Ads

Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts
Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts

May 4, 2015

Saya Seorang Traveller


Salam semua.
Untuk entry hari ini kita bercerita tentang travel pulak yea. I wanna share with you guys my travelling style. Mungkin lain orang lain cara. Ada yang suka macam ini dan ada yang suka macam itu....terpulang pada citarasa dan keselesaan masing-masing dan juga ke mana detinasi anda.


A. Which one is your luggage style?

Aku lebih selesa bawa luggage beroda berbanding membawa backpack. Tidak kiralah sama ada travel dalam negara atau di luar negara. Tetapi jika travel ke pulau yang memerlukan kita menaiki boat...aku lebih selesa bawa backpack...lebih mudah untuk bergerak dan selesa. 

Semenjak menjadi traveler sudah beberapa tahun ini dah bermacam jenis luggage dan saiz aku membeli. Kalau luggage size XL biasanya aku gunakan untuk jangkamasa travel melebihi seminggu melibatkan beberapa buah negara seperti my trip to Europe yang lepas. Kali ini dah masuk 3 kali aku menggunakan beg yang sama ketika travel ke UK. Alhamdulillah that luggage masih esok lagi hingga sekarang....walau dah merata negara di Europe ia bergerak :)

Unutk luggage sixe L & M biasanya aku gunakan untuk jangkamasa travel selama seminggu. Beg ini setakat ini paling lasak aku pernah guna...still elok hingga kini. Beg tersebut  aku pernah gunakan semasa ke NZ, Australia (2 kali), Saudi Arabia, Vietnam, Korea (2 kali) dan Hong Kong. Tips untuk membeli beg yang tahan lasak ialah beli beg yang berkualiti dan berjenama. Jangan beli di Mydin, Tesco atau kedai2 tepi jalan. Memanglah harganya agak mahal sedikit tetapi uols boleh gunakan berulang-ulang kali selama beberapa tahun. 



 Yang manakah pilihan anda ketika travel? Tarik beg macam ini atau.....


atau  usung backpack macam ini????



B. Cara Menyusun Baju 

Masa awal-awal menjadi traveler dulu aku memang failed bab2 menyusun baju dalam luggage. Tapi sekarang sangat pro...bukan nak berlagak. Tapi kita belajar dari pengalaman. Mana yang terbaik dan praktikal kita ikut. Mana yang tak sesuai...jangan ikut. Cara yang aku praktikkan sekarang ialah dengan cara menggulung semua baju aku dan ikat dengan getah, Then only aku susun dalam luggage dan penuhkan setiap ruang yang ada. Dengan cara menggulung akan menjimatkan space dalam luggage. Kalau aku pergi oversea yang memerlukan aku membawa jacket yg tebal...aku akan vakum semua baju dalam vakum plastik yang banyak dijual di kedai. Beg vakum itu akan mengempis menjadi kecil dan menjimatkan ruang beg anda nanti. 

Untuk pakaian dalam aku masukkan dalm pocket berzip dalm luggage itu...jadikan satu. Toiletries aku masukkan dalam beg khas. Kasut pun aku akan letakkan dalam beg kasut dan selitkan di celah2 pakaian yang digulung itu. Satu lagi...aku akan pastikan bawa xtra beg. Kdg2 aku bawa xtra beg jenis berlipat atau luggage size S atau M yang aku akan masukkan ke dalam beg size L tersebut. Maknanya 2 beg dijadikan satu.  It was my style everytime aku travel.



salah satu contoh baju yg digulungkan terlebih dahulu...lepas tu susun seperti dalam gambar ini. Tapi aku akan ikat dgn getah baju2 tu lepas menggulung.




balik rumah selepas pulang dari vacation...agaknya apa jadi pada beg anda. Unpack adalah satu benda yg aku tak suka....kadang2 beg tu akan terbongkang mcm dalam pic ni selama beberapa hari....then bila free barulah aku settle kan satu persatu. Aduhai benda yg aku paling malas nak buat. Adakah anda juga mcm aku ? hahahaha




C. DSLR Camera

Aku percaya ramai dah tak pakai DSLR camera semenjak dah ada Gro-Pro dan hp camera yang canggih. Dunia semakin canggih dan berubah ke arah teknologi terkini. Betul tak? Tetapi aku masih setia dengan DSLR...sebabnya gambar lebih cantik dan berkualiti. Bukan mudah sebenarnya nak usung DSLR setiap kali travel. Aku mementingkan kepuasan dan kualiti bergambar...sebab itu sedaya upaya masih mengusung DSLR yang bagak itu. Nasib baik sekarang dah ada tukang bawa DSLR setiap kali travel...hehehe. Tq En Bos.

Kalau ada rezeki nanti memang plan nak beli Gro-Pro...InsyaAllah one fine day. Menjadi seorang blogger ni sudah tentu ingin melihat gambar yang cantik dan berkualiti terpampang dalam blog sendiri. Pembaca nak baca blog kita pun seronok dan suka tengok gambar yang cantik-cantik.




bila kita travel dan bawa dslr mcm ni nampak mcm pro kan...walaupn ta lah pro mana pun.



D. Peta & Itinerary

Tidak sah menjadi seorang traveler jika anda tidak memegang peta kecuali anda travel ikut agent. Tak kisah lah peta apa sekali pun. Peta tube ke...peta subway ke...peta train ke. But still nak pegang kan. Kalau peta jalan memang dah tak pakai pun sebab sekarang dah ada waze atau maps pada hp masing-masing. Tak pun kita akan memakai GPS.

Bukan pegang map ajer...aku juga selalu memegang itinerary bila travel. Itinerary tu aku yang akan buat sendiri. So, destinasi seterusnya mana nak pergi kena rujuk itinerary jugak. Dalam itinerary itu juga ada tercatit segala direction dari satu tempat ke tempat yang lain dan nama2 station yang patut berhenti. Dari hari pertama hingga hari terakhir sampai lunyai kertas itinerary tu hahaha. Tak pun hilang ke mana entah aku selit...tu pasal aku selalu print 2-3 copy.







D. Airport

Aku suka tengok airport setiap negara yang aku pergi. Tak berapa suka airport yang besar sebab kena berjalan jauh atau bergerak awal untuk sampai ke waiting room. Setakat ini airport yang comel dan mudah bagi aku ialah di Sydney. Kecil jer airport dia....dan tak banyak melibatkan penerbangan lain. So, kita tak jadi kalut jika terlambat atau tersalah lorong masa check-in. Mudah dan ringkas. Satu lagi ia sangat strict. Kita tak boleh sesuka hati nak melepak atau tidur kat mana2 sementara menunggu flight pagi. Airport itu akan ditutup sebelah malam dan ada tempat khas untuk orang ramai berehat dan melepak waktu malam. Yes sangat bersiplin dan ketat undang2nya.

Aiport di Incheon, Korea pun aku suka. Tak perlu jalan terlalu jauh dan tidak menyusahkan penumpang. Staff dia pun bagus....pergerakan ke kaunter cop imigresen pun mudah tidak beratur terlalu panjang sebab ada staff yang menjaga barisan. Mereka bekerja sangat professional.

Pengalaman paling pahit ialah semasa travel di Ho Chi Minh, Vietnam. Aku siap bergaduh dengan pekerja airport di sana. Malas nak cerita balik....boleh rujuk pengalaman aku di sana di entry Vietnam. Airport di Christchurch, New Zealand pun aku suka sebab ada bilik menunggu dan berehat kepada penumpang yang akan berlepas esok pagi. Walaupun kena bayar...tak mahal pun tapi tempatnya selesa dan best. Ada disediakan bean bag, tv, tempat duduk dan toilet khas untuk penumpang. Kecuali business class lah.



pernah tak anda dalam situasi begini ketika menunggu flight pagi ....sila angkat tangan hahahaha


Kalau nak cerita pengalaman menjadi traveler ni macam-macam sebenarnya nak share. Takpa next time aku cerita lagi...entry kali ni aku citer sikit dulu. Tunggu aku simpan info-info yang menarik lagi untuk nex entry. Hopeboleh menjadi panduan kepada traveler yang lain. Setiap orang ada pengalamaan masing2 mengikut keselesaan masing2.

p/s - lama betul nak tunggu next trip...tak sabar dah.






April 29, 2012

Corat-Coret Pasal Travel ........






Salam kawan-kawan semua.
Entry kali nak nak borak-borak pasal travel dan kehidupan seharian aku yg tersangat busy sekarang ini. Sesekali berborak mcm ni pun best jugak . Asik nak cerita bergambar ajer pun boring jugak. Kenapa yea tetiba aku meletakkan gambar peta dunia di atas tu? Hehehe...ni mesti nak citer pasal travel tak habis-habis kan. Hahaha...sesapa yg faham dengan jiwa aku....angan-angan aku...mesti dah boleh tau apa yg aku nak merepek kat sini. Huhuhu.

Setiap manusia mesti punya cita-cita dan perancangan dalam hidup. Ada yang nak membina kehidupan yg sempurna punya kerja yg bagus bergaji lumayan, suami/isteri yg hensem/cantik dan kaya, anak-anak yg comel, rumah besar, kereta berjenama dan melancong ke luar negara setiap tahun. Percaya tak.....semua orang mengimpikan apa yg aku tulis tu kan. Tapikan....tak semua apa yg kita nak...kita akan dapat. Mungkin kita punya keluarga yg bahagia ada suami/isteri, anak dan pekerjaan ...tetapi tak mampu nak berjalan-jalan ke luar negara mcm orang lain. Ada juga yg tak punya semua di atas kecuali dia boleh berjalan-jalan serata dunia hampir setiap tahun. Itulah namanya rezeki Allah. Allah takkan bagi kita semua yg kita nak....Dia akan bagi yang ini tapi yang itu Dia tak bagi. Tapi kena ingat....ada orang yang dia dapat semua yang aku nyatakan di atas...hidup mewah...tetapi kita tak tahu adakah dia bahagia dengan apa yg dia dapat semua tu. Sedikit pun tidak...mesti dia rasa hidupnya SUNYI...husband sibuk kerja cari duit pergi outstation berhari-hari....anak-anak semua di asrama...dan macam-macam lagi. 

Oleh itu kawan-kawan....apa sajer rezeki yang kita dapat sekarang ni kena banyak-banyak bersyukur dan jangan ada perasaan hasad dengki pada orang lain. Orang lain gi oversea tiap bulan ke...tiap tahun ke...biarlah itu rezeki dia. Kita yang tak dapat pergi oversea ni berdoa banyak-banyak agar diberikan rezeki pula nak macam kawan kita yang dapat ke oversea tu. Jangan jeles-jeles okay....tak baik. Orang lain dapat jodoh lelaki yg baik jangan pulak ada perasaan irihati....kita doakan agar dia bahagia dengan kehidupan dia. Itulah lumrah hidup manusia...dengki mendengki mesti ada. Kalau boleh jauhkan lah. 

Kehidupan aku seharian beginilah. Sentiasa sibuk dengan urusan kerja dan diselitkan dengan urusan peribadi. Di samping tu aku tak lupakan juga urusan aktiviti travelling aku yang dah terbiasa sejak azali. Selang 2-3 bulan aku pastikan...i will go somewhere to release my mind. Aku tak bisa kerja ajer tanpa rehat atau  meredakan minda aku kepada sesuatu yang menenangkan. Apalagi.......keluar dari Malaysia ni and find out any country yang aku nak pergi. Aku bukan orang kaya yang duit berguni-guni...tetapi aku hanya seorang yg sederhana sahaja. So, aku akan pergi mana-mana tempat yang aku rasakan aku mampu pergi dengan banyak mana duit poket aku ada ketika itu. Aku bukan seorang yg tamak kalau boleh tiap bulan atau tiap minggu nak pergi ke mana-mana tanpa tujuan. Kalau last month dah pergi Bandung....i dont think so i will repeat that place another 2-3 months again. Pantang tengok flight ticket murah...mcm orang meroyan kelam kabut nak beli ticket. Hmmm...am not like that maa. I will go to places yang aku belum pernah pergi atau kalau aku suka tempat tu i will repeat going to that place in 2-3 years more Insya Allah. 

Banyak tempat sebenarnya dalam minda aku ni yang aku nak jejak sangat. Ikutkan hati yang tamak ni kalau boleh tiap bulan nak terbang sana sini. Issshhh tak boleh macam tu. Kena gak pikir benda lain. Nak gak beli perabut baru....beli baju baru....beli gadget baru. Kalau duk spent duit ke travel ajer...aku mungkin tak berkesempatan nak beli benda-benda tu. Sebab tu kadang-kadang disebabkan otak ni pikir pasal travel ajer....aku tolak tepi hal boyfriend ni. Kalau ada ok dan kalau takda pun aku no hal. Bila dah bercouple plak...aku jadi rimas sebab aktiviti aku nak bertravel terbatas....dia tak restulah...dia tak bagi pergilah...dia kata jangan membazir duitlah...dia jeleslah. Itulah dia asam garam bila dah start bercouple macam ni. Tetiba aku rasa stay single lebih senang....takda sapa nak halang aku pergi mana-mana. Takda sapa nak jeles aku gi travel. Takda sapa nk control aku macam-macam. Sebab itu orang kata bile dah berkahwin kena melakukan macam-macam pengorbanan. Bukan sikit wei...banyakkkkkk!!! Penat nak citer....korang pikir lah sendiri apakah pengorbanan tu. 

So nak bgtau di sini...sesapa sahaja yg membaca blog aku. Bakal suami ke...bakal bf ke...bakal apa-apa lah. Jiwa aku ialah jiwa travel. Kalau di takdirkan aku dah kahwin dengan sesapa pun yg terbaca blog ini....tolong jangan halang aku dengan my cinta hati aku ini (travel lah). Kalau awak kaki travel juga...ok no hal sehati sejiwa. Tapi kalau awak bukan kaki travel....harap awak memahami jiwa saya. Ok itu sajer...ahaksss!!!

Insya Allah lagi 2-3 hari aku akan berangkat ke satu negara ni selama seminggu. Lepas tu i will be very busy with my event. Cabaran Sihat dah nak bermula bulan 6 ni...so get ready yea sesapa yang nak joint. Hadiah lumayan dan aktiviti best!!. Trip seterusnya plan masa raya ni tetapi belum beli flight ticket lagi. Plan nak berangkat raya ke-2 and berada di sana selama 10 hari Insya Allah. Aku malas nak raya ...cukuplah raya pertama ajer. Kos lebih kurang RM5K-6K. Sesapa rasa nak jadi travel partner aku...message me please. Baru plan yea....belum confirm lagi. 

Cita-cita aku tinggi. Aku nak jelajah satu dunia seperti dalam gambar di atas tu.... kalau boleh sebelum menghembuskan nafas terakhir. Ya Allah semoga termakbul cita-cita ku itu hendaknya. Ameen


p/s -  Semoga aku dimurahkan rezeki lagi.....Insya Allah.





February 23, 2012

Tension nya.........


Tajuk tu mcm lain macam kan.
Memang aku tengah tension skrg sebab tadi punyalah sakan aku upload gambar yang banyak-banyak tu. Tak sempat nak save gitu!!! Udah ler aku penat sangat hari ni. Tadi baru balik dari gym beratus-ratu calori dah burn. So, aku rasa badan letih sangat. Memikirkan semalam tak sempat nak update blog ni....aku usahakan juga buat malam ni nak sambung cerita Genting Trip tu. Akhirnya tidak kesampaian. Nak buat camno. Mata aku dah layu ni. Esok ajerlah aku update kay.

Aku tak naklah tengok blog ni bersawang ...so aku update dengan borak-borak ni ajer. At least boleh menghiburkan hati korang semua...ewahhhhh!!! Seharian tanpa update blog terasa kosong ajer jiwa ni. Dengan menulis blog ibarat ia mengisi kekosongan jiwa aku.....tetiba kan. Especially bila dapat comment  yg menghiburkan dari rakan-rakan alam maya ni hehehe.

Tidak dinafikan lately ni aku terlalu sibuk sangat-sangat. Sibuk di office jangan cakaplah....byk prpposal nak kena prepare dan appointment nak kena arrange. Then, boleh dikatakan sekarang ni setiap petang mesti aku singgah di gym untuk wat cardio dan workout. Kalau aku tak sempat datang petang...aku akan datang pagi sebelum pergi kerja. Bila sehari tak exercise terasa lain macam ajer sekarang ni. So bila dah terbiasa....aku jadi seronok plak dengan aktiviti ini. Bukan itu sahaja...boleh juga mencuci mata ahaksss. Tempat gym yang aku pergi ni penuh dnegan warga Timur Tengah. Ensem-ensem belaka dan badan dorang waduhhhh mcm model.....memang respect giler lah dorang ni. Yang pompuan pun sama.....badan dah cantik tp still maintain exercise almost every day. Yang badan tak cantik ni ajer malas nak exercise ahakss. Insya Allah aku akan jadikan aktiviti ini sebagai routine aku setiap petang after work. Badan dah rasa ringan sikit (bukan dah kurus tapi rasa senang bergerak) dan segar bugar. Semoga aku diberikan kekuatan untuk meneruskan aktiviti ini. 

Aku juga sedang sibuk membuat persiapan untuk berangkat minggu depan. Tak sabar rasanya. Pakaian dah aku sediakan semua. Cuma duit belum tukar dan kasut yg sesuai untuk hari berangkat nanti aku belum beli lagi. This weekend am going to settle everything Insya Allah. Doakan semoga aku selamat pergi dan kembali ke tanahair nanti. Semakin dekat semakin aku sebak. 


p/s - aku janji mendoakan yang terbaik untuk familyku tersayang. Semoga mama cepat sembuh dari sakitnya, semoga ikatan kasih sayang kami adik-beradik bertambah erat, semoga anak2 buahku bertambah cerdik dan membesar menjadi anak yg soleh, semoga kami sekeluarga diberikan rezeki yang diberkati dan sentiasa bersyukur dan mengingatiMu Ya Allah. I love my family so much. 



January 2, 2012

Good Bye 2011 & Welcome 2012 ~~~


Happy New Year semua.

Hari ni barulah aku ada kesempatan nak update blog. Baru balik dari holiday bersama family tercinta. Semua dah tengok gambar pada entry sebelum ni kan. Dah tau di manakah itu? Nampaknya ramai yg berjaya meneka tempat tersebut. Ya betullllll......jawapannya ialah di JANDA BAIK. Tempat ini adalah terbaikkkkk dan awesome. Nanti esok-esok lusa aku wat entry pasal this place. Best sgt hingga tak terkata dan best sgt hingga tak nak balik. Macam nak stay terus di sana.....ahaksss!!. Kalau aku ni byk duit seorg jutawan.....mmg aku beli tanah kat sana buat rumah hujung minggu atau tak pun aku sewa kat pengunjung. Sungguh hebat angan-angan aku kan hehehe.


Pemenang bertuah yang paling awal berjaya memberi jawapan yg betul ialah http://kakiberangan.blogspot.com/ atau bdk2 @ John. Harap dapat menghubungi aku melalui email untuk redeem hadiah kay. Aku post ajerlah kat hang nanti...hehehe.


OK kita citer dulu pasal new year dan kenangan-kenangan tahun 2011. Tetiba aku termenung seketika bila ingat balik pasal tahun itu.....tahun yg membuatkan aku banyak menangis dan bersedih. Biarlah apa org nak kata pasal itu tetapi perasaan sedih itu bukan sengaja untuk direka-reka. Suka sangat ke nak mereka benda- benda yang mcm ni. Suka sangat ke nak bersedih mcm tu. Kalau boleh aku taknak lagi perasaan sedih datang dalam diri aku....aku nak gembira sentiasa.



Kenangan Indah 2011 ~~~


1. Melancong - banyak gak tempat-tempat yang aku dah jejak pada tahun tu. But kebanyakannya ialah Cuti-cuti Malaysia. Di antara tempat pelancongan yang aku dah pergi ialah :

a) Surabaya, Indonesia

b) London, Manchester & Edinburgh

c) Kuching, Sarawak

d) Singapore - 2 kali

e) Pulau Perhentian, Terengganu

f) Pulau Pinang

g) Hatyai & Krabi, Thailand

h) Janda Baik, Pahang

2. Karier - aku lebih berkeyakinan dalam membina karier baru ini. Aku terlalu muda di dalam bidang marketing dan event. Akhirnya aku diberi kepercayaan oleh bos untuk handle my first baby. Walaupun aku rasa stress dan pelbagai dugaan yang datang....tetapi hasilnya ialah sangat menggembirakan aku. Event Cabaran Sihat ini berjaya aku lakukan..Alhamdulillah. Selain daripada tu ada beberapa tajaan kecil-kecilan yang aku berjaya dapatkan untuk majalah. Syukur pada Allah dengan rezeki ini. Terpancar sinar kegembiraan di wajah ku akhirnya... ameen.

3. Teman - tahun yang mengajar aku erti persahabatan. Aku kenal ramai teman baru pada tahun ini. Tak kiralah sama ada melalui blog ini atau melalui event yang aku handle. Ramai jugak blog reader yang aku dah jumpa. Terima kasih semua kerana sudi menjalinkan persahabatan dengan aku, sudi berjumpa ku secara personal dan juga yang sudi datang ke rumah ku. Di antara nama-nama yang aku boleh ingat ialah Kak Yan (Shah Alam), Kak Puziah (Kajang), Kak Cah (Gombak), Ogy (Shah Alam), Alin Marlini (Sg Buloh), Eyta (Prudential), Humaira, Madi Ketereh (Penang), Rosli Mat (Penang) dan Salsabila-Baya (Sepang) . Manakala teman-teman yg aku kenal melalui event ialah Tina (Little Destination) dan teman-teman Cabaran Sihat. Terima kasih semua. :)

4. Family - family vacation di Kuching, Singapore dan Janda Baik, Pahang. Seronok sebab bertambah meriah dengan anak buah yang semakin membesar. Insya Allah akan tambah seorang lagi anak buah tahun 2012 ni.




Kenangan Pahit 2011 ~~~


1. Cinta - Putus cinta dengan orang yang aku pernah sayang. Tanyalah pada teman yang rapat dengan aku...mereka tahu camana keadaan aku ketika itu. Air mata ni asik mengalir ajer....sehinggakan aku susah nak lupakan dia. Entahlah aku sedih bila nak citer pasal benda ni. Biarlah ia menjadi nostalgia dalam hidup aku. Walaupun dia buat aku macam ni...tetapi aku tak pernah benci dia. Aku anggap bukan rezeki aku untuk bertemu jodoh dengan dia. Pada mulanya aku susah nak terima kenyataan ini tetapi lama kelamaan aku dah okay dan sentiasa ingat pesan teman-teman....ALLAH JADIKAN SESUATU UJIAN ITU ADA SEBABNYA DAN ADA HIKMAHNYA. HIKMAHNYA IALAH ALLAH AKAN KETEMUKAN KU DENGAN LELAKI YG LEBIH BAIK DARIPADA DIA. MAKANYA DIA BUKANLAH LELAKI YG TERBAIK UNTUK AKU. Alhamdulillah aku temui suatu keinsafan di atas hikmah-hikmah kebesaranNya. Aku lebih banyak dekatkan diri dengan Allah...padaNya aku berdoa dan meluahkan masalah.

2. Teman - Aku menerima penghinaan dari teman yang boleh dikatakan rapat dengan ku. Hanya satu kesalahan kecil aku dihina macam-macam sehingga melibatkan fizikal, binatang najis dan macam-macam lagi. Selepas berfikir sejenak...aku mengambil keputusan untuk NYAH orang itu daripada senarai teman-temanku. Aku perlukan ketenangan di dalam suatu persahabatan dan akhirnya selepas itu aku temui ketenangan yang amat sangat. Malah aku kenal dengan lebih ramai teman lain di luar sana. Cukuplah sekali...sekian.


Itu sahaja kenangan aku di tahun 2011. Ada juga azam yang aku belum capai. So nak citer azam tahun ni.....alahhhhh malunya. Sebab.....asik azam benda yang sama dan tak juga tercapai. Hehehe. Biarlah kita berazam camana pun.....Allah juga yang akan tentukan. Aku citer ringkas apa azam aku :

1. Menambahkan lagi koleksi tempat melancong. Sudah ada dalam senarai. Tunggu!!!

2. Berjaya dalam karier dan boleh menggembirakan bos dengan pencapaian aku especially dapat tajaan yang lebih bagus dan hebat. Insya Allah.

3. Membuang lemak yg suka sangat menternak di dalam badan aku. Tiap tahun azam benda ni....tapi mcm tu gak hahahahaha (malunya aku). Celebrity Fitness here i come.

4. Temui lelaki terbaik dalam hidupku utk selama-lamanya - janji Allah pada mereka yang menurut perintahNya.

5. Tukar kereta sebab aku dah 7 tahun pakai kereta yang sama (pecah rekod beb!!) Semoga ada rezeki aku nanti Insya Allah.

6. Kalau ada rezeki lebih...nak beli landed house yang lebih selesa atau nak beli tanah di Janda Baik. Wahhhhhhh......tingginya angan-angan hehehe.

7. Yang paling penting sekali-hati ini lebih dekat pada Allah dan perbanyakkan lagi ibadahku.


oklah aku stop dulu di sini. Banyak jugak azam aku tahun ini. Semoga aku diberi rezeki yang lebih dan tercapai dengan semua azam-azam di atas Insya Allah.



p/s - lagi 3 hari aku akan berangkat ke negara orang lagi...tunggu!!!!!!!



December 14, 2011

Hati Ini .......

Di waktu ini aku baru ajer habis packing baju. Esok nak jalan jauh. Dalam hati rasa excited nak jalan-jalan sebab lama dah rasanya aku tak keluar dari Malaysia ni. Busy sangat dengan kerja dan tugasan hujung minggu...so aku hold dulu aktiviti makan angin. Cuti ganti banyak lagi nak dihabiskan sebelum hujung tahun ini....aku terpikir nak pergi mana. Finally....aku pilih destinasi ini !!!

Masa aku packing baju tadi....entahlah hati ini mcm sebak semacam. Perasaan ini datang dengan tiba-tiba. Perlahan-lahan airmata ini mengalir dan terus mengalir. Siapakah di dalam fikiranku ketika itu? Apa yang aku fikirkan? Aku ingat sapa? Aku rindu sapa? Hanya aku dan DIA sahaja yang tahu......sekian!!!


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya ‘tuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mataku

Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti


Lagu : Ombak Rinduku (filem Ombak Rindu)
Nyanyian : Hafiz & Adira


p/s - lagu ini tiada kena mengena dgn sesiapa...hanya hiburan semata-mata. Maaf yea...ini ialah travelling blog tp terselit kisah sedih...ngeh..ngeh..ngeh. Ok guys......aku tidak bersiaran hingga Ahad ini. Jumpa lagi next week....muahhhh!!!

November 29, 2011

Sembang-sembang !!

Semalam my streamyx line buat hal lagi. Dah buat report dial 100 tapi still tak jumpa apa silapnya. Ni yang buat aku hilang kesabaran. So, malam tadi tak sempat nak update blog. Apa lagi....terus tidur ler jawabnya.

Nak harap Unifi.....hmmm entah bila lah dorang nak pasang kat area umah aku ni. Dah berbulan aku register but til today still takda apa citer lagi. Hidupku tak lengkap tanpa internet line. Sib baik ada BB kesayanganku buat hilangkan boring.

Ok nak citer pasal travel lagi. Sekarang ni dah tahap boring gilosss wei. Padahal byk proposal nak kena siapkan before new year ni. Aku nak kuar dari kepompong ini...dah tak sabar nak kuar dari sini. Next 2 weeks aku nak gi jalan-jalan cuci mata, cari makan dan cari angin baru. Tak pi jauh mana pun....sebelah ajer. Tapi the journey will take about 13 hours.......fuhhhhh berpinau kepala. I wanna try something different with a new environment. Nak relaxkan minda dan cuci mata satt...muahahaha. Tunggu yeaa!!!!

Nak buat pesanan pada cik abg UMNO yg sedang berconference di PWTC tu. Saya dah tak reti nak terangkan pada abg camana lagi. Move on pls. You're waiting for something you know will never happen. Kalau ada jodoh...ada lah tapi jangan paksa saya. Ok!!


p/s - selalu berlaku....kita takkan dapat apa yg kita nak tapi...kenapa kita selalu dapat apa yg kita tak nak...camna tu??

November 15, 2011

Blog, Facebook & Twitter ~~ Mari Bersembang!!

Hari ini entry aku takda gambar-gambar sebab aku dalam keadaan mood malas, penat dan stress (tak habis kau ni minah). Yelah...ini adalah minggu paling stress bagi aku sebab minggu ini adalah minggu penutup event Cabaran Sihat. Balik rumah dah malam. Pas mandi aku layan Masterchef....pastu check FB sambil bermalas-malasan atas katil. Ikutkan hati nak update blog pun malas. Takpakah...hari ni aku update skit.

Kali ni aku nak sembang-sembang pasal Blog, Facebook dan Twitter. Jom kita sembang-sembang sat. 3 items di atas adalah social networking yang sedang hangat di pasaran ketika ini. Dan aku salah seorang pengguna ketiga2 benda tersebut. Ikut turutan....dah tentulah berblogging yang paling utama....then diikuti dengan FBing and Twittering. Aku nak citer benda yang aku suka dan jelek tentang 3 benda tersebut.

1. Blog

Aku adalah seorang blogger tegar yg kalau boleh sedaya upaya aku nak update blog setiap hari. Tapi apakandaya masa aku tak menentu dan kekadang tu penyakit M melanda. Mungkin ada yg suka blog aku dan mungkin ada yang jelek. Ohhhh...itu mak tak kisah. Setiap orang ada penilaian masing-masing. Ada yg suka dan ada yg benci ( tapi tetap nak singgah kan :p).Begitu jugak dengan diri aku. Walaupun aku ni blogger tetapi sesekali ada gak aku singgah blogwalking ke blog2 yang aku suka. Tetapi ada juga blog yang aku tak suka singgah walaupuan blog mereka ada di dalam blog list aku. Terpulang pada taste masing-masinglah kan. Kepada stalker pula....kalau tak suka blog aku tak payah lah buang masa nak singgah. Pastu ada hati nak tulis something kat Shoubox. Erkkkk....i will block your IP Address. I know who you are.

Apakah konsep blog yg aku suka?
Blog yg berkonsep travelling and food sudah tentunya menjadi pilihan utama aku. Blog yang selain daripada konsep tadi....aku kureng sikit malahan aku juga kureng nak singgah. Sebabnya tak relevan dengan diri aku dan aku memang tak berminat nak tau pasal ko shopping kat mana...anak ko suka buat apa....laki ko kerja apa. Semua tu tadi more to kisah hidup keluarga dari emak, bapak, anak, cucu dan cicit. Semua tu aku tak minat. Aku tak nafikan bahawa aku juga ada selitkan kisah family aku tetapi selalunya more related to food yg kami makan dan birthday celebration. Satu lagi...aku memang pantang kalau orang buat blog pendek-pendek. Adoiii....baik jangan jadi blogger dik oi. Baru nak climax tetiba dah habis. Terbantut mood aku...haisshhhh. Blog yang banyak sangat menceceh aku pun tak minat. Entah apa yg ditulis panjang lebar.....tak sampai-sampai point yg hendak disampaikan....terus aku stop and tutup. Not relevant to me...sorry!!!

Travelling blog yang bagaimanakah pilihan aku?
Kalau anda pernah singgah ke blog ini Backpackerbusuk. Yes!!! this kind of blog yang menjadi pilihan aku setiap hari. Di dalam blog ini banyak info tentang pengalaman suka duka kehidupan seorang traveller. Di samping itu juga ada tips yang kita boleh jadikan panduan. Blog itu juga ada menunjukkan kisah dia di negara orang dari hari pertama hinggalah ke hari berikutnya. Yes!!! this is what i need to know. But...kalau travelling blog takat nak tunjuk kau pegang salji kat oversea...posing sana sini dengan pelbagai gambar terbaring terlentang...tergedik tapi isinya???? Nan hadoh!!!!! Errkkkkk......memang aku tak nak singgah lagi. Aku tak dapat apa2 info di situ melainkan gambar2 blogger tu sahaja yg terpampang. Seems like wanna show off...aku kat obersea ni...kau???? errkkkk.....

Lain orang lain cara kan....ini hanyalah pendapat aku. Jangan kecik hati...ahakkksss


2. Facebook

Aku berjinak dengan dunia FBing ni dah lama gak. Tapi lupalah sejak bila. Jap aku check kat FB sat. Ohhh dah jumpa....sejak tahun 2008. Mula2 aku pening skit dgn FB ni sebab banyak sangat status yg kuar sampaikan aku pening dan semak. Aku giler dengan Friendster masa tu...hik hik mcm budak2 sebab mostly yg layan benda ni adalah student dan remaja. Tapi aku heran kenapa ramai yg kata FB lagi best drp Friendster. Sekali tu aku pun singgahlah kejap kat FB...walaupun dah kama register cuma tak aktif ajer. Jadi ketagih weeeiii. Best plak FB ni kan. Hinggalah sekrang aku dah ketagih dan menjadi penghuni tetapi FB. Setiap hari mesti nak bukak punya...heheheh

a) Apa yg aku suka pasal FB?
FB menjadi perantara antara aku dan family, sedara mara, sahabat handai, kawan ofis, kawan sekolah, kawan universiti dan kawan yang tak kenal tapi kenal melalui FB. Sedara mara dan sahabat handai yg jauh terpisah akhirnya ketemu semula di dunia maya ini. Tak cukup dengan tengok gambar dan borak-borak sikit....pastu set date untuk berjumpa pulak. Itulah penangan FB. Aku mengakuinya......aku pun ada buat mcm tu. Jumpa boyfriend lama pun kat FB hehehe. Siap search nama aku tu hahahaha. Pastu say hi dan tanya khabar. Itu ajer dan taklah sampai berjumpa. Tengok dari jauh ajer...hehehe. Yelah dia pun dah kahwin dan beranak pinak. Siap tanya kenapa aku masih sendiri lagi. Ohhh...jawapan yang aku susah nak jawab. Sampaikan dia rasa jeles dengan life aku yg selalu busy dengan travel. Gitulah kan.

b) Apa yang aku tak suka pasal FB?
Status yang memualkan. Nak berloving dan bersayang-sayang dengan suami/isteri atau bf/gf masing-masing di FB bukanlah tempatnya. Geli wei....meluat pun ada. Aku pun pernah bercinta tapi aku tak pernah bermanja2 di FB. Nak manja luah kat FB....nak merajuk luah kat FB dan tengah bergaduh pun luah kat FB. Errrkkkkk.....aku meluat dan tak suka. So, this people yang berperangai begini di FB dan dorang adalah antara friend list aku...aku hanya mampu hide sahaja but i will not remove them. Aman damai status FB aku. Satu lagi ada lagi satu fesyen manusia yang asik nak maki hamun ajer kerjanya di FB.....errkkk so annoying....i dont like...sorry friends. Ada lagi ni.....ada juga orang yang suka amik gambar sendiri (syok sendiri) banyak2....pastu letak dalam album. Posing sisi tepi....sisi tengah...sisi senget...alahai udah2 ler tu. Mungkin anda rasa diri anda cantik...tetapi orang yg menengok tu kata " dia ni perasan cantik tp tak cantik pun sebenarnya!!!". Yang terakhir.....orang yang suka tulis status " lagi 2 minggu nak naik pelamin...sayang ok tak?"...."tunang saya kata muka saya mcm Fasha Sandha" - (padahal muka kampung).... "rindu dengan hubby tak sabar nak balik rumah"- (padahal duduk rumah tengok muka laki tiap hari).....itulah antara status yg aku rasa annoying giler....rasa mcm sampah pun ada....dan kita boleh nilai si empunya diri tu camana. Kalau aku dah kahwin sekalipun nanti...i won't do that. Yang baik semua show off kat orang tetapi nanti cerai berai pandai pulak sorokkan diri tak berFB berbulan-bulan. Yess.... it happen to one of my FB friend. Dulu bukan main loving couple kat FB...end up bercerai jugak. Itulah nasib manusia kan.


3. Twitter

Aku berjinak dalam dunia Twitter ni baru jer beberapa bulan. Rasanya awal tahun ni. Itupun selepas aku tengok ramai kawan2 rapat aku ada acct Twitter ni. First time rasa janggal sebab tak berapa nak faham. Lama2 aku dah boleh follow. Cumanya aku tak berapa minat sangat berbanding FB. Banyak keburukan daripada kebaikan. Itu pendapat aku lah. Mungkin orang lain dia lagi prefer Twitter.

a) Apa yg aku tak suka tentang Twitter
Disebabkan Twitter ini juga aku benci pada seseorang. Sehinggakan aku elegic tengok muka dia, nama dia dan segala2nya pasal orang ini. Semua orang tahu Twitter ini tempat untuk kita meluahkan segala apa yg kita rasa...nak marah ke...nak maki ke...nak manja ke....nak kutuk ke...nak sayang ke. Semua ada hak nak menulis apa sahaja tanpa mention nama. Tetapi kena ingat...salah tulis boleh menyebabkan orang salah faham dan salah tafsir. Orang yang suka memaki hamun dalam Twitter ni umpama orang tak sekolah mcm budak-budak yang kurang cerdik. Pastu samakan diri orang yang dikutuk tu dengan binatang najis dan drag berpanjang-panjangan tak henti-henti. Ishhhh......penyakit psiko orang macam ni. Itulah salah satu kelemahan Twitter yang aku perasan. Satu lagi....ada juga manusia yang suka jadi batu api di Twitter iaitu dengan forwardkan text pada orang yang dikutuk. Contohnya....si A tak suka artis ni. Dia siap kutuk2 pasal artis ni dalam Twitter. Datang pulak si B pi forward apa yg ditulis oleh si A kepada artis yang dikutuk. Ishhhh....tak baik berperangai mcm ni....childish sangat. Boleh mendatangkan kemarahan orang dan punca pergaduhan.

b) Adakah aku akan terus bertweet di masa akan datang?
Yes...tetapi hanya untuk mengetahui info pasal traffic, waktu solat dan selebriti yg aku suka. Selain daripada itu...aku hanya tampilkan diri sedikit-sedikit. Aku tak nak benda ni akan menjadi punca untuk aku nyahhhh orang lain dari hidup aku lagi. Banyak keburukan daripada kebaikan. My 2 cents comment :p.



-----------------------------------------------------------------


Oklah....itu sahaja sembang-sembang aku pasal social networking di abad ini. Apakah pula pendapat anda? Mungkin anda punya pendapat berbeza daripada aku. Its okay....aku tak kisah. Kita share-share pendapat dan pilihlah yang mana baik dan tinggalkan yg mana mendatangkan kemudaratan kepada diri anda.

November 2, 2011

Stress!! I Need A Break Babe ~~~~


Nampak word di atas? Yeaaaaaaaa.... aku tengah stress sekarang. Stress pasal kerja. Banyak benda nak pikir dan selesaikan. Sampai satu saat aku macam give up pun ada. Tapi aku tak boleh buat macam tu..sebab ni periuk nasi aku dan aku bekerja untuk mencari rezeki. Insya Allah pelan-pelan aku kayuh.....semoga Allah permudahkan segala urusan pekerjaanku. Ameen

Satu lagi aku stress pasal urusan jual beli rumah aku. Letihlah nak layan benda-benda ni. Masa nak beli rumah memang banyak procedure dan sekarang ni aku nak jual rumah tu pun lagi banyak kerenahnya. Letihlah aku nak pikir sorang-sorang. Nasib baik my bro tolong aku mana yang patut...at least boleh kurangkan sikit burden dalam kepala aku ni. Been spending quite a lot utk urusan jual rumah ni.....memang penat. Nak dapat duitnya berbulan-bulan menunggu. Tapi nak membayar mcm2 perkara time-time tu jugak kena keluarkan duit. Habis lari budget aku nak bercuti hujung tahun ni. Diam-diam duduk rumah ajer lah.

Ikutkan hati sekarang jugak aku nak pi jauh-jauh. Kepala aku ni mcm stress sangat. Nak tau tak apa yg aku fikirkan???????

1) Aku nak keluar dari Malaysia ni and jalan-jalan di negara sejuk. Pastu nak enjoy dan gelak-gelak sambil makan Turkish kebab...ahaksss bestnya. Masa ni aku tak nak pikir pasal benda lain.
2) Aku nak gi spa utk massage satu badan dari kaki ke kepala. Pastu memanjakan diri dengan sauna dan jakuzi. Bestttnyaaaaaa. Masalahnya aku takda masa nak gi. Aku dah bayar in advance kat Jari Spa tapi tiada kesempatan masa nak ke sana.
3) Aku nak berenang, menyelam dan bersnorkeling sambil menikmati keindahan di dasar laut. Bunyi keheningan air di dasar laut memberi ketenangan di jiwaku. Ohhh...asyiknyaa. I miss that moment.
4) Sambil berbaring atas pangkin di tepi pantai dan menikmati keindahan laut dengan angin yg bertiup sepoi-sepoi bahasa. Pastinya aku akan terlelap di situ. Oohhh....tenangnya jiwaku.
5) Menikmati lamb chop kegemaranku sambil melayan live band. Pulak tu singer tu mendendangkan lagu English evergreen. Wowwww... i love that kind of music.
6) Terapi minda dengan bershopping baju, handbag, kasut dan make-up yang aku nak. Kumpul semua tu and then suruh sesapa bayarkan. Boleh? Over plak minah ni kan. Actually shopping merupakan terapi yg membantu menghilangkan stress dan dgn syarat ada org yg tolong bayarkan...ahaksss.


Aikkk baru enam perkara ajer. Ada banyak lagi sebenarnya.....tunggu aku akan buat sambungan lagi. Malam ni idea mcm tak begitu menjadi. Mata pun dah mengantuk dan tersengguk-sengguk aku dibuatnya. Diharap angan-angan ini boleh membantu aku menghilangkan stress. Bawak mimpi pun jadi lahhhhh.

Byeeee...niteeee!!!

August 24, 2011

Busy!!



Title macam gempak mengalahkan PM. Entah apa yang busy sangat tu. Tapi sempat pulak nak update blog tu. Yelahhh...demi pembaca semua aku gigihkan juga update blog ni. Tak best pulak biarkan blog ni bersawang. Pasni dah sibuk berhari raya lagilah ia bersawang. So, better aku update apa yang patut.
Lately ni aku memang busy betul lah...banyak benda nak kena fikir dan buat. Sampaikan aku stress balik hehehe. Apa yg busy sgt tu???

1. Nak siapkan kueh raya yang orang order. Mama ku sebenarnya yang buat tapi aku jadi master mind uruskan senarai order. Tapi moist choc cake ...aku yang buat sendiri. Tu pun pening nak handle ....nak confirmkan dgn customer bila nak amik cake tu. Cookies tu pun sama...aku duk message tiap sorang utk ingatkan mereka bila nak collect cookies tu.
2. Asik ulang alik gi kedai barang bakery.....kejap2 mama call itu habis..ini habis. Aduhhhhh penat aku ulang alik gi kedai tu. Bila last minit ada yg nak order cookies...aku terpaksa ulang alik kedai bakery beli barang2 tu semua. Sib baik beli kat Bangi ajer. Kalau dulu aku kena gi Chow Kit nak dapatkan bahan-bahan tu.
3. Letih uruskan event cabaran sihat yang aku organize ni. Boleh dikatakan tiap hari aku ada appointment luar dengan penaja. Lokasi utk launching belum settle lagi...aduhhhhh pening kepala ahkak tau!!!! Dah few times location cancel. Sesapa yg belum hantar borang penyertaan....ada masa lagi boleh hantar. Tarikh tutup 15th Sept depan.
4. Busy nak uruskan hal jual-beli rumah. Aku plan nak jual rumah yg tenant aku duduk sekarang. Bank tu tak habis-habis call aku mintak itu ini dokumen. Letihlah aku nak layan. Otak stress tau.
5. Nak kemas rumah lagi. Raya dah tak lama lagi. Aduhhhhh letih ahkak tau. Sekrang ni pelan-pelan aku kemas rumah dan tukar langsing mana yang patut. Cuba citer sapa lagi nak harap. Ahkak jugak. Tu pun kami hire pembantu utk bersihkan rumah buang segala habuk sana sini. Aku sekarang ni memang sensitif dgn habuk.
6. Busy fikir nak tukar duit raya. Aku terhegeh2 punya pasal sampaikan duit baru dah habis. Terkilan ahkak. Minta tolong member atas member tolong tukarkan. Itupun dapat duit RM1 sahaja. Duit RM5 dan RM10 elekkkkk dah habis. Uwakkkkkkk.


Itulah serba sedikit kisah busy aku ni. Huhuhuhu...kalah PM kan. Ahaksssss.


p/s - Alhamdulillah dah selamat pulang ke tanah air. Terima kasih doakan utkku.





August 12, 2011

Kerja Tertangguh ~~



Nak berkongsi cerita benda yang sudah tertangguh-tangguh nak buat tapi tak buat apa-apa pun lagi. Sebabnya....mood belum datang, malas dan kesibukan. Apa benda yang tertangguh tu?

1. Aku dah janji dgn reporter majalah Harmoni nak bagi article pasal percutian aku ke Edinburgh tetapi sampai sekarang aku tak buat apa-apa lagi. Dah 5 bulan aku balik...tapi satu apa tak buat. Sibuk pun yea....malas pun yea. Camna tu? Tolong bagi aku semangat sikit

2. Tertangguh masa nak service kereta aku tu. Dah lebih 5,000km tapi takda masa nak gi car service centre. Salah satu sebabnya aku malas nak tunggu lama kat situ....menunggu adalah benda yang aku benci.

3. Anti virus kat laptop aku ni dah expired date. Aku dah beli pun yang baru utk renew tetapi sampai sekarang aku tak buat apa-apa. Serba serbi malas dan tertangguh. Aduhaiii...naper ni?

4. Dalam almari baju aku dah sarat dengan baju-baju. So, aku nak let go baju-baju yg aku dah taknak pakai. Tapi nak mengerjakan satu-persatu dari satu pintu ke pintu almari tu....fuhhhhh memang bercinta sangat. Almari baju aku ada enam pintu. Korang imagine....pintu satu dan dua ialah baju harian & t-shirt jalan. Pintu tiga dan empat ialah baju kurung, jubah dan segala winter coat yg sarat tu. Pintu lima dan enam pulak ialah baju kerja aku, baju jalan, slack and jeans. Penuh dan sarat sampai kan takda space nak letak baju baru. Aduhaiiiiii......pening aku. Ada sesapa nak tolong aku ?...ahaksss.

5. Majalah yang melambak-lambak dan terlalu banyak. Tu pun banyak majalah yang mama ku dah jual kat "cina paper lama". Aku nak belek satu persatu dan nak buang mana yang patut pun sangat malas. Rak majalah tu sampaikan dah melimpah makin tinggi...hahahaha.

6. Nak wat rebonding rambut....asik tertangguh ajer. Boleh dikatakan setiap tahun aku akan buat rebonding. Tapi tahun ni aku tak ada kesempatan nak buat....asik tertangguh ajer. Tengoklah nanti next week rasa nak buat. Rambut pun dah panjang....nak potong takat bahu cukuplah.

7. Aircond kat bilik aku tu dah patut kena service...tapi aku asik lupa ajer nak call cina aircond tu. Bila dah lupa....jawabnya asik tertangguh jugalah. Isshhhhhh....kenapa asik malas ajer sekarang ni???

Cukuplah tu....hehehehe. Actually ada byk lagi...tapi biarlah yg lain menjadi rahsia ahaksss. Tolong bantu aku camana nak buang rasa malas dan nak atur masa yang selalu kesibukan ini. Pening ahkak tau... :p

p/s - aku menyampah tul org yg busy body pasal kehidupan aku. Aku tak kacau life kau....so tak payahlah nak jadi mulut kak nam yg suka menyampai hal org lain. Mind your own business cukuplah. Bila aku dah berpatah arang dengan orang tu....yang kau sibuk-sibuk apasal. Ishhhh bahaya org mcm ni. Lebih baik kau jadi orang lain yg buat tak tahu ajer.









August 9, 2011

Stress!!!


Aku seorang yang tak suka mencampur adukkan hal kerja dengan my personal life. Ramai di antara my blog reader yang message me...bertanyakan aku kerja apa dan di mana? Hmmm...aku kerja biasa ajer..masuk office hour pagi sampai petang.

Lately ni aku sangat stress dengan kerja. Sebabnya sekarang ni aku dalam proses learning something new and different. Stress wei....iklan dah nak kuar paper next week tapi sponsorship tak confirm lagi. Aduhhhh....stress sangat. Stress aku ni sampaikan aku tak boleh nak tidur malam. Mata duk pejam tapi dalam kepala otak ni berfikir macam-macam. Percaya tak... pernah satu ketika aku gi opis tak tidur satu malam....dari malam hingga ke sahur aku tak leh nak tidur...hinggalah bawa ke pagi. Sampai opis aku tak mengantuk pun tapi kepala sakit mencengkam wei. Pastu lately ni aku asik sakit ajer (masalah tonsil)....berulang ke klinik amik ubat. Doktor kata antibody aku lemah sangat...hmmm memang pun.

Aku mengharapkan apa yang aku buat sekarang ini berjalan dengan lancar dan memberi impact yang bagus kepada diri aku sendiri dan syarikat. Cewahhh macam bagus jerkkk...muahahaha. Nasib baiklah aku takda trip mana-mana after Raya ni....sebabnya boleh dikatakan setiap minggu aktiviti aku penuh hingga pertengahan bulan November. Perghhhh...pengsan. Harap planning oversea trip aku for next year berjalan dengan lancar.....susah hati sebenarnya takut bos tak approve cuti lama-lama. Habislah planning aku tu nanti...uwaaaaaakkk.

Ok sekian borak-borak utk hari ini. Maaf pic takda...sebab tak tau nak letak pic apa....hehehe.


p/s- Dengar citer election bulan Nov ni kan? Hope tak overlap dgn event aku nanti. Habis kena rombak balik nanti.






July 28, 2011

Sembang Kosong ~~

Malam ni aku feeling-feeling mcm orang frust bercinta....idok ler teman yea tetapi sebenarnya frust dengan kekalahan bola kita ahaks. Takpalah walaupun pasukan Harimau Malaya kita kalah tetapi kami sangat berbangga dengan semangat juang yang tinggi. Kalah bermaruah sebab kami adalah pemain-pemain buatan Malaysia 100%. Tak mainlah beli player, beli warganegara dan beli orang...hehehe. Cuba letak semua local player depa...pasti kena makan cukup-cukup dengan player buatan Malaysia kita tu. (Eh......tetiba aku emotional plak kan. Taklahh...tu namanya semangat kesukanan dan kenegaraan). Ok cukup pasal bola.

Jom kita bual-bual pasal travel plak yea. Bak kata pepatah yg kucipta sendiri. Travelling ialah nyawaku. Tanpanya diibaratkan aku tidak bernyawa. Korang faham kan maksud pepatah Melayu yang aku cipta tu...muahahaha. Hari tu aku ada menulis bahawa sehingga akhir tahun ini aku tak pi oversea pun. Cuti-cuti Malaysia cukup. Tetapi....entah tetiba pulak kan aku rasa raya ni mcam nak melangkau laut ke sebuah pulau di negara jiran. Sebabnya.....tahun ni aku tak nak raya...takda feel lah tahun ni. Raya pertama ajer aku ada di sini. Then....Raya kedua aku nak chowwwww. All this while pun setiap kali raya aku tak ke mana-mana. Duk rumah masak-masak, cuci pinggan, layan tetamu dan makan-makan. Aku takda kampung...raya di KL ajer. Feeling tu macam dah takda untuk tahun ini. Tetapi masalah aku sekarang ini ialah.......niatku itu mendapat bantahan dari mama ku. Oh mama....tolonglah memahami jiwa anakmu ini. Masih dalam proses memujuk ni. Ok....ada sesaapa nak joint aku beraya di negara jiran tu (sebuah pulau terkenal). Jom...roger aku eh.

Cerita seterusnya....pasal kahwin. Walaupun aku takda jodoh dengan orang itu. Aku terima keadaan ini dengan tabah dan redha dengan ketentuanNya. Hikmah yang sangat besar...syukur pada Allah. Baru-baru aku mendapat kejutan lamaran daripada seseorang yang aku pernah kenal sejak tahun 2006. Seorang yang sangat baik, sangat sabar dan memahami jiwa aku. Walaupun pelbagai dugaan dalam perhubungan kami hingga satu ketika kami pernah terpisah berbulan-bulan lamanya...tetapi dia tetap mencari aku walau apa sajer keadaan. Dia tetapi sayang aku walau apa sajer situasi. Dia tetap maafkan aku walaupun aku selalu marah-marah dia. Dah banyak kali dia cuba melamarku tetapi aku tidak pernah kata "YA"....atas sebab statusnya sekarang (harap korang faham). Walaupun pernah suatu ketika aku sayang orang lain, aku nak kawin dengan orang lain, aku mengutamakan orang lain dan aku pinggirkan dia TETAPI.....dia tak pernah marah aku, tak pernah buang aku, tak pernah merajuk dgn aku atau menganiaya aku MALAH...dia tetap bersamaku ketika aku dalam kesusahan, kekecewaan dan kesedihan yang agak teruk baru-baru ini. Insya Allah minggu pertama puasa ini dia akan menunaikan umrah di tanah suci. Aku panjatkan doa semoga dia dapat menjalani ibadah umrah dan puasa di sana dengan tenang dan kusyuk. Dia sempat bagitau aku....dia nak doakan semoga ada jodoh dia dengan aku. Entahlah...aku berserah pada Allah ajer sekarang. Hati dan jiwa aku kosong sekarang ini. Aku hanya sayang diri aku sendiri. Apa sajer yang akan terjadi akan datang hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Aku taknak memberi harapan pada orang dan aku juga taknak mengharap apa-apa dari sesiapa. Susah sebab bila kita memberi harapan pada orang jika kita tidak dapat memenuhi harapan tersebut....rasa kekesalan dihati ini. Aku tak suka buat macam tu sebab kita umpama menganiaya hati dan perasaan orang. Tak baik macam itu. Kalau boleh aku elakkan. Aku juga taknak mengharap apa-apa dari sesiapa sebab aku dah terkena dan akhirnya aku akan kecewa juga. Cukuplah kekecewaan selama ini. Apabila harapan diberi dan kita pun mengharaplah. Cukuplah semua ini. Aku dah letih, penat dan bosan. Yang aku nak sekarang ialah menggembirakan hati aku ajer. Aku tak nak susah hati lagi. Aku tak nak bersedih lagi. Bila hati aku gembira senang untukku meneruskan hidup ini. Semoga aku diberi kegembiraan yg abadi, kekuatan diri dan dimurahkan rezeki yang melimpah-limpah.

Satu lagi kisah. Segala gangguan hidup dan penghinaan yang dilemparkan....aku hanya mampu beristighfar banyak-banyak. Inilah manusia...kesalahan yang satu dilihat tetapi kebaikan dan budi yg kita dah bagi selama ini tidak dikenang. Semoga Allah memberi keinsafan kepada hamba Allah itu. Biarlah dia berkata-kata.... diamkan.... pedulikan.... bersabarlah. Yang penting kena banyak berdoa dan terus berdoa agar Allah selamatkan aku dan melindungiku dari segala kesulitan. Syukur padaMu Ya Allah...aku diberi kekuatan ini. Masih ramai orang luar di sana yang menyayangi diri aku dan memberi perhatian padaku. Terima kasih semua....luv all of you.

Di kesempatan ini dengan kedatangan bulan Ramadhan ini, aku nak minta maaf banyak-banyak pada sesiapa yang aku pernah buat salah. Selamat menjalani ibadah puasa dan berbanyaklah kita beribadah di bulan yang mulia ini. Semoga ibadah kita semua diterima Allah.

June 6, 2011

Travel Oh Travel !!

Entry kali ini tanpa gambar. Sajer jer mood nak menulis tetiba datang. Malas nak upload gambar. Lagipun aku nak tidur cepat malam ni. Mata dah mengantuk.

Nak citer pasal travel plak. Al-maklum kebanyakan follower aku di sini ialah golongan kaki travel. Thanks to all of you kerana sudi singgah ke blog ini sambil layan membaca travel journal aku yg tak seberapa ini. Bahasa pun tunggang-langgang dan harap u all faham kay. Rasa terharu pun ada sebab aku menerima banyak friend request di Facebook, message di inbox FB dan message di email. Boleh dikatakan hampir setiap hari mesti aku akan terima message. Ada yg bertanya pasal travelling, ada yg nak berkenalan dan ada juga yang drop by a message to say that they love my blog. Thank you very much guys!! Really appreciate it.

Maaf jikalau ada FB request yang aku lambat approve, lambat reply dan ada juga yang aku hampir terlupa nak reply. Kadang-kadang tu aku baca message thru my hp....masa tu tak sempat nak reply. Kononnya nak reply balik rumah malam nanti....terus aku terlupa. Maaf yea semua. Kepada yang bertanyakan soalan pasal travel tu...aku cuba menjawab mana yang ingat dan tahu. Satu lagi kebanyakan soalan yang diterima....jawapannya sudah ada di dalam blog ini. So harap uols dapat rujuk semula pada blog ini dari awal hingga akhir entry berkenaan tempat yang anda nak pergi tu. Bukan apa....kekadang tu aku dah terlupa pasal trip tu. Maklumlah dah 2-3 tahun lepas aku pergi ke tempat tu...so aku memang betul-betul terlupa. Selain tu bila dah byk tempat aku gi.....kekadang tu dah confuse yang mana satu..hehehe. Hope u all faham situasi aku.

Kepada yang nak jumpa aku dan nak kenal dengan aku tu....Insya Allah takda masalah. Just bgtau bila u all free and kita boleh set bila-bila boleh jumpa jika ada kelapangan waktu. Boleh dikatakan ramai jugak my blog readers yang aku dah jumpa setakat ni. So, kita keep in touch kay. Ada juga yang dah rancang banyak kali nak jumpa aku.....tapi hingga ke hari ini tak kesampaian lagi. Takpalah...Insya Allah kita boleh rancang lagi. Kepada yang bagi aku travelling souvenirs tu...terima kasih banyak-banyak...i likeee!!! Next time kita tukar-tukar lagi eh.

Kalau tengok pada comments yang aku terima pada setiap entry memang sedikit hehehe. Tetapi aku percaya yang membaca blog ini kebanyakkannya ialah silent reader yg segan2 nak menegur aku tapi tak segan2 nak membaca blog aku boleh dikatakan setiap hari. Betul tak? hehehe....takpa aku tak kisah. As long as you all happy and sudi singgah sini pun dah okay. Tau tak kenapa aku berkata demikian.....sebabnya aku boleh check melalui statistik di blog ini aku menerima kunjungan lebih daripada 1000 visitors setiap hari. Bagiku...ia satu pencapaian yang aku banggakan. Bilangan visitors makin bertambah dari hari ke hari. Terima kasih banyak2 semua....aku terharu sangat. Maaf jika ada yang aku tak sempat nak kunjung korang punya blog. Bukan tak sudi tetapi aku ni amatlah kekangan waktu. Tapi dalam diam ada gak aku jenguk blog korang...cuma aku tak tinggalkan any comment ajer.

Tujuan aku berblogging bukan untuk menambahkan koleksi visitors seperti sesetengah blogger. Entahlah itu bukan tujuan utama aku. I just wanna share with you guys my travelling experience tu ajer. Ada jugak sikit2 aku selit pasal food, my family and my activities. Sorry kalau ada yang tag aku pasal awards lah and aku tak layan...sorry aku tak minat benda2 tu. Aku tak suka semakkan blog aku dengan benda-benda mcm tu. This blog is purposely for my travelling activities.....hope u guys understand. :p

ok guys....sekian sahaja celoteh aku untuk hari ini. Maaf jika ada yg terguris dengan kata-kata aku. Aku ni jenis suka berterus-terang....harap jgn disimpan di dalam hati kay. Kepada silent readers tu...jangan segan untuk menegur aku...takkisahlah di FB ke...di blog ini ke....aku amat menghargai anda semua. Byeeeeeee....love u all.



p/s - lately ni aku suka menyendiri saja. Kadang-kadang bila kita berada dalam keadaan stress dan down...muhasabah diri itu lebih baik. Allah tahu apa yang ada dalam fikiran dan jiwaku...semoga aku diberi segala kekuatan untuk melalui pelbagai dugaan dan ujian ini. Insya Allah.

January 11, 2011

Bila Ku Tersenyum ......

Tahun ini kat blog tak nak citer yang sedih-sedih lagi. Nak citer yang gembira ajer. Kalau sedih pun...tak nak luahkan di sini. Pendam dalam hati ajer lah. Aku just nak citer yg berbunga-bunga ajer. Bila kita gembira, hati pun lapang, fikiran pun tenang dan jiwa jadi tenteram.

Aku akan tersenyum bila....
1) dapat gi melancong. Ohhh...indahnyaaa!!! Lebih-lebih lagi melancong ke obersea.
2) dapat panggilan telefon/sms dari orang yg kita sayang. Tak kisah lah sesapa pun.
3) ternampak orang yg aku suka. Ini citer dulu lah. Skrang ni aku takda suka sesapa pun.
4) tetiba bulan tu cash terlebih....hehehe boleh shopping baju...
5) ada yg layan blog aku ni setiap hari.....thank you guyss. Aku akan cuba update blog sekerap mungkin.
6) ada yg puji blog aku....terima kasih semua. Blog aku ni biasa-biasa ajer. Anda semua adalah pembawa semangat utk ku terus berblogging
7) bos appreciate kerja yang aku buat. Syukur bila kerja kita dihargai.
8) tetiba ada yg puji...puji baju ke...puji kasut ke...puji tudung ke...puji mata ke...puji apa sajer lah. mekasihh!!!
9) mendapat hasil kerja photography yang tidak disangka-sangka. Padahal main belasah aje.
10) melihat telatah anak buahku yg mencuit hati. I love them.


Entry ni dibuat sajer tidak memasukkan gambar. Asik gambar ajer mesti boring kan. So, sessi kita berceloteh plak yea....

p/s - tolongggg...aku dah tak sabar keluar dari kepungan ini. Cepatlah aku nak kuar cepat.

December 20, 2010

Kenapa Jadi Blogger ?

Sekarang ni aku tengok ramai betul yang jadi blogger. Oklah....at least you have something to chit chat or to share with. Setiap blogger mesti ada tujuan dan sebab kenapa anda berblogging. Dan ada juga blog yang ada konsep tersendiri. Tapi ada juga yg konsep merapu entah apa-apa yang depa merapek. Aku pun pelik kadang-kadang tu...nak baca pun malas. Ada jugak blogger yg ikut konsep meniru....orang tu nak jadi blogger...dia pun sibuk nak ikut jadi blogger. Kalau blog dia best tak palah jugak.... best jadi follower...but ada yg mcm rubbish merepek entah apa-apa. Bukan kata aku punya blog ni bagus sangat .... mungkin ada juga yg tak suka baca blog aku ni. Aku open kalau ada sesapa nak kritik blog aku. But at least my blog ada konsep ....travel and food.

Tujuan utama aku berblogging ialah :

1. Travelling - untuk berkongsi pengalaman selama aku berkelana di negara orang atau di negara sendiri. Sebelum aku menjadi seorang blogger, aku banyak merujuk informasi tentang travel pada blog orang lain. So, dari situ aku terpikir nak buat blog juga. Why not kita berkongsi cerita dengan orang lain and selain tu kita dapat pahala membantu orang. Selain dari itu,aku juga suka berkongsi apa sajer yang berkaitan dengan travelling cth: fridge magent, HRC and souvenirs.

2. Food - aku ni suka makan dan suka mencuba tempat makan baru. Dengan blog juga aku mendapat informasi tentang tempat makanan yang sedap-sedap. Kalau tuan empunya buat review tentang food tu sedap....and why not aku mesti mencubanya. Bila dah ada blog ni.... tak salah kita berkongsi ilmu dengan orang lain tentang tempat makanan tersebut. Aku tau ada yg menyampah baca blog ni sebab asik pasal makanan ajer...so sendiri mau ingatlah aku tak paksa korang singgah di sini kalau tak suka. Pi main jauh-jauh.

3. Networking - sejak jadi blogger ni aku dapat ramai kawan di serata negeri di seluruh Malaysia. Salah satu networking yang bagus. Bila kita dapat ramai kawan...luas pengalaman, pandangan dan meriah hidup ini. Bila aku ke utara...jumpa geng blogger belah utara dan bila aku ke selatan pun jumpa blogger selatan. Kalau blogger kat KL ni memang ramai dah aku jumpa. Boleh dikatakan semua yang aku kenal...semuanya baik-baik belaka. Thanks u guys. Geng2 blogger aku yg selalu aku hang out itupun aku kenal melalui blog...alhamdulillah kami kamcing sampai sekarang. Insya Allah sampai bila-bila juga.

4. Business Purpose - kalau nak online-business inilah tempatnya. So far aku pernah meniaga kasut crocs, kueh raya, choc cake dan kain ela melalui blog ini. Alhamdulilah business sangat rancak dan blog ini banyak membantu aku melariskan jualan. Bila kita ramai follower...mesti ramai yanag akan membeli barang yang kita jual. Satu lagi...kita mesti ada relationship yang baik dengan blog reader. Mereka dah kenal kita dan sure mereka trust kita dalam soal business ni.

Ini aje 4 sebab utama kenapa aku menjadi blogger dan masih setia berblogging hingga ke hari ini. Most of them yang aku letakkan blog list di sebelah ini kerana mereka juga travel blogger mcm aku dan mungkin juga ada yang close friend aku. So, kalau anda seorang travel blogger amatlah aku alu-alukan menjadi follower aku. If jadi silent reader pun aku tak kisah......belasah ajer..hehehehe.

Kadang-kala ada jugak aku selitkan aktiviti aku bersama family dan teman-teman rapat.....entry selingan tu sebenarnya. Ada juga terselit entry emotional aku lagi-lagi bila tengah mengong sikit ketika tu...huhuhuhu.

Anyway, hope all of u enjoy reading my travel blog. Kalau ada apa-apa nak comment tak kiralah yang positif ke...negatif ke...sangat-sangatlah dipersilakan. Aku sangat fleksibel dan open dalam perkara ini.