Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.
Showing posts with label KPDNKK. Show all posts
Showing posts with label KPDNKK. Show all posts

Monday, October 20, 2014

Ceritera Bekal

Di sebuah bangunan di Putrajaya, ketika waktu makan tengahari, 3 orang sahabat (semuanya bukan nama sebenar) sedang mengomel tentang bekal makanan masing-masing.

Asan: Alaaa..cendol lagi!! Mentang-mentang la cendol sekarang ni dah turun harga 20sen. Kalau esok aku bawak lagi bekal cendol, aku akan bunuh diri dengan terjun dari atas bumbung bangunan ni.. 

Airy: Ayam percik..ayam percik..ayam percik!! Boleh jadi gila aku makan ayam percik ni. Kalau besok aku bawak bekal ayam percik, aku juga akan bunuh diri dengan melompat dari bumbung bangunan ni..

Ajib: Huh..tak habis2 bekal kangkung goreng belacan. Tiap hari pun aku bawak kangkung goreng belacan. Kalau esok aku bawak kangkung goreng belacan lagi, aku pun akan ikut terjun macam korang berdua.

Keesokannya, ketiga mereka terjun dari bumbung bangunan sebab Asan masih bawa bekal cendol, Airy dengan ayam percik-nya dan Ajib masih bawa bekal kangkung goreng belacan.

Seterusnya wartawan menemubual isteri ketiga-tiga mangsa.

Isteri Asan: Kalaulah saya tahu dia dah tak nak makan cendol lagi, dah tentu saya akan masak ayam..

Isteri Airy: Kalau la dia cakap dengan saya yang dia dah bosan makan ayam percik, dah tentu saya jugak akan masak menu lain ikut seleranya..

Kak Mah: Saya masih bingung lagi ni, kenapa suami saya bunuh diri padahal dia sendiri yang masak bekal kangkung goreng belacan tu setiap hari!!

Thursday, October 2, 2014

Najib bijaklaksana..

Hujung minggu ni Hari Raya Haji/Korban. Esok mesti ramai yang nak balik kampong..

Balik kampong mesti nak kena isi minyak..bukan boleh isi pakai 'kencing' menteri..

Harga barang persiapan Raya Korban kompom akan naik sedikit sebanyak..harga tiket bas balik kampong pun dah naik..lori yang hantar ternakan untuk dikorban ke rumah-rumah pun mesti akan naikkan caj..alasan harga diesel naik..teori domino..

Bila dah balik raya di kampong, mesti akan kumpul ramai-ramai...jumpa sedara-mara...jumpa member...jumpa orang kampong...berewang sesambil sembelih korban..

Bila dah kumpul ramai2 tu..tentu semua akan borak pasal harga minyak naik..akan kutuk2 kerajaan..kutuk Najib..pertikai belanja Rosmah shopping..kutuk Ahmad Maslan yang asik bagi alasan harga minyak kita lagi rendah dari negara lain..kutuk KPDNKK sebab harga barang tak pernah turun..kutuk UMNO..kutuk BN..

Natijahnya ibadah korban yang sepatutnya diberi ganjaran pahala akan bertukar menjadi dosa sebab rakyat dah naik minyak..

'Hebat' sungguh TIMING kerajaan naikkan harga minyak ni..kan?

Yang hairannya masa raya Melayu pula dinaikkan harga minyak..masa raya Cina tak pulak naik..

Mungkin kerajaan akan bankrap kot kalo naikkan harga minyak lepas Raya Haji..

Mungkin juga kerajaan nak tunjuk masa bentang Bajet 2015 nanti yang kononnya kerajaan masih ada duit..kononnya kerajaan prihatin dengan masalah rakyat..dan disebabkan itu kerajaan akan naikkan BR1M..bantuan sekolah..insentif cukai..bla..bla..bla..

September 2013, Najib pernah cakap yang kerajaan dapat jimat RM1.1 bilion dengan pengurangan 20sen subsidi minyak - TAPI kantung kerajaan pula susut lebih RM4 bilion disebabkan pemberian BR1M. Jadi kalo ikut sifir mudah..bukan ke lagi jimat kalo tak payah bagi BR1M? Jumlah rakyat Malaysia lebih 30 juta dan penerima BR1M hanya melibatkan 7 juta orang yakni mewakili kira-kira 23% penduduk ..so nampak tak 'kebijaksanaan' Najib di sini?!

Agaknya mana rakyat lebih suka - harga barang kekal rendah dengan kuasa beli tinggi..ATAU dapat BR1M?

Apa guna kerajaan kononnya dapat jimatkan berbilion ringgit dengan pengurangan subsidi kalau duit yang dijimatkan tu habis berbilion untuk bayar KONSETAN dan berbilion lebur dek 1MDB..

Kalo berterusan macam ni, apa bezanya sokong Najib berbanding sokong Anwar sebab dua2 pun sama saja nak menghancurkan negara ni..dua2 pun sama saja gilakan pujian Amerika..dua2 pun sama paloi..

Yang kaya kekal kaya..yang miskin bertambah miskin..

Ketika harga komoditi minyak dunia dalam trend menurun..kerajaan Malaysia pula buat keputusan naikkan harga runcit minyak domestik..bukankah pelik?!

Salam Eid-al-Adha buat semua..

Bodoh punya statement..

Saturday, May 24, 2014

MAFIA! PENYAMUN! CARTEL!

Masalah demi masalah, polemik demi polemik, krisis demi krisis, konflik demi konflik akhirnya tutup sahaja semua Kementerian yang wajar iaitu KPDNKK dan KPAT yang semakin hari diancam oleh kader-kader Komunis melalui cartel-penyamun-mafia Cina.

KPDNKK memiliki kekuatan pegawai dan kakitangan yang ramai...namun terbukti "tiada roh dan zuk" dalam memahami kenapa Negara ini memberi sifat Ugama Islam ialah Ugama bagi Persekutuan.

Hanya pegawai dan kakitangan yang punya sikap Taat dan Setia sahaja boleh berkhidmat penuh masa di KPDNKK.

Selagi ada Pegawai-pegawai dan Kakitangan-kakitangan proksi Komunis-Freemason-Syiah-Wahabby dalam KPDNKK, demikian sulitlah gerak kerja YB Menteri HM, anak jati Kuala Pilah ini. Selagi ramai warga KPDNKK yang tidak peduli untuk memahami, nilai-makna Adab dan Akhlak, maka, inilah petanda lintar jahanamnya "Harimau Melayu" untuk menjamin sejahtera semua produk dan perkhidmatan yang dipantau KPDNKK.

Isu diesel yang dibesar-besarkan telah BERMAHARAJALELA sejak 1990. Nilai kerugian negara sejak 1990 mencecah lebih RM30 billion. Ramai penyamun yang kaya raya meliputi ahli Politik UMNO-MCA-MIC-DAP-PAS-GERAKAN (sebagainya), CONsultant bertaraf tinggi juga menjadi kaya hasil kerja "dalam kain" ini.

Ini yang nampak atas jalan, belum lagi Pelabuhan Barter-Trade di Klang...yang banyak menyeludup jongkong emas, bijih timah, duit gelap dalam nota USD dan RM, diesel melambak lah, sebagainya.

Bukan sahaja KPDNKK yang cepat berasap, Kastam Eksais Di Raja (pun panas)...banyak lagi. Apakah rakyat susah? Rakyat tidak merasai susahnya kerana rakyat teramai tidak berbisnes dalam DUNIA ini!

Yang susah dan bankrap ialah Khanazah Nasional (Perbendaharaan Negara-hasil mahsul negara digelapkan). Yang susah ialah Parlimen Malaysia kerana tidak dapat membina Negara dengan kutipan yang cukup, sehingga Negara terpaksa buat pinjaman dengan Bank Dunia di awal 1980an. Yang parah menyusun strategi untuk merangsang ekonomi dan menaikkan KDNK dan KNK ialah Bank Negara Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Yang senang ialah rakyat. Rakyat yang paling membising ialah rakyat yang menolak Barisan Nasional. Rakyat yang kufur nikmat merdeka ialah Lanun-lanun Darat-Mafia-Cartel ini....

Kini peristiwa 13 Mei 1969, sedang berbarah daripada dalam sejak 1 September 1987. Gamaknya ramai orang tidak peduli, pesanan-pesanan Tun Dr. Mahathir yang makin dimamah senja. Sampai bila umat Melayu insaf, kerana gesaan Dr. Mahathir ialah lanjutan daripada ingatan Sheikh Ahmad Fahtani dan Almarhum Pendeta Zainal Abidin bin Ahmad.

Monday, February 10, 2014

Cayalah Hasan Malek

1. Hasan Malek sebenarnya orang yang baik. Disebabkan terlalu baiklah maka ramai yang suka ambil kesempatan.

2. Sejak menerajui KPDNKK, Hasan Malek ditalu, diasak dan ditekan berulang kali, hingga digelar 'Menteri Cap Ayam'...'Menteri Jangan Beli Ayam Tapi Beli Daging dan Ikan' (walhal Hasan Malek hanya minta rakyat supaya menggunakan sepenuhnya hak pengguna, yang mana rakyat Malaysia terutama Melayu memang terkenal dengan lemahnya kesedaran tentang hak); hingga ke tahap Hasan Malek turut diacah konon telah meletakkan jawatan menteri.

3. Walhal yang buat keputusan hingga harga barang mendadak naik ialah Najib bersama Konsetan-nya. Hasan Malek hanya dijadikan kambing hitam.

4. TAPI kini Hasan Malek mula tunjuk TARING!!

5. Hari ini Aras 13 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mula digeruni.

6. Jawatan KSU dan TKSU KPDNKK khabarnya sudah dikosongkan. Pengarah PPDNKK Negeri Sembilan pun sudah 'mintak nyawa'. Pengarah KPDNKK negeri lain sedang resah gelisah.

7. Itulah padahnya apabila main-main semasa bekerja hingga memalitkan lumpur pada Menteri yang bertanggungjawab.

8. Rakyat gelisah dengan kenaikan kos sara hidup, tetapi kakitangan KPDNKK boleh buat sambil lewa. Arahan diberikan tidak terlaksana, lebih banyak merungut daripada bekerja.

9. Apabila kakitangan awam gagal melaksanakan polisi dan dasar yang ditetapkan, secara tak langsung akan menyebabkan parti yang memerintah pun buruk nama.

10. Hasan Malek tidak boleh berhenti setakat tukar KSU, TKSU dan Pengarah Negeri. Hasan Malek kena bersungguh 'BASUH' penguatkuasa-penguatkuasa KPDNKK di setiap negeri kerana mereka inilah yang banyak mencacatkan nama kerajaan. 

11. Penguatkuasa-penguatkuasa inilah yang suka lawan bos, konon mereka lebih tahu daripada bos. Paling sadis apabila geng penguatkuasa KPDNKK ini ramai 'dibela' oleh tokey-tokey Cina hingga masalah kenaikan harga barang sukar dikekang. Mana taknya...bila mereka turun ke premis perniagaan, penguatkuasa ini dipanggil "BOS" oleh tokey makan babi ini. Tapi bila balik pejabat, terpaksa pula mengadap bos sebenar. Sebab tu kebanyakan penguatkuasa ni naik lemak, perasan bagus dan bermuka-muka dengan pihak atasan, depan lain, belakang lain; semata-mata nak pertahankan tokey makan babi yang bela mereka.

12. Game licik geng penguatkuasa KPDNKK ini dah lama berlaku. Menteri KPDNKK bertukar ganti, tetapi masalah sama tetap berulang. Harga barang tetap naik tak turun-turun. Jadi sebelum BN sendiri diturunkan rakyat di PRU-14, Hasan Malek perlu buat sesuatu untuk kembali menyenangkan hati rakyat.

13. Selain KDN, kementerian Hasan Malek adalah kementerian yang sering diteropong rakyat. Jadi tolong pastikan pengganti KSU, TKSU, Pengarah Negeri mahupun penguatkuasa adalah orang yang benar-benar berpihak kepada rakyat, bukan golongan peniaga. 

14. Jika Hasan Malek berjaya lakukan itu dalam penggalnya sebagai Menteri, dia pasti dikenang sepanjang hayat.

Wednesday, November 20, 2013

Rosmah pun dah kurang makan gula tau!!

1. Ada seorang Menteri Besar sebuah negeri menjawab persoalan rakyat mengenai keputusan kerajaan menarik subsidi gula dan tepung adalah disebabkan pelabur asing (peniaga) di negara ini mengaut keuntungan menggunakan kedua bahan subsidi tersebut dalam produk keluaran mereka untuk dieksport ke luar negara.

2. Mudahnya kerajaan buat keputusan?! Disebabkan peniaga buat untung daripada produk bersubsidi, maka rakyat yang perlu tanggung beban kenaikan harga. Dan kononnya kerajaan dapat jimatkan RM1.3 billion setahun daripada pengurangan subsidi. Itupun lebih 1% bersamaan RM1.5 juta daripada penjimatan tu dah dihabiskan untuk tanggung rombongan Rosmah ke Qatar. Mana taknya...kos minyak jet peribadi Rosmah saja dah dekat RM500k. Itu baru satu trip. Dalam setahun berapa kali rombongan Rosmah ke luar negara? Silap-silap boleh habis penjimatan subsidi. Ini semua nasihat konsetan ke?

3. Semua pun maklum sejak sekian lama kumpulan peniaga yang mengaut keuntungan daripada subsidi barangan keperluan. Walau bagaimanapun keputusan kerajaan untuk membebankan rakyat instead of kumpulan peniaga adalah sesuatu yang boleh diperdebatkan.

4. Tanpa mengambil kira musim perayaan dan kenduri kendara, berapa banyak sangatlah isi rumah guna gula, tepung dan minyak masak dalam sehari atau seminggu? Habis 2 kilo?

5. Biasa kita lihat di mana-mana pasaraya akan ada label, "Pembelian tidak boleh lebih 2 kilo" untuk gula/tepung dan "Pembelian tidak melebihi 2 botol" untuk minyak masak etc. Tapi jika pemilik restoran hantar 5 orang pekerjanya beli gula/tepung atau minyak ke pasaraya dan membayar di kaunter yang berlainan, dan diandaikan pula setiap pekerja beli 2 kilo atau 2 botol, dah tentu restoran tersebut akan dapat 10kg gula/tepung serta 10 botol minyak masak. Itupun 10kg atau 10 botol itu hanya dapat bertahan sehari saja penggunaan, terutama di restoran mamak, dan esoknya akan diulang lagi taktik pembelian yang sama.

6. Itu untuk peniaga makanan kecil-kecilan atau restoran, bagaimana pula dengan pembelian untuk kilang produk berasaskan makanan? Bagaimana pula mereka beli gula, tepung dan minyak yang disubsidi dalam jumlah yang besar untuk bahan asas produk keluaran mereka? Adakah pengilang akan beli secara terus daripada pemborong/pengeluar, atau pekerja mereka juga beratur untuk beli di pasaraya?

7. Sebenarnya kerajaan boleh saja nak kekalkan subsidi untuk golongan sasar iaitu rakyat dan pada masa sama mengekang kumpulan peniaga berasaskan makanan supaya tidak mengambil kesempatan ke atas produk bersubsidi. Cuma nak dengan tak nak saja!!

8. Setiap kilang atau pengeluar gula, tepung atau minyak masak seharusnya disyaratkan untuk meletak label di setiap packaging yang mereka keluarkan. Contohnya di setiap paket gula, perlu ada label "UNTUK KEGUNAAN INDUSTRI" atau "UNTUK KEGUNAAN ISI RUMAH". Dan setiap paket dengan label serta warna berlainan perlu juga dipaparkan tanda harga berbeza iaitu tanda harga produk bersubsidi serta yang tidak disubsidi. Tetapkan terus peraturan kepada kumpulan peniaga hanya dibenarkan membeli/memiliki produk dengan label "UNTUK KEGUNAAN INDUSTRI" sahaja. Dengan cara ini subsidi yang ditanggung kerajaan akan terus kepada golongan sasar tanpa diambil kesempatan oleh kumpulan peniaga.

9. Mungkin melalui kaedah label dan warna ini juga akan memudahkan pemantauan dilakukan oleh Pengawal Bekalan KPDNKK atau Kastam. Cuma perlu kerap buat pemeriksaan di setiap stor simpanan makanan restoran, hotel, kilang etc. yang mengeluarkan produk makanan, sama ada mereka memiliki/membeli produk berlabel subsidi atau tidak; sekaligus tindakan boleh diambil sekiranya didapati berlaku pelanggaran peraturan yang ditetapkan. Tapi janganlah pula ada penguatkuasa yang bekerja sambil lewa atau termakan rasuah kerana Malaysia ini sudah lama dilabel dengan penguatkuasaan yang lemah.

10. Dasar subsidi oleh mana-mana negara pun di dunia hakikatnya mampu menambah pendapatan nyata atau pendapatan boleh guna rakyatnya. Kerajaan perlu sentiasa menetapkan Harga Dasar (Floor Price) adalah minimum bagi setiap barang keperluan asas bagi melindungi kepentingan rakyat terutama golongan pertengahan yang ramai Melayu/Pribumi; tambahan pula golongan inilah yang terbukti sering menyokong kerajaan.

11. Cadangan perbezaan label dan warna untuk setiap produk keluaran asas seperti di atas mungkin dianggap tidak praktikal untuk dilaksanakan, serta memerlukan penguatkuasaan tegas dan berterusan. 

12. Namun jika dibandingkan dengan cadangan konsetan yang ambil jalan mudah untuk tampung lompang pendapatan kerajaan ialah dengan menarik semula subsidi, rasanya tak perlulah Najib membazir sampai RM7.2 billion hanya untuk kayakan mereka.

Tuesday, November 19, 2013

Tackle Kelas Pertengahan dulu, baru laksana GST

GST (Goods and Services Tax) merupakan suatu langkah kerajaan untuk mewujudkan belanjawan berimbang yang dijangka mampu mengurangkan defisit negara ke arah mencapai taraf negara maju. Ini adalah takrifan yang digunakan oleh orang yang belajar ekonomi. 

Tapi untuk orang-orang kampung macam aku ni, GST adalah satu kaedah yang digunakan untuk menambahkan pendapatan negara secara langsung di samping ianya diharapkan dapat mengurangkan hutang negara yang semakin bertambah.

Adakah rakyat Malaysia keseluruhannya bersedia untuk menghadapi perubahan yang pastinya akan berlaku apabila GST dijalankan? Mampukah dengan kadar pendapatan serendah RM900 sebulan cukup untuk rakyat di negara ini mempunyai kuasa beli yang tinggi? Kalau kita perhatikan subsidi-subsidi yang telah dan akan ditarik balik, adakah ekonomi negara berada dalam keadaan yang stabil?

Aku menyarankan agar pihak kerajaan dan mereka yang bertanggungjawab dalam hal ini bukan hanya mengambil jalan mudah menarik subsidi-subsidi tertentu. Ini adalah kerana mereka yang dipilih sebagai pemimpin adalah untuk memikir dan menambah baik keharmonian dan kesejahteraan orang yang dipimpin bukannya mengurangkan subsidi yang sepatutnya menjadi salah satu tanggungjawab kerajaan kepada rakyat keseluruhannya. 

Kalau setakat idea menarik balik subsidi yang sedia ada ini, jaga pejabat aku pun boleh fikir.

Salah satu kekuatan Tun Dr. Mahathir adalah beliau mampu menarik sokongan rakyat kelas pertengahan untuk menyokongnya. Tun Dr.Mahathir tidak pernah pun menarik balik subsidi yang rakyat nikmati dan beliau tidak pernah melantik menteri yang mempunya kerja yang bertindan dengan kementerian lain seperti Hishamuddin Hussein dan Jamaluddin Jarjis. Apa salahnya berhentikan saja menteri-menteri yang tidak berfaedah ini dan gunakan peruntukan wang gaji mereka untuk memberi semula subsidi yang telah dan bakal ditarik nanti. Janganlah majoriti rakyat dikorbankan semata-mata hanya untuk membela tekak segelintir minoriti yang tamak dan tidak tahu masa untuk berundur.  

Adakah semasa GST dilaksanakan nanti rakyat kelas pertengahan mempunyai kekuatan dan keupayaan membeli seperti sekarang? 

Pada masa ini nilai ringgit adalah lemah di mana keupayaan kita untuk mengimport dagangan luar adalah kurang dan secara tidak langsung akan mengurangkan hasil cukai import yang boleh kita kutip.Banyak syarikat-syarikat kecil samada milik bumiputera mahupun bukan bumiputera bergelut dengan keadaan ekonomi pada hari ini apabila harga barangan import menjadi semakin mahal. Tidak mustahil syarikat-syarikat ini bakal ditutup ataupun melakukan penggabungan seandainya keadaan ekonomi tidak pulih seperti sediakala. Apabila penggabungan dilakukan, suka atau tidak, ramai yang akan diberikan pilihan untuk berhenti atau diberhentikan. Keadaan yang bakal berlaku ini memungkinkan kadar pengangguran meningkat dan secara tidak langsung akan mengakibatkan ketidakstabilan ekonomi negara.

Kita perlu ingat apabila keadaan ekonomi tidak stabil, maka secara tidak langsung akan menimbulkan keresahan dan ketidaktenteraman di kalangan rakyat. Janganlah sampai ada pihak (pembangkang) yang menangguk di air keruh nanti. Janganlah nanti dah terhantuk baru terngadah.

Sewajarnyalah sebelum GST dilaksanakan, keupayaan produk domestik yang setanding produk import ditingkatkan kualitinya agar aliran tunai kekal dalam negara dan ekonomi berimbang dapat diwujudkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat. Bukan setakat memberi alasan menarik subsidi demi kesejahteraan rakyat macam Menteri ayam tukar ke daging tu cakap.

Janganlah hanya semata-mata mengharapkan untuk menempa nama sebagai salah satu negara maju di dunia maka keperitan rakyat marhain dipinggirkan. Tidak mustahil suatu masa nanti subsidi ubat-ubatan kerajaan juga akan ditarik balik.

Kita boleh cakap hari ini semua keperluan asas tidak akan dikenakan GST, tetapi bolehkah kita memberi jaminan harga barangan bagi semua keperluan asas tersebut tidak akan naik? Pihak manakah yang meraih keuntungan besar di atas kesukaran dan kesulitan rakyat nanti?

Lu pikirlah sendiri!!

Tuesday, October 29, 2013

Kehidupan seks terjejas...

Suatu hari Hasan nak beli gula di kedai rakyat 1Malaysia. Bertanyalah Hasan pada tokey kedai bernama Ah Jib...

Hasan: Ah Jib, ada gula tak? Kak Ros kau suh aku belikan sekampit.

Ah Jib: Ada sana tu hah! Ko amik sendirilah (sambil menunding ke arah tempat gula).

Hasan: Takde pun Ah Jib? Yang ada cuma garam dengan belacan je ni.

Ah Jib: Adalah..aku sendiri yang letak situ semalam (sambil mengambil bungkusan dari rak yang bertulis "Garam").

Hasan: Wey Ah Jib...aku nak gula, bukannya garam!

Ah Jib: Ni gula la ni...(sambil berbisik) aku sengaja tulis garam besar-besar supaya semut ingat dalam bungkusan ni garam. Ko taulah semut ni pantang jumpa gula. Dah amik gula ni cepat. Jangan cakap kuat-kuat, nanti kalau semut dengar kantoi pulak taktik aku ni.

Hasan: ?!?!?!?!?!?!?!

Ah Jib: Lagi satu, ko makan gula jangan banyak sangat San. Harga gula pun dah naik. Zaman sekarang ni makan gula banyak boleh jadi obes dan tak bagus untuk kehidupan seks.

Hasan terus pengsan...

Gambar sekadar hiasan.

Friday, October 25, 2013

GST: Harga barang & perkhidmatan boleh lebih murah?

Rakyat Malaysia boleh menikmati barangan dan perkhidmatan yang lebih murah bagi banyak keperluan asas sekiranya kerajaan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sedia ada.

Cukai itu, yang dijangka dilaksanakan pada 2015, akan menyaksikan cadangan kadar empat peratus bagi menggantikan kadar 10 peratus bagi cukai jualan dan lima peratus cukai perkhidmatan yang diguna pakai sekarang.

GST akan dikenakan ke atas penggunaan barangan dan perkhidmatan di semua tahap rantaian bekalan.

Sekiranya dilaksanakan, 40 keperluan makanan asas, termasuk beras, gula, susu tepung dan tepung akan disenaraikan sebagai barangan sifar cukai, manakala perkhidmatan asas seperti penjagaan kesihatan, mungkin diklasifikasikan sebagai dikecualikan cukai.

Kebanyakan barangan ketika ini dikenakan cukai di bawah SST dan peralihan kepada GST akan meringankan beban golongan miskin, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, dipetik sebagai berkata.

GST akan memastikan harga barangan tidak akan meningkat.

Selain itu, tidak semua produk akan dikenakan cukai penuh di bawah cadangan GST kerana produk tertentu akan dikenakan hanya separuh daripada kadar GST.

"GST suatu yang perlu, ia bukan satu pilihan," kata Mohd Irwan Serigar sambil menambah sekiranya rejim cukai baharu itu dilaksanakan, kerajaan yakin dapat mengurangkan defisit fiskal keluaran dalam negara kasar pada 2015 dan mencapai lebihan menjelang 2020. 

Sementara itu, Naib Presiden Kanan/Ketua Penyelidikan MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Zulkifli Hamzah berkata walaupun pelaksanaan GST mengakibatkan inflasi, ia hanya bagi tempoh jangka pendek kerana corak penggunaan dapat disesuaikan dari masa ke semasa. 

"Kami menjangka GST akan membawa kesan inflasi sementara ke atas harga, sama dengan bukti yang ditemui di banyak negara yang telah memperkenalkan cukai itu.

"Kesan inflasi GST akan bergantung kepada kadar yang akan diputuskan, pengecualian dan langkah-langkah selari bagi mengurangkan kenaikan harga," katanya kepada Bernama.

Jabatan Kastam Malaysia berpendapat kesan inflasi GST adalah minimum kerana barang makanan asas dan keperluan tidak akan dikenakan cukai manakala kemudahan awam akan dikecualikan.

Faktor lain ialah kos pengeluaran rendah kerana GST dibayar bagi input boleh dituntut oleh perniagaan, manakala penjimatan daripada kredit cukai input boleh disalurkan kepada pengguna dalam bentuk harga rendah.

GST, cukai penggunaan secara meluas, atau cukai tokokan nilai, kali pertama dibentangkan di Dewan Rakyat pada 16 Disember, 2009, untuk menggantikan SST sekarang, tetapi telah ditarik balik tahun lepas untuk pindaan.

Peralihan itu akan menjadi sebahagian daripada pembaharuan fiskal yang dilaksanakan kerajaan bagi mengurangkan defisit fiskal dan mencapai bajet seimbang neutral pada 2020, membantu negara mencapai ekonomi berpendapatan tinggi serta status negara maju.

Pakar ekonomi berpendapat sekarang adalah masa yang sesuai untuk melaksanakan GST sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan hasil kerajaan.

Apabila dilaksanakan pada kadar hasil-neutral empat peratus, cukai baharu itu dianggarkan meraih hasil RM18 bilion, yang hampir sama dengan hasil RM16 bilion hingga RM17 bilion daripada cukai jualan dan perkhidmatan sekarang pada kadar purata tujuh peratus.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan GST dalam Belanjawan 2014 pada 25 Oktober 2013 (Jumaat) ini.

GST akan mengambil masa 14 bulan untuk dilaksanakan selepas ia diumumkan. - Bernama.


Tuesday, October 8, 2013

1Malaysia purak-purak terkejut!!

1. Setiap tahun apabila Laporan Ketua Audit Negara dibentangkan...rakyat akan terkejut atau buat-buat terlopong...WOW!! Banyaknya TIRIS?!

2. Rakyat juga bertambah tipilanjat atau terus purak-purak pengsan kerana hampir setiap tahun selepas Laporan Audit Negara dibentangkan...pelaku yang menyebabkan ketirisan masih kekal dalam jawatan tanpa sebarang tindakan!!

3. Akhirnya barulah rakyat tersedar yang hakikatnya budaya hara-kiri bukan budaya masyarakat Malaysia.

4. Laporan Audit Negara 2013, daripada pengauditan 21 program/aktiviti/projek dibawah 15 Kementerian/Jabatan Persekutuan dan Pengurusan 4 syarikat Kerajaan, terdapat kelemahan seperti improver payment, kerja/bekalan tidak mengikut spesifikasi/tidak berkualiti/tidak sesuai, kelewatan tidak munasabah, pembaziran, kelemahan pengurusan hasil dan kelemahan pengurusan aset kerajaan.

5. Kelemahan tersebut adalah disebabkan oleh kecuaian dalam mematuhi peraturan/prosuder yang ditetapkan oleh kerajaan, kurang teliti semasa merancang program/aktiviti/projek dan menetapkan skop serta spesifikasi tender, tidak memantau dengan kerap dan teliti kerja kontraktor /vendor/perunding, kurang kemahiran dalam pengurusan projek, lewat membuat keputusan mengenai perolehan, sistem maklumat Kementerian/Jabatan/Agensi yang tidak lengkap dan tidak kemas kini, kurang memberi perhatian terhadap keberhasilan/impak sesuatu program/aktiviti/projek, kekurangan peruntukan untuk penyenggaraan aset dan kekurangan pegawai untuk mengutip hasil.

6. Tetiba terngiang-ngiang suara Najib sebut setiap tahun kononnya ekonomi Malaysia bertambah kukuh, KDNK meningkat, rizab bertambah, bursa saham melonjak bla..bla..bla. Agaknya sebab kewangan Malaysia kukuhlah maka ketirisan masih dibenarkan berlaku.

7. Mungkin disebabkan sering berlaku ketirisan dalam Laporan Audit Negara setiap tahun, maka Najib terpaksa mengurangkan subsidi minyak (walhal Malaysia adalah negara kelima terbesar mempunyai simpanan hasil minyak [oil reserves] di Asia Pasifik) , memperkenalkan GST, menaikkan cukai barangan, menaikkan tarif elektrik (walaupun Malaysia adalah pengeksport kedua terbesar gas asli di dunia selepas Qatar); dan sekaligus menyebabkan rakyat sengsara dengan kenaikan harga barang. Sebab kalau rakyat tak dibebankan dengan pelbagai jenis cukai, bagaimana kerajaan nak tampung ketirisan dan kehilangan berbillion ringgit setiap tahun. Dok gitu?!

8. Mungkin jika kerajaan tidak menghabiskan berbilion ringgit untuk membayar segala macam jenis KonSultans dan gaji berjuta para pegawai PEMANDU, serta tidak berlaku ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan setiap tahun; maka subsidi minyak tidak perlu dikurangkan, sekaligus harga barangan kekal rendah dan rakyat dapat hidup dengan aman bahagia.

9. Tapi harapan rakyat  mungkin hanya tinggal impian sajalah...

10. Kalau kerajaan nak rakyat berjimat, kerajaan sendiri pun kena ubah budaya perbelanjaan untuk mengimbangi ekonomi negara hari ini; kerana yang menjadi persoalan rakyat setiap tahun sampai poning palo mikir ialah kenapa pembaziran dan perbelanjaan tidak berhemah masih berlaku setiap tahun dalam kerajaan? Apa sebenarnya yang kerajaan buat?

11. Rakyat hari ini jauh lebih bijak daripada zaman Bro Anwar Bin Ibrahim jadi Menteri Kewangan. Malah rakyat hari ini lebih peka terhadap setiap sen yang mereka terpaksa belanjakan. Kalau kerajaan masih menganggap rakyat masih senang digulakan, maka sedarlah bahawa kerajaan sedang menuju fasa terakhir kehancuran.

12. Semua rakyat Malaysia kini adalah pembayar cukai. Beli bawang pun ada cukai, minum air masak pun ada cukai, apatah lagi pembayar cukai melalui sistem Potongan Cukai Bulanan (PCB), gaji belum sentuh, cukai pendapatan dah pun dipotong.

13. Mungkin semua orang sayangkan negara, tetapi bukan semua orang akan membenarkan penyelewengan berlaku depan mata.



Monday, July 22, 2013

RM7.70 Harga Ayam Cekik

YB Menteri KPDNKK, harga runcit yang disilingkan RM7.70 sebenarnya mencekik leher para peruncit. Salah juga langkah meletakkan harga siling ini!

Sepatutnya kawal harga produk mentah itu dari ladang! RM5.50-RM5.70, tentukan harga borong timbang raga yang dinikmati oleh peruncit di pasar (end point) ialah RM6.00-RM6.30. 

Maka bolehlah peruncit jual RM7.20-RM7.70 ikut kedudukan tempat perniagaan masing-masing. 

Bukannya Pak Menteri main "parking" harga siling ayam proses RM7.70! Kategori ayam bersih diproses perlu diklasifikasi dengan perincian!

Harga ayam di ladang yang amat wajar dikawal oleh Kerajaan Malaysia. Jika harga ladang sekitar RM4.90-RM5.50, maka harga jualan di atas meja peruncit boleh dilogik kepada RM7.00 sahaja.

Kita bukan mahu HUKUM peruncit. HUKUMAN harga mesti diselia dari ladang/reban ayam lagi. Kalau nak lebih dahsyat, setiap rantaian nilai perniagaan ayam ini TOLONG TENTUKAN tidak lebih daripada RM0.70-RM1.00 kerana:

1. Bekalan ayam hidup dari Kulai dengan lori 10 tan dengan muatan penuh 250 raga ayam hidup, bergerak dari jam 5 petang, sampai di Seremban jam 10 malam. Lori sepenuh 250 raga ayam, dengan muatan ayam hidup yang beratnya 2.1 kg boleh menampung 250 raga x 10 ekor setiap raga = 2500 ekor ayam. 

2. Kos makan dan logistik lori semuanya RM300 sehala. Kos di reban setiap ekor ini tidak kurang daripada RM6.50-RM8.00 sepanjang membesar. Jika KPDNKK sanggup letak pegawai JUSA A menyamar sebagai peraih ayam, dengan lori, bergerak dan menjual ke peruncit di pasar, cuba lihat bagaimana penipuan timbangan berlaku di reban khasnya ladang-ladang milik Cina. Setiap kilo akan dicuri, paling tidak RM0.50.

3. Kemudian untuk tentukan ayam terus hidup dalam lori yang sarat, maka dipancut air. Ini kaedah biasa, jika tidak kepastian bahawa 15% akan MAMPUS dalam perjalanan ke destinasi.

4. Inilah risiko tertentu, kemudiannya sampai di lokasi turun ayam, ada juga yang main "dacing" atau pun memandikan ayam ini, untuk lebih berat. Lagi dahsyat "selalunya" sebelum naik lori tadi pun, ayam telah diberi makan, untuk tambah berat.

5. Pada adatnya, semua kos keciciran berat-timbangan awal jauh berbeza sebagainya, akan dialami ruginya oleh peruncit. Biasanya berat raga kosong ialah 6.6-7.8 kilo. Berat ayam 10 ekor yang basah, dengan raga basah dan sebagainya, hingga waktu pagi sebelum ayam disembelih, peruncit akan tanggung kos cicir berat sebanyak 10-11 kilo. 

6. Bila mana peruncit ditekan dengan kawalan harga runcit siling RM7.70, apakah KPDNKK mempunyai akal bistari memikirkan:

6.1. Siapa nak bayar air dan elektrik serta gas, untuk kerja proses ayam?
6.2. Siapa bayar upah dan gaji pekerja peruncit ayam?
6.3. Siapa bayar kos cicir berat?
6.4. Kos-kos harian setiap peruncit ayam tidak kurang daripada RM50 jika hanya dengan 3 orang yang bekerja dalam satu-satu gerai ayam.
6.5. Memang tiada promosi pemasaran ayam bersih, namun siapakah yang bertanggungjawab untuk uruskan jika harga ayam RM7.70 sekilo, bekalan hari ini tidak habis sebanyak 100 ekor ayam hidup, disimpan hingga hari esok. berat ayam susut, maka, siapa tanggung? Ya, jawapan untuk orang pejabat "Apahal penjual tak estimate?"...Ingatlah bahawa peruncit ayam di pasar-di gerai dalam majoriti penempatan ialah 80% orang Melayu.

80% peruncit Melayu ini, menjadi "sandwich" drama "HARGA SILING" setiap tahun. Tidak pernah selesai sejak 1995. Pak Sedaro begitu berpengalaman dalam industri ini, dan kekadang "NAIK MELUAT" dengan YB-YB Menteri yang berikan kenyataan akhbar-kenyataan selamat tengkuk-kenyataan BANGANG, yang tidak berpaksi kepada kebenaran dan hakikat "Perusahaan Ayam Daging" di Malaysia.

Mungkin sejak 1957 lagi, orang Melayu dilihat mengikut punggung Cina dalam industri makanan. Kini, industri makanan halal khasnya sumber rugi produk Ayam sebagainya didominasi tekak pemakannya oleh Orang Melayu. Namun, masih tertongkat dengan Cina. Kartel-kartel Cina dalam industri ayam ini sudah bermaharajalela sejak 1940 lagi. 

Kini Persatuan Penternak Ayam Kebangsaan makin BONGKAK. Siapa dalam persatuan ini? Persatuan Pemborong-Peraih Ayam Kebangsaan siapa pula? Persatuan Peruncit dan Penjaja Ayam Melayu Negeri-negeri wujud atau tidak?

Persatuan Peruncit dan Penjaja Ayam Thiong Hua sudah wujud sejak 1970 lagi, sama ada berdaftar rasmi mahu pun bertopeng dengan rakan persatuan lain! Entah diketahui oleh KPDNKK entah tidak pasai ni!

Ladang RISDA yang luas, Ladang FELCRA yang luas wajar dicipta sepetak daripadanya "kawasan penternakan ayam Melayu". Bila kena jentik, maka sibuk nak buat kompleks makanan ayam!

Tanyalah kepada semua Ahli Dewan Rakyat seramai 222 siapa yang puasa ayam! Kecuali dia vegetarian, secebis daging dia pasti nak mentekedarah. Andai KPDNKK dan MoA masih mengambil langkah PEKAK BADAK-TERPULANGLAH, yang pasti BN akan kalah PRU-14 jika kemelut ini tidak selesai.

Pak Sedaro suka ingatkan bahawa ini bukan UGUTAN, tapi INILAH REALITI RAKYAT. Khasnya Bangsa Melayu yang mendukung UMNO.

UMNO Chicken Farm secara Wakaf mesti dibina setiap Negeri-negeri Melayu Beraja.

Tuesday, July 16, 2013

Bangang Bonar Pegawai MoA dan KPDNKK

Ini caranya selesaikan masalah harga ayam sejak 1993 ini. Hari ini, 15 Julai 2013 harga ayam daging bulat dengan (taik@isi perut dalam perut) dengan kaki dan kepala ialah RM8.00. Ayam daging bersih tanpa kepala,kaki, bersih dalamnya (hati dan hempedal) ialah RM9.00-RM10.00. 

Apa penyelesaiannya:

1. Jangka pendek, bolehle kempen berikan permit kepada 32 syarikat atau kepada 60 buah syarikat untuk import ayam. Persoalan seterusnya, tahap HALALAN TOYYIBAN ayam-ayam import. Tahap kesihatan ayam import ini, sebagainya?

Untuk jangka sederhana dan panjang:

1. Felda Poultry Farm mesti diwujudkan di semua wilayah yang besar dan utama. Secara langsung dengan program contract farming & vendor farming melalui FELDA, boleh ternak sebanyak 10 juta ekor ayam di satu wilayah. Dengan adanya 9 wilayah, maka, ayam pedaging keluaran FELDA sebanyak 90 juta ekor dapat dihasilkan.

2. TH Poultry Farm boleh diwujudkan. TH melalui TAHA punya aset hartanah yang berlambak. Minta daripada semua Negeri Beraja untuk wujudkan Kluster Usahawan Siswa Ayam secara raksasa. Bina 1000 orang Usahawan Ayam Siswa, yang setiapnya menjadi Induk Ternak (Tauke Chicken Farm) kepada 1 juta ekor ayam.

3. MARA boleh wujudkan MELAYU CHICKS FARM, dengan sasaran sebanyak 100 juta ekor.

4. Semua Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri menjadikan Program Central Chicken Farming secara vendor-groom big yang mensasar kepada pembentukan 1000 orang usahawan ayam pedaging, yang masing-masing menternak sebanyak 100,000 ekor.

5. KIMMA (Kongres India Muslim Malaysia) menjadikan ladang ternakan ayam sebagai projek ekonomi terbesar, yang akan menjadi pembekal paling konsisten kepada senario kartel baru. KIMMA pun khabarnya Ahli Bersekutu UMNO.

Semua program ini khas untuk orang Melayu semata-mata. Semua jaringan nilai bekalan ayam daripada penghasilan anak ayam-makanan ayam-sebagainya MESTI dalam kawalan MELAYU.

Harga ayam di pasaran akan jatuh ke RM5.00 sekilo pada 2015 (dengan syarat program ini dimulakan pada 31 Ogos 2013). Maka, ayam pedaging ternakan Melayu Islam ini mesti dikordinasi dengan baik oleh MoA, KPDNKK, HDC untuk pasaran Negara-negara Timur Tengah dan Arab. Pasaran makanan berasaskan Ayam amat besar di luar. Maka, pasukan penternak yang terbina ini MESTI menjadi sebahagian daripada statistik pengeksport bekalan ayam daging mentah ke Negara-negara Eropah, Islam dan sebagainya. Nilai pasaran 2013 ialah USD 40 billion setahun.

Kelapa sawit dan kenaf boleh diproses menjadi dedak terbaik kepada ayam. Banyak jenis dedak ayam boleh dicipta. Teknologi ternakan ayam ada 4 teknik. Kaedah reban tradisional. Kaedah 100% hawa dingin. Kaedah semi automasi. Kaedah 100% automasi dengan 3 tingkat.

Ladang ternakan ayam terbaik masih belum ada di Malaysia. Iaitu reban ayam moden-siap dengan audio seperti ternakan lembu Kobe-sistem pembungan najis-sistem makanan terbaik-sistem sembelihan bukan/separa mekanikal. Sistem sembelihan ayam mekanikal 100% masih diragui "taraf" HALAL ayam ini.

Ayam ini dimakan oleh semua rakyat Malaysia. Bohong kalau dikatakan ayam ini tiada kartel. Masa Tahun Baru Cina berapa harga ayam sekilo? Apasal boleh tak melambung-lambung sampai pecah siling harga kawalan Kerajaan Persekutuan Malaysia? Bila Ramadhan dan Raya 1 Syawal maka harga akan melompat paling tidak RM1.00-RM1.50, yang begitu sekali ganasnya. Bila musim cuti sekolah, sebab ramai orang buat kenduri kahwin, akan jejak harga siling tak turun-turun, sehingga selesai cuti sekolah.

Trend manipulasi harga ini bukan perkara BARU. Jawapan budak tadika, seperti "jangan makan ayam, banyak lagi yang boleh makan sebagai pengganti1", "boikot makan ayam", ini semua alasan-alasan BANGANG. Siapa yang mampu boikot, sebutkan mana tempat tak beli ayam sebagai bahan utama/bahan tambahan/bahan sampingan dalam masakan sebagainya.

Sebutkan masa mana dalam majlis Jamuan Berbuka Puasa rumah PM, TPM, MB, KM sesiapa sahaja "boikot makan AYAM"! Mesti ayam sebagai sebahagian daripada MENU UTAMA HIDANGAN. Sudahlah ini alasan bebudak lopong boleh la...bongkar lah lobai, kito belum selesai urusan SOLUSI MAKANAN AYAM DAGING HALAL untuk ummat.

Ramai orang ambil enteng perihal ini. Malulah sikit, dah memerintah 56 tahun, tapi bab makanan rugi-bahan utama masih "mengemis". Takko dibacokan olen Pendeta Za'aba bahawa Kita Miskin Ilmu, Miskin Hayat dan Roh. Atau tak pernah ambil peduli siapa Zainal Abidin Ahmad.

Strategi penternak Cina bila tahu Melayu boikot besar-besarkan. Maka, berikan racun dalam makanan ayam. Jadi ayam di reban mampus habis. Boleh juga, dibuatkan kubur gergasi kemudian ditolak semua ayam ke dalam, disimbah petrol dan dibakar, lepas mampus semua di kambus. Boleh juga, dikerah rumah hasilan anak ayam supaya hentikan pengeluaran selama 1 minggu. Dengan hentikan pengeluaran anak ayam selama 1 minggu, maka, penawaran ayam daging hidup di pasaran akan berkurang sebanyak 25%. Banyak kaedah untuk penternak Cina "urus harga ayam" untuk naik gila babi atau turunkan sehingga mereka tidak langsung rugi. Ayam ladang siapa yang keluar dari Malaysia ke Singapura? Ayam ladang siapa yang menjadi transit ayam-ayam hidup atau sejuk beku dari Thailand? Pedulikanlah kerana semua ini hanyalah cerita Pak Sedaro. Takdo kono mengono dengan den. Tapi inilah ilmu berhargo Pak Sedaro selama 30 tahun bergelumang dengan tahi ayam hingga tuo bangko. Bisnes ayam tak perlu ado PhD, tak perlu Dato', Dato' Seri, Tan Sri atau Tun. Tapi untuk menipu pegawai Melayu, aristokrat Melayu, Birokrat Melayu, political animal Melayu perlu ada PhD sebagainya. Sedih-simpati-empati. Mudah-mudahan Allah buka pintu rahman dan rahimnya kepada orang Melayu.

Kita kena ingat Ayam ialah Menu Utama. Daging Lembu, Daging Kerbau dan Daging Kambing ialah pilihan-pilihan yang ramai memilih dalam menu mereka atas pelbagai sebab.

Persoalan pundaknya apakah pegawai MOA dan KPDNKK yang bangang? atau Pengurusan Tertinggi dan Anggota Pentadbiran Kementerian-kementerian ini yang BANGANG?

Kenapalah hidup dalam tanahair sendiri, menjadi DAYUS dan BACUL kepada kehebatan Bangsa Malayuwiyah yang sohor dan terhormat. Berani Transformasi. Ayuh Transformasi Usahawan Ayam Melayu Terbesar menjelang 1 April 2014. Inilah Fisabilillah Umat Melayu.

Saturday, July 13, 2013

Ayam Hassan Malek

Kato Hassan Malek, harga ayam ni boleh rujuk KPDNKK.

Kato Ismail Sabri, harga ayam dimanipulasi.

Kato Pak Sedaro, harga ayam...Ibu Ayam memang lotak harga mahal untuk ayam dara dan baru sampai, sekitar RM 500 - RM 1000 , siap mandi wajib.

Harga Bapa Ayam biasanya geng gahai dan untuk paling mahal berkelas 6 bintang. Siap serba-serbi RM 5000 semalam.

Harga Barangan Makanan Ayam Hidup, Ayam Timbang Bersih tanpa kepala dan kaki, Ayam Timbang Bersih dengan kepala dan kaki, Ayam Timbang Bersih tanpa isi perut-kepala-kaki. Ini sepatutnya diselia bermula dari reban ayam, bukan di kaunter peruncit (lebih radikal di dermaga-dermaga simpanan dedak ayam di Pelabuhan Klang Utara dan Pelabuhan Pulau Pinang). Peruncit dan penjaja kecil ayam bersih sudah "terperangkap" dalam aliran cartel Cina-Cina penternak dan pembekal ayam daging.

Pak Sedaro telah menulis panjang lebar perihal "harga ayam" dan "polemik ayam daging". Fenomena melampau "lambungan harga ayam-ibarat harga rumah kediaman ini" sudah bermula selepas tahun 1997 lagi. Namun, semasa itu, 90% penunggu kerusi Ahli Parlimen tidak ambil peduli, sebab pada adatnya "mereka" makan free sebilang masa. Amat jarang kelihatan seorang Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Undangan Negeri berbelanja hujung minggu di pasar-pasar basah, menilai sendiri "masalah harga barang pengguna" paling meruncing iaitu Harga Ayam Daging a.k.a. Ayam Bodoh, Ayam Inject, Ayam Karan, Ayam Teknologi Reban.

Sudah masanya, jika anak Kuala Pilah ini menduduki kerusi paling panas sejak KPDNKK wujud, mengurus dengan hikmah perihal harga ayam. Beberap pembuktian imprikal perlu dilaksana:

1. Berapa banyak kandang ayam yang wujud di seluruh Negara, dijurus secara zon mengikut Negeri lebih baik?

2. Siapakah pengusaha kandang-kandang ayam ini?

3. Di mana lokasi kandang-kandang ini? Kandang nyata bukan kandang maya? Ada atau tidak rekod lawatan mengejut oleh flying squad KPDNKK ke semua kandang-kandang ayam beroperasi dan masih menjalankan bisnes membekal ayam daging ke pasaran tempatan?

4. Dari mana bekalan anak-anak ayam dan bekalan makanan ayam pedaging ini?

5. Berapa ramai pula pemborong-peraih Ayam Daging yang ada?

6. Wujudkah persatuan pembekal-pemborong-peraih-peruncit-penjaja Ayam Daging? Yang wujud hanya satu kelompok kaum iaitu Cina. 

7. Siapa yang kawal harga ayam pedaging ini? Cartel-cartel Cina...kalau ditanya kepada mereka semua "tai chi", dengan ayat...mana ada cartel ayam Cina, kita semua sama, 1 Malaysia ma..."ini kenyataan lapuk" sejak Pak Sedaro terlibat dalam bisnes ini lebih 30 tahun lalu.

30 tahun lalu, Pak Sedaro melihat "bagaimana" Cina menipu tegak-tegak para peruncit kecil Melayu di pasar-pasar utama. Bagaimana manipulasi harga dilaksana, dan strategi Komunis digunakan ke atas "haiwan ayam ini yang masih bernafas di dalam reban".

Pesanan peribadi Pak Sedaro kepada YB Hassan Malek, Menteri KPDNKK yang handal, lama dalam gerakan belia, bekas Presiden Majlis Belia Malaysia, veteran dan hardcore pejuang yang dikenali oleh kawan, sahabat dan lawan, ialah:

Majlis Khas YBM untuk Bekalan Makanan Tertentu mesti diwujudkan. Isu harga ayam ini jika tidak dibendung dan diurus dengan baik, maka, InsyaAllah di tahun 2020, harga sekilo ayam daging diproses bersih dengan keadaan berkepala, berkaki, dan isi perut masih didalam perutnya akan menjejak harga RM 11.50-RM12.00. Rasionalnya KPDNKK, MoF, KPIAT gagal mengawal sub-sub rantaian bekalan tertentu yang terlibat. Secara terbuka, perkara ini telah dikemukakan dalam satu pembentangan khas berkenaan harga ayam kepada seorang Pegawai Kanan KPDNKK bergred JUSA C. Namun, masih tidak terjawab hingga kini. Cartel-cartel Ayam Cina masih menguasai dunia penentuan dan penetapan harga di pasaran tempatan Malaysia dan Singapura.

TS Ali Hashim pernah memberikan pendapat supaya wujudkan Wakaf Jihad Bisnes Industri Makanan Khas, misalnya Reban-reban Ayam Syariah Compliance, melalui GLC-GLC. Tapi, CEO-CEO GLC ambil enteng. Pengerusi GLC-GLC pun sama lopong. Masakan tidak, sebab dapur dirumah cukup, tak dibeli, orang bagi.

Ini bukan sahaja berlaku kepada kumpulan A elitis, namun dinikmati oleh kebanyakan kelompok masyarakat borjuis dan elitis. Kelompok Upper Madani juga tidak ambil peduli, sebab banyak elaun keraian untuk "mentekedarah" di luar rumah masing-masing. 

Paling tinggi komplen ialah di kedai-kedai makan, restoran kenapa harga naik? Inilah penyakit atau kebejatan sosial paling "parah" yang sedang membarah dalam ekonomi dan sosial Malaysia secara terbuka dan begitu BIADAP.

BIADAP kerana kuasa Melayu menentu harga makanan tidak berlaku, kuasa Melayu menentu harga pengguna tidak berlaku. Kuasa Melayu untuk yang berkuasa sedang dikomprosi secara "tidak bil-hikmah" dengan cartel-cartel Cina.

Ramai warga kaum Cina yang susah mengeluh. Namun, tradisi kaum Cina ialah apa ada hal, kelajaan ada...kelajaan tara belani, tukar sama kelajaan la...apa takut!!!

Harga Ayam bukan masalah seperti Harga Petrol. Ayam ialah isu dalaman@tempatan, bukan isu harga ditentukan oleh Amerika.Banyak pilihan jenis makanan untuk ayam.

Namun, dek ramainya "penyagak", "pengampu", "pendamping" yang mengelilingi manusia-manusia berkuasa, kaki bodek, burung kakak tua dan burung belatuk...maka, keputusan pengurusan Negara seperti saranan Imam Abdul Hamid Al-Ghazalli dalam Ihya Ulummuddin Jilid 5 iaitu, Al-Hikmah, Al-Iffah, Al-Sajaah, Al-Adl tidak berlaku dengan INTEGRITI.

Wednesday, January 25, 2012

NAGA kawal Ikan

Salam kepada moderator,

Isu ini amat menarik sekali untuk dikupas dan bagaimanakah cara mengatasi masalah ini berdasarkan huraian di bawah. Berdasarkan daripada pengalaman bekerja dan bercampur dengan setiap lapisan bahagian samada di peringkat nelayan, LKIM, peraih ikan, peraih ikan di pasar atau taiko pasar dan penjual ikan dipasar, boleh saya simpulkan perkara ini kepada beberapa bahagian iaitu:-

a. Nelayan
b. LKIM
c. Peraih
d. Penjual ikan di pasar.

NELAYAN

Nelayan ini kebanyakkannya adalah Melayu tetapi bot-bot mereka ADALAH KECIL dan bukan pergi ke LAUT DALAM. Sementara Cina pula mempunyai BOT yang BESAR dan pergi ke LAUT DALAM dan mempunyai peralatan GPS yang serba canggih. Ini belum lagi dikira bot-bot Cina yang mencuri/merompak di laut perairan Indonesia yang tidak membenarkan pukat tunda. Sebab itu negara Indonesia masih kaya dengan ikan-ikan, dan anak-anak ikan boleh membesar. Maksud merompak ini belum dikira lagi pada perairan Malaysia seperti di perairan pantai dengan jarak tertentu batu nautika (yang) tidak dibenar menggunakan pukat tunda....kenyataan mereka ini RAKUS DAN TAMAK. Belum lagi cerita JUAL ikan di laut antarabangsa...senang cerita kerajaan rugi bagi pada mereka ini subsidi tapi mereka ini adalah penderhaka/pengkhianat NEGARA.

LKIM

Sebenarnya LKIM (bertujuan) MEMANTAU agar ikan-ikan yang dibawa naik ke darat mencukupi keperluan dan menyediakan jeti (serta) dikenakan cukai yang amat MINIMA. Senang cerita, kerajaan BANTU lagi. Daripada sini, pihak LKIM dapat memantau harga ikan. Saya pernah bertanya kepada pekerja LKIM kenapa kerajaan tidak boleh (kawal) harga ikan...rupa-rupanya kerajaan pernah melakukan perkara tersebut TETAPI DI BOIKOT oleh PERAIH/TAIKO di pasar borong. Cerita peraih saya akan cerita berikutnya.

PERAIH

Peraih terbahagi kepada 2 iaitu peraih di jeti dan peraih di pasar. KEDUA-DUA PERAIH ini DIMONOPOLI oleh kaum CINA. Mereka inilah yg menaikkan harga mengikut suka hati (mak bapak dorang) asalkan dapat UNTUNG BUSAT MAA...mahai...ci...Walaupun ada peraih Melayu tetapi dalam bentuk KOMODITI yang sangat KECIL. Di sini pihak LKIM pernah mengambil inisiatif untuk memasarkan terus di pasar tanpa melalui orang tengah; TETAPI apa yg TERJADI...sungguh SADIS kerana ikan-ikan yang dihantar oleh LKIM ke PASAR telah DIBOIKOT atau tidak dibeli oleh peraih serta penjual-penjual ikan dipasar. Akhirnya ikan tersebut di(lambakkan) sahaja di pasar borong. Betapa BUSUK(nya) hati peraih-peraih (yang ingin) KAUT KEUNTUNGAN KASAR.

PENJUAL IKAN DI PASAR

Penjual biasanya akan menjual ikan direct terus kepada (pembeli). Apabila ikan terlalu mahal, penjual ikan pun tidak berani membeli takut tidak laku. Biasanya penjuallah yg KENA MAKI (dengan PEMBELI dan) bukannya PERAIH-PERAIH ini.

Kesimpulan(nya) di sini, peraih adalah penyebab utama harga ikan melambung (termasuk) juga nelayan-nelayan yang khianat. Kerajaan perlu memberikan subsidi kepada orang yang BENAR-BENAR memerlukan SUBSIDI dan LAYAK. Sekian, fikir-fikirkanlah...

Sumber sini.

Sunday, January 22, 2012

Cartel Naga bunuh Pedagang Melayu

Beberapa bulan lalu, Pak Sedaro menulis panjang lebar bagaimana kartel ayam yang dikongkong oleh Cina memonopoli harga dan kawalan harga. Nampaknya orang Melayu terpaksa hadap dunia sebenar bahawa kuasa politik yang ada belum memadai untuk menjadi KARTEL KUASA MELAYU!

Tahun 2012 merupakan tahun NAGA mengikut kepercayaan kaum Cina. Kartel Naga menjadi begitu tangkas dan cergas kerana mampu memberi bakaran kepada apa jua perkara yang lebih lemah daripada naga.

Bermula semalam harga ikan sedah melambung tinggi. Alasan paling menarik saban tahun dilafaz oleh peniaga ialah bot-bot Cina tak ke laut, cuti Raya Cina. Di mana kuasa Persatuan Nelayan Kawasan? Persatuan Nelayan Kebangsaan? Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia? Jabatan Perikanan? Apabila Cina tak ke laut, yang mampus ialah Melayu sebagai tukang beli paling ramai di pasar-pasar.

Bukan sahaja harga ikan mencanak, harga buah-buahan turut terpalit dek kartel Cina.

DIMANAKAH Majlis Perundingan Melayu, Dewan Perniagaan Islam Malaysia, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Persatuan Peruncit-Peruncit Melayu Malaysia (kalau wujud), Persatuan Pemborong Melayu Malaysia (jika ada), Persatuan Pengilang Islam Malaysia (andai tertubuh), Persatuan Peniaga Ayam Melayu Malaysia? Persatuan Peniaga Ikan dan Makanan Laut Melayu Malaysia? Persatuan Pemborong Makanan Basah/Kering Melayu Malaysia?

Apakah kumpulan peniaga Melayu ini hanya menjadi penonton?...menyorok di kamar kecil atau terkangkang untuk di'rogol' semahunya dek kartel-kartel Cina di Malaysia bin Tanah Melayu ini?

Melayu pernah kuasai Perdagangan Asia Tenggara; adakah Pedagang Melayu Moden kini lebih lemah daripada Pedagang Melayu Empayar Kesultanan Melaka?

Tuesday, November 15, 2011

EKSKLUSIF: Isu Harga Produk KR1M & Carrefour


MEDIA RELEASE 14th November 2011

"NO MORE PERCEPTIONS, JUST THE WHOLE TRUTH"

The low-income earners especially in the urban areas are faced with a host of different challenges. Feeding, clothing, sheltering and schooling children can be very difficult on a small or non-existent budget. Changes in economic climate caused by the higher oil prices have pushed the commodity prices substantially. This factor will give great impacts on domestic food production that may lead to inflation.

In view of this factor, the Government has come up with an initiative to set up a convenience shop that carries basic necessities items and priced affordably for the low income earners. This is to ensure that the low-income earners can still buy necessity items especially food, with enough nutrition to feed themselves and their families so they will stay healthy. At the same time, this will also help to curb unnecessary price increase in the Malaysian market caused by irresponsible traders. This is how Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) came into picture.

How do we materialise KR1M?

First, a location is being identified which must be strategically located within the needful families. A shop is then being erected, followed by infrastructure works and set up works. 250 items are being identified for KR1M branding and placed in the shop within a short span of time. It is important to note here that due to this nature of business that is non-profitable, no hypermarkets are willing to offer their involvement. MYDIN is willing to come in as part of their Corporate Social Responsibility Program (CSR) to help lessen the burden of the poor by sacrificing their margin to provide low price items at good standard quality so that the basic needs of the poor people are being taken care of.

To date, there are 6 KR1M outlets operating in the Klang Valley and Tengkera, Melaka. Its existence has received tremendous response and the low income earners and daily salary earners have expressed their appreciations and gratitude as this has achieved its objective in lessening their burdens. Consumers can enjoy savings of between 30% - 50% when buying KR1M products compared to popular international brands. By the end of this year, the country is expected to have 25 KR1M shops to serve the Rakyat.

Dato’ (Dr.) Haji Ameer Ali bin Mydin, is the spokesperson today representing the IKS / PKS entrepreneurs, local manufacturers and local suppliers whom are supplying the 1Malaysia products for Kedai Rakyat 1Malaysia outlets. Non-Governmental Organizations (NGOs) and other Associations are also here to express their views and concerns constructively.

Recently, certain parties raised an issue of prices of KR1M products found to be more expensive than other hypermarkets.

What are their motives? Are the comparisons made compatible? Are their allegations true?

The Press Conference today is to clarify issues brought up by the certain parties on the 9th November 2011 and 11th November 2011.

Their allegations on 9th November 2011 that KR1M products are more expensive for 23 products bought in Carrefour have met with a dead end when KR1M managed to clarify that the comparisons were unjustifiable as it was not made “apple to apple”. (please see the attached powerpoint presentation)

As for their allegations on the 11th November 2011, it has stirred the local manufacturers and suppliers whom have approached Kedai Rakyat 1 Malaysia to call for this Press Conference and be the spokesperson on behalf of the local suppliers.

“IKS and local manufacturers / suppliers are very concerned with the misinformation given out by the certain parties and had approached us to hold a Press Conference to explain the truth. As a Malaysian company, we hold IKS and local entrepreneurs close to our heart, therefore we feel oblige to do so” says Dato’ (Dr) Hj Ameer Ali bin Mydin, the Managing Director of Mydin Mohamed Holdings Bhd.

For improvement purposes, KR1M has taken immediate action in conducting checks on its products although certificates are already provided by the manufacturers / suppliers or their perspective products.

On an ending note, KR1M has no hesitation in answering all enquiries raised by certain parties in a most diligent and transparent manner to ensure public would not be misled by unjustified source of information. Thank you.

*********

Kenyataan penuh sidang media versi Bahasa Melayu klik sini.

Credit to:

Rafidah Mohd Salleh
Nor Syariza Mohd Tahir

News & Media Department
For Kedai Rakyat 1Malaysia.

Friday, October 7, 2011

Korek Duit RAKYAT

Rakyat mahu Menteri Kewangan melaras Belanjawan Rakyat a.k.a Belanjawan Kebajikan Rakyat kepada perkara yang menjamin poket 80% rakyat yang berada di paras ekonomi sederhana ke bawah. Najib kena laras;

1. Harga barang dapur seperti bawang merah, bawang putih, bawang besar, asam jawa, gula, tepung, beras, susu pekat manis, bawang holland, segala manikam rempah ratus, kena diturunkan kepada 40% daripada harga pasaran semasa. Rakyat tidak peduli dengan harga tekstil, harga elektrik dan elektronik kerana bukan perlu hari-hari makan.

2. Harga bekalan makanan seperti ikan, ayam, daging, sayur, buah-buahan diturunkan harga kepada 40% daripada harga pasaran semasa.

Kerajaan terpaksa suntik RM10 billion kepada semua proses penurunan 40% harga dan fokus untuk tambahan pelaburan domestik mahu pun luar negara kepada 25%. Sasaran DDi dan FDi ialah RM50 billion (benar) sehingga Mac 2013. Maknanya KDNK berada pada kedudukan 7.6% tahun 2012.

Rakyat mahu pada 8 dan 9 Oktober apabila mereka ke pasar berbekalkan RM100, maka mereka boleh beli bekalan rangsum untuk 5 hari tanpa gusar dan ragu.

Rakyat mahu pada 8 dan 9 Oktober apabila mereka ke gedung serbaneka dan pasaraya besar dengan berbelanja RM250, mereka boleh beli stok untuk keperluan 6 orang dalam satu isirumah.

Produk keperluan bayi dan kanak-kanak (makanan & minuman) amat perlu diberi pertimbangan sebanyak 40% penurunan daripada harga pasaran semasa.

MOGA skrip Bajet 2012 akan berubah petang ini.

Thursday, July 28, 2011

NKRA: Perangi Kos Sara Hidup

Paneh Miang sejak 2008 telah memuntah pelbagai sudut pandang tentang isu-isu rakyat bersabit hal ehwal Kos Sara Hidup Rakyat dan Warganegaranya. Jika dibuat perbandingan kos kehidupan Malaysia dengan negara-negara lain, semakin meningkat sejak 1993 lagi.

Makhluk pengkhianat yang mula mencanai inflasi MAUT kepada Malaysia ialah Anwar Ibrahim, bekas mahasiswa Universiti Malaya Fakulti Pengajian AM, yang dipinjam sebentar sebagai Menteri Kewangan.

Catatan menunjukkan peningkatan harga ayam bersih (sebagai misalan paling signifikan) pada tahun 1993 ialah RM3.70 sekilo, meningkat ke RM7.80 sekilo pada 2011. Ikan kembung pada RM2.35 sekilo tahun 1993 kepada RM 11.70 sekilo. Beras 5% hancur super tempatan daripada RM0.80 sekilo kepada RM2.15 sekilo. Hari ini diberi subsidi Kerajaan BN, maka rakyat makan beras 5% hancur sebanyak RM1.60 sekilo.

Namun demikian, untuk 6 juta rakyat di Lembah Klang, kos sara hidup terasa menghimpit. Perjalanan ber tol misalnya, paling rendah RM 2.00 kepada yang terpaksa melalui route tersebut. Teh tarik kecil RM1.50 pakai susu Dairy Farm. Roti Canai RM1.00 dengan Kuah DalCa di Restoran Hameed 786. Nasi lemak sebesar penumbuk RM1.00 dengan sambal cair.

Seorang "despatch" atau "office-boy" kena ada dalam poket RM10.00 untuk makan nasi, bayar petrol motor, untuk hidup setiap hari. Sebab itu, sebelah malam layan "Mat Rempit" untuk dapat duit lebih. Ada yang bergadai "awek" untuk selesai masalah hutang keliling pinggang. Ada yang mengurat Janda Kaya dan Mak-Mak Datin gersang untuk dapat "upah lumayan-one night stand".

Perangi Kos Sara Hidup Rakyat ialah NKRA paling noble. Najib kena perangi dulu Kos Sara Hidup Rosmah Mansor, dan beri amaran kepada bini sendiri, termasuk semua isteri Menteri dan Timbalan Menteri. Ini kerana ramai kalangan para guru veteran di Negeri Sembilan, makin jelek dengan Rosmah Mansor. Siapa tidak kenal Cikgu Mansor dan isterinya di Seremban ini.

Najib harus insaf bahawa Negara Malaysia ialah tamadun Melayu Islam yang sedang diceroboh oleh Freemasonry, Komunis, Fasis dan Sosialis, termasuk Syiah, Qadariah, Jabariah, Muktazilah dan Khawarij.

Tak dapat ikut kepala bapak, mereka ikut teman sekatil dengan kepala batak.

Tuesday, July 20, 2010

Macam takde kesan je...

1. Kami baru pulang daripada menghadiri seminar korporat di Port Dickson kelmarin.

2. Melihat akan senario yang berlaku di Negeri Sembilan kini, dalam keadaan 'kebisingan' dan 'kekecohan' rakyat berkenaan kenaikan harga minyak, gula serta penarikan subsidi, timbul persoalan adakah kenaikan itu memberi kesan yang teramat kepada rakyat di Malaysia ini?

3. Sepanjang di Port Dickson, kami melihat begitu ramai manusia, daripada sekecil kenderaan seperti kapcai dan kancil, sehinggalah kepada 'fatboy' dan Ferrari, telah memenuhi jalanraya di sekitar Port Dickson dengan nombor plat dari pelbagai negeri.

4. Hotel dan Resort di Port Dickson sentiasa penuh dengan pengunjung, ditambah dengan keadaan jalanraya yang sesak pada hari Sabtu & Ahad.

5. Semalam kami meneroka kawasan luar bandar seperti Jelebu, Jempol, Bahau, Kuala Pilah, Gemas, Tampin, Rembau, Mambau etc. untuk meninjau keadaan kedai makan/warung, dan keadaannya tetap seperti dulu, sentiasa dipenuhi pelanggan.

6. Restoran, gerai & warung di sekitar Seremban juga meriah dengan pelanggan sepertimana malam-malam sebelumnya.

7. Pasaraya seperti JayaJusco, Giant, Carefour, Seremban Parade, Terminal One, Familiy Store, Centre Point, The Store, Billion etc. masih tidak lekang dikunjungi, tidak kira hujung minggu atau hari biasa.

8. Beberapa kilang baru kini giat dibangunkan di Senawang Industrial Park, dan kelihatan juga kilang-kilang terbiar diambil alih oleh pihak swasta untuk menjalankan operasi perniagaan mereka.

9. Jaringan pengangkutan juga semakin giat dibangunkan di Negeri Sembilan bagi menambah keselesaan pengguna.

10. Dan kita sedia maklum bahawa projek pembangunan akan membawa sekali rezeki kepada pengusaha-pengusaha kecil yang bertebaran di sekeliling lokasi projek yang sedang diusahakan.

11. Maka apakah relevannya penarikan subsidi ini kepada rakyat Malaysia yang sebenar-benarnya?

12. Kami mengajukan persoalan ini kerana pihak pembangkang sudah mula memainkan isu kenaikan harga barang dan semakin rancak menghasut rakyat agar membenci kerajaan menggunakan isu ini.

13. Tetapi sebaliknya, 'habit' & 'behavior' rakyat tetap tidak berubah, yakni sama saja sebelum harga barang naik, berbanding selepas harga barang naik.

14. Pasaraya, kedai, restoran, hotel, jalanraya, pengangkutan awam etc. tetap penuh dengan manusia.

15. Adakah pendapatan boleh guna rakyat Malaysia tidak terjejas dengan situasi kenaikan harga barang ini?

16. Atau rakyat Malaysia sudah mula menerima hakikat akan perubahan ekonomi dunia yang bukan sahaja memberi kesan kepada Malaysia, malah turut menjejaskan negara-negara di rantau ini umumnya?

17. Atau sudah ramai rakyat Malaysia yang pernah mengunjungi Thailand, Indonesia, Bangladesh, Filipina atau India, telah mula sedar betapa beruntungnya mereka hidup dalam sebuah negara yang bernama Malaysia?

18. Atau rakyat semakin rasional serta menerima penjelasan Najib seperti berikut:-

Pertama, kesemua subsidi ini tidak menepati sasaran – ia memberi faedah juga kepada pihak yang tidak layak, iaitu warga asing dan rakyat yang berpendapatan tinggi yakni mereka yang mampu untuk membayar petrol tanpa subsidi. Fokus kita sepatutnya ialah bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana bukan mereka yang memandu kereta import yang mewah. Subsidi gula yang berlebihan pula memberi faedah kepada industri-industri dan bukannya keluarga. Hampir dua kali ganda subsidi gula ini digunakan oleh sektor perniagaan berbanding isi rumah.

Kedua, barangan yang bersubsidi tinggi selalunya membawa kepada aktiviti penyeludupan kerana pemberian subsidi telah menjadikan barangan ini paling murah di rantau ini. Pada tahun 2009 sahaja, ramai penyeludup telah ditangkap ketika cuba membawa keluar lebih 200 tan metrik gula. Sebenarnya, jumlah yang tidak dapat ditangkap kerana penyeludupan ini adalah lebih besar. Diesel terus diseludup dan dijual secara haram di negara jiran. Pihak berkuasa telah meningkatkan pengawalan untuk menghalang penyeludupan, tetapi selagi adanya perbezaan harga yang besar, penyeludup akan terus dengan kegiatan haram ini.

Ketiga, kita perlu menukar cara kita menggunakan bahan bakar dan gula. Penggunaan bahan bakar yang berlebihan akan mengurangkan sumber negara dengan cepat dan tidak menyumbang kepada usaha kita melindungi alam sekitar. Dengan 40 peratus rakyat Malaysia yang berlebihan berat badan atau obes – dan peningkatan jumlah penghidap diabetes – kita perlu menangani apa yang dilihat sebagai satu isu kesihatan. Mengurangkan penggunaan gula di kalangan anak-anak khususnya, adalah langkah yang tepat. Selanjutnya di sini & di sinun.

19. Hakikatnya, majoriti rakyat Malaysia kini sedang melalui fasa-fasa sukar dalam kehidupan mereka dan sedang belajar untuk menerima hakikat hidup serta berusaha untuk membaiki taraf kehidupan.

20. Hanya sebahagian sahaja terutama dikalangan penyokong parti pembangkang yang enggan berubah dan sentiasa menyalahkan orang lain di atas kekurangan diri sendiri.

21. Cuma kerajaan perlu memastikan penguatkuasaan diperhebatkan kerana rakyat sudah lali dengan karenah jabatan penguatkuasa di Malaysia yang agak lemah serta bermusim dan sering pula ikut 'mood' pegawainya. Contohnya, kini harga gula di Jempol berbeza berbanding di Seremban, tetapi masih tiada tindakan dari pihak berwajib. Makan gaji buta gamaknya depa ni.

22. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan dia sendiri mengubahnya, dan bersyukurlah kerana kita dikurniakan Allah dengan pemimpin yang bersesuaian dengan zamannya, bagi memastikan negara ini terus aman & makmur seadanya.

Friday, March 5, 2010

RM1.80 vs RM 2.050

Subsidi Petrol untuk kenderaan berenjin yang memuntah karbon monoksida kekal pada harga pasaran semasa. Apa jadi jika dibenarkan naik semalam:

1. Sarawak akan menjadi Medan Belasahan Politik oleh political animal yang robost dengan menyediakan platform MAUT isu-isu kenaikan harga petrol di Malaysia.

2. Maknanya, untung nasib pilihanraya di Sarawak mempunyai petunjuk harga petrol sebagai senjata peperangan parti siasah.

3. Kisah penghakiman Anwar yang semakin di hujung tanduk akan diabaikan kerana kelekaan melayan perihal harga petrol.

4. Sidang Dewan Rakyat beberapa hari lagi akan gamat dengan kupasan-kupasan popular Ahli Dewan Rakyat yang rata-rata kurang melaksanakan kajian dan perspektif menguasai pengetahuan kes-kes khusus.

5. Kiranya Kerajaan Malaysia tidak boleh mengadakan Dana RMK-10 sebanyak yang sesuai, mungkin dengan penjualan Bon-Bon Persekutuan, atau Mudah Cair Simpanan Matawang Malaysia pada kadar nilai muka RM1000 dan RM500 "yang mungkin masih ada dalam poket tauke-tauke dan saudagar kaya-raya", atau kemasukan Dana-dana Amanah untuk tujuan pengembangan perniagaan yang mungkin mencecah 5 trillion Euro, atau tumpangan beberapa detik dana-dana khas sebanyak 10 trillion Euro di Bank Negara Malaysia, maknanya MISI High Income Economy dan New Economy Policy Malaysia akan kecundang.

6. Skema RM 1.80 untuk RON 95 dalam masa 20 tahun akan berada pada paras RM 3.80, manakala RON 97 akan berada pada paras RM 5.25; di waktu tersebut sebuah Keluarga Melayu dengan kekuatan isirumah seramai 5 orang, memiliki 1 kereta berkapasiti 1.6, memiliki rumah teres pada harga RM 250,000.00, terpaksa mempunyai 5 polisi insurans sebagai Medical Card misalnya Prudential dengan nilai hayat RM750k setiap satu, berbelanja sehari RM200, terpaksa memiliki nilai ganjaran upah/gaji sebulan sebanyak RM 7 ribu satu isirumah. Ini jika menetap di bandar seperti Alor Gajah, Tampin, Kuala Pilah, Kajang, Taiping, Kangar, Muar. Namun jika berHAJAT mastautin di KL, JB, Penang, Ipoh, Shah Alam, PJ, maka terpaksa ada RM12,500 sebulan.

7. Apakah semua ini indikator kepada kekayaan atau kemiskinan bandar? Hari ini seorang bapa yang bawa pulang RM1,500 untuk keluarga yang berbilangan 7 orang, sudah di dalam kelas MISKIN BANDAR. Jika satu isirumah hanya ada RM3,000 dengan anak seramai 6 orang, maka keluarga ini sudah berada di aras MISKIN. Kos menanggung anak sebulan jika dikira secara tepat ialah dalam kohort RM150-RM300. Apa akan jadi jika Emak dan Ayah, siang-malam pulun kerja, anak-anak orang lain jaga, yang akhirnya SAH telah dibaja Orang!

8. NIlai RM1.80 vs RM2.050 ialah nilai signifikan sebagai proses mencetus pelbagai kenaikan. Ini kerana semua industri di Malaysia dipusaka oleh cartel-cartel. Saudagar Pengimport Kertas memiliki AP ialah Sahabat Thiong Hua, nilai satu rim misal contoh bersaiz A1 ialah RM200, tapi dijual pada pasaran ialah RM500. Nilai import sudah tentu sekitar RM100-RM130. Jika LO kerajaan, maka harga kertas tadi naik sehingga RM1,200-1,400 satu rim. Ini juga sama keadaan dengan barang/produk lain.

9. Tanya MITI Bahagian Sumber yang keluaran AP yang ditandatangan oleh YB Menteri, berapa ramai pengusaha Melayu ada AP dalam semua bentuk barangan dalam apa jua sektoral ekonomi? Berapa ramai anak Thiong Hua yang ada AP dalam kerja yang sama? Siapa tuan punya gudang-gudang transit di Pelabuhan Kelang? Siapa punya kontena-kontena yang memenuhi dermaga dan pajakan sementara di Nilai Inland atau Pelabuhan Barat atau Pasir Gudang atau Tanjung Pelepas atau di Butterworth?

10. Inilah nilai yang sewajar dijarah oleh Rakyat Raja yang kritikal dan analitikal dalam soal MERCU TANDA PUTRAJAYA. Bukan sibuk mahu menjadi Perdana Menteri walaupun sedang dibicarakan. Manusia dalam perbicaraan TAK PERLU SIBUK MENJADI Ahli Parlimen. Manusia yang bersekongkol dengan manusia yang DIBICARAKAN juga tidak perlu menyibuk di Dewan Rakyat. Parti Kacau Rakyat, Parti Kencing Rakyat tidak LAYAK menjadi kiblat pilihan politik rakyat. Hari ini, DAP mula bersuara minta Raja Melayu khasnya di Perak supaya tidak izinkan Dewan di Perak bersidang, SIAPA DAP yang begitu BIADAP mengajar Sultan Perak? Apakah Sultan Perak tidak MURKA dengan kebiadapan tidak beradat dan beradab?

Semua ini ialah Ubat DUNIA...Kita tengok siapa yang KENA!

Tuesday, April 7, 2009

Menteri KPDNHeP blah...Harga Ayam Naik!

3 hari sebelum Ahli Parlimen JB iaitu Menteri KPDNHeP umum nak letak jawatan, lebih kurang masa sibuk Perhimpunan Agung UMNO, harga ayam di pasaran tempatan berdesut turun sekitar RM0.50. Belakang, dia pun buat makluman kepada rakyat bahawa dia dah berjaya kurangkan harga tinggi ayam pasaran domestik. Ini antara kejayaannya. Dan..nah, pada hari Jumaat lepas dah mula naik semula dan menokok lagi hari ini.

Menteri ini duduk DIAM, sebab dah hantar surat letak jawatan hari Rabu lepas. Apa punya cerdik modus operandi dia kan?

Kalu rakyat mengamuk dan tanya siapa punya agenda MAUT ini...siapa boleh jawab? Pak Sedaro dah lamo bonar belajar dan ambik hal dalam soal-soal harga barang makan. Sobab sojak kocik dah tododah dengan kemelut orang niaga, sobut ajo macam mano nak lotak dan main hargo, insyaallah Pak Sedaro tau. Nak kiro macam mano orang jual sayur, runcit, ikan, telur, kelapo, ayam, daging, rompah, buah nak lotak hargo dan untung, Pak Sedaro cukup mahir. Maklumlah 15 tahun bergelumang dalam alam ini.

Ni, kisah pasal ayam. Hargo paling tinggi ponah tercatat dalam skala hargo pasaran ayam tempatan ialah RM 7 sekilo. Paling kerap ialah RM 6.50 ke RM 6. Paling murah dalam sejarah jual ayam sekitar 20 tahun dulu ialah RM 3.70 – RM 4 sekilo. Ini jonis ayam yang selalu heboh oleh orang ramai.

Siapo bokal anak ayam? Makanan @ Dodak @ Pallet ayam? Bakul ayam? Infrastruktur bina roban ayam, baik yang moden mahu pun yang semerah padi "asal ayam hidup dan boleh jual sudah"? Pemborong ayam? Rumah sombolihan ayam yang godang? Plastik jual ayam? Jenama dan branding ayam? Penternak ayam? Alatan dan instrumen pemprosesan ayam? Dacing timbang ayam? Kawal dan Tentukan hargo ayam di ladang, hargo di kandang, hargo di pasaran borong, harga runcit? Semua bentuk rantaian nilai, fasiliti dan produk berasas AYAM, siapo yang kuasai?

Bilo dah jawab semuo ini, Monteri pun kantoi la. Pasar yang namo Melayu berapo korat ado dalam Malaysia? Pasar yang dominasi peniaga Cina berapo banyak di Malaysia?

Orang UMNO, ADUN@KADUN dan Ahli Parlimen apa yang dia reti untuk ambik tahu bagaimana orang Melayu meniaga? Ini bukan meniaga kontrak RM 100 juta hingga RM 20 bilion. Ini meniaga RM 0.50 hingga RM 100 sejam? Harga barang paling mahal ialah beras boleh jojak RM 52 sekilo. Ikan paling mahal ialah kerapu tikus RM 270 sekilo. Daging paling mahal kalau ado yang jual antaranya daging pelanduk dan landak RM 70 sekilo. Apo yang Montori faham nak kawal dan tentukan harga bahan makanan?

Bising macam mana pun, tukar PM sekali pun...boleh ko kita dapatkan harga makanan seperti ayam daging dengan harga RM 4.50 sekilo? Harga Daging Lembu dengan RM 15 sekilo? Harga gula RM 1.50 sekilo? Harga Ikan paling murah kembong/pelaling dengan harga RM 5 sekilo? Beras hancur 5% dengan RM 18 sekampit 10 kg? Sayur kampung RM 0.50 – RM 1.00 seikat? Kelapa RM 0.50 sebiji? Petai 3 papan harga RM 1.00? Semuo jawapan yang realiti tak boleh, sobab kos angkutan dan logistik mahal!

Jika kos angkutan dan logistik dikira sejak dulu, hanya naik 45%, kenapa perlu semua barang yang dipasar perlu naik mencanak sebanyak 55%. Dulu jual bukan tak ada untung? Siapo yang main tongah-tongah ini?

Pak Sedaro tak perlu jawab dan tak nak jawab. Sobab biar sapo pun yang akses pado Paneh Miang ini, cari jawapan dan padankan. Buat self discovery and exploration. Baru dapat perspektif yang betul dan tepat.

Mentori ini ado ko, turun buat penyamaran ke semua premis utama. Jangan sibuk di TESCO, GIANT, CARREFOUR, MYDIN, BILLION, Pasar Segar FAMA, sebagainya. Turun tengok keseluruhan tempat, baik di tepi laut, tongah bandar, dalam somak, atas gunung sebagainya. Baco lanskap sobonar? Siapo player maker? Siapo money maker?

Montori ini bukan ajo Montori KPDNHeP...tapi temasuk Montori MeCD, Montori MITI, Montori jago pengaduan Awam, Montori Bosar, Montori Kocik, PM ko , TPM ko, Montori Kewangan ko. Pogi buat TERJAH spontan ko lokasi-lokasi tertentu.

Tengok macam mano orang awam meniago, susah. Nak dapat RM 10 pun payah. Jangan duduk atas kursi ompok, panggil press buat press statement...Tuding jari, tunjuk handal!

Perwakilan UMNO yang bersidang tempohari, sobab dek kerano gayat nak JAWATAN. Haram sekor pun tak bersuara soal ini. Apo dio ingat barang yang dia mentekadarah di PWTC itu, siapo yang kayo? Siapo yang porah harga? Baik di Riverside dalam PWTC, Riverside High Capparal di luar, Ration masak Putrade..sebagainya? Hotel keliling KL? Apasal perwakilan BISU, POKAK, BUTO dan TULI?

Ini ponting sobab, BERUBAH jika tidak ROBAH. Syok kempen di 2 Bukit dan 1 Batang...makan la keliling kawasan. Siapo yang kayo? Siapo yang kito salurkan duit ini? Asal-usul bahan mentah siapo yang tentukan hargo?

Itu pasal orang Melayu kalu bonar, orang Cino nak sama rata. Tentu pastikan Orang Melayu 60% penentu pasaran harga barang dan produk. Baru saksama namo eeh.

Montori yang baco, atau ado khadam-khadam montori yang baco...Berikan JAWAPAN. Ahli Parlimen yang baco, sungkit isu ini di Parlimen. Bukan duduk labuhkan telur dan seterika baju ajo.

Blog Archive