Ads

Showing posts with label nikah. Show all posts
Showing posts with label nikah. Show all posts

April 15, 2014

My Wedding - Majlis Akad Nikah


Salam kawan-kawan semua.
Aku kembali ke dunia blogging. Dah lama blog ni ditinggalkan setelah aku busy dengan majlis perkahwinan. Majlis di kedua-dua majlis telah selamat dijalankan. Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Majlis di pihak aku dengan pihak suami jarak sebulan jugak...maklumlah suamiku kampungnya jauhnya di Terngganu. Now...we are back to normal routine and new life as husband and wife.

Terima kasih juga kepada teman-teman yg membaca blog ini di atas ucapan yang diberi. Aku terharu sangat sebab ada yg selama ni jadi silent reader tetiba memberi ucapan selamat kepadaku. Terima kasih banyak2 teman-teman sekelian. Doakan kami bahagia hingga ke jannah dan sabar dalam menjalani kehidupan berumahtangga. Entry kali ni aku nak share beberapa pic semasa majlis akah nikah kami. Next entry majlis berinai dan bersanding pulak. Harap semua enjoy.

Lokasi Nikah : Surau Al-Falah, Taman Cempaka, Ampang
Masa : 9.30 pagi
Tarikh : 28 Februari 2014


 semasa aku di make-up kan....Make up by As....

 aku suka make up dia ni...sebab simple ajer and tidak over sangat.

 para dayang pembawa dulang sebelah pihak perempuan.....dulang girls

para pembawa dulang sebelah pihak lelaki- dulang boys terdiri daripada teman2 seuniversiti suamiku

 saat suamiku melafazkan ijab dan kabul....syukur dengan sekali lafaz

 para tetamu kedua-dua belah pihak....

 saat suamiku memberi mas kahwin

 pemberian gelang emas oleh suamiku...

 bersama dulang girls yg cantik2 belaka

 suamiku bersama dulang boys

 kami bersama mereka......alahai comel dan segaknya

 bersama keluargaku tersayang

 bersama keluarga belah suamiku

 cewahhhh

 kami posing di pelamin di rumah




 outdoor photography di rumah my brother.

 konsep UK sebab kami honeymoon ke sana

manjalah sangat aishhhh


Sekian dulu gambar2 yg aku boleh share dengan kawan2 semua. Next entry gambar malam berinai yang bertemakan Arabian Nite. Ada artis yang datang. Siapakah?? Tungguuuuuuuuuuuu.


p/s - Tunggu majalah URTV keluaran 1 Mei ada gambar2 sekitar wedding dan honeymoon kami