Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Thursday, October 10, 2013

LOL : Cara Terbaik Lepaskan Diri Dari Kena Saman.

assalammualaikum wbt..

Sehingga kini rasanya aku memiliki agak banyak jugak saman-saman tertunggak tak kira saman Majlis Perbandaran tentang parking, saman lalulintas dan sebagainya..Yang paling aku tak suka pulak ofkos, saman AES..yang terbaru Aes berhampiran presint 9 putrajaya telah berjaya menambahkan lagi koleksi saman aku..demm..

Sebelum ni adik aku pernah menunjukkan aku satu video tentang  gadjet no plate kereta style james bond yang boleh ditutup secara kawalan remote untuk mengelakkan disaman AES dan bolehlah kita speed dengan hati yang tenang di lebuh raya..cuma masalahnya aku dah lupa kat page mana nak bukak..

So, masa aku google mencari cara-cara nak mengelakkan di saman tu, aku terjumpa satu video yang menunjukkan cara yang terbukti berkesan untuk mengelakkan disaman polis..cuma ini bukanlah saman AES..apapon tips ini masih boleh dipraktikkan andai anda berada dalam situasi yang sama..

Monday, August 19, 2013

Tips : Ketagihan..

assalammualaikum wbt..

Mengikut kefahaman pendidikan aku yang setakat darjah 3suku , perkataan ketagihan ni diambil dari perkataan tagih atau dalam maksud idam, hasrat, atau mengingini sesuatu..bila idam atau hasrat tu terlalu tinggi, ia akan muncul dalam bentuk menagih dan seterusnya menjadi satu ketagihan akibat penagihan yang tidak terkawal..adakah korang paham apa yang aku tulis?..kehkehkeh..

ok..abaikan, sebenarnya ada beberapa perkara tentang ketagihan yang aku nak cerita ni yang aku alami..aku cuba tulis seringkas yang boleh je la sebab aku memang taknak tulis banyak-banyak...ketagihan pertama yang dah berlaku kepada diri aku sejak dibangku sekolah lagi ofcoz ketagihan pada rokok..Tahukah korang aku dah mula merokok sejak sekolah rendah? dah beribu  batang rokok dan mybe beribu kotak rokok dah aku hisap rasanya..yela lebih 15 tahun aku dah merokok ni..pada pandangan dan pengalaman aku sendiri, rokok ni lebih hebat dari ganja, arak dan sesetengah jenis dadah..

Wednesday, May 1, 2013

Tips : Teknik pujuk bini paling berkesan (drama pendek)...


Selepas 5 jam di kolam memancing D'haritage..aku bergegas balik ke rumah..


aku tengok jam awal lagi..baru pukul 2.30 pagi ropenye...sampai depan pintu, aku seluk poket cari kunci rumah..adehh, takda pulop..


demm..baru nak surprise pelop bini awal-awal pagi ni...


"tukk..tukk..tukk..Yang..Ooo yang"..aku mengetuk pintu dengan berhemah risau jiran sebelah rumah pon terjaga...


"Tidur kat luar"..laung bini aku dari dalam....

Monday, April 29, 2013

Sesi mengkritik + tips..

assalammualaikum wbt..

Malam ni aku terkejut bila check komen yang perlu di approve, ada banyak komen yang semuanya dari Mama Dora..elok aku senang lenang nak layan running man terus rajin kan diri la sikit tulis entri.teruja punya pasal..hahaha..

Sebelum tu aku macam nak review entri aku sendiri sikit (syiokk sendiri) sebab bila Mama Dora atau nama id nastyna komen kat entri-entri aku tu, dan aku chek balik entri apa yang aku tulis, aku rasa entri lepas tu macam ade la tinggi sikit nilai untuk perkongsian kalau nak dibandingkan entri 2013 ni..betul dok mocik?..hahahhaa..

Bila tengok balik yang aku penah tulis, kadang-kadang tu datang perasaan, eh betul ke ni aku penah tulis, macam poyo je..hahahaha...apapon aku cuma rasa je camtu, hakikatnya memang tu yang aku tulis tanpa kopipes mana mana ye...apa yang aku nak cakap, aku sendiri rasa sekarang aku dah lost idea nak menulis tentang info, sentap yang dalam ketegori penulisan yang aku suka..

Sunday, March 24, 2013

Lulz : Tips menulis entri..

assalammualaikum wbt..

Sebenarnya tajuk ni propa je lebih..aku bukan lah orang yang layak memberikan tips berkenaan perkara ni sebab aku sendiri masih newbie dalam menulis atau menaip ni..sebelum tu harap maklum, aku suka perkataan "menulis" dari "menaip" dalam blogging ni..harap inspektor bahasa tak jengah blog aku..

Kadang-kadang aku ni macam syok sendiri pon ada...ada sesetengah entri yang aku tulis tu aku suka.hehe..nak pulak pembaca dapat apa yang aku nak sampaikan dalam entri tu, baik  sentap, info dan lain-lain..aku sendiri rasa woww..kehkehkeh

Tipu la kalau aku tak rasa seronok bila pembaca suka apa aku sampaikan..nak pulak hits tinggi yang baca entri tu..komen sesak..dah memang tujuan aku blogging ni untuk perkongsian kan..so, syok sendiri aku kat sini bermaksud aku seronok la dengan hasil yang aku terima lepas entri tu terpublish..hikhik..

Monday, March 11, 2013

Info : tips elakkan dibuli..

assalammualaikum wbt..

Minggu lepas kecoh pasal video buli membabitkan pelajar Uitm sabah Katanya..bila aku tengok video tu, apa yang aku leh cakap, kaki-kaki buli tu memang poyo...aku ingat zaman buli membuli ni dah habis dah..coiiii..

eh, aku lambat ye nak tulis pasal ni..dah basi?..lantak la..hahaha..bukan apa..bila citer pasal buli ni, aku pon ada jugak pengalaman dibuli dan membuli ni..

Apa yang aku nak tulis ni untuk yang dibuli la terutamanya..yang kaki buli ni aku takleh nak kata apa la..walaupon nampak yang dibuli ni cam loser, tapi pembuli yang sebenarnya loser..So sebagai bekas pelajar yang kira dah melalui benda-benda ni..aku nak bagi tips la sikit camne nak elakkan di buli..nak membuli je aku taknak citer kat sini..tapi boleh PM aku kalau nak tau lebih lanjut..hahaha..

Tuesday, November 6, 2012

Tips : Cara mengelak diri di MLMkan..

assalammualaikum wbt..

Pada yang dah lama follow entri-entri sampah aku ni mesti perasan aku agak anti dengan MLM..dah ada dua tiga entri jugak la tentang kutukan aku terhadap MLM ni..hehe..komen aku dalam entri encik H yang di balas oleh Makcik LiyaaMF telah memberikan aku seciput idea dan makanya terhasillah entri ni..hahaha...

Pertama sekali, entri ni takda kaitan dengan point komen aku dalam gambar kat bawah ni..pointnya dalam komen balas dari Liyaa..Liyaa cakap ada balak ajak jumpa, tapi rupanya nak promote MLM..kehkehkeh..Memang kesian..tapi ni realiti yang dah biasa terjadi..aku pon pernah terkena..


Wednesday, October 17, 2012

Tips : mengelakkan kata-kata makan diri..

assalammualaikum wbt..

Teringat ketika aku berumur 12 tahun iaitu sewaktu darjah 6, aku mempunyai ramai rakan-rakan sebaya yang nakal(termasuk aku pon nakal jugak)..member aku merangkap ketua kelas, bernama Ujang..dia ni bijak, nakal, aktif sukan, dan boleh la dianggap memiliki pakej cemerlang nak jadi ketua..bukan sekadar budak nerd..

Dalam kelas, Ujang ni terer maths..dengan dia jugak la tempat aku nak tiru soalan-soalan yang aku tak leh jawab..baik kan dia..hahaha..tapi apa yang buat aku kagum dengan Ujang ni..masa tu pon dia dah jadi seorang pemain snooker yang 'cun'..serius beb..dia jugak la yang memperkenalkan aku dengan kedai-kedai kuda dan snooker ni..haha.. 

amaran keras : berjudi haram disisi agama

Kalau sekarang judi dah update ikut peredaran masa..mesin yang besar gedabak dulu dah digantikan dengan desktop je..kalau yang advan sikit kita boleh online je kat rumah guna transasi akaun je..dulu kat pusat snooker ni jela tempat judi lumba kuda..baru aku tau rupanya Ujang banyak buat latihan kira-kira kat sini..kelas tambahan katanya..patutlah terer maths..hahaha..

Monday, September 24, 2012

Tips : tukar kembali profile google plus+ kepada profile blogger

assalammualaikum wbt..

Kejadian Jumaat lepas (Link) yang berkaitan Google plus betul-betul menghantui aku..dalam 2 hari bercuti sabtu dan ahad, banyak masa aku dihabiskan depan pc je nak betulkan balik kekacauan yang dah jadi kat blog aku ni..ingat malas pedulikan, tapi rupanya sayang jugak aku dengan blog ni..buat jugak.kehkehkeh... alhamdulillah setakat ni 50% dah settle 20% belum siap, 30% tak dapat di selamatkan..malam tadi pon pukul 3 pagi baru aku dapat tido..(padahal layan astro pasal dapat channel pree)..hehe..

Selepas aku menyelongkar merata tong sampah, akhir jumpa balik soft copy untuk gambar-gambar ber sentimental value tinggi tu..tu pon dalam memory kad..macam yang aku cakap sebelum ni, aku tak suka simpan gambar dalam pc..nasib la aku belum delete lagi gambar tu..walaupon tak semua yang ada, janji gambar gambar penting ada lagi, okay la tu kan..kalau gambar berjimba-jimba tu aku tak heran pon..kehkehkeh..

 So untuk kali ni aku nak kongsikan la sikit cara nak tukar semula profile google+ kepada blogger sebab ada permintaan jugak dari sahabat blog ni dan untuk sapa-sapa la yang masih pening sebab tertukar ke google+..

Wednesday, September 19, 2012

Tips : Cara mengekalkan pembaca sedia ada..

assalammualaikum wbt..

Usaha aku berblogging sepanjang beberapa tahun ni aku kira dah berbaloi la walaupon belum berbayar..kehkehkeh..apa yang lagi berharga bagi aku ialah ada kawan-kawan yang selalu rajin support entri aku secara paksaan ni..kalau tak baca aku tikam..haha..pada korang yang baru lagi blogging tapi dah ada pembaca kira bagus dah tu ..harap jaga la baik-baik..seriusly bukan senang nak kekalkan..

Okay, sebenarnya kali ni aku nak buat  entri berkenaan satu masalah yang biasa dikalangan blogger..aku pon dah biasa sangat dapat masalahnya ni..(hilang pembaca secara tiba-tiba)..hahaha..kadang-kadang tu terkilan jugak, pasai apa la entri aku ni sunyi je..mana kawan-kawan tak mai lawat blog aku ni..sedihh..haha.

Aku tak nak cerita dah bab nak dapatkan kawan atau tarik pembaca ni tu camna..yang tu pandai-pandai la korang..haha..masalah yang ni dah kira masuk part2..bagaimana cara nak kekalkan pembaca yang sedia ada supaya diorang tak blah..nak menten lagi susah dari nak naik beb..tu baru target nak menten..silap haribulan down terus..nak blogging pon malas ibarat macam start dari awal balik..leceh la kan..haha..

Thursday, September 13, 2012

Tips busuk dalam rumahtangga..puii

assalammualaikum wbt..

Seseorang yang lebih usia atau yang lebih tepatnya berpengalaman selalunya diungkapkan dalam perumpamaan "lebih dulu makan garam" atau bermaksud lebih dulu la akan kena darah tinggi..okay tu aku merepek je..abaikan.. kehekehkeh..tak payah aku nak terangkan pasal tu pon rasanya..peribahasa perumpamaan tu dah jelas..bukan macam yang aku terangkan sebelum ni  LINK..

Cerita pasal pengalaman..sejak aku kawin tahun lepas, ada seorang brader ni suka sangat cerita pasal pengalaman dan berkongsi tips dia dalam berumahtangga ..maklum lah usia dia pon dah nak masuk 50an..mungkin dia ikhlas nak berkongsi atau sekadar nak eksyen sebab dah lama berkahwin aku pon tak pasti..masalahnya tips pengalaman yang dia kongsikan tu bagi aku annoying dan busuk..

Bukan aku tak respek orang-orang lama ni..tapi bukan semua  pendapat orang lama tu boleh digunakan..tak kira la dia makan garam ke, kunyit dulu ke..usia, pengalaman dan peribadi setiap orang berbeza..tak semestinya usia tua, luas pengalaman dan tak semestinya jugak muda tu kosong..nak pulak kita pon dah ada pengalaman tu sendiri..boleh compare sendiri kan..

Tuesday, August 28, 2012

Malware detected

assalamualaikum wbt..

Dalam entri lepas, dua orang makcik yang merupakan pembaca setia blog ni ada memberitahu blog sampah ni ada virus malware..pada mulanya chuu sorang je yang cakap..aku buat tak reti je lagi..lepas makcik mell pon cakap benda yang sama terus aku tak leh pandang ringan..makanya dengan pantas aku cari la cara nak buang virus lahanat ni..grrr..

Terus terang la aku cakap,aku tak tau virus malware ni sebenarnya serang blog atau desktop..so bila aku google, rupanya dah ramai blogger kena virus ni kat blog diorang..so maksudnya virus ni cuma ada bila online la ikut kefahaman aku..tu pasal blog aku terkena..

Macam-macam tutorial ada bila aku google..aku pon naik pening nak guna yang mana satu..dan kebanyakkannya tutorial sampah tak boleh pakai pon..tutorial yang sama sebijik dalam blog yang berbeza..kehkehkeh..tapi dalam satu blog tu ada penerangan yang agak jelas dan memang berguna la untuk remove malware tersebut..trimas tuan blog..

Wednesday, August 8, 2012

Sentap ringan+tips blogging

assalammualaikum wbt..

"ermm..hampir setengah jam aku mengadap new post yang kosong dan tak tau nak taip apa"..kehkehkeh...ok tu alasan bodoh je bagi aku..konon-konon bila dah lama tak menaip entri, dah susah la nak mulakan balik menulis tu..hilang skill katanya..kehkehkeh...kata-kata seorang blogger yang konon hebat biasanya cam gitu..

Sebenarnya kalau korang berada dalam situasi yang aku cakap atas ni,senang je..tak payah la terus buang masa lagi padahal takda idea nak tulis pon..hahaha..aku tak paham kenapa orang nak paksa diri menulis sedangkan takda idea..akhirnya entri merapu macam entri aku ni..kehkehkeh..

Situasi macam ni jarang berlaku kat aku sebab aku akan buka new post bila aku dah ada point apa yang nak ditulis je even benda tu isu kecil pon..aku bukan blogger hebak yang sentiasa ada idea menulis pon kan..macam Chuu penah troll dulu dalam entri tips dia yang takda tips pon..hahaha.."tips menulis tajuk artikel/entri blog"..haa..yang ni memang pasti masalah besar bagi aku..walaupon aku ada banyak point, cerita nak tulis, tang tajuk aku blur -_-'..

Tuesday, July 17, 2012

Dairi dan Tips : Komen Mengimbau Kenangan..

assalammualaikum wbt..

Macam yang aku pernah cerita dulu, sebelum aku jadi blogger ni aku seorang chatters tegar..last aku aktif dalam chatting tak ingat dah bila..masa tu kecoh chatters Indon boot room-room chatting kat yahoo massenger Malaysia pasal isu maling..ekeke..so akibat bosan nak masuk room pon susah, ditambah kalau masuk pon takda orang, akhirnya aku terus hantar surat berhenti chatting kat ym tu..hahaha..

Tapi masa awal-awal aku blogging dulu, aku masih lagi seorang chatters..ada jugak dulu aku buat entri pasal gath kecik geng-geng chatting aku tu.. link sini dan sini..kadang-kadang rindu pon ada jugak kat diorang..cuma aku nak masuk room je rasa malas walaupon aku tau diorang semua ada lagi..ekeke..tapi alhamdulillah la,perhubungan tu tetap ada sampai sekarang..fb,twitter kan ada..kat wall aku pon penuh dengan status budak-budak chatting ni jugak..kehkehkeh..

Sunday, July 15, 2012

Etika menulis dan blogging

assalammualaikum wbt..

Sebelum rancangan tv bodoh kesukaan aku start pukul 10 malam tadi, aku main-main la dengan remote astro tu tukar-tukar siaran..terpasang pulak rancangan 'Awallagi'..talk show bersama Awal ashaari..sebelum aku nak tukar ke rancangan lain, keluar pulak sedutan pasal vlogger Mat lutfi, dan kisah artis dengan blogger untuk rancangan tu..terus aku stay dulu..hehe..

Dalam rancangan tu Hamzi blogger Rotikaya.com dijemput..nak tambah lagi dramatik, Wan shades yang kena fitnah dengan Rotikaya tempoh hari pon ada sama..kehkehkeh..kesimpulanya dalam rancangan tu blogger kena bantai la dengan artis pulak..padan muka..ni asik blogger je bantai artis dalam blog, tak fair la kan..haa, hamekaw..kehkehkeh..

So lepas tengok rancangan tak best tu aku teringin la cakap sikit pasal blogging ni..terutama untuk blogger yang bajet-bajet konon nak jadi wartawan hiburan ni..Rotikaya,dengan beautifulnara tu tak termasuk..diorang dah pemes..tapi tengok la,walaupon dah pemes, kena wat slack sekali, silap-silap makin senang kena saman..kehkehkeh...

Saturday, June 23, 2012

Tips untuk spammer dan sentap blogger ..

assalammualaikum wbt..

Pagi ni aku bajet rajin la sikit nak blogwalking selain blog kawan-kawan yang dah biasa aku semakkan tu..hahahaa..tapi bila blogwalking je, mesti aku akan tertroll dengan blogger scammer yang hampeh ni...pelis la jujur sikit dalam berbelog ni..asik-asik aku terklik iklan churp-churp atau says jadah tu..

Aku nak sekat pon tak tau macam mana..setakat nak blok ip address, bukan sorang kan yang macam tu..beribu lagi ada..so blok ip bukan jalan penyelesaian pon..aku sama sekali tak sokong cara nak buat duit dengan menipu macam tu..kalau ye pon nak suruh orang support iklan hang tu, bagitau la elok-elok contohnya..


Anon : iklan churp2..boxer terpakai untuk dijual..(link)


Haa..kalau buat camni kan bagus..secara jujurnya aku sendiri rasa memang nak klik..ni tak, bila korang menipu kononnya singgah blogwalking je pastu ajak singgah blog dia pulak.promote kononnya ada entry gempak..skali klik rupanya iklan..tak ke hampeh tu..dari aku rasa nak singgah terus jadi marah..puihh..nampak tak beza bila korang jujur..dari orang tak minat nak klik iklan terus rasa nak klik (kalau kita berminat nak tau la benda tu)..paling koman orang tak marah..

Saturday, March 24, 2012

Cara menangani plagiarism atau plagiat..

assalammualaikum wbt..

Berkenaan tajuk aku di atas, rumusan aku tentang cara menangani plagiat is nothing..erk, belum apa-apa dah rumusan pulak..kehkehkeh..tapi betul la,memang takda cara setakat ni...ok start dari awal balik..sebelum ni aku dah pernah buat entri pasal hal ni jugak..saja aku bosan-bosan ni terasa nak tulis lagi advance entri pasal ni lagi sebabnya bila aku blogwalking, aku tengok ramai sangat blogger anti plagiat rupanya..hahaha..

Tapi apa yang buat aku nak tergelak ialah sebab lu olang cakap tarak serupa bikin maa..pasang tanda besar-besar kat blog, copycat not allowed la, dilarang mengcopy paste hak persendirian la.. wat the fuck??..korang sendiri pon sama je..kahkahkah..pasal kredit dah satu hal..kalau bagi pon takda nilai la bagi owner blog tu..bagi la cash ke, kredit topup ke, baru betul menghargai karya orang..kahkahah..

Contoh blogger peribadi macam aku ni la,tulis ikut suka je..kalau la tiba-tiba aku pasang signbord kat tepi ni..

Monday, February 13, 2012

Tutorial mendapatkan cinta..

assalammualaikum wbt..

Ada sesapa tengah kecewa dalam percintaan sekarang?..cinta anda ditolak?..rilek..jangan putus asa..kuatkan semangat..baca teknik dan tips nak dapat awek/pakwe baru dengan cara jahat atau tersembunyi ni hasil pengalaman aku sendiri..sebabkan aku dah pon kawin, so tak kisah kot kalau aku kongsi cara aku ni dulu dulu nak cari gundik..kahkahakah...

Teknik aku ni sebenarnya mudah je nak paham..konsepnya kita boleh luahkan perasaan kita kat orang yang kita suka tanpa risau dia reject atau kita dapat malu dan korang tetap boleh jadi kawan dia walau apa pon jadi..hahaha..jahat siak..harap jangan salah guna teknik ni untuk jadi player..

Thursday, November 17, 2011

Fakta : blog yang dikopipes adalah blog hebakk..

assalammualaikum wbt..

Harini aku nak story berkenaan etika blogging sikit..bajet hebak la kan..wakaka..nak cakap tips bukan tips pon, apatah lagi tutorial..ni just pendapat aku je ok..Macam word yang dah terpampang kat header blog aku ni "biarlah entry sampah, asalkan bukan plagiat"..korang tak rasa siak ke ayat tu..kehekehkeh..sebenarnya ayat ni aku buat bukanlah untuk diri aku semata mata...tak paham? pikir la sendiri..hahaha.. 

 Isu pasal plagiat atau copycat ni bukan la isu baru pon..jangan cakap blogging je..segala benda kat dunia ni pon ada masalah ni..tapi bila dah cakap pasal blogging rata rata banyak blogger tak suka benda ni kan..korang mesti rasa macam hak korang di curi atau dikelepet.. 

 Terus terang aku nak katakan, aku tak kisah kalau orang nak copycat @ plagiat blog aku, jangan hack sudah..wakakaka..kenapa aku cakap camni? sebabnya aku bukan retis, bukan penulis hebak, dan tak mungkin ada orang nak copycat entry sampah aku Tapi..kalau la ada jugak yang 'teringin' mengcopycat blog aku ni, serius aku akan rasa terharu sangat..serius bai..bangga pon ada jugak kalau penulisan aku ni ada orang nak ambil..entry sampah je kot..ambil je la, tak payah bagi kredit kredit jadah tu..kahakahkah..

maksud tersirat yang aku nak sampaikan sebenarnya 'silalah copycat blog aku'..kehkehekeheh.. "Anda DIBENARKAN untuk mengambil apa sahaja kandungan dalam blog ini walau dengan apa cara sekali pun. Tiada larangan sama sekali daripada unwanted."..huhu..ni ayat dari blog unwanted tutorial blogspot..ni la apa yang aku nak kategorikan sebagai otai..takda pon mintak orang bagi kredit kat dia..ni orang lain aku tengok, sebuk je bising bising blog kena copycat.. kihkihkih...

 So terpulang la kat korang nak macam mana pon..blog lu, lu punya pasal la..tapi etika aku dalam berblogging ni, aku takkan sesekali copycat blog orang lain..even sampah mana pon entry aku, ada aku kesah..nama pon blog sampah..hahaha.. Kesimpulannya, toksah la marah sangat kalau kena kopipes tu..tu menandakan penulisan atau entry korang hebat, ohsem,best, terbaik dari ladang...kalau taknak kena ciplak, tak payah buat blog/jangan share apa apa...kahkahkahakah...

 p/s : away~~ 

Monday, October 31, 2011

Petua : hilangkan pedih mata kena cili@bawang

Korang penah tumbuk sambal..maksud aku buat sambal belacan la, tak pon untuk bahan menumis dalam masakkan tu...time menumbuk tu penah tak cili biji cili tu kena mata korang ..pedih kan..sebab tu aku kalau nak buat sambal belacan mesti pakai sunglasses ..ekekeke..

Biasa kalau biji cili tu dah kena mata mesti kita cuci mata ngan air banyak banyk..standard la tu..ni aku nak kongsi satu petua pelik tapi insya'Allah la jadi..aku pon 1st time dengar benda ni..korang penah dengar orang tua dulu dulu cakap, kalau mata kena cili pegi cuci kaki..errr..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...