Ads

Showing posts with label Thailand - Chiang Mai. Show all posts
Showing posts with label Thailand - Chiang Mai. Show all posts

May 16, 2010

Chiang Mai Trip - Part 8

Percutian aku ke Chiang Mai ni tak banyak spent for shopping. Aku beli sikit2 ajer. Tak payah tunjuk lah apa yang aku beli. Yang pasti aku nak tunjukkan souvenir Thailand yang aku sempat beli. Actually tak banyak jual lah kat Chiang Mai ni. Itu pun aku dah puas aku gi tiap kedai nak cari FM....jumpa satu kedai ni tetapi tak banyak choice.

Pastu aku ada nampak FM bentuk barang2 mentah masakan Thai yang dijual banyak di sini. So, aku borong yang itu untuk diberi sebagai souvenir kepada kawan-kawan aku. Sebab ada tulisan Chiang Mai... tu yang aku suka. Aku pergi sana sini nak cari piring hiasan Thailand pun tak jumpa. Akhirnya aku jumpa kat airport masa nak balik ke KL. Tetapi...harganya adoi mahalnya. Sebab nak jugak belikan...so, aku pejam mata beli piring tu. Itupun piring yg kecil ajer yang ada.



ini lah piring hiasan yg comel tu..
aku sempat beli cawan hiasan Thailand.
Golden Triangle FM...beli kat Laos
Laos FM...beli kat Laos...mahal gitu..

Chiang Mai FM
ini Chiang Mai FM....



May 13, 2010

Chiang Mai Trip - Part 7


Entah dah lupa hari yang ke berapa ni.
Plan pagi tu nak gi tengok persembahan Elephant and Monkey serta Long Neck kat sini. Then, aku tanya harga ticket berapa. Untuk sewa van ke tempat tu dikenakan 800Baht (RM80) seorang tetapi entrance bayar lain. Kalau Elephant Show kena RM50, Monkey RM30 dan Long Neck RM50. Cuba korang kira berapa harga semua tu? Tak ke beratus harganya.

Hmm....terus aku bg jawapan...tak payahlah. Daripada aku habiskan duit gi tengok gajah dan monyet tu yg sememangnya ada jugak kat Zoo Negara ni....baik aku buat shopping duit tu. Satu hal lagi cuaca sangat penas terik...adooii. Alamat muka aku terbakar lerr. Then, aku tanya pasal Long Neck pulak...camana kalau aku nak gi sana sahaja. Harga van tetap sama and entrance pun sama..hmmmm tak payahlah jugak. Mahal woooo!!!!.

Akhirnya semuanya aku tak gi. Then, aku decide nak gi saloon sahaja. Baik aku wat rebonding rambut ni. At least berbaloi gak. Aku memang plan nak wat kat KL hari tu...tapi kawan aku kata baik wat kat Chiang Mai....mana tau murah kot. Rambut aku ni memang tiap tahun kena wat rebonding..hehehe.

Saloon tu hanya di depan hotel aku....lintas jalan ajer. Nak kata kelass sangat tempatnya..idok ler. Tapi sebab tempat ni ada internet free...so, aku on ajerr. Sambil menunggu rambut tu nak lurus....boleh lah aku bertenet. Yehaaaaa!!!!!


ini lah rupaku ketika tengah wat rebonding.......amik gambar sendiri coz kawan aku tu gi Pasar Waroros...dia malas nak ikut aku....

jeng...jeng....ini lah rambut baru ku....oklah aku suka lah jugak...4 jam gak kat saloon tu

eehhhh...perut dah lapar....kawan aku tak balik lagi...so aku decide nak gi makan dulu.....pulak tu dapat wifi free....sukanya akuuu!!!! sambil makan sambil bertenet. Aku makan nasi goreng dengan ayam ajer..

tuk tuk di Chiang Mai

aku gerak gi sana sini naik van tuktuk ni...


hari berikutnya aku gi massage the whole body plak tapi tak sempat amik gambar sebab bateri camera dah kong. So, ini gambar di massage center yg lain..huhuhuh...

ni plak tempat massage kaki......

malam sebelum balik KL....aku lepak dgn kawan aku kat Food Court Kalare Night Bazaar sambil makan pulut mangga dan tgk cultural show...

ni plak thai dessert....aku suka !!!



May 12, 2010

Chiang Mai Trip - Part 6


Boleh dikatakan setiap malam aku pergi ke Night Bazaar yang tidak sampai satu minit berjalan dari hotel yg aku duduk tu. So di sini aku nak tunjukkan apa lagi barang-barang yang dijual di sini.

Aku perhatikan tak ramai pelancong ke Night Bazaar ni. So, kalau kita ni sebagai first customer memang senanglah nak dapat harga yg kita nak. Sebagai pelaris katanya. Tetapi kalau kita ni customer dia yang entah ke berapa ratus...jangan harap nak dapat murah...malah berlagak pun ada.


suasana malam di main road.... Kalare Night Bazaar..


shawl and selendang banyak dijual di sini...aku tak beli pun coz koleksi shawl aku dah banyak..


kat tepi tangga pun sempat meniaga....ada dijual pelbagai jenis bag kraftangan tempatan..

sarung kusyen dan tabel runner pun banyak dijual...aku ada beli gak..


entah malam ke berapa aku makan pizza hut...ambil seafood ajer...

dah penat berjalan-jalan....kaki tu kasi urut jap....tengkuk pun diurut sekali..1 jam RM15 ajer.......minah yang urut kaki aku ni baik orangnya...so aku bagi tips RM5...baik tak aku??? huhuhuh...

May 11, 2010

Chiang Mai Trip - Part 5



Akhirnya aku sampai di Chiang Rai.
Kami terus ke Golden Triangle, a tourist attraction. Kenapa di panggil Golden Triangle? Titik pertemuan untuk 3 negara iaitu Thailand, Myanmar dan Laos. So, kami menaiki boat yang disediakan untuk pelancong. Kami dikenakan bayaran sebanyak 300Baht (RM30) seorang. Perjalanan ke tiga buah negara ini mengambil masa 1 jam setengah dengan menaiki boat.

Seperti yang aku cakap sebelum ni. Dengan keadaan cuaca yg panas terik, kami meredah jugaklah Sungai Mekong ni. Yelah dah sampai kan, kenalah melalui experience di sini. Fun gak!!!




The Golden Triangle is located in Sop Ruak, a small town, which sits at the meeting point of the Thai, Burmese and Laos borders. Situated at the junction of the Mekong and Sop Ruak rivers some 18 miles north of Chiang Rai, The Golden Triangle is a popular tourist spot often visited on day trips from Chiang Mai or Chiang Rai. The Golden Triangle is nine miles upriver from Chiang Saen and long tail boat trips between the two towns are very popular.

Although The Golden Triangle is pretty much a tourist attraction, the views across the river to Laos and Burma are breath taking and there are several pleasant open-air restaurants which afford panoramic views. It is not possible to cross into either country at this point of the border and there are only a few structures in sight (on the Laos side). Nonetheless the spot has a little mystique for the first time visitor.

inilah bentuk boat yang kami naik.....aku jumpa 2 Malay guys Malaysian kat dalam boat ni.
ini ialah tanah Thailand...

ni plak tanah Myanmar...tempat casino. Tetapi kami tidak dibenarkan turun di sini...lalu ajer...

Golden Triangle Economic Zone...yang ni tanah Laos.....

di tanah Laos....penempatan bagi sesapa nak gi memancing.....


Kami dibenarkan menjejaki bumi Laos untuk seketika. Dikenakan bayaran sebanyak 50Baht (RM5) seorang. Kat sini banyak jugak jualan souvenir dari Laos. Tetapi bagi aku sama ajer barangan nya dengan apa yg ada kat Thailand...cuma diletakkan tulisan Laos.

Masa kami sampai tu, kelihatan ramai anak-anak kecil yang datang kepada kami meminta sedekah. Kesian plak tengok. Dengan keadaan pakaian mereka yang lusuh. Pastu hanya berkaki ayam sahaja. Masa ni terfikir, betapa bertuahnya menjadi rakyat Malaysia..cukup makan...cukup pakai. Alhamdulillah dengan rezeki Allah.


aku di bumi Laos...mcm tak percaya plak dapat jejak Laos....

beginilah keadaan tempat jualan di sini....

sempat lagi tu aku membeli FM Laos...tetapi sangatlah mahal...so beli untuk diri sendiri ajer..



Setelah kami menghabiskan masa di Golden Triangle ini, kami pun pergi lunch di salah sebuah restoran yang berdekatan. Ia termasuk di dalam package yang RM100 tu. Hmmm...ini yang merisaukan aku. Sekali lagi benda haram tu still ada. Ayooo...susah betul.

Then, aku amik nasi putih dan makan dengan salad. Sudah lah aku kelaparan masa tu. Aku makan just untuk alas perut sahaja. Then, aku makan fruits banyak sikit. At least taklah lapar masa balik nanti.



Then, kami menuju ke Mae Sai, border Myanmar ikut jalan darat. Tourist guide tu bagi kami masa sejam untuk membeli belah di sini. Nampak tak pintu gerbang warna biru kat atas tu.....itulah border ke Myanmar. Kepada sesiapa yang hendak memasuki Myanmar akan dikenakan visa sebanyak RM50 seorang. Eventhough kita ni from Asean country but still kena bayar visa. Bila saya tanya kat tourist guide tu...dia kata sebab they need money. Ohhh...gitu rupanya.

Then, kami pi bershopping di kawasan ini. Memang sesak dengan manusia yang ulak alik Myanmar-Thailand. Satu ajer yang aku perasan, orang sini kalau memandang tourist agak lain macam ajer. Kami nak bershopping pun macam takut ajer. Pastu aku baru perasan tourist guide tu memerhatikan kami dari jauh. Mesti dia tengok2 kan keselamatan kami di sini. Kalau tengok rupa orang Myanmar di sini...kita boleh dapat bezakan. Dorang ni agak gelap sikit dan berhidung mancung. Memang berlainan dengan rupa orang Chiang Mai dan Laos.


aku berada di border Thailand and Myanmar..

ni plak border di Thailand....for imigresen check point..


Kat Mae Sai ni, aku perhatikan banyak jualan batu-batu hiasan untuk rantai dan gelang. Aku tak pasti sama ada ia original atau tidak. Harga memang murah sangat. Tetapi memandangkan aku dah kepenatan. So, aku hanya sempat belikan 3 gelang untuk teman2ku. Untuk diri sendiri takda ..... boleh??

Pelbagai jenis gelang dan rantai ada di sini. Kalau kita pandai tawarkan harga...memang senang dapat harga murah. Penjual di sini macam baik lah....senang nak bagi kalau kita minta harga tu. Jom tengok gambar2 kat bawah ni.


inilah rantai2 batu yg maksudkan...tapi aku tak tau berapa harganya



Then, kami meneruskan perjalanan ke Long Neck Village. Agak ke dalam jugak nak masuk ke kampung tu. Masa kami sampai tu, hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya. Keadaan pokok condong ke kiri ke kanan. The tourist guide said it's not safe outside. Memang tak berani nak keluar dengan keadaan hujan lebat dan angin kencang. So, kami decided tak jadi turun dan terus balik. Kalau nak pergi ke Long Neck Village tu kena bayaran 300Baht (RM30).

Mula-mula tu aku agak terkilan gak. Sebab aku teringin sangat nak tengok orang leher panjang tu. Tetapi disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan kami terus balik ajer. Cuaca memang buruk masa ni...kelihatan banyak pondok2 kecil dan sign board di sekitar kawasan ini tumbang.

Sampai Chiang Mai masa tu dah jam 9 malam. Masa dalam perjalanan pulang tu, aku ketiduran di dalam van...penat dan mengantuk sangat. Then, malam tu kami tapau ajer beli makanan kat gerai Muslim sebelah masjid tu. Kami dinner di dalam bilik ajer....Habis dah cerita pasal Chiang Rai.

May 10, 2010

Chiang Mai Trip - Part 4


Pagi hari kedua di bumi Chiang Mai.
Bangun di awal pagi kerana paa jam 7 pagi kami bertolak ke Chiang Rai. Pergi breakfast dulu pada jam 6.30 pagi waktu Thailand (beza lewat sejam). Aku hanya mampu makan roti dan cereal di sini for breakfast. Al-maklum aku tidak yakin untuk makan benda lain. Kat Thailand ni mana-mana ajer mesti ada benda tu. Loya plak tekak aku. Ishhh!!!

Perjalanan ke Chiang Rai akan singgah di Hot Spring terlebih dahulu dan kemudian ke Temple Wat Rong Khun. Then barulah sampai ke Chiang Rai. Perjalanan selama 4 jam. Aduhhh!!!

aku menaiki van ini for trip ke Chiang Rai


Package trip ke Chiang Rai aku booking dari hotel ajer. Seorang kena bayar 1,000Baht (RM100). Perjalanan dari jam 7 pagi hingga 9 malam. Akan melawati sebanyak 5 tempat. Dalam van yang aku naik...hanya kami 5 orang tourist. 2 orang dari M'sia, 2 org dari Switzerland dan seorang dari Singapore. Perjalanan yang jauh..aku asik terlelap ajer. Hehehe.....

Cuaca di pagi itu sangatlah panasnya di luar. Duk dalam van ni nasib baiklah sejuk sikit. Tapi bila dah keluar van...aduhhhh menyengit panasnya hingga 38 degree celcius.



Our first destination ke Hot Spring. Lebih kurang sejam setengah perjalanan dari Chiang Mai. Bagi aku tiada yang istmewanya di sini. Lagi best Hot Spring di Ranau, Sabah. Kat sini alahai kecik ajer tempat hot spring. Ada ditunjukkan bagaimana telur ayam yang boleh dimasakkan jika dimasukkan kedalam air panas tu.

Masa ni aku dah start boring sebab nak shopping pun aku rasa takda yang menarik di sini. Pastu dengan cuaca yang sangat panas. Lepas jalan sana sini aku terus naik dalam van. Barulah sejuk skit.


telur yg masak dalam hot spring
betapa kecilnya hot spring dia...huhuhuh

ada dijual barangan perak di sini...aku tak berminat!!!

ni plak kraftangan barangan buatan Siam

Kami dah sampai Chiang Rai. Then, kami meneruskan perjalanan ke White Temple Wat Rong Khun. Temple ini diperbuat daripada white glass dan dicatkan dengan warna putih.

Wat Rong Khun is a contemporary unconventional buddhist temple in Chiang Rai, Thailand. It was designed by Chalermchai Kositpipat.Wat Rong Khun is different from any other temple in Thailand, as its ubosot (Pali: uposatha; consecrated assembly hall) is designed in white color with some use of white glass. The white color stands for Lord Buddha’s purity; the white glass stands for Lord Buddha’s wisdom that "shines brightly all over the Earth and the Universe."

A temple situated in northernmost province of Thailand namely Chiang Rai. The temple is not far from city town of Chiangrai.



White Temple...





unikkan toilet dia. Kena pakai kasut yang disediakan. Letak kasut kat tepi tu. Then sarung selipar yg warna hitam tu. Bagusnya di Thailand ni.....toilet depa sangat bersih.




Aku terjumpa pokok laici di kawasan ini. Bestnya. First time aku tengok pokok laici. Dah macam pokok mangga plak. Nasib baik buahnya tumbuh tinggi. Kalau tak, aku dah gayut makan buah laici tu...huhuhu. Teruja aku coz kat Malaysia aku tak pernah jumpa pokok ni. Laici tumbuh subur di bumi utara Thailand ini atas faktor cuaca dan kesuburan tanahnya.
Ok...nanti aku sambung lagi.....