Ads

Showing posts with label house. Show all posts
Showing posts with label house. Show all posts

April 15, 2015

My Souvenirs Collection


Salam semua.
Kali ni tiada cerita pasal travel tetapi tetap related to travel. Aku just nak share dengan pembaca semua tentang koleksi souvenirs yang aku simpan bertahun-tahun lamanya. Dulu rasanya aku pernah share di sini tetapi sekarang koleksinya makin bertambah. Alhamdulillah.

Sebenarnya koleksi souvenirs ini dirakamkan di rumah yang kami berdua baru pindah. Sejak berpindah hari tu aku angkut hampir semua koleksi yang ada di rumah my mum. Itupun ada lagi satu kabinet aku tak bawa...still ada koleksi yang aku tinggalkan seperti snow globe dan koleksi mugs & glasses. Aku hanya bawa FMs, keychains, plates, replica dan shot glass HRC sahaja. Itupun kabinet yang aku bawa ni dah sarat sangat. Kena beli kabinet lain untuk menampung souvenirs yang tak bawa tu. Sayang giler aku dengan harta benda ni sebab ini lah sahaja kenangan aku yang boleh buatkan aku tersenyum sorang2 bila tengok benda2 ni. Walaupun ia hanyalah sebuah kaca, batu dan piring....hahahaha.

Alhamdulillah rumah yang kami duduki sekarang ni memang besar dan banyak space boleh letak dan hias souvenirs tu. Cumanya bila pertama kali duduk sendiri makanya tak banyak perabut yang ada. Pelan-pelan nanti penuhlah tu Insya Allah.



 koleksi FMs. Kena beli lagi satu magnetic board...sebab ada lagi koleksi yang tak bergantung. Ada ramai yang tanya...mana aku beli magnetic board ini. Ok...aku beli di Ikea dengan harga RM49. Tapi tak tahu harga sekarang selepas GST...:p 


 kabinet yang dah sarat dengan souvenirs



 koleksi piring, replica dan HRC shot glass aku letak dalam satu kabinet. Nampak mcm sesak plak.





 setakat ini aku ada lebih kurang 30 buah piring hiasan dari pelbagai negara. Kebanyakan koleksi adalah negara yang aku pernah jejak. Ada juga 2-3 koleksi utk negara yang belum jejak seperti Jepun, German dan Perth. InsyaAllah one fine day.







 koleksi album gambar travel dan keychains aku letakkan dalam kabinet ini.


Kami stay di rumah kuarters kerajaan tempat kerja En Bos. Rumah ni ada 5 bilik....kami hanya guna 2 bilik sahaja. Bilik maid pulak jadi tempat kami jemur baju. Lagi 2 bilik kosong......bilik untuk tetamu. Kepada saudara-mara yang dari jauh nak jalan2 KL....stay ajer di rumah kami. You're most welcome.


 My baking station. Kebanyakan hadiah wedding kami dah start guna. Tu semua atas kabinet adalah hadiah wedding. Masih ada lagi dalam stor yang belum di buka. Setelah setahun kahwin barulah kami gunakan. Terima kasih banyak2 kepada yang memberi. Mood utk membaking belum start...tungguuuuuuu.



 simple ajer tempat memasak. Setelah setahun berkahwin, routine sebagai isteri bermula hahaha....tiap pagi aku akan masak satu lauk. Balik kerja tambah lagi satu lauk. En Bos kerja shift....sebab itu kena masak awal pagi. ALhamdulillah aku bahagia dengan routine hidupku setiap hari macam ni. Seronok tengok husband berselera makan masakan kita. Dulu stay dengan family....aku jarang memasak sebab semuanya mama dah sediakan. Tapi kali ini sendiri mau ingat hahaha.



 my brother and family baru balik from Korea. Souvenirs from them.


Ni pulak pemberian FM dari seorang teman namanya Azida dari Kuala Terengganu yang juga merupakan my blog reader. Dia baru balik from Europe. FM from German and Liechtenstein....susah plak nak menyebutnya. Aku start mengenali Azida apabila dia menegurku di LCCT pada 2 tahun lepas. Dia siap bukak my blog di situ untuk memastikan aku adalah orang yang betul hahahaha. Terima kasih banyak2 menegur ku dan terima kasih juga atas pemberian FM ini. Utk pengetahuan, banyak kali juga aku ditegur oleh pembaca blog di mana-mana sahaja aku berada. Kat Bali pun ada yang cam muka aku hehehe tapi pembaca ni segan nak menegur aku.  Terima kasih byk2 semua support me sebagai seorang blogger travel.



Oh yea,...nak buat announcement. Lagi 2 bulan ajer lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan. Masa ni lah masing-masing sibuk dengan persiapan Hari Raya. As usual seperti tahun lepas aku akan menyambung business menjual cookies dan cakes utk sambutan Aidil Fitri. Di entry akan datang aku akan perkenalkan cookies-cookies yang akan berada di pasaran. Yang pasti.....cookies ini adalah dari air tangan aku sendiri dan homemade uolsss. Fresh from my oven. 


MY HOMEMADE COOKIES #SESEDAPAIRTANGANISTERI AKAN BERADA DI PASARAN SEMPENA AIDIL FITRI AKAN DATANG. TUNGGUUUUUUUUUUUU.



p/s - tak sabar nak sambut Ramadhan.






August 15, 2012

Boboiboy @ My Office


Gamat sekejap office aku semalam kerana menerima kunjungan team 8TV yang membawa maskot Boboiboy dan kawan-kawannya. Aku ni mana pernah layan citer kartun animasi ni. Yang aku tahu Upin dan Ipin ajer hehehe. Di samping tu ada juga kumpulan Klangit yang hangat dengan lagu 'Sesal Mendua". Aku suka banget dengar lagu tu. Vokalis group tu datang dengan membawa gitar. Siap menyanyi depan kami staff semua. Best!. Pastu ada plak lagu raya uols...siap menari2 lagi staff 8TV tu kat opis aku.

Aku sempat snap dari kejauhan ajer menggunakan hp huhuhu. At least ada jugak suasana hari raya wlaupun masing-masing tengah busy mengejar deadline sebelum raya ni. Jom tengok gambar yg aku sempat snap. Alamak gambar aku agak gegar skit coz member yg tolong amikkan huhuhu.


masa ni kumpulang Klangit tengah menyanyi di depan kami...alamak tak nampak dia kat sini.

apa nama dia ni yea? Yayah kan? heheheh

dapat jugak aku tangkap tangan Yayah ni..huhuhu

alamak gambar blur lahhh..huhuhuhu

dapat choc ini...thanks 8tv


________________________________________________

Nak citer kisah lain plak. Biasalah bila nak raya ni mesti busy nak mengemas rumahlah...menghias rumahlah. So, aku dah awal2 kemas rumah bahagian depan. Senang taklah kelam kabut nanti. Tetapi.....ada seorang budak kecik tu dia selalu menjadi tukang sepah rumah. Kalau boleh segala benda kat depan tu dia nak buat main. Mangkuk kueh raya aku dah siap letak kat atas meja kecil. Dia siap boleh main laga-laga mangkuk kueh kononnya mainan. Haissssshhh...nak kena belasah budak kecik ni.

Lepas tu....almari hiasan rumah aku dia boleh pulak bukak pintu almari tu main tolak-tolak. Dia ingat aku tak nampak segala perbuatan dia tu. Aku intip senyap-senyap dan siap snap gambar dia dari belakang. Aku peratikan apa dia tengah buat. Dia tak perasan tu. Nak tengok tak apa dia tengah buat?

>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>


dia cuba nak bukak pintu almari tu dengan cara menarik kertas yg aku sendalkan kat tepi tu agar dia susah nak bukak....

korang ingat dia tak pandai??? tolong skit....dia lagi terror tau. Sekarang ni boleh tolak pintu tu ke kanan dan kiri dengan jayanya. Benda yg aku sendal kat situ dia dapat cari. Adoiiiiiiiiiii budak kecik ni. Bergegar kejap pintu almari tu...ya ampunnnn.

aku jerit kat budak kecik ni - "heppppp!!! buat apa tu?". Terkejut beruk dia...sebab dia ingat aku tak nampak apa yg dia buat. Korang ingat dia takut....tetiba dia datang kat aku.....nak belasah aku plak...hahahaha. 

tengok ni......habis hall depan ni menjadi mangsa keadaan akibat kerakusan anak buah kesayangan aku Eemran Zarieff. Camana dia notty pun...tetap menjadi penghibur kami seisi rumah. Muahhhhhh cayang zarief!!


Ok...sekian sketsa telatah anak buah aku ni. Sajer nak bagi korang segar sikit bulan puasa ni. Oklah di kesempatan ini aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca blog ini yang aku sayangi. Maafkan ku kalau ada terkasar bahasa dan ayat-ayat yg menyinggung perasaan. Jemputlah datang je teratak ku ini. Aku beraya di KL ajer. Kalau ada sesapa yg nak dtg beraya ke rumah ku...jemput dtg yea. Call me first...nanti aku masakkan utk korang. Insya Allah. Byeee..


p/s - tetiba rasa mcm nak gi London bulan 12 ni. Boleh?


September 7, 2011

Juadah dan Hiasan Raya 2011


Ikutkan hati malas nak update blog. Tapi bila pikir kesian pulak readers yang tertunggu-tunggu new entry from me.....ku gagahi juga. Hari ni dah start puasa sunat....so lepas berbuka tu memang macam penat semacam. Nak update blog pun malas tau..huhuhu.

Aku nak citer persiapan raya kami baru ni. Petang raya tu sibuk dah memasak itu ini. Semua adik-adikku berkumpul membantu mama ku memasak. Bantu kacau masak rendang ajer....bukan berat pun. Cuba lihat gambar di bawah. Aku pulak sibuk membaking kek lapis masam manis. Tiga jam aku mengadap benda tu.....pengsan ahkak tau. Tobat malas nak buat lagi.

Selesai memasak petang tu...kami 4 beradik gi pusara ayahanda....nak bersihkan kubur. Dah masuk kali ke tujuh raya ayahanda tiada bersama kami sekeluarga...sedih pulak. Aku bab2 ni memang mudah sangat sedih....diam2 air mata mesti mengalir. Sebab....bila time nak raya arwah lah orang yang paling sibuk ke sana sini membuat persiapan. Next entry aku masukkan gambar2 kami di pusara ayahanda.



adikku izam yang paling sibuk membantu mama ku memasak....masa ni tgh masak rendang

lepas masak rendang....masak sambal goreng pulak


menu utama di pagi raya ialah ketupat nasi.....favourite kami sekeluarga


org Jawa kalau tak makan lontong tak sah......ni pun mesti ada di pagi raya. Dalam tu ialah rebusan beras yang dibalut dgn daun pisang.....



kami ada tetamu dari turkey....so permintaan my bro utk masakkan nasi beriyani.


daging rendang sahaja...tahun2 dulu mesti ada limpa, hati dan paru


ayam beryani...sedap gilosss. Tahun2 dulu mama masak ayam percik.


sambal goreng jawa juga wajib setiap tahun...kami kan ada darah jawa gitiewwww


kuah kacang...dalam tu kami letak perut usus...sedapppp


kuah lodeh wajib makan dengan lontong.....khas utk datukku


kek lapis asam manis home made...aku ler yg buat....kombinasi warna sgt garang gitiewww heheheh. Satu lagi tu kek buah.....mama ku yg buat


kek sandwich.....resipi my mum. Tahun ni ramai yg order kek ni.


tadaaaaaaaaaaaaaaa......my moist choc cake. Tahun ni buat 3 kali.....habis semua..licin!!!


biskut raya semuanya buat sendiri dan kerepek2 yang lain beli ajorrrr.





simple ajer.....sama mcm tahun lepas...cuma ada pertambahan lemari baru huhuhu...aku letak hiasan piring. Umah aku ni berkonsepkan kayu.....tahun depan nak wat konsep modern plak lah







gossip area ni paling mendapat sambutan tetamu...sebab depan mata byk kueh raya...sambil bergossip mulut mengunyah....tangan mencapai kueh apa yg ada...hahahaha.



ok....next entry aku letak gambar semasa kami di pusara arwah ayahanda yg dirindui. Al-fatihah.