Showing posts with label Announcement. Show all posts
Showing posts with label Announcement. Show all posts

Thursday, March 31, 2011

Iklankan barangan anda di Forum PNA

[ BERITA TERKINI BUAT SEMUA ]

Salam buat semua.
Mungkin masih ramai yang belum menyedari tentang FORUM yang telah kami sediakan untuk semua.
Melalui PNA Forum ini, anda semua dapat mengiklankan barangan anda dengan cara anda yang tersendiri.

Anda juga boleh memuat turun gambar yang berkaitan dengan jualan yang anda ingin iklankan. Kami sediakan ruangan Forum ini KHAS untuk anda. Sebagai salah satu lagi ruangan untuk anda mempromosikan barangan anda.

Sekali lagi, kami merakamkan ucapan terima kasih kepada Norjanah Samah yang telah memberikan idea bagi mengadakan ruangan Forum ini. Sebagai tanda terima kasih kami kepadanya, kami mengajak anda semua ke blog niaganya iaitu http://e-boutiqueliving.blogspot.com/ bagi mendapatkan pelbagai pakaian muslimah seperti Jubah Moden, Baju Kurung dan blouse.

Anda juga boleh menjadi seperti Norjanah. Sekiranya cadangan yang anda utarakan kepada kami amat sesuai untuk kami aplikasikan, maka anda juga akan diberi penghargaan seperti ini juga.

Sekian kalinya, kami menjemput anda semua memeriahkan FORUM di PortalNiagaAnda.. Jom! Jom! Jom!! :)

Wassalam.
- Admin PNA -

Tuesday, October 5, 2010

Storage image PNA sudah penuh

Kami ingin memaklumkan bahawa selepas ini, posting untuk iklan di PNA, akan di siarkan gambar yang akan di ambil dari blog anda masing - masing. Ini kerana kami telah mengalami limpahan gambar di dalam storage, yang menyebabkan kami tidak dapat lagi meng upload gambar yang baharu ke dalam akaun kami.

Oleh itu, kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang di alami ini. Semoga anda akan setia dengan kami, dan kami sentiasa mendoakan kejayaan anda dalam bidang perniagaan masing - masing. InsyaAllah.

Wassalam,

~ Admin PNA ~

Monday, June 14, 2010

Iklan percuma di Portal Niaga Anda berjalan seperti biasa

[ BERITA TERKINI DI PNA ]

Alhamdulillah dan ucap syukur kepadaNya kerana dengan izinNya jua kami di PNA dapat melaksanakan tugas - tugas kami semula seperti sediakala.

Hampir 2 minggu, dengan gangguan internet yang berlaku, di tambah dengan tempoh percutian kami, menyebabkan PNA agak tergendala buat seketika.

InsyaAllah selepas ini, PNA akan dapat menyiarkan semula blog - blog pilihan untuk di iklan kan di Portal Niaga Anda ini.

Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan kepada kami. Semoga anda semua akan di berkati dan dilimpahkan rahmat dariNya Yang Esa. Amin

- Admin PNA -

Wednesday, June 9, 2010

Forum di Portal Niaga Anda

Pengumuman :

Kami telah menyediakan satu sudut forum untuk anda semua. Terima kasih kepada Norjanah Samah kerana telah memberikan cadangan yang baik ini kepada kami. Sebagai penghargaan buat Janah, kami promosikan blog nya secara tidak langsung kepada anda semua.

Kunjungi blognya di http://e-boutiqueliving.blogspot.com/ untuk mendapatkan retail dan borong

pakaian muslimah seperti Jubah Moden, Baju Kurung dan blouse.

- Admin PNA -

Thursday, June 3, 2010

BLOG PILIHAN tanpa layout blog

Setelah meneliti masalah yang kami hadapi ini, membuatkan kami mengambil keputusan untuk membuat juga posting yang telah tertunggak.

Keputusan ini di buat bagi memenuhi janji kami dengan anda yang telah berdaftar dengan PNA untuk mengiklankan sebanyak 3-10 blog niaga untuk satu hari.

Kesinambungan dari gangguan talian internet yang dihadapi menyebabkan layout blog anda tidak dapat kami publishkan bersama dengan iklan anda. Kami berusaha untuk memenuhi semua permintaan. Oleh itu, kami akan cuba memasukkan nya kembali setelah internet telah pulih seperti sediakala. InsyaAllah..

Kami mencuba sebaik mungkin. Semoga ianya akan berjalan seperti biasa. InsyaAllah..

Mengalami gangguan talian internet

Kami di pihak PNA memohon maaf kepada semua.

Kami tidak dapat membuat sebarang posting semenjak dari semalam, dan berlanjutan sehingga ke hari ini. Kami tidak pasti bila kah ia akan pulih semula. Masalah ini berlaku kerana terdapat gangguan talian internet di pihak kami.

Gangguan ini menyebabkan kami tidak dapat membuka blog anda yang akan dipilih untuk diiklankan. Ini penting bagi membolehkan kami mengambil layout blog anda sebagai iklan di PNA.

Kesukaran yang timbul ini membuatkan kami tidak dapat membuat sebarang posting bagi BLOG PILIHAN. Hanya posting biasa sahaja yang dapat kami lakukan.

Selain itu, blog PNA sendiri pun kami tidak dapat browse akibat dari gangguan ini. 

Dengan itu, sekali lagi kami memohon maaf kepada semua lantaran masalah yang timbul ini. InsyaAllah, kami mendoakan yang terbaik untuk semua. Yakin dengan Allah, segala yang terjadi adalah keranaNya. Mungkin ada kelalaian dari saya sendiri yang saya tidak sedar, ataupun sebagai ujian buat kami di pihak PNA.

Segala yang baik adalah datangnya dari Allah, dan segala yang buruk itu, dari kedhaifan kami di pihak PNA. Kami mendoakan yang terbaik untuk semua.

- Admin PNA -

Tuesday, May 25, 2010

Iklan percuma di Portal Niaga Anda

Sekali lagi kami memaklumkan kepada semua, yang kami di PNA menyediakan perkhidmatan IKLAN PERCUMA kepada semua pemilik blog niaga yang terdapat di Malaysia ini.

Kami mendoakan semoga dengan adanya perkhidmatan kami ini, akan lebih memajukan perniagaan anda semua. Kami gembira di atas kejayaan anda.

Wassalam.
- Admin PNA -

Monday, May 24, 2010

Beroperasi seperti biasa

Alhamdulillah, hari ini PNA dapat beroperasi seperti sediakala. Setelah melalui fasa 'makeover' terhadap penampilan PNA, yang menyebabkan banyak masa diluangkan dalam mengemaskini layout dan pengubahsuaian aturan setiap capaian pengguna, maka terhasillah PNA yang berwajah baru. InsyaAllah ianya nampak lebih kemas dan mudah di fahami oleh semua.

Apa yang menyebabkan kami tidak dapat membuat sebarang pemilihan semalam, kerana mengalami beberapa masalah teknikal yang juga berpunca dari pemindahan data lama kami. Ini menyebabkan kami sukar untuk membuat posting yang baru. Namun begitu, kami amat bersyukur kerana ianya dapat digunakan seperti sediakala selepas 24jam berlalu bermula dari 21hb.

Semoga semua yang berkunjung ke PNA akan berpuas hati dengan konsep baru yang kami tonjolkan. Kami juga menghargai segala cadangan dan pandangan dari semua.
InsyaAllah bermanfaat untuk semua.
Wassalam.

- Admin PNA -

Really thank to Musbarina Ahmad Mustar

Kami mengucapkan berbanyak terima kasih dan penghargaan buat Musbarina Ahmad Mustar (temui nya di http://musbarina.blogspot.com/ )di atas cadangan nya supaya menukarkan banner kami yang sebelum ini.

Banner kami dahulu yang mungkin kurang sesuai di letakkan di kebanyakkan blog niaga anda, telah kami tukarkan kepada banner yang InsyaAllah menepati ruang tepi blog anda. Terima kasih sekali lagi atas cadangan nya yang baik itu.

Semoga dengan adanya banner yang baru ini, akan lebih menyenangkan pihak anda semua. InsyaAllah kami akan lakukan yang terbaik untuk semua.

Oleh itu, kami sangat menghargai cadangan dan pandangan semua untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kami. InsyaAllah bermanfaat untuk semua.
Baca selanjutnya di http://penaadmin.blogspot.com/

Sunday, May 23, 2010

Selangkah Maju Kehadapan

Alhamdulillah. Syukur kepadaNya kerana hari ini, tanggal 22 Mei 2010, PNA telah berjaya menukar wajahnya. InsyaAllah kali ini, PNA tampil dengan konsep yang lebih mesra pengguna dan dengan penampilan yang lebih ceria.

Penampilan yang baru ini, telah menyebabkan terdapat beberapa perubahan yang berlaku kepada capaian IKLAN PERCUMA anda.

Antaranya ialah :

LAYOUT IKLAN
Kami telah mengubah layout iklan anda dengan hanya penampilkan gambar blog anda sahaja. Ini kerana bagi kemudahan akses anda ke Iklan - iklan tanpa menunggu masa yang lama. Di samping itu, anda juga akan lebih senang untuk melihat kesemua iklan - iklan yang telah terpilih diiklan kan di PNA

SUBSCRIBER
Kepada kesemua subcriber yang pernah subscribe dengan pihak PNA, di harap dapat melakukan nya sekali lagi kerana link untuk simpanan iklan juga telah bertukar. Oleh itu, kami mengharapkan anda dapat memasukkan email anda ke dalam kotak subscribe yang disediakan di IKLAN PERCUMA bagi membolehkan anda dapat mengetahui iklan terkini yang terpilih di PNA.

LAYOUT HADAPAN
Kami hanya akan menempatkan perkara penting sahaja di muka hadapan, manakala Simpanan IKLAN PERCUMA telahpun di asingkan. Ini adalah bagi kesenangan semua, dan kami pasti anda akan gembira dengan penampilan baru kami ini.

HARAPAN ADMIN

InsyaAllah apa yang kami lakukan ini adalah untuk membantu anda melebarkan sayap perniagaan anda semua. Cuma, apa yang admin harapkan, anda dapat menjalankan perniagaan yang berlandaskan syariat Nya kerana dari situ juga lah pendapatan kita akan terhasil. Dan, dari hasil itulah juga kita akan berikan kepada keluarga kita. Sumber yang halal dan bersih, akan membentuk keluarga yang harmoni dan diredhai Nya.. InsyaAllah.

Baca seterusnya di http://penaadmin.blogspot.com/2010/05/selangkah-maju-kehadapan.html

[ How to get FREE Ads & REGISTER with PNA ]

Step 1 : Be a part of our fans and followers

Step 2 : Submit the FREE ADS's Form

* For some of period, Admin will review your application and will notify you when your ad is selected for the advertising

Step 3 : Follow the admin's instructions in the your ad
i. Put our Banner in your blog
ii. Write your Comments below your free ads
iii. Put our link (http://yourfreeadvertisement.blogspot.com/) in your bloglist

THAT'S ALL! Easy, right? .. and it is FREE FOR U !

[ Our Followers ]

[ PNA's Fan Box ]

[ Free Ad's Form ]

Your Blog Title :
A brief description of your business blog :
Your link address :
Your blog category :
Write Your category (If your blog's category more than one OR for others Category ) :
Your Name :
Email :
Phone No :
How do you know about this Portal? :
Already be our fans and followers? :
Give some brief about this Portal ( appreciated if you can give some suggestion to us ) :

This HTML form was created by Freedback.

[ Pesanan Anda ]