Ads

Showing posts with label Switzerland - Jungfraujoch. Show all posts
Showing posts with label Switzerland - Jungfraujoch. Show all posts

December 14, 2009

Day 7 : Europe Tour ( Night Market @ Interlaken, Swiss)


Selepas selesai perjalanan ke Jungfrojoch, kami masih ada free time petang tu. So, we all plan nak jalan-jalan kat Interlaken town. Menurut kata receptionist hostel tu, today is Friday ada nite market kat town tu. So, we all decided nak gi sana aje. Kami naik bas untuk sana. It takes about 5 minutes aje ke sana. Masa tu jam menunjukkan jam 3.30 petang. Kat sini pukul 5 petang dah mula gelap.

Sampai aje di sini, aku nampak dah souvenir shop. So, aku just nak check harga fridge magnet di sini. Hmmm...sama aje harga masa kat Zermatt hari tu. Malas nak pikir banyak-banyak, aku just grab mana yang patut. Aku beli fridge magnet and piring hiasan Swiss kat sini. Memang mahallah Swiss ni...had no choice.




After berjalan dalam 5 minit macam tu, kami nampak dah nite market tu. Kebanyakan barang-barang yang dijual ialah local product yang dibuat sendiri oleh orang Swiss. Aku nampak ada jual lilin wangi, potpourri, baju, barang makanan seperti cheese, caramel, candy dan barangan second hand yang nampak masih cantik. Memang best lah nite market dorang ni....something new for me. Dulu masa kat Turki aku ada gak pergi market macam ni but not so many choices macam kat sini.

Kat sini aku sempat merasa chocolate waffle yang sangat sedap. Masih panas-panas lagi. Lainlah rasa waffle sini dengan yang dijual di tempat kita. Dorang punya tepung waffle macam keras sikit dan sedap. Kat tempat kita macam lembek semacam dan biasa aje rasanya. M pulak beli cheese...his favourite food kat europe. Pantang nampak kedai cheese , mesti dia nak singgah dan beli. Pastu dia paksa aku makan...adooooiiii aku kenalah makan juga. Memang aku suka cheese but dia beli yang jenis keping keras tu....aku kureng sikit. Dia kata sedap kalau makan dengan bread.



nite market at Interlaken
chocolate waffle yang aku beli....sedap betul...

pot pourri


pelbagai jenis lilin wangi




tengoklah aku bergambar dengan uncle yang buat caramel tu...kalau tgk gambar M pulak...dia siap kacau senduk caramel tu...sib baik dia tak tanya resepi..wat malu jerk...




aku dengan temanku, Siti


Masa ni dah nak gelap, kami pun beredar dari situ. Then, kami jalan-jalan di kedai berhampiran sambil tengok barangan yang dijual di sini. Aku pergi ke kedai Swiss watch...fuyoooo mahal banget dech!!! Beli kat KL lagi murah kot. Pelik yea...dorang ni memang specialist dalam pembuatan watch but the price still expensive. Aku just tengok harga aje. Ikutkan kalau murah ke...nak gak beli watch di sini but tak mampulah.

Aku jalan-jalan lagi dan nampaklah kedai jual swiss chocolate di sini. Punnnn mahal. M kata jangan beli coz kat London banyak chocolate macam ni dan lebih murah. So, aku dengar cakap dia...aku tak belilah. Kat sini memang terkenal dengan chocolate toblerone yang banyak di jual di Langkawi tu. Aku lupalah nak tengok harga chocolate tu.


kedai jam...swiss watch


kedai chocolate

Swiss chocolate

Terus terang aku cakap, kat sini susah aku nak jumpa Muslim yang memakai tudung. Sebab itu orang sana tengok kami yang bertudung ni macam pelik sikit. Dok pandang semacam. But dorang tak cakap apa-apalah. Nak mencari restoran halal pun susah. Nasib baik kami memang bawa banyak makanan dari Malaysia.

Kat Swiss ni...hanya 4% penduduk menggunakan bahasa mereka sendiri iaitu di kalangan orang-orang lama yang duduk di kawasan kampung. Tetapi rata-rata orang Swiss menggunakan bahasa German and Holland. Kalau yang duk berdekatan dengan German tu...mereka guna bahasa German dan bagitu juga yang duk berdekatan dengan Holland, maka bahasa Holland digunakan. Sign board dorang memang ada banyak bahasa. Tapi yang pasti, English dorang memang hancusss....memang tak fasih. Kalau yang kerja bahagian kaunter memang fasihlah berbahasa English. But cuba tanya yang meniaga kat nite market tu...hmmmm tak reti langsung.
Kat Interlaken ni, aku tengok ramai orang tua-tua. Yang muda kebanyakannya mencari rezeki di bandar-bandar besar macam Zurich dan Bern. So, yang duk kampung ramai yang tua-tua. Memang boleh perasan. Kalau yang naik train tu...couple tua punyalah ramai. They are locals here.

Masa kami jalan nak menuju ke perhentian bas tu, kami ternampak kedai kebab halal. Masa ni kami lapar yang amat. Pagi tadi tu just makan roti aje. So, we decided nak makan kebab aje. Kami order 2 jenis kebab yang berlainan dan share untuk 3 orang. Memang kenyang giler. Aku suka kebab but kebab dorang ni masin semacamlah. Satu lagi tak ada sos cili. Makan dengan tomato ajelah.


chicken kebab


Malam tu lepas balik hostel, aku pun mandi. Then, aku turun bawah lagi untuk berinternet. Aku gi dengan M. Sambil aku duk berinternet tu, aku tengok M dok berbual with one couple. Rupanya couple tu from Korea. They came here for holiday gak. Sama dengan kami for Europe tour. Sebelum ni aku dah ternampak couple ni masa dorang check-in pagi tadi. So, lepas aku habis berinternet, kami berempat melepak kat luar lobby. Masa tu sejuk giler.... tapi sakan kami berbual. The husband kerja sebagai English teacher dan wife dia pulak tak kerja. So, the wife memang tak boleh berbahasa Inggeris. Terpaksalah husband dia explain kat wife dia after borak-borak dengan we all. Dia ingat aku dan M husband and wife..huhuhu. Aku gelak aje. Couple tu dok tanya camana nak gi Jungfrojoch tu. So, kami explainlah experience kami di sana.

Malam tu aku dengan M berborak-borak lagi dalam bilik . Kawan aku yang lagi 2 tu....dah terlena. Bestnya dah 2 malam kami berbual-bual kisah di KL. Sampaikan tak boleh nak tidur dah. M kata kalau ada kedai mamak kat luar ni, memang dia dah ajak aku pekena teh tarik...hahahaha mengarut betul dia ni.


December 12, 2009

Day 7 : Europe Tour (Jungfraujoch, Switzerland)



Sudah hari ke 7 perjalanan aku di bumi Eropah. Sekejap rasanya dah seminggu aku di sini. Masa ni dah mula rindu family dan kawan-kawan rapat di Malaysia. Sobbb..sobbb. Pagi- pagi bangun tekak aku yang sakit rasa sangat tidak selesa. Entahlah kenapa aku mudah diserang sakit di sini. Mungkin faktor cuaca....mungkin juga faktor pemakanan. Hari sebelum tu aku banyak minum orange juice and makan chocolate. Mungkin juga menyebabkan aku sakit tekak.

Masa nak breakfast kat sini...aku cuba teguk fresh orange sikit...aduhhhhh rasa tekak mencucuk-cukuk...ohhh taubat aku tak akan minum lagi di sini. Aku just take hot chocolate, chees and bread. Itu sudah cukup mengenyangkan kami untuk alas perut sepanjang hari tu.





inilah menu breakfast kami...sudah cukup kenyang ..

After breakfast, jam 8.30 pagi kami sudah keluar hostel untuk ke train station di kawasan Interlaken ini. Kami naik bas di depan hostel untuk ke sana. Free aje...just tunjukkan kupon yang aku dah ceritakan pada entry sebelum ni. Dekat aje.

Masa nak tunggu bas tu, sempat lagi aku bergambar dengan budak Swiss yang sedang bersedia nak ke sekolah. Sempoi aje dorang berpakaian untuk ke sekolah. Comel aje budak tu...ok aje bila aku nak bergambar dengan dia. Masa ni cuaca sejuk giler tak tahan aku. Sudah lah aku demam masa ni...dengan tekak sakit dan nak bernafas pun tersiksa sangat. Sempat telan panadol yang Siti bagi dan makan ubat sakit tekak.

inilah budak Swiss tu....so cute..


Untuk ke Jungfraujoch, top of Europe, kami perlu naik train di mana-mana station di Interlaken. Perjalanan selama 2 jam 20 minit akan berhenti di 2 station untuk tukar train. Kami perlu berhenti di station Lauterbrunnen dan Klein Scheidegg. Harga train ticket after 50% diskaun pakai Swiss Half Price card...ialah CHF88.90 (RM300). Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan permandangan yang sangat indah. Kami dapat melihat perkampungan di celah-celah pergunungan yang diselaputi salji putih. Ohhh...aku tengok sungguh cantik. One thing yang aku perasan...negara ini sangat bersih. Kawasan-kawasan rumah dorang pun sangat bersih dengan dikelilingi oleh ladang ternakan lembu. Rumah dorang pun cantik dan unik.

Memang kami semua sungguh terpegun dengan kecantikan bumi Switzerland...one of my dream country. Banyak gunung dan ladang yang luas dan tasik yang cantik. Memang betul orang kata Switzerland ni one of the beautiful country in the world. Susah aku nak describe kecantikan dan keindahan negara ini. Udara yang nyaman dan sejuk betul-betul merehatkan minda aku. Release jap daripada segala masalah di Malaysia. I really got myself rehat dari segala-galanya.



perkampungan Swiss yang indah dan nyaman

aku dalam train...

dah nampak gunung putih dengan salji...sungguh indah dan cantik




inilah train yang membawa kami mendaki gunung ke Jungfraujoch.....

masa ni dah sampai atas sekali....susah nak breath....kurang oksigen

tengok tak muka aku yg macam pucat tu...menahan kesejukan


posing at ice palace





ice palace




The Jungfrau (German: "maiden/virgin") is one of the main summits in the Bernese Alps, situated between the cantons of Valais and Bern in Switzerland. Together with the Eiger and Mönch, the Jungfrau forms a massive wall overlooking the Bernese Oberland and considered one of the most emblematic sights of the Swiss Alps.

The construction of the Jungfraujoch railway east to the summit in the early 20th century made the area one of the most frequented places in the Alps. Along with the Aletsch Glacier lying on the south, the Jungfrau is part of the Jungfrau-Aletsch Protected Area which was declared a World Heritage site in 2001.


Masa aku keluar daripada bangunan station yang kami berhenti di sini...aku dah rasa macam pening sikit dan susah nak breath. Sudahlah aku demam dan hidung tersumbat, so aku gagahkan juga. Ya Allah cantiknya tempat ni. Masa ni aku lihat ramai pemain ski sudah bersedia untuk berski di sini. Ishhh...aku memang tak berani lah untuk mencuba ski di sini. Kalaulah tergelincir di celah-celah gunung yang dipenuhi dengan salji ni...tak ke susah nanti. Mati percuma aje kat situ. Tak dapat aku imaginekan. Tapi aku cukup salute dengan mat salleh yang cukup kental berski di celah-celah gunung ni.

Masa kami sampai tu, angin agak kuat juga. Cebisan-cebisan snow berterbangan dan melekat ke muka. Terasa sejuk dan agak pedih bila kena muka. So, aku tutup dengan mafla. Di sini akhirnya dapat juga aku bergambar di sebelah bendera Switzerland untuk menandakan aku susah menjejaki pergunungan ini di Jungfraujoch...tempat yang aku idam-idamkan seumur hidupku. Syukur padaMu Ya Allah.









I'm here babe...bila aku boleh jejak ke sana...aku harap korang pun boleh juga. Ada rezeki ...semua orang boleh jejak ke sini. Tidak ada perkataan riak ke...jeles ke.. ini semua rezeki masing-masing.





Kami mengambil masa selama 2 jam di atas ni. Sempat minum coffee dan menjamah bekalan roti sandwich yang kami bawa untuk alas perut. Bila sejuk macam ni, perut asik lapar aje minta makanan. Sempat gak beli souvenir kat sini..wohoooo mahal sehhh. Ishh pejam mata ajelah aku membeli kat sini...segalanya mahal nak mampus. Kat bawah tu dah mahal...apalagi kat atas gunung macam ni...lagilah mahal.

Kesejukan melampau sehingga -4 degree celcius membuat aku kekejangan kesejukan. Bibir aku dah biru dan kering. Muka aku dah mula mengelupas dan kemerah-merahan seperti memakai blusher. Tetapi peritnya kulit muka memang terasa sangat. Aku macam dah tak sabar nak memanaskan badan masa ni. Pertama kali seumur hidupku merasai kesejukan yang melampau. M lah aku jadikan teman untuk memanaskan tangan yang dah beku. Aku akan sentiasa memegang tangan dia sambil menggosok-gosokkan kedua belah tangan.



aku berada di top of europe.....Jungfraujoch








mat salleh sebelah aku tu tengah sibuk nak pergi bermain ski...

masa ni dah turun ke bawah




gambar yg aku rakamkan dari dalam train