk berseminar dan kursus yang menyebabkan banyak juga masa murid terbiar dan merugikan.

Pelajar yang terlibat dalam PBS dan PT3 ini juga adalah murid yang sama turut menjadi perintis dalam perlaksanaan PBSMI Kementerian Pendidikan. Jangan nanti disebabkan banyak rungutan, maka tahun depan KPM akan mansuhkan pula PBS dan PT3, hanya sekadar menjadikan anak-anak sebagai bahan ujikaji.

Apakah kriteria kecemerlangan pihak KPM sebenarnya? Kriteria ini perlu jelas supaya rakyat benar-benar faham. Jika mengambil kira prestasi Kerajaan BN di PRU14 kelak, pihak KPM perlu sedar bahawa setiap pelajar yang terkesan dengan sistem PBS dan PT3 ini pasti akan menyebabkan Kerajaan BN akan kehilangan 2 undi iaitu ibu dan bapa murid yang kecewa dengan sistem yang diperkenalkan KPM ini. Maka terpulanglah kepada pembangkang untuk mengambil kesempatan memainkan isu ini.

Setelah mengambil kira KBAT band berdasarkan subjek yang kononnya melibatkan keputusan holistik, maka apa kaitan sumbangan keputusan akademik secara spesifiknya? Apa pula kayu ukur KPM untuk buat keputusan bagi kemasukan pelajar yang berminat ke asrama penuh? Patutkah diadakan ujian pemilihan kemasukan ke SBP sepertimana yang telah dilaksanakan MRSM sekian lama yang tidak sekadar mengukur pencapaian pelajar berdasarkan keputusan akedemik? Permohonan sepatutnya merangkumi keputusan PBS seiring keputusan akademik minima..barulah boleh dikatakan betul dan adil.

Bukankah keputusan peringkat awal PBS sepatutnya membawa markah tertentu untuk menentukan markah dalam peperiksaan PT3? Kenapa kini keputusan itu boleh hilang begitu saja?

PT3

Sebelum ini apabila ramai pihak mempertikai mengapa diwujudkan PT3, alasan KPM kononnya kerana mengikut dan memuaskan kehendak ibu bapa. 

Memanglah  ada kewajaran untuk diadakan suatu tanda aras bagi menentukan tahap kemajuan anak-anak kita, tapi kaedahnya perlulah ada kewajarannya. Mengambil contoh penilaian PT3, mengapa soalan bagi semua subjek mengandungi tiga set soalan berlainan? Malah bagi subjek sains, terdapat enam set soalan berlainan. Walau apa pun alasan dan kriteria penyelesaian sebagai pelarasan dalam menentukan markah, ia pasti tidak akan sama dan inilah yang dipertikaikan.

Bagaimana pula dengan pemilihan set soalan yang dilakukan oleh pihak sekolah? Yang dimaksudkan di sini, guru guru pastinya terlibat dan sudah tentu mengetahui apakah bentuk atau corak soalan lebih awal. Walaupun boleh saja diberikan alasan ianya dilakukan secara rahsia, tapi siapa boleh menafikan yang soalan-soalan ini telah diketahui dulu oleh sesetengah pihak? Sedangkan peperiksaan PMR dan UPSR yang dikawal ketat pun dikesan wujud kebocoran, inikan pula PT3.

Pemeriksa yang terdiri dikalangan guru sekolah itu sendiri juga boleh dikatakan satu kelompangan kerana ia pasti tidak dapat lari daripada sikap pilih kasih guru terhadap murid kegemarannya; sementelah guru itu sendiri maklum siapa pelajar yang dinilai mereka. 

Berbeza dengan PMR, UPSR dan SPM yang mana para pemeriksa kertas jawapan tidak mengetahui kertas pelajar mana yang disemak, adalah lebih adil method-nya.

Walaupun markah diberi mengikut format atau apa jua istilah yang diberikan KPM, pegawai penafsir yang hanya berpandukan 10% soalan dan penandaan markah daripada keseluruhan, cukup untuk dijadikan penanda aras yang kononnya boleh dianggap sebagai kaedah penandaan pemarkahan yang betul. Adakah ianya boleh diterima pakai walau apa pun alasannya?

Bagaimana pula jika tahap peratusan cemerlang bagi pelajar yang mendapat semua A merudum teruk jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya? Bagaiman pula dengan pelajar yang gagal di SBP? Adakah mereka juga patut disingkirkan dari SBP? Dan bagaimana dengan nasib pelajar yang memohon SBP?

Dalam rangka membentuk para pelajar ke arah pencapaian aras tinggi dan holistik, adakah keputusan pihak KPM diambil kira secara spesifik? Kalau setakat ikut kaedah lama saja maka tiada apalah perubahannya. Baik jangan diadakan langsung PT3 dan kekalkan saja PMR. 

Di Malaysia ni dah terlalu kerap perubahan yang dilakukan KPM. Setiap kali menteri bertukar, mesti ada perubahan sebab para menteri terlalu ghairah nak tinggalkan legasi masing-masing hingga tergamak memperjudikan nasib dan masa depan anak-anak yang tak faham apa-apa, dengan bahasa bakunyalah, clusternyalah etc. Yang jadi mangsa ialah rakyat marhaen!

Kerajaan terutama KPM janganlah terlalu mendengar pandangan pengampu-pembodek pembuat dasar yang telah banyak merumitkan perkara yang sepatutnya mudah. Kalangan pembuat dasar ni, ramai yang boleh dipertikaikan keikhlasan mereka sebenarnya.

UMNO/BN telah diberi mandat setiap kali PRU untuk menolong rakyat terutama orang Melayu luar bandar yang setia mengundi parti itu. Jangan sampai rakyat hilang kepercayaan hingga buka ruang kepada pihak pembangkang untuk memanipulasi perkara seperti ini!

Nota: Artikel di atas adalah nukilan saudara 'Apak Warisan' yang diemailkan kepada kami.

Wednesday, November 12, 2014

Pondan? Tak payah terkejutlah..


1. Bila mahkamah rayuan putuskan enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan, 1 Malaysia terkejut!! Muhyiddin terkejut, Mohamad Hasan terkejut, Mufti Negeri Sembilan terkejut, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan terkejut, Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia terkejut, NGO Islam terkejut bla..bla..bla!! Cuma kami je yang tak berapa nak terkejut..hehe!!

2. Kami tak tipilanjat sebab ketua hakim kes tersebut Dato’ Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus adalah bekas pelajar MCKK. Bila sebut MCKK teringat Anwar. Bila sebut Anwar teringat Saiful. Bila sebut Saiful teringat liwat-liwatan. Tipikal..

3. Sebenarnya apa yang nak dihairankan dengan isu pondan ni? Bukankah masyarakat Malaysia yang selama ni dah terima budaya hidup pondan secara terbuka tanpa bantahan?

4. Masyarakat kita sejak dulu telah disogokkan sekian banyak drama dan filem tempatan yang mempromosikan pondan secara berleluasa. Drama seperti Sutun, Berek, Patung Kertas, Wali dan terbaru Suamiku Encik Sotong adalah sebahagian drama yang mempromosikan pondan. Bertambah pelik apabila cerita-cerita begini mendapat rating tinggi di televisyen. Tak kira lagi watak-watak sampingan pondan yang banyak terdapat dalam filem-filem Melayu.

5. Lagi pelik apabila pihak stesen tv seolah berlumba menayangkan cerita pondan, dengan 'restu' Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia pulak tu..

6. Masyarakat Malaysia juga seakan tidak kisah dengan pondan-pondan yang memenuhi industri fesyen, butik, salon, mak andam etc. malah kebanyakan wartawan hiburan di Malaysia pun ramai yang spesis pondan. Tak caya cuba jenguk UTUSAN dan BH..

7. Jadi buat apa nak terkejut dengan keputusan mahkamah rayuan yang membenarkan 3 lelaki tu meneruskan identiti pondan mereka? Bukan kita ke yang selama ni 'menggalakkan' supaya pondan ni semua berterusan celaru dengan jantina mereka sendiri. Walhal penyakit (kalaulah boleh disebut penyakit) Gender Identity Disorder (GID) itu sebenarnya hanya alasan untuk masyarakat merelakan kewujudan kaum Nabi Luth di negara ini!!

8. Berbuih mulut Datuk Harussani sekian lama mengkritik masyarakat yang berterusan memberi 'sokongan moral' kepada kumpulan pondan; berulang kali disebut oleh Datuk Noh Gadut mengenai golongan songsang yang membawa kepada dosa besar sejak dulu; TAPI mesej yang di sampaikan itu gagal menusuk kalbu masyarakat kita. Tetap juga masyarakat kita bagi layanan baik pada pondan..tetap juga masyarakat kita 'angkat' golongan songsang ni!!

9. Hakikatnya keputusan mahkamah rayuan dalam kes 3 pondan tu adalah refleksi penerimaan masyarakat kepada golongan songsang itu sejak sekian lama. Jadi buat apa kita nak purak-purak terkejut?!

10. Kalau sejak dulu bila masuk butik ka, kedai ka, salon ka, jumpa jurusolek etc. yang spesis pondan, terus kita blah..jangan layan..jauhkan diri, sisihkan mereka etc. pasti masalah sebegini tidak akan timbul. Atau kita jangan tengok langsung drama atau filem yang ada unsur-unsur mempromosikan gaya hidup pondan. Kalau sejak mula lagi kita dah boikot spesis pondan ni, pasti ianya bukan satu isu.

11. Atau jika nak berkeras sangat, gubal undang-undang baru yang membenarkan pihak berkuasa tangkap dan kurung golongan pondan atau tomboy untuk ditarbiyahkan di pusat-pusat pemulihan akhlak dan aqidah, sekurangnya hingga mereka tidak lagi keliru dengan jantina memasing.

12. Atau nak lebih mudah dalam kes ini, mungkin 3 panel hakim mahkamah rayuan tu boleh ikut saranan Imam Nawawi dalam kes khunsa, iaitu suruh 3 pondan tu kencing untuk lihat sendiri alat sulit mana yang mereka gunakan; sebagai rujukan kepada 3 hakim tu sebelum buat keputusan bersandarkan hak asasi kononnya..

13. Sekurangnya 2 daripada 3 panel hakim tu tak lah memalukan diri yang nampak sangat JAHIL tak faham ajaran agama sendiri..

Tuesday, November 4, 2014

Apa sebenarnya hala tuju Najib?

1. Baru-baru ni Che Det kata dengan berpendapatan tinggi saja tidak akan menjadikan Malaysia negara maju. Che Det menjadikan Brunei sebagai contoh. Che Det juga kurang yakin Malaysia akan mencapai taraf negara maju tahun 2020.

2. Kalau tanya Najib, Idris Jala, Wahid dan Husni..semuanya kata Malaysia akan mencapai status negara maju lebih awal pada 2018. Indikator mereka mudah saja..jika pendapatan perkapita rakyat mencecah RM140 ribu dan KDNK melebihi RM1.5 trillion, maka jadilah Malaysia negara maju berpendapatan tinggi. Errr..

3. Adakah Brunei, Qatar, Kuwait dan Bahrain yang diketahui rakyatnya berpendapatan tinggi boleh dikategorikan sebagai negara maju? Walhal negara-negara ini bergantung kepada hasil minyak dan gas!! Walaupun rakyat di negara-negara maju menikmati pendapatan yang tinggi, namun negara berpendapatan tinggi tidak semestinya adalah sebuah negara maju.

4. Apakah ciri-ciri sebuah negara maju? Iaitu mereka menghasilkan sesuatu dengan nilai yang tinggi. Apa pula contoh sesuatu dengan nilai tinggi? Seperti Mercedes yang boleh transform kereta mereka jadi bot di kawasan berair, seperti Honda yang mencipta robot ASIMO, seperti USA yang mengeluarkan kelengkapan pertahanan mereka sendiri, seperti Rusia yang memiliki roket ke angkasa, seperti UK yang memiliki pelbagai jenama terkenal, seperti Korea yang eksportnya ialah kapal penumpang dan kargo etc. Sekurang-kurangnya itulah yang kita bayangkan sebagai ciri-ciri sebuah negara maju, dan kesemua negara yang dijadikan contoh di atas adalah negara ekonomi berpendapatan tinggi.

4. Mengapa negara-negara tersebut maju? Disebabkan tumpuan diberikan kepada RnD dalam bidang sains dan teknologi. Malah negara-negara tersebut tidak lokek untuk memperuntukkan bajet yang besar setiap tahun dalam sektor terpilih.

5. Negara berpendapatan tinggi dapat menyokong infrastruktur mereka sendiri dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan. Mereka mempunyai kelas pertengahan yang kuat untuk menyediakan permintaan melalui penggunaan kepada ekonomi untuk berkembang. Sebagai kelas menengah yang memacu pertumbuhan, perniagaan perlu berkembang untuk memenuhi permintaan yang mewujudkan keperluan supaya lebih banyak peluang pekerjaan dengan gaji yang lebih tinggi. Ini adalah kitaran kemakmuran yang dinikmati oleh semua negara-negara maju berpendapatan tinggi.

6. Kebiasaannya negara maju memberi lebih kebebasan kepada pengeluar/syarikat tempatan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang diinginkan oleh pelanggan. Oleh itu negara maju akan menyuntik pelbagai insentif dengan penggunaan sumber yang sangat cekap.

7. Berbanding Malaysia, Najib memperuntukkan belanja pengurusan lebih besar berbanding belanjawan pembangunan setiap tahun. Malah bajet Najib hanya tertumpu kepada golongan berpendapatan rendah dan sektor korporat dengan pelaburan besar; disamping banyak meminggirkan kelas pertengahan. Ternyata polisi Najib sangat kontra dengan negara maju lain yang lebih fokus kepada golongan kelas pertengahan untuk memacu perkembangan ekonomi. 

8. Sifir mudah Najib untuk mencapai pendapatan tinggi ialah kerajaan perlu mengenakan pelbagai jenis cukai kepada rakyat dan mengurangkan subsidi bagi menampung kantung kerajaan yang semakin kontang. Jadi adakah Malaysia sedang ke arah menjadi sebuah negara maju, atau hanya setakat sebuah negara berpendapatan tinggi?

9. Berdasarkan penasihat RM7.2 bilion Najib dan PEMANDU, sejak tahun 2009 pendapatan per kapita rakyat telah meningkat sebanyak 42%. Rata-rata rakyat Malaysia telah menjadi lebih kaya dengan RM5,000 dalam tempoh empat tahun. Malah baru-baru ni Wahid pulak cakap yang pendapatan perkapita rakyat Malaysia dah naik lagi 18% menjadikannya RM5,900. Tup-tup masa PRK Pengkalan Kubor, rupanya ada lagi rakyat yang berpendapatan bawah RM300. Data dan statistik jenis apa yang jadi rujukan Wahid? Lagi mahu tipu?

10. Katakanlah kita terima jugalah data yang dibentangkan oleh penasihat RM7.2 bilion Najib dan PEMANDU, tapi adakah ia bermakna bahawa Malaysia adalah sebuah negara ekonomi berpendapatan tinggi? Jawapannya mungkin ya. Soalan seterusnya, adakah ia juga bermakna ekonomi Malaysia dah beralih daripada industri yang berintensifkan buruh kepada ekonomi yang berasaskan teknologi dan pekerja berkemahiran tinggi? Jawapannya tak juga. Adakah ia juga bermakna Malaysia sudah menjadi sebuah negara maju? Dah sah-sahlah TAAKKK!!

11. Cabaran untuk mencapai ekonomi berpendapatan tinggi ialah kemampuan ekonomi tersebut mewujudkan pekerjaan berkualiti dengan pembayaran gaji tinggi, terutamanya bagi mereka yang berkerja buat pertama kali atau berkelulusan menengah dan rendah; bukannya bergantung hanya kepada pekerjaan bergaji rendah yang kini dipenuhi pekerja asing di ladang-ladang, bidang pembinaan dan pembuatan berlandaskan pemasangan sahaja.

12. Pengekalan pertumbuhan ekonomi jangka panjang memerlukan penambahan nilai pengisian pengetahuan sektor pembuatan dan industri perkhidmatan. Kesemuanya ini memerlukan inovasi, teknologi dan keusahawanan baru. Dengan cara ini sahaja kita mampu meningkatkan kadar upah dan gaji melalui penambahan daya pengeluaran. Ini bukan hanya melibatkan peningkatan kemahiran pekerja semata, tetapi perlu memperuntukkan insentif serta institusi yang betul untuk menyokong pertumbuhan penambahan nilai.

13. Polisi Najib dan konsetannya hari ini dilihat terlalu bergantung kepada pembangunan hartanah dan projek infrastruktur untuk merangsang ekonomi. Tidak dinafikan projek-projek tersebut mampu memberi peluang pekerjaan, kontrak kepada pembekal/kontraktor serta menyumbang kepada pendapatan kerajaan melalui cukai; TAPI apa teknologi tinggi atau inovasi yang boleh diperolehi daripada projek-projek ini?

14. Selain Petronas dan AirAsia, berapa banyak syarikat atau jenama Malaysia yang benar-benar berkelas dunia? Adakah wujud produk Malaysia yang digilai 1/3 penduduk dunia seperti Apple dan Samsung? Atau kita sudah mampu mencipta komponen elektronik seperti Jepun dan Korea yang mendominasi 24% nilai eksport dunia? Sedangkan kita yang hanya setakat mampu sediakan tanah untuk kilang Jepun dan Korea beroperasi di negara kita..

15. Hakikatnya 10 orang terkaya di Malaysia adalah 12% lebih kaya daripada 10 orang paling kaya di Singapura. Ini menunjukkan tidaklah sesusah mana nak jadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi. Hanya 'cipta' dua atau tiga orang lagi billionaire dan satukan nilai harta mereka bersama dengan pendapatan seluruh warga pekerja Malaysia, dan seterusnya bahagikan sama rata; maka data bersih akan beri kita pendapatan perkapita tertinggi.

16. Status negara maju tidak akan mampu dicapai dengan hanya mengejar pendapatan perkapita yang tinggi semata. Konsultan RM7.2 billion terbukti GAGAL menyelesaikan masalah. PEMANDU juga terbukti TIDAK MAMPU mengatasi kemelut ekonomi domestik sekian lama. Najib, Idris Jala, Wahid, Husni, Hasan Malek, Ahmad Maslan, KJ, Nazri, Hisham dan Saifuddin etc. sudah pastinya bukan ikon yang boleh diharap untuk menukar status Malaysia kepada negara maju menjelang 2020.

17. Ke mana sebenarnya hala tuju negara ini yang nak dibawa oleh Najib..nak jadi negara maju atau negara berpendapatan tinggi? Jika isu asas rakyat yang berkait dengan Islam, Melayu dan keselamatan negara pun Najib GAGAL menanganinya secara bijak dan tegas, jadi apalah yang nak diharapkan kepada Najib untuk memacu ekonomi Malaysia agar kembali menjadi 'Harimau Ekonomi Asia' serta dicontohi negara Islam dan negara membangun lainnya sebagaimana yang pernah kita nikmati dulu.

18. Jika Najib bukan Perdana Menteri, he's nobody. Tiada siapa akan pedulikannya sama seperti Paklah. Najib bukan seperti Tunku atau Che Det yang walaupun sudah bersara, tetap punya pengaruh dan pengikut. 

19. Jadi apa istimewanya Najib sebagai Perdana Menteri? Apa pilihan yang kita ada?

Saturday, November 1, 2014

Giliran Ku Li 'sound' Najib

Sebelum ni bermacam yang TDM pertikai bagaimana Najib mengurus negara. Terbaru Aziz Syeikh Fadzir minta kerajaan kaji semula peranan PEMANDU. Kemudian Muhyiddin suruh kekal Akta Hasutan. Kini Ku Li pula bersuara..

Nampaknya otai-otai dah pukul gendang. Dijangkakan trend ini akan kekal hingga PAU hujung November nanti. Adakah perwakilan UMNO di PAU 2014 akan turut memalu gendang yang sama? Atau masih lagi mahu menggunakan kipas dan aircond untuk mendodoi Najib. Kita tengoklah nanti setakat mana Najib mampu bertahan..

Ku Li melalui blognya menulis surat terbuka kepada Speaker dan Ahli Dewan Rakyat. Perkara utama yang disentuh Ku Li ialah mengenai ekonomi dan Bajet 2015. Walaupun surat Ku Li tu panjang, kami cuma nak hilite perkara penting yang disentuh Ku Li dalam suratnya itu;

1. Saya percaya kesan buruk akibat cadangan Belanjawan ini akan dirasai oleh kelas menengah, para graduan dan pekerja baru serta kumpulan berpendapatan daif.

2. Perspektif ekonomi kini menunjukkan bahawa negara kita menuju ke arah yang salah. Hala pergerakan ekonomi masakini mungkin tidak dapat dipertahankan. Sekiranya ia tidak dibendung dan diatasi, kita mungkin terjerumus ke kancah krisis yang kita tidak perlu dan amat susah diatasi. Ia juga akan membebankan rakyat jelata serta mengancam keamanan, kemakmuran dan keselamatan negara kita.

3. Berkenaan dengan pengurusan fiskal negara oleh kerajaan, kemungkinan saat genting dicetuskan oleh kejatuhan ekonomi luaran seperti jatuhnya nilai Dolar AS atau kemungkiran pembayaran hutang oleh badan-badan peminjam yang dijamin kerajaan akan mengakibatkan ketahanan kewangan kita terjejas. Secara kasarnya, ketahanan untuk sesuatu tahun (samada ia boleh dibiayai oleh keluaran semasa serta dengan aliran masuk kewangan asing bersih) ialah jumlah hutang kerajaan (pada 2014 lebih kurang RM41 bilion) serta pinjaman perniagaan dan pinjaman isirumah tertunggak (sekarang berjumlah RM1,273 bilion) – yang berjumlah RM1,314 bilion – hendaklah tidak melebihi lima kali ganda jumlah hasil kerajaan (iaitu 5 X RM225 bilion = RM1,125 bilion). Jelas di sini garis panduan ini telah dilanggar!

4. Sebahagian besar defisit kerajaan dan jumlah hutang negara terlalu banyak yang menyusahkan pinjaman seterusnya (debt overhang) timbul melalui belanjawan pengendalian serta perbelanjaan cukai untuk menyokong penggunaan bagi mencapai pertumbuhan; umpamanya melalui pemberian BR1M dan juga untuk membiayai gaji sektor awam, subsidi dan pencen. Peruntukan berdasarkan penggunaan ini bersama dengan subsidi makanan dan tenaga tinggi kepada industri dan kepada umum demi menanggung permintaan terkumpul dengan sendirinya tidak dapat dipertahankan. Perbelanjaan sebegini rupa untuk menggalakkan ekonomi tidak menambah peningkatan kapasiti melalui pelaburan yang perlu untuk mengukuhkan pertumbuhan ekonomi masa depan. Tetapi dalam masa lima tahun lepas Kerajaan masih lagi menyuntik wang untuk memacu ekonomi pump priming bagi menampung pertumbuhan hasil yang lemah yang merangkumi eksport. Saya rasa adalah lebih baik peruntukan ditujukan untuk mengembang sektor pertanian untuk tujuan menampung keselamatan makanan (food security) dan membendung pengaliran keluar tukaran asing melalui import makanan. Ini lebih bermanfaat bagi mendokong sarahidup rakyat sewaktu kecemasan ekonomi.

5. Masalah yang dihadapi kewangan awam kita lebih melibatkan peruntukan perbelanjaan dan bukanlah mengenai hasil. Umpamanya, kenaikan kos perbelanjaan tetap sektor awam tidak seharusnya menjejaskan peruntukan pembangunan. Ini penting terutamanya kerana masih banyak lagi diperlukan untuk membangun kedudukan ekonomi Sabah dan Sarawak dari segi penyediaan prasarana sosial dan kemudahan asas berbanding dengan negeri-negeri di Semenanjung. Bahagian peruntukan kemudahan asas ini kian merosot degan bertambahnya belanjawan pengendalian. Peruntukan pembangunan yang melebihi 30 peratus satu dekad dulu sekarang merosot menjadi hanya lebih kurang 15 peratus daripada jumlah cadangan belanjawan 2015. Dengan pendedahan oleh Ketua Audit Negara mengenai pembaziran, perbelanjaan boros, kerugian tidak bertanggung jawab, ketidakcekapan mutlak serta amalan rasuah tegar kecilan dan besar-besaran, kita sebagai rakyat biasa dan pembayar cukai seharusnya dimaafkan sekiranya menunjukkan kemarahan tanpa had terhadap keadaan ini.

6. Kenaikan kos sarahidup merupakan isu ekonomi paling mendesak sekarang. Kenaikan harga berkaitan pengangkutan, kuasa elektrik, bahan makanan dan lain-lain akibat kesan tali temali (knock-on effect) menyebabkan kenaikan tekanan terhadap kos sarahidup yang dihadapi rakyat. Walau masalah ini dirasai oleh semua orang tetapi kesannya lebih terasa oleh kumpulan pendapatan kelas menengah dan rendah berbanding kelas sosial yang lain. Sebab utama berlakunya kenaikan harga adalah kerana bekalan tidak mencukupi. Di samping itu permintaan naik mendadak. Maka itu kita harus berusaha terus untuk meliberalkan ekonomi. Kita harus pantau kos tenaga elektrik dan pastikan rakyat biasa mampu menggunanya. Begitu juga dengan kos tol jalanraya. Ia perlu dikaji semula bagi maksud mempastikan kenaikan kos, sekiranya tidak dapat dielakkan, mestilah berpada. Jikalau kos tidak dapat dielak, umpamanya berkaitan harga tol, kerajaan hendaklah mencari jalan supaya rakyat tidak terbeban. Dari segi lain, kita perlu timbang kembali pengeluaran lebih banyak lesen, lebih sedikit kuota dan menjalani serta melaksana perniagaan dengan lebih mudah khususnya bagi perniagaan serta perdagangan kecil dan sederhana.

7. Kos perumahan semakin meningkat di pusat perbandaran utama dan harga rumah kian mahal disebabkan permintaan oleh pelabur luar dan tempatan. Ini bukan hanya untuk hartanah mahal tetapi juga daripada kumpulan kos rendah. Walaupun terdapat Rancangan Perumahan Prima 1Malaysia, rumah termampu kini luar daripada kemampuan graduan baru dan kelas menengah rendah yang menghadapi kemungkinan menganggur ataupun pekerjaan bergaji rendah dengan hutang sekeliling pinggang. Maka itu saya ingin melihat kerajaan, melalui Bank Negara, mengkaji semula rancangan pinjaman perumahan swasta oleh bank perdagangan bagi rumah berharga di bawah RM250,000 didasarkan kepada pembayaran perkhidmatan (service fee) sebanyak empat peratus dan tidak berdasarkan faedah atau bunga (compound interest) terkumpul. Kaedah ini selari dengan pembayaran yang dikenakan ke atas pinjaman perumahan kerajaan.

8. Besar kemungkinan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Goods and Services Tax – GST) pada tahun depan akan menambahkan lagi tekanan terhadap kos sarahidup walaupun kesannya sekali sahaja dan ia diserap oleh keseluruhan sistem ekonomi. Demi melegakan beban kewangan rakyat yang semakin meningkat, mungkin GST ini boleh ditangguhkan sehingga keadaan ekonomi meningkat ke tahap yang lebih kukuh dan kuat. Adalah diharapkan perkembangan ekonomi pada waktu itu akan tumbuh pesat dengan kadar jangka panjang. Dan sekiranya cukai ini perlu juga dilaksanakan, adalah diharap kadarnya dicongak semula.

9. Selain itu, saya amat bimbang akan hutang peribadi dan hutang kekeluargaan yang kini menjangkau paras mencemaskan pada tahap 87 peratus KDNK. Keadaan ini disebabkan pinjaman-pinjaman perumahan, kereta dan pelajaran selain daripada hutang kad kredit dan bayaran balik penggunaan peribadi (melalui Ar-Rahnu atau Ah-Long) yang melonjakkan nisbah pembayaran balik hutang hamper 30 – 40 peratus daripada pendapatan isirumah. Keadaan ini telah mempercepatkan kadar kemuflisan peribadi dan menyebabkan tekanan mental di kalangan keluarga.

10. Barang diingat bahawa kebanyakan pesara kerajaan dan sektor swasta sentiasa bergelut dengan serba kekurangan dalam usaha mereka menghadapi kos sarahidup yang semakin meninggi dengan wang pencen dan simpanan KWSP terhad.

11. Lebih buruk lagi, samada akibat dasar kerajaan atau tidak, taburan kekayaan negara, seperti dijangka, amat condong sekali. Kekayaan 10 peratus isirumah terkaya di Malaysia melampaui jumlah nilai 70 peratus isirumah terkebawah. Di samping itu, lebih kurang 12 peratus daripada isirumah Malaysia tidak mempunyai kekayaan langsung. Hakikatnya ialah kekayaan satu peratus teratas mengatasi jumlah nilai 40 peratus isirumah terkebawah dalam tahun 2012.

12. Walaupun terdapat kritikan di dalam Dewan serta kritikan oleh masyarakat umum dan media terutamanya media sosial, pemimpin Kerajaan langsung tidak hirau akan keretakan di dalam ekonomi kita dengan sikap endah tak endah di mana setiap tahun belanjawan meremeh remehkan masalah yang memerlukan penyelesaian.

13. Saya amat takut akan keadaan ekonomi kita ini. Kita sebenarnya memerlukan reformasi ekonomi bersungguh-sungguh dan penyesuaian institusi menyeluruh dalam usaha kita mengaturkan sistem ekonomi supaya rakyat selamat daripada ancaman dan tekanan ekonomi dalaman dan ancaman krisis ekonomi global.

Boleh baca secara terperinci di sini.

p/s: Nampaknya, semakin lama Najib memerintah..semakin teserlah kerendahan inteleknya. Elok turun jelah Najib..

Saturday, October 18, 2014

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA di LANCAUkan?!

Kesian….makin sehari Negara ini didominasi oleh pemikiran proksi LIBERALIS DAN PLURALIS daripada dalam institusi. Mungkin sedap bunyinya jika Institut Tabiran Awam Negara ditukar kepada Universiti Tadbiran Awam Negara, namun implikasi fizik dan metafiziknya bakal merubah kerangka dan haluan cara Negara Melayu.

Inggeris meninggalkan beberapa buah dokumen pengurusan negara kepada beberapa Institusi Pengurusan Strategik Kerajaan, namun bukan akhirnya ditukar mengikut kehendak membina sebuah legasi atas makna perseorangan.

Rasional demi rasional merubah wajah dan bentuk daripada sebuah institusi bertaraf “sekolah pengkaderan Pegawai Tadbir Diplomatik dan Tadbir Awam” Kerajaan Melayu kepada “Pusat Pengajian Tinggi” apabila dinamakan sebagai Universiti Tadbiran Awam Negara! Yang akhirnya terbias secara semulajadi kepada Universiti Tadbiran Awam Malaysia, yang hilang rahsia tersirat pengasasan sebuah institusi acuan Model Negara Melayu Islam yang dirancang sejak 1946, selepas terbatalnya Penubuhan Malayan Union pada 1 Julai 1946.

Apakah ini Transformasi Kerajaan Najib? Atau ini Transformasi Kerajaan Liberalis yang menjadi pengkhianat dari dalam?

Implikasi reformasi ke sebuah institusi yang menjerat di bawah AUKU 1996, AMAT TIDAK cocok dengan corak kefahaman Kerajaan Demokrasi BerParlimen Raja BerPerlembagaan. UNTAN atau mungkin UNTAM terpaksa membuka pintu kepada Lembaga Penguasa (Board of Governers) yang sifatnya akan “lari” daripada establishment INTAN.

Pastinya, pengajian ini menjurus untuk memberi akreditasi ketinggan ilmu, antaranya menawarkan Pengajian bertaraf Sijil dan Diploma Tinggi, Sarjana Muda Pengurusan Tadbir Awam (mungkin), Sarjana Pengurusan Tinggi Tadbir Awam (mungkin), dan Doktor Falsafah Sains Pengurusan Negara (mungkin) atau Doktor Falsafah Persuratan Tadbir Awam (mungkin). Juga kemungkinan dimahsyurkan UNTAN@UNTAM sebagai Universiti Kecemerlangan Tadbiran Awam Asia-Pasific sebagainya atau juga Pusat Rujukan Dunia dalam konteks Pengurusan Negara!

Persoalannya… struktur dan organisasi tubuh INTAN akan berubah kerangkanya, secara kolektif dan dominan. Namun tidak cukupkah dengan banyak bak cendawan, pusat-pusat kecemerlangan di UM, UKM, UUM, USM, UPM, UTM, UiTM, termasuk yang bukan di bawah AUKU antaranya IDPA (MOFA), ISIS, ASLI, IKIM, Yayasan Kepimpinan Perdana (perpustakaan khazanah dan arkib Perdana Menteri), ISTAC, banyak lagi jika disebutkan.

Nampak gayanya, pemikiran yang digagas oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) yang terlintas untuk mengUNIVERSITI akan INTAN disambut baik oleh graduan baru PTD? Apakah dikaji implikasi jangka panjang reformasi INTAN ini? Apakah diadakan Business Model Canvas dan Business Model Auditing ke atas pemikiran “luar biasa” dan “out of the box” ini? Apakah diadakan Scenario Planning perihal “beyond conventional”  bersama mantan-mantan KPPA dan KSN-KSN serta KSU-KSU juga, Perdana Menteri ke-4 dan ke-5, yang terpacak tegak berdiri dan masih sihat kewarasan mereka?

Lantunan idea ini, kelihatan nampak baik. Namun sedarlah bahawa INTAN bukan “open university”. INTAN ialah “Institusi Pengkaderan Pegawai Awam Kerajaan Persekutuan Malaysia”, seperti di UK, Peranchis, Jerman, Italy, Sepanyol, Portugal dan USA yang masih mengamalkan Dasar Eksklusif kepada proses pemantapan ILMU kepada pegawai awam mereka. Bukan semua fasiliti boleh diplural dan diliberal. Bukan semua institusi boleh di sama rata, ditukar Melayu dan diubah Islam dalam rangka fikirnya.

Penubuhan INTAN sejak dipaksa wujud oleh Tun Abdul Razak semasa beliau bertugas sebagai YAB Timbalan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu perlu dianalisa dengan tekun dan objektif. Insan pemikir seperti Prof. Di Raja Ungku Aziz bin Ungku Hamid, Prof. Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib bin Ali Alttas, Dr. Syed Hussin (perintis penubuhan UKM), Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Musa Hitam, Tun Abdul Hamid (bekas Ketua Hakim Negara), Tun Abdulllah bin Ahmad dan 30 orang lagi perlu dikonsultasi kerana pandangan untuk merubah INTAN KEPADA UNTAN/UNTAM bakal mengundang “new business entry” kepada “new players” yang kini menguasai sempadan tanahair selepas tragedi MH 370.

Teringat sekilas seperti yang pernah disyarah oleh Tun Hanif Omar, bekas IGP paling lama dan pegawai graduan UM yang pertama orang Malaysia menyertai PDRM, bahawa seawal INTAN tertubuh, salah satu penilaian wajib sebelum layak seorang bakal PTD diterima ke dalam Program Pengkaderan PTD ialah Ujian Kefahaman dan Tulisan Melayu-Jawi. Kini, sudah tiada! Sedih kerana inilah asas yang dibahas panjang oleh Almarhum Zainal Abidin Ahmad (Pendeta Za’aba) seorang tokoh pemikir yang disegani dan digeruni oleh lawan dan kawan, khasnya R.O.Winsted.

Apakah ini tempiasan Government Transformation Programme?

 Atau ini kesan daripada pengaruh Wahabi dalam institusi?

Atau ini kesan daripada proksi-proksi dan pendukung simpati Freemason dalam saraf institusi?

Atau ini kesan dan akibat dek dayungan pelupusan Akta 82, menempias kepada rancangan bubar Akta 15 sebagainya?

Atau ini implikasi kepada berjayanya “Anwarisme” dalam plot-plot Perdana Menteri 1 minit, karangan Anwar Ibrahim manusia yang dikutip oleh Tun Dr. Mahathir untuk dibentuk sebagai manusia, yang akhirnya “makan Tuan”.

Maka, mungkin benar ingatan Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman bin Arshad, bahawa kita sedang dibasahi dengan “air mata darah, bercampur keringat”……..


Thursday, October 16, 2014

Najib KAYAkan Pemaju

1. Bajet 2015..bajet 'pro rakyat' kononnya. Rakyat pun tak pasti sama ada nak gelak atau menangis bila gaji Ahli Parlimen dinaikkan dengan alasan gaji sikit sampai terpaksa ikat perut. Rasanya bajet akan datang elok diperuntukkan juga BR1M untuk wakil rakyat yang 'lebih miskin' daripada rakyat marhaen.

2. Bajet 2015 takde beza pun dengan bajet Najib sebelum ni. Perbelanjaan pembangunan masih kurang berbanding perbelanjaan mengurus, malah bajet Najib semakin meningkat setiap tahun!! Apekehey bajet JPM sampai RM19 bilion? PERMATA pun dapat bajet tambahan RM30 juta? Sewajarnya perbelanjaan pembangunan lebih besar daripada perbelanjaan mengurus untuk menggalakkan ekonomi mikro..ini dah terbalik!!

3. Wang negara sepatutnya dibelanjakan ikut keperluan semasa rakyat, tapi Najib gunakan bajet untuk kukuhkan kedudukan politik melalui BR1M yang kononnya sebagai bantuan terus kepada kumpulan sasar. Adakah BR1M benar-benar sampai kepada kumpulan sasar? Sebab kami pernah nampak yang datang amik BR1M memandu Alphard, Wish, Civic etc. Sebab tu TDM tak berapa berkenan dengan BR1M ni. Banyak hanky panky..sumbat ikan dalam perut berbanding bagi pancing. Bagi BR1M pun, natijahnya undi popular BN tetap merosot PRU-13. Masih lagi Najib tak nak belajar..

4. Kerajaan menggalakkan sikap meminta-minta rakyat melalui BR1M yang secara tak langsung telah mengikis perasaan malu dan kehormatan diri individu tersebut. Bagi manusia, kehormatan diri adalah salah satu keutamaan kerana ia membezakan kita sebagai makhluk yang bertamadun dan berakal berbanding makhluk ciptaan Allah yang lain. Ada hadis riwayat Al-Bukhari, Nabi SAW bersabda yang bermaksud, "Salah seorang daripada kalian yang mengambil tali lalu tali itu digunakan untuk mengikat kayu bakar di atas punggungnya lalu dia menjualnya, maka dia menutup wajahnya (menjaga kehormatannya dengan bekerja) lebih baik daripada dia meminta daripada manusia, yang ada kalanya memberi atau tidak memberi".

5. Kehidupan rakyat makin parah. Bajet 2015 tak dapat mengurangkan kenaikan kos sara hidup rakyat. Walaupun RON95 dan Diesel tak dikenakan GST, tapi subsidi minyak dijangka akan dikurangkan beransur-ansur dan ini dah tentunya akan wujud kesan domino kepada kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Ditambah pulak dengan GST yang akan mula pada bulan April 2015, rata-rata golongan pertengahan dan bawahan akan rasa impak yang sangat besar. BR1M takkan dapat tampung kenaikan kos sara hidup. Bertambah tenat apabila rakyat telahpun memiliki pinjaman tinggi yang perlu dilangsaikan setiap bulan.

6. Setiap tahun dalam bajet Najib akan diumumkan tambahan peruntukan untuk rumah PR1MA, tapi umum tahu, sebuah rumah PR1MA pun masih belum siap dibina sejak diumumkan 2011. Peruntukan ditambah setiap tahun..siapnya belum tau bila. Macam-macam rumah diumum akan dibina..bawah PPR la..bawah RMR la..Rumah Aspirasi Rakyat la..Skim Rumah Pertamaku la..Skim Perumahan Belia la..TAPI kaedah Najib mengatasi masalah kesukaran rakyat membeli rumah kerana harga yang mahal adalah dengan cara menambah unit rumah dan jumlah pinjaman perumahan kepada bakal pembeli?!

7. Andai kelayakan minimum untuk pinjaman perumahan dinaikkan hingga RM600 ribu sekalipun, rakyat biasa ni mampu ke beli rumah harga sebegitu? Ini bukan caranya kerajaan nak menggalakkan rakyat beli rumah, TAPI nak menggalakkan rakyat menambah hutang. Malah kerajaan bagi lesen besar pulak untuk pemaju perumahan kaut untung berganda melalui harga syiling rumah apabila kadar pinjaman perumahan dinaikkan TAPI pada masa sama merendahkan pulak kelayakan pinjaman. Pemaju dikayakan lagi dengan bantuan kerajaan..dan agaknya kebanyakan pemaju perumahan ni kaum mana?!

8. Rakyat kebanyakannya hanya mampu beli rumah sekitar RM150-RM300 ribu. Harga rumah teres saja sekarang ni dah melebihi RM200 ribu di kawasan bandar. Untuk beli rumah berharga RM200 ribu dengan pinjaman kerajaan, jumlah bayaran balik selama 25-30 tahun adalah hampir RM400 ribu dengan bayaran bulanan lebih kurang seribu lebih sebulan. Kalau gaji individu bawah RM3 ribu dengan isteri tidak bekerja, jangan mimpi la dapat miliki rumah sendiri tanpa ikat perut macam Ahli Parlimen. 

9. Apa yang dibisingkan rakyat ialah pendapatan kecil tetapi harga rumah terlalu tinggi. Cara Najib memudahkan pinjaman tidak menyelesaikan masalah rakyat yang tidak mampu menanggung kos sara hidup dan pada masa sama terpaksa bayar pinjaman perumahan yang tinggi. Paling bungko apabila Najib menaikkan pinjaman perumahan dari RM500 ribu ke RM600 ribu. Rakyat marhaen ni jarang nak beli rumah harga RM300 ribu ke atas kecuali dia memang berduit atau bingai tak ukur baju badan sendiri. Jika rumah berharga RM500 ribu, bermaksud bayaran balik pinjaman hampir RM700 ribu. Itu kalau pinjaman kerajaan..kalau pinjaman bank mesti akan lebih lagi. Persoalannya, mampu ke rakyat bawahan yang berpendapatan di bawah RM3,000 nak membayar pinjaman perumahan berharga lebih RM200 ribu, tidak termasuk tanggungan kos kehidupan lainnya? 

10. Memang kerajaan sesebuah negeri ada meletakkan syarat kepada pemaju swasta untuk mendirikan rumah kos rendah bagi rakyat sesebuah negeri. Rumah kos rendah ini ditetapkan harga antara RM35 ke RM45 ribu. Tapi tengoklah bagaimana keadaan rumah kos rendah tu? Sesuai ke dengan sebuah keluarga - suami isteri dengan anak seramai 4-5 orang? Sebab tu gejala sosial semakin sukar dibendung sebab anak-anak lebih senang berpeleseran di luar berbanding duduk di rumah yang tak selesa. 

11. Di Negeri Sembilan, Mohamad Hasan pulak kempen "Duduk di Negeri Sembilan, kerja di KL" yang menyebabkan harga rumah di negeri ni pun jadi tak masuk akal. Bagi orang KL, harga rumah teres RM200 ribu di anggap murah, tapi TIDAK bagi orang Negeri Sembilan yang berpendapatan rendah. Orang KL ramai datang beli rumah di Negeri Sembilan memang la bagus, tapi mereka secara tak langsung telah menyebabkan harga rumah di negeri ini naik mendadak hingga tak mampu nak digapai oleh orang Negeri Sembilan sendiri. Harga rumah tak setara pendapatan rakyat Negeri Sembilan - pendapatan rakyat tak setara kemajuan. Malah harga rumah di kawasan Mohamad Hasan dan KJ di Rembau pun dah cecah RM350 ribu ke atas. Agak eh ramai ko orang kampong kek Rembau tu yang mampu boli?

12. Masalah di Malaysia ni, kawal selia industri perumahan sangat longgar. Pemaju kebiasaannya akan tawar rumah pada staf sendiri, bankers, peguam etc. dengan harga kompetitif, dan kemudian jual di pasaran terbuka. Kat situ dah wujud manipulasi harga. Belum termasuk harga tanah, hubungan kerajaan negeri/persekutuan dengan pemaju (lobbyist) yang menyebabkan harga rumah jadi semakin tak terkawal. Sebab tu rumah PPR yang sepatutnya cuma berharga sekitar RM50 ribu boleh meningkat kepada RM120 ribu di kawasan bandar. 

13. Ketidaksamaan pendapatan (income inequality) semakin melebar. Rakyat terutama Bangsa Melayu semakin sengsara dengan kos kehidupan yang semakin meningkat tetapi pada masa sama pendapatan boleh guna mereka menyusut. Sebab tu rakyat marah bila Ahli Parlimen yang kebanyakannya hidup mewah, dimewahkan lagi dengan kenaikan gaji.

14. Adakah ini strategi kerajaan dan pemaju untuk menghalau  Bangsa Melayu dari kawasan bandar dengan cara menaikkan harga rumah disebabkan ketidakmampuan Melayu itu sendiri?

15. Sebab itulah walau setiap tahun pun Najib bentang bajet, kehidupan rakyat tetap di takuk sama. Rakyat tak minta banyak pun, cuma cukuplah untuk mereka hidup selesa, dapat bergembira sekali sekala tanpa serangan kerajaan pada poket mereka. 

16. Hakikatnya Najib muflis idea..dan kalau macam ni la pe'el Najib mengurus tadbir negara hingga PRU-14, tak mustahil BN akan jadi pembangkang buat kali pertamanya di Persekutuan Malaysia.

Blog Archive