Memaparkan catatan dengan label debat 1mdb. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label debat 1mdb. Papar semua catatan

Rabu, 4 November 2015

Alamat Tak Jadi La Debat..!


Dahsyat penangan 1MDB ni..! Dah jauh sangat menyimpang..! Macam macam berlaku hanya kerana mahu menutup dan melindungi 1MDB..!

Terbaru semalam dilaporkan...

Tan Sri Pandikar Amin Mulia menjelaskan beliau sedia melepaskan jawatan speaker Dewan Rakyat jika kerajaan mahu meneruskan rancangan perdebatan antara Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) berhubung syarikat yang sarat hutang itu.
"Kalau dibenarkan debat itu seolah-oleh debat itu lebih penting daripada PAC. Dan jika debat ini dibenarkan, jangan ada PAC biarkan debat sahaja, tidak guna ada jawatan kuasa (parlimen).
"Kalau kerajaan seperti yang disebut (bahawa) ada agenda, itu agenda kerajaan. Bagi saya, kalau kerajaan mahu meneruskan perdebatan itu, saya tidak akan melibatkan diri saya dalam hal ini.
"Dan saya dengan segala sukacitanya akan mengundur diri sebagai speaker, kalau itu juga diteuskan. Pendirian saya adalah jelas," katannya.
Sebelum itu, Pandikar membuat keputusan dengan mengarahkan Pua meletakkan jwatan anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) atau tidak terlibat dengan mana-mana siasatan atau prosiding berhubung skandal itu.
Beliau berkata demikian sebagai memberi respon beliau terhadap laporan media media berhubung rancangan untuk mengadakan perdebatan antara Arul dan Pua berhubung skandal 1MDB.
Dalam masa yang sama Shafie Apdhal dilaporkan berkata..
Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal membantah syarat yang dikenakan oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung debat secara langsung berkaitan skandal 1MDB di antara anggota PAC Tony Pua dengan presiden firma itu, Arul Kanda Kandasamy.
Menurut bekas menteri kabinet itu, mengenakan syarat kepada debat secara langsung atau menghalangnya tidak harus dan tidak sewajarnya dilakukan.
Ini kerana, katanya, perdebatan itu penting kepada rakyat untuk mencari kebenaran mengenai isu 1MDB.
"Saya mengalu-alukan debat itu diadakan. Kita alukan perdebatan ini kerana ia mungkin boleh memberi maklumat (berkaitan 1MDB)," katanya ketika ditemui di lobi parlimen.
"Tapi nak letak syarat, saya berpandangan itu tak wajar. Tidak harus ada syarat diletakkan pada mana-mana pihak untuk kita mencari kebenaran walaupun dia mempunyai maklumat.
"Walaupun beliau (Pua) mempunyai maklumat eksklusif (berkaitan 1MDB) dalam kapasitinya sebagai anggota PAC dan kita tidak sepatutnya meletakkan syarat kepadanya," katanya.
Atau kerana dilihat ianya bakal tidak menguntung 1MDB..! ianya bakal 'melondehkan' pihak tertentu..! Ianya bleh dilihat selepas 10 soalan dikeluarkan, sedangkan sebelumnya bukan main kuat lagi jerit pekik penjilat@pengampu mengutuk Pua..!
Berikut adalah ‘10 soalan’ yang dicadangkan Pua:

1. Mengapakah Bank Negara menarik balik kelulusan untuk 1MDB untuk memindahkan lebih daripada US$ 1.8 bilion di luar negara? Adakah kerana kebanyakan dana telah dipindahkan ke akaun yang tidak berkaitan dengan projek usaha sama 1MDB dengan PetroSaudi International Limited seperti yang dinyatakan dalam minit mesyuarat Lembaga yang dibocorkan yang telah diakui Arul? Berapa banyak yang telah dipindahkan ke akaun yang tidak berkaitan ini? Adakah akaun yang tidak berkaitan ini dimiliki oleh Good Star Limited dan yang memiliki atau mengawal Good Star Limited?

2. Adakah benar bahawa 1MDB telah melabur US$1 bilion yang pertama untuk memperoleh 40% daripada 1MDB-Petrosaudi manakala PetroSaudi hanya perlu melabur haknya kepada rizab minyak tertentu di Laut Caspian dan di Argentina bagi pegangan 60%? Di samping itu, adakah hak untuk minyak Laut Kaspia ditamatkan oleh PetroSaudi dalam tempoh 2 bulan selepas majlis menandatangani perjanjian usaha sama itu, yang bermakna bahawa PetroSaudi memperoleh 60% kepentingan mereka tanpa apa-apa pelaburan penting?

3. Adakah benar bahawa 1MDB telah tergesa-gesa untuk menandatangani perjanjian usaha sama dengan PetroSaudi, tanpa mendapat kelulusan Lembaga Pengarah seperti yang dinyatakan dalam minit Lembaga yang sama?

4. Penyata 1MDB Kewangan bertarikh 31 Mac 2013 dan 2014 menyatakan bahawa AS $ 1.4 bilion telah diadakan sebagai deposit oleh International Petroleum Investment Corporation (IPIC) sebagai syarat untuk IPIC menjamin terbitan bon 1MDB bernilai US$3.5 bilion. Walau bagaimanapun, IPIC Penyata Kewangan bertarikh Disember 2013 dan 2014 yang diaudit oleh Ernst & Young tidak mendedahkan apa-apa syarat itu bagi menyediakan jaminan. Imbang tara IPIC juga tidak mencerminkan apa-apa deposit dikembalikan seperti yang diterima atau dipegang. Mengapa 1MDB tidak meminta IPIC menjelaskan di mana wang itu disalurkan?

5. Adakah 1MDB membayar US$993 juta daripada jumlah US$1.22 bilion yang ditebus daripada dana pelaburan Kepulauan Cayman dan US$975 juta lagi yang dipinjam dari konsortium yang diterajui Deutsche Bank mengetuai  untuk menamatkan pilihan 1MDB diberikan kepada Aabar Investments sebagai sebahagian daripada syarat lain dengan IPIC untuk menjamin pemberian bon US$3.5 bilion oleh 1MDB? Apa sebenarnya yang jumlah wang yang dibayar dan kena dibayar kepada Aabar atau IPIC? Kenapa IPIC nyatakan dalam penyata kewangan Disember 2014 bahawa 1MDB masih berhutang IPIC sebanyak US$ 481 juta untuk penamatan tersebut?

Di samping itu, jika US$993 juta daripada jumlah US$1.22 bilion yang ditebus dari Kepulauan Cayman tidak dibayar kepada Aabar atau IPIC, ke mana wang itu pergi?


6. Telah didedahkan dalam penyata kewangan 1MDB, jawapan Parlimen dan siaran media bahawa 1MDB Global Investment Limited meminjam US$3 bilion pada bulan Mac 2013 bagi tujuan melabur dalam satu usaha sama 50:50 dengan Aabar Investments Limited di mana usaha sama itu akan melabur dalam pembangunan Tun Razak Exchange (TRX). Persoalannya, mengapa lebih daripada US$1.5 bilion daripada pinjaman itu telah digunakan untuk tujuan selain daripada yang dinyatakan dalam akaun Mac 2014 yang telah diaudit, terutama sejak usaha sama itu masih belum diaktifkan setakat ini?

7. Arul Kanda sebelum ini telah memaklumkan kepada rakyat Malaysia dan pengarah-pengarah 1MDB, menurut minit mesyuarat yang bocor itu, bahawa baki pelaburan Kepulauan Cayman berjumlah US$1.108 bilion telah ditebus sepenuhnya dan telah diadakan secara tunai di BSI Bank Singapura. Walau bagaimanapun, Presiden 1MDB sejak dari itu mengakui bahawa jumlah yang ditebus bukanlah bentuk tunai tetapi 'unit dana' bernilai US$ 940 juta. Mengapa 'unit dana' ini yang telah ditebus daripada dana Pulau Cayman masih dalam bentuk 'unit dana' dan tidak secara tunai atau, aset mentah seperti hartanah dan saham? Jika ia berada dalam bentuk 'unit dana', bukankah bermakna bahawa dana Caymans itu sebenarnya tidak pernah ditebus?
8. Arul Kanda mengumumkan bahawa hutang pertukaran aset dengan IPIC, di mana IPIC memperoleh RM16 bilion hutang 1MDB sebagai pertukaran bagi aset 1MDB. IPIC telah pun mendapat lebih US$1 bilion dalam perjanjian itu. Di mana 1MDB akan menghasilkan aset bernilai RM16 bilion ini untuk menyalurkan kepada IPIC pada 30 Jun 2016?

Kementerian Kewangan (MOF) juga membuat pembayaran ganti rugi kepada IPIC bagi perjanjian hutang pertukaran aset. Adakah ini bermakna jika 1MDB tidak mengemukakan aset bernilai RM16 bilion pada 30 Jun 2016, Kementerian Kewangan perlu membayar pampasan IPIC sewajarnya?

9. Arul sebelum ini telah mengisytiharkan bahawa pelupusan anak syarikatnya, Edra Energy akan membolehkan ia untuk mengurangkan antara RM16 hingga RM18 bilion hutang 1MDB. Walau bagaimanapun, jumlah hutang yang berkaitan kepada jumlah cabang tenaga 1MDB kepada kira-kira RM36 bilion, yang terdiri daripada US$3.5 bilion bon, RM5.7 bilion pinjaman langsung dan lebih RM8 bilion pinjaman yang diwarisi. Oleh itu pengurangan sehingga RM18 bilion hutang tertunggak melalui pelupusan Edra Energy masih akan meninggalkan 1MDB dengan hutang lebih RM18 bilion hutang tertunggak yang berkaitan dengan pemerolehan tenaga. Oleh itu bagaimana penjualan Edra akan menyelesaikan masalah aliran tunai 1MDB kerana tidak akan ada aset yang tinggal untuk membayar baki hutang RM18 bilion ?

10. Adakah Kerajaan Persekutuan ada mengeluarkan 'surat sokongan' pada Mei 2015 kepada Bank EXIM untuk meminjam AS$ 150 juta (RM600 juta) di mana dana yang telah digunakan oleh 1MDB membayar untuk pengambilan tanah daripada Tadmax Resources Bhd untuk kira-kira RM300 juta? Jika ya, apakah baki daripada hasil pinjaman yang digunakan?
Teringat macam majlis nothing to hide dulu tu..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

Sabtu, 31 Oktober 2015

Jazlan Potong Stim Pulak..!


Di saat masing masing sudah makin berani mempamerkan telur..! Masing masing sudah mula mengeraskan telur tiba tiba..! 

Bekas pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed tidak bersetuju debat secara langsung antara Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, dan berkaya ia hanya merumitkan lagi siasatan terhadap syarikat sarat hutang itu.
The Star Online memetik Nur Jazlan sebagai berkata, Arul bersifat keanak-anakan apabila bersetuju menerima cabaran berdebat dengan ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu.
"Apa yang diberitahu dalam PAC seharusnya adalah antara jawatankuasa sehingga perkara itu dibawa ke Parlimen," kata Nur Jazlan, kini timbalan menteri dalam negeri.
"Ahli PAC dipilih Parlimen dan sekiranya debat ini secara langsung, jadi apa maksud PAC mengadakan siasatan ini," soalnya.
Pua sebelum ini mencabar Arul membenarkannya bertanya secara langsung bagi menjelaskan segala masalah yang masih belum terungkai mengenai syarikat itu, memandangkan presiden 1MDB itu sebelum ini gagal menjawab segala dakwaan dilemparkan terhadapnya.
Menurut Pua, rakyat Malaysia tidak mungkin dapat mengetahui kebenaran walaupun Arul giat meneruskan kempen perhubungan awamnya dengan memberi jawapan yang dikitar semula.
Arul sebelum ini menyahut cabaran Pua mengadakan debat secara langsung di televisyen mengenai syarikat pelaburan milik negara itu, tetapi mahukan ahli Parlimen DAP itu terlebih dulu meletak jawatan sebagai ahli PAC.
Arul berkata, peletakan jawatan itu perlu bagi memelihara integriti jawatankuasa itu yang ketika ini sedang menyiasat syarikat sarat hutang itu dan bagi mengelakkan konflik kepentingan.
Bagaimanapun, Arul hari ini menarik balik syaratnya dan bersedia berdebat dengan Pua tanpa perlu meletakkan jawatan sebagai ahli PAC.
Kenapa Jazlan memberi reaksi begitu? takut ada perkara baru yang bakal terdedah ke?
Lu Fikir La Sendiri!!!