Ads
December 14, 2011
Hati Ini .......
Masa aku packing baju tadi....entahlah hati ini mcm sebak semacam. Perasaan ini datang dengan tiba-tiba. Perlahan-lahan airmata ini mengalir dan terus mengalir. Siapakah di dalam fikiranku ketika itu? Apa yang aku fikirkan? Aku ingat sapa? Aku rindu sapa? Hanya aku dan DIA sahaja yang tahu......sekian!!!
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku
Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya ‘tuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti
Lagu : Ombak Rinduku (filem Ombak Rindu)
Nyanyian : Hafiz & Adira
p/s - lagu ini tiada kena mengena dgn sesiapa...hanya hiburan semata-mata. Maaf yea...ini ialah travelling blog tp terselit kisah sedih...ngeh..ngeh..ngeh. Ok guys......aku tidak bersiaran hingga Ahad ini. Jumpa lagi next week....muahhhh!!!
August 1, 2011
Kenangan Pahit Ramadhan Tahun Lepas ~~
Syukur padaMu Ya Allah...aku dapat menjalankan ibadah di bulan ini dalam keadaan sihat walafiat. Baru sajer baik dari fever, flu and cough beberapa hari sebelum mula puasa. Berkat ubat doktor yang strong dan pantang makan minum....aku dah sihat Alhamdulillah. Bila aku fikir semula...bila ujian dan dugaan datang hidup kita ni ia mengajar kita erti sabar, tenang, redha dan pasrah. Hikmah yang aku ambil dari situ ialah ia mendekatkan lagi kita dengan Allah dan sentiasa ingat Allah kala susah dan senang. Bila kita tidak diduga sebegini....kadang-kadang kita mudah lalai dan lupa.
Teringat kenangan menyambut Ramadhan tahun lepas. Sila lihat link ini. Pada malam Ramadhan pertama ketika umat Islam berpusu-pusu ke masjid menunaikan solat terawikh yang pertama....ketika itulah aku melawan sakit yang amat sangat. Aku dimasukkan ke hospital setelah didapati positif H1N1. Ya Allah....berat sungguh ujianMu. Badan aku sangat lemah dengan demam panas sehingga hampir 41C dan disulami dengan batuk dan selesema. Rupa-rupanya H1N1 positif. Hari pertama Ramadhan aku berada di hospital seorang diri dalam bilik. Aku dikuarantinkan untuk mengelak jangkitan.
Bila ingat semula peristiwa tu...memang sedih. Sebab aku tidak dapat merasaikan kenikmatan awal Ramadhan berpuasa dan berterawikh. Semasa di dalam rawatan....dalam badan aku penuh dengan ubat. Dengan drip berbotol-botol antibiotik setiap hari untuk melawan kuman yang menyerang dalam diriku. Huhhh....terasa betapa siksanya ketika itu. Dalam masa yang sama aku asik berendam air mata ....sunyi dalam bilik tanpa sesiapa kecuali doktor dan nurse yang ramah tamah melayan aku. Masa tu aku terasa kematian sudah menghampiriku sebab aku mengalami sesak nafas akibat jangkitan pada paru-paru dan batuk yang sangat teruk. Ya Allah betapa azab nya ketika itu. Pulak tu di bulan Ramadhan.......
Sepanjang Ramadhan tahun lepas tu aku hanya sempat berpuasa 10 hari sahaja....dan Alhamdulillah aku dah habiskan ganti puasa yang tertinggal. Itu belum lagi aku MC hampir sebulan. Rasanya sepanjang bulan tu aku sempat ke pejabat dalam 3 hari macam tu. Fuhhhh....memang betul-betul dugaan. Nasib baik kerja di office tidak berapa banyak ketika tu. Sambut Raya pun ala kadar....nak kemas dan hias rumah pun aku tak larat. Sehingga terpaksa hire orang tolong bersihkan dan kemas rumah. Selalunya tahun-tahun yang dulu...bab-bab mengemas dan hias rumah ialah kerja aku.
Alhamdulillah setelah setahun berlalu, aku sihat dan bebas dari penyakit itu. Cumanya aku agak mudah sensitif pada sekitaran yang berhabuk dan kotor. Aku akan mudah sakit tekak dan batuk. Jangkitan pada paru-paru pun dah ok ...doktor kata dah pulih..Alhamdulillah. Semoga sepanjang Ramadhan ini aku jauh dari sebarang penyakit yang memudaratkan dan dapat menjalankan ibadah dengan tenang dan kusyuk Insya Allah....
June 21, 2011
My Beloved PAPA ~~~ I miss You !!
Entahlah tetiba malam ni nak menulis versi rindu pada arwah papaku. I miss him so much. Sedih bila semua orang duk menyambut Father's Day. Tapi aku...buat tak reti ajer sebab papaku sudah tiada. Sudah 6 tahun papa meninggalkan kami anak beranak. Rasa macam sekejap ajer dan masih teringat-ingat arwah seperti masih ada bersama kami.
Baru-baru ini aku tetiba termimpikan arwah. Dalam mimpi tu arwah papa dan mamaku ikut aku berjalan-jalan makan angin. Itu ajer mimpinya. Entah aku taknak fikir apa maksud mimpi itu. Yang penting...esoknya aku berpuasa dan sedekahkan bacaan Yaasin untuknya. Aku memang jarang bermimpikan arwah selama 6 tahun pemergiannya. Tetapi malam tu.....aku macam gembira sebab dapat berjumpanya dalam mimpi. Itu tandanya aku sangat-sangat merindui arwah. Rindu sangat-sangat.
"Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara - sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa dari anak yang soleh yang selalu mendoakannya"- (Diriwayatkan oleh Abu Hurairah). Papa, anakanda tidak lupa mendoakanmu setiap kali selepas solat. "Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin dan mereka yang dikasihi Allah... Ameen"
Bila keadaan bersedih dengan pelbagai dugaan mcm ni...jiwaku sangat sensitif. Aku akan cepat terasa dengan sesiapa sahaja. Masa ni jugak aku terus teringat arwah - "papa, sesungguhnya anakmu ini sedang bersedih. I really need you pa...". Hubungan kami memang sangat rapat. Sepanjang hayatnya....akulah anak yang paling rapat. Aku tak segan nak berkongsi cerita apa saja dengannya....samada cerita peribadi atau cerita gembira. Malah apa saje situasi....di antara anak-anaknya papa mesti menyebelahi aku anak pompuan tunggalnya ini. Kalau aku pulang ke rumah lewat malam...dialah orang yang paling tidak nyenyak tidur. Dia akan call aku kat mana sekarang dan bila nak balik. Aku anak sulung dan satu-satunya anak pompuan tunggal.... memang sangat manja dengan papaku. Kalau dia sakit-sakit badan...aku yang dia akan panggil suruh urut. Banyak sangat kenangan aku dengan papa....sedih nak cerita satu-persatu. :(
Peristiwa di bulan May tahun 2005 ketika aku mengerjakan umrah bersama mamaku di tanah suci Mekah....tetap aku kenang sampai bila-bila. Lagi 3 hari sebelum kami pulang ke tanahair...papaku jatuh sakit dan terus koma. Sehari selepas aku pulang...arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ya Allah berat sungguh dugaanku ketika itu. Sesungguhnya dugaan demi dugaan aku tempoh sepanjang tahun yang sama. Tahun yang sama juga aku berpisah dengan kekasih hati setelah 2 tahun berkawan....disusuli pemergian papa tercinta. Aku bingung seketika.....2 orang lelaki yang aku sayang tiada lagi disisiku.
Insya Allah jika ada rezeki dan sihat tubuh badan...aku ingin mengerjakan umrah sekali lagi akhir tahun ini . Semoga niat suciku ini dimakbulkan Allah. Berada di sana nanti pastinya aku akan ingat semula kenangan di saat-saat aku menerima berita papaku sakit. Bagaimana ketika aku mengerjakan solat hajat di depan pintu multazam....mendoakan agar aku dapat berjumpa papaku di tanahair. Syukur doaku dimakbulkan walaupun ketika itu arwah terbujur kaku dalam keadaan koma. Pada tarikh 17hb Mei 2005 papaku meninggal akhirnya.
May 11, 2011
I'm Back
Untuk pengetahuan semua, both of us still loving each other malah saling merindui. Tengoklah nanti. Kalau ada sinar bahagia pelangi nan indah di sana...ada lah rezeki ku. Cuma yang mampu ku lakukan sekarang ialah teruskan berdoa dan berdoa. Pesanan dari dia....banyakkan baca Al-Quran, berdoa....dan bersabar!! Insya Allah aku akan lakukan. Semoga aku diberikan petunjuk yang baik nanti Insya Allah. Doakan kebahagianku kawan-kawan.
May 3, 2011
Mood Sedih :(
1. berlalu sebuah kenangan manis
2. berlalu sebuah impian
3. berlalu sebuah harapan
Pada tarikh 1hb May 2011 jam 12.30 tengah malam segalanya tamat dengan adegan yang sangat menyedihkan dengan deraian air mata.
To my syg Dr. Kasim....i will always love you forever and ever.
Ada hikmah mengapa kita terpisah. Semoga kita tabah dalam menghadapi dugaan ini.
p/s memandangkan mood aku yang sangat sedih sekarang....aku akan STOP BERBLOGGING buat sementara waktu ini. Will be back soon Insya Allah bila diriku kembali ceria semula. Entahlah mood aku terus hilang dan mati...... :(
Doakan untukku kawan-kawan......