Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.
Showing posts with label Awam/Public. Show all posts
Showing posts with label Awam/Public. Show all posts

Saturday, May 5, 2018

Rakyat Are Struggling..

1. Is GDP a truly accurate measure to gauge the economic growth of our country? 

2. People now are struggling to make ends meet. There is hardly any food on the table. 

3. Graduates are struggling to find jobs. Restaurants and shops are closing down. Companies are carrying out retrenchments. So many people are unemployed.

4. Allocation for poor student's fund been cut half from 200 to 100. Same goes with other allocations too for other ministries as well. 

5. And BN government are saying the economy in good shape. Just wonder why the cut if the economy is in good shape ? 

6. But one thing for sure, PM Najib are really a capable person cause even after witnessing too many scandals and hideouts, still a large number of people are waiting to vote him..sad truth..

7. We are not Rakyat kepala bapak bangang tak ada akal listening to opposition way Z to A. We are going trough A to Z, the economy crisis, we Rakyat are really suffering, we tried hard to struggle but afraid there will be a day where no chance to struggle.

8. I'm not tech savvy, not economically inclined people. BN government can come out with prospectus, figures, statistics etc. but I looked at economics as it is like any other layman at the market. 

9. What can I get with my RM10 today? Some decent size sardine RM11/kg, chicken RM8.60/kg (1whole chicken is RM13), cooking oil RM23/5kg, don't look at meat to avoid heartache. 

10. I guess we are 'rich' nation where everyone earns enough and can afford daily means.

11. The indicator for us normal people is how much and what our money can buy for our daily needs. 

12. Most of us are not even thinking of luxury items. All we want is a normal and peaceful life with our daily necessities satisfied. 

13. How to achieve this when salary is stagnant but price of provisions and food is increasing at a frequent basis. Hopefully this can be resolved soon after GE-14.

14. The Rakyat aren't listening to fake news but are experiencing it ourselves. The Rakyat is educated and well informed.

15. How not to believe when we are experiencing it first hand! RM has shrink to a level, it is useless in overseas. No purchasing power as it had in the 90s. Country's debt on the rise, companies not making money, retrenchment everywhere, banks closing branches and so on. So, who is telling the truth?

16. Sitting high up there listening to apple polishers is fake news. Come down to grassroots level and live like us then say if it's good or not.

17. If BN government have the confidence of the people, they shouldn't be worried about Rakyat listening to fake news. 

18. It is because BN government have been hiding or silent for too long that Rakyat no longer have confidence in BN government.

19. Now, in the absent of solid, believable news, BN government can't blame the good people for listening to 'fake news', which they say is better than unbelievable, dictated-news.

20. Only time can heal and time is what BN government don't have and they know it. 

Wednesday, March 4, 2015

Monoloq Ugamo..

Baru2 ni Tuan Mufti kito keluar fatwa wahabi sebagai haram. Memang betul apa yang beliau buat. Kita setuju dan sokong pasal hari ni Islam dah terlalu banyak pocah eh..ado mazhab, tarikat, kitab, imam, ada sunni, sufi, salafi, wahabi, syiah. Tarikat eh ado ahmadiah, syatariah, naqsyabandiah dll. Ulama takyah cakaplah beribu pun ado kalau disobut. Sampai tahap namo nabi pun boleh digondang rebanakan. Kadang kito tengok ASWJ dgn syiah samo lak pocah eh macam katolik ngan protestan. Suko bopocah tentang maslahat ugama.

Tapi bagi kito masyarakat yang nak belajar, nak tahu, nak paham nak amal Islam sobonar..bagilah maklumat sempurna camano yang dikatokan wahabi tu? Apo yang buek dio sosat dan haram? Ahli sunnah wal jamaah lak camano? Syiah lak apo yang di amal eh? Tarikat ahmadiah lak apo pembawakan eh? Naqsyabandi camano ajar eh? Jadi segala macam tarikat dan mazhab atas namo Islam dan guno nabi hendaklah diterangkan dengan jelas pada umat supaya orang ramai tak keliru dalam memilih jalan ugamo. Kang main ikut yo kang tah ke mano pulak poie eh. Sumo pakai namo nabi, segala guru eh sumo sanad ke nabi. Orang ramai kono lah siasat dulu adakah benar amalan ugama dan percakapan yang dio ceramah betul dari nabi? Islam eh satu, Kitabullah eh satu, Rasul 25, nak ikut mazhab ngan kitab jo kang..dah beratus..berpuluh.

Kalau kito pandang perkara ni dari zaman 1953, dah ado dialog Hashim Ghani yg dituduh wahabi Pilah dengan pemimpin tarikat Ahmadiah Tuan Mufti Syeikh Haji Said. Jadi eloklah kalau tuan mufti kito jelaskan dengan teliti dan sempurna segala macam mazhab, tarikat, imam2, ulamak2 yang boleh ikut yang tak boleh ikut. Jadi mudah masyarakat nak pilih mana bonar mano salah. Mudah2an mendapat petunjuk.

Pasal org tuo2 maghin posan adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah. Jadi kalau terjemah bahasa sekarang syarak sendi Quran. Bukan syarak bersendi kitab2.

Jadi kalau kat batang tubuh ni rosak sondi eh..lumpuh pergerakan eh..tak sempurno gorak, mako cacat la sifat eh. Takleh pakai.

Antara sebab kita ajukan persoalan ni kerana fatwa haram wahabi ni sedikit sebanyak akan berkait dengan adat orang Nismilan. Adat perpatih. Adat atok2 niners dulu diorang pogang adat seperti satu pegangan, jadi sumber sahih dan benar eh kitabullah, Quran. Kalau kito ulang siar balik tuduhan wahabi yang dilontarkan dulu tahun 1958, arwah atok Hisham Ghani jawab seperti berikut pada Tuan Haji Said;-

"Tuan Yang Di Pertua! Bahawa masalah yang berlaku di Kuala Pilah itu adalah timbulnya dari suatu keyakinan atas ideologi yang berpandukan Qur’an dan Sunnah Rasul SAW yang telah berjalan dikalangan kami sejak lebih kurang 10 tahun yang lalu. Keyakinan ini bukanlah diamalkan oleh orang perseorangan, tetapi oleh suatu golongan yang bukan sahaja terdiri dari kami di Kuala Pilah, bahkan keyakinan ini sedang dianut oleh segolongan besar ummat Islam yang berada di Malaya ini. Tegasnya kami adalah suatu golongan yang berpegang kepada Al-Qur’an dan Sunnah Rasul yang sahih sahaja."

Jadi dari penerangan beliau menunjukkan beliau seorang yang kuat berpogang adat. Adat perpatih. Kalau nak tau panjang lebar sejarah adat perpatih boleh la rujuk ke pusat budayo, perpustakaan negeri atau Dato Dr Rais Yatim yang tongah sibuk menerangkan bab adat ni.

Persoalan eh, adokah anak cucu pewaris dari tanah beradat ni nak mengamal adat perpatih nek moyang eh yang berpegang Al Quran dan sunnah Rasul yang sahih..nak mengamal dan mempraktikkan adat ni di tanah warisan ni dikira dan di fatwa sebagai haram dan sesat?

Kalau ya, adokah tanah2 adat di seluruh n9 ni nak diwartakan sebagai haram pasal kebanyakan adat mereka mengikut Quran?

Sobab kito anak cucu niners nijam tak buleh nak daftarkan adat tok nenek ni kek pejabat agamo bawah jalan tarekat atau tasawwuf. Pasal adat ni dah beratus tahun orang pakai. Jadi kalau hari ni diamal..tak pasal2 dilabel dan cop dek orang sebagai Wahabi. Sio2 pulak apo yang orang dulu wariskan ke kito. Nak cakap tak Islamic..tapi dari dulu dah pakai Quran. Kalau fatwa Wahabi macam kek Mekah tu haram..kito terimo. Tapi kalau orang amal adat lamo guno Quran dicop wahabi itu siapalih. Mintak jauh. Sio2 Tok MB kito bagi penerangan kek rakyat jelato pasal adat perpatih ni tapi orang ramai masih tak paham.

Hari ni bila kita tanya soalan baik2, ada antara pandai agamo tunjuk dan tayang ke kito..pado dio ado mesin panggang dan relau api bosa buek lupus Quran byk2. Dipanggang eh Quran byk2 sampai lumat hangus mendebu..kendian campak an ke laut. Hantar naik kapal TLDM dgn tuan mufti.


Tu yang hari ni kito pandang membuak-buak air laut naik cam tsunami dari Kelantan sampai Pekan. Peh tu wat muko monyok mintak bantuan derma pasal harta banyak musnah. Time ko bakar Quran tu takdo lak nak pikir. Kesudahan eh Quran baru ko cetak pun Allah suh bakar sekali sobab rosak dek banjir. Kalau 1 juz rosak..lagi 29 juz masih leh pakai jadi toksah la bakar..poie la tanam..kok orang kau buleh tanam. Pokok dek kau lah..mesin kau.

Kok kito punyo paham..Allah memang la tak bertompek. Namun jangan la ko buek Dio mcm takdo. Ikut suko kau yo. Hormat la sikit. Jadi orang yang bakar Quran ni samo la macam orang yang berani menyambut cabaran tapi bukan seruan Allah. Kalau Allah cabar dio berani sambut, itu bukan calang2 orang. Ni permainan orang ilmu tinggi.

Tapi kito memang orang baik2 lah. Orang nak langgar kito pagar, dio rompuh kito tempuh, org petik kito padam, kita hanya fighter bukan gangster. Sopan gayo pojuang.

Nak harap golfer pinky (Najib) tu dio sibuk. Tak campur. Tapi sementaro isu wahabi wahabon ni masih hangat, cer tanyo laie soalan lam English lak. Kot2 dio tak fasih bahasa Melayu.

Then will We treat the Muslims like the criminals?
What is [the matter] with you? How do you judge?
Or do you have a scripture in which you learn?
That indeed for you is whatever you choose?
Or do you have oaths [binding] upon Us, extending until the Day of Resurrection, that indeed for you is whatever you judge?
Ask them which of them, for that [claim], is responsible.
Or do they have partners? Then let them bring their partners, if they should be truthful.

Jawaplah sendiri..masing2 ilmu tinggi. Mano puak2 yang gomar mengutuk mencela pepatah "Biar mati anak, jangan mati adat" tu suh dio baco kisah nabi Nuh ngan anak laki dio sampai abih. Mana satu nabi Nuh pilih? Adat pegangan atau anak kandung sendiri? Tulah antara sunnah nabi rasul yang kami ikut. Syukurlah kami ni kaum yang masih beradat lagi beradab.

Thursday, October 16, 2014

Najib KAYAkan Pemaju

1. Bajet 2015..bajet 'pro rakyat' kononnya. Rakyat pun tak pasti sama ada nak gelak atau menangis bila gaji Ahli Parlimen dinaikkan dengan alasan gaji sikit sampai terpaksa ikat perut. Rasanya bajet akan datang elok diperuntukkan juga BR1M untuk wakil rakyat yang 'lebih miskin' daripada rakyat marhaen.

2. Bajet 2015 takde beza pun dengan bajet Najib sebelum ni. Perbelanjaan pembangunan masih kurang berbanding perbelanjaan mengurus, malah bajet Najib semakin meningkat setiap tahun!! Apekehey bajet JPM sampai RM19 bilion? PERMATA pun dapat bajet tambahan RM30 juta? Sewajarnya perbelanjaan pembangunan lebih besar daripada perbelanjaan mengurus untuk menggalakkan ekonomi mikro..ini dah terbalik!!

3. Wang negara sepatutnya dibelanjakan ikut keperluan semasa rakyat, tapi Najib gunakan bajet untuk kukuhkan kedudukan politik melalui BR1M yang kononnya sebagai bantuan terus kepada kumpulan sasar. Adakah BR1M benar-benar sampai kepada kumpulan sasar? Sebab kami pernah nampak yang datang amik BR1M memandu Alphard, Wish, Civic etc. Sebab tu TDM tak berapa berkenan dengan BR1M ni. Banyak hanky panky..sumbat ikan dalam perut berbanding bagi pancing. Bagi BR1M pun, natijahnya undi popular BN tetap merosot PRU-13. Masih lagi Najib tak nak belajar..

4. Kerajaan menggalakkan sikap meminta-minta rakyat melalui BR1M yang secara tak langsung telah mengikis perasaan malu dan kehormatan diri individu tersebut. Bagi manusia, kehormatan diri adalah salah satu keutamaan kerana ia membezakan kita sebagai makhluk yang bertamadun dan berakal berbanding makhluk ciptaan Allah yang lain. Ada hadis riwayat Al-Bukhari, Nabi SAW bersabda yang bermaksud, "Salah seorang daripada kalian yang mengambil tali lalu tali itu digunakan untuk mengikat kayu bakar di atas punggungnya lalu dia menjualnya, maka dia menutup wajahnya (menjaga kehormatannya dengan bekerja) lebih baik daripada dia meminta daripada manusia, yang ada kalanya memberi atau tidak memberi".

5. Kehidupan rakyat makin parah. Bajet 2015 tak dapat mengurangkan kenaikan kos sara hidup rakyat. Walaupun RON95 dan Diesel tak dikenakan GST, tapi subsidi minyak dijangka akan dikurangkan beransur-ansur dan ini dah tentunya akan wujud kesan domino kepada kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Ditambah pulak dengan GST yang akan mula pada bulan April 2015, rata-rata golongan pertengahan dan bawahan akan rasa impak yang sangat besar. BR1M takkan dapat tampung kenaikan kos sara hidup. Bertambah tenat apabila rakyat telahpun memiliki pinjaman tinggi yang perlu dilangsaikan setiap bulan.

6. Setiap tahun dalam bajet Najib akan diumumkan tambahan peruntukan untuk rumah PR1MA, tapi umum tahu, sebuah rumah PR1MA pun masih belum siap dibina sejak diumumkan 2011. Peruntukan ditambah setiap tahun..siapnya belum tau bila. Macam-macam rumah diumum akan dibina..bawah PPR la..bawah RMR la..Rumah Aspirasi Rakyat la..Skim Rumah Pertamaku la..Skim Perumahan Belia la..TAPI kaedah Najib mengatasi masalah kesukaran rakyat membeli rumah kerana harga yang mahal adalah dengan cara menambah unit rumah dan jumlah pinjaman perumahan kepada bakal pembeli?!

7. Andai kelayakan minimum untuk pinjaman perumahan dinaikkan hingga RM600 ribu sekalipun, rakyat biasa ni mampu ke beli rumah harga sebegitu? Ini bukan caranya kerajaan nak menggalakkan rakyat beli rumah, TAPI nak menggalakkan rakyat menambah hutang. Malah kerajaan bagi lesen besar pulak untuk pemaju perumahan kaut untung berganda melalui harga syiling rumah apabila kadar pinjaman perumahan dinaikkan TAPI pada masa sama merendahkan pulak kelayakan pinjaman. Pemaju dikayakan lagi dengan bantuan kerajaan..dan agaknya kebanyakan pemaju perumahan ni kaum mana?!

8. Rakyat kebanyakannya hanya mampu beli rumah sekitar RM150-RM300 ribu. Harga rumah teres saja sekarang ni dah melebihi RM200 ribu di kawasan bandar. Untuk beli rumah berharga RM200 ribu dengan pinjaman kerajaan, jumlah bayaran balik selama 25-30 tahun adalah hampir RM400 ribu dengan bayaran bulanan lebih kurang seribu lebih sebulan. Kalau gaji individu bawah RM3 ribu dengan isteri tidak bekerja, jangan mimpi la dapat miliki rumah sendiri tanpa ikat perut macam Ahli Parlimen. 

9. Apa yang dibisingkan rakyat ialah pendapatan kecil tetapi harga rumah terlalu tinggi. Cara Najib memudahkan pinjaman tidak menyelesaikan masalah rakyat yang tidak mampu menanggung kos sara hidup dan pada masa sama terpaksa bayar pinjaman perumahan yang tinggi. Paling bungko apabila Najib menaikkan pinjaman perumahan dari RM500 ribu ke RM600 ribu. Rakyat marhaen ni jarang nak beli rumah harga RM300 ribu ke atas kecuali dia memang berduit atau bingai tak ukur baju badan sendiri. Jika rumah berharga RM500 ribu, bermaksud bayaran balik pinjaman hampir RM700 ribu. Itu kalau pinjaman kerajaan..kalau pinjaman bank mesti akan lebih lagi. Persoalannya, mampu ke rakyat bawahan yang berpendapatan di bawah RM3,000 nak membayar pinjaman perumahan berharga lebih RM200 ribu, tidak termasuk tanggungan kos kehidupan lainnya? 

10. Memang kerajaan sesebuah negeri ada meletakkan syarat kepada pemaju swasta untuk mendirikan rumah kos rendah bagi rakyat sesebuah negeri. Rumah kos rendah ini ditetapkan harga antara RM35 ke RM45 ribu. Tapi tengoklah bagaimana keadaan rumah kos rendah tu? Sesuai ke dengan sebuah keluarga - suami isteri dengan anak seramai 4-5 orang? Sebab tu gejala sosial semakin sukar dibendung sebab anak-anak lebih senang berpeleseran di luar berbanding duduk di rumah yang tak selesa. 

11. Di Negeri Sembilan, Mohamad Hasan pulak kempen "Duduk di Negeri Sembilan, kerja di KL" yang menyebabkan harga rumah di negeri ni pun jadi tak masuk akal. Bagi orang KL, harga rumah teres RM200 ribu di anggap murah, tapi TIDAK bagi orang Negeri Sembilan yang berpendapatan rendah. Orang KL ramai datang beli rumah di Negeri Sembilan memang la bagus, tapi mereka secara tak langsung telah menyebabkan harga rumah di negeri ini naik mendadak hingga tak mampu nak digapai oleh orang Negeri Sembilan sendiri. Harga rumah tak setara pendapatan rakyat Negeri Sembilan - pendapatan rakyat tak setara kemajuan. Malah harga rumah di kawasan Mohamad Hasan dan KJ di Rembau pun dah cecah RM350 ribu ke atas. Agak eh ramai ko orang kampong kek Rembau tu yang mampu boli?

12. Masalah di Malaysia ni, kawal selia industri perumahan sangat longgar. Pemaju kebiasaannya akan tawar rumah pada staf sendiri, bankers, peguam etc. dengan harga kompetitif, dan kemudian jual di pasaran terbuka. Kat situ dah wujud manipulasi harga. Belum termasuk harga tanah, hubungan kerajaan negeri/persekutuan dengan pemaju (lobbyist) yang menyebabkan harga rumah jadi semakin tak terkawal. Sebab tu rumah PPR yang sepatutnya cuma berharga sekitar RM50 ribu boleh meningkat kepada RM120 ribu di kawasan bandar. 

13. Ketidaksamaan pendapatan (income inequality) semakin melebar. Rakyat terutama Bangsa Melayu semakin sengsara dengan kos kehidupan yang semakin meningkat tetapi pada masa sama pendapatan boleh guna mereka menyusut. Sebab tu rakyat marah bila Ahli Parlimen yang kebanyakannya hidup mewah, dimewahkan lagi dengan kenaikan gaji.

14. Adakah ini strategi kerajaan dan pemaju untuk menghalau  Bangsa Melayu dari kawasan bandar dengan cara menaikkan harga rumah disebabkan ketidakmampuan Melayu itu sendiri?

15. Sebab itulah walau setiap tahun pun Najib bentang bajet, kehidupan rakyat tetap di takuk sama. Rakyat tak minta banyak pun, cuma cukuplah untuk mereka hidup selesa, dapat bergembira sekali sekala tanpa serangan kerajaan pada poket mereka. 

16. Hakikatnya Najib muflis idea..dan kalau macam ni la pe'el Najib mengurus tadbir negara hingga PRU-14, tak mustahil BN akan jadi pembangkang buat kali pertamanya di Persekutuan Malaysia.

Tuesday, September 9, 2014

Cadangan Khaled Nordin

Kerajaan Pusat diminta mewujudkan semula bank atau institusi kewangan yang menyediakan skim sewa beli berkesan bagi memudahkan rakyat memiliki rumah.

Menteri Besar, Datuk Seri Moha-med Khaled Nordin berkata, pembeli berdepan masalah sukar untuk mendapatkan pinjaman dan secara tidak langsung menjejaskan hasrat mereka untuk memiliki rumah yang telah disediakan oleh kerajaan negeri.

"Kerajaan perlu memikirkan pendekatan sewa beli bagi rakyat yang ingin memiliki rumah dan untuk memastikan keberkesanan matlamat berkenaan, perlu diwujudkan bank atau institusi yang menyediakan skim sewa beli.

"Dulu ada MBSB (Malaysia Buil-ding Society Berhad) tetapi atas sebab tertentu, peranannya sedikit berubah. Bagaimanapun, kerajaan perlu kembalikan atau mewujudkan satu badan yang dapat menjayakan skim sewa beli bagi memudahkan rakyat membeli rumah," katanya. - Selanjutnya Utusan.

*********

Jika di atas adalah cadangan Khaled Nordin, cadangan Paneh Miang pula seperti berikut;

Bank Perumahan: Cadangan dan Harapan

Cadangan penubuhan bank perumahan adalah langkah terbaik untuk mengurangkan tekanan terhadap sektor perbankan tempatan yang terbeban dengan CTOS/CCRIS dan syarat-syarat ketat yang lain oleh pihak BNM.

Melalui bank perumahan, kemungkinan rumah-rumah kos rendah yang langsung 'tidak dipandang' oleh bank-bank komersil akan diberikan pinjaman sewajarnya. Kita tahu dan faham, pegawai yang proses pinjaman perumahan di bank-bank komersil hanya cari makan dengan komisyen 10% atas kelulusan harga rumah + basic gaji yang rendah.

Realitinya, pinjaman beli rumah RM37,800 iaitu 90% daripada harga asal RM42,000 - bagi pegawai bank adalah lebih kurang saja proses kerjanya berbanding pinjaman rumah mahal berharga RM378,000 iaitu 90% daripada harga asal RM420,000. 

Cuma bezanya, pegawai proses kerja di bank-bank komersil hanya dapat komisen RM3,780 daripada nilai pinjaman RM37,800; manakala jika harga rumah RM378,000, makin besarlah komisen hingga mencecah RM37,800 (dikira sebagai anggaran kasar komisen 10%).

Bagi nilai pinjaman yang 'besar', adalah mudah dan cepat untuk capai target yang ditetapkan oleh 'big boss' bank untuk kejar bonus berbanding jumlah pinjaman bernilai kecil.

Namun kita tidak boleh berharap kepada cadangan penubuhan bank perumahan semata; tetapi kita juga berkehendak kepada satu badan/organisasi milik kerajaan yang mampu mengawal selia segala pinjaman perumahan yang diluluskan pihak bank kepada rakyat tanpa prejudis.

Mengambil contoh amalan biasa proses pinjaman perumahan; katakan seorang individu membeli rumah berharga RM42,000, kebiasaannya jumlah pinjaman yang akan diluluskan oleh pihak bank adalah 90% daripada nilai rumah tersebut iaitu kira-kira RM37,800. Jika kiraannya termasuk MRTA/MRTT, maka jumlah pinjaman akan jadi lebih kurang RM39,000. Bayaran bagi tempoh 30 tahun dengan kadar faedah 5.15% akan menjadikan ansuran bayaran balik bulanan sebanyak RM215. Ini bermakna jumlah penuh yang perlu dibayar setelah tamat tempoh 30 tahun pinjaman mungkin mencecah RM76,000.

Tapi diandaikan pada tahun ke-10, tiba-tiba pembeli tersebut gagal pula membayar pinjaman (perkara ini hakikatnya sering berlaku) maka sudah tentulah harta mereka akan disita dan rumah yang dibeli itu akan dilelong pihak bank. Maka persoalannya:

1. Apa akan jadi pada rumah yang dilelong? Berkemungkinan rumah tersebut dilelong sekali ganda dari harga asal kerana mengikut pasaran semasa, dan seandainya rumah itu gagal dijual semula..bagaimana?

2. Kesan kepada pembeli lain? Kalau ia melibatkan pelabur mungkin tak jadi masalah. Tapi kalau orang muda yang baru bekerja dan baru beli rumah pertama, bagaimana pula nasib mereka akan datang?

Jadi di sinilah peranan badan/organisasi itu. Rumah yang gagal untuk dibayar, pihak bank boleh jualkan kepada badan/organisasi kerajaan tersebut dengan rebat serta diskaun yang bersesuaian. Dan seandainya rumah yang dijual itu terletak di kawasan yang baik dan berdaya maju, pihak bank yang menjual boleh juga diberikan sedikit pengecualian cukai mengikut harga pokok + sedikit keuntungan yang bersesuaian ke atas rumah tersebut.

Manakala kesan ke atas pembeli yang gagal membayar tadi, individu tersebut tidak akan disenarai hitam dan boleh untuk terus membeli rumah lain dengan syarat yang lebih ketat. Malahan pembeli itu juga tidak akan diisytiharkan bankrap.

Maka bolehlah kita katakan penubuhan badan/organisasi kerajaan yang mengawal selia pembelian perumahan ini berperanan sebagai 'Cagar Mas' tetapi praktikal operasinya lebih ke arah memastikan pengguna tidak ditindas, bank tidak kerugian dan harga rumah pula tidak berterusan dispekulasikan, serta mampu untuk terus dimiliki majoriti rakyat Malaysia golongan bawahan dan pertengahan.

Allahu a'lam.

Baca juga Cuepacs membantah sekerasnya sebarang usaha memansuhkan Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia untuk digantikan dengan satu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau institusi kewangan bagi menguruskan pinjaman perumahan melibatkan penjawat awam di sini.

Monday, December 2, 2013

Wang Rakyat Muhyiddin VS Wang Rakyat Shahidan

Muhyiddin Yassin semalam komen pasal kenaikan gaji Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor. Kata Muhyiddin, "Dalam hal ini tidak ada sebab untuk Abdul Khalid tidak boleh melakukan mengikut kehendak rakyat memandangkan wang yang akan digunakan bagi membayar gaji ADUN dan anggota pentadbiran lain di Selangor adalah wang rakyat."

Muhyiddin juga mendesak Khalid Ibrahim supaya prihatin kepada masalah negeri dan pandangan masyarakat serta perlu responsif terhadap rakyat. Boleh baca selanjutnya apa Muhyiddin kata sini.

Den maleh nak komen pasal Muhyiddin suruh Khalid respons pada pandangan masyarakat, walhal BN sendiri pun kurang responsif dengan keluhan dan protes rakyat. Nak baca betapa 'responsif'nya BN, boleh baca DinTurtle sanun.

Den cuma nak komen pasal Muhyiddin guno istilah "WANG RAKYAT". Rasonyo sumo tau istilah 'wang rakyat' ini banyak disobut dan di'nyanyi'kan oleh juak pembangkang. Tak sangko pulak Muhyiddin pun guno istilah yang samo.

Baru ni di Dewan Rakyat, Shahidan Kassim melenting apabila Ahli Parlimen DAP menggunakan istilah 'wang rakyat' dalam soalannya kepada Menteri di JPM itu. Den dah lupo maso bilo, tapi korang boleh semak hansard.

Antara ayat Shahidan yang den ingat maso tu, "Kita kena selesaikan perkara ni. Acapkali 'wang rakyat'...'wang rakyat' disebut oleh pembangkang. 'Wang rakyat' apa? Rakyat dah bayar cukai pada kerajaan, maknanya duit tu dah jadi duit kerajaan. Macam kita bayar zakat. Duit yang kita zakatkan itu bukan lagi milik kita...dah jadi milik Baitul Mal."

Lebih kurang macam tulah ayat Shahidan. Bersungguh Shahidan hontam penggunaan istilah 'wang rakyat' oleh pembangkang, tapi tetibo kono checkmate pulak dengan Muhyiddin.

Mesti Shahidan tak sangko Muhyiddin akan guno istilah samo hanyo sobab nak kritik Khalid Ibrahim yang naikkan gaji Exco dan ADUN Selangor. Satu tamparan buek Shahidan Kassim.

Bila kena tang kita..tak boleh, tapi bila kena tang depa boleh pulak..kan..kan..kan?!

Disebabkan TPM sendiri dah guna istilah 'wang rakyat', maka tak salah lagilah pembangkang pun guna istilah yang sama untuk kritik kerajaan lepas ni.

Jadi alang-alang Muhyiddin dah terlanjur sebut 'wang rakyat'...boleh tak rakyat nak tau, "APA SUDAH JADI DENGAN WANG RAKYAT RM7.2 BIILION YANG NAJIB BAZIR UNTUK BAYAR KONSETAN? APA HASIL? APA MANFAAT UNTUK RAKYAT? DAN SOALAN PALING PANEH YANG RAKYAT MARHAIN SELALU DOK SEBUT...KENAPA ISTERI PM TAMPAK SEOLAH SUKA MEMBAZIR WANG RAKYAT???"

Sampai bila Kerajaan Najib mengelak nak jawab?

Sunday, December 1, 2013

Teknik Brainwash Freemason di Selangor

Dalam Akta PBT, TINDAKAN seperti ini SUDAH luar batasan.

Apa ke jadahnya Direktorat Majlis Perbandaran Selayang disuruh/dipaksa berikan tabik hormat ke atas jenazah. Sejak bila disongsangkan fikiran regimental duties ini hingga seorang awam yang dipilih sebagai Ahli Majlis apabila matinya dia, maka layak untuk diberikan "last respect" secara tabik hormat.

Kaedah dan pendekatan ini sudah SALAH. Ini masalah salah guna kedudukan dan kepentingan. Ini isu Integriti. 

Apakah YDP Majlis Perbandaran Selayang ini pengikut totok Freemason atau dipaksa rela kerana telah mengalami proses "brain wash" ideologi Freemason di Selangor.

Siapa guru kawad dan latihan PBT ini? Apakah ini kaedah yang di ajar di Pusat Latihan PBT di Morib? Apakah ini amalan ritual Selangor hingga berjaya "menipu akal budi" dan "menipu budi bahasa" manusia-manusia yang terpaksa "Sir..YES Sir", "Sir...No Sir"...

SPRM kena cepat wujudkan Akta Culas dan Cuai Integriti. Ini perkara besar yang mungkin dianggap "alahhh tak apa le"...mentang-mentang bukan kau yang mati, mamat Hindu ini mati pun kau nak kecoh!

Pembaca Malaysia dan antarabangsa, tindakan pasukan penguatkuasa Majlis Perbandaran ini ialah sesuatu yang AMAT GANJIL dalam dunia! 

Satu lagi bahan lawak antarabangsa yang sedang diintai oleh Gene Sharp. Ini salah satu teknik 198 From Dictatorship To Democracy.

Syabas SELANGOR...tahniah rakyat SELANGOR...PRU14 undi lagi Pkr...biarkan mereka ratah dan jahanamkan terus "pemikiran yang betul-tepat-baik".

PENGUATKUASA MELAYU 'TABIK HORMAT' MAYAT ORANG BUKAN ISLAM?


Apakah kewajaran seorang Ahli Majlis Perbandaran Selayang yang mati. Dalam upacara kematiannya Penguatkuasa dikerah supaya beri tabik hormat. Paling bestnya mereka ini semua Islam.

Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor. Ini adalah merupakan sejarah sejak pakatan haprak memerintah negeri ini.

Adakah kita ingin biarkan anak Melayu sebagai Penguatkuasa di hina sebegitu rupa? Apakah mereka ini dianggap sampah oleh Boss pentadbiran negeri Selangor?

Lihat gambar di bawah:

Friday, October 25, 2013

GST: Harga barang & perkhidmatan boleh lebih murah?

Rakyat Malaysia boleh menikmati barangan dan perkhidmatan yang lebih murah bagi banyak keperluan asas sekiranya kerajaan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sedia ada.

Cukai itu, yang dijangka dilaksanakan pada 2015, akan menyaksikan cadangan kadar empat peratus bagi menggantikan kadar 10 peratus bagi cukai jualan dan lima peratus cukai perkhidmatan yang diguna pakai sekarang.

GST akan dikenakan ke atas penggunaan barangan dan perkhidmatan di semua tahap rantaian bekalan.

Sekiranya dilaksanakan, 40 keperluan makanan asas, termasuk beras, gula, susu tepung dan tepung akan disenaraikan sebagai barangan sifar cukai, manakala perkhidmatan asas seperti penjagaan kesihatan, mungkin diklasifikasikan sebagai dikecualikan cukai.

Kebanyakan barangan ketika ini dikenakan cukai di bawah SST dan peralihan kepada GST akan meringankan beban golongan miskin, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, dipetik sebagai berkata.

GST akan memastikan harga barangan tidak akan meningkat.

Selain itu, tidak semua produk akan dikenakan cukai penuh di bawah cadangan GST kerana produk tertentu akan dikenakan hanya separuh daripada kadar GST.

"GST suatu yang perlu, ia bukan satu pilihan," kata Mohd Irwan Serigar sambil menambah sekiranya rejim cukai baharu itu dilaksanakan, kerajaan yakin dapat mengurangkan defisit fiskal keluaran dalam negara kasar pada 2015 dan mencapai lebihan menjelang 2020. 

Sementara itu, Naib Presiden Kanan/Ketua Penyelidikan MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Zulkifli Hamzah berkata walaupun pelaksanaan GST mengakibatkan inflasi, ia hanya bagi tempoh jangka pendek kerana corak penggunaan dapat disesuaikan dari masa ke semasa. 

"Kami menjangka GST akan membawa kesan inflasi sementara ke atas harga, sama dengan bukti yang ditemui di banyak negara yang telah memperkenalkan cukai itu.

"Kesan inflasi GST akan bergantung kepada kadar yang akan diputuskan, pengecualian dan langkah-langkah selari bagi mengurangkan kenaikan harga," katanya kepada Bernama.

Jabatan Kastam Malaysia berpendapat kesan inflasi GST adalah minimum kerana barang makanan asas dan keperluan tidak akan dikenakan cukai manakala kemudahan awam akan dikecualikan.

Faktor lain ialah kos pengeluaran rendah kerana GST dibayar bagi input boleh dituntut oleh perniagaan, manakala penjimatan daripada kredit cukai input boleh disalurkan kepada pengguna dalam bentuk harga rendah.

GST, cukai penggunaan secara meluas, atau cukai tokokan nilai, kali pertama dibentangkan di Dewan Rakyat pada 16 Disember, 2009, untuk menggantikan SST sekarang, tetapi telah ditarik balik tahun lepas untuk pindaan.

Peralihan itu akan menjadi sebahagian daripada pembaharuan fiskal yang dilaksanakan kerajaan bagi mengurangkan defisit fiskal dan mencapai bajet seimbang neutral pada 2020, membantu negara mencapai ekonomi berpendapatan tinggi serta status negara maju.

Pakar ekonomi berpendapat sekarang adalah masa yang sesuai untuk melaksanakan GST sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan hasil kerajaan.

Apabila dilaksanakan pada kadar hasil-neutral empat peratus, cukai baharu itu dianggarkan meraih hasil RM18 bilion, yang hampir sama dengan hasil RM16 bilion hingga RM17 bilion daripada cukai jualan dan perkhidmatan sekarang pada kadar purata tujuh peratus.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan GST dalam Belanjawan 2014 pada 25 Oktober 2013 (Jumaat) ini.

GST akan mengambil masa 14 bulan untuk dilaksanakan selepas ia diumumkan. - Bernama.


Wednesday, September 4, 2013

Mekanisma Penetapan Harga Runcit Petrol Dan Diesel Secara Terkawal Di Malaysia


Harga runcit produk petroleum di Malaysia ditentukan melalui kaedah Automatic Pricing Mechanism (APM) sejak tahun 1983.

Melalui APM, Kerajaan akan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu di mana perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit. Perbezaan antara harga runcit dengan harga sebenar akan ditampung oleh subsidi dan pengecualian cukai jualan.

Komponen-komponen yang terdapat didalam Automatic Pricing Mechanism (APM) adalah seperti berikut:

1. Kos produk (MOPS)
Malaysia menggunakan harga purata harian "Mean of Platts Singapore (MOPS)" di pasaran Platts sebagai asas untuk menentukan kos poduk bagi RON97, RON95 dan Diesel. Platts merupakan pasaran harian produk petroleum yang diterbitkan oleh McGraw Hill Companies Limited di Singapura. Kebanyakan negara di rantau ini juga menggunakan MOPS sebagai rujukan kos produk petroleum mereka.

2. Alpha
Perbezaan harga yang dipaparkan di pasaran Platts dengan harga belian sebenar oleh syarikat minyak. Kerajaan telah menetapkan Alpha pada kadar 5 sen seliter untuk petrol dan 4 sen seliter bagi diesel.

3. Kos operasi
Terdiri daripada kos pengangkutan dan kos pemasaran. Pada masa ini, Kerajaan menetapkan kos operasi pada kadar 9.54 sen seliter.

4. Margin syarikat minyak
Ditetapkan pada 5 sen seliter bagi petrol dan 2.25 sen bagi diesel.

5. Margin pengusaha stesen
Ditetapkan pada 12.19 sen seliter bagi petrol dan 7 sen seliter bagi diesel.

6. Cukai jualan
Diwartakan dibawah Akta Cukai Jualan 1972 dengan kadar 58.62 sen seliter bagi petrol dan Cukai jualan bagi diesel telah dinaikkan daripada 19.64 sen seliter kepada 40 sen seliter berkuatkuasa mulai 1 Februari 2009.

7. Subsidi
Subsidi diberikan apabila harga sebenar lebih tinggi daripada harga runcit yang ditetapkan setelah mengambilkira pengecualian cukai jualan.

*Harga komersial adalah berbeza antara syarikat minyak disamping faktor jumlah/volum penghantaran dan masa.

Mengambil kira faktor kos produk, kos operasi, margin syarikat minyak, margin pengusaha stesen serta cukai jualan yang ditetapkan (termasuk ehsan subsidi yang diberikan); adalah bergantung kepada kerajaan sesebuah negara, menyebabkan harga runcit minyak menjadi berbeza antara negara. Contohnya harga runcit untuk RON95 dan Diesel di rantau Asia Tenggara adalah seperti berikut:-

Thailand = RON95 (RM4.74), Diesel (RM3.06)

Singapura = RON95 (RM5.56), Diesel (RM4.32)

Indonesia = RON95 (RM3.05), Diesel (RM3.43)

Malaysia = RON95 (RM2.10), Diesel (RM2.00)

Filipina = RON93 (RM5.44), Diesel (RM4.32)

Boleh baca kaedah Automatic Pricing Mechanism (APM) yang digunakan kerajaan Malaysia di sini dan sana. Baca juga A CITIZENS' GUIDE TO ENERGY SUBSIDIES IN MALAYSIA di sinun.


Tuesday, September 3, 2013

Pelik sungguh la KENAPA Orang UMNO masih nak pertahankan Najib!!

Suatu ketika dulu, sebelum wujudnya 1Malaysia, sebelum wujudnya Ah Jib Gor, sebelum muncul gelaran Mat Liberal dan Bapa Vernakular, sebelum lahirnya PEMANDU yang anggotanya lebih ramai Cina berbanding Melayu, sebelum wujudnya ConSultans serta PunahSihat....telah terngiang-ngiang satu suara...

Najib berkata disebabkan kenaikan harga minyak, kerajaan berharap rakyat berjimat, dan ini harus dilihat secara positif dan bukannya secara emosi. "Anjuran supaya kita berbelanja secara berhemat, bermakna berbelanjalah secara berhati-hati. Berjimat cermat bukan maknanya lokek dan kedekut, pemurah bukan maknanya boros tetapi berbelanjalah pada yang perlu. Alhamdulillah hari ini kita telah dengar rakyat mula merancang perbelanjaan harian berjimat menggunakan tenaga elektrik, tinggalkan gaya hidup mewah dan membazir serta banyak lagi yang betul," katanya. - (4 Mac 2006).

Soalan rakyat ialah...

Buat semua ni habis berapa juta RM?

Cetak banner 'I love PM' habis berapa juta RM pulak?

Set bekal sekolah yang ada muka laki bini ni berapa juta RM lagi habis?

Angpau raya cina dan 'hadiah' untuk sekolah vernakular kompom la beratus juta RM lingkup...

Mercun Merdeka ni tak membazir ke?! Heh...

Rakyat kena tinggalkan gaya hidup mewah...tapi pemimpin boleh excuse!


Suruh rakyat berjimat...pastu duit rakyat PEMANDU sebat. Kalau Najib nak ajar rakyat berjimat, kerajaan juga kena berjimat, jangan belanja yang bukan-bukan! Sekarang belanja operasi kerajaan lagi tinggi dari belanja pembangunan.

Apa yang gagal difahami Najib dan PEMANDUnya dengan kenaikan harga minyak ialah...there will always be a chain reaction! BR1M pun tak dapat cover kenaikan harga barang bro!

Simple math...

Najib janji untuk naikkan BR1M - katakanlah naik RM200 (minimum) menjadikan jumlahnya RM700.

Maka jangkaan kos bagi BR1M untuk 6.8 juta isi rumah = RM4.76 billion setahun.

Penjimatan kerajaan berdasarkan rasionalisasi subsidi minyak 20sen = RM3.3 billion setahun.

Maknanya lebih jimat jika kerajaan tak bagi BR1M berbanding naikkan harga minyak.

Rasanya rakyat lebih rela tak dapat BR1M daripada terpaksa tanggung kesan kenaikan harga barang rentetan kenaikan harga minyak. Mana lebih baik...bagi pancing ke..ikan?

Tukang bagi nasihat BODOH...yang ikut nasihat pulak BINGAI MELANTUN-LANTUN!!

Realitinya kantung kerajaan sebenarnya dah susut...cuma Najib segan nak mengaku!

Friday, August 16, 2013

Hari Pesta Pendatang


Salam.

Pada (hari pertama) hari raya, saya telah menaiki bas dari Melaka ke Kuala Lumpur. Saya malas nak drive kereta, takut traffic jam. (Tapi) malang sekali terlalu ramai pekerja asing di perhentian bas dan dapat (pula) naik bas (walaupun) selepas 2 jam tiket kehabisan sebelumnya.

Pada hari Ahad 11 Ogos, saya balik dari Kuala Lumpur sampai di TBS (pada) jam 1.00 tengahari dan beratur untuk membeli tiket. (Setelah) jam 2 lebih, baru(lah) dapat membeli tiket yang ada jam 7.00 malam (untuk) balik ke Melaka. Letihnya menunggu hingga jam 7 malam dan sampai ke Melaka hampir jam 10.00 malam.

Persoalannya:-

- Terlalu ramai pekerja asing di bumi Malaysia.
- Mereka bebas (berkelakuan) seperti di negara mereka (sendiri iaitu) mebuang sampah sesuka hati.
- Masalah sosial (bertambah) teruk.
- Peluang pekerjaan rakyat kita (telah) dinafikan oleh mereka (pendatang).

Kenapakah pada hari tersebut (Hari Raya) tiada pihak berkuasa datang membuat serbuan atau pemeriksaan secara rambang kerana kita tak perlu (bersusah payah) mencari mereka (kerana) mereka (pendatang) dah keluar dari sarang. 

Pihak pengurusan TBS sepatutnya menyediakan kaunter khas untuk rakyat Malaysia (membeli tiket bas). Di mana slogan rakyat didahulukan?

Mungkin pak menteri tak merasa kesusahan rakyat kerana mereka naik kereta mewah dan ada pemandu.

Terima kasih.

~Mohd Rasit Mohd Hassan (mohdrasit@yahoo.com)~

Tuesday, June 18, 2013

Siapa yang MASYUUKKK tu Hisham?!

Semasa kempen pertukaran MyKad aka IC dulu, macam-macam telah dipromosikan. MyKad sebagai kad pengenalan laa...MyKad memasukkan minutiae cap jari ke dalam cip dan ini membolehkan pengesahan cap jari dilakukan secara tepat dan terperinci laa..MyKad sebagai dokumen sah lesen memandu laa...MyKad sebagai Passport laa...MyKad sebagai Kekunci Awam laa...MyKad sebagai Kad Transit laa...My Kad sebagai Dokumen Kesihatan laa...Kad ATM laa...E-Tunai laa...bla..bla..bla..

Selain aplikasi utama MyKad, JPN siap promo lagi aplikasi tambahan, aplikasi off card dan pelbagai kelebihan MyKad yang kononnya bertaraf dunia.



Pendek kata...MyKad ni 'serba boleh' lah..hingga rakyat Malaysia terpaksa berbaris lagi untuk menukar kad pengenalan baru walaupun sebelum itu rakyat turut dimomokkan dengan 'kelebihan' kad pengenalan sedia ada yang kononnya 'berkualiti tinggi'?!

Tup..tup..pemangku Menteri Pengangkutan yang baru walaupun tak perform di KDN sebelum ini, telah memperkenalkan kad lesen memandu baru Malaysia yang kononnya bersekuriti tinggi, banyak kelebihan, bla..bla..boleh blah...


Persoalannya...mengapa aplikasi lesen memandu tak digunakan oleh JPJ dalam MyKad yang kononnya canggih tu? Mengapa kad lesen memandu perlu dipisahkan aplikasinya dari MyKad?!

Dan persoalan rakyat paling hot...buat kad lesen memandu baru...SIAPA YANG MASYUUKKK??!!

Thursday, March 14, 2013

Siapa yang lebih berjuang untuk RAKYAT?!

Perkara ni ramai yang ambil mudah atau terlepas pandang. Tapi cuba kita nilai perbezaannya...



Komplot pembangkang guna bas dan trak demi nafsu serakah politik sendiri dek kemaruk kuasa ingin menakluki Putrajaya.

Tetapi Barisan Nasional guna bas dan trak semata-mata demi kemudahan dan kepentingan rakyat Malaysia...





"Kita mesti faham, mesti merasai denyutan nadi rakyat. Kita faham akan jerih payah mereka menongkah arus kehidupan, memugar tanah dan bergelut dengan badai demi mencari rezeki." - Najib Razak. Promo Pasar Bergerak 1 Malaysia di sini.

Jadi pihak mana yang lebih berkebolehan dan layak mentadbir Malaysia jika bukan Barisan Nasional!! 

Komplot Pembangkang dan pencacai mereka kena banyak belajar pasal "Politik Matang" kerana mereka nampak sangat tidak matang berpolitik. Jadi buat apa nak gadai nasib dan masa depan rakyat semata-mata demi Pakatan yang hanya mementingkan nafsu serakah pemimpin sendiri yang kemaruk dek kuasa ke Putrajaya?

Kok tak paham jugak...tak taulah!!

Wednesday, December 26, 2012

Yayasan Cinta Negara

Pak Sedaro tertarik untuk memberi pandangan berkenaan dikhabarkan wujud sebuah Yayasan atas nama Yayasan Cinta Negara.

Kewujudannya di lembah pertempuran tamadun dan pemikiran warga Malaysia yang makin nipis ketahanan faham bahawa sayang dan cinta Negara tidak penting. Jihad tanahair makin menempel dan tertempel dengan fahaman neo-Freemason, neo-Syiah dan neo-Komunisme. Inilah barah sedang membarah di kalangan umat khasnya rakyat Raja.

Yayasan Cinta Negara yang tertegak nampaknya berhadapan dengan cabaran mendepani massa. Khalayak yang "Cakap tidak serupa bikin", warga yang "Aku-aku, engkau-engkau", insan yang hanya menukilkan "Aku dapat apa yek?", "Tak payah le sibuk, bukan kerja aku!", "Pedulikanlah, menyusahkan aja!".

"Tak payah le bersyukur. Apa hal aku nak berterima kasih lak? Apa kau orang sibuk, orang politik tak peduli pun kau buat benda tu, benda ni...! Apa yang busy benar ni, nak jadi politikus ke?"

Ini antara stigma masyarakat Gen-X dan Gen-Y, khasnya yang sudah termakan dan terminum racun buatan DAP, Pas dan Pkr. Racun membunuh yang dibawa oleh DAP, Pas dan Pkr mengakibatkan warga muda, khasnya Pengundi Muda dan Pengundi Kali Pertama menjadi mangsa pelacuran minda.


Pak Sedaro doakan, tertubuhnya Yayasan Cinta Negara ini berupaya memberi watak dan wajah diperbaharui kepada warganegara Malaysia, khasnya rakyat Raja tentang pentingnya memahami secara masak Perlembagaan Persekutuan, Rukunegara, maksud sebenar Gagasan 1 Malaysia dan makna-makna ilmu Integriti, Wasatiyyah, Budaya Ilmu, Tamadun Bangsa Melayu dan sebagainya.

Pak Sedaro doakan, tertegaknya Yayasan Cinta Negara ini memberi impak tinggi kepada pemerhatian Kerajaan Persekutuan khasnya Ketua Pegawai Eksekutif Negara dan Timbalan KPEnya.

Pak Sedaro doakan, wujudnya Yayasan Cinta Negara ini terkesan falsafahnya ke seantero Alam Buana, atas nama Islam, Melayu dan Bumi Melayu untuk rakyat Raja dan Kaum-kaum Lain yang bersetuju bertamadun dan bernegara di bumi Allah bernama Malaysia.

Tuesday, December 18, 2012

Demi anak...


Demi anak, Pakcik (dalam gambar) ini (yang) tinggal di Gombak (sanggup meng)hantar anaknya (hanya dengan menaiki motor untuk mendaftar) di IPG Melaka.

Nak dijadikan cerita, Pakcik ni tersalah masuk jalan (ke) Seremban dari Gombak dan terus ikut (jalan) Bukit Putus melalui Kuala Pilah untuk ke Melaka (ikut arah) Tampin.

Katanya lagi, mereka berdua beranak bertolak dari Gombak (jam) 3 pagi dan (singgah) solat subuh di Nilai (dan) kemudian meneruskan perjalananan, (serta singgah) sarapan di Kuala Pilah.

Bila mendengar cerita Pakcik ni, dalam hati aku berkata, "Balik dari Melaka ni, aku akan ikut jalan balik ke Seremban, ikut jalan yang Pakcik ni lalu tadi."

Bila selesai (urusan) di IPG (Institut Perguruan), balik (sa)ja, terus (aku) ikut jalan tersebut, iaitu dari Melaka ke Seremban, melalui Tampin dan Kuala Pilah. Boleh tahan juga jalan tersebut dengan selekohnya yang tajam dan lori lagi...

Cuba kita bayangkan Pakcik ni dengan anaknya melalui jalan ni (naik motor) dengan beg dan bekalan mereka...sebak hati bila mendengar cerita Pakcik ni.

Di kesempatan ini, aku sendiri (telah menawarkan) Pakcik ni pada (h)ari Jumaat ni, "Pakcik tak perlula(h) amik anak Pakcik. Nanti saya akan hantarkan anak Pakcik sekali ke Gombak."

Sayu hati (me)lihat wajah seorang ayah yang sanggup bersusah payah untuk anaknya, agar anaknya sentiasa berjaya depan matanya sendiri.

Semoga Allah memberi rez(e)ki yg melimpah ruah pada keluarga Pakcik ni...

(Ke)pada semua, hargaila(h) ayah, bapa, walid, daddy, papa, baba kita selagi mereka masih hidup. Kasih mereka tidak pernah luntur untuk kita yang bernama anak.

Jangan ingat kitalah orang yang paling susah, (hakikatnya) ramai lagi yang hidup (lebih) susah berbanding kita. Ingat juga, jangan kita sombong, kedekut ketika kita senang (kerana) kita belum tahu bagaimana (nasib) kita di hari kita susah nanti. Renung-renungkan dan selamat beramal!

- Pena: Kee Perantau Simpang Tiga

Sumber sini.

Thursday, November 15, 2012

Please la brader...

1. Sekarang musim cuti sekolah. Maka akan kelihatanlah remaja bersongkok dan bertudung berkeliaran mengutip derma untuk sekolah atau pondok mereka kononnya. Suatu pandangan biasa di kedai-kedai makan, depan bank dan ruang pejalan kaki di sekitar bangunan komersil.

2. Tidak kurang juga OKU buta dipimpin ke sana sini oleh manusia celik sambil menjual tisu dan kelendar di tempat awam.

3. Belum masuk lagi manusia berkupiah dan  bertudung litup meminta derma dengan menggunakan sehelai kertas sebagai 'bukti' mereka mewakili pertubuhan tertentu, sama ada untuk rumah anak yatim, ataupun kononnya untuk membina masjid di Selatan Thailand atau Filipina etc.

4. Tak cerita lagi OKU yang bermain alat muzik atau bertongkat, kudung kaki dan tangan di pasar malam sekitar Negeri Sembilan sambil menjual tisu atau sticker ayat-ayat suci Al-Quran.

5. Ini suatu pemandangan biasa di Negeri Sembilan dan juga di negeri-negeri lain umumnya. Kaedah mengemis sebegini sering digunakan supaya orang ramai simpati dan tanpa ragu menghulurkan wang yang tidak pasti akan disalurkan ke mana pula selepas itu. Sama ada mereka ini terlibat dengan sindiket minta sedekah? Atau hanya asnaf yang sememangnya mendambakan bantuan? Wallahualam.

6. Didorong dengan faktor masyarakat Malaysia yang amat pemurah dan sanggup pula menghulurkan sumbangan, secara tidak langsung telah membuka ruang kepada individu atau kumpulan pengemis sebegini bercambah demi mengambil kesempatan untuk meraih pendapatan mudah.

7. Malaysia pernah diiktiraf sebagai negara Islam termaju di dunia. Walaupun ranking itu telah 'dirampas' UAE sejak 2008 dek kacau bilau politik dalam negara, namun Malaysia masih lagi diiktiraf antara negara Islam termaju di dunia. Dan sebagai sebuah negara Islam termaju di dunia, mengapa masih ramai pengemis di kalangan umat Islam di negara ini?

8. Saban tahun akan kedengaran Baitulmal, pusat zakat dan masjid-masjid mengumumkan derma dan kutipan yang diperolehi hingga ada yang mencecah jutaan ringgit. Mereka dengan bangganya mengumumkan simpanan masing-masing, dan ada juga yang turut membentangkan rancangan pelaburan, hasil daripada kutipan zakat dan derma.

9. Kami amat sedih dan malu melihat masih wujud umat Islam di negara ini yang berkeliaran mengemis tanpa dipantau atau dibantu secara konsisten oleh agensi yang sepatutnya bertanggungjawab. Amat jarang sekali melihat kaum lain mengemis selain Melayu di tempat awam.

10. Sempena Maal Hijrah 1434 ini, kami mendesak agar pegawai-pegawai Baitulmal, Majlis Agama, JKM, Majlis Daerah, KDN etc. berhijrahlah daripada sikap malas masing-masing. Selesaikanlah masalah pengemis dikalangan umat Islam. Bukan hanya duduk dalam aircond, goyang kaki di pejabat sambil menunggu asnaf datang MERAYU bantuan. Kurangkanlah karenah birokrasi. Laksanakanlah amanah yang Allah dan Rasul kamu perintahkan.

11. KELUARLAH WAHAI PEGAWAI-PEGAWAI ISLAM MENCARI ASNAf LAPAN YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT. JIKA TIDAK SETIAP HARI, JADIKAN IA RUTIN MINGGUAN. KELUARLAH...JANGAN KASI MALU KAUM DAN ISLAM DI TANAH MELAYU NI!!!

12. Takkan nak tunggu sampai kiamat, baru perihal umat Islam mengemis ni boleh selesai?!


Nota Asnaf Lapan:

1. Fakir
Orang Islam yang tidak mempunyai harta benda atau pekerjaan atau mempunyai pendapatan tetapi tidak mencapai lima puluh peratus daripada had kifayahnya untuk keperluan diri dan tanggungannya.

2. Miskin
Orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lima puluh peratus untuk keperluan diri dan tanggungannya tetapi tidak mencapai had kifayah.

Bahagian Fakir dan Miskin ini tidak boleh diberikan kepada orang kaya dan kepada orang yang mampu bekerja dan menghasilkan keperluan yang cukup untuk diri dan mereka yang di bawah tanggunggannya.

3. Amil (pengurus zakat)
Dalam istilah sekarang di Malaysia, Amil ditakrifkan sebagai sebuah organisasi yang padanya terdapat kakitangan yang terlibat dalam pentadbiran dan pengurusan zakat, begitu juga pertubuhan atau individu yang dilantik oleh badan tersebut.

4. Al-Muallafatu Qulubuhum
Asnaf Al-Muallafatu Qulubuhum di bahagikan kepada 2 golongan, iaitu golongan Muslim dan golongan Kafir.

Golongan Muslim meliputi :
a. Orang yang baru memeluk Agama Islam.
b. Ketua-ketua kumpulan Islam yang menpunyai hubungan baik dengan ketua-ketua kumpulan bukan Islam yang sama taraf dengannya.
c. Ketua-ketua kumpulan Islam yang masih belum mantap Imannya tetapi masih berpengaruh.
Golongan bukan Muslim (Kafir) pula meliputi :
a. Orang yang berkemungkinan menerima Islam.
b. Boleh dipujuk supaya tidak memusuhi orang Islam.

5. Fir Riqab
Pada dasarnya ia bererti membebaskan seseorang itu daripada perhambaan. Bahagian ini adalah bertujuan untuk disumbangkan kepada usaha-usaha untuk menamatkan sistem atau amalan perhambaan. Apabila amalan perhambaan secara tradisi sudah terhapus sepenuhnya sekarang, ulama' bersetuju memfatwakan takrif Ar Riqab ini perlu diperluaskan lagi kepada pembebasan yang mencangkupi segala bentuk perhambaan dan penindasan yang ada seperti pembebasan dari belenggu kejahilan, pembebasan golongan lemah dari cengkaman orang-orang yang berkuasa dan pembebasan dari perhambaan ekonomi, politik dan sebagainya.

6. Al- Gharimin (Orang-orang berhutang)
Orang-orang berhutang yang layak menerima zakat ialah orang yang berhutang untuk faedah awam seperti untuk menghapuskan persengketaan dua pihak dan sebagainya. Bagi individu yang berhutang untuk tujuan peribadi, mereka hanya boleh dimasukkan ke dalam asnaf ini dengan syarat beliau mestilah tidak memiliki harta dalam kadar yang mencukupi (haddul kifayah).

7. Fi Sabilillah
Ditafsirkan dalam konteks yang lebih luas iaitu segala bentuk usaha yang ikhlas bagi mencapai keredhaan Allah. Oleh itu ia merangkumi segala bentuk kebajikan seperti bantuan untuk peperangan menentang musuh Islam, bantuan kepada pelajar dan apa sahaja bentuk ketaatan dan pendekatan diri kepada Allah.

8. Ibnu Sabil
Iaitu orang-orang musafir yang dimaksudkan dengan musafir dalam konteks ini bukan sahaja orang yang sedang dalam perjalanan tetapi juga orang yang berniat untuk bermusafir. Begitupun, musafir itu mestilah dengan tujuan bukan untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam atau maksiat.

Saturday, October 27, 2012

Rahsia PTD

Dalam dua hari lopeh, Pak Sedaro berpeluang bertalaqi dengan mantan-mantan Pegawai Kanan Tertinggi Kerajaan Persekutuan Generasi Pertama yang dilantik oleh Almarhum Tun Abdul Razak Hussein. Antaranya Tan Sri Yusuf Hitam, Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman,Datuk Syed Ali AlAttas, dan beberapa otai-otai PTD lain. Teraso jakun bilo bersama atuk-atuk dan ayah-ayah ini. Namun beranikan diri juo, sobab nak ngorek rahsia-rahsia kekuatan generasi pertama PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) Malaysia.

Antara ibu cerita ialah:

1. Dulu dikuatkuasa kuota untuk PTD iaitu 4 orang Melayu kepada 1 orang Kaum-kaum lain.

2. Wajib calon ini lulus 10 ujian khusus, antaranya:
2.1. Baca, tulis dan faham tulisan Melayu Jawi (kepada calon Melayu juga Kaum-kaum Lain).
2.2. Faham makna tersurat dan tersirat Perkara 3, Perkara 10(4), Perkara 11, Perkara 14 dan Perkara 15, Perkara 32, Perkara 38, Perkara 152, Perkara 153 dan Perkara 160 (2).
2.3. Menjalani latihan awam dan ketenteraan selama 30 hari untuk memberi kekuatan mental, fizikal, emosi dan spiritual (tanpa alasan tidak boleh) - prasyarat lulus sebagai kadet PTD.
2.4. Menjalani latihan bahasa Inggeris secara intensif selama 90 hari.

Kenapa yang heboh bonar, berguru dengan otai-otai ini? Sobabnya nak posan kepada Ali Hamsa, KSN baru supaya rujuk semula panduan melatih PTD dulu, kerana mereka ini begitu faham makna tersurat dan tersirat Negara Malaysia.

Pendedahan tatanegara, integriti perkhidmatan dan penjawat awam, hubungan silang budaya antarabangsa, yang paling utama jari-jemari mereka akur kepada wawasan tua iaitu Perkara 153 kepada orang Melayu dan kaum-kaum lain.

Hari ini, sejak Tan Sri Shamsudin Osman tamat kontrak KSN, si pendek Sidek Hassan telah melalaikan minda dan emosi penguasa awam PTD tentang 153 dan 152. Ali Hamsa kena prihatin tahap tertinggi isu-isu 153 dan 152 kerana inilah penentu "Aman dan Damai" dan "Agenda Melayu" menjadi asas kemerdekaan dan kebangsaan Negara Malaysia.

Monday, October 15, 2012

Dah dekat PRU buat perangai macam ni...

Masa JPJ buat operasi di Tampin semalam, hanya 91 saman yang dikeluarkan kepada pesalah lalulintas.

Tetapi kamera Automated Enforcement System (AES) yang beroperasi sejak 23 September 2012, secara puratanya merekodkan 5,778 kesalahan trafik setiap hari.

5,778saman/sehari x RM300 = RM1,733,400.

Syarikat operator AES akan dapat komisen RM16 untuk setiap saman. Maknanya 5,778saman/sehari x RM16 = RM92,448.

PAKCIK KAYO...PAKCIK KAYO!!!

Inilah bahananya apabila penguatkuasaan undang-undang cuba diSWASTAkan. Profit-driven rather than prevention?

Kenderaan makin canggih setiap hari, tapi hadlaju jalanraya Malaysia masih kekal sejak 80an. Huh!

********

TAMPIN – Sebanyak 91 saman dikeluarkan kepada pemilik motosikal dan kereta yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya dalam satu operasi khas motosikal oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Pekan Tampin, di sini, malam kelmarin.

Operasi bersepadu JPJ negeri yang bermula kira-kira jam 9 malam hingga 11.30 malam itu mendapat kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Pengarah JPJ negeri, Saiful Azzri Hamzah berkata, dalam operasi berkenaan yang dilaksanakan di empat lokasi di sekitar Pekan Tampin, sebanyak 14 motosikal dan tiga kereta disita atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh.

“Saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan antaranya tidak memiliki lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.

“Malah, 18 notis arah periksa dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan terutama membabitkan kesalahan pengubahsuaian kenderaan, tiada cermin sisi dan lain-lain,” katanya.

Dalam pada itu, sebanyak 11 saman dikeluarkan PDRM sempena operasi berkenaan.

Saiful Azzri berkata, orang ramai dinasihatkan untuk mengutamakan aspek keselamatan sepanjang berada di jalan raya dan mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan bagi kebaikan bersama.

“Pengguna perlu sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengurangkan risiko berlakunya kejadian tidak diingini," katanya. - Sinar Harian

*********

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, imej kenderaan yang telah dirakam (AES) sedang disemak untuk pengesahan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum saman dikeluarkan kepada pemilik kenderaan terbabit.

“Memandangkan saman belum dikeluarkan di bawah pelaksanaan AES, maka tiada sebarang hasil yang dikutip setakat ini,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat.

Saturday, September 22, 2012

KHALIFAH GANTI SUPERMAN

MATLAMAT PERJUANGAN DPIM: 60 PERATUS, BUKAN 30 PERATUS

Baru-baru ini Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak menyatakan ekuiti Melayu serta Bumiputera dalam ekonomi telah mencapai 23 peratus daripada 30 peratus yang dijadikan sasaran di bawah Dasar Ekonomi Baru atau DEB. Perdana Menteri turut menyatakan keyakinan beliau bahawa matlamat 30 peratus akan dapat dicapai menjelang 2020.

Syukur Alhamdulillah! Kita semua di DPIM menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, kerana satu ketika kebelakangan ini, kita dapati peratusan ekuiti milik Melayu dan Bumiputera telah merosot kepada 22 peratus, kemudian menurun lebih rendah lagi, iaitu 19.8 peratus. Justeru, DPIM mengalu-alukan kenyataan pencapaian sasaran lebih baik, 23 peratus ini.

Namun, dalam kita mengalu-alukan pencapaian 23 peratus, kita masih belum berpuas hati. Paling penting, DPIM berpendirian kita tidak harus lagi terima sasaran 30 peratus yang dilaung-laungkan selama ini, iaitu sejak DEB dilancarkan, sebagai sasaran muktamad untuk Melayu. Justeru, DPIM menyarankan bangsa Melayu dan umat Islam Malaysia segera mengenepikan sasaran 30 peratus dan menjadikan 60 peratus sebagai sasaran ekuiti milik mereka menjelang 2050.

Sekali lagi, saya ulangkan, pendirian DPIM ialah 60 peratus sebagai angka sasaran keramat, dan bukan lagi 30 peratus seperti yang dilaungkan selama ini! Untuk mencapai matlamat 60 peratus, peranan utama wajib diterajui oleh pimpinan bisnes dan entrepreneur swasta Melayu dan umat Islam sendiri, berserta organisasi bisnes dan korporat Melayu-Muslim, termasuk badan-badan GLC serta koperasi menjayakannya.

Kenapa dan dari mana datang angka 60 peratus?

Ia datang daripada prinsip menegakkan keadilan yang diwajibkan ke atas semua umat Islam. Kewajipan utama DPIM ialah memperjuangkan keadilan ekonomi dan sosial sebagai hak asasi selari dengan nilai kemanusiaan sejagat tidak kira kaum, bangsa atau agama. Sesungguhnya tidak adil, dan tidak sempurna martabat dan maruah, jika golongan yang merupakan 60 peratus penduduk, cuma dapat 30 peratus nilai harta kekayaan negara.

BUKAN ANGAN-ANGAN MAT JENIN: JIHAD BISNES!

Saya pasti ada yang akan bertanya: kenapa sasaran tinggi 60 peratus, sedangkan angka 30 peratus sasaran sebelum ini pun tidak tercapai? Pasti akan ada Melayu yang menyatakan ini sebagai satu "angan-angan Mat Jenin" anjuran DPIM yang hanya akan berakhir dengan kita semua hampa dan kecewa berpanjangan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan rakan seperjuangan DPIM yang saya hormati sekalian,

DPIM bukan seperti Mat Jenin, watak Melayu lama yang terlalu berangan-angan menghimpun harta menjadi kaya, hingga terjatuh daripada pokok kelapa yang sedang dipanjat tanpa mendapat hasil buahnya. Kita di DPIM hari ini adalah barisan pejuang bangsa dan agama yang telah pun bertekad menjadikan usaha bisnes sebagai satu jihad, iaitu "JIHAD BISNES"! Dan bagi kita di DPIM, JIHAD BISNES bukan satu slogan kosong. Semangat Jihad Bisnes telah kita jadikan landasan perjuangan dan insya Allah, akan kita pegang erat sehingga sasaran dan matlamat 60 peratus dijayakan sepenuhnya.

Lagi pun, aspirasi Jihad Bisnes ini telah kita lengkapkan dengan susunan strategi mantap, iaitu menerusi peranan aktif usahawan entrepreneur Melayu di barisan depan, di samping GLC serta penubuhan institusi Waqaf Korporat.  Pada malam tadi kita telah menyaksikan pemeteraian MOU antara DPIM dengn UniKL. MOU ini merupakan langkah DPIM bersama institusi pengajian tinggi menterjemah konsep dan amalan Jihad Binses, institusi Waqaf Korporat serta pembangunan usahawan entrepreneur mengikut kaedah islamik, untuk dijadikan disiplin keilmuan, pengajaran dan pembelajaran. Semua ini adalah bagi manfaat pelajar bisnes di universiti-universiti yang akan menjadi ahli bisnes, eksekutif korporat dan CEO serta usahawan entrepreneur masa depan.

Beberapa bulan sebelum ini pun, DPIM telah melancarkan Program Rakan Jihad  Bisnes yang telah bertapak dengan teguh dan cemerlang sejak beberapa tahun atas inisiatif DPIM Negeri Johor. Program Rakan Jihad Bisnes ini akan kita perluaskan, insya Allah ke semua cawangan DPIM di seluruh negara untuk manfaat ahli-ahli.

PENGERTIAN JIHAD BISNES

Tuan-Tuan dan Puan-Puan rakan seperjuangan sekalian,

Menerusi Jihad Bisnes, kita berjuang atas landasan menyedarkan Melayu dan umat Islam bahawa hakikatnya mereka bukan lagi satu bangsa dan umat yang  kerdil, miskin, lemah, ketinggalan dalam ekonomi dan dengan demikian harus bergantung hidup kepada orang lain. Bagi kita di DPIM, menjadikan bisnes sebagai satu jihad, antara lain, bermaksud:-

Pertama, berkerja keras dan bersungguh-sungguh "menggenggam bara api sampai jadi arang". Dengan semangat Jihad Bisnes, usahawan dan ahli bisnes tidak akan segan atau ragu-ragu mengejar keuntungan, memburu kekayaan dan menghimpun harta. Berjihad menerusi bisnes bermakna menjadikan bisnes sembilan per sepuluh sumber kehidupan dan rezeki.

Menerusi Jihad Bisnes kita mahukan lebih ramai ahli DPIM, dan lebih ramai Melayu dan umat Islam menjadi jutawan dan bilionair. Jihad Bisnes menuntut kita semua gagah dan gigih berusaha sehingga berjaya memperkaya dan memperkasa umat Islam, sekali gus memakmurkan negara menjadi negara maju dengan melipatgandakan pendapatan rakyat semua kaum dan keturunan.

Kedua, memperjuangkan bisnes di jalan Allah untuk membawa sebanyak manfaat, bukan sahaja buat umat Islam, malahan kepada seluruh manusia dan alam semesta. Matlamat Jihad Bisnes ialah menjadikan bisnes satu perjuangan besar bangsa, sehingga akhirnya kita berjaya menegakkan keadilan ekonomi dan kelestarian hidup yang telah banyak dirosakkan oleh sistem kapitalis rakus yang dibawa dan dianjur oleh Barat.

Ketiga, membela nasib golongan miskin dan berpendapatan paling rendah semua kaum dan keturunan supaya dapat berdikari dan bersama mendapat peluang ekonomi seluas-luasnya sehingga berjaya dalam kehidupan. Justeru, Jihad Bisnes bercita-cita menjadikan umat Islam khasnya sebagai umat "al yadul uliya" yang tangannya berada di atas dan tidak terus-menerus dependent dan meminta-minta.

Keempat, menjadikan kemakmuran ekonomi, kesejahteraan sosial dan kestabilan politik hasil usaha bisnes dan korporat sebagai landasan perjuangan jihad dengan cara aman. DPIM menganjurkan Jihad Bisnes sebagai jihad alternatif menggantikan kaedah jihad agresif, berdarah dan ganas.

Disamping itu, tujuannya ialah menyusun semula dan mereformasikan sistem ekonomi ciplakan kapitalis Barat yang mengakibatkan cuma segolongan kecil yang kaya raya membolot harta kekayaan. Jihad Bisnes adalah perjuangan yang suci-mulia untuk menentukan supaya harta kekayaan negara tidak berputar cuma di kalangan golongan kecil yang kaya ini. Matlamat akhirnya ialah memperjuangkan supaya pembahagian harta negara menjadi lebih adil dan saksama.

Dan kelima, Jihad Bisnes juga berlandaskan Waqaf Korporat sebagai satu pembaharuan institusi bertujuan mengatasi kebocoran ekuiti yang banyak berlaku kepada hak milik Melayu-Muslim sejauh ini. Tujuan Waqaf Korporat ialah supaya harta kekayaan milik umat Islam kekal berpanjangan, turun-temurun untuk dinikmati dan dikembangkan oleh generasi masa depan.

Dalam kata lain, kita di DPIM berjuang memastikan Dasar Liberalisasi dan Penswastaan ciplakan Barat diubah-suai dengan memperkenalkan kaedah penswastaan mengikut cara Islam, iaitu bukan sahaja ekuiti korporat milik kerajaan dan GLC diswastakan kepada individu seperti sebelum ini.

Kaedah individualistik mengakibatkan kerosakan dan ketidakadilan berlaku dalam sistem ekonomi. Ia melebarkan jurang kaya-miskin selain menyebabkan ramai rakyat Malaysia menjadi rakus, tamak dan nafsu-nafsi. Di samping itu, golongan masyarakat majoriti kelihatan cuma menjadi mangsa kerakusan, ketamakan dan sifat nafsu-nafsi golongan kecil istimewa ini. Justeru, DPIM menganjurkan penswastaan alternatif, iaitu kepada GLC, GLIC serta barisan organisasi Waqaf Korporat yang perlu dibangunkan, selaras dengan Resolusi Kongres Ekonomi Islam Ketiga, 2009, dan Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri pada 2011.

Bagi orang Melayu dan umat Islam, ideologi Jihad Bisnes jelas berupaya memperbaharui sikap dan pandangan terhadap bisnes yang tidak bercampur-baur dengan was-was, misalnya tentang halal-haram atau bisnes yang melampau duniawi. Jihad Bisnes bererti cara berbisnes yang tidak bersubahat atau bergelumang dengan kaedah penipuan, pembohongan, rasuah, korupsi, kerakusan, monopoli, tamak-haloba, materialistik dan seumpamanya.

Dengan pendekatan baru ini, kita di DPIM yakin bahawa Jihad Bisnes adalah satu-satunya ideologi yang dapat memberi tenaga spiritual hebat dan motivasi tinggi kepada usahawan entrepreneur Muslim untuk berusaha bersungguh-sungguh sehingga tercapai juga cita-cita dan matlamat. Setelah berjaya berjihad menerusi bisnes dan mengendalikan bisnes dengan jujur dan amanah, dengan berpadu tenga di dalam semangat ukhuwah umat ijtimaii, kita dijanjikan oleh Islam dua ganjaran besar. Pertama, berharta dan kaya di dunia, dan kedua, tempat istimewa di akhirat, insya Allah.

(Sebahagian ehsan Ucapan Penggulungan TS Ali Hashim).

Blog Archive